Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Tambahkan"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Sertai"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Like"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Follow"]

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

, ,

Rabu, 13 Mac 2013

Pelancong Amerika Dirompak, Dikurung, dan Dirogol 2 Lelaki




[Mstar] PETALING JAYA: Kunjungan ke Malaysia bertukar menjadi buruk bagi wanita Amerika apabila dia dirompak, dikurung dan dirogol oleh dua lelaki.

Wanita berusia 25 tahun itu baru sahaja selesai membeli-belah di pusat beli-belah di Mutiara Damansara pada Isnin apabila dia menahan sebuah teksi.

Pemandu teksi, yang sudah mempunyai seorang penumpang di tempat duduk bahagian depan bagaimanapun mengambil wanita berkenaan.

Sumber mendedahkan selain tidak menuju ke destinasi yang dimaksudkan, barang-barang mangsa telah dirompak sebelum dibawa ke sebuah rumah di Sungai Pelek, Sepang yang terletak kira-kira 80km dari Mutiara Damansara.

Kedua-dua penculik tidak membuang masa dan bergilir-gilir merogol wanita itu.

Difahamkan wanita itu kemudiannya berjaya untuk melarikan dirinya pada Selasa dan meminta bantuan orang yang lalu-lalang sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed mengesahkan polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Kami telah menahan seorang lelaki setakat ini dan siasatan masih diteruskan. Kami berharap dapat menahan suspek kedua tidak lama lagi," katanya.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu digesa menghubungi hotline polis di 03-2052 9999 atau pergi ke balai polis terdekat.



P/s: Malaysia negara paling selamat di Asia Tenggara??




Polis Tubuh Pasukan Khas Siasat Kes Samun, Rogol Wanita Amerika

[Bernama] SHAH ALAM - Polis Selangor menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat kes membabitkan seorang wanita warga Amerika Syarikat yang dilaporkan disamun dan dirogol pada Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata, polis sedang giat memburu beberapa suspek yang dipercayai terbabit dengan
kejadian itu.

"Berdasarkan maklumat daripada mangsa, polis menahan seorang lelaki berusia 47 tahun di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada kira-kira 5 pagi semalam (kelmarin)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, semalam.

Wanita berusia 20-an itu menaiki teksi dari sebuah pusat beli-belah di Mutiara Damansara, dekat sini sebelum dibawa ke sebuah lokasi di Sungai Pelek,
Sepang sebelum dirogol.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata ia memandang serius kes berkenaan.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak polis bagi mengesan individu terlibat.

Syed Hamid berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu dan pengendali teksi itu jika siasatan mengesahkan dakwaan itu.

Beliau juga meminta orang ramai memastikan teksi yang dinaiki memaparkan kad pemandu di ruangan papan pemuka.


Lima Ditahan Berhubung Kes Rogol Guru Amerika

[Mstar] PETALING JAYA: Polis, pada Isnin, menahan tiga lelaki dan dua wanita berhubung kes rogol dan rompakan seorang guru warganegara Amerika berusia 24 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata, suspek ditahan pada pukul 6.30 pagi di sebuah rumah di Kajang.

Lapan orang telah ditahan berkaitan kes itu.

Guru berkenaan telah menahan teksi berhampiran pusat beli-belah untuk kembali ke rumahnya di Damansara Perdana, kira-kira pukul 6 petang pada 11 Mac.

Walau bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pemandu teksi terbabit berhenti beberapa minit dan mengambil seorang lelaki.

Dia kemudian berhenti sekali lagi dengan alasan kereta itu telah kehabisan gas.

Tidak lama selepas itu, sebuah van tiba dan guru itu telah diberitahu untuk menaiki van itu yang akan membawanya ke rumah.

Walau bagaimanapun, mangsa telah dibawa ke rumah di mana dia telah dirogol oleh seorang lelaki.

Pemandu van membantu mangsa untuk melarikan diri pada hari berikutnya.

Dia menaiki bas ke Sungai Pelek, Sepang dan membuat laporan polis.

  1. Promotelah lagi Malaysia ke mata dunia.... keselamatan hampeh.

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Rabu, Mac 13, 2013 11:08:00 PTG      
  2. Peringatan bagi gadis2@perempuan sekiranya d dlm teksi dah ada penumpang jantan lain. Kes in pernah berlaku keatas kwn saya. Lepas masuk aje ke dlm kereta terus dia lock pintu kereta. Nasib baik kena rompak saja dgn menyuakan pisau keleher oleh penumpang yg dah ada dlm kereta tersebut. Lepas dia ambil barangan berharga, dia bawa tmpat sunyi dan tu d tinggalkan mangsa td dilorong2 belakang@terpencil.

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Khamis, Mac 14, 2013 12:03:00 PG      
  3. Walau selamat macam mana sekali pun,semua org mesti bersikap hati2..mesti ada perasaan takut..terutama perempuan.

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, Mac 15, 2013 1:12:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

PR

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH