Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Tambahkan"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Sertai"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Like"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Follow"]

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

BAGASI KIRIMAN TERKINI

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Archives

,

Selasa, 31 Julai 2012

[Video] Wartawan Jepun Peluk Islam di Syria


 
Seorang wartawan Jepun telah memeluk agama Islam di hadapan para pejuang Syria baru-baru ini.

Dalam sebuah video yang disiarkan di Youtube, wartawan Jepun itu dilihat mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Mujahidin daripada batalion Mamduh Julha yang bermukim di gunung Al-Turkman, di sempadan Syria-Turki.

Menurut laporan, wartawan itu memilih untuk memeluk Islam setelah tersentuh apabila melihat sikap baik para Mujahidin tersebut ketika dia membuat liputan pertempuran di wilayah yang bergolak.

Dengan perlahan-lahan dia mengucapkan "Asyhadu alla ilaha illallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah" sambil dibimbing oleh seorang mujahid. Kemudian para mujahidin melaungkan takbir, dan muallaf ini turut mengikutinya dengan wajah gembira "Allahu Akbar, Allahu Akbar!". 
 
Wartawan itu memilih nama Musthafa. Saksikan video pengislamannya di bawah ini:
 
 
 Kredit: Pulakdah!


Hampir 12 Ribu "Dislike" (Setakat Ini) Lagu Tema Hari Kebangsaan 2012...MEMALUKAN!!!

 
Hanya 156 pilih 'like' lagu tema kemerdekaan Janji Ditepati

[SH] ALOR SETAR – 11,734 pengunjung laman youtube memilih dislike (tidak suka) berbanding hanya 156 memilih like (suka) terhadap lagu tema kemerdekaan kali ke-55 yang bertemakan Janji Ditepati.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Usahawan dan Pembangunan Insan, Abdul Ghani Ahmad berkata, lagu tema Janji Ditepati lebih mirip ke arah memaksa rakyat menyokong slogan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, slogan kemerdekaan kali ke-55 bukan membawa ke arah menghayati semangat kemerdekaan yang dicapai, sebaliknya sebagai kempen menjelang Pilihan Raya Umum (PRU).

“Sepatutnya penghayatan erti kemerdekaan lebih umum agar boleh diterima oleh seluruh rakyat di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Abdul Ghani berkata, bagi melahirkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat, Kerajaan Negeri Kedah telah menukar tema kemerdekaan kepada Terus Berbakti.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Darul Aman, Lee Guan Aik berkata lagu tema kemerdekaan kali ini adalah sebagai kempen terhadap PRU Umno dan BN bagi meraih sokongan pengundi.

Guan Aik berkata, ini merupakan kali pertama lagu tema kemerdekaan negara yang tidak mempunyai semangat patriotik.

Katanya, rakyat langsung tidak memahami apa yang ingin disampaikan di sebalik lagu tema kemerdekaan kali ke-55 ini.

“Rakyat kini semakin celik dan memahami apakah maksud tersirat yang ingin disampaikan dengan slogan Janji Ditepati,” katanya.


P/s: Lagunya di sini.

 

, ,

[Koleksi Video] Selamatkan Muslim Rohingya di Myanmar












P/s: Bantulah mereka walaupun hanya dengan sebaris doa.


Berita berkaitan di sini,


, ,

Isnin, 30 Julai 2012

[Video] Gadis Cina (Bukan Islam) Kongsi Sebab Dia BERPUASA, Lebih Manis Dia...



Keterangan Video:

"J SZE adalah gadis cina, 21 tahun. Bukan Islam. Beliau menceritakan pengalaman berpuasa ramadhan dan menerangkan hikmah2nya. Beliau juga bersolat terawih bersama umat Islam. Beliau adalah salah seorang dalam team Najasyi / Abu Talib yang terdiri dari mereka yang bukan Islam tetapi berusaha menghayati Islam secara positif. J Sze adalah protege Ikon Remaja Islam Loo Jo Yee. Beliau sedang belajar berhujah pro-Islam dengan Xifu Naser (pensyarah pemikiran kritis cfs, iium). J Sze telah muncul di pentas KONVENSYEN FIQH UMMAH di Johor bersama barisan para ustaz terkena spt dr.zaharudin, dr maszlee, ustaz zahzan, ustaz zamri mantop, imam muda asyraf etc dan di sana beliau menakjubkan ramai bila beliau berhujah mengapa Islam itu agama yang rasional. Kini beliau sedang belajar bahasa Arab dengan Xifu Naser dan giat menghafal hadis, ayat al-qur'an. - XIFU NASER."


 P/s: Lebih manis, J Sze fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan. Tutur katanya tidak pelat seperti majoriti orang Cina di negara ini. Kalau tidak melihat wajahnya di skrin, rasanya banyak orang percaya J Sze orang Melayu. Realitinya, walaupun sudah 55 tahun merdeka, kita masih berhadapan dengan masalah ketidakfasihan rakyat berbahasa kebangsaan.



, ,

Tidak "Bertelanjang" Pun Boleh Masuk Olimpik


Menurut maklumat FB, atlet wanita yang menutup aurat di atas ialah Woroud Sawalha, atlet Palestine.

, , ,

"Syaitan" Rogol dan Liwat Budak Berusia 3 Tahun

 
[HM] KLANG: Seorang lelaki layak digelar binatang apabila gagal mengawal nafsunya biarpun di bulan Ramadan apabila merogol dan meliwat seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dalam kejadian di Kampung Sungai Yadi, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa diasuh isteri suspek di rumah mereka sejak dua bulan lalu dan suspek yang berusia 31 tahun mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika isterinya keluar ke kedai.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, kejadian itu hanya disedari bapa mangsa jam 8 malam pada hari kejadian selepas dimaklumkan isterinya bahawa mangsa mengadu sakit di kemaluannya.

“Mangsa menceritakan kepada bapanya suspek mengajaknya memasuki bilik air menyebabkan bapa mangsa mengesyaki anaknya menjadi mangsa rogol,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek melakukan perbuatan itu ketika isterinya keluar ke kedai dan ketika di dalam bilik air, mangsa didukung dalam keadaan bogel sebelum dirogol dan diliwat suspek beberapa kali.

Katanya, siasatan juga mendapati dalam tempoh mangsa dihantar ke situ suspek hanya melakukan perbuatan itu sekali.

Berikutan itu, suspek yang juga pemandu lori ditahan di rumahnya pada hari sama. Kes disiasat mengikut Seksyen 376/511 dan Seksyen 377c Kanun Keseksaan dan suspek direman hingga 3 Ogos depan bagi membantu siasatan.


Berita Lain:
Biar anak didera mati di hospital
[HM] KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri dari Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, bukan saja sanggup mendera anak mereka hingga pengsan, malah turut membiarkan anaknya itu yang berusia empat tahun bersendirian di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), pagi kelmarin.

Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki itu yang menunggu rawatan di unit kecemasan gagal diselamatkan doktor dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.15 pagi.

Sumber polis berkata, dalam kejadian itu, sepasang suami isteri yang tinggal berdekatan PPUKM menghantar seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anak mereka ke unit kecemasan.

“Ketika dibawa ke PPUKM, kanak-kanak terbabit yang tidak sedarkan diri ditempatkan di unit kecemasan untuk rawatan.

“Beberapa minit kemudian, ibu bapa kanak-kanak itu keluar sebelum menaiki sebuah kereta yang sedia menunggu mereka di pekarangan PPUKM dan melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, beberapa kakitangan unit kecemasan PPUKM yang menyedari tindakan itu cuba mengejar mereka namun terlambat.

Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas kanak-kanak itu mendapati mangsa didera ibu bapanya berikutan wujud kesan calar dan lebam di seluruh badannya.

Selepas disahkan meninggal dunia, doktor yang merawat mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan untuk menjejaki ibu bapa mangsa.

,

Dendam Suami, Perkosa Isteri



[HM] KUALA LUMPUR: ‘Hidup kau tidak selamat, aku pasti kau mati.’ Itu kandungan nota ditinggalkan dua lelaki selepas menodai seorang wanita berusia awal 20-an di rumahnya di Bandar Teknologi Kajang, di sini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang Jumaat lalu, itu, dua lelaki berusia 30-an terbabit dipercayai meninggalkan nota berkenaan untuk ditujukan kepada suami wanita itu yang tiada di rumah.

Sumber berkata, ketika kejadian mangsa yang bersendirian di rumahnya berada dalam bilik air untuk mandi.

“Mangsa terkejut apabila melihat dua lelaki tidak dikenalinya berada di rumah.

Belum sempat menjerit meminta bantuan jiran, dua lelaki terbabit mengeluarkan senjata lalu mengugut untuk mencederakannya.

“Bimbang dengan ugutan berkenaan, mangsa mendiamkan diri sebelum kedua-dua tangan dan kaki diikat manakala mulutnya ditutup dengan kain,” katanya.



P/s: Gila!


 

, ,

[Video] Susulan Kes Kematian Eksekutif TV9: Seorang Ahli Keluarga Terdekat DITAHAN, Kes Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh


[Bernama] KUALA LUMPUR - Polis telah menahan seorang anggota keluarga terdekat Syaleza Jaffar, 31, eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 yang ditemui mati di rumahnya di Apartment Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, anggota keluarga tersebut ditahan bagi siasatan lanjut lewat malam tadi di Segamat, Johor, kampung halaman mangsa.

Polis sudah merakamkan percakapan anggota keluarga itu, katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, hasil siasatan awal Unit Forensik dan Patologi Polis Selangor, terdapat kesan jerut di bahagian leher dan beberapa kesan lebam pada tubuh mangsa.

"Bagaimanapun siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa," kata Arjunaidi.

Mayat Syaleza dilaporkan ditemui di dalam bilik tidurnya pada pukul 7 malam, setelah pintu bilik dipecahkan kerana dia tidak membuka pintu apabila dipanggil untuk berbuka puasa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.  


P/s: Berita awal di sini.

Menurut blog Hazrey, ahli keluarga terdekat itu dipercayai suami Nursyaleza Jaafar dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah sebentar tadi mengesahkan bahawa kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan, iaitu membunuh.




Al- fatihah...



Lirik Lagu Tema Hari Kebangsaan 2012, Apa Komen Penulis Lirik Terkenal?


[MK] Selepas logo sambutan Hari Kebangsaan dikritik hebat, kali ini lagi temanya pula dipertikaikan.

Bagi Buddhi Hekayat - penulis lirik lagu yang memenangi anugerah, Awan Nano - lagu tema Hari Kebangsaan merupakan satu "propaganda yang kasar".

NONE"Bahasanya mungkin halus tetapi ia tak dapat timbulkan rasa
cinta pada negara. Malangnya, penulis seperti pemerintah yang puji diri sendiri," katanya.

Beliau menambah bahawa lirik  "Janji sudah ditepati, kini masa balas budi" adalah seperti "meletak pisau ke leher rakyat".

"Ramai orang akan mengatakan saya berkata begitu kerana saya ahli PKR dan sebagainya, tetapi sebenarnya, saya akan mengatakan perkara yang sama walaupun Pakatan Rakyat sendiri yang melakukannya," kata ketua cabang PKR Parit Sulong, yang nama sebenarnya ialah Hasmi Hashim.

Malaysiakini menerima CD yang mengandungi lagu dan lirik semasa pelancaran tema Hari Kebangsaan di Brickfields awal bulan ini.

Lirik ditulis oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim manakala melodinya oleh Aye, Jasnie dan Arman E six.

Pandangan Buddhi Hekayat turut disokong oleh Bob Lokman,
yang menulis lirik untuk lagu hit rock blada 80-an - Isabella - yang berkata bahawa lagu tema Hari Kebangsaan itu "murah dari segi tulisan, tiada nilai puitis, kata-kata yang digunakan sangat murah. Tiada nilai patriotik."

"Lagu patriotik perlu sesuatu yang menimbulkan semangat rakyat, bukan mengajar mereka membodek. Lagu ini membodek dan memberitahu orang yang mereka tiada pilihan. Ia kempen politik dan bukannya lagu Hari Kebangsaan," tambahnya. 


P/s: Pendedahan tentang lirik dan lagu asal Hari Kebangsaan 2012 di sini.


, ,

[Video] Lagu Tema Hari Kebangsaan 2012 Ciplak Lagu Kristian? Bandingkan Melodinya




 

P/s: Sama?

 

,

Eksekutif Stesen Televisyen TV9 Ditemui Mati Tergantung di Kediamannya


[Kosmo] SUNGAI BULOH – Seorang wanita yang mengurungkan diri kerana merajuk selepas bertengkar dengan suaminya ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas siling di dalam sebuah bilik di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai di sini kelmarin.

Mayat Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar, 31, ditemui oleh suaminya di dalam bilik tersebut ketika beliau memanggilnya untuk bersiap-siap menjelang waktu berbuka puasa pada pukul 7 petang.

Difahamkan, suami mangsa, Norazman Bashah, 30-an, hanya memberitahu mengenai kematian isterinya kepada abang mangsa pada pukul 9.30 malam.

Ketika kejadian, anak lelaki pasangan tersebut yang berusia dua tahun turut berada di dalam rumah.

Jurucakap polis memberitahu, polis dan pasukan bantuan perubatan bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 10.30 malam.

Bagaimanapun, katanya, wanita itu telah disahkan meninggal dunia ketika ditemui.

“Pada mulanya kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, selepas bedah siasat, doktor mengesahkan terdapat beberapa kesan lebam pada tubuh dan kesan jerut pada leher wanita tersebut,” katanya ketika ditemui semalam. 


P/s: Bunuh?


Berkaitan:

Status BB milik mangsa sebelum ditemui meninggal dunia.

[SH] PETALING JAYA – "Sabar duhai hati", adalah status BlackBerry (BB) terakhir yang sempat dicatat seorang Eksekutif Pentadbiran sebuah stesen televisyen swasta, Syaleza Jaffar, 31, sebelum ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas siling dalam bilik di kediamannya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, dekat sini, kelmarin.

Kejadian disedari setelah suaminya terdengar bunyi dentuman kuat, lalu bertindak pecahkan pintu bilik selepas panggilannya tidak terjawab.

Menurut sumber, pasangan itu bertengkar kira-kira jam 7 malam, menyebabkan mangsa merajuk dan mengunci dirinya di dalam bilik.

“Suami mangsa menghubungi ambulans yang tiba jam 10.30 malam. Pemeriksaan lanjut mendapati dia telah meninggal dunia,” katanya.

Difahamkan, suami mangsa, Norazman Bashah, 30-an, hanya memberitahu mengenai kematian isterinya kepada abang mangsa pada pukul 9.30 malam.

Difahamkan juga jiran mangsa juga terdengar bunyi pertengkaran beberapa jam sebelum kejadian. Ia berkemungkinan berpunca daripada suami mangsa pulang lewat dari kerja luar kawasan.

Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun dan menyewa di situ sejak tiga bulan lalu.

Suami mangsa yang bekerja di syarikat petroleum di ibu kota, buat laporan dan memberi keterangan kepada polis.

Mayat Syaleza dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat....


P/s: Berita terkini di sini.

 

, ,

[Video-Wajib Tonton] Lajim dan Wilfred Bumburing Isytihar Sokong Pakatan Rakyat, Dengar Amanat Mereka!


Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lajim Ukim mengajak rakyat Sabah supaya meninggalkan ‘kapal Barisan Nasional (BN) yang bocor’ dan bakal tenggelam.

Pada pelancaran Pakatan Perubahan Sabah (PPS) di rumahnya di Beaufort malam tadi, beliau menggesa rakyat negeri itu, khususnya pengundi Beaufort menaiki kapal baru.

“Ayuh kita masuk kapal baru. Jangan ikut kapal BN yang bocor dan akan tenggelam,” katanya depan kira-kira 20,000 penyokongnya.

Beliau mencabar Perdana Menteri Najib Altantuya memecatnya sebagai timbalan menteri setelah mengisytiharkan keluar dari Umno-APCO yang dipegangnya selama lebih 20 tahun.

Tidak sedikit pun menyesal jika dipecat, Lajim hanya menunggu Najib Altantuya memecatnya sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno-APCO yang akan diputuskan hari ini.

Malah beliau rela dipecat dari semua jawatannya kerana kepentingan rakyat Sabah lebih penting daripada pangkat dan wang ringgit.

Turut hadir ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim; Pengerusi KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini; bekas Menteri Penerangan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan pimpinan KEADILAN lain.

Lajim menyifatkan tindakan itu perlu kerana Umno BN selama ini membuli rakyat Sabah dengan mengabaikan mereka lantaran menganggap mereka sebagai pengundi ‘deposit tetap’.

“Umno BN buat sesuka hati mereka sebab kita dipandang sebagai fixed deposit (deposit tetap). Saya beri amaran kepda BN, jangan buli rakyat Sabah lagi,” katanya.

Setiap kali Lajim mengajak penyokongnya menukar kerajaan, orang ramai akan bersorak dengan melaungkan ‘Tuuuuukar’ -slogan PPS dan Angkatan Perubahan Sabah (APS).

“Sabah kaya dengan hasil balak dan minyak banyak tapi yang kaya adalah kroni Umno di Sabah dan Semenanjung. Rakyat Sabah tetap sama – miskin,” katanya.

"Saya cabar tuan-tuan tunjuk pada saya, mana jalan raya highway kita di Sabah ini, tolong tunjuk... Ini bukan penumbuk, ini highway, ini jalan kampung... Terima kasih pada Yang berhormat Datuk Seri Anwar kerana dialah yang meluluskan jalan raya ini, pada tahun 1996," tambahnya

Lajim juga menegaskan sokongannya terhadap Pakatan Rakyat bukan untuk kepentingan diri, sebaliknya demi kebajikan rakyat Sabah.

“Saya sudah kaya tapi apakah rakyat Sabah juga kaya? Tidak. Mereka masih miskin. Dulu, saya sokong Umno masuk ke Sabah dulu, sebab mahu tolong rakyat tapi tidak, nampaknya.

“Ada yang tuduh, pembangkang beli saya. Apa sangatlah duit pembangkang. Yang sibuk mahu beli ialah BN,” katanya.

Manakala MP Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing turut mengumumkan keputusan yang sama dengan  meletakkan jawatan daripada parti Upko dan seterusnya menyokong Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau telah berbincang dengan beberapa orang anggota jawatankuasa tertinggi dan ketua bahagian Upko dan akan meninggalkan BN.

Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Tuaran.

"Saya masih setia kepada Upko tetapi meletak jawatan dari BN," katanya.

Bumburing sebelum ini meletak jawatan sebagai pengerusi BN kawasan tersebut tanpa mengemukakan apa-apa sebab.

Beliau hari ini berkata kekecewaannya ke atas janji BN yang tidak ditepati dan peningkatan jumlah imigran tanpa dokumen serta royalti petroleum menyebabkan beliau bertindak demikian.- MK/Jalan Pulang

 

 

 

 


, ,

Sabtu, 28 Julai 2012

[Video] Pemilik Butik Disamun & Dicabul


[HM] KUALA LUMPUR: Empat penyamun yang menggunakan alat renjatan elektrik terhadap seorang wanita ketika menyamun butik pengantinnya di Taman Tasik Permaisuri di sini, bukan saja melaram dengan pakaian dan barang curi bernilai lebih RM10,000 bagaikan orang kaya di sebuah pusat beli-belah, malah turut mencabul wanita berkenaan, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, empat penyamun berkenaan menyamar sebagai pelanggan ingin menempah pakaian untuk majlis akad nikah, mula mengintip pergerakan di kawasan butik beberapa jam sebelum itu.

Mangsa mahu dikenali sebagai Yati, 28, berkata ketika dia berehat di atas sofa butik yang terletak di tingkat satu, seorang lelaki masuk memberitahu mahu menempah pakaian untuk akad nikah melalui interkom.

Bagaimanapun katanya, sebaik membuka pintu butik, tiga lagi rakan lelaki itu menyerbu masuk sebelum mengenakan alat renjatan elektrik ke mukanya menyebabkan badannya lemah.

“Akibat terkena renjatan elektrik pada muka, saya terkencing dan terduduk lemah.

“Mereka menggeledah setiap ruang dalam butik dan melarikan beg tangan mengandungi 10 kad kredit, dua telefon bimbit, komputer tablet, barang kemas, wang tunai, cermin mata dan pakaian pengantin lelaki semuanya bernilai lebih RM10,000,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian tubuhnya turut diraba dan dalam tempoh 10 minit mereka dalam kedainya, seorang daripada suspek membuka seluarnya dan cuba mendekatinya tetapi dia sempat melarikan diri bersembunyi dalam tandas.

Sebaik mereka meninggalkan butiknya, Yati menghubungi bank bagi menamatkan perkhidmatan lapan daripada 10 kad kreditnya dan jangkaannya tepat apabila kumpulan itu cuba menggunakan kad kreditnya untuk membeli-belah di sebuah pusat beli-belah di Jalan Klang Lama, di sini.

Katanya, mereka melaram dengan pakaian pengantin yang dicuri dari butiknya itu dan berlagak seperti orang kaya dengan memasuki beberapa kedai jam dan cermin mata.

Menurut Yati, berdasarkan rekod bank, penyamun berkenaan cuba menggunakan kad kreditnya untuk membeli jam tangan berharga RM900 tetapi gagal kerana kad kredit berkenaan sudah dibatalkan.


 

, ,

[Video] Lirik dan Video Lagu Tema (Lagu Tagih Undi?) Hari Kemerdekaan Ke- 55




P/s: Mula-mula orang ramai mempertikai slogan "Janji Ditepati" untuk tema Hari Kebangsaan 2012 kerana langsung tiada kaitan dengan sejarah kemerdekaan negara. Malah tema itu jelas merupakan slogan politik BN. Apabila lagu tema itu disiarkan di Youtube, memang jelas sambutan hari kebangsaan tahun ini digunakan sepenuhnya oleh BN untuk menagih undi. Bacalah liriknya yang memuji BN tinggi melangit. Malah video itu turut memaparkan beberapa keping gambar slaid program 1Malaysia termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik Bergerak 1Malaysia, serta Skim Amanah Rakyat (Sara) 1Malaysia.

Antara baris lirik lagu tersebut berbunyi:"Janji sudah ditepati, Kini masa balas budi". Apa maksud ayat ini? Bukankah lagu ini meminta rakyat membalas budi dengan mengundi BN? 100% usaha terdesak BN untuk menagih undi rakyat. Amat memalukan!



, ,

Jumaat, 27 Julai 2012

Bekas Isteri Hattan SAMAN Blog RM1 Juta


[Bernama] KUALA LUMPUR - Bekas isteri penyanyi popular Hattan menfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan Oh Bulan! kerana menyiarkan artikel fitnah mengenainya.

Noorfarashikin Othman, 32, seorang peniaga, menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, pada 3 Julai lepas melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh dengan menamakan Driven Communications Sdn Bhd sebagai defendan.

Noorfarashikin bercerai dengan Hattan atau nama sebenarnya Datuk Mohd Shukri Sahabuddin selepas dua bulan berkahwin.

Hari ini kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin.

Peguam Nizam Bashir yang mewakili Noorfarashikin memberitahu media bahawa mahkamah menetapkan 10 Ogos ini bagi defendan menfailkan pembelaan dan juga pengurusan kes.

Dalam pernyataan tuntutannya, wanita itu antara lain memohon ganti rugi am berjumlah RM1 juta, ganti rugi khas, teruk, teladan dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Noorfarashikin mendakwa pada Januari lepas defendan melalaui laman web hhtp:/www.ohbulan.com/ telah menerbitkan satu artikel.

Beliau berkata artikel itu antara lain bermaksud beliau merupakan seorang yang curang, tidak boleh dipercayai dan isteri yang tidak setia. Wanita itu berkata reputasi peribadi dan profesionalnya telah rosak dan beliau mengalami kesedihan, rasa malu dan tersinggung perasaan akibat penyiaran artikel itu. 



, ,

[Bonus] Selangor Beri 2 Bonus, Pulau Pinang Bonus Minimum RM600

 
S'gor beri bonus setengah bulan, RM200 Simpanan Selangorku



[MK] Kerajaan Negeri hari ini meluluskan pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 kepada semua kakitangan awam Selangor bagi membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Kerajaan Selangor juga memutuskan untuk memberi bonus tambahan dalam bentuk Simpanan Selangorku sebanyak RM200 kepada setiap kakitangan awam, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam satu kenyataan hari ini, menteri besar berkata, bagi yang beragama Islam, wang tersebut akan dimasukkan dalam Simpanan Tabung Haji.

"Manakala bukan beragama Islam akan diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN).

"Kedua-dua bonus ini akan dimasukkan dalam akaun kakitangan awam pada minggu hadapan," katanya.

Menteri besar berkata,Kerajaan Selangor memperuntukkan RM20 juta untuk pembayaran bonus dan bonus tambahan Simpanan Selangorku kepada kakitangan awam untuk tahun ini.

"Kerajaan negeri berharap bonus ini dapat meringankan beban penjawat awam untuk membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Pada masa sama, Kerajaan Selangor mahu menggalakkan kakitangan awam menabung demi masa depan," katanya.
 
Pulau Pinang: Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM600

[SH] GEORGETOWN - Kerajaan Negeri akan memberi bonus setengah bulan atau minimum RM600 kepada pegawai perkhidmatan awamnya pada 9 Ogos ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, bonus RM300 turut diberikan kepada 10 orang penyelia dan 1,391 guru kelas aliran fardu ain (Kafa).

Beliau berkata, mesyuarat exco hari ini meluluskan cadangan pemberian bonus kepada 3,780 pegawai perkhidmatan awam melibatkan kos RM3,983,489,45.

“Pemberian ini juga melibatkan semua pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri,” katanya pada sidang media.
 
 
 P/s: SYABAS!
 

,

SUK Selangor: Dakwaan Krisis Air TIDAK BENAR


[SH] SHAH ALAM – Masalah kekurangan bekalan air bersih di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak berlaku seperti yang digambarkan beberapa pihak sebelum ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi berkata, hasil pemantauan Jawatankuasa Pemantauan Air mendapati hanya beberapa kawasan di Cheras manakala tempat lain tidak mengalami gangguan bekalan air.

“Makluman daripada empat mesyuarat yang dijalankan bersama Syabas dan semua pihak terlibat, daripada maklumat, jumlah dan data yang diperoleh daripada Syabas dan semakan di loji-loji berkenaan kita dapati masalah yang dikatakan sebenarnya tidak berlaku
sebagaimana yang didakwa.

“Cuma kami dapati hanya beberapa tempat di Cheras yang menerima bekalan air dari Loji Sungai Langat mengalami masalah kekurangan bekalan air,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, semalam.
 
 

,

Khamis, 26 Julai 2012

Sembuh daripada Jangkitan HIV


[Kosmo] WASHINGTON - Satu-satunya pesakit HIV yang dipercayai sembuh menerusi pembedahan pemindahan sum-sum, Timothy Ray Brown (gambar) memberitahu kelmarin bahawa dia berasa kagum dan kini melancarkan satu yayasan baharu bagi menggalakkan penyelidikan bagi mencari ubat penyakit maut itu.

Brown, 47, yang berasal dari bandar raya Seattle dalam negeri Washington, popular selepas beberapa doktor cuba menggunakan teknik yang unik itu dengan menggunakan penderma kebal HIV untuk menjalani satu pemindahan sel induk bagi mengubati penyakit leukemianya.

Sejak 2007, dia telah menjalani dua pembedahan pemindahan tulang sum-sum dan menunjukkan keputusan yang negatif dalam ujian HIV.

"Saya menjadi bukti bahawa AIDS boleh diubati," kata Brown dalam satu wawancara bersama agensi berita AFP.

"Sungguh mengagumkan apabila dapat sembuh daripada jangkitan HIV," tambahnya.

Lelaki itu sedang belajar di Berlin, Jerman apabila didapati positif HIV pada 1995 dan diberitahu dia cuma boleh hidup selama dua tahun lagi.

Namun, kombinasi terapi antivirus yang muncul di pasaran dunia setahun kemudian membolehkan jangkitan HIV yang dihidapi berjuta-juta penduduk dunia dirawat.

Terapi itu dapat mengekang kuman HIV di dalam badan Brown tetapi dia memilih untuk menemui seorang doktor pada 2006 selepas mengalami kelesuan yang berpanjangan.

Dia kemudian disahkan menghidap leukemia dan menjalani rawatan kemoterapi yang menyebabkannya mengalami pneumonia dan kandungan darahnya mengandungi bakteria beracun.

Dalam usaha menyelamatkan nyawa Brown, doktornya, Gero Huetter mendapat idea untuk melakukan pembedahan pemindahan tulang sum-sum dengan menggunakan penderma sel induk yang memiliki gen mutasi CCR5.

Mereka yang tiada gen CCR5 kebal terhadap jangkitan HIV kerana sel mereka tidak boleh ditembusi virus tersebut.

Namun, manusia yang tiada gen CCR5 jarang-jarang ditemui dan dipercayai cuma satu peratus penduduk dunia yang tinggal di rantau Eropah Utara memiliki keupayaan tersebut.

Idea Huetter adalah untuk cuba menyembuhkan leukemia dan HIV menerusi pembedahan transplan itu.

Brown didapati bebas daripada kuman maut itu selepas menjalani pembedahan tersebut. - AFP 
 
 
 

,

Air Terawat: Fakta SYABAS Tidak Tepat, Beroperasi di Bawah Keupayaan Sebenar


Sebelum ini, media dan pemimpin BN "spin" isu air di empangan semakin berkurangan. Selepas dibuktikan bahawa air di tujuh empangan penuh, mereka membangkitkan pula isu air terawat.

Baca penjelasan lanjut di bawah ini:

Menurut laporan Jawatankuasa Pemantauan Air, kapasiti rizab pengeluaran sebenar air terawat adalah pada paras 11 peratus.

[FMT] SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor mendapati fakta peratusan rizab air terawat sebanyak dua peratus yang dilaporkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) adalah tidak tepat.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, menurut laporan Jawatankuasa Pemantauan Air, kapasiti rizab pengeluaran sebenar air terawat adalah pada paras 11 peratus.

Malah katanya kapasiti rizab pengeluaran air terawat itu akan meningkat kepada 18 peratus selepas Mac 2013 apabila projek mitigasi siap sepenuhnya.

“Ekoran penemuan Jawatankuasa Pemantauan Air bermula 18 Julai lalu itu turut mendapati keupayaan pengeluaran kesemua 34 loji ialah 4,807 juta liter sehari berbanding keupayaan agihan Syabas 4,371 juta liter sehari, lebihan sebanyak 436 juta liter sehari.

“Ini bermakna Syabas beroperasi di bawah keupayaan sebenar dan bukan pada tahap optimum,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini hari ini.

Projek mitigasi I

“Projek Mitigasi I yang dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2013 akan meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat kepada 5,139 juta liter sehari, penambahan sebanyak 332 juta liter sehari atau 768 juta liter sehari berbanding keupayaan agihan Syabas.

“Oleh sebab kegagalan Syabas itu, kerajaan Selangor kini telah selesai dalam persediaan dokumen untuk tujuan pengambilalihan pengurusan syarikat konsesi air itu,” kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok.

Dalam pada itu kerajaan Selangor turut memutuskan agar sebarang urusan berkaitan projek pembinaan loji air Langat 2 perlu di bawa terus kepada pejabat Menteri Besar.

“Ini termasuk agensi-agensi kerajaan negeri yang berkaitan. Tender untuk projek Langat 2 boleh dibuat tapi ia perlu melalui saya untuk kelulusan,” ujar Abdul Khalid.

Agensi-agensi kerajaan negeri dimaksudkan termasuklah Pejabat Tanah dan Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Lembaga Urus Air Selangor dan Jabatan Alam Sekitar.

Ketika ditanya berhubung kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa kerajaan pusat akan meneruskan projek Langat 2, beliau berkata perkara itu belum dimuktamadkan oleh Pusat.

“Oleh itu, kita akan bergerak setapak demi setapak dengan usaha untuk mengambil alih pengurusan Syabas,” ujar beliau.


,

Bonus untuk Kakitangan Awam dan Pesara Kerajaan Sempena Aildifitri

Sumber di sini.

,

Rabu, 25 Julai 2012

Guru Didakwa Terkam & Noda Rakan Sekerja


[SH] SABAK BERNAM- Perubahan sikap seorang guru wanita yang menjadi pasif dan pendiam membongkar rahsia dia dirogol rakan sekerjanya.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian jam 5 pagi, 14 April lalu, mangsa yang baru bangun dari tidur diterkam suspek berusia 37 tahun di ruang tamu rumahnya sebaik sahaja dia membuka pintu.

"Suspek seorang guru sekolah rendah bertindak menerkam dan merogol mangsa yang ketika itu bersendirian di rumah.

"Bagaimanapun tiada ugutan yang dibuat dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Menurut Noor Mushar,  disebabkan kejadian itu, mangsa berusia 33 tahun itu trauma dan berubah  sikap menjadi pasif serta pendiam yang kemudiaannya perubahan itu disedari oleh suami mangsa.

"Mangsa yang pada mulanya takut menceritakan tragedi itu akhir terpaksa mengakui menjadi mangsa rogol selepas didesak berkali-kali oleh suaminya.

"Mangsa ditemani suami kemudiaannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, kira-kira jam 2 petang, Ahad lalu," katanya,

Berdasarkan laporan yang diterima, polis bertindak menahan suspek yang sudah berkahwin namun masih belum mempunyai cahaya mata itu di kediamannya di sekitar Sungai Besar kira-kira jam 10 malam, pada hari sama laporan dibuat.

"Suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Sementara itu, katanya, orang ramai diminta segera membuat laporan dan tidak mendiamkan diri sekiranya menjadi mangsa jenayah.

"Laporan itu penting bagi memudahkan siasatan dijalankan dan membolehkan tindakan segera diambil ke  atas penjenayah," katanya.


,

[Video] Harga Kereta Import yang Murah Akan "Membunuh" Proton, Antara Alasan Proton Masih di Takuk Lama



Rasanya Rafizi tidak menyatakan bahawa Pakatan akan MENGHAPUSKAN keseluruhan cukai yang dikenakan terhadap kereta import. Jika ada usaha untuk menghapuskan duti eksais, sudah tentu mereka ada cara untuk menampung pendapatan kerajaan yang hilang itu. Cuba baca di sini.

Yang dinyatakan secara jelas oleh Rafizi dalam kenyataan akhbarnya: "Kereta yang paling kecil dengan saiz enjin di bawah 1,500 cc akan dikenakan duti eksais 60% dan cukai jualan 10% (jika dikilang di Malaysia). Ini meningkat kepada 100% jika kereta itu diimport, dengan tambahan cukai import sebanyak 30%. Ini bermakna, bagi sebuah kereta Perodua yang terkecil pada harga RM40,000, rakyat perlu membayar cukai sebanyak RM16,500 kepada kerajaan akibat dasar Umno/Barisan Nasional. Kadar cukai ini sudah tentu lebih tinggi bagi kereta-kereta yang lebih besar."

Bayangkan betapa tingginya cukai kenderaan di negara ini!

Lupakan bab ekonomi, janji, dan sebagainya seperti yang diungkitkan oleh KJ.

Pada TM, hujah mengaitkan penurunan cukai dan duti import akan memusnahkan Proton, Perodua adalah hujah untuk menakut-nakutkan masyarakat Malaysia dan memainkan sentimen patriotisme untuk tujuan tertentu. Malah hujah ini diguna pakai sejak dahulu untuk menghalalkan tindakan kerajaan menaikkan cukai terhadap kereta  import sehingga menjejaskan peluang rakyat Malaysia membeli produk alternatif pilihan mereka.

Persoalannya di sini bukan isu patriotisme atau ekonomi semata-mata. Persoalan yang penting ialah kemampuan Proton dan Perodua menghasilkan produk yang berkualiti. Sekiranya Proton dan Perodua mampu mengeluarkan kereta yang original, berkualiti, bertaraf dunia, dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa, sudah tentu produk syarikat automobil tempatan ini tidak akan terjejas. Importlah kereta dari negara mana pun, jenama apa pun orang ramai akan tetap memilih produk keluaran Proton dan Perodua. Hal ini demikian kerana sudah menjadi tabiat manusia yang waras untuk membeli sesuatu yang berkualiti. Kata orang, alah membeli, menang memakai.

Sudah 27 tahun Proton beroperasi, cuba senaraikan produk syarikat tersebut yang dihasilkan 100% daripada idea, peralatan, dan bahan tempatan. Begitu juga Perodua. Jika dalam industri muzik ada istilah lagu saduran, dalam industri automobil pun ada istilah yang sama. Sampai bila pengeluar kereta tempatan terpaksa menggunakan enjin, peralatan, dan teknologi asing? Antara punca hal ini berlaku termasuklah dasar yang "tidak membolehkan", "tidak menggalakkan" syarikat automobil dan kepakaran anak tempatan benar-benar bersaing dengan syarikat dan kepakaran luar negara. Dasar sedia ada sentiasa menjamin pasaran kereta tempatan walaupun kualitinya sering dipertikaikan baik orang tempatan (di sini), mahupun orang luar (di sini.

Apa pula sindiran pelanggan Proton di bawah ini?


 


 

 

Kalau begitu pendirian kerajaan BN, sampai bila-bila pun syarikat automobil tempatan tidak mampu menghasilkan produk yang original, hasil buatan 100% anak tempatan, dan menggunakan peralatan yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan. Apabila KJ menyebut bukan tujuan kerajaan untuk melindungi Proton selama-lamanya, cuba fikirkan usia syarikat kereta tempatan.



[Gambar] "Oh, isteriku yang sendat...ketat..."

Sumber: Tuk Kiyai

DCM sudah dua kali menyiarkan kiriman tentang iklan yang sewaktu dengan iklan di atas. Rasanya, kedua-dua iklan tersebut juga mempromosikan produk dari syarikat yang sama.

TM tidak pasti sama ada ayat yang mengandungi kata "sendat" dan "ketat" di bahagian atas iklan tersebut memang sedia ada atau rekayasa pengguna internet. Jika memang disertakan dalam iklan, maka sudah tentu banyak orang yang bertanya: Terdesak sangatkah pihak syarikat sehingga terpaksa menggunakan frasa yang berbaur lucah dan gatal itu?

Namun, ayat "Saya kekal bergetah, ketat, dan awet muda walaupun sudah melahirkan anak ke-4." memang tertera pada iklan tersebut. Biarpun begitu, kata-kata tersebut juga tidak sesuai untuk paparan umum. Apa tafsiran remaja dan kanak-kanak apabila membaca ayat atau frasa tersebut? Tidakkah penggunaan sesetengah kata itu akan memprovokasi imaginasi mereka? Paling penting, adakah orang Melayu yang dicanang memiliki sifat sopan santun terlibat dalam hal-hal sebegini?


P/s: Cuba bayangkan anda menjaedi model iklan di atas? Malu atau bangga? 

Pasangan Kantoi Khalwat, Nafsu Tidak Kira Masa


[SH] AMPANG - Seorang wanita sanggup menyorok di dalam almari bagi mengelakkan diri dicekup dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, di sebuah apartmen, di sini awal pagi semalam.

Wanita yang hanya berkemban itu ditahan bersama pasangannya pada jam 1.40 pagi.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuainya memeriksa kediaman berkenaan.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu bilik tidur pasangan terbabit, seorang lelaki hanya berseluar pendek membuka pintu.

“Lelaki berusia 24 tahun itu memberi alasan hanya dia seorang diri tidur di dalam bilik berkenaan, namun pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita berusia 23 tahun menyorok di dalam almari pakaian,” katanya.

Beliau berkata, ketika ditahan wanita itu memberi alasan dia tertidur di dalam bilik teman lelakinya selepas berbuka puasa.

“Wanita berkenaan bekerja di sebuah pasar raya di ibu kota, manakala lelaki terbabit bekerja di sebuah syarikat pembasmi serangga,” katanya.

Dalam operasi yang berasingan, sepasang kekasih dicekup khalwat di apartmen sama.

Ahmad Nawi berkata, pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu adalah penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi di Melaka.

“Wanita yang berpakaian lengkap itu menyorok di belakang pintu bilik air ketika serbuan dijalankan, manakala pasangannya hanya berseluar pendek sedang baring di dalam bilik tersebut,” katanya.

Kedua-dua pasangan yang ditahan itu dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk dibuat laporan.

Operasi dijalankan mengikut Seksyen 29 (1) (a) (b), Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.


, ,

[PANAS] Polis Tutup Kes Dakwaan Penyelewengan KGT/Dinar Emas Kelantan


[SH] KOTA BHARU - Polis Kelantan mengesahkan tiada unsur jenayah komersial yang dikaitkan dalam isu penyelewengan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT).

Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang mendakwa KGT terlibat dengan penyelewengan.

“Kita sudah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang dibuat berhubung skandal KGT ini dan hasil siasatan mendapati tiada unsur penyelewengan dan tiada unsur jenayah komersial. Sehubungan itu, polis menutup kes ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini, akhbar tempatan mendedahkan skandal KGT yang dikatakan membabitkan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai kanan syarikat berkenaan.

Pada 6 Julai lalu, gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan dan seorang penulis blog membuat empat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu berhubung dakwaan wujudnya skandal dalam KGT.

Sebelum ini, terdapat tiga laporan polis dibuat berhubung dakwaan salah laku seorang pegawai kanan KGT dan laporan tersebut telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.

Tindakan tersebut dibuat setelah pihak polis mengkaji ke semua fakta dalam ketiga-tiga laporan berkenaan.



P/s: Husam sudah menganmbil tindakan menyaman pihak yang menyebar fitnah berkaitan dengan KGT dan dinar emas. Kickdefella masih meroyan di sini.

Kenyataan Husam tentang tindakan undang-undang terhadap Utusan dan Nik Mahani.


Tohmahan mereka:



Kementerian Kewangan memberi tempoh tiga minggu mulai hari ini kepada kerajaan Pas Kelantan untuk membuat siasatan terperinci berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam pertadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT).

Timbalan Menterinya Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata hasil siasatan terhadap syarikat yang mengeluarkan mata wang dinar dan dirham milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), hendaklah didedahkan kepada rakyat.

“Jika rakyat tidak berpuas hati dan pertikaikan keputusan (siasatan) itu, pihak kementerian akan mengarahkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti membuat siasatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian Banglo Rakyat Malaysia peringkat daerah Bachok di Perupuk di sini, hari ini.

Awang Adek berkata demikian ketika diminta mengulas tiga laporan polis yang dibuat terhadap apa yang didakwa berlaku salah laku membabitkan seorang daripada pegawai kanan KGT, oleh bekas Pengarah Eksekutif KGT Nik Mahani Mohamad pada 31 Januari lepas, seorang pelabur Jepun Takao Kono pada 28 Mei dan seorang rakyat Perancis Mohamed Esfih pada 1 Jun.

Bekas Pengarah Eksekutif KGT Nik Mahani Mohamad.

Awang Adek berkata pihaknya tidak mahu mengarahkan kedua-dua badan kerajaan itu membuat siasatan sekarang, untuk memberi peluang kepada kerajaan negeri membuat siasatan sendiri dan hasilnya hendaklah dibentangkan kepada rakyat dengan segera.

Beliau berkata, kementerian tidak mahu isu itu terus berlarutan kerana ia boleh mencemarkan imej Islam yang kini sudah mendapat perhatian ramai termasuk yang bukan beragama Islam.

Katanya, isu itu tidak seharusnya dipandang remeh oleh kerajaan negeri kerana ia membabitkan kepentingan awam yang banyak membuat pelaburan.

“Saya sendiri percaya kerajaan negeri tidak mahu perkara itu berlaku atau menyokong penipuan itu dan tidak mahu menyembunyikannya kerana lambat laun orang akan tahu juga,” kata Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi BadanPerhubungan Umno Kelantan.

,

[PANAS] 7 Tahun Tiada AIR di Kawasan Parlimen Perdana Menteri

Agak-agaknya apabila ada orang yang sanggup berbuat seperti dalam gambar di atas baru masalah air selesai di kawasan PM
 
[HD] PEKAN-"Kami hidup macam zaman sebelum merdeka, malu rasanya berada dalam parlimen dua orang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib dan Tun Razak).

"Nak disembunyikan, kami sudah tidak mampu. Pihak berkenaan hanya berjanji dan terus berjanji... masalah ketiadaan air tetap tidak dapat diselesaikan."

Begitulah bunyinya rungutan Hasni Omar, seorang penduduk Taman Sepekan Makmur dekat sini, yang kecewa dengan Ahli Parlimen mereka yang juga Presiden Umno serta pemimpin tempatan yang gagal membela nasib mereka mengatasi masalah ketiadaan bekalan air.

Dalam aduannya kepada media, beberapa orang penduduk di taman perumahan yang mempunyai 248 buah rumah itu telah mengalami masalah ketiadaan air sejak tujuh tahun yang lalu.

Menurut mereka, meskipun sudah berkali-kali masalah itu diajukan kepada pelbagai pihak berkaitan termasuk Perdana Menteri sendiri, namun hingga kini masih belum diselesaikan.

"Pada awalnya kami bersabar, namun selepas pinjaman perumahan mula dipotong daripada gaji kami maka terpaksalah berpindah ke sini kerana tidak mampu membayar sewa rumah lain.

"Banyak kali kami adukan masalah ini kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang yang kini dah jadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) namun tiada tindakan dibuat.

“Sampai bila kami harus terus jadi mangsa keadaan. Mujurlah setakat ini belum ada lagi mana-mana penghuni yang mengadakan majlis kenduri perkahwinan dan sebagainya.

"Bayangkan jika ada, sudah pasti keadaan akan lebih merumitkan. Kami terpaksa memunggah air dari sungai berdekatan atau dari rumah saudara mara setiap hari. Teruk kami, tujuh tahun hidup begini.

“Rumah yang kami beli ini bukan rumah kos mewah cuma rumah kos sederhana dan kos rendah sahaja yang mana kebanyakan pembeli berpendapatan rendah dan sederhana.

"Kami terpaksa menanggung pembiayan bank sejak 2006 lagi dan ada pembeli yang tak sanggup tinggal di sini terpaksa menanggung rumah sewa diduduki sekarang," kata beliau lagi.

Sementara itu tinjauan mendapati segala kelengkapan untuk pengurusan bekalan air sudah disediakan.

Menara tangki, pam dan kipas juga sudah pun disiapkan sejak sekian lamanya oleh pemaju, namun air tetap tidak dibekalkan kepada penduduk hingga menyusahkan mereka.

Menurut penduduk, mereka difahamkan masalah timbul apabila pemaju taman perumahan terbabit iaitu Sepekan Sdn Bhd didakwa telah melanggar syarat dan membuat pembinaan tangki tanpa mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh PAIP.

"Tangki air taman perumahan terbabit didakwa tidak mengikut piawaian yang ditetapkan maka itu kebenaran tidak diberikan.

"Kini struktur semuanya sudah disiapkan, saluran paip pun sudah siap, tangki bawah dan pam semua sudah ada cuma kelulusan sahaja tidak diperolehi," katanya.

Ada pula yang berkata ia berpunca apabila pemaju dikatakan membeli tangki sedangkan kos berkaitan tidak dibayar sepenuhnya kepada pembekal.

Justeru, pembekal tidak mengeluarkan surat kepada pemaju sedangkan dalam masa yang sama PAIP perlukan surat tersebut untuk proses kelulusan.

Penduduk mengatakan, masalah mereka telahpun acap kali diadukan kepada Pegawai Daerah Pekan, Adun Peramu Jaya dan setiausaha politik Najib di Pekan.

Mereka berjanji untuk selesaikan, namun hingga kini tidak ada sebarang penyelesaian dilakukan.

“Apa lagi yang dapat kami lakukan jika tidak mendedahkannya kepada media? Cuba bayangkan jika masalah seperti kami ini berlaku dalam negeri Pakatan Rakyat,” tegasnya.


P/s: Janji ditepati?





, ,

KEADILAN Cadang Turun Harga Kereta dalam Manifesto Pakatan Rakyat


[KD] KUALA LUMPUR 25 Julai: KEADILAN bercadang memasukkan penurunan harga kenderaan sebagai salah satu manifesto Pakatan Rakyat.

 
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, langkah itu ekoran harga kenderaan di negara ini terlalu tinggi disebabkan cukai import, jualan dan duti eksais.

“Kereta bersaiz enjin di bawah 1,500 cc akan dikenakan duti eksais 60 peratus, cukai jualan 10 peratus jika dikilang di Malaysia, dan akan meningkat 100 peratus jika kenderaan itu diimport.

“Ini bermakna kereta yang berharga RM40,000, rakyat (perlu) membayar cukai RM16,500 akibat dasar Umno BN,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Ketua Penerangan, Sim Tze Tzin.

Menurut Rafizi, cadangan tersebut sudah dibincang di peringkat parti dan akan diputuskan oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Dasar Umno BN punca kenderaan mahal

Rafizi berkata, harga kenderaan melambung tinggi disebabkan ‘dasar automotif Umno BN’ yang lebih mementingkan kroni daripada mengambil kira penderitaan rakyat.

Katanya, harga kenderaan tempatan dinaikkan agak tinggi disebabkan pentadbiran kerajaan tidak mahu rakyat menggunakan kereta import.

Tambahnya, Umno BN turut menaikkan duti import kenderan luar dengan alasan untuk menggalakkan penggunaan kereta tempatan.

Bagaimanapun, setelah Zon Perdagangan Bebas Asean (Afta) ditandatangani, kerajaan berhadapan dilema untuk menurunkan duti kenderaan yang diimport kerana takut permintaan kenderaan tempatan terjejas.

“Justeru Umno BN memperkenalkan duti eksais kononnya untuk mengimbangi pengurangan cukai import.

“Tindakan itu dibuat setelah kerajaan menerima nasihat daripada syarikat perunding Ethos Consultancy yang didakwa mempunyai kaitan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin,” katanya.

Kereta mahal jadi beban

Rafizi berkata, kajian oleh Jabatan Statistik mengenai pendapatan dan kemudahan isi rumah pada 2009 mendapati, hutang kenderaan kedua terbesar selepas rumah iaitu berjumlah RM134.2 bilion pada akhir Mei lalu.

Katanya, jumlah hutang kenderaan meningkat RM16 bilion atau 14 peratus dalam tempoh 18 bulan, berbanding RM118 bilion pada November 2010.

Tambah beliau, 71.9 peratus keluarga di negara ini menggunakan kenderaan sedangkan 53 peratus daripada keseluruhan keluarga berpendapatan kurang RM3,000.

“Keadaan ini membayangkan harga kenderaan yang mahal menjadi beban hutang utama rakyat pada ketika sebahagian besar rakyat berpendapatan di bawah RM3,000,” katanya.
 
 

Mahkamah Putuskan BERSIH Entiti yang SAH


[MK] Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.
Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.
 Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.

Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Dalam penghakiman 30-muka surat itu, hakim menyentuh sejarah permohonan yang mencabar keputusan Hishammuddin mengisytiharkan gabungan NGO itu sebuah pertubuhan haram.

Walaupun perisytiharan itu dibuat, tambahnya, pihak berkuasa masih terus bertemu dengan pegawai BERSIH.

"Terdapat rundingan antara pemohon dan responden (kerajaan) mengenai lokasi perhimpunan pada 9 Julai," katanya.

"Ada majlis mengadap ( Yang di-Pertuan Agong oleh) pemohon pertama (pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga, kanan) dan tiada celaan terhadap BERSIH (dalam menjalankan) aktiviti (perhimpunan 9 Julai 2011) seperti yang dijadualkan."

Mahkamah telah mengambil notis kehakiman bahawa Hishammuddin telah membuat suatu pernyataan awam untuk membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April tahun ini.

Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad, yang mewakili responden, berkata Peguam Negara akan diberi taklimat dan untuk arahan selanjutnya.

Azizan serta Peguam Kanan Persekutuan Shamsulbol Hassan, mendakwa bahawa keputusan mahkamah itu menjadikan BERSIH balik ke peringkat asalnya (perlu didaftarkan).

Bagaimanapun, peguam BERSIH, K Shanmuga - yang tampil bersama peguam Tommy Thomas dan Honey Tan - berkata keputusan itu bermakna gabungan itu adalah sah di sisi undang-undang.

"... Keputusan menteri dalam negeri adalah tidak rasional kerana, setelah mengisytiharkannya sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara, beliau dan pihak berkuasa telah bertemu dengan pegawai BERSIH," kata Shanmuga.

Ambiga tidak hadir di mahkamah kerana beliau di luar negara.

Pengerusi bersama BERSIH yang juga Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (kiri), ketika ditemui di luar mahkamah berkata: "Proses perundangan ini sepatutnya tidak dijalankan kerana ia membuang masa, tenaga dan dana am.

"Proses ini menyebabkan orang ramai khuatir untuk sokong BERSIH. Org ramai harus ingat bahawa kerajaan masih menggambarkan BERSIH sebagai "kotor" di mana perdana menteri telah menyatakan BERSIH telah membahayakan kuota haji yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi

"Kami ingin mengingatkan semua pihak bahawa Hakim Datuk Rohana Yusof telah pun melihat percanggahan dalam tindakan pihak berkuasa (apabila) dalam perbicaraan (pada) 26 Jun, kenapa kerajaan layan permintaan BERSIH untuk adakan perhimpunan tersebut (walaupun ia telah diisytiharkan sebagai haram)," tambahnya. [Baca berita penuh]

Sementara itu,  Bernama melaporkan bahawa Hakim Rohana berkata beliau membenarkan petisyen 14 anggota Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, termasuk Datuk S. Ambiga, untuk membatalkan perintah menteri itu berdasarkan BERSIH 2.0 terdiri daripada gabungan badan berdaftar.
   
Dalam penghakimannya, Rohana memutuskan keputusan mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebuah pertubuhan haram dibuat tanpa mengambil kira fakta berkaitan atau mengambil kira fakta yang tidak relevan.
   
"Pada pendapat saya, keputusan itu dicemari kerana dibuat secara tidak rasional," katanya.
   
Rohana berkata alasan mengeluarkan pengisytiharan mengikut Sekysen 5 Akta Pertubuhan 1966, seperti yang dinyatakan dalam pengumuman oleh menteri (responden pertama Hishammuddin), tidak boleh berubah dalam tempoh beberapa hari.
   
"Adalah tidak munasabah bagi sesebuah pertubuhan yang didapati menyalahi undang-undang untuk alasan serius, seperti digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara pada 1 Julai, dan kemudian tidak lagi pada 5 Julai 2011," katanya.
   
Rohana berkata walaupun boleh dikatakan BERSIH 2.0 adalah sebuah pertubuhan yang digunakan bagi maksud memudaratkan keselamatan sebelum perintah itu dibuat, ia tidak boleh menjadi kes seminggu, kerana selepas itu alasan berkenaan tidak lagi sah atau digunakan.
   
Rohana berkata mahkamah juga turut menimbangkan notis kehakiman kenyataan awam menteri (Hishammuddin) yang membenarkan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 28 April lepas tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan pihak berkuasa.
   
Beliau menekankan bahawa keputusan untuk mengharamkan BERSIH 2.0 adalah menceroboh hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak harus dibuat secara sewenang-wenangnya.
   
Selain itu, beliau berkata tiada tindakan diambil di bawah Akta Pertubuhan terhadap pemohon walaupun mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan itu selepas menteri membuat pengisytiharan.
   
"Secara ringkas, BERSIH 2.0 tidak boleh menjadi sebuah pertubuhan yang digunakan bagi maksud menjejaskan keselamatan pada 1 Julai 2011, kemudian tidak lagi seminggu selepas itu. Malah sekiranya ia adalah sedemikian, jadi pengisytiharan itu harus diketepikan sewajarnya," kata Rohana.
   
Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad berkata beliau perlu mengkaji penghakiman bertulis itu terlebih dahulu sebelum mendapatkan arahan lanjut  daripada Pejabat Peguam Negara.
   
Sementara itu, seorang peguam pemohon, K. Shanmuga memberitahu pemberita dengan keputusan itu, BERSIH 2.0 bukan lagi sebuah pertubuhan haram. 


,

UMNO Melaka Jawab Tuduhan Blogger Upahan Mereka


[SH] BANDARAYA MELAKA - Umno Melaka mengganggap dakwaan seorang pengendali blog tidak dibayar tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370 sebagai ‘tiada isu’.

Malah, Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Akbar Ali turut mengemukakan bukti bahawa segala pembayaran sudah dijelaskan menerusi dokumen di pejabat Umno Melaka.

Menurutnya, pengendali blog berkenaan sudah pun menandatangani sendiri surat persetujuan Badan Perhubungan Umno Melaka membayar tunggakan gaji bertarikh 20 Disember 2011.

Katanya, tunggakan RM24,370 itu setelah dipotong baki pinjaman serta aset pejabat Umno yang masih belum dipulangkan selepas berhenti kerja.

“Gaji tertunggak RM38,000 yang dituntutnya terpaksa ditolak baki pinjaman berjumlah RM2,300 serta 12 peralatan pejabat yang masih dalam simpanannya berjumlah RM24,370. Menjadikan jumlah sepatutnya dibayar RM11,330.

“Malah, dalam surat kita bertarikh 20 Disember 2011, kita sendiri telah nyatakan bersetuju membayar RM11,330 selepas ditolak jumlah disebut tadi," katanya.

Menurutnya, pengendali blog itu sendiri telah menandatangani surat berkenaan yang mana boleh dianggap sebagai persetujuan dengan jumlah dipersetujui.

"Jadi tidak timbul sebarang isu tunggakan. Malah, pemeriksaan di pejabat Umno menunjukkan tiada satu pun rayuan daripada dia untuk mempertimbangkan semula, sekali gus membuatkan isu ini boleh kita anggap sebagai sudah selesai,” katanya kepada Sinar Harian di Bangunan Umno Negeri, di sini semalam.

Akbar berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian, Ahad lalu mengenai dakwaan pengendali blog, Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, bahawa sebuah parti politik di negeri ini belum membayar tunggakan gajinya.

Dia yang bertugas sebagai Pegawai Sistem Maklumat Perhubungan Umno Melaka turut mendakwa hanya dibayar kurang RM1,000 sebulan walaupun dijanjikan gaji RM3,000 sebulan.

Sementara itu, Akbar berkata, Badan Perhubungan Umno tidak pernah menawarkan gaji RM3,000 kepada Ahmad Faisal, sebaliknya hanya RM1,500 selari dengan surat tawaran bertarikh 13 Mei 2008.

Bagaimanapun, katanya, jumlah berkenaan kemudiannya dinaikkan ke RM2,000 beserta elaun kenderaan RM200 sebulan apabila dia membuat rayuan.

“Soal gaji RM3,000 tidak timbul kerana tiada hitam putih beliau meminta jumlah berkenaan.

“Apabila beliau meminta tunggakan RM38,000 (baki gaji bulanan selama 38 bulan berkhidmat), Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak bersangka buruk padanya dan bersetuju membayarnya,” katanya.

Bagaimanapun, Akbar berkata, jumlah RM38,000 terpaksa ditolak setelah Ahmad Faisal tidak memulangkan tiga komputer riba, dua pencetak, empat modem jalur lebar, dua 'external hard disk' dan satu kamera.

“Kalau benar dia  sanggup pulangkan sebagaimana didakwa, kenapa tidak berbuat demikian walaupun sudah tiga surat peringatan kami keluarkan sebelum ini?" katanya.


P/s: Kes ini membuktikan memang wujud blogger upahan yang menerima gaji daripada UMNO. Jika blogger kurang ternama ini menerima jumlah gaji yang agak banyak, cuba bayangkan imbuhan yang diterima blogger ternama. Cerita awal di sini.

 

, ,

Isnin, 23 Julai 2012

Wanita Dinoda di Butik Pakaian pada Pukul 3 Petang


[HM] SUBANG JAYA: Seorang lelaki menyamar sebagai pelanggan sebelum merogol pekerja sebuah butik di Jalan SS 15, Subang Jaya, dekat sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 3 petang itu, ketika mangsa berusia 22 tahun bertugas di premis di tingkat satu bangunan tiga tingkat dan suspek berusia 30-an berpura-pura ingin membeli pakaian.

Menurut sumber, suspek mengambil pakaian dalam kuantiti banyak dan terus ke kaunter membuat pembayaran sebelum memberi alasan dia tidak membawa wang tunai.

“Suspek meminta mangsa menunggu kerana ingin mengeluarkan wang di mesin juruwang automatik. Suspek datang semula 10 minit kemudian dan mangsa menyangka dia ingin membuat pembayaran.

“Bagaimanapun suspek terus menarik tangan mangsa ke dalam stor dan mengugut merogol mangsa biarpun mangsa merayu meminta dilepaskan,” katanya.

Menurutnya, selepas suspek melarikan diri mangsa menghubungi rakan lelakinya sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Tan Ah Chua mengesahkan menerima laporan dan usaha memburu suspek giat dijalankan.



P/s: Pukul 3 petang, di butik pakaian, siang hari! Gila!

Malaysia masih lagi negara paling selamat di Asia Tenggara?






, ,

Gaji CEO SYABAS Bukan RM1.5 Juta Setahun Tetapi RM...


[KD] SHAH ALAM 21 Julai: Kerajaan Negeri Selangor akan mencadangkan Lembaga Pengarah SYABAS untuk memecat Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif nya, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.Beliau menjelaskan, keputusan itu dibuat berdasarkan hasil penelitian dan penyiasatan Jawatankuasa Pemantauan SYABAS selama tiga hari.

“Mereka gagal hadir memberi penjelasan kepada jawatan kuasa tersebut. Pemecatan ini akan menjimatkan kos operasi kerana gaji Pengerusi Eksekutif SYABAS sahaja adalah RM5.1juta setahun.

“Berdasarkan penelitian Jawatankuasa, kita juga bersedia membelanjakan peruntukan untuk membina loji rawatan air baru bagi meningkatkan kapasiti air terawat.

“(Jadi) tender untuk Projek Mitigasi 2 yang berjumlah RM225juta akan dipanggil serta-merta,” katanya lagi dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri menubuhkan Jawatan Kuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Ia bertanggungjawab memantau secara harian keberkesanan, kecekapan perkhidmatan, kedudukan semasa pembekalan air dan meninjau sendiri tapak yang ada masalah kekurangan bekalan air seperti yang dicanang SYABAS.

 
SYABAS juga diminta untuk membentangkan beberapa perkara kepada Jawatankuasa, antaranya pengeluaran air harian bagi setiap loji, permintaan air berdasarkan bil dari Januari 2012, kawasan mengalami masalah gangguan air dan cadangan penyelesaian yang dirancang SYABAS untuk mengatasi masalah tersebut.

Dalam pada itu, Khalid menyatakan keyakinan bahawa Kerajaan Pusat tidak akan cuba menyulitkan usaha ini demi menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

“Langkah ini diambil bagi melindungi pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang terjejas kerana kegagalan SYABAS membekal air bersih seperti yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi,” katanya lagi.


P/s: Sokong 100%!

P/s: Sementara itu, Muhyiddin dilaporkan memberitahu media bahawa kerajaan pusat akan menghalang kerajaan negeri Selangor mengambil alih SYABAS dan akan mempercepatkan pemberian tender untuk Projek Langat 2 yang dilihat oleh banyak pihak bakal mengenyangkan kroni dan merugikan rakyat Selangor. Muhyiddin seperti dijangka menggunakan  alasan "kekurangan bekalan air" yang sedang dimainkan oleh media mesra UMNO. Baca di sini

Mengapa Muhyiddin tergesa-gesa menguar-uarkan hal itu dan mempercepatkan proses penyerahan tender sedangkan banyak lagi isu tertangguh termasuk kes mahkamah masih belum diselesaikan? Ironi apabila kerajaan pusat enggan mendengar cadangan dan memihak kepada kerajaan negeri tetapi menuruti kehendak syarikat swasta yang berpaksikan keuntungan! Jika difikirkan sudah tentu ada udang di balik batu.

Apa hujah Dr Xaxier Jayakumar bahawa Projek Langat 2 akan merugikan rakyat Selangor? Sila baca di sini.



PR

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH