Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Tambahkan"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Sertai"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Like"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Follow"]

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Archives

,

Selasa, 31 Januari 2012

[Wajib Baca] Isu Anwar Sokong Israel: Wall Street Journal Jelaskan Kenyataan Sebenar Anwar Ibrahim



Saya petik:
[ The Wall Street Journal] Recent comments by Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim have demonstrated yet again how issues related to Israel continue to divide this majority-Muslim country – and could influence the country’s next national election.

In a recent interview with the Wall Street Journal, Mr. Anwar responded to the question of whether he would open diplomatic ties with Israel by stating his “support” for “efforts to protect the security of the state of Israel,” while at the same time backing the “legitimate rights of the Palestinians.” He stopped short of saying he would establish diplomatic relations between the two states – what he describes as a “tricky” issue – and stated that any change to the status quo would remain contingent on Israel recognizing the aspirations of the Palestinians.

Malaysia is one of three Southeast Asian nations including Indonesia and Brunei that does not have diplomatic relations with Israel, though limited economic ties exist between private companies in both countries.

“Some refuse to recognize the state of Israel,” he said, “but I think our policy should be clear – protect the security [of Israel] but you must be as firm in protecting the legitimate interests of the Palestinians.”

The comments triggered a storm of debate and criticism, with members of the ruling United Malays National Organization (UMNO) and other groups accusing the leader of abandoning the Palestinian cause – an emotive cause long-supported in the majority-Muslim Southeast Asian nation.

Lawmakers called on Mr. Anwar’s opposition coalition to release an official statement on the issue, while president of the right-wing Malay group Perkasa Ibrahim Ali said he would raise the issue in Parliament.

Mr. Anwar responded by saying he supported a “two-state solution” with Palestine, a policy he said was no different from the official stance adopted by the United Nations and Malaysia itself.

“I am issuing a stern warning to anyone trying to twist my statement just so that they can say that I have betrayed the aspirations of the Palestinian people,” he said in a statement to the press. His party’s stand “is to defend the rights of whoever it is that has been victimised,” the statement said.

Though an ethnically-diverse nation that practices freedom of religion, Malaysia has
declared Islam as its state religion and tensions over Israel-Palestine issues often boil over. A large percentage of the country’s population supports the Palestinian cause, and jumped to criticize Israel after it launched raids on Gaza in December 2008 and stormed a flotilla in May 2010 that was carrying activists and humanitarian aid to Gaza.

Tensions over the issue are even more on edge now, as Malaysia gears up for its next general election, which must be called by early next year, giving politicians more incentive to argue their views in the press than usual.

“The issue is tied in with Malaysia being an Islamic country,” and the idea that “therefore it should support Palestine,” said James Chin, a professor at the Malaysian branch of Australia’s Monash University. He added the caveat that support for the Palestinians became a much larger issue in Malaysian politics after the era of former Prime Minister Mahathir Mohamad, who has been accused by world leaders of holding anti-Semitic views, which he disputes.

In a statement to the local press, Malaysian Foreign Minister Anifah Aman, a member of the ruling UMNO, disputed Mr. Anwar’s claim that Malaysia’s current policy on Israel is the same as his own. Although Malaysia officially supports a “two-state solution” in settling the Israel-Palestinian conflict, it has also sharply criticized actions taken by Israeli forces in the past, which the foreign minister indicated means Malaysia isn’t supporting “all steps” to protect Israeli security.

“[Anwar’s comments] show a blanket support for anything Israel does,” said Khairy Jamaluddin, the chief of UMNO’s youth wing, who disputed any suggestion Malaysia’s ruling party was trying to politicize the issue ahead of an election. “The issue of Palestine is a top foreign policy priority for my party, it would be an issue during the election year or otherwise… timing doesn’t matter.”

In 2010, Mr. Anwar – who in the past has been described as the face of liberal democracy in Malaysia – found himself on the other side of the argument after he lambasted UMNO for its relationship with a public relations firm called APCO. In Parliament, he said the firm was “controlled by Zionists” and working on behalf of the American government to influence Malaysian government policy – a charge denied by both the government and the public relations firm.

At the time, American-Jewish groups such as B’nai B’rith accused the opposition leader of “anti-Jewish” and “anti-Israel” slanders, and called on American officials to suspend their ties with Mr. Anwar.

Still, many analysts believe the latest kerfuffle is largely electioneering on the part of the ruling coalition, preoccupied with the looming possibility that the next election will be the hardest-fought yet.

“They’re just using it as a weapon to bring (Mr. Anwar) down,” said Mr. Chin at Monash University.


Artikel berkaitan di sini, di sini. Kenyataan rasmi Anwar di sini.


P/s: Jelas? Perlukah TM menterjemahkan artikel di atas?





[Wajib Baca] COCA COLA Ada Alkohol?

Sumber gambar: Tukar Tiub

Jika benarlah pendedahan dalam keratan akhbar di atas, maka 1dunia Islam secara tidak sengaja "menikmati" alkohol yang terkandung dalam Coke. Baik pak haji, mak haji, pak sheikh, mat punk, mat rempit, mat skema, semua menikmati alkohol yang walaupun seciput, jika cukup syaratnya, tetap haram di sisi agama. 

Justeru, pihak yang mengeluarkan minuman ini perlu menjelaskan hal ini. Orang ramai perlu diberitahu kandungan sebenar coke, sama ada minuman itu mengandungi bahan yang diharamkan oleh Islam atau tidak. Pihak JAKIM pula perlulah mengambil tindakan lanjut untuk memastikan produk makanan yang ada tanda logo halal benar-benar halal!

P/s: Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam adalah tidak melebihi 0.01 peratus.


, , ,

Wanita Cun ROGOL 10 Lelaki, Apa yang Mengerikan & Menggerunkan? Baca!

Valeria K.

Seorang wanita muda ditangkap oleh polis Rusia kerana didakwa merogol 10 lelaki setelah terlebih dahulu memancing mereka dengan kecantikannya.Wanita itu yang dikenali Valeria K,32, itu juga digelar Black Widow kerana hobinya yang gemar mengumpul labah-labah beracun. 

Menurut laman Life.ru, polis mula curiga apabila jumlah pesakit lelaki dengan aduan yang spesifik meningkat di hospital. Aduan tersebut adalah berkaitan dengan keracunan klonidin dan trauma pada penis. Tidak banyak yang diingat oleh lelaki yang menjadi mangsa, kecuali mereka diajak oleh wanita cantik berambut merah  minum di sebuah apartmen. Menurut mangsa, wanita itu sangat mesra dan ramah.

Pihak polis yang menjalankan siasatan akhirnya berjaya menahan Valeria dan wanita itu mengakui perbuatannya. Dalam pengakuannya, Valeria memberitahu bahawa dia memujuk lelaki-lelaki yang berfikiran kotor itu ke apartmennya. Di sana, mereka menikmati minuman dan tentu sahaja lelaki-lelaki itu berahi untuk melakukan hubungan seks.

Namun, minuman yang dihidangkan kepada lelaki-lelaki itu bukanlah minuman semata-mata. Valeria mengaku mencampur klonidin ke dalam minuman itu bagi mengkhayal dan membuatkan kesemua mangsa pengsan selama 24 jam. Namun, yang mengerikan dan menggerunkan apabila Valeria mengikat pangkal penis mangsa yang sudah terangsang dengan tali. Tujuan dia berbuat demikian agar penis itu tegak terangsang selama berjam-jam. Selepas itu, Valeria mula merogol mangsa sepuas-puasnya. 

Setelah selesai meratah mangsanya, Valeria akan mencampak mangsa di sebuah kawasan sepi dan sebaik sahaja tersedar mangsa tidak dapat mengingati apa-apa. Perkara terakhir yang dapat diingati oleh mereka ialah bertemu dengan seorang perempuan cantik. -DCM



P/s: Kalau tiada aksi ikat pangkal penis, rasanya tiada mangsa yang akan membuat laporan polis. GILA!




, , ,

Remaja 19 Tahun Mengaku Mencampak Bayinya dari Tingkat 2 Pangsapuri


Saya petik:

[Bernama] KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan dipenjara 12 tahun dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang, dekat sini, semalam selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian anaknya yang baru lahir dengan mencampak bayi perempuan itu dari tingkat dua rumahnya, Oktober tahun lalu.

Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin memerintahkan Nor Atika Kamarolzaman, 19, menjalani hukuman bermula dari tarikh dia didakwa kali pertama di mahkamah iaitu pada 12 Januari lalu. 

Mahkamah turut memerintahkan wanita berkenaan dipenjara lima bulan lagi, sekiranya dia gagal membayar denda yang dikenakan itu.

Nor Atika dituduh melakukan kesalahan itu terhadap bayinya di alamat B7-2 Taman Selayang Segar 2, antara jam 3.30 pagi dan 7.15 pagi 3 Oktober lalu.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen Seksyen 309A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 309B akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Hamzah manakala Nor Atika tidak diwakili peguam. 



, ,

Awas, Taktik Baru Penyamun!


Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Edar kad jemputan dengan parang. Itu taktik digunakan tiga lelaki yang memasuki rumah seorang suri rumah dengan berpura-pura untuk mengedarkan kad jemputan adik mereka sebelum menyamun barang kemas dan wang tunai milik mangsa bernilai RM130,000 di Jalan Hujan Emas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Alisa, 50, berada di rumah bersama cucu lelakinya berusia tiga tahun ketika tiga lelaki yang menaiki kereta Proton Perdana berhenti di hadapan rumahnya.

Menurutnya, tiga lelaki terbabit membawa sedozen air minuman kotak dan sedulang buah-buahan dan menyatakan niat untuk menyerahkan kad jemputan kahwin adik mereka selain mengaku saudara jauh mangsa.

“Sebaik masuk, seorang daripada mereka meminta air selain menyoal sama ada saya berseorangan di rumah. 

“Ketika saya hendak masuk ke dapur, tiba-tiba mereka mengeluarkan parang dan mengugut saya menyerahkan semua barangan berharga sebelum menarik saya masuk ke ruang sembahyang,” katanya, semalam.

Katanya, selepas mengambil semua barangan berharga, lelaki terbabit melarikan diri dengan menaiki kereta sama. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Petaling.


P/s: Hati-hati!


, ,

Isu Israel: Che Det Kecewa? Beliau Mungkin Sudah LUPA Isu Pasukan Kriket Israel, Surat "Mesra" Israel


Che Det seperti yang dipetik oleh Bernama  berkata beliau kecewa dan tidak berasa terkejut dengan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu melindungi keselamatan Israel.

Beliau mendakwa ketua pembangkang itu itu sememangnya mempunyai hubungan rapat dan akrab dengan pemimpin Yahudi sejak dahulu lagi.

"Memang dia (Anwar) dekat dengan Israel sebab dia suka kalau orang Barat puji dia. Dia nak ternampak sebagai seorang yang moden yang ikut trend, sebaliknya kita anggap dia sebagai lapuk," katanya.

Sebagai pemimpin yang telah lama mengenali perwatakan Anwar, Dr Mahathir berkata motif dan tujuan pemimpin pembangkang itu adalah untuk menonjol dan mempromosikan diri sendiri kononnya beliau adalah pemimpin moden dan liberal sekaligus mengharapkan pujian daripada negara Barat.

"Saya tak hairan kerana saya tahu dia (Anwar) sangat rapat dengan mereka (Israel). Dia amat mesra dengan ramai anggota Kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi," dakwanya.

"Dia dan penyokong dia kata perjuangan utama mereka ialah mara ke Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri. Apa program dia (Anwar), tak ada apa.

Dia kata dia liberal kepada semua orang, pemimpin untuk semua, jadi dia dapat sokongan dan mungkin menjadi Perdana Menteri," katanya.

Seperti biasa, kenyataan tentang Palestine tidak dinyatakan dalam berita ini.

Mungkin Che Det sudah lupa surat di bawah ini:



Che Det juga mungkin sudah lupa isu kedatangan pasukan kriket Israel pada tahun 1997.  Pasukan kriket Israel dibenarkan menyertai Kejohanan kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) oleh Che Det pada masa itu kononnya atas alasan semangat kesukanan. Namun yang menyedihkan rakyat yang berdemonstrasi menentang kedatangan mereka dizalimi oleh gas pemedih mata dan semburan meriam air oleh pasukan polis.

Sekitar dua ribu rakyat telah mengadakan demonstrasi membantah kehadiran pasukan kriket Israel yang yang sebahagiannya adalah pelajar universiti yang sedang bergelut dengan musim peperiksaan. Peristiwa kemuncak bantahan pada 4 April di hadapan pintu masuk Universiti Malaya itu adalah lanjutan daripada beberapa siri bantahan sebelum itu.

Lokasi masjid Ar Rahman Universiti Malaya menjadi tempat berhimpun. Pada hari Jumaat 4 April, masjid itu menerima kehadiran jemaah solat Jumaat yang begitu banyak jumlahnya. Selesai solat Jumaat, teriakan takbir mula menerjah ruang sekitar masjid dan peserta demonstrasi mula berarak ke hadapan pintu masuk UM. Pihak keselamatan telah melakukan persiapan awal untuk menghalang bantahan ini dengan kerahan ratusan anggota polis berpakaian preman, FRU, malah anggota yang beruniform.

Trak-trak polis dan meriam air telah ditempatkan di perkarangan Balai Polis Jalan Pantai Baru sejak awal pagi 4 April 1997. FRU mula mengeluarkan amaran bersurai namun tak sempat pamitan doa yang dibaca oleh YDP PAS Lembah Pantai, pancutan air kimia telah dihalakan kepada peserta demonstrasi tanpa belas kasihan walaupun muslimat dan mahasiswi adalah sebahagian daripada peserta perhimpunan.

Gas pemedih mata yang ditembak ke arah peserta demonstrasi mula menyesakkan nafas mereka. Dalam masa yang sama pihak keselamatan UM telah bertindak menutup pintu masuk Universiti dengan tujuan untuk menghalang peserta-peserta demo masuk ke dalam UM bagi meloloskan diri daripada tangkapan polis yang mula menyerbu, menangkap malah menggasari peserta demo dengan hayunan belantan.

Untuk apa pihak berkuasa berbuat demikian? Semuanya kerana mempertahankan kehadiran pasukan kriket itu di Malaysia. Kalau Che Det sudah bertaubatpun dalam isu Israel, janganlah memfitnah dan membelitkan kenyataan orang lain semata-mata untuk kepentingan politik parti dan anak didiknya, Najib. Betul, Malaysia tiada hubungan diplomatik rasmi dengan Israel, namun jangan lupa negara dan pemimpin kita mempunyai hubungan dan kerjasama dengan negara itu dalam pelbagai perkara.

Jika Anwar dikatakan menyokong keselamatan Israel (dan juga Palestine), Che Det pula bukan sekadar pernah cuba menunjukkan sikap mesra kepada Israel, malah semasa beliau menjadi PM, pihak berkuasa di bawah arahannya mempertahankan rakyat Israel dengan menyembur air dan menembak gas pemedih mata terhadap rakyat yang membantah kehadiran mereka di Malaysia! -DCM


Berkaitan:
Siswa UM tunjuk perasaan bantah pasukan Israel



P/s: Semasa peristiwa ini, TM menuntut di Pusat Matrikulasi UIA Lembah Pantai. TM berada di sana pada waktu itu.



, ,

Isnin, 30 Januari 2012

PAS dengan Tegas Tolak Polisi Penyelesaian 2 Negara yang Disokong oleh DSAI


Pemimpin PAS seperti dipetik oleh HD dengan tegas menolak polisi Penyelesaian 2 Negara dan kewujudan Israel secara sah.

Dalam reaksi di FB, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan Tantawi  mengingatkan para pimpinan bahawa “Israel adalah sebuah entiti haram.”

“Ia terlalu besar dosanya terhadap umat Islam seaqidah meskipun kita berada jauh di Tanah Melayu,” tegas beliau.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula menegaskan pendirian PAS yang tidak mengiktiraf kewujudan Israel.

“Mereka mendapat tanah itu secara kejam, membunuh dan menghalau rakyat Palestine daripada buminya sendiri. Bukan menjajah, tapi secara merampas secara kejam bersama tentera Haganah pada tahun 1948.

PAS tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel,” tegas beliau.

Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mahfodz Mohamad  menegaskan pendirian Pakatan Rakyat adalah untuk berdiri di tempat orang yang ditindas, dan bukannya yang menindas, iaitu Israel.

“Sejarah telah menunjukkan bahawa untuk meluaskan negerinya, Israel telah menghalau rakyat Palestine keluar daripada tanah mereka ketika peperangan meletus pada 1948.

Banyak rakyat Palestine dihalau keluar dari rumah mereka untuk membuka ruang kepada Israel. Mereka sampai hari ini masih dalam kesusahan. Sebagai warga Muslim, kita mesti bersama mereka, dan bukan sebaliknya,” tegas beliau yang dipetik News Straits Times

Betul!

DCM juga berpendapat begitu.

Namun dari sudut realiti politik, realiti semasa pendirian berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau  Two-State Solution seperti ditegaskan oleh DSAI yang selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) adalah sesuatu yang wajar dipertimbangkan buat masa sekarang. Hal ini demikian kerana selagi umat Islam tidak bersatu, selagi Israel menguasai teknologi persenjataan, selagi Yahudi menguasai politik negara-negara kuasa besar dunia, agak mustahil untuk melenyapkan Israel daripada peta dunia.

Hal itu tidak bermakna kita mengiktiraf kewujudan Israel secara sah, namun sebagai solusi untuk membangunkan Palestine dan mengurangkan penderitaan rakyat Palestin. Biarpun begitu, seperti yang dijanjikan Allah, sampai saatnya, seperti yang kita maklum, Israel dan Yahudi akan lenyap jua dari muka bumi ini. Itu fakta! - DCM



P/s: Hebat UMNO dan geng memainkan isu ini di media. Mereka bercakap seolah-olah mereka pejuang yang memburu syahid di bumi Palestine. Mereka berpura-pura melupakan hubungan Malaysia-Israel, hubungan UMNO-APCO ketika "membelasah" Anwar Ibrahim di media!

Rujuk sini.




,

Subsidi PRU 13: Harga Gula Dunia Turun, Subsidi Gula di Malaysia Dinaikkan, Untuk Apa?


Saya petik:

Subsidi gula: Rakyat diperbodohkan, kata Pua

[MK] DAP membidas kerajaan pimpinan BN kerana cuba memperbodohkan orang ramai dengan membuat dakwaan bahawa subsidi gula dinaikkan kerana harga dunia yang meningkat sedangkan hakikatnya harga gula di seluruh dunia turun sejak enam bulan yang lalu.

"Oleh yang demikian, dengan mengekalkan harga gula pada RM2.30, kerajaan sebenarnya telah memberi subsidi yang kurang, dan bukannya subsidi tambahan, seperti yang dengan bangganya didakwa oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri lsmail Sabri Yaakob.

"Apakah lsmail Sabri cuba untuk menipu rakyat dengan mendakwa kononnya Malaysia telah meningkat lagi subsidi gula kerana harga bahan itu di seluruh dunia telah meningkat walaupun hakikatnya adalah sebaliknya?" kata setiausaha publisiti DAP Tony Puah dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk laporan akhbar Jumaat lalu, di mana menteri berkenaan mendakwa bahawa kerajaan menanggung subsidi yang kian meningkat iaitu daripada 20 sen kepada 54 sen sekilogram gula bagi mengekalkan harga pada RM2.30.

Dalam laporan akhbar The Star itu, Ismail Sabri memuji kerajaan kerana mampu mengekalkan harga gula walaupun pada hakikatnya bahawa "harga gula global terus melambung".

Dalam menyangkal dakwaan itu, Pua berkata apa yang sangat menarik ialah harga gula global dalam tempoh enam bulan yang lalu sejak kenaikan harga terakhir pada bulan Mei 2011 sebenarnya telah turun dengan ketara dan tidak melambung. 

Cuba tengok di sini.





P/s: Jika bukan kerana harga gula dunia melambung, subsidi gula untuk apa? Dana PRU 13? Siapa yang memegang saham majoriti syarikat pengeluar dan pengedar gula terbesar di negara ini?





, ,

Budak 4 Tahun Bawa Ganja ke Sekolah


Seorang kanak-kanak berusia empat tahun mengejutkan warga Hanover Elementary School, Meriden, Amerika Syarikat selepas dio dikatakan mengeluarkan sembilan plastik berisi ganja. Kanak-kanak itu memberitahu gurunya bahawa dia akan membahagikan "snek" itu kepada teman-temannya, lapor Reuters.

Menurut pengetua sekolah, Miguel Cardona, guru kelas kanak-kanak kelainan upaya itu bertindak pantas dan tiada murid lain mengetahui kandungannya. Cardona menyebut insiden itu "sangat menyedihkan" dan merupakan kes "terpencil". 

Penyelia Sekolah Awam Meriden, Mark Benigni, dalam sidang media berkata kanak-kanak itu sudah tentunya tidak bersalah.

"Kanak-kanak itu tidak tahu apa-apa yang dibawanya," jelas Benigni.

"Yang menyedihkan apabila masalah dan tingkah laku orang dewasa telah menyebabkan kanak-kanak ini dalam bahaya," tutur Mark Benigni.

Pihak berkuasa tidak mendedahkan nama kanak-kanak itu ataupun ibu bapanya. Sementara itu menurut polis, kemungkinan ada penahanan dibuat selepas siasatan selesai. Jabatan  Keluarga dan Kanak-kanak turut menyiasat kes ini. - DCM


, ,

Perkasa Guna Sampul Angpaw untuk Majlis KEMATIAN di Majlis Rumah Terbuka

Dengan yakinnya Ibrahim menghulurkan angpaw kepada masyarakat Cina.
Saya petik:

[SH] SHAH ALAM - Perkasa menegaskan pihaknya menggunakan sampul angpow warna putih pada majlis rumah terbuka pertubuhan itu semalam dengan niat baik atas alasan "putih itu bersih, putih itu suci dan putih itu ikhlas."

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata, Perkasa tidak menukar kepada warna lain sebab tidak tahu sampul warna putih lazimnya digunakan dalam majlis-majlis kematian.

Perkasa mengadakan majlis rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina yang pertama di ibu negara semalam.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali dilaporkan memberikan angpow kepada hadirin dengan menggunakan sampul berwarna putih dan ia menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan masyarakat Cina.

"Kalau kami tahu kami tidak gunakan sampul warna putih. Kami ikhlas dengan apa yang kami lakukan dan tiada niat lain.

"Itu pasal sesuatu tempat perlu masyarakat majmuk supaya faham budaya antara satu sama lain," katanya sambil menambah, "kita mengaku tidak tahu hal itu berkaitan warna sampul angpow."

Bagaimanapun kata Syed Hassan, mereka kini sudah faham dan jelas mengenai budaya masyarakat Cina.

"Sekarang bila sudah adakan majlis seperti itu baru kita faham. Kita tidak ada niat untuk tujuan lain apa lagi menghina. Sebab itu pentingnya kekalkan penempatan penduduk pelbagai kaum agar semua faham budaya antara mereka," kata beliau lagi.



P/s: Pertama, selepas pelbagai kecaman Perkasa terhadap masyarakat Cina dan bukan Islam, masyarakat Cina mana yang sanggup menghadiri rumah terbuka Perkasa? Adakah masyarakat Cina yang terpapar dalam gambar di atas di angkut dari rumah orang tua di sekitar ibu kota? 

Kedua, Perkasa mengadakan majlis rumah terbuka untuk orang Cina, tetapi jahil tentang adat dan pantang larang masyarakat itu. Lazimnya, pihak yang mengadakan majlis untuk meraikan perayaan sesuatu sudha tentu arif tentang majlis itu atau perayaan yang disambut. Kesalahan yang dilakukan oleh Perkasa dengan menghulurkan sampul berwarna putih agak besar. Apa tujuan sebenar Perkasa mengadakan rumah terbuka itu?

Ketiga, mengapa tiada frasa MINTA MAAF daripada Perkasa walaupun NGO itu menyedari telah melakukan kesilapan?




, ,

Anak Buat Maksiat PUKUL Ibu


Saya petik:

[SH] KULIM - Seorang remaja perempuan 21 tahun yang tinggal bersama ibunya di sebuah taman perumahan di sini, sanggup menjadikan rumah mereka seperti rumah tumpangan dengan membawa rakan perempuannya berusia 23 tahun bersama teman lelaki masing-masing untuk menempiaskan nafsu.

Perlakuan sumbang dilakukan mereka diketahui penduduk setempat sebelum membuat aduan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK).

Enam pegawai penguat kuasa PADK membuat membuat pemantauan dan mengepung rumah berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi.

Pengadu yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, seorang remaja perempuan yang ditahan sering memukul ibunya dan perbuatan itu mengakibatkan ibunya itu takut untuk membuat laporan polis atau PADK.

“Pasangan ini sudah lama melakukan perlakuan maksiat di rumah mereka dengan membawa balik teman lelaki masing-masing. Perkara ini berlaku sejak enam bulan lalu. Ibu suspek tidak berani menegur anak perempuannya, kerana takut dipukul dan diherdik sekiranya berbuat demikian,” katanya.

Ketika serbuan dibuat, PADK terpaksa menunggu kira-kira 10 minit sebelum pintu rumah dibuka. Setelah memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa PADK, tiga dari enam penguat kuasa terlibat meminta kebenaran masuk ke rumah untuk membuat pemeriksaan.

Jurucakap PADK berkata, ketika pemeriksaan dibuat, mereka menemui dua lelaki dan tiga perempuan termasuk ibu kepada seorang remaja terlibat.

Dari siasatan awal dijalankan mendapati, pasangan yang berada dalam rumah itu tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.

Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan dan akan disiasat di bawah seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Kedah 1988.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman setahun penjara atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

"PADK akan mengarahkan semua terlibat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada tarikh dan masa ditetapkan. Sekiranya ingkar, waran tangkap akan dikeluarkan terhadap diri mereka,” katanya.


P/s: Banyak dosa budak ini!

Kes Qazaf: Peguam Anwar Keluar Mahkamah Syariah, Mengapa?

 
Saya petik:
[MK] Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertindak keluar daripada Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur susulan tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Zohdi Toha menyatakan kebenaran tidak diperlukan kepada menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan dua lagi, untuk mendengar permohonan mereka mengetepikan rayuan Anwar berhubung kes qazaf.

Peguam Kamar Ainiah Kamaruzzaman berkata tidak dapat menerima keputusan kerana berpendapat hakim perlu mendengar permohonan kebenaran terlebih dahulu dan memutuskannya sebelum mendengar hujah daripada peguam menteri sebelum mengetepi rayuan tersebut.

Beliau bersama-sama tiga lagi peguam, mengemaskan fail-fail mereka selepas tiga hakim mahkamah rayuan memutuskan demikian dan terus keluar daripada mahkamah bersama-sama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokongnya.

"Kami tidak boleh sertai (prosiding), ia terang-terang satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak pemohon.

"Jadi kami terpaksa untuk keluar. Kami akan mengambil tindakan susulan iaitu menyemak keputusan kehakiman," kata Kamar Ainiah kepada pemberita di luar mahkamah.

Selain Kamar Ainiah, Anwar diwakili oleh Dorina Abdullah, Dr Mohd Rafie Shafie dan Mohamad Burok.

Manakala pemohon diwakili oleh tiga peguam iaitu Roslizam Rahim, Abdul Halim Bahari dan Mohd Ridzuan Ramli.
 
 

, , ,

[Video] Anwar Jawab Fitnah Homeseksual, Sokong Israel, Sindir Najib Takut Berdebat


,

Anwar dan Lim Kit Siang Mahu Haji Hadi Bertanding dalam PRU13

 
Saya petik:

[TVS] SHAH ALAM 29 JAN : Penasihat DAP, Lim Kit Siang berharap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menarik diri dari menyertai PRU13 akan datang kerana sumbangan beliau amat diperlukan bagi memastikan usaha Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.

Lim berkata kepimpinan Pakatan Rakyat dalam memenuhi desakan rakyat yang ingin melihat perubahan tampok pemerintan negara amat memerlukan pemimpin veteran PAS itu.

"Pakatan Rakyat memerlukan sumbangan Hadi pada PRU-13 akan datang supaya dapat merealisasikan cita-cita mengambil alih Putrajaya,"katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Mengimbau kembali tsunami politik yang melanda negara pada 2008 lalu, Kit Siang berkata kejayaan gagasan Pakatan Rakyat itu seharusnya diteruskan lagi untuk membawa harapan baru kepada rakyat Malaysia.

"Oleh sebab itu, kejayaan yang bakal kita (Pakatan Rakyat) kecapi pada PRU-13 ini memerlukan sumbangan semua parti dengan barisan kepimpinan yang hebat seperti Tuan Guru Hadi Awang,"jelasnya.

Abdul Hadi menyatakan hasratnya untuk berundur dari PAS dalam satu wawancara ekslusif yang disiarkan di Sinar Harian semalam.

Abdul Hadi menjelaskan pengundurannya itu berdasarkan khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai yang berhormat.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berpendapat bahawa gagasan Pakatan Rakyat memerlukan sumbangan Abdul Hadi dan ia bukan suatu yang mudah untuk melepaskan pemimpin seperti Abdul Hadi daripada tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Memetik laporan sebuah portal berita, Anwar berkata, beliau akan bertemu dengan Abdul Hadi bagi menggesa veteran PAS itu terus bertanding dalam pilihan raya umum akan datang dalam masa segera.

"Saya berharap Ustaz Hadi menarik balik hasrat tersebut kerana beliau penting buat PAS dan Pakatan Rakyat,"katanya

,

Sudah Ada 3 Isteri, Lelaki Tergamak Rogol Isteri Rakan


Saya petik:

[HM] RANAU: Walaupun sudah mempunyai tiga isteri, seorang lelaki masih gagal mengawal nafsu serakahnya apabila merogol seorang wanita dalam satu kejadian di Jalan Marakau berdekatan Jalan Airport Lama, di sini, malam kelmarin.

Lebih menghairankan, suspek yang berusia 37 tahun merogol isteri rakan karibnya sendiri di dalam van miliknya sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya di kampung Kilimu, di sini, jam 8.30 malam.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa berusia 34 tahun menghubungi suspek untuk meminta mengambilnya di pekan Ranau dan menghantarnya pulang kerana dia melanggan perkhidmatan kereta sewa dikendalikan suspek.

Ketika dalam perjalanan pulang, suspek yang dipercayai sedang mabuk, membawa mangsa ke satu kawasan di Jalan Marakau, berdekatan Airport Lama.

Pada mulanya, mangsa menyangka suspek mahu menemui rakannya, namun tiba-tiba suspek menarik tangannya lalu membawa wanita itu ke belakang van sebelum merogolnya.

Suami mangsa yang terkejut apabila isterinya menangis teresak-esak sejurus pulang ke rumah meminta mangsa menceritakan apa yang terjadi. Sebaik diberitahu kejadian itu, dia membawa isterinya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau kira-kira jam 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim berkata, sebaik menerima laporan mangsa, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ranau melakukan siasatan.
“Suspek kemudian dicekup di rumahnya di Kampung Marakau tidak sampai satu jam selepas laporan dibuat mangsa.

“Siasatan awal mendapati suspek merogol mangsa kerana menyangkakan wanita itu adalah isterinya disebabkan ketika itu, dia dalam keadaan mabuk. Namun siasatan masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa dipercayai melanggan perkhidmatan kereta sewa dikendalikan suspek untuk menghantarnya berulang alik ke tempat kerja di pekan Ranau, setiap hari.

“Suspek kini direman untuk siasatan lanjut, manakala mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.


 P/s: Mabuk? Pandu van boleh pula!



, ,


Saya petik:

[HM] SUNGAI PETANI: Akibat menjalin hubungan terlarang dengan isteri orang, seorang lelaki menerima padah apabila kedua-dua kaki dan tangannya hampir putus ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki dalam pergaduhan di depan rumah kekasih mangsa di Jalan Kuala Ketil, dekat sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 2 pagi apabila mangsa yang berusia 30-an dan sudah berkahwin datang ke rumah kekasihnya itu untuk bersemuka dengan suami wanita berkenaan yang berusia 30-an bagi menjelaskan hubungannya dengan isteri lelaki terbabit.

Sebelum ini, mangsa didakwa menjalin hubungan sulit dengan isteri lelaki terbabit sehingga menimbulkan syak dan kemarahan suami wanita itu.

Berikutan itu, mangsa mengambil keputusan nekad untuk bertemu suami wanita berkenaan dan pertemuan itu dihadiri isteri lelaki itu sebagai saksi.

Sumber berkata, pertemuan yang berlangsung di luar rumah lelaki berkenaan bertukar tegang apabila berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua sebelum disertai beberapa lelaki lain dipercayai rakan suami wanita itu.

Cerita bersambung di HM.


P/s: Cari nahas!



,

Ahad, 29 Januari 2012

Subsidi PRU13: Subsidi Gula Naik daripada RM0.20 kepada RM0.54

 
Saya petik:

[Bernama] Langkah kerajaan meningkatkan subsidi gula daripada 20 sen sebelumnya kepada 54 sen bertujuan mengurangkan bebanan rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, dakwaan yang dilemparkan pembangkang kononnya ia bertujuan memancing sokongan rakyat kerana pilihan raya umum (PRU) dijangka tidak lama lagi merupakan satu tohmahan.

"Itu adalah tohmahan pembangkang dan ia tidak betul kerana ia tidak ada kena-mengena dengan pilihan raya,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Tahun Baru Cina Parlimen Berahari ini.

Jumaat lalu, Ismail Sabri berkata, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan harga gula pada harga RM2.30 sekilogram walaupun harga pasaran dunia telah meningkat.

Sehubungan itu, subsidi gula meningkat daripada RM262.41 juta tahun lepas kepada RM567 juta pada tahun ini.

Menteri itu berkata, sekiranya subsidi gula tidak dinaikkan, harga bahan mentah itu akan meningkat di pasaran dan ia akan turut mengakibatkan kenaikan harga produk-produk lain.



P/s: Kah kah kah!

,

Lelaki Terima Pampasan ASD22 Juta Selepas Dikurung Tanpa Perikemanusiaan

Perbezaan keadaan Stephen Slevin selepas dikurung di dalam sel penjara kecil yang terasing selama 22 bulan.

Stephen Slevin meringkuk di dalam sel penjara kecil yang terasing selama 22 bulan, terputus daripada semua hubungan dengan manusia dan mengalami tekanan mental dan perasaan yang teruk.
 
Selain mengalami tekanan perasaan dan fikiran, tahap kesihatannya turut terjejas. Menurut Stephen, beliau terpaksa mencabut gigi reputnya sendiri.
 
Yang mengejutkan, jenayah yang didakwa pihak berkuasa terhadap dirinya ialah memandu dalam keadaan mabuk dan menerima sebuah kereta curi dan tuduhan-tuduhan itu tidak pernah dibawa ke mahkamah. Kini, Stephen menerima pampasan ASD22 juta selepas berjaya memenangi saman terhadap pihak berkuasa kerana melanggar hak perlembagaannya.
 
Stephen, 58, dari New Mexico, mendakwa pihak penjara Dona Ana County kerana mengabainya, tidak memberinya rawatan kesihatan, dan melayannya tanpa perikemanusiaan selepas dia ditangkap kerana memandu dalam keadaan mabuk.
 
Penyelesaian tersebut adalah antara bayaran terbesar berkaitan dengan hak sivil persekutuan yang melibatkan banduan dalam sejarah Amerika Syarikat.
 
Di luar Mahkamah Persekutuan di Santa Fe, Stephen berkata tindakan yang diambil bukanlah disebabkan wang, namun untuk menghantar mesej bahawa tahanan harus dilayan dengan berperikemanusiaan.
 
Stephen masih mengalami kesan trauma dan tekanan perasaan berpunca daripada apa yang dia dijelaskannya sebagai penderaan fizikal dan mental oleh pegawai-pegawai di Dona Ana County.
 
"Tindakan ini tidak pernah berkaitan dengan wang. Kami telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai perkara yang berlaku kepada saya," katanya.
 
"Pegawai-pegawai penjara berjalan melintasi sel penjara saya setiap hari, mereka memerhatikan keadaan diri saya yang kian merosot."
 
"Hari demi hari, mereka tidak berbuat apa-apa, tidak berbuat apa-apa langsung, untuk mendapatkan bantuan untuk diri saya."
 
Stephen telah ditangkap pada bulan Ogos 2005 dan dibebaskan selepas 22 bulan ditahan sebagai tahanan praperbicaraan, namun akhirnya tuduhan tersebut digugurkan. -DCM




Sabtu, 28 Januari 2012

Penjelasan Anwar Ibrahim tentang Isu "Sokongan kepada Israel" dalam Wall Street Journal


Saya petik:

Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). Beliau menyebut:

"..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)."

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Pendirian Parti Keadilan Rakyat adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.

ANWAR IBRAHIM



,

[PANAS] Debat: Anwar SINDIR Najib Tahap Maksimum di Twitter



Saya petik:

[MK] Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sekali lagi membuat cabaran berdebat kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak - kali ini menjanjikan untuk memberi lebih masa kepada perdana menteri.

"Dia boleh cakap 20 minit, saya 10 minit. Dia balas 20 minit dan saya jawab 10 minit," katanya di Twitter.

Anwar yang juga ketua umum PKR pemimpin, telah berkali-kali mencabar Najib dan yang paling baru mencabarnya berdebat mengenai dasar-dasar negara, sewaktu Persidangan Pakatan Rakyat yang ke-3 di Alor Setar, Kedah pada 14 Januari.

Setakat ini, Najib tidak pernah menyambut cabaran-cabaran yang dibuat oleh Anwar itu.

Bagaimanapun, pada bulan Januari tahun lalu, Najib berkata beliau tidak takut untuk berdebat Anwar tetapi berkata ketua pembangkang itu hendaklah terlebih dahulu menyelesaikan kes liwat terhadapnya dan isu-isu peribadi yang lain.

Pada 9 Januari lalu, Anwar telah dibebaskan daripada pertuduhan liwat tetapi pihak pendakwaan memfail rayuan terhadap keputusan tersebut.

Sementara itu, dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata pemimpin yang enggan bersemuka dan bertentang mata memberikan persepsi ketidakikhlasan dan ketidakjujuran.

"Ia mempamerkan bahawa ada rahsia yang mahu disorokkan. Apakah sebenarnya mahu disembunyikan dari rakyat itu? Umno/BN wajib menjelaskannya," tambah beliau.



P/s: Kalau TM jadi Najib, tak tahu nak letak muka di mana. Malu gila! Najib tak ada rasa malu ke?
 
Sebelum ini, Najib pernah menyindir Anwar dengan mengatakan bahawa Ketua Pembangkang itu akan demam jika berdebat dengannnya.

Katanya, "Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam,”

Kah kah kah!



,

[Sadis&Tragis] Ibu Rela Tubuh DIRATAH Penyamun Demi Keselamatan Anak

Sekadar hiasan.

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Serah tubuh atau dua anaknya dibunuh. Itulah pilihan yang diberikan seorang penyamun kepada wanita berusia 32 tahun ketika suspek memecah masuk sebuah taska untuk menyamun dalam kejadian di Bukit Puchong, di sini, awal pagi, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai pembantu taska di premis berkenaan terpaksa ‘merelakan’ tubuhnya diratah suspek demi memastikan keselamatan dua anaknya berumur dua dan tiga tahun.

Difahamkan, mangsa baru bekerja di premis berkenaan sejak sebulan lalu dan turut menetap di taska itu.

Malah, mangsa mendakwa kejadian menimpanya itu bukanlah pertama kali berlaku kerana insiden sama pernah menimpa bekas pekerja taska itu beberapa bulan lalu. 

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Puchong, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.  



P/s: Celaka lahanatlah kepada penjenayah tidak berhati perut itu!


, , , ,

[Wajib Baca] Ghani Othman Cadang Gadaikan Saham Bumiputera kepada Warga Asing

Saya petik:

PENGAMBIALIHAN QSR DAN KFCH OLEH JCORP
PENGKHIANATAN UMNO TERHADAP AGENDA BUMIPUTERA

Pada 21 Disember, 2011, Lembaga Pengarah KFC Holdings (M) Bhd. dan QSR Brands Bhd. telah bersetuju menerima tawaran yang dibuat oleh Massive Equity Sdn. Bhd. (MESB) untuk mengambilalih keseluruhan perniagaan KFC dan QSR termasuk semua aset dan liabiliti. Kos pengambilaihan ini adalah RM5.2 bilion dengan pertimbangan RM4 bagi saham KFCH dan RM6.80 bagi saham QSR.

MESB adalah syarikat tujuan khas (special purpose vehicle) yang 51% saham dimiliki oleh Johor Corporation (JCorp) dan 49% dimiliki oleh CVC Capital Partners, sebuah firma ekuiti persendirian dan perunding pelaburan antarabangsa. Setelah proses pengambilalihan, MESB mengeluarkan KFCH dan QSR dari senarai Bursa Malaysia dan akan diubah status menjadi “syarikat persendirian”.

JCorp memiliki 53% saham di dalam Kulim (M) Bhd. manakala Kulim Bhd memiliki 57.5% saham di dalam QSR Brands Bhd. QSR pula memiliki 50.6% saham di dalam KFCH. QSR melalui KFCH memiliki dan mengendalikan 640 Restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei, Cambodia dan India. KFCH juga menguruskan 29 Restoran RasaMas di Malaysia dan Brunei disamping 55 Kedai Ayamas di Malaysia.

Implikasi pengambilalihan KFCH dan QSR oleh JCorp melalui Massive Equity Sdn. Bhd. (MESB) adalah seperti berikut;

1) Proses pengambilalihan ini akan menyebabkan 49% saham dalam KFCH dan QSR akan terlepas kepada warga asing/bukan bumiputera melalui pemilikan 49% saham oleh CVC Capital Partners dalam MESB. CVC Capital Partners adalah firma ekuiti persendirian dan perunding pelaburan asing yang ditubuhkan di London pada tahun 1981 sebagai firma modal teroka kepada Citigroup (Citigroup Venture Capital-CVC) yang dipercayai mendapat sokongan kuat dari Yahudi. Pada tahun 1993 CVC telah diambilalih oleh pihak pengurusannya daripada Citigroup dan ditukar nama kepada CVC Capital Partners.



2) Persoalan yang belum terjawab adalah kenapakah pengambilalihan KFCH dan QSR oleh JCorp perlu melalui pihak ketiga iaitu MESB yang 49% sahamnya dimiliki oleh CVC Capital Partners. Kenapakah JCorp tidak bekerjasama dengan banyak lagi agensi bumiputera yang berkemampuan dari segi kewangan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), FELDA, Lembaga Tabung Haji (LTH), UDA, MARA atau syarikat koperat berkepentingan bumiputera. Cara begini akan memastikan saham KFCH dan QSR tidak akan terlepas kepada warga asing/bukan bumiputera.

3) Kenyataan JCorp yang dikeluarkan pada 19hb. Disember, 2011 dengan menyatakan pengambialihan tersebut akan menjadikan JCorp mempunyai wang secukupnya bukan sahaja untuk menjelaskan hutang tetapi juga menjana pulangan secara langsung membayangkan bahawa kemungkinan saham 51% yang dimiliki oleh JCorp dalam KFCH dan QSR akan dijual kepada pihak lain. Kemungkinan ini juga berdasarkan kepada keenganan pengurusan JCorp sekarang ini untuk mengikuti perancangan asal JCorp semasa dibawah bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Tan Sri Dato’ Ali Hashim iaitu untuk menjual ladang kelapa sawit di Papua New Guinea yang bernilai RM6 bilion yang dimiliki melalui anak syarikatnya Kulim (M) Bhd. bagi membayar hutang JCorp.

Apabila tidak menjual ladang kelapa sawit di Papua New Guinea, maka JCorp terpaksa menjual aset-asetnya yang lain seperti Menara Pejabat Kotaraya dengan 100 tempat letak kereta beharga RM27 juta kepada Iskandar Investment Berhad (IIB), 13,687 hektar ladang kelapa sawit kepada Kulim (M) Bhd. pada harga RM700 juta. JCorp juga bercadang untuk menerbitkan bon baru sebanyak RM2.5 bilion bagi menyediakan sejumlah RM3.58 bilion bagi menebus bayar bon yang akan matang pada 31 Julai, 2012 yang telah diterbitan pada tahun 2002. Jika mengharapkan dividen RM100 juta setahun dari pelaburan JCorp dalam KFCH dan QSR ianya akan memakan masa yang lama bagi membayar balik tambahan hutang RM2.652 bilion (51% dari kos keseluruhan RM5.2 bilion) yang perlu ditanggung oleh JCorp dalam proses pengambilalihan ini. Keadaan ini akan dijadikan alasan kukuh oleh pengurusan JCorp sekarang ini untuk menjual sebahagian daripada 51% saham JCorp dalam KFCH dan QSR. Jika ini berlaku maka insiden “terlepasnya Pulau Batu Puteh” akan berulang kembali kerana KFCH dan QSE boleh dikatakan lubuk emas dari aspek pelaburan dengan jualan kasar setahun melebihi RM4 bilion. Itulah juga rahsianya kenapa MESB mengeluarkan KFCH dan QSR dari senarai Bursa Malaysia untuk menjadi status “syarikat persendirian” supaya pindahmilik saham boleh dilakukan dengan lebih mudah tanpa pengetahuan orangramai dan juga terlepas daripada syarat-syarat dan peraturan yang ketat yang dikenakan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC). Akhirnya majoriti saham KFCH dan QSR akan dikuasai oleh individu dan syarikat asing serta penguasaan bumiputera ke atas KFCH dan QSR akan terlepas.

4) Majoriti pelanggan rangkaian resoran KFC, Ayamas dan Rasamas adalah orang-orang Melayu Islam. Apabila majoriti saham KFCH dan QSR terkepas kepada warga asing dan bukan bumiputera maka isu halal ayam KFC akan timbul semula sebagaimana pernah timbul satu masa dahulu. Bagaimana nasib ratusan kontraktor bumiputera yang selama ini dibimbing oleh JCorp sebagai pembekal kepada rangkaian restoran KFC, Ayamas dan Rasamas? Bagaimana nasib penternak-penternak ayam bumiputera yang dibimbing selama ini bagi membekalkan ayam kepada rangkaian restoran KFC, Ayamas dan Rasamas? Bagaimanakah penguasaan 30% ekuiti ekonomi oleh Bumiputera jika agenda sebegini masih ada pada pimpinan UMNO/BN?

5) Apakah peranan YAB Dato’ Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor yang juga merupakan Pengerusi JCorp? Adalah mustahil beliau tidak mengetahui agenda yang tersirat disebalik yang tersurat. Apakah ada tangan “superman” yang dikatakan oleh Tan Sri Dato’ Ali Hashim yang menyebabkan Dato’ Abdul Ghani Othman terpaksa berdiam diri dan hanya bersetuju dengan apa yang telah dinasihatkan oleh “penasihat” atau mungkinkah Dato’ Abdul Ghani telah dijanjikan dengan habuan politik untuk terus menerajui Negeri Johor sebagai Menteri Besar bagi tempoh sepenggal lagi.

Persoalannya siapakah pemegang watak “superman” dan “penasihat” dalam filem ini. Kalau mengikut teori filem 3 Abdul, yang pasti Tuan Penasihatnya adalah Kassim Pantalan yang terkenal dengan panggilan “20 percent”. Setiap nasihat yang diberi mesti ada bahagian untuknya. Dalam proses pengambilalihan, siapakah agaknya Kassim Pantalan yang sentiasa beroleh keuntungan. Sadiq Sigaraga atau ‘supermannya’ dipercayai adalah orang atasan UMNO/BN, manakala Abdul Wahab adalah Pengerusi JCorp iaitu YAB Menteri Besar Johor dan Abdul Wahib adalah Presiden atau Ketua Eksekutif JCorp sekarang iaitu Kamaruzzaman Abu Kasim.

6) Semasa JCorp di bawah pentadbiran Tan Sri Dato’ Ali Hashim, beliau bersungguh-sungguh memastikan bahawa JCorp dan anak-anak syarikatnya tidak dipengaruhi oleh orang politik khususnya di dalam membuat keputusan pelaburannya. Pada masa beliau hanya seorang sahaja ahli politik yang terlibat iaitu YAB Dato’ Abdul Ghani Othman sebagai pengerusi JCorp. Bagi menjayakan filem ala 3 Abdul ini, UMNO telah memasukkan beberapa kuda tungganganya dalam Kulim (M) Bhd. sebagai pengarah iaitu Datuk Ahmad Zaki Zahid (44 tahun, berasal dari Kedah, Ketua Pemuda Putrajaya & EXCO Pemuda UMNO Malaysia), Natasha bte Kamaluddin (39 tahun, Pengarah Ethos & Company), Wan Mohd Firdaus Wan Ahmad Fuaad (28 tahun, berasal dari Kelantan, bekas Pegawai Khas kepada Menteri Besar Johor) dan Edward Leung Kok Keung (44 tahun, dipercayai wakil Dato’ Lim Kang Hoo, pemilik Ekovest dan Danga Bay). Kesemua mereka kecuali Natasha adalah juga dilantik sebagai Lembaga Pengarah Damansara Realty Bhd. anak syarikat hartanah Kulim (M) Bhd. Akhirnya, JCorp hanyalah dijadikan alat bagi pihak-pihak tertentu untuk memuaskan nafsu politik dan nafsu business mereka.

Selamatkan Johor

Sudah sampai masanya untuk rakyat Negeri Johor untuk sedar dari buaian mimpi rekaan UMNO/BN. Jangan ditunding jari kepada DAP, PKR ataupun PAS yang menyebabkan terhakisnya agenda Bumiputera! Jangan ditunding jari kepada golongan bukan Bumiputera sebagi penyebab gagalnya golongan Bumiputera menguasai 30% ekuiti dalam ekonomi negara! Selagi negara mempunyai pemimpin yang mempunyai agenda tersendiri untuk memuaskan nafsu politiknya maka selagi itulah negara dan khazanah negara berada dalam keadaan bahaya. Bukan sesiapa yang menjadi pengkhianat kepada agenda Melayu dan Bumiputera tatapi realitinya membuktikan UMNOlah sebenarnya yang menghakis agenda Bumiputera dahulu, kini dan selamanya.

Rakyat Negeri Johor hanya mempunyai satu pilihan iaitu memenangkan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihanraya Umum ke-13 bagi melahirkan Abdul Wahub yang akan menyelamatkan aset atau harta milik khazanah negeri dan rakyat Negeri Johor daripada terus digadaikan oleh pimpinan UMNO/BN bernafsu seperti Sadiq Sigaraga.

“MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN”

Sr. Hj Dzulkefly Hj Ahmad
Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor





P/s: Siapa kata UMNO membela Melayu? Tolong fikir semula!






,

Kerana Merengek Mahu Sarapan, Ibu Belasah Anak

Sekadar hiasan.

Saya petik:

[HM] BATU PAHAT: Hanya kerana merengek meminta disediakan sarapan, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dicampakkan ke dinding oleh ibunya selepas dipukul berkali-kali di rumah mereka di sini, kelmarin.

Kejadian dikatakan berlaku pada jam 7 pagi ketika kanak-kanak berkenaan sudah siap memakai pakaian seragam untuk ke sekolah. Sumber polis berkata, sebelum kejadian ibu mangsa yang berusia 30-an, sedang bersiap hendak menghantar anaknya itu ke sekolah berhampiran, namun mangsa merengek meminta diberikan sarapan terlebih dulu.

“Berikutan itu, suspek dikatakan naik angin lalu memukul mangsa berkali-kali sebelum mencampaknya ke dinding. Wanita itu kemudian menghantar anaknya ke sekolah dan memberi amaran supaya tidak menceritakan kejadian kepada sesiapa.

“Bagaimanapun, beberapa ahli keluarga menyedari kesan lebam pada mangsa memujuk kanak-kanak itu menceritakan apa yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan ketakutan, mangsa menceritakan kejadian menimpanya dan ahli keluarga ibunya cuba menghantarnya ke hospital bagi mendapatkan rawatan, namun usaha itu dihalang suspek .

“Suspek turut memberi amaran kepada ahli keluarganya supaya tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa,” katanya.

Keluarga suspek kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada hari yang sama.



P/s: Pertama, memang lahanat si ibu yang membelasah anaknya itu.

Kedua, orang macam ini sepatutnya tidak berkahwin dan mempunyai keluarga.


, ,

Nasharuddin Mat Isa Buat Laporan Polis, Mengapa?





Laporan polis itu gara-gara gambarnya tertera dalam poster yang melibatkan program Hasan Ali.

Baca lanjut di sini.


P/s: Eloklah Nasharuddin "menjauhkan" diri daripada program Hasan Ali yang merugikan PAS dan Pakatan Rakyat. Biarlah Hasan Ali sahaja yang menjadi kuda tunggangan pihak tertentu!


,

Pelantikan Tauke GELANG Sebagai Duta Pelancongan Perak Dipertikai


Saya petik:

[HM] IPOH: Pelantikan selebriti popular, Datuk AC Mizal atau nama sebenarnya, Mizal Zaini sebagai duta pelancongan sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 mencetuskan kontroversi apabila artis berkenaan dianggap tidak layak dipilih berikutan bukan anak jati Perak.

Isu berkenaan timbul apabila ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempertikaikan pelantikan itu dengan alasan penyanyi, pelakon dan pengacara itu anak kelahiran Muar, Johor.

Mereka mendakwa pelantikan itu tidak munasabah berikutan masih ramai lagi artis anak jati Perak yang layak seperti penyanyi terkenal Jamal Abdillah, M Daud Kilau, Ahmad Shahir Zawawi (juara Akademi Fantasia musim ketujuh), Mamat Khalid (pengarah filem) serta tokoh kartunis terkenal seperti Datuk Mohammad Nor Khalid (Datuk Lat).

Setiausaha Dewan Pemuda Islam Perak, Salman Salleh, berkata pemilihan AC Mizal itu tidak sesuai kerana ramai lagi individu daripada negeri itu sendiri yang lebih berkelayakan. 

“Pelantikan itu tidak disenangi rakyat Perak kerana ramai lagi individu terkenal dari negeri ini lebih layak dan mempunyai pengetahuan mendalam mengenai negeri kelahiran mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.



P/s: Artis yang baru bergelar Datuk ini juga baru bergelar ahli UMNO. Semasa dia teruk "dibelasah" oleh jurublog dan orang ramai di internet berkaitan dengan isu gelang "beli RM25, jual RM1000", artis ini mendapat "back up" yang hebat daripada jurublog UMNO dan NGO yang ada kaitan dengan UMNO. Jadi, apa yang hendak dihairankan kalau dia dilantik sebagai duta pelancongan walaupun bukan berasal dari Perak?




,

Jumaat, 27 Januari 2012

[Video] Apa Punca KEMARAHAN Hasan Ali terhadap PAS? Ikuti Pendedahan PAS Selangor





Berkaitan:

Thiqah, Wala', Road Show

[Khalid Samad] Kedengaran juga ada pihak yang ingin membuat road-show ke seluruh Negara. Bagi saya itu adalah hak dia dan lagi banyak dia cakap, lagi jelas pendiriannya yang dangkal. Hanya dia perlu ingat, kesalahannya kali ini bukan kesalahan kali pertama. Dulu dia pernah ditegur dan sudah pun diberi amaran. Kali ini dia lajak lebih jauh lagi maka dan bagi yang menganggap pemecatan beliau agak drastik; perlu diberi amaran dulu dan sebagainya, harap ingat kembali peristiwa lampau.

Mungkin dia akan mencanangkan bahawa dia dipecat kerana DSAI. Itu jelas satu pembohongan. Dia dipecat kerana sikap dirinya sendiri. Semasa road-show boleh cakap apa yang dia suka, reka cerita dan sebagainya, tapi semua tahu, dia dipecat kerana sikapnya. Sikapnya yang tidak mahu terima pendirian parti dan kesungguhannya membawa mesej UMNO/BN untuk mempengaruhi ahli PAS dan rakyat jelata.

Dulu dia juga yang menjadi juara wala’ dan thiqah. Tetapi itu hanya ketika dia sebagai ketua. Semua kena dengar cakap dia. Kalau tidak maka tidak wala’, tidak thiqah serta tidak cukup tarbiyyah dan sebagainya. Tetapi apabila dirinya bukan ketua, nampak gayanya konsep tersebut tidak lagi releven.


Mungkin itulah yang berlaku apabila dikuasai hawa nafsu. Terlalu membesarkan diri, dengan beranggapan bahawa dirinya sahaja yang betul dan yang lain semuanya bagaikan parasit. Parasit ini sebenarnya hidup di atas kekuatan yang lain dan secara perlahan merosakkan pihak yang menanggungnya. Itulah apa yang ingin dilakukan. Tetapi, Alhamdulillah, Allah sayangkan PAS dan memberi PAS kemampuan untuk ‘nyah-parasit’ dan inilah yang telah berlaku.

Parasit sudah pun dinyahkan dan dengan itu PAS akan mara ke hapadan bagi memenuhi kehendak rakyat dan ummat Islam untuk menggantikan UMNO dengan menjadi wadah politik ummat Islam yang utama di negara Malaysia.





,

[PANAS] Andrew Hornery Dakwa Pereka Fesyen Dedah Rosmah Tempah 61 Pakaian Mahal, Sudah Tentu Bukan Kameja T

Saya petik:

[MK] Kolumnis The Sydney Morning Herald, Andrew Hornery (gambar) tetap mempertahankan tulisannya bahawa isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak - Datin Seri Rosmah Mansor - berbelanja besar di butik pereka fesyen Carl Kapp semasa bercuti di bandar itu.

"Kapp berkata beliau menempah 61 pakaian. Katanya ia tempahan "besar". Barangan mahal. Beliau bukannya beli kemeja-T," jawab Hornery di Twitter hari ini.

Hornery menegaskan bahawa sumbernya "sangat kuat" dan bertegas bahawa perbelanjaan Rosmah itu membabitkan jumlah yang besar.Hornery menjadi sasaran kecaman penulis blog pro-Umno, yang habis-habisan memburuk-burukkan perwatakannya dengan kenyataan provokasi mengenai seksualitinya.

Selepas dikecam ekoran laporannya tentang perbelanjaan 'mewah' Rosmah itu, Hornery berkata beliau tidak berhasrat untuk datang Malaysia.

"Saya tidak akan bercuti di Malaysia dalam masa terdekat ini," tulisnya lagi.

Minggu lepas, Hornery dalam kolum 'Private Sydney' berkata Rosmah telah membelanjakan A$100,000 (kira-kira RM325,000) untuk 61 pakaian di butik Kapp.

Rosmah Mansor bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar" serta berkata beliau "selalu menjadi mangsa".

Kapp kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang mengatakan
Rosmah memang membeli-belah di butiknya tetapi menafikan pernah berkata beliau telah membelanjakan A$100,000.

Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Kapp berkata, Rosmah dan "kumpulan yang agak besar" semasa kunjungan tersebut "membuat pelbagai pembelian".

Jumlah A$100,000 itu dianggarkan oleh blogger fesyen Frockwriter pada Januari 17, dan merupakan orang pertama melaporkan mengenai perkara itu.

"Berdasarkan harga purata dalam koleksi beliau - yang bermula dari A$400 (RM1,290) hingga beberapa ribuan dolar, Frockwriter menganggarkan ia boleh mencecah A$100,000," tulis blogger Patty Huntingon.



P/s: Semakin terburai! Bila Rosmah akan memfailkan saman terhadap Andrew dan SMH?





,

Warga Emas Nyaris Dibakar Hidup-hidup


Seorang wanita berusia 72 tahun di India hampir dibakar hidup-hidup selepas doktor tersalah mengisytiharkan kematiannya. Sebaik menerima berita sedih itu, kaum keluarga wanita itu menyediakan ritual untuk pembakaran mayat.

Ketika ahli keluarga mahu membawa mayat Kanwar Magan ke tempat pembakaran, wanita itu tiba-tiba "bangun", lapor The Times of India.

Kaum wanita yang sedang menyiapkan "mayat" Kanwar menyedari bahawa Kanwar masih bernafas. Upacara pengebumian yang sepatutnya dilakukan di Jaipur, barat laut India itu dihentikan.

Kanwar dikejarkan ke hospital dan menjalani rawatan lanjut untuk masalah pendarahan otak selepas dia terjatuh  pada hari Selasa lalu.

Anaknya, Surendra Singh Rathore menyatakan kekesalan kerana doktor tergesa-gesa mengisytiharkan kematian ibunya.

"Semasa menjalankan ritual pengembumian di kampung, kami mendapati ibu masih bernafas dan hidup."

"Kemudian, seorang doktor di sana memberitahu kami degupan jantung dan tekanan darah ibu adalah normal," katanya kepada The Times. -DCM




, , ,

Syed Husin Saman Utusan & Zul Kulim RM10 Juta


Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR 27 Jan: Senator Dr Syed Husin Ali memfailkan saman fitnah RM10 juta terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dan Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.

Syed Husin yang juga mantan Timbalan Presiden KEADILAN memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil melalui Tetuan Edwin Lim Suren and Soh.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau menamakan Utusan Melayu yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Datuk AbdulAziz Ishak dan Zulkifli sebagai defendan.

Syed Husin juga mendakwa Utusan Melayu dan Abdul Aziz telah secara palsu dan dengan niat jahat mencetak dan menerbitkan perkataan fitnah terhadapnya dalam Utusan Malaysia bertarikh 20 November tahun lalu berjudul ‘Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin’.

Artikel itu pada asalnya dipetik berdasarkan tulisan Zulkifli dalam blog beliau bertajuk ‘Anjing-anjing pencen’ yang mendakwa Syed Husin berbohong dan mengamalkan rasuah, ketika mengulas buku ‘Memoir Perjuangan Politik’ yang ditulis ahli politik itu.

Antara lain artikel itu mendakwa Syed Husin bersetuju sekiranya mengosongkan kerusi Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji menawarkan jawatan dalam mana anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor dengan imbuhan bulanan antara RM50,000 hingga RM60,000 sebulan.

Sehubungan itu, Syed Husin menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif lain dan juga perintah injunksi bagi menghalang defendan menerbitkan lebih lanjut perkataan fitnah yang sama terhadapnya.

Syed Husin ketika ditemui pemberita berkata, artikel tersebut mengambarkan seolah-olah beliau ‘seorang hiprokit’ , ‘tidak layak menjadi ahli politik, menikam rakan-rakan parti, tidak berprinsip dan tidak layak memegang jawatan Timbalan Presiden KEADILAN.


“Tindakan menerbitkan artikel itu bukan sahaja memalukan saya, tetapi memalukan akhbar tersebut, di mana integriti mereka sehingga sanggup memaparkan berita fitnah.

“Ia memalukan negara, sepatutnya akhbar mesti bebas melaporkan berita yang betul, bukannya fitnah dalam unsur politik bagi mempertahankan sesebuah kuasa,” katanya.



P/s: Terbalik! 

Sepatutnya, Zul Kulim yang menfailkan saman kononnya Syed Husin menipu fasal dakwaan dalam memoirnya. Namun, Syed Husin pula yang menyaman Zul Nordin kerana memfitnah dan menjatuhkan kredibiliti dirinya.
Siapa yang menipu sekarang? Syed Husin atau Zul Kulim?



, , ,

[PANAS] Video Fitnah "Made in Thailand" Pula Bakal Didedahkan untuk Aib Anwar

Salah satu paparan skrin video yang dimaksudkan.

Saya petik:

[MK] Trio 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".

Dalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu - Utusan Malaysia - salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim (kanan), berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami," katanya, merujuk kepada seorang lagi anggota trio Datuk T, Datuk Shazryl Ekay Abdullah.

‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.

Shuib menambah Anwar perlu segera menyaman Trio Datuk T, termasuk bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, jika mana-mana penganalisis forensik antarabangsa boleh membuktikan bahawa pelaku dalam video seks pertama yang didedahkan Mac lalu, adalah bukan Anwar.

Video itu yang mula-mula ditayangkan kepada wartawan, menunjukkan seorang lelaki mirip Anwar melakukan aksi seks dengan seorang wanita.

Anwar telah membuat laporan polis menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video itu, manakala trio Datuk T didapati bersalah menayangkan bahan pornografi di khalayak ramai.



P/s:  Kering modal: "Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu.’’

Video Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara pun masih belum berani disahkan oleh pihak polis. Rasanya, tiada lagi kenyataan yang menyatakan siasatan kes video itu selesai. Apa pula jadi dengan kenyataan pakar forensik video dari AS? Senyap sunyi?

Kalau video fitnah satu itu benar-benar tulen, tiada unsur rekayasa sudah tentu pakar forensik video dibawa ke Malaysia dan satu siri pendedahan akan dilakukan oleh puak tersebut.

Mungkin juga Anwar akan didakwa bersabit dengan video itu. Jangan tanya beliau didakwa atas sekyen apa kerana di Malaysia apa-apa pun boleh terjadi. Misalnya, kes Drama Liwat II, sekejap dituduh kerana seks suka sama suka (377b), kemudian dituduh meliwat tanpa kerelaan (377c).

Untuk pendedahan kali ini, apa reaksi polis? Buat bodoh? Trio ini dikenakan saman kerana menayangkan video fitnah satu. Satu hal yang saya setuju, SAMANLAH puak yang hidupnya suka memfitnah. Anwar tidak harus terlalu berhati mulia dalam hal ini.



BAGASI KIRIMAN TERKINI

PR

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH