Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Tambahkan"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Sertai"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Like"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Follow"]

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

BAGASI KIRIMAN TERKINI

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

, , , ,

Rabu, 5 Disember 2012

[Gambar&Video] Penyokong BN Serang Ceramah PR, Seorang Cedera Ditikam




[KD] Seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera ditikam samseng Umno pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Parlimen Gombak malam tadi.

Mangsa luka di bahu kiri akibat tikaman yang dipercayai menggunakan senjata – kerambit, sebelum dirawat petugas KEADILAN.

Ia berlaku ketika sekumpulan samseng Umno yang sebahagiannya membawa bendera BN mengganggu ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini.

Kumpulan samseng Umno yang sebahagiannya didakwa sebagai pesilat, selain berbuat bising menggunakan kata kesat turut melempar batu ke tapak ceramah.

Mengulas kejadian itu ketika berpidato, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam keras perbuatan zalim itu.

“Ikut sejarah Islam, yang baling batu ini siapa? Puak Jahiliyah!” katanya yang turut mendesak polis menjalankan siasatan sehingga pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan.

“Kalau tak ambil tindakan, saya sendiri datang cari Ketua Polis (Daerah) Gombak,” katanya dengan nada tegas.

Beliau juga meminta penyokong Pakatan tidak membalas kezaliman itu, sebaliknya menjaga akhlak dan istiqamah dalam perjuangan.

“Kalau kita pun balas baling batu, kita sama dengan mereka.Kita nak menang jaga akhlak, Kita nak menang pertahan Semangat Perlembagaan” katanya.























P/s: Lahanat!!!!




Laporan Berkaitan:

PKR Kecam Ketua Pemuda Umno Gombak Kerana Serang Ceramah Merdeka Rakyat   
 
[TMI] KUALA LUMPUR, 5 Dis – Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali mengecam Ketua Pemuda Umno Gombak Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang mengetuai sekumpulan samseng menyerang ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi.

Pergaduhan bermula kira-kira jam 10 malam semasa ahli parlimen Gombak tersebut memulakan ucapannya yang menyaksikan batu dan kayu dibaling ke arah orang ramai di Dataran Sharuddin, Batu 8 ½.

”Saya sangat kesal dengan sikap biadap Umno ini, malahan ada juga yang cedera akibat sikap samseng ini,” kata Azmin ketika ditemui The Malaysian Insider selepas ketegangan diantara penyokong Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) reda malam tadi.

Menurut Azmin lagi, lebih mengecewakan lagi kerana Megat yang merupakan anak guru silat, Tan Sri Omar Din Mauju yang sengaja merancang provokasi semasa ceramah.

Timbalan presiden PKR itu mendakwa Megat dan kumpulan yang diketuainya melontar kata-kata kesat dan membaling objek ke arah lokasi ceramah.

“Mereka (Umno) menggunakan ahli silat untuk mencetuskan provokasi.

“

Md Haidir SamsuddinMegat sendiri mengetuai kumpulan tersebut mencetuskan provokasi dan bergaduh dengan sukarelawan Pakatan Rakyat (PR) disini,” tambah beliau lagi.

Dalam serangan tersebut, beberapa sukarelawan cedera di kepala akibat dibaling batu dan ada juga yang ditusuk dengan benda tajam semasa insiden.

Antara mangsa tersebut ialah Md Haidir Samsuddin, 48 yang cedera di kepala akibat terkena batu yang dibaling oleh samseng tersebut.

“Saya ketika itu di tepi jalan sedang mengawal keadaan semasa samseng Umno cuba buat kecoh.

“Tiba-tiba batu besar daripada seberang jalan jatuh mengenai kepala saya,” kata Haidir berdarah dikepalanya.

Ekoran kekecohan itu, sekumpulan Polis Bantuan Persekutuan (FRU) yang berada di lokasi dengan cepat mengawal keadaan dan membentuk perisai bagi memisahkan antara kedua-dua kumpulan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Rosly Hassan berkata pihaknya masih belum menerima sebarang laporan daripada individu yang tercedera serta mendakwa keadaan terkawal semasa insiden berlaku.

”Tiada laporan polis setakat ini dan keadaan terkawal,” kata Rosly semasa ditemui The Malaysian Insider ditempat kejadian.

Insiden serangan ke atas ceramah PR ini bukan yang pertama, sebelum ini di Lembah Pantai turut berlaku kejadian sama apabila ceramah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibaling batu sehingga menyebabkan ada hadirin yang tercedera.

Bas Jelajah Merdeka Rakyat yang membawa pemimpin Anwar dan pemimpin PKR berceramah ke seluruh negara turut menjadi mangsa apabila beberapa kali disimbah dengan cat dan dibaling batu.

Dalam ceramah malam tadi, selain Azmin dan Anwar, turut hadir adalah Tamrin Ghafar dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari.






  1. Ini lah titik titik berkehausan kebangkitan rakyat.Pihak Umno tidak mampu menahan lagi. Perjuangan harganya mahal walaupun nyawa sebagai taruhan.Jadi syabas kepada perjuang perjuang reformas yang jujur dan dan iklas dalam perjuangan.Semoga dilindungi oleh allah dan juga teruskan mara bagi menewaskan pihak musuh yang lebih teruk perangai dari yahudi lakhanatullah ini.

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Rabu, Disember 05, 2012 9:35:00 PG      
  2. jangan menuduh sebarangan seperti yahudi kerana sekiranya yang dituduh itu bukan sebenarnya seperti yahudi ia akan terpalit kemuka sendiri, selagi mereka boleh mengucap 2 kalimah syahadah selagi itulah mereka juga islam. orang2 islam sekarang ini ramainya berpecah dari itu jadikan ianya iktibar dan bersatulah wahai umat islam semua........ orang2 kafir bertepuk tangan dan berguling2 seronokny melihat perpecahan umat islam kita ni!

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Ahad, Disember 16, 2012 11:35:00 PG      
  3. jangan menuduh sebarangan seperti yahudi kerana sekiranya yang dituduh itu bukan sebenarnya seperti yahudi ia akan terpalit kemuka sendiri, selagi mereka boleh mengucap 2 kalimah syahadah selagi itulah mereka juga islam. orang2 islam sekarang ini ramainya berpecah dari itu jadikan ianya iktibar dan bersatulah wahai umat islam semua........ orang2 kafir bertepuk tangan dan berguling2 seronokny melihat perpecahan umat islam kita ni!

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Ahad, Disember 16, 2012 11:36:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

PR

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH