[Gambar] Wanita Dibunuh dan Dibakar
![]() |
| Kredit tertera pada gambar |
[SH] KULIM - Seorang wanita ditemui dalam keadaan mengerikan apabila dibakar di dalam lubang, kira-kira 30 meter dari tepi jalan utama menuju Bukit Putih dekat sini, jam 10.15 malam kelmarin.
Mayat mangsa dipercayai berusia 20-an dibakar dalam lubang sedalam hampir satu meter dengan tangannya diikat.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri Kedah, Asisten Komisioner Zakaria Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam yang menemui mangsa dalam keadaan terbakar.
Menurutnya, daripada pemeriksaan dijalankan terhadap mayat mangsa, polis tidak menemui sebarang pengenalan diri.
“Selepas menerima maklumat dari orang awam, polis datang ke tempat kejadian dan mendapati mayat mangsa masih lagi terbakar. Mayat yang ditemui ini didapati terbakar 100 peratus.
“Sehingga kini polis tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai mangsa dan meminta sesiapa yang mempunyai sebarang kenyataan tentang mangsa dan kejadian ini dapat berhubung terus dengan polis.
“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mayat mangsa dibawa ke bilik Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh yang berada di tempat kejadian berkata, polis akan menyiasat kes ini dan menahan suspek dengan segera.
Polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga untuk membuat laporan di balai polis berhampiran atau menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah Kulim.

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog dan melalui laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.