Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Tambahkan"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Sertai"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Like"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Follow"]

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

BAGASI KIRIMAN TERKINI

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Archives

, , , ,

Jumaat, 30 September 2011

Warga Sudan Dera Fizikal dan Seksual Anak Kekasih Sehingga Mati Dihukum Gantung


WARGA Sudan, Mohannad Taha Ismail (tengah) menerima hukuman gantung sampai atas pertuduhan membunuh seorang anak teman wanitanya oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam, hari ini. - Foto BERNAMA

Saya petik:


[Bernama] SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas seorang bekas pelajar kolej warga Sudan selepas didapati bersalah membunuh anak perempuan teman wanitanya di sebuah kondominium di Cheras dua tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah menjatuhi hukuman itu ke atas Mohannad Taha Ismail, 27, selepas mendapati pembelaan yang dibuat tertuduh tidak 'bermerit dan lesu', tidak masuk akal serta tidak melampaui keraguan munasabah.

Mohannad Taha didakwa membunuh Aaliyah Ayman Hussin Abdullah, 3, di kediaman bernombor 9/D3/9 Palazzo Tower, Kondominium Venice Hill, Batu 9, Cheras, Hulu Langat, antara jam 7.30 malam dan 8.30 malam pada 12 Oktober 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Alfred Egin manakala tertuduh diwakili peguam Hisham Teh Poh Teik.

Mengikut fakta kes, seorang saksi iaitu pakar patologi forensik, Dr Abdul Karim Tajudin berkata terdapat 34 kesan kecederaan di seluruh badan mangsa dan kanak-kanak itu juga mengalami penderaan fizikal serta seksual.

Saksi itu juga mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia disebabkan perdarahan teruk di bahagian selaput keras otak akibat goncangan yang kuat.
 
Ibu kanak-kanak itu, Ellina Maulad Mahather, 25, seorang warga tempatan, dalam keterangannya pula berkata bahawa mangsa pernah mengadu ditumbuk dan dipukul oleh Mohannad Taha semasa ditinggalkan di bawah jagaan tertuduh.

Saksi itu juga mendakwa pernah melihat tertuduh memarahi dan memukul mangsa menggunakan penyangkut baju, pembaris serta tangan.

Aaliyah adalah anak hasil perkahwinan Ellina, dengan bekas suaminya Ayman Hussin Mahmud sebelum bercerai pada 2008.

Tertuduh kelihatan tenang selepas mendengar hukuman dan dibawa keluar dari mahkamah. 

, ,

[PANAS] Bajet PRU 13: Gaji Kakitangan Awam Dijangka Naik Sehingga 40%


Saya petik:
[TMI] Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus. Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”. 

Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek). “Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
 
Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu. Minggu lalu, The Malaysia Insider membawa laporan bahawa kerajaan kemungkinan akan menaikkan gaji kakitangan awam dan membayar bonus menerusi bajet kali sebelum menghadapi pilihan raya umum.

Kali terakhir kerajaan meluluskan pelarasan adalah pada 2007 iaitu sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus. Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Satu sumber berkata, “langkah ini (memperkenalkan sistem saraan baru) juga satu bentuk kenaikan gaji tetapi pelaksanaan menjangkaui kenaikan gaji sebab ia akan membabitkan penyusunan semula skim dan gred.”

“Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu peringkat,” kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs pada 1995, mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu lapis dengan memansuhkan SSB.

Bagaimanapun tuntutan itu tidak dilayan dan kerajaan hanya memberi pelarasan gaji ketika itu. “Cuepacs juga sebenarnya telah berharap sistem gaji satu lapis akan diperkenalkan semula pada 2002 (ketika SSM diperkenalkan), tetapi tidak menjadi kenyataan.

“Jika ia diperkenalkan semula bermakna ia akan membawa faedah besar kepada kakitangan awam ... kenaikan kemungkinan boleh sampai RM300 hingga RM700, bergantung pada skim dan gred masing-masing,” kata sumber itu sambil menambah, maklumat ini benar sehingga semalam dan kemungkinan boleh berubah mengambil kira keadaan ekonomi global dan tempatan.

“Kalau dari segi peratusan, kita boleh katakan kenaikan ini antara lapan hingga 30 peratus, mungkin dalam kes gred tertentu boleh mencapai 40 peratus,” kata sumber itu lagi. Satu lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana. Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan dikekalkan.

SSM diperkenalkan pada 2002 menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam. SSM terdiri daripada sistem gaji tiga lapis dengan kenaikan tahunan secara mendatar, menegak atau melintang dengan masing-masing mempunyai kuota.

Sistem kuota itu yang mencetuskan rasa tidak puas hati dan dakwaan wujud diskriminasi dalam proses penilaian prestasi. Proses penilaian itu kemudian digantikan dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sekali lagi membawa kepada kontroversi. The Malaysian Insider difahamkan sistem saraan ini, yang mirip dari segi sistem gaji satu lapis yang digunakan sejak negara merdeka sehingga 1991.

Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Prospek, sistem baru menggantikan PTK, akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat. Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.

Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini. Mei lalu, JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa. Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.
 
P/s: BN bagi ambil, tetapi undi PR! DCM menjangkakan PRU dalam tahun ini! BN pasti tidak mahu mensia-siakan memomentum Bajet PRU 13 ini!

[PANAS] Peguam DEDAH Skandal Scorpene di London Malam Ini - Lenakah Tidur Najib Malam Ini??

Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Peguam mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Joseph Breham akan bercakap mengenai kes rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene di London malam ini.

Beliau akan menerangkan mengenai perkembangan kes itu kepada masyarakat antarabangsa, berhubung siasatan terhadap komisen yang dibayar oleh pembuat kapal selam berkenaan, DCN kepada pegawai tertinggi Malaysia.

Breham merupakan anggota kepada Kumpulan Peguam Hak Asasi Antarabangsa (SIHRG) yang dilantik Suaram bagi mewakili aduan yang difailkan terhadap DCN di Paris pada awal 2010.

Beliau dijangka menyentuh mengenai pembelian kapal selam Scorpene dan Agosta bernilai RM7 bilion ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan.

Komisen 114 juta Euro atau RM570 juta dibayar kepada Syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, seorang kenalan rapat kepada Najib Razak.

Transaksi berkenaan mengheret pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibu- perempuan simpanan Razak dan sebelum itu dikatakan turut mempunyai skandal dengan Najib.

Altantuya dibunuh dengan kejam pada Oktober 2006 apabila mayatnya diletupkan dengan bom C4 di Puncak Alam, Shah Alam oleh dua pegawai pengiring kepada Najib yang juga anggota Unit Tindakan Khas.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi pada Julai tahun lalu berkata, tidak ada keperluan bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat transaksi itu kerana ia telah diluluskan kementerian kewangan dan pembelian itu dibuat melalui prosedur pemerolehan.

Jawapan itu memaksa Suaram untuk membuat aduan di peringkat antarabangsa.

Sebelum ini, kabel diplomatik Amerika Syarikat mendedahkan kepada WikiLeaks senarai kenalan Najib yang memainkan peranan dalam pembelian Scorpene.

Salah seorangnya ialah proksi kepada Najib iaitu Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Lodin Wok Kamaruddin yang juga Timbalan Pengerusi Bousted Holdings Bhd. Selain LTAT, Bousted Holdings memegang 20 peratus kepentingan dalam Perimekar, melalui KS Ombak Laut Sdn Bhd.

Menurut penyata kewangan Perimekar, Lodin adalah salah seorang dari lima pengarah Perimekar, disamping isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan, Rohanan Abdullah Meili, Abdul Rani Mohd Hussin Abdullah dan Mohd Hussin Tamby, lapor Malaysia-Chronicle.
 
 
P/s: Kah kah kah!

,

Pendirian RASMI PAS Berhubung dengan HUDUD


Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 30 Sept: Selaras dengan pendirian Pakatan Rakyat yang mengiktiraf Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu, PAS berpendirian kedua-dua negeri itu berhak memperkanunkan undang-undang tersebut.

Dalam satu kenyataan menyatakan pendirian rasmi parti itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, persoalan kini, sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran untuk melaksanakannya.

Menurutnya, perbezaan pandangan dengan DAP khususnya dalam soal penafsiran "bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan" adalah sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya.
"PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan," katanya.

Berikut adalah kenyataan rasmi berhubung pendirian PAS:

1.   Parti Islam SeMalaysia  (PAS) ingin menegaskan bahawa aktiviti dan perjuangan PAS adalah dalam kerangka demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan jaminan kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda masing-masing, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

2. PAS juga ingin menegaskan komitmen untuk melaksanakan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini, menerusi muafakat rakyat yang telah dipersetujui dalam penegasan bersama yang disebutkan dalam Platfom Dasar Bersama Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Common Policy Platform) dan Dokumen Buku Jingga.

3. PAS juga amat berpegang dan memperjuangkan prinsip negara berkebajikan yang menuntut dilaksanakan keadilan Islam untuk semua dalam masyarakat, dan menolak sekeras-kerasnya tindakan yang berunsur kezaliman terhadap mana-mana rakyat dalam semua tindakannya samada di peringkat dasar parti atau kerajaan yang dipimpin oleh PAS.

4. Perbezaan pandangan DAP terhadap Enakmen Jenayah Syariah adalah berpusat di atas penafsiran bahawa ianya bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Persoalan penafsiran ini adalah suatu isu yang sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya. PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan.

5. Sehubungan dengan perakuan bahawa Enakmen Jenayah Syariah II (1993) Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (2003) Terengganu yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing, maka PAS melihat kerajaan negeri mempunyai hak bagi memperkanunkan undang-undang tersebut. Persoalan sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan melalui proses yang sesuai dan munasabah. Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang di bawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka.  Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama. Kini terpulang kepada kerajaan Kelantan bagi membawa Enakmen berkenaan di peringkat yang seterusnya.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS
30 September 2011

, , ,

George Junius Stinney Dieksekusi di Kerusi Elektrik pada Usia 14 Tahun, Kini Ada Dakwaan Bahawa Dia Tidak Bersalah


Saya terharu sedikit apabila membaca berita tentang remaja bernama George Junius Stinney yang dikenakan hukuman mati di AS awal tahun 40-an. Cara penyiasatan dan pendakwaan umpama melepaskan batuk di tangga mungkin menyebabkan seorang budak yang tidak bersalah dihukum mati. 

Dia hanya setinggi 5 kaki 1 inci, berat 95 poun dan apabila polis membawa Stinney ke dewan hukuman pada tahun 1944, dia hanya berusia 14 tahun. Stinney didakwa orang termuda yang menerima hukuman mati di Amerika Syarikat

Semasa di dewan hukuman, pihak polis terpaksa meletakkan buku-buku besar di tempat duduk supaya kepalanya boleh mencapai elektrod pada kerusi elektrik.

Stinney dari Alcolu, South Carolina, didapati bersalah oleh mahkamah pada waktu itu kerana dakwaan membunuh dua orang kanak-kanak perempuan kulit  putih selepas pihak polis berkata dia telah mengaku melakukan pembunuhan tersebut.

Hari ini, menurut sumber yang dipetik DM, seorang peguam bertekad untuk membuktikan bahawa Stinney tidak bersalah dan memanggil pendakwa daerah Claredon County di South Carolina untuk membuka kes itu semula.

Kedua-dua kanak-kanak perempuan yang dibunuh itu ialah Betty Jun Binnicker, 11 tahun dan Mary Emma Thames, 8 tahun. Mereka dilaporkan hilang sehari selepas dilihat mereka menunggang basikal ketika mencari bunga di pekan Alcolu.

Pada masa itu, kawasan penempatan orang kulit putih dan orang kulit hitam telah dipisahkan oleh trek kereta api.

Kedua-dua budak perempuan itu kemudiannya ditemui mati di dalam parit, dibunuh dengan menggunakan kayu landasan kereta api seperti yang dilaporkan oleh thegrio.com.

Stinney yang menyertai pasukan mencari memberitahu bahawa dia ada melihat budak-budak itu pada hari mereka hilang. Selepas membuat kenyataan itu, Stinney telah ditangkap dan dituduh membunuh dua orang budak perempuan kulit putih itu.

Dia telah dibawa ke balai polis dan telah disoal siasat selama berjam-jam tanpa kehadiran ibu bapanya. Ada laporan mendakwa pihak polis menawarkan Stinney ais krim jika dia mengaku kepada mereka bahawa dia telah melakukan pembunuhan tersebut.

Stinney secara lisan mengaku dan hingga ke hari ini tiada rekod bertulis tentang pengakuannya dalam arkib. Selain itu,  tidak ada bukti fizikal yang mengaitkan Stinney dengan pembunuhan itu, malah  tiada rekod di atas kertas menyabitkan Stinney.

Atas kepincangan yang berlaku, peguam Steve McKenzie berkata kes itu perlu dibuka semula kerana kekurangan bukti atau bahan arkib. Beliau berhujah bahawa Stinney merupakan 'sasaran mudah' dan telah digunakan sebagai 'kambing hitam' oleh pihak polis yang ingin mencari dan menghukum sesiapa sahaja yang mereka boleh dikaitkan dengan pembunuhan itu.

Fakta melibatkan kes juvana di AS:
  • Orang termuda yang pernah disabiutkan dengan hukuman mati di Amerika Syarikat ialah Orang Indian Amerika James Arcene kerana peranannya dalam suatu rompakan dan pembunuhan yang dilakukannya pada usia 10 tahun. Walau bagaimanapun dia telah dihukum mati pada 18 Jun 1885 pada usia 23 tahun.
  •  
  • Pelaksanaan terakhir melibatkan juvana ialah Shockley Leonard yang disabitkan dengan pembunuhan Dia telah menerima hukuman mati di dewan gas Maryland pada 10 April 1959 ketika berumur 17 tahun.
  •  
  • Pelaksanaan hukuman mati terawal yang diketahui ialah  Thomas Graunger pada tahun 1642. Dia berusia 16 atau 17 ketika menerima hukuman.
  •  
  • Sejak tahun 1642, kira-kira 364 pesalah juvana telah dihukum mati di AS.
  •  
  • Bermula tahun 1964, tiada siapa yang telah dieksekusi di bawah umur 19 tahun.
  •  
  • Orang terakhir yang akan dikenakan hukuman mati ketika masih juvana ialah Scott Hain. Dia telah dieksekusi ketika  berumur 32 di Oklahoma kerana melakukan pembunuhan dan penculikan pada usia 17 tahun. -DCM



, ,

Suami Ikat, "Perkosa" Isteri Degil


Saya petik:
[HM] AMPANG: Akibat enggan mendengar cakap suami, seorang isteri diheret masuk ke dalam bilik di rumahnya di Pandan Indah, di sini, sebelum suaminya memaksa melakukan hubungan seks.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa yang berusia 29 tahun diperlakukan sedemikian disebabkan kedegilannya yang berkeras untuk pergi ke jamuan makan malam anjuran pejabatnya biarpun ditegah suaminya.

Suami mangsa yang berusia 29 tahun tidak membenarkan mangsa pergi ke jamuan itu kerana mahu membawanya pulang ke rumah ibunya yang berhampiran rumah mereka bagi menghadiri majlis kenduri pada malam sama.

Mangsa yang tidak berpuas hati dengan perbuatan suaminya membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, di sini.

Menurut sumber, kejadian itu bermula selepas suami mangsa melihat isterinya itu bersiap untuk pergi menghadiri jamuan makan malam anjuran pejabatnya.

“Bagaimanapun, suami mangsa hairan apabila melihat mangsa bersiap seolah-olah mahu keluar menyebabkan dia bertanyakan ke mana isterinya hendak pergi....


....macam biasa, berita sensasi seperti hanya disiarkan sebahagian di HM.


P/s: Macam-macam!


, ,

Khamis, 29 September 2011

Janganlah TIRU Cara Salam UMCO

Seorang penyokong mencium tangan DSAI sewaktu beliau tiba di mahkamah, 29 Sept. Gambar Jack Ooi.

Budaya salam bodek UMCO:




P/s:Geli rasanya apabila tengok orang yang hampir seusia bersalam begitu.



,

Isu LGE Burukkan Johor: Statistik Polis Buktikan Jenayah di Johor Jauh Lebih Tinggi daripada P. Pinang

Saya petik:

[RK] 28 SEPTEMBER – Media massa kawalan pemerintah UMNO-Barisan Nasional menjadi haru-biru apabila Lim Guan Eng, selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, didakwa menghina negeri Johor, negeri kelahirannya, dalam satu wawancara radio Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).

Laporan itu yang dibuat oleh agensi berita nasional Bernama dan disebarkan oleh media kawalan BN rupa-rupanya silap dan berbentuk berita palsu yang jelas bermotif politik.

Walau pun pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang menuntut permohonan maaf, media kawalan UMNO-BN begitu bongkak enggan berbuat demikian walau pun fitnah itu telah luas tersebar.

Untuk menutup malu atas perbuatan fitnah mereka, dicungkil pula sumber kononnya “penghinaan” terhadap Johor berhubung kadar jenayah negeri itu dikatakan dibuat oleh Guan Eng sewaktu berada di Singapura.

Sama ada benar atau tuduhan itu, ia mungkin akan dijelaskan kepada umum tidak lama lagi.

Tetapi isu yang lebih utama, sama ada benar atau tidak tuduhan media kawalan UMNO-BN itu, ialah adakah bercakap benar tentang sesuatu keadaan itu dianggap satu penghinaan?

Pelabur mahu diyakinkan
Memang benar Guan Eng selaku Ketua Menteri melawat ke Singapura dalam usaha menarik pelaburan ke Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya. Bukan sahaja Singapura, malah banyak negara telah dan sedang dilawatinya untuk membantu memulihkan ekonomi negara yang agak malap sekarang.

Lawatan Lim Guan Eng itu adalah atas dasar lawatan untuk menarik pelabur Singapura datang melabur /berdagang di Pulau Pinang. Ini bukan jemputan ke Pulau Pinang untuk sekadar merasa semangkok cendol atau sepinggan char kue tiaw.

Ini jemputan yang akan membawa masuk wang, kepakaran dan teknologi yang ianya berjumlah berjuta-juta ringgit, malah billion ringgit. Pelaburan ini akan memberi impak kepada ekonomi negeri khususnya anak watan yang akan berkerja di situ. Laba ini untuk seluruh rakyat Pulau Pinang.

Justeru, modal Lim Guan Eng untuk meyakinkan pelabur datang ke Pulau Pinang harus ‘besar’ dan ‘convincing’ dengan jaminan keselesaan dan keselamatan pelaburan itu. Ini termasuklah dengan kestabilan politik di Pulau Pinang dan ketelusan pentadbiran kerajaan negeri yang terkenal menerusi urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT).

Maka tidak hairanlah jika mana-mana Ketua Menteri, Menteri Besar atau Menteri termasuk Perdana Menteri akan bersungguh-sungguh meyakinkan bakal pelabur untuk menanam modal di negara kita.

Statistik jenayah
Jika benar Guan Eng dikatakan membandingkan kadar jenayah yang berlaku di negeri seberang Singapura, iaitu Johor dengan Pulau Pinang, ia hanya sekadar perbandingan statistik rasmi yang disediakan oleh pihak kerajaan Malaysia.

Bukankah statistik dan data yang ada dikeluarkan sendiri oleh Polis Diraja Malaysia? Ini bukan laporan statistik yang dibuat oleh badan asing tanpa tauliah berbanding PDRM. Sila semak data statistik itu sendiri yang tertera di laman web PDRM.

Malah, laporan-laporan akhbar kawalan UMNO-BN sendiri telah menyatakan bahawa kes-kes jenayah yang dicatatkan di Johor pada tahun lalu adalah 20,648 kes berbanding 12,161 kes di Pulau Pinang.

Adakah menjadi kesalahan bagi negeri-negeri seperti Perlis yang mempunyai kadar jenayah paling rendah untuk menggunakan statistik itu sebagai daya penarik untuk pelabur datang ke negeri Indera Kayangan?

Lagi pula, pelabur bukannya jenis manusia yang tidak berakal. Walau pun Selangor dan Kuala Lumpur mempunyai kadar jenayah yang paling tinggi (kerana jumlah penduduk yang besar), pelaburan tetap tinggi di 

Lembah Klang kerana banyak faktor-faktor lain turut diambil kira oleh usahawan antarabangsa seperti infrastruktur, kemudahan asas dan lain-lain.

Jadi, menyatakan apa yang benar bukan soal menghina mana-mana negeri, termasuk Johor atau pihak polis. Malah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang sendiri telah memuji pihak polis yang berjaya mengurangkan kadar jenayah di pulau mutiara itu.

Malah, polis Johor sendiri tidak perlu emosi atau kecewa. Mereka pegawai yang profesional dan mereka telah berusaha gigih menurunkan kadar jenayah. Daripada beremosi, adalah lebih baik mereka terus menggembleng tenaga dalam menurunkan kadar jenayah di negeri Johor. Itu lebih praktis dan baik demi kesejahteraan rakyat Johor.

Siapa burukkan siapa?
Kedua, istilah “memburuk-burukkan” negeri Johor digunakan oleh media massa milik UMNO-BN hanya bertujuan memomokkan Guan Eng yang mereka lihat mewakili kejayaan Pakatan Rakyat. Jelas ia bermotif politik.

Sudah menjadi lumrah, jika fakta yang baik, akan dikenal dan mengharum wangi baunya. Jika buruk, tidak perlu kita heboh-hebohkan kerana, bau busuknya itu tetap akan terhidu oleh jiran kita.

Menuduh Guan Eng menghina Johor adalah perbuatan terdesak. Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dilahirkan di Johor dan dibesarkan di banyak tempat termasuk di Batu Pahat dan di Melaka. Kehidupannya perit kerana menerima tempias perjuangan politik bapanya Lim Kit Siang yang sentiasa dijadikan mangsa oleh kerajaan BN.

Guan Eng sepatutnya menjadi kebanggaan Johor kerana beliau adalah anak jati Johor yang diterima baik oleh warga Pulau Pinang untuk menjadi Ketua Menteri mereka. Tidak mungkin beliau sanggup menghina negeri kelahirannya sendiri.

Karenah Mahathir dan UMNO-BN
Malah, dalam soal hina-menghina ini, bukankah pemimpin agung UMNO Tun Mahathir Mohamad terkenal dengan penghinaannya terhadap Kelantan sejak PAS mengambil alih kerajaan negeri lebih 20 tahun lalu?

Adakah orang-orang UMNO sudah lupa dengan sindiran yang menghina kepada isu ‘janggut nabi’ suatu masa dahulu? Atau, semua juak-juak UMNO sudah lupa bagaimana Mahathir menghina Raja-Raja Melayu?

Isu-isu yang sekadar untuk menimbulkan emosi orang-orang Melayu khususnya, tidak perlu diambil serius. Apa yang penting, kita jelaskan kepada khalayak, apakah dasar kita yang sebenar. Jangan tertipu dengan mainan sentimen UMNO-BN.

Dalam soal kritik-mengkritik, ia adalah amalan biasa dalam demokrasi yang matang. Jika kritikan dan teguran dianggap penghinaan, maka gelap masa depan anak-anak Malaysia yang akan menjadi terlampau manja sehingga sentiasa mahu menangis apabila ditegur sedikit.

Permainan kotor UMNO-BN boleh memandomkan generasi akan datang. Sekejap main isu hudud, sekejap main isu Ketuanan Melayu, sekejap main isu Perlembagaan, lepas itu main isu komunis. Hakikatnya, semua isu-isu ini tidak pernah dijelaskan oleh UMNO secara lengkap untuk memberi kefahaman rakyat.

UMNO-BN amat mengharapkan rakyat gelap tanpa ilmu yang cukup di dada. Di padang yang tiada helang, maka belalang menjadi raja.

P/s: Bila puak-puak penyokong tegar UMCO mahu saman LGE. Yang menariknya, 3 hari berturut-turut cerita LGE ini menjadi berita utama di TV pencacai. Semua pencacai berbaris untuk memberikan komen dan menghentam LGE. Ketua polis pun sama menegaskan bahawa jenayah di Johor tidak tinggi, Johor selamat, aman dan damai. Habis siapa yang sediakan statistik di atas?

,

Budak 12 Tahun Dirogol 5 Kali Selepas Dipaksa Hisap Rokok Berisi Dadah


Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Seorang gadis sunti dipaksa menghisap sebatang rokok yang dipercayai mengandungi dadah sebelum pengsan dan dirogol seorang lelaki berusia 20 tahun yang juga abang angkatnya di sebuah flat di Pantai Dalam, di sini, awal Julai lalu.

Mangsa iaitu murid berusia 12 tahun diugut supaya merahsiakan kejadian itu. Disebabkan takut, mangsa mendiamkan diri menyebabkan dia terus dinodai suspek dan dipercayai dirogol lebih lima kali dalam tempoh hampir dua bulan lalu.

Tidak tahan dengan kejadian itu, mangsa mengadu kepada sepupu suspek berusia awal 20-an pada hujung Ogos lalu, namun aduannya itu sia-sia apabila lelaki terbabit pula merogolnya.

Bagi mengakhiri penderitaannya, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini, kelmarin.

Menceritakan kejadian itu, sumber polis berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 2 petang awal Julai lalu, mangsa yang bersendirian ketika menaiki lif untuk pulang ke rumahnya di tingkat tujuh flat itu terserempak dengan abang angkatnya.

“Suspek kemudian memaksa mangsa mengekorinya pulang ke rumah. Lelaki terbabit seterusnya memaksa mangsa menghisap sebatang rokok menyebabkan dia pengsan.

“Sebaik tersedar mangsa menyedari dia dirogol. Suspek kemudian mengugut untuk mencederakan mangsa jika memberitahu kejadian itu kepada orang lain termasuk ibunya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa dirogol suspek lebih lima kali dan dipercayai dipaksa menghisap rokok sebelum dinodai.


P/s: Aduhai, baru 12 tahun sudah pandai berabang angkat. Akhirnya, diri terangkat!

, , ,

[Gambar] Demonstrasi PAYU DARA untuk Halang Pelancongan SEKS: Mahu Halang atau Galakkan?







 
Menurut AFP,  polis Ukraine bertindak menangkap beberapa aktivis wanita kerana mendedahkan payu dara semasa memprotes lawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) Michel Platini ke ibu kota Ukraine, Kiev.

Kunjungan Platini ke negara itu bertujuan untuk memeriksa persediaan Ukraine sebagai tuan rumah bersama dengan Poland untuk kejohanan bola sepak Eropah, Euro 2012.

Seorang wartawan berkata, empat aktivis pertubuhan wanita Ukraine, FEMEN, ditangkap kerana 'membogelkan' tubuh mereka hingga paras pinggang di luar sebuah stadium utama di sini.

Menurutnya, tindakan kumpulan itu adalah untuk mendapatkan perhatian orang ramai untuk menyokong kempen mereka dalam menentang pelancongan seks di Ukraine.

"FEMEN menuntut UEFA supaya mengambil inisiatif dengan melaksanakan program untuk mendidik para peminat bola sepak (yang akan berkunjung ke Ukraine) tentang kesan-kesan buruk pelancongan seks dan keburukan membiayainya," kata pertubuhan tersebut dalam satu kenyataan.

Malah, FEMEN turut mendakwa Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych tidak berbuat apa-apa untuk membantu kempen mereka bagi menentang aktiviti pelancongan seks di negara itu apabila Yanukovych sendiri pernah mempelawa warga asing supaya melawat Ukraine untuk menyaksikan kecantikan wanita di negara ini. 
 
 
P/s: Alahai! Cara yang dilakukan oleh kumpulan ini mahu menghalang atau mahu membuatkan pelancong bertambah berahi untuk ke Ukraine?

,

Isu HUDUD: Hasil Mesyuarat Pakatan Rakyat "MENGEJUTKAN"...


Saya petik:

Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir dalam mesyuarat Majlis Kepimpinan PR.
[PULAKDAH!] Alhamdulillah isu hudud telah dapat diselesaikan oleh pimpinan PR dengan semangat penuh muafakat. Para wartawan terkejut kerana suasana mesyuarat berjalan dengan baik. Mereka mungkin sangkakan pemimpin PR akan berperang.
PR mengambil keputusan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan, Buku Jingga. Keputusan diambil supaya tidak boleh lari daripada fokus kepada pembaharuan.

PR juga mengakui enakmen undang-undang Islam oleh PAS di Kelantan (93), Terengganu (03) telah diluluskan terlebih dahulu sebelum penggabungan PR, ia bukan sebahagian daripada agenda semasa.

PR turut menghormati agenda PAS dan ia adalah hak parti itu untuk meneruskan perjuangannya, dan ahli-ahli lain di dalam gabungan itu juga mempunyai hak untuk tidak bersetuju.


Antara wartawan yang bersedia untuk menantikan sidang media dari kepimpinan Pakatan Rakyat.
 Untuk keterangan lanjut, sila ke Pulakdah!


P/s: UMCO mengharapkan DAP dan PAS berperang dan seterusnya meranapkan gabungan pembangkang yang membentuk Pakatan Rakyat. Malangnya, kedua-dua parti ini sudah MATANG dalam berpolitik dan menghormati hak orang lain dalam gabungan itu.

Lebih lanjut, MK melaporkan bahawa tiada kata putus untuk melaksanakan Hudud kerana menurut DSAI terdapat keperluan untuk merujuk perkara itu ke majlis pimpinan Pakatan Rakyat kerana undang-undang itu melibatkan pindaan Perlembagaaan.

Biarpun DSAI mengatakan tiada persetujuan bersama dicapai berhubung usaha meminda Perlembagaan seandainya PR berjaya membentuk kerajaan persekutuan, namun perkara perkara itu bukanlah mustahil berbanding dengan keengganan UMCO selaku parti (selaku umat Islam) yang memegang kuasa pemerintahan negara sejak Merdeka melaksanakan hudud.  Sudah 54 tahun, UMCO masih berdolak dalik dengan memberikan pelbagai alasan. Terbaru, ulama dan pemimpin parti itu memberikan "masa/keadaan tidak sesuai" sebagai alasan untuk menolak Hudud. Jika itu dijadikan alasan, maka sampai kiamatlah Hudud tidak dapat dilaksanakan di negara ini.

Halangan SEBENAR/TERBESAR untuk melaksanakan hudud ialah Perlembagaan yang didraf oleh penjajah, bukan DAP atau sesiapapun. Biarpun PR sebulat suara atau ada pemimpin DAP mahupun MCA menentangnya, bukanlah persoalannya, namun realitinya hudud tidak dapat dilaksanakan kerana halangan daripada Perlembagaan. Justeru, kita perlu bertanya kepada MP Melayu/Islam yang menguasai Parlimen terutamanya dari UMCO tentang sebab tiada langsung inisiatif untuk memindanya agar hudud dapat dilaksanakan. Sudah 54 tahun negara merdeka, tiada usaha ke arah melaksanakan hudud. Mengapa? Jawapannya UMCO sendiri tidak mahu hudud tertegak di bumi Malaysia!

Pesan DCM kepada orang bukan Islam, hudud itu bukan untuk anda, jangan bimbang. Hormatilah hasrat orang Islam yang mahu melaksanakan undang-undang yang diperintahkan oleh Allah SWT! Apa perasaan anda jika orang lain menghalang/menafikan hak anda?




, , ,

Rabu, 28 September 2011

SKMM Dakwa Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara TINGGAL di SWEDEN, Patutlah Berani Semacam!


Menurut berita Bernama, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendakwa Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara' yang menghina Allah SWT, Islam, Nabi Muhamad SAW, dan agong menetap di Sweden.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkata SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama samaran 'Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara'.

Namun, Twitter tidak dapat memenuhi permintaan itu, kata Rais kepada pemberita di sini, Rabu.

"Maklumat mengenai keluarganya sudah diperoleh dan telah dikemukakan kepada pihak Peguam Negara Isnin lalu," katanya, sambil menambah identiti individu berkenaan dikenal pasti dengan bantuan pihak berkuasa.

Menteri itu berkata, oleh kerana kes itu melibatkan individu yang tinggal di Sweden, dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana 'berada dalam perlindungan perjalanan antarabangsa'.

Bagaimanapun, menteri berkenaan berkata SKMM telah berhubung dengan pihak Interpol yang memberikan isyarat sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia berhubung kes itu.

Menurutnya individu terbabit berdepan dengan tindakan undang-undang jika dia pulang ke tanah air. -DCM


P/s: Buru lahanat ini sampai ke lubang cacing!

Jurublog UMCO Bikin Malu Orang TAIPING


Kisah hujah tahap "budak tidak sekolah" seorang jurublog UMCO sudah menjadi lawak jenaka di FB. Sejak blog Cenangau memaparkan hujahnya bagi menjawab suatu isu (sila lihat screen shot di atas), banyak orang termasuk DCM hairan bagaimana jurublog itu dikatakan menjadi orang penting pejuang siber UMCO di Perak. Adakah hujah ini membolehkannya menerima imbuhan yang lumayan?

Bacalah hujahnya, anda mahu gelak, terpulang!

Cerita lanjut fasal jurublog yang dikatakan berasal dari Taiping ini boleh dibaca di sini dan di sini.


P/s: Kata MSK, jurublog ini "cikgu". "Cikgu" apa?




,

Drama Liwat II: Mengapa Najib Perlu Beri Keterangan? Ini Jawapannya!


Saya petik:

[MK] Anwar Ibrahim hari ini memfailkan afidavit jawapan berhubung permohonan Perdana Menteri dan isterinya untuk mengketepikan sepina yang disampaikan kepada mereka supaya tampil sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat.

Dalam dokumen yang ditandatanganinya petang ini di hadapan pesuruhjaya sumpah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Anwar berkata, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor diperlukan untuk membantu kes berkenaan.

Ini dikaitkan dengan maklumat yang dibekalkan oleh bekas pembantu Najib, Datuk Khairil Annas Jusoh, ketika diwawancara oleh peguam Anwar semasa proses merakamkan kenyataan daripada saksi-saksi yang berpotensi.

Khairil Annas telah mengesahkan bahawa dia membawa pengadu kes liwat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk bertemu dengan Najib, yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri.

“Saya seterusnya menyatakan bahawa saya telah dinasihatkan oleh peguam-peguam saya, nasihat yang saya percayai adalah tepat dan benar, bahawa Datuk Khairil Annas Jusoh telahpun memaklumkan kepada mereka di dalam temuramah tersebut bahawa beliau telahpun membawa pengadu berhumpa dengan pemohon paad 26 Jun 2008 untuk lebih kurang sejam di kediaman pemohon.

“Oleh yang demikian, saya percaya terdapat banyak lagi perkara yang telahpun dibincangkan antara pemohon dan pengadu tersebut semasa pertemuan tersebut yang saya yakin adalah relevan dan materrial kepada pembelaan saya,” katanya dalam afidavit itu.

Menurut Anwar lagi, Najib pada mulanya menafikan bertemu dengan Saiful tetapi kemudian menukar pengakuan dan berkata Saiful telah memohon bantuan bagi mendapatkan biasiswa.

Justeru, peguamnya mahu mendapatkan penjelasan lanjut.

Tambahnya lagi, semasa wawancara pada 12 Ogos lalu, Najib dan Rosmah tidak bekerjasama dalam memberikan kenyataan kepada peguamnya.

Anwar, berkata beliau mempunyai hak di sisi undang-undang untuk memanggil saksi dan sehubungan itu mengarahkan peguamnya untuk mensepina Najib dan isterinya.

, , , ,

Penghapusan Kuota Bumiputera; Najib Ikut TELUNJUK Soi Lek?

Cerita lanjut di HD, klik sini.


 P/s: Terburai MELAYU di bawah Najib dan UMCO! Ironi, ada penyokong tegar UMCO masih mahu menyalahkan DAP. Aduhai! Mengapa bebal sangat????

,

Bagaimana Ibu Tiri Berjaya Melarikan Anak Tiri yang Dilacurkannya dari Hospital?


Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Terseksa akibat dilacurkan ibu tiri sendiri, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun menderita kesakitan di kemaluannya hingga terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan merayu doktor agar menyelamatkannya.

Sehubungan itu, doktor terbabit membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan mangsa ditahan di wad hospital berkenaan untuk rawatan susulan.

Bagaimanapun, belum sempat pihak berkuasa merakamkan percakapannya, mangsa menghilangkan diri, dipercayai dilarikan ibu tirinya.

Sumber polis berkata, mangsa yang tinggal bersama ibu tirinya berusia lewat 30-an selepas kematian bapa enam bulan lalu mendakwa dia dipaksa wanita itu melayan nafsu buas puluhan lelaki sejak lebih sebulan lalu.

Menurutnya, mangsa dipaksa melayan lelaki sama ada di rumahnya atau di hotel sekitar Lembah Klang mengikut permintaan pelanggan hingga dia menderita kesakitan di kemaluan. 


P/s: Bagaimana kes yang dirujuk kepada polis tetapi mangsa masih boleh dilarikan oleh ibu tirinya? Tiadakah sesiapa yang mengawal bilik rawatan si remaja malang itu?





,

Budak Perempuan 15 Tahun Tidak Sempat Ehem-ehem, Tetapi Kantoi Kerana...

Sekadar hiasan.

 ...pakai baju dan seluar terbalik.


Saya petik:
[HM] BESUT: Tindakan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun memakai baju dan seluar sukan secara terbalik ketika bergegas pulang ke rumah selepas dihubungi kakaknya menerusi telefon bimbit membongkar rahsianya yang cuba melakukan hubungan seks dengan teman lelaki dalam kejadian di Kampung Pengkalan Nyireh, di sini, Ahad lalu.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila kakak remaja terbabit berusia 28 tahun terjaga daripada tidur dan mendapati remaja itu tiada di biliknya di rumah mereka di kampung berkenaan pada jam 4 pagi.

“Mengesyaki remaja itu keluar bertemu teman lelakinya di sebuah resort di daerah ini, wanita itu menghubungi telefon bimbit adiknya, namun tiada jawapan.

“Wanita berkenaan yang mengenali teman lelaki adiknya yang berusia 21 tahun menghubungi telefon bimbit lelaki terbabit, tetapi diberitahu dia tidak mengetahui di mana remaja itu berada sebelum remaja berkenaan tiba di rumah beberapa minit kemudian,” katanya.

Sumber berkata, bimbang rahsianya terbongkar, remaja terbabit mencipta pelbagai helah memperdaya kakaknya yang mengesyaki dia bertemu teman lelaki selepas pelik melihat pakaian dipakai terbalik.

Selepas didesak, remaja berkenaan yang juga pelajar sekolah menengah di bandar ini akur dan mengaku bertemu teman lelaki sebelum kakaknya membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, di sini, jam 11 pagi hari sama.

Sumber berkata, ekoran laporan itu, remaja wanita terbabit dihantar ke Hospital Besut, di sini, untuk pemeriksaan dan mendapati tiada kesan koyakan lama sebaliknya hanya kesan merah pada luar kemaluannya.

Polis percaya remaja terbabit tidak sempat melakukan seks kerana terkejut panggilan telefon kakaknya ketika berada di kolam renang resort berkenaan.



, , ,

Selasa, 27 September 2011

[PANAS] Najib Mahu HAPUSKAN Kuota 30% BUMIPUTERA, Di Mana Suara Penyokong Tegar UMCO??


Saya petik:

[MK] Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata bahawa kerajaan sedang mencari jalan untuk melupuskan sistem kuota dalam membina kapasiti bumiputera kerana pendekatan itu tidak mencapai tujuan ia diperkenalkan.

Sebaliknya, Najib berkata, kuota ekuiti 30 peratus itu hanya menghalang usahawan bumiputera daripada mempertingkatkan kemampuan mereka.

"Kami mahu menghapuskan kuota tetapi kami akan menyokong ia (usahawan bumiputera) berkembang.

"Jika kita adakan kuota, mereka akan hanya berpuas hati dengan kejayaan itu dan tidak akan mendapatkan kepakaran bagi menguruskan perniagaan mereka," katanya.

Menjawab soalan daripada hadirin semasa sesi soal-jawab Forum Megatrends Khazanah 2011 di Kuala Lumpur, Najib berkata penetapan kuota "tidak membawa apa-apa makna".

"(Usahawan bumiputera) akan menjual saham-saham mereka apabila harga tinggi dan hanya akan tinggal peratusan kecil daripada jumlah yang diperuntukkan untuk bumiputera (dalam pegangan mereka)," katanya.

Oleh itu, perdana menteri berkata kerajaan akan menggunakan pendekatan berlainan dalam tindakan afirmatif bagi mengesan bumiputera yang cekap, teruji dan boleh berjaya serta menyokong mereka supaya akan lebih berdaya saing.

"Kami telah mengenal pasti lebih daripada 1,000 syarikat melalui Teraju, dan kita akan melihat bagaimana untuk membantu syarikat-syarikat ini menjadi lebih besar dan lebih maju," katanya, merujuk kepada agensi kerajaan yang ditubuhkan bagi menyelia hal-ehwal ekonomi bumiputera.

Katanya, dengan menyokong "bumiputera bijak", bukan sahaja akan memperkembangkan bakat dalam masyarakat itu tetapi juga mengelakkan bantahan daripada rakan-rakan bukan bumiputera mereka.

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata sudah tiba masanya kerajaan beralih daripada budaya "mengenali seseorang” (know who) kepada budaya "tahu melakukannya" (know how) dalam masyarakat.

"Tindakan afirmatif akan berasaskan lebih dan lebih lagi pada meritokrasi.

"Pendekatan baru ini diharapkan dapat membina satu kelas baru usahawan bumiputera yang lebih berdaya tahan dan boleh berjaya dalam jangka masa panjang," katanya.
Najib sebelum ini telah mengumumkan hasrat kerajaan untuk meliberalisasikan ekonomi dari kuota berasaskan kaum melalui Model Ekonomi Baru (MEB), tetapi menerima tindak balas negatif daripada kumpulan-kumpulan berkepentingan kaum.



P/s: Bukan PKR dan DAP yang melacurkan hak Melayu, dari dahulu hingga sekarang, semuanya dilunyaikan oleh UMCO! Itu satu hal!

Satu hal lagi, di mana profesor kang kung? Di mana Perkosa? Di mana NGO Melayu Islam? Di mana orang UMCO yang siang malam menjerit "Melayu"? Di mana ahli akademik pengampu? Di mana golongan elit dan bangsawan Melayu? Di mana...

Habis terburai semuanya angkara UMCO/Najib!

Satu hal lagi, jika Najib semakin berani dengan program transformasinya, maka nyawanya sebagai Presiden UMCO dan PM Malaysia tentu semakin pendek. Semakin hebatlah gerakan menyingkirkannnya daripada parti dan kerajaan.

Satu hal lagi, DCM mencadangkan kepada ahli parti UMCO agar menyertai DAP dan PKR kerana kedua-dua parti yang dianggap anti-Melayu ini belum lagi menyentuh dan memburaikan hak Melayu. Ada? Mana bukti? Yang pasti sejak 1957, semuanya terburai kerana peranan UMCO!


Satu hal lagi, berita ini sudah tentu tidak akan keluar di TV3 suku, Utusex dan media yang sewaktu dengannya!





, , ,

Pemberian Status PR Mismah Bertentangan dengan Peraturan Imegresen, Layakkah Dia Dapat Kewarganegaraan?


Saya petik:
 
[HD] KUALA LUMPUR - Pemuda PAS mohon agar Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad menjawab isu Mismah yang mendapat status penduduk tetap kepada rakyat Malaysia.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat juga memohon agar Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datin Jariah Mohd Said memberi jawapan kepada rakyat Malaysia bagaimana Mismah yang mendapat status PR daripada Jabatan Imigresen tidak sampai satu tahun boleh diterima sebagai warganegara Malaysia pada 31 Januari 2011.

“Bukankah Mismah sudah melanggar peraturan Jabatan Imigresen? Apakah beliau layak untuk menjadi warganegara?” soalnya dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk laporan Utusan Malaysia pada 23 September 2011, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad telah membuat ulasan mengenai tuduhan rakyat Bagladesh mendapat status Penduduk Tetap atau Permanent Residen (PR) di negara kita.

Kenyataan beliau adalah seperti berikut:

''Peraturan Imigresen sedia ada tidak membenarkan pekerja asing yang memegang pas lawatan kerja sementara untuk memohon PR di negara ini.”

“Di bawah Akta Imigresen 1963, hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berserta anak-anak berusia di bawah enam tahun dan menetap selama lima tahun berturut-turut di Malaysia layak memohon PR”.

“Permohonan turut dibuka untuk kumpulan pelabur, pakar serta golongan profesional yang diperakukan oleh agensi kawal selia.”

Justeru, Pemuda PAS berpendapat bahawa kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen adalah merujuk peraturan di jabatan tersebut seperti yang terdapat dalam laman berikut : http://www.pinoy-abroad.net/img_upload/9bed2e6b0cc5701e4cef28a6ce64be3d/Guide_to_Permanent_Residency__Malaysia_.pdf

Dalam peraturan yang terdapat dalam Jabatan Imigresen memberi syarat bahawa mereka yang memohon PR hendaklah memiliki entry permit dan telah tinggal di negara ini selama 5 tahun.

Kumpulan yang berkelayakan untuk mendapat entry permit adalah seperti kumpulan profesional, anak kumpulan profesional di bawah enam tahun, isteri kumpulan profesional, mempunyai kebenaran daripada Menteri Dalam Negeri atas kepentingan ekonomi negara, anak bagi warganegara yang berumur bawah enam tahun dan kes-kes khas.

Kata Suhaizan, Pemuda PAS ingin merujuk kes Mismah yang disiarkan pada 12 dan 14 Ogos 2011 oleh akhbar Sinar Harian.

Mismah atau nama sebenarnya adalah Nismah Binti Naim, 47, berasal daripada kepulauan Bawean, Indonesia.

Suami beliau bernama Mawasi Bin Mawardi, 51, juga mendapat status Penduduk Tetap.

Mismah masuk negara kita pada tahun 1982 sebagai buruh binaan. Pada tahun yang sama iaitu 17 Julai 1982 Mismah sudah mendapat satus PR.

Menurut Suhaizan, ini memberi maksud bahawa tidak sampai satu tahun Mismah tinggal di negara ini beliau sudah memperolehi status PR.

“Kes Mismah ini bertentangan dengan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad yang menyatakan bahawa hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berserta anak-anak berusia di bawah enam tahun dan menetap selama lima tahun berturut-turut di Malaysia layak memohon PR,” katanya.

Pemuda PAS, tambahnya berpendapat bahawa terdapat kemungkinan 4 perkara yang bertentangan dengan peraturan Jabatan Imigresen dalam kes Mismah mendapatkan status PR iaitu Mismah bukan seorang profesional, suami Mismah bukan seorang warganegara, suami Mismah bukan seorang profesional dan Mismah hanya tinggal tidak sampai satu tahun di negara ini.

“Mismah ini hanyalah satu kes contoh sahaja. Pemuda PAS sangat khuatir berkenaan pemberian status PR kepada ribuan warga asing dalam negara ini,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.

Beliau berkata, pemberian hak kerakyatan kepada mereka yang tidak layak dan bertujuan untuk kepentingan parti politik tertentu adalah suatu pengkhianatan kepada negara.

Tegasnya, Pemuda PAS akan terus mendedahkan kepada rakyat Malaysia berkenaan manipulasi dalam pilihan raya khususnya yang berkait dengan daftar pemilih dan undi pos.


P/s: Penerangan dann penjelasan JPN dan Imigresen tentang status kerakyatan Mismah yang  dilontarkan/dibangkitkan oleh jurublog dan portal pro-PR,  pada mulanya agak meyakinkan, dan sudah tentu menjadi modal besar jurublog pencacai. namun apabila diselidiki rupa-rupanya ada perkara yang tidak kena. Kata orang sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua, samalah sepandai-pandai orang menggebang, akhirnya...sambung sendirilah!



,

[Wajib Lihat] Najib dan Lim Guan Eng: Antara Dua DARJAT2


P/s: Siapa yang berjiwa rakyat?

,

[Wajib Lihat] Najib dan Nik Aziz: Antara Dua DARJAT

Sumber gambar: FB TG Datuk Nik Aziz

P/s: Perlu ulas? Tak perlulah kan? Lihat dan nilai!

,

Remaja 16 Tahun "Dikendurikan" 8 Jantan Lahanat


Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Seorang pelajar berusia 16 tahun berdepan detik ngeri apabila dirogol lapan lelaki tidak dikenali secara bergilir-gilir di Kampung Nelayan, Klang, dekat sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 10 malam itu berlaku ketika mangsa dalam perjalan pulang ke rumahnya selepas bersiar-siar seorang diri sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali mengajaknya menunggang motosikal.

Menurut sumber polis, mangsa bagai dipukau apabila hanya mengikut kehendak lelaki itu dan kemudian dibawa ke sebuah kedai makan. Sebaik selesai menikmati makan malam, mangsa dibawa ke sebuah rumah di kawasan berhampiran.

“Ketika itu mangsa berada dalam keadaan separuh sedar. Mangsa terkejut apabila melihat lapan lelaki mengelilinginya sebelum menyuruhnya membuka pakaian.

“Mangsa pada mulanya menolak pelawaan itu, namun akhirnya mengalah selepas diugut akan dicederakan,” katanya di sini, semalam.
 
Sumber berkata, mangsa kemudian dirogol bergilir-gilir.

“Selepas selesai, salah seorang daripada mereka menghantar mangsa ke sebuah stesen minyak di Pendamar Indah Dua, kira-kira jam 2 pagi,” katanya.
 
Mangsa yang ketakutan kemudian membuat laporan di Balai Polis Klang sejurus kejadian.
 
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md Yusof mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

P/s: Berdasarkan berita "Kejadian kira-kira jam 10 malam itu berlaku ketika mangsa dalam perjalan pulang ke rumahnya selepas bersiar-siar seorang diri..". Budak perempuan ini memang mencari nahas!



, ,

Susulan Gadis Dibakar di Ampang, Pelajar IPTA Dihadapkan ke Mahkamah

DIDAKWA BUNUH KEKASIH...Pelajar IPTA, Muhammad Khairi Nor Aziz, 19, dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ampang, Selangor selepas didakwa membunuh seorang pelajar wanita yang juga kekasihnya, Nurul Awathif Mohd Shakir. - BH/Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Saya petik:

[HM] AMPANG: Seorang mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan membunuh seorang pelajar perempuan, dua minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Khairi Nor Aziz, 19, yang kelihatan bingung dan muram hanya mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Karimah Wan Md Ab Ghani.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang memakai kemeja-T coklat dan berkopiah hitam.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Khairi didakwa membunuh Nurul Awathif Mohd Syakir, 19, di rumah No B-119 Apartment Sri Wira, Jalan Ukay Perdana 2, Taman Ukay Perdana, dekat sini, antara jam 9 malam pada 4 September 2011 hingga jam 2.15 pagi pada 5 September 2011.

Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum manakala tertuduh diwakili peguam Zamani Dolmat.

Mahkamah menetapkan 8 November ini untuk sebutan semula kes.


, ,

[Gambar] Peragut Kena BELASAH!


Saya petik:


Saya petik:

[HM] JOHOR BAHRU: “Menyedari tindakan peragut saya memecut motosikal mengejarnya sebelum menendang motosikal lelaki itu dari belakang menyebabkan kami berdua jatuh ke jalan raya.

“Akibatnya, peragut terbabit gagal bergerak kerana dihempap motosikalnya lalu saya mencapai beg tangan dan lari ke restoran berhampiran untuk mendapatkan bantuan,” kata mangsa ragut, Cindy Tan, 52, di Jalan Maju, Taman Pelangi, semalam.

Dalam kejadian jam 4.15 petang itu, Cindy menunggang motosikal Yamaha Ego berseorangan dalam perjalanan ke sebuah premis percetakan kad nama di lokasi berkenaan apabila menyedari diekori seorang lelaki yang menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Menurut Cindy, setiba di lokasi kejadian lelaki terbabit tiba-tiba menghampiri dan meragut beg tangannya yang diletak di dalam raga motosikal sebelum cuba melarikan diri.

“Saya tidak rela membiarkan wang diperoleh hasil kerja keras dirampas begitu saja oleh peragut dan kerana itu saya memberanikan diri melawan,” katanya yang bertugas sebagai jurujual barangan perubatan di sebuah syarikat swasta di Singapura.

Orang ramai yang melihat kejadian serta pelanggan restoran segera keluar dan menahan pemuda itu sebelum diserahkan kepada polis.

Bagaimanapun, sebelum itu, orang ramai yang berang dengan peragut terbabit bukan setakat mengikatnya malah turut ditumbuk serta ditendang hingga berdarah, Polis yang tiba tidak lama kemudian menahan lelaki itu untuk siasatan lanjut.

Menurut Cindy, ia adalah pengalaman ragut kedua berlaku terhadapnya dengan kali pertama pada 2005 di Taman Megah Ria.

“Pengalaman pernah diragut ketika menunggang motosikal enam tahun lalu menyebabkan saya nekad mengejar peragut terbabit,” katanya.

P/s: PADAN MUKA! Saya katakan begitu kerana peragut ini rata-ratanya golongan muda yang sihat wal afiat. Mereka mampu melakukan sebarang kerja halal untuk menampung hidup. Mungkin kerana malas, tidak mahu badan dibasahi peluh, mereka memilih untuk melakukan jenayah ragut yang kadang kalanya meragut nyawa mangsa. Walaupun tindakan masyarakat yang membelasah peragut ini tidak wajar, namun saya tetap ingin mengatakan PADAN MUKA kepada si peragut.

Semoga menjadi pengajaran kepada yang lain!




, ,

Isnin, 26 September 2011

Nasib TBH dan Ahmad Sarbani SERUPA: Pelik, CCTV SPRM "Dipadamkan" Semasa Ahmad Sarbaini Berada di Situ


Saya petik:

[MK] Mahkamah Koroner Kuala Lumpur memutuskan Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed, 56 jatuh dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuala Lumpur selepas berada pada belebas tingkap bangunan itu.

NONEKoroner Aizatul Akmal Maharani, dalam penghakimannya kepada mahkamah yang penuh sesak, berkata teori bahawa SPRM terlibat dengan kematiannya tidak boleh diterima.

Sehubungan itu, beliau menolak bunuh diri, homisid ataupun penglibatan pihak ketiga bagi alasan kematian.

"Tidak ada tanda-tanda pergelutan pada kejadian itu dan mahkamah juga menolak bahawa dia membunuh diri."

Menurut koroner, beliau percaya Ahmad Sarbaini terjatuh dari bangunan itu dan dalam keadaan sedar semasa jatuh.

"Mahkamah juga mendapati dia mati serta-merta dalam kejatuhan itu dengan kakinya terjatuh dahulu sehingga mencederakan kedua-dua belah kakinya dan juga mengalami kecederaan teruk di kepala."

Peawai Pejabat Peguam Negara Mohd Abazafree Mohd Abbas membantu dalam inkues itu manakala SPRM diwakili oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah.

Keluarga Ahmad Sarbaini pula diwakili oleh peguam Awtar Singh mewakili manakala peguam Rosli Dahlan dan Nadia Marni Mat Zin bertindak sebagai pemerhati bagi syarikat multinasional DB Schenker Logistics (M) Bhd.

Antara penemuan penting inkues itu adalah bahawa sistem litar tertutup CCTV SPRM didapati diganggu dengan 22 jam rakaman termasuk tempoh apabila Ahmad Sarbaini datang ke premis agensi itu telah dipadamkan.

Seramai 34 saksi memberi keterangan pada inkues yang mengambil masa 14 hari untuk selesai.

Saksi-saksi yang tampil, termasuk dua ahli patologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Faridah Md Nor dan Dr Shahrum Abd Wahid.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane 6 April lalu.

Beliau sebelum itu ditangkap sebagai sebahagian daripada program 3B tetapi kemudiannya dibebaskan sebelum kembali kepada SPRM pada hari kejadian itu.

Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam.

Kawan-kawan dan ahli-ahli keluarga mendakwa terdapat unsur jenayah dalam kematiannya. Mereka berkata, Ahmad Sarbaini adalah seorang pegawai yang bersih dan telah merancang untuk menunaikan fardu haji tahun ini bersama isteri dan ibu bapanya.

Balu allahyarham Masiah @ Maziah Manap dan pengerusi Sosial Care Tan Sri Robert Phang turut hadir di mahkamah.



P/s: Dua kematian yang amat meragukan/penuh dengan pelbagai persoalan melibatkan SPRM menerima nasib yang sama.Orang kampung yang menonton tv pencacai, membaca Utusex, selamat mempercayai salah satu drama terhebat abad ini!!!


Apa reaksi peguam keluarga?

Mengulas keputusan Mahkamah Koroner, peguam keluarga, Awtar Singh berkata adalah sukar untuk mempercayai bahawa arwah Sarbaini telah memanjat tingkap untuk melarikan diri.

"Mengapa dia perlu berbuat demikian? Dia pergi (ke sana) secara sukarela. Tambahan pula, tidak ada cap jari yang kelihatan di cermin tingkap dan mereka tidak mengambil pakaian ketua penyiasatan SPRM KL, Ahmad Fauzi (Husin), untuk menjalankan ujian DNA."


, , ,

Kartun UTUSEX Sindir/Hina Hudud



P/s: Kalau akhbar PKR, DAP yang menyiarkan kartun yang menghina dan menyindir ini sudah tentu sahut-menyahut Perkasa dan NGO Islam yang lain. Oleh sebab, penyiarnya Utusex dan yang kena sindir itu Nik Aziz, maka senyap sunyilah semuanya walaupun ilustrasi itu turut mempermainkan HUDUD hukum Allah!

LAHANAT! Perkara yang jelas nasnya dalam al-Quran pun mereka sanggup permainkan demi kelangsungan politik pihak tertentu!



,

Gadis Curi DUIT Bapa Tiri untuk Berjoli dengan Jantan Pujaan

Saya petik:

[SH] KUALA TERENGGANU - Walaupun menyedari bapa tirinya hanya bekerja sebagai nelayan dan tidak memiliki banyak wang, namun seorang gadis masih sanggup mencuri duit milik bapa tirinya semata-mata untuk ‘berjoli’ dengan teman lelaki.

Bagaimanapun, tindakan gadis itu terbalas setelah dijatuhi hukuman tiga bulan penjara selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Tertuduh, Fieda Azwa Anual, 19, dari Kampung Duyong Besar, Kuala Terengganu mengaku bersalah mencuri wang tunai sejumlah RM1,900 milik bapa tirinya, Marzuki Rani, 50, pada 24 September lalu kira-kira jam 11 malam di rumahnya di Kampung Duyong Besar, Kuala Terengganu.

Mengikut fakta kes, bapa tirinya hanya menyedari wang tunai RM1,900 yang disimpan di dalam rumah berkenaan hilang pada 21 September lalu kira-kira jam 11 malam, namun pada awalnya tidak mengesyaki apa-apa.

Keesokan harinya iaitu 22 September, kira-kira jam 12.30 tengah hari, bapa tiri bersama ibu tertuduh telah keluar dari rumah dan pulang semula ke rumah kira-kira jam 1.30 petang dan mendapati tiga anaknya iaitu adik tiri tertuduh yang masih kecil ditinggalkan di rumah sepupunya.

Sepupunya memberitahu yang tertuduh telah lari dari rumah dan bapa tirinya mengesyaki tertuduh yang mencuri wangnya sejumlah RM1,900 itu.

Pada 24 September lalu, kira-kira jam 8 pagi, bapa tiri tertuduh bersama anggota polis telah membuat serbuan di tingkat tiga Hotel Terengganu, dan mendapati tertuduh ada bersama dengan seorang lelaki tidak dikenali, dipercayai teman lelakinya.

Setelah disiasat, didapati tertuduh telah menyewa hotel berkenaan dari 22 September hingga 23 September lalu dan apabila disoal siasat, dia mengakui telah mencuri wang tunai milik bapa tirinya itu.

Dengan itu, Fieda Azwa didapati telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua atau kemudiannya hendaklah diseksa dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Anak Dustan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.


 P/s: Hancur!


,

[Wajib Baca] Perundangan ISLAM: Utamakan PENCEGAHAN Bukan MENGHUKUM


Saya petik:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ(13
وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُهِينٌ (14)- النساء: 13-14
Yang bermaksud : Itulah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina. – Surah Al-Nisa’, ayat 13-14
[BlogTokGuru] Tema sambutan Hari Hududullah pada tahun 1432 Hijrah ini ialah “Hudud Satu Pencegahan dan Pendidikan, Bukan Hukuman”. Bermakna perundangan Islam termasuk hukum hudud amat mengutamakan prinsip mencegah dan mendidik umatnya ke arah keharmonian hidup bermasyarakat. Oleh itu, di dalam al-Quran, perkataan hudud disebut sebanyak 11 kali di dalam 7 ayat yang dirangkumi di dalam 5 surah yang berlainan. Satu ayat daripadanya membicarakan tentang hukum hakam puasa, tiga daripadanya tentang hukum cerai dan iddah, dan satu ayat lagi membicarakan tentang hukum faraid atau pembahagian harta pusaka, seperti mana ayat tersebut di atas. Kemudian, satu ayat juga menceritakan sikap orang-orang munafik yang suka melanggar hudud Allah dan satu lagi membicarakan tentang hukum zihar.

Penelitian terhadap ayat-ayat tersebut memberikan kefahaman kepada kita bahawa hudud bukanlah bermaksud hukuman ke atas penjenayah terhadap kesalahan-kesalahan seperti mencuri, berzina dan minum arak sahaja, tetapi lebih luas lagi ia mencangkupi semua batasan syariat yang ditentukan oleh Allah SWT. Justeru, satu silap faham yang sangat dikesalkan apabila disebut hudud, maka digambarkan sebagai satu hukuman yang kejam terhadap pesalah. Malah dilabelkan pula sebagai undang-undang primitif yang ketinggalan zaman. Sedangkan setiap pekara yang dibatasi oleh syariat dengan hukum halal dan haram dalam kehidupan manusia adalah disebut “hududullah” (hudud Allah).

Contohnya makan minum, dihalalkan oleh Allah SWT tetapi memakan perkara yang haram dikira melanggar hudud Allah. Melunaskan tuntutan fitrah manusia untuk berpasangan dibenarkan oleh Allah SWT melalui ikatan perkahwinan dan diharamkan jika dilakukan melalui bersekedudukan tanpa berkahwin yang menyebabkan hubungan zina dan ia dianggap melanggar hudud Allah. Nyata sekali, setiap perkara yang haram, melanggar perintah Allah SWT, maka dianggap melanggar hudud Allah SWT. Rasulullah SAW mengumpamakan perbuatan melakukan perkara yang haram ini seperti menceroboh tanah larangan milik Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW:
أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلَا إِنَّ حِمَى اللَّهِ فِي أَرْضِهِ مَحَارِمُهُ أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
Yang bermaksud : Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya larangan Allah di bumiNya adalah hal-hal yang diharamkanNya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada seketul daging, apabila daging itu baik maka seluruh tubuh itu baik. Dan apabila daging itu rosak maka seluruh tubuh itupun rusak. Ketahuilah, itulah qalb.­ – Hadis riwayat Bukhari.
Kekeliruan
Saya menyebut hakikat ini kerana kekeliruan yang timbul atau sengaja ditimbulkan di dalam negara kita bahawa hudud ertinya hukuman ke atas pesalah. Maka hudud telah diwajahkan dengan wajah yang begitu buruk dan mengerikan. Seolah-olah apabila hukum hudud dilaksanakan, semua tangan akan dipotong dan semua batu akan dijadikan lontaran untuk pesalah. Kita masih terngiang-ngiang kata-kata sinis yang dilontarkan sedikit masa lalu yang menyatakan: “Jika mahu menikmati sup tangan, silalah ke Kelantan’ dan “akan habislah batu-batu di Kelantan digunakan untuk melontar pesalah zina.” Paling dukacitanya, kata-kata itu terbit daripada bibir orang Islam sendiri. Sekalipun kata-kata itu sudah lama diucapkan, tetapi kesannya telah memberikan imej yang negatif terhadap undang-undang Allah SWT.

Hasilnya, masyarakat bukannya semakin dekat dengan Islam tetapi semakin jahil dan semakin jauh daripada syariat Islam yang sebenar. Syariat Islam bukannya dilihat indah dam cantik, tetapi dilihat primitif, ketinggalan zaman, ouf of date dan sebagainya. Tanggapan seperti ini bukan sahaja berlegar di kalangan non muslim bahkan masyarakat umat Islam sendiri masih keliru di dalam memahami keindahan syariat Islam yang sebenar.
Kekeliruan dan kejahilan ini bertambah parah apabila beberapa isu agama yang berlaku sejak akhir-akhir ini tidak ditangani sebagaimana yang diajar oleh Islam. Natijahnya, Islam semakin dipandang serong oleh masyarakat. Isu-isu seperti larangan non muslim memasuki masjid dan juga bacaan al-Quran di pembesar suara misalnya, ditangani dengan wajah yang lebih cenderung ke arah sentimen tanpa bimbingan ilmu yang sebenar. Hasilnya, sentimen yang dibakar bertambah panas sedangkan panduan sebenar Islam diketepikan.

Saya sifatkan golongan yang menolak, menghina dan mengenepikan syariat Islam khususnya hudud merupakan golongan yang jahil dan tidak mengetahui keindahan syariat Islam itu sendiri. Sekalipun mungkin mereka beragama Islam, tetapi Islam yang dianuti hanya di ruang yang terbatas tanpa didaulatkan sebagai undang-undang yang memerintah. Hakikatnya, menolak undang-undang syariah samalah ertinya dengan menafikan kebijaksanaan Allah SWT selaku Pentadbir alam ini. Kalaulah seorang warganegara yang berani mengkritik undang-undang negaranya sendiri boleh dianggap sebagai menghina dan mempersendakan undang-undang tersebut, maka lebih besar kesalahannya jika seorang Islam berani mengkritik undang-undang Islam sebagai ketinggalan zaman dan tidak sesuai dengan masa, orang ini bukan sahaja mencabar kebijaksanaan dan kekuasaan Allah S.W.T, tetapi boleh menjejaskan imannya sebagai seorang muslim.

Saya yakin, sebahagian besar daripada masalah ini ialah kerana kejahilan terhadap keindahan undang-undang Islam itu sendiri. Justeru, Kelantan mengambil inisiatif untuk mengadakan sambutan Hari Hududullah setiap tahun dan pada tahun ini pula diadakan seminar undang-undang syariah peringkat kebangsaan untuk memberikan pendedahan dari masa ke semasa kepada masyarakat agar apabila tiba saat dan masanya yang membolehkan hudud dilaksanakan, ia akan dilaksanakan dengan penerimaan dan kefahaman daripada masyarakat yang sudah terdidik dengan maklumat-maklumat yang benar.

Optimis
Saya optimis, jika wajah sebenar undang-undang syariah didedahkan, tidak akan ada suara-suara sumbang yang menolak pelaksanaannya nanti. Kata cerdik pandai tidak kenal maka tidak cinta.

Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar seminar ini dapat dilaksanakan dari masa ke semasa dan hendaklah dibuka penyertaannya kepada penyertaan masyarakat non muslim untuk datang mendengar dan mengemukakan persoalan agar setiap kemusykilan dapat dijawab oleh para ilmuan bukannya diperdebatkan di dada-dada akhbar sehingga menjadi isu politik yang bias.

Hasarat Kerajaan Negeri ialah untuk mempertingkatkan syiar Islam di Kelantan ini. Oleh itu, saya menyeru kepada semua jabatan kerajaan sama ada negeri atau pesekutuan agar sama-sama bertanggungjawab dalam meningkatkan kualiti iman di kalangan rakyat dengan berkerjasama menyeru kebaikan, mencegah kemungkaran dengan cara masing-masing. Mudah-mudahan kehidupan kita semua ini akan mendapat ihsan dan keberkatan dariNya.
Firman Allah SWT :
ولْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang berjaya”. –Surah Ali Imran, ayat 104.
Apa yang penting difahami bahawa hukum hudud ini bila dilaksanakan, bukannya pelaksananya adalah orang politik. Tetapi hakim yang akan menjatuhkan hukuman. Itupun setelah menjalani perbicaraan yang adil terlebih dahulu. Jadi tidak perlu untuk merasa gerun dan takut dengan hukum hudud kerana bimbang kononnya akan dikuasai oleh orang politik.

Justeru, saya mengharapkan agar tabiat menolak hudud ini dapat diperbetulkan agar jangan menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat. Jika gejala penolakan ini tidak dibendung, saya bimbang menjadi satu trend yang sebenarnya membawa kesan yang tidak baik terhadap akidah umat Islam.  Jangan merasakan ini sebagai satu isu yang mudah kerana mempertikaikan hukum hudud sebenarnya mempertikaikan Allah SWT.

Penegasan Allah
Sebagai mengingatkan kembali, hayatilah penegasan Allah mengenai hudud yang bertaraf “tilka” memberi makna kehormatan, ketinggian dan peringkat atasan dari segi keutamaannya. Bermakna ia perkara penting. Maka orang yang tidak menerima hudud Allah, orang itu adalah orang durhaka!

Hukuman-hukuman hudud akan dilaksanakan oleh orang yang pakar mengenainya. Penghukuman hudud ada orangnya yang kita panggil hakim. Ia adalah tugas hakim bukannya orang politik. Maka rakyat atau mereka yang ragu, tidak perlu bimbang.

Kita juga kena ingat balik kisah “riddah” pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah. Keputusan beliau ialah mengisytihar perang terhadap golongan riddah. Lalu Saidina Abu Bakar menegaskan: “Usahkan orang tidak mengeluarkan zakat, orang yang tidak beri ‘tali hidung’ (‘iqal) unta, aku akan perangi mereka.” Ia bermakna perbuatan yang bersifat durhaka itu tidak bolleh dibiarkan, kerana bila dibiarkan akan rosaklah masyarakat (orang ramai).

Sama juga, dengan seseorang itu yang membiarkan bacaan fatihah secara tidak betul tajwid, akan berterusan dengan tidak betul. Sedangkan kerana bacaan tidak betul itu, mwenyebabkan ia berubah makna atau menjadi makna yang tidak betul.

Akhirnya, rakaman tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah istiqomah dan sentiasa mengambil tanggungjawab menjayakan misi hududullah ini.

*Olahan daripada ucapan pada Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan, pada 22 Syawal 1432 bersamaan 20 September 2011, jam 10.40 pagi di Balai Islam Lundang, Kota Bharu.



PR

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH