Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Tambahkan"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Sertai"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Like"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Follow"]

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Archives

, ,

Jumaat, 29 Julai 2011

Pedang Terpacak di Dahi...



Zhang Bin pelajar berusia 15 tahun mungkin tidak akan melupakan saat-saat pedang Jepun yang terlepas dari tangan rakannya lalu hinggap di dahinya.

Doktor berpendapat Zhang bernasib baik kerana kebanyakan kes, mangsa yang menerima kecederaan sebegini berkemungkinan besar maut.

Remaja berasal dari Changsha, China ini dikhabarkan akan keluar wad dalam tempoh dua minggu.

P/s: Fuh!

, ,

Debat BERSIH dengan SPR: Ambiga ASAK Wan Ahmad


Saya petik:

[MK] Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengulangi bahawa SPR hanya sebuah "badan pengurusan" di bawah undang-undang untuk menguruskan pilihan raya, dan bukannya sebuah agensi penguatkuasa.

Katanya, SPR berpandu kepada Pejabat Peguam Negara "dan
undang-undang yang diberikan kepada kami adalah undang-undang pengurusan."

Beliau menyatakan demikian di forum "Undang-Undang Pilihan Raya, SPR dan Pembaharuan Pilihan Raya' anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham).

Dalam ucapan pembukaannya di forum tersebut, Wan Ahmad berkata isu-isu yang berkaitan dengan politik wang, beli undi dan politik kotor adalah di bawah bidangkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"SPR boleh dipanggil sebagai responden atau saksi di mahkamah, tetapi tidak pernah dalam sejarah negara ini, SPR mengheret orang ke mahkamah berhubung rasuah," katanya.

Mengenai pasukan penguatkuasa SPR yang dibentuk semasa kempen pilihan raya, Wan Ahmad berkata, peranan mereka adalah hanya memantau poster yang dipasang ketika kempen.

"Apa yang mereka (parti politik) cakap semasa ceramah dikendalikan oleh pihak polis, mengikut Akta Polis. Ianya menjadi tanggungjawab polis untuk memantau ceramah."

Forum itu diadakan di Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya, petang ini - dan merupakan pusingan kedua yang dinanti-nantikan antara Wan Ahmad dan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.
'Tak benar SPR tak ada kuasa'

Menjawab kenyataan Wan Ahmad, Ambiga, sebagai penceramah kedua, memetik Seksyen 27E Akta Kesalahan Pilihan Raya untuk membuktikan bahawa SPR sebenarnya mempunyai kuasa lebih luas daripada tanggapan suruhanjaya tersebut.

Menurut Ambiga, seksyen itu memberi kuasa kepada pasukan penguatkuasa SPR sewaktu kempen pilihan raya untuk "memastikan bahawa undang-undang bertulis berhubung dengan pilihan raya dipatuhi".

Beliau berhujah bahawa SPR juga mempunyai kuasa di bawah undang-undang sedia ada, untuk memanggil pihak-pihak berkuasa lain untuk membantu suruhanjaya itu dalam menjalankan tugasnya.

Oleh itu, walaupun SPR tidak mempunyai kuasa pendakwaan, ia mempunyai tanggungjawab untuk membuat laporan polis atau meminta pihak berkuasa lain mengambil tindakan, apabila berhadapan dengan kes-kes penyelewengan.

Bekas presiden Majlis Peguam juga telah menyoal Wan Ahmad mengenai isu undi pos bagi rakyat Malaysia di luar negara, yang dinafikan peluang untuk mengundi.

"Daripada maklum balas yang kami terima, ia adalah mustahil bagi mereka untuk pergi ke kedutaan Malaysia untuk mengundi," kata Ambiga.
Beliau mengingatkan Wan Ahmad bahawa 50,000 hingga 200,000 rakyat Sarawak di Semenanjung hilang hak untuk mengundi dalam pilihan raya negeri itu April lalu kerana mereka tidak layak sebagai pengundi pos.

Pendaftaran automatik 'boleh dilakukan'

Menyentuh perkara yang sama, Ambiga juga meminta Wan Ahmad menjelaskan sama ada anggota tentera Wataniah, yang dicadang kerajaan diwujudkan di setiap kawasan parlimen di seluruh negara, akan didaftarkan sebagai pengundi pos.

Mengenai isu pendaftaran secara automatik - salah satu tuntutan BERSIH 2.0, Ambiga menolak alasan SPR bahawa ia akan memaksa

orang ramai untuk mengundi, dan ia akan menyebabkan peratusan mengundi yang rendah.

Beliau berhujah bahawa jika rakyat secara automatik didaftarkan sebagai pengundi apabila mencapai umur 21 tahun, mereka masih mempunyai pilihan sama ada untuk mengundi atau tidak.

Bagi masalah keluar mengundi yang lebih rendah, Ambiga membalas bahawa pendaftaran automatik akan menghasilkan sebaliknya, kerana ia mengatasi masalah mereka yang malas untuk mendaftar di bawah sistem sekarang.

Tambahnya, pendaftaran automatik boleh dilakukan jika pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), yang disambung kepada SPR, adalah bersih dan mempunyai integriti yang tinggi.

P/s: SPR gebang tidak kena tempat!

Mudahnya Rosmah Jawab Isu Cincin RM24 Juta!


Blog dan portal berita pro-PR bagai nak rak menulis dan menyiarkan pelbagai dokumen yang didakwa mempunyai kaitan dengan kontroversi cincin berlian yang dikaitkan dengan Rosmah, tiba-tiba dengan sempoi orang kena tuduh menjawab:

“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh). 

“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah). Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” kata Rosmah seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.
 
Apabila OKT menjawab sesempoi itu, adakah SPRM dan pihak yang diamanahkan untuk menyiasat hal ini juga mengambil langkah yang sama. Dengan sempoi, pihak yang dipertanggungjawabkan memberitahu media, "Orang yang dikaitkan dengan hal ini telah menafikan tuduhan/laporan itu, maka kes ini dianggap tutup." Adakah kenyataan ini akan dikeluarkan oleh pihak-pihak terbabit?

Habis cerita? Sempoi sungguh!

Antara berita dan pendedahan yang disalin tampal dari portal dan blog tertentu berkaitan dengan isu ini:

 

 


,

Taktik Perogol Budak Bawah Umur Elak Hukuman: Janji Berkahwin dengan Mangsa

Sekadar hiasan.

Saya petik:

Taktik lelaki bebas tuduhan ditolak

[BH] KUALA TERENGGANU: Seorang subkontraktor berusia 49 tahun yang dituduh merogol pelajar Tingkatan Tiga merayu Mahkamah Sesyen di sini, semalam membebaskannya daripada pertuduhan itu dengan alasan dia akan mengahwini mangsa selepas remaja berkenaan menamatkan persekolahannya.

Bagaimanapun, rayuan tertuduh, Azman Nor, dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun yang sudah berkahwin, tidak diterima Hakim Azman Mustapha, malah dia juga tidak ditawarkan jaminan.

Azman menetapkan 12 September ini untuk sebutan semula kes itu dengan pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Masriwarni Mahmud, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Mengikut pertuduhan, Azman yang berbaju kemeja hijau dan berseluar hitam dituduh merogol gadis berusia 15 tahun jam 11.30 pagi pada 2 Jun lalu, ketika keluarga mangsa tiada di rumah.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376(2) (d) dan boleh dihukum mengikut seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh menyelinap masuk ke dalam rumah mangsa ketika ketiadaan ibu bapanya dan memeluk mangsa yang ketika itu sedang membasuh baju dari belakang, sebelum merogol mangsa.

Berikutan kejadian itu, suspek cuba menebus kesalahannya dengan berjanji kepada keluarga mangsa untuk mengahwininya selepas dia tamat persekolahan, dua tahun lagi .

P/s: Fuh! Memang licik-lahanat jantan ini!

,

Wow, Penguat Kuasa Wanita MPS Belasah Lelaki Sampai Koma!!!!

Sekadar hiasan.

Saya petik:

Penguat kuasa wanita MPS membelasah lelaki menyebabkan koma

[SH] SELAYANG: Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengarahkan seorang anggota penguat kuasa wanita Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang didakwa memukul orang awam 21 Julai lalu, bercuti.

Pengarah Penguatkuasa MPS, Azmi Ismail berkata, perkara tersebut dianggap serius biarpun kejadian difahamkan berlaku atas sebab-sebab peribadi.

“Yang Dipertua MPS, Datuk Zainal Abidin Aala memandang perkara ini secara serius. Bagaimanapun difahamkan dia (penguat kuasa wanita) melakukannya (membelasah) atas urusan peribadi.

“Isu ini sudah sampai ke pengetahuan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu dan beliau juga berharap perkara ini tidak hanya didiamkan kerana ia boleh menjejaskan nama baik MPS,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Penuh MPS Bulan Julai, di bangunan MPS, di sini, semalam.

Azmi berkata demikian ketika mengulas isu itu yang dibangkitkan ahli majlis semasa mesyuarat tersebut yang dipengerusikan Ahli Majlis MPS, A Rahim Ahmad Kasdi.

Sementara tu, Ahli Majlis MPS, Lim Ching How menyifatkan kejadian tersebut serius memandangkan beliau menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seseorang mengaku suaminya koma akibat dibelasah dalam kejadian itu.

Katanya, beliau dimaklumkan mangsa dibelasah sehingga terpaksa mendapatkan rawatan rapi di sebuah hospital.

Menurutnya, jika benar penguat kuasa tersebut membelasah orang awam itu dalam kawasan MPS untuk urusan peribadi, tindakan tegas harus diambil terhadapnya.

Difahamkan, kejadian berlaku sekitar jam 9.30 malam 20 Julai lalu oleh penguat kuasa berkenaan bersama abang dan rakan kepada abangnya yang dikatakan ahli sebuah pertubuhan.

Terdahulu, kenyataan rasmi berhubung kejadian masih belum dapat dikeluarkan pihak MPS, berikutan ketiadaan Zainal Abidin ke mesyuarat semalam kerana urusan rasmi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan pihaknya menerima laporan berlakunya kejadian penguat kuasa wanita terlibat membelasah seseorang di kawasan MPS pada 20 Julai lalu di Balai Polis Selayang.


,

HKL Terbakar

Saya petik:
[HM] Seorang lelaki warga Indonesia yang mendapat taraf penduduk tetap (PR) rentung dalam kebakaran di unit kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, awal pagi tadi.

CEMAS...kelihatan orang awam menunggu di luar bangunan Hospital Besar Kuala Lumpur manakala jentera Bomba dan Penyelamat menghampiri pintu masuk bahagian kecemasan zon kuning berikutan kebakaran sebuah bilik yang menempatkan pesakit di ICU. Foto: Mohd Yusni Ariffin

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 pagi, mangsa, Dedy Mulia Abdul Ghani, 33 yang dipercayai menghidap sakit mental sedang dirawat di hopsital berkenaan gagal diselamatkan selepas terperangkap di dalam bilik di wad terbabit.

Pengarah Penguat Kuasa Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata, anggota bomba menerima panggilan pada jam 12.34 pagi dan sampai ke tempat kejadian tujuh minit selepas itu.

Menurutnya, dua jentera bomba dari Balai Bomba Chow Kit dan Sentul dikerahkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

“Ketika sampai di HKL, kita dapati kakitangan hospital sedang berusaha memadam kebakaran itu menggunakan alat pemadam api.

“Kami mengambil alih memadamkan kebakaran di wad terbabit yang diselubungi asap tebal,” katanya ketika dihubungi awal pagi tadi.

Menurut Azizan, bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke tempat lain dan api dapat dipadam sepenuhnya dalam tempoh setengah jam.

“Kakitangan hospital juga berjaya memindahkan seramai 15 pesakit ke wad lain. Bagaimanapun, Dedy yang terperangkap di dalam bilik terbabit gagal diselamatkan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut kejadian terbabit bagi mencari punca kebakaran dan bagaimana mangsa terperangkap di dalam bilik itu

,

Khamis, 28 Julai 2011

Gambar Kapal Bersalut Emas Dikaitkan dengan Robert Kuok Didakwa PALSU

Palsu
Gambar asal

Cerita awal tentang kapal layar mewah ini ada disiarkan di DCM, sila klik di sini.

Hari ini, DC melaporkan Baia, syarikat pembina kapal layar Itali mendakwa bahawa kapal layar bernilai RM14.5 bilion emas yang kononnya dibeli oleh seorang ahli perniagaan terkemuka Malaysia adalah PALSU, dan gambar-gambar itu dipercayai telah dimanipulasi secara digital.

 
Pengurus jualan Baia, Mario Boselli berkata tidak ada bot emas dan cerita itu direka oleh pereka British.

 
"Kami hanya mempunyai bot biasa di sini, bukan bot emas. Cerita tentang bot emas itu adalah satu cerita bodoh dan tiada kena-mengena dengan kami.

 
"Mereka mengambil gambar dari laman sesawang kami tanpa kebenaran," katanya dalam temu bual melalui telefon semalam.

 
Majalah tentang bot dan kapal layar Britian  menerbitkan ssebuah artikel dalam laman sesawangnya yang memuatkan kenyataan Borselli bahawa kapal layar itu adalah palsu.

 
Dia berkata akan menulis kepada pereka British agar mengeluarkan gambar-gambar tersebut dari laman sesawangnya tetapi menegaskan tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pereka tersebut.

 
Gambar-gambar model kapal "One Hundred" didakwa digunakan untuk artikel yang diterbitkan dalam akhbar The Sun tentang kapal layar sepanjang 31m yang dikenal sebagai "History Supreme".

 
Artikel itu mendakwa kapal layar itu disalut dengan 100 tan logam dan batu permata yang berharga, meredah arus ombak di  Malaysia sehingga membuatkan banyak pihak membuat spekulasi tentang gerangan pemiliknya.

, ,

Pakar Perlembagaan Dakwa SPR BERBOHONG, Ada Kuasa Laksana Tuntutan BERSIH 2.0


 
Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berbohong kerana undang-undang yang diperincikan dalam peruntukan Akta Pilihan Raya dibuat sendiri oleh SPR, kata pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Justeru, katanya, kenyataan Wan Ahmad bahawa SPR tidak ada kuasa di bawah Perlembagaan untuk melaksana tuntutan Bersih disebabkan mengikut telunjuk parti pemerintah.

“Wan Ahmad berbohong kerana undang-undang yang memperincikan peruntukan dalam Akta Pilihan Raya umpamanya dibuat oleh SPR. Ini semua dalam bentuk Peraturan atau Perintah yang kesemuanya dipanggil undang-undang kecil (bye-laws),” kata Aziz.

Menurut Aziz, tugas SPR sebagai badan mengurus pilihan raya seperti dinyatakan dalam perlembagaan, mempunyai makna luas dan merangkumi semua aspek.

“Terpulang kepada SPR untuk buat atau tidak. Masalahnya SPR memilih untuk menyerahkannya kepada Umno-BN yang menjadi teraju pemerintahan sekarang,” kata Aziz dalam jawapannya kepada Keadilandaily.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Wan Ahmad semasa debat bersama Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan yang diadakan di Shah Alam baru-baru ini.

Menurut Aziz, perlembagaan turut memberi perlindungan kepada SPR, antaranya pengerusi SPR tidak boleh dipecat kecuali melalui prosedur yang sama seperti hakim mahkamah.

“Masalahnya perkara yang dalam bidang kuasa mereka pun enggan dibuat. Senarai pengundi masih tak selesai sedangkan itu kerja mereka. Pendek kata, SPR ini mengambil sikap ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’,” jelas Aziz.

Beliau membidas hujah SPR yang mengatakan badan itu perlu mendapat lampu hijau dari kerajaan untuk melaksanakan sesuatu pendekatan baru, termasuk Peguam Negara.

“Ini karut kerana kerajaan yang memerintah adalah sebahagian daripada ‘pemain’. Kalau begitu SPR juga kena ikut cadangan Pakatan Rakyat (PR).

“(Tetapi) bila PR kata tidak akan bubar Dewan Undangan Negeri untuk pilihan raya umum ke-13, SPR mengatakan yang pilihan raya berasingan susah, mahal dan lain-lain. Sedangkan itu dibenarkan oleh perlembagaan.

“Ini menunjukkan SPR selesa untuk mengikut apa sahaja kata Umno-BN meskipun tiada atau bertentangan dengan perlembagaan. Ini tidak selaras dengan tugas mereka mewujudkan pilihan raya yang bebas dan adil,” tegas Aziz.

Selain itu katanya, SPR juga dilihat enggan menuruti sebarang inisiatif yang dibuat PR termasuk cadangan mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Malah, katanya, SPR juga enggan menerima Pakatan Rakyat sebagai satu entiti.

“Ertinya bila dengan Umno-BN, mereka akan cari jalan untuk buat apa sahaja termasuk meminda undang-undang.

“Tapi kalau dengan Pakatan, mereka akan cari jalan untuk tidak laksanakan meskipun ia sesuatu yang logik dan telah dilaksanakan di negara lain.


, ,

Banyak Duit BN? TPM Janji Beri RM100 Ribu kepada Ahli Parlimen BN


Kalau Muhyidin berkata, "Semua MP akan menerima peruntukan sebanyak RM100 000 menjelang Aidilfitri." Tidaklah orang yang tahu cerita ini menjerit-jerit marah kepada TPM Malaysia. Namun seperti yang diberitakan di TMI, peruntukan sebanyak RM100 ribu HANYA diberikan kepada Ahli Parlimen BN.

Muhyiddin akan menggunakan wang siapa? Wang BN atau wang kerajaan Malaysia? Kalau duit BN, orang ramai yang menyedari hal ini sudah tentu tidak akan menjerit-jerit marah kepada Muhyiddin. Yang menjadi masalahnya, duit peruntukan itu datangnya dari kocek Kerajaan Malaysia yang sudah tentunya bukan duit BN, tetapi duit rakyat Malaysia. Jika Muhyiddin selaku TPM mahu mengumumkan hal itu, maka dia sepatutnya memaklumkan bahawa semua Ahli Parlimen menerima peruntukan yang sama.


P/s: 1Malaysia? Harap pada nama sahaja!






,

Pasangan Jual 3 Anak untuk Biayai Ketagihan Permainan Atas Talian

 AsiaOne melaporkan sepasang kekasih ditangkap di bandar Dongguan, China kerana menjual tiga anak mereka untuk membiayai ketagihan mereka terhadap permainan dan judi atas talian. Menurut laporan akhbar China, ketiga-tiga kanak-kanak malang itu telah dijual kira-kira 63 000 yuan (S$ 11,760).
 
Pasangan, Li Lin dan Li Juan, dilaporkan bertemu di sebuah kafe internet pada tahun 2007 dan seterusnya menjalinkan hubungan kerana mempunyai minat yang sama, iaitu permainan atas talian.

Pasangan itu dilaporkan menerima kelahiran anak pertama setahun kemudian. Yang menyedihkan, media melaporkan bahawa pasangan ini meninggalkan bayi lelaki mereka seorang diri di rumah semata-mata kerana kemaruk bermain permainan atas talian di sebuah kafe internet yang letaknya kira-kira 30 km dari rumah mereka. 

Pada tahun 2009, pasangan itu menerima kelahiran bayi perempuan sebelum bertindak menjualnya untuk membiayai tabiat perjudian mereka di internet.

Pasangan itu dilaporkan telah menjual bayi perempuan mereka untuk 3 000 yuan (S$560)  dan kemudiannya menjual anak sulung mereka untuk jumlah yang lebih besar, iaitu 30 000 yuan (S$5 600). Apabila anak ketiga mereka dilahirkan, pasangan ini menjualnya serta-merta dengan harga yang sama.
 
Ibu Li Lin yang mendapat tahu perkara yang berlaku telah melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa. Pasangan ini didakwa menganggap perbuatan mereka tidak melanggar undang-undang.

Apabila ditanya jika mereka merindui anak-anak mereka, tanpa rasa bersalah mereka menjawab, "Kami tidak mahu membesarkan mereka, kami hanya mahu menjual mereka untuk sedikit wang."

P/s: Gila!

, ,

Ingat Kes Pelakon Wanita Dipukul, Dicekik, Diugut? Teman Lelakinya Menafikan Laporan HM



Saya petik:

[Mstar] PETALING JAYA: Pelakon Ammar Alfian Aziz (gambar) menjelaskan tidak mencekik dan memukul kekasihnya, Puteri Sarah seperti mana yang didakwa dalam sebuah akhbar harian, Rabu.

Menurut pelakon drama Dia Atilia ini, mereka tidak mengetahui langsung bagaimana isu tersebut boleh timbul sedangkan hubungan mereka masih berjalan dengan baik.

“Saya dan Sarah tidak tahu apa-apa sehinggalah seorang kawan menghubungi saya hari ini (Rabu) dan memberitahu cerita tentang saya mencekik Sarah seperti yang ditulis dalam surat khabar.

“Saya terkejut apabila mendengar berita buruk ini, padahal semalam (Selasa) saya dan Sarah tidak bergaduh sebaliknya kami masing-masing sibuk membuat persediaan ke Melbourne dan Sydney, Australia pada Isnin depan untuk bertemu adik Sarah yang belajar di sana.

“Jadi, cerita tentang saya mencekik dan memukul Sarah itu tidak betul sama sekali,” kata Ammar kepada mStar Online menerusi lambang sembang Facebook miliknya berhubung perkara itu di sini, Rabu. 
Ammar dan Sarah

Dia diminta mengulas kenyataan sebuah akhbar yang memetik sumber polis kononnya seorang pelakon lelaki telah menumbuk dan mencekik serta mengugut untuk membunuh kekasihnya di sebuah kondominium di Damansara dekat sini.

Laporan itu turut mendedahkan pelakon lelaki berkenaan dikatakan berang apabila kekasihnya yang juga pelakon wanita popular mendapati dia berlaku curang apabila berdua-duaan dengan wanita lain ketika datang untuk membuat kejutan di kondominium terbabit.

Ammar yang pernah membuat kontroversi mahu “membunuh” wartawan sebelum ini mengetahui laporan berkenaan ditujukan kepadanya walaupun tidak menyebut nama artis.

Tambahnya: “Sarah ada memberitahu saya bahawa wartawan ada menghubunginya dan bertanyakan tentang laporan polis berhubung kes saya memukul dan mencekiknya.

“Namun, dia menafikan perkara itu. Tetapi saya pelik juga apabila cerita seperti ini tersebar walaupun tidak betul.

“Apabila difikirkan semula, saya pernah terlibat dengan kontroversi sebelum ini dan harus belajar daripada kesilapan. Kalau dulu saya melawan tetapi tiada gunanya, jadi lebih baik saya diamkan diri sekarang walaupun perkara tersebut tidak betul.”

,

Rabu, 27 Julai 2011

Wanita Ini Mengayuh Basikal Sejauh 70 KM Sehari untuk Menghantar Surat



Luo arranging the newspapers before sending them to the villagers (Photo: The People's Daily)
Luo menyusun surat khabar sebelum menghantarnya ke kampung.
Kadang kala dia perlu berjalan kaki ke sesuatu destinasi yang terpencil.

Luo delivering a mail to a villager
Luo menghantar surat kepada penduduk kampung.

Saya kagum akan kegigihan wanita ini.

Luo Xiying, seorang pekerja wanita di sebuah pejabat pos di China telah mengayuh basikal sekurang-kurangnya sejauh 200 000 km untuk menghantar surat kepada penduduk luar bandar selama berkhidmat di pejabat pos itu.

Bertindak sebagai pekerja tunggal di  Pejabat Pos
Chenfang di daerah Jiangxi, Luo berkhidmat untuk kira-kira 20 000 orang dari lapan buah kampung di sekitar daerah itu lapor China Daily.

Sejak 15 tahun lalu, wanita berusia 43 tahun itu telah menyerahkan lebih 500 000 pucuk surat, kiriman wang pos, dan bungkusan tanpa sebarang kelewatan atau menyebabkan kerugian kepada penduduk kampung. Tugas itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana Chenfang merupakan sebuah bandar pergunungan yang terletak di kaki Gunung Wuyi.

Untuk menjalankan tugasnya setiap hari, ibu kepada kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun ini mempunyai pilihan dua pilihan, sama ada mengayuh basikal basikal sejauh 70 km atau berjalan kaki sejauh 40 km. Di sesetengah kawasan, Luo terpaksa melalui laluan tanah tinggi dan terpaksa menyeberangi sungai untuk sampai ke sesebuah destinasi.

Dalam beberapa kes, Luo mendakwa beberapa kali jatuh pengsan sewaktu dalam perjalanan menghantar surat di kampung-kampung terpencil. Namun kejadian itu tidak menghalangnya daripada menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

"Saya suka kerja ini," kata Luo.

Ketabahan dan dedikasinya terhadap tugas telah melayakkannya memenangi pelbagai anugerah termasuk anugerah pekerja pos terbaik dalam pelbagai kategori. Beliau juga memenangi hati setiap penduduk kampung. Mereka mengganggapnya seperti ahli keluarga sendiri.

"Walaupun sukar, saya akan tetap menjalankan tugas kerana penduduk kampung memerlukan saya dan saya tidak boleh meninggalkan mereka," kata Loa mengakhiri perbualan.


P/s: Salut!!!!




,

Kerana Salah Laku Polis, Duit Rakyat Melayang


Malaysia Kini melaporkan wanita berusia 28 tahun yang dipaksa membuat ketuk ketampi dalam keadaan berbogel sambil dirakamkan oleh pihak polis di balai Petaling Jaya pada tahun 2005 berjaya memperoleh keadilan apabila mereka yang bertanggungjawab dan kerajaan bersetuju membayar pampasan.

Penyelesaian kes itu dicatatkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Lau Bee Lan. Walau bagai manapu jumlah pampasan yang dibayar itu tidak didedahkan.

Hemy Hamisa Abu Hasan Saari, yang sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga orang anak juga tidak hadir di mahkamah hari ini. Beliau diwakili oleh peguam Datuk Baljit Singh Sidhu dan Hazizah Kasim manakala kerajaan diwakili oleh Nor Mastura Ayob.
 
Sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja terpaksa ditubuhkan dan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Dzaiddin Abdullah bagi menyiasat kes ini. Ketika memfailkan saman terhadap kerajaan pada 2005, Hemy menuntut pampasan sebanyak RM10 juta dan menegaskan kejadian yang berlaku “adalah tidak adil” serta mendapat malu ekortan daripada tindakan polis berkenaan.

Pada Januari 2006, kerajaan meluluskan peraturan melarang tahanan yang bogelkan membuat ketuk ketampi dan mencangkung selepas panel inkuiri mendapati tindakan itu bukan sahaja menghina tetapi mencabuli hak asasi manusia serta tidak dapat diterima mengikut Islam.

Ironinya, sehingga hari, pihak berkuasa dikatakan masih masih meneruskan amalan ketuk ketampi sambil berbogel bagi mencari dadah atau barangan lain yang disembunyikan di bahagian tertentu tubuh seseorang.


P/s: Yang terbang duit rakyat, bukan duit polis yang terlibat.

 

, ,

Kerana BERSIH 2.0, Rancangan Ustaz Zamri di TV9 Dihentikan


Saya petik:
[SH] Mungkin ramai yang terkejut apabila program keagamaan, Adik & al-Quran yang disiarkan di TV9, telah dihentikan siarannya sejak seminggu lalu.

Perkara itu dikatakan berpunca daripada penyebaran gambar hosnya, Ustaz Haji Mohd Zamri Haji Mohd Zainuldin (gambar) atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Zamri, ketika terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu.

Penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy, yang dihubungi berkata, arahan menghentikan program itu dikeluarkan oleh pihak atasan Prime Works atas sebab tertentu. Namun beliau tidak pula menafikan atau mengesahkan ia berpunca dari penyebaran gambar hosnya dalam perhimpunan Bersih itu.

“Pihak produksi telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Makluman dalam bentuk arahan ini sudah pasti ada sebab yang kukuh mengapa ia tidak dapat diteruskan, cuma ia tidak boleh diuar-uarkan kepada umum.

“Program Adik & al Quran sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan antara program yang mendapat rating tertinggi di kalangan penonton, tetapi stesen TV lebih mementingkan isu sensitiviti dan perlu memberi penekanan kepadanya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Katanya lagi, memandangkan program tersebut telah mencapai satu rating yang baik, namun ia sedikit terjejas berikutan timbulnya perkara sebegini.

“Pada pandangan peribadi saya, seseorang yang bergelar ikon harus lebih berwaspada agar tidak terjadinya kejadian yang tidak diingini.

“Adalah wajar menjaga personaliti diri dan imej agar ia tidak memberikan sebarang perspektif tidak baik,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, program itu akan disiarkan semula cuma masih tidak mendapat tarikh yang baru.

“Berehat itu ada kalanya tidak mengambil masa. Namun, ia bergantung pada keputusan pihak atasan. Kadang-kadang cuma seminggu, ada juga yang tiga minggu. Semua itu bergantung pada keputusan mereka.

“Sebagai menggantikan program itu, ia digantikan dengan program Mari Bertarranum,” katanya.

P/s:  Seperti dijangka, media pencacai akhirnya bertindak terhadap Ustaz Zamri yang menghadiri perhimpunan aman BERSIH 2.0. Tindakan yang hampir sama dikenakan terhadap seorang lagi pengacara tv Media Prima yang menghadiri majlis PR baru-baru ini.

Pada perkiraaan saya, Ustaz Zamri tidak rugi apa-apa. Rakyat melihat Ustaz Zamri sebagai seorang yang mahu menuntut sebuah pilihan raya yang bersih dan bebas daripada penipuan. Perhimpunan yang dihadiri oleh Ustaz Zamri bukanlah perhimpunan yang diselit dengan pelbagai unsur negatif. Yang rugi ialah TV itu sendiri. Tahukah mereka bahawa Ustaz Zamri memiliki peminat di FB hampir 400 RIBU orang? Bayangkanlah betapa hebatnya pengaruh Ustaz Zamri kepada generasi muda hari ini. Peminat inilah yang menyokong dan menonton rancangannya di TV. Malah seperti yang diakui media, rancangan yang dikelolakan oleh Ustaz Zamri mendapat rating yang tinggi.


Sejak Program Adik & al Quran dihentikan, ada pihak telah mewujudkan sebuah laman FB yang mahu rancangan itu diteruskan di TV9. Laman dengan nama Kami mahu Rancangan Adik & Quran Ustaz Zamri di TV9 diteruskan sudah ada hampir 18 ribu penyokong dalam masa yang singkat. Sambutan hangat pengguna FB ini sudah tentu berganda-ganda lebih hangat daripada laman FB yang menyokong Najib sebagai PM di FB yang ketika ini sedang merangkak menuju ke angka 400 RATUS orang.


Ringkasnya, DCM menyeru pengunjung blog ini agar mengurangkan masa menonton media pencacai yang sanggup berbuat apa-apa sahaja demi tuan besar mereka. Biar rating penonton mereka jatuh, dan hal itu sudah tentu menjejaskan pendapatan mereka.


, , ,

Pelakon Wanita Dakwa Kekasih Tumbuk, Cekik, & Ugut Bunuh. Mari Meneka!

Antara klu yang diberikan oleh laporan di bawah  ialah kekasih pelakon wanita yang didakwa dipukul itu berlakon dalam drama Tari Kirana. Gambar di atas ialah barisan pelakon drama tersebut. Selain, artis lelaki dalam gambar di atas, drama ini turut dibintangi Shahz Jazle. Sumber gambar di sini.

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Seorang pelakon drama dan filem popular berusia 25 tahun yang sering mencetuskan kontroversi antaranya penyebaran gambar intim dengan teman lelakinya di Internet membuat laporan polis mendakwa dia dicekik, ditampar dan ditumbuk teman lelakinya itu, kelmarin.

Lebih mengerikan apabila teman lelaki mangsa yang juga seorang pelakon drama bersiri Tari Kirana dan Sahara disiarkan di TV3, berusia 22 tahun itu mengugut untuk membunuhnya.

Semuanya bermula apabila pelakon wanita yang bakal muncul menerusi drama Laila Manja (TV3), memulakan kerjayanya dalam bidang model sebelum bergiat aktif dalam lakonan itu dipukul selepas terbabit dalam pertengkaran apabila mangsa menemui teman lelakinya itu sedang berdua-duaan dengan seorang wanita di dalam rumahnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi di rumah teman lelakinya di sebuah kondominium di Damansara, di sini, pelakon lelaki yang turut dilanda kontroversi kerana bergaduh dan mengugut membunuh wartawan tahun lalu, terkejut apabila mangsa tiba-tiba membuka pintu rumahnya.

Difahamkan, pelakon wanita terbabit mempunyai kunci pendua rumah berkenaan dan pergi ke rumah teman lelakinya itu tanpa pengetahuan pelakon lelaki berkenaan kononnya untuk membuat kejutan.

P/s: Macam-macam cerita di dunia lara!

Ingat Kes Adik-beradik Disimbah Asid di Felda Jengka 9? Pelakunya Terima Hukuman


Saya petik:

[HM] TEMERLOH: Seorang buruh ladang yang menyimbah cuka getah kepada dua beradik di Felda Jengka 9, Maran, pada 19 Julai lalu, dijatuhi hukuman 16 tahun penjara dan empat sebatan selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Tertuduh, Mohamad Hafiz Ismail, 31, dari Felda Jengka 9 berdepan dua pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas Syafiq Haikal Mat Safa Zaidi, 13, dan adiknya Syaffiy Aiman, 10.

Lelaki terbabit tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika hukuman dijatuhkan dan kelihatan sekadar memahami serta membuat pengakuan bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Hakim Dazuki Ali yang menjatuhkan hukuman lapan tahun penjara dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan kepada tertuduh, bagaimanapun mengarahkan hukuman berkenaan berjalan serentak dari tarikh dia ditahan.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki terbabit didapati menyebabkan kecederaan parah dengan menyimbah cecair dipercayai cuka getah ke atas Syafiq Haikal pada 19 Julai lalu di jalan berdekatan Felda Jengka 9 antara jam 7.30 malam hingga jam 8.30 malam.

Dia turut menghadapi tuduhan kedua iaitu melakukan perbuatan sama terhadap Syaffiy Aiman pada tarikh dan tempat sama.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, buruh ladang terbabit didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

Dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringankan hukuman ke atasnya dengan memberi alasan menanggung seorang ibu menghidap sakit jantung dengan berpendapatan RM300 sebulan hasil bekerja di ladang sawit.


,

Pelajar Hilang Rupanya Jatuh Kondo di Thailand


Saya petik:


SYAFIQ...terjatuh dari kondominum
SYAFIQ...terjatuh dari kondominum
[HM] KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Jepun dan dilaporkan hilang oleh keluarganya selama empat hari akhirnya terjawab dengan penemuan mayatnya beribu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.

Muhammad Syafiq Abu Ani, 25, dari Batu Pahat, Johor ditemui mati akibat terjatuh dari sebuah kondominum di Pattaya, Thailand, 23 Julai lalu.

Menurut laporan akhbar dalam talian, pattayaone.net, siasatan polis Thailand mendapati mangsa jatuh dari tingkat 14, Niran Grand Condominium di Soi Arunothai, berdasarkan penemuan barangan peribadi mangsa termasuk selipar dan tiket penerbangan balik ke Malaysia di sebuah unit di aras berkenaan.

Butiran tiket menunjukkan mangsa sepatutnya kembali ke Malaysia sehari sebelum penemuan mayatnya.

Penghuni kondominium itu juga mendakwa tidak mengenali mangsa dan sebab kehadirannya di Thailand masih dalam siasatan polis.

Berdasarkan laporan itu, siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai membunuh diri namun siasatan lanjut akan dilakukan dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Bangkok. Sementara itu jurucakap Wisma Putra mengesahkan kematian mangsa.


,

Memalukan...Selepas 2 Minggu Hanya 363 Orang Mahu Najib Kekal sebagai PM di FB

 
 
Berdasarkan tinjauan DCM, setakat pukul 11.27 pagi ini (27/7) hanya 363 orang yang menekan butang "like" di laman yang menuntut agar Najib kekal menerajui tampuk pimpinan negara. Laman bertajukkan "3,000,000 People Want Najib To Stay" meraih sokongan yang terlalu sedikit sejak diwujudkan pada 15 Julai 2011.

Manakala laman bertajukkan "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" sudah mencatat angka 210,663 orang (setakat pukul 11.30 ptg - 27/7) sejak dibina pada 11 Julai 2011. Berdasarkan sambutan  pengguna FB, jumlah penyokong laman ini akan meningkat ke angka 300 ribu tidak lama lagi.
 
 
P/s: Tolong sebarkan kepada orang kampung dan penduduk Felda. Ini bukan penipuan, atau manipulasi. Ini ialah manifestasi masyarakat Malaysia yang celik IT, celik maklumat, dan celik politik. Mereka bijak kerana tidak diperdaya oleh dakyah yang disebarkan oleh media pencacai negara.



,

Memalukan...Sudahlah Laman FB Sokong PM Tiada Sambutan, Kini Pengguna FB Minta PM "Diam" di Laman FB Rasminya

NONE


Malaysia Kini melaporkan warga internet melepaskan kekecewaan berhubung dengan kenyataan dan beberapa tindakan kerajaan akhir-akhir ini dengan menulis komen "diam lah" di halaman Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mereka memulakan sindiran itu selepas tengah malam semalam setelah Najib memuatkan pautan artikel dalam blog terbarunya yang menyentuh soal tanggungjawab pemimpin dan keamanan negara.

Malah, ada yang menampal perkataan sama dengan tulisan yang besar di dinding (wall) halaman Facebook itu.

Perkataan “diam lah” turut dicatatkan di ruangan komen untuk kiriman (posting) yang ditulis.

Warga internet yang pro-kerajaan bagaimanapun cuba berhujah bagi menangani tindakan itu dengan hamburan kata-kata kemarahan kepada penyokong Pakatan Rakyat. Walau bagaimanapun, tindakan itu gagal menangani tenaga lawannya yang jumlah jauh lebih banyak.

Sehingga berita ini ditulis, kiriman menggesa Perdana Menteri supaya diam belum reda. Kiriman terakhir dengan tulisan dengan blok besar baru dimuatkan hanya kira-kira lima minit lalu.

P/s: Tolong sebarkan cerita ini kepada warga kampung dan Felda. AMAT MEMALUKAN!!!!

, ,

Selasa, 26 Julai 2011

Lelaki Kerat Zakar dan Bunuh Lelaki yang Didakwa Kekasih Gelap Isterinya

Sekadar hiasan.

Menurut berita Agensi, seorang lelaki Jordon mengaku membunuh lelaki yang didakwa sebagai kekasih "gelap" isterinya.  Lelaki itu juga dilaporkan memotong zakar kekasih isterinya sebelum meletakkannya di dalam sebuah beg dan menyerahkan bungkusan itu kepada pihak polis," kata seorang pegawai kehakiman semalam.

Suspek yang  berusia 35 tahun telah "menjerat" mangsa ke bilik sebuah hotel di pusat bandar Amman dengan alasan mahu menyelesaikan isu kecurangan isterinya secara "senyap-senyap" pada hari Sabtu lalu, kata pegawai itu kepada AFP.

Suspek kemudian mengikat mangsa sebelum meliwat, mengelar leher, dan memotong zakarnya.

"Suspek menyerah diri kepada pihak polis pada hari pembunuhan dan mengaku melakukan pembunuhan tersebut sambil menyerahkan bungkusan yang mengandungi zakar lelaki tersebut," kata pegawai itu lagi.

Isteri suspek yang berusia 27 tahun dan kekasihnya telah ditahan selepas suspek yang mempunyai rekod jenayah, menyaman mereka kerana melakukan zina beberapa bulan lalu, namun kedua-duanya dibebaskan baru-baru ini selepas pengampunan umum.

"Suspek yang berang selepas mendapat tahu kedua-duanya dibebaskan telah membuat keputusan untuk melakukan jenayah tersebut. Dia didakwa dengan jenayah pembunuhan terancang," kata pegawai itu lagi.


P/s: Sila ambil ikhtibar!

,

[Wajib Baca] Dr Asri: Wahai Saudaraku Polis


Saya petik:
Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja.

Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Saudaraku anggota polis,

Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas.

Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.
Cegah kemungkaran

Saudaraku anggota polis,

Tugas seorang anggota polis - sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu 'Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran'.

Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu 'Mencegah Kemungkaran'. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum.

Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya): “Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. 

Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Nabi s.a.w pula bersabda: “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.

Bahaya kuasaSaudaraku anggota polis,
Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya. 

Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya.

Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.

Saudaraku anggota polis,
Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara.

Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri.

Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.

Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan.

Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Doa orang dizalimi
Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi SAW: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Saudaraku anggota polis,
Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu.

Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa.

Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya 'apakah salah saya?'. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.

Saudaraku anggota polis,
Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan.

Tunggu balasan
 Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. 

Firman Allah (maksudnya): “Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).

Saudaraku anggota polis,
Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil.

Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya.

Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w: "Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk" (Riwayat Muslim).

Sabda baginda juga: "Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat).

Arahan atasan
Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya" (Riwayat al-Bukhari).

Saudaraku anggota polis,
Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan 'atasan'. Maka, mungkin ada yang berkata 'kami hanya menjalankan tugas'.

Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu 'Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik.
Kata 'Umar bin Hubairah: “Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama?

Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.

Wahai 'Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit.

Tanggungjawab kepada Allah
Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid. Wahai 'Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat.

Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai 'Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor 'Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa 'Ibrah al-Yaqzan)

Saudaraku anggota polis,
Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat.
Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.

Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.

Saudaraku anggota polis,
Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak.

Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil.

Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas! - Prof Madya Dr Asri

P/s: Kalau TM, sudah menggigil kaki dan tangan!


BAGASI KIRIMAN TERKINI

PR

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH