Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Tambahkan"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Sertai"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Like"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Follow"]

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Archives

, ,

Selasa, 31 Mei 2011

Remaja Direjam Sehingga Mati Kerana Sertai Ratu Cantik


Katya Koren, remaja perempuan berusia 19 tahun telah direjam sehingga mati di sebuah perkampungan di Wilayah Crimea Ukraine. Dia dilaporkan direjam kerana menyertai suatu pertandingan ratu cantik. Mayat remaja itu dijumpai ditanam di kawasan hutan di Crimea seminggu selepas kehilangannya.

Menurut rakan mangsa, Katya seorang yang gemar berfesyen dan Katya dilaporkan telah mendapat tempat ke-7 dalam pertandingan ratu cantik yang disertainya.

Menyentuh soal pembunuhnya, DM melaporkan bahawa tiga remaja Muslim berusia belasan tahun bertindak merejam Katya sehingga mati kerana mendakwa mangsa melanggar undang-undang Syariah. 

Menurut sumber polis, ketiga-tiga remaja itu bertegas bahawa tindakan membunuh Katya itu berlandaskan undang-undang Syariah. Salah seorang daripada tiga remaja lelaki yang merejam Katya Koren, iaitu  Bihal Gaziev 16 tahun memberitahu polis bahawa  dia tidak menyesal melakukan pembunuhan itu.

P/s: Islam sekali lagi dicemuh kerana kebingaian budak-budak berusia belasan tahun yang membuat intepretasi hukuman syariah berdasarkan pemahaman mereka.


, ,

Anjing Ditembak 40 Kali, Diikat, Ditanam Hidup-hidup, Namun Masih Bernyawa


Adakah kes ini merupakan penyeksaan paling dasyhat terhadap binatang? Itulah persoalan yang dilontarkan oleh sesetengah media yang melaporkan kes seekor anjing yang ditemukan tertanam seperti yang dipaparkan dalam gambar di atas. Hasil pemeriksaan, anjing itu didapati telah ditembak sebanyak 40 kali di bahagian kepala.

Anjing jenis crossbreed mongrel yang diberi nama Star oleh penyelamatnya itu ditemukan berhampiran dengan Bandar Birzebbuga, Malta. Anjing tersebut ditemukan oleh petugas badan kebajikan haiwan itu ketika dia sedang  menyiasat suatu kes lain.

Ketika sedang melakukan siasatan, petugas itu mendengar suara rintihan anjing dari bawah sekeping papan yang ditindih dengan sebongkah kayu besar. Ketika mengalihkan papan tersebut, petugas itu terkejut apabila mendapati Star ditanam dengan bahagian kepala tertonjol di permukaan pasir.

Ketika menggali pasir untuk mengeluarkan anjing malang tersebut, petugas itu sekali lagi terkejut apabila  mendapati  keempat-empat kaki Star diikat kemas. Lebih mengejutkan apabila doktor mendapati Star telah ditembak sebanyak 40 kali. Ajaibnya, pasukan doktor berhasil mengeluarkan 40 peluru tersebut dari  kepala Star.
 
Insiden yang tersebut telah mencetuskan kemarahan pelbagai pihak. Biarpun orang yang bertanggungjawab masih bebas, namun masyarakat menuntut agar penjenayah itu dikenakan hukuman maksimum. 

Sebuah laman FB juga diwujudkan sebagai protes terhadap penderaan yang dialami Star. Ribuan orang telah mengikut laman itu. Malah 1000 orang dilaporkan telah menandatangani petisyen untuk menangkap penjenayah terbabit dan mengumpul dana membiayai Star.
 
P/s: Gila!

,

Pakar Ekonomi Ramal Inflasi Naik, Harga Barang Naik Melambung!

Untuk BN dan kroni!!!

Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Harga barang dijangka melambung berikutan keputusan kerajaan Umno-Barisan Nasional mengumumkan kenaikan tarif elektrik yang akan menyebabkan pengguna menanggung beban.

Pensyarah kanan Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UitM), Dr Baayah Baba berkata golongan berpendapatan rendah akan merasa kesan kenaikan tarif berkenaan.

“Ini kerana kos pengeluaran akan meningkat, terutama di kilang yang menggunakan mesin berteknologi tinggi kerana mereka menggunakan elektrik melebihi 300 kilowat sejam (kWj),” katanya dilapor Sinar Harian hari ini.

Justeru katanya, pengilang terpaksa menanggung bebas kos pengeluaran yang meningkat dan akhirnya kos tersebut akan dipindahkan kepada pengguna.

Sementara Pensyarah Ekonomi Pusat pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Amir Baharuddin pula berkata kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan negara berdepan inflasi.

“Inflasi adalah isu yang serius hingga boleh menimbulkan krisis jika tidak dibendung. Ini kerana rakyat terpaksa menaggung beban apabila semua barang akan meningkat secara automatik selepas ini,”

“kerajaan tidak sepatutnya menaikkan tarif elektrik sekarang kerana kenaikan harga barang akan memberi tekanan kepada rakyat, terutama mereka yang berpendapatan rendah,” ujarnya dipetik berkata.

Semalam, pakar ekonomi Yeah Kim Leng berkata harga makanan dijangka akan turut meningkat seiring dengan pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik.

Ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia itu berkata ia berikutan industri pengeluaran makanan di negara ini menggunakan sebahagian besar tenaga eletrik bagi tujuan pengeluaran.

“Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna,” katanya seperti di lapor Malaysiakini.

Kerajaan membuat keputusan menaikkan tarif elektrik sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen kW sejam daripada 31.31 sen kW sejam, berkuatkuasa 1 Jun.

Ia disebabkan langkah kerajaan untuk menarik semula subsidi daripada rakyat di negara ini.



Pengundi BN, Katakan Yahhhoooo, Tarif Elektrik Diramal Naik Setiap 6 Bulan!


Saya petik:
[MK] Tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.

“Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan,” kata Chin di Putrajaya semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan arahan kerajaan kepada Petronas supaya menaikkan harga gas asli daripada RM3 setiap mmBtu bagi setiap enam bulan sehingga ia mencecah harga pasaran menjelang tahun 2016.

Pada sidang akhbar berasingan di Kuala Lumpur, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Che Khalib Mohamad Noh berkata FCPT bermakna pengguna terpaksa menanggung kos.

"Kerajaan akan juga melaksanakan mekanisma FCPT bagi sektor tenaga. Mengikut FCPT, kos bahan api akan disemak setiap enam bulan.

"Sebarang perubahaan sama ada menaik ataupun menurun pada kos bahan api, khususnya gas, arang batu dan minyak akan ditanggung oleh pengguna,” katanya.

P/s: IPP didahulukan, rakyat dibelakangkan, IPP melaram, rakyat melarat!

,

[Video] Notis Batal Pendaftaran, PKR Cabar RoS di Mahkamah, Niat Jahat Pihak Tertentu untuk Menang PRU


Berdasarkan laporan TMI, PKR akan mencabar Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang awal bulan Mei lalu memberikan kata dua kepada parti itu sama ada memberikan alasan yang kukuh atau berhadapan dengan tindakan pembatalan pendaftaran berhubung dengan satu kes pemecatan ahlinya dua tahun lalu.

Dalam berita yang sama, PKR juga akan memohon semakan kehakiman terhadap keputusan RoS yang mahu membatalkan pendaftarannya sambil menegaskan tindakan itu bercanggah dengan lunas perundangan, tidak sah, dan dilakukan dengan niat jahat.

Untuk pengetahuan pembaca DCM, Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman mengeluarkan sepucuk surat bertarikh 9 Mei 2011 yang menyatakan bahawa PKR telah melanggar Fasal 32.2.1 Perlembagaan PKR dengan memecat A. Rajagopal pada 1 April 2009 dan 27 April 2009 tanpa disiasat dan didengar oleh lembaga disiplin. Dalam suratnya, Abdul Rahman juga berkata, di bawah Seksyen 13 (2) Akta Pertubuhan, RoS akan membatalkan pendaftaran PKR selepas 9 Jun ini melainkan parti itu memberikan alasan yang memuaskan.

Pada suatu sidang media, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, RoS mendakwa PKR telah melanggar perlembagaan sendiri apabila memutuskan untuk memecat seorang ahlinya tanpa didengar oleh lembaga disiplin lebih dua tahun lalu ketika pilihan raya kecil Bukit Selambau. Walau bagaimanapun PKR mendakwa peruntukan yang dimaksudkan RoS tidak wujud dalam perlembagaanya dan menegaskan agensi Kementerian Dalam Negeri itu bertindak dengan niat jahat menjelang pilihan raya umum ke-13. Pilihan raya umum tergempar disebut-sebut akan diadakan Julai ini.

Video:




 P/s: Kalau mahu menang PRU, berlawanlah cara anak jantan! Kalau tidak, potong anu buang ke dalam longkang!


Remaja Cabul Mangsa di Depan Ibunya


Saya petik:
[HM] AMPANG: Seorang remaja lelaki layak digelar ‘gila seks’ apabila mencabul seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di hadapan ibu gadis terbabit, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah, di sini dikatakan bersama ibunya berusia lingkungan 40-an dalam perjalanan dari rumahnya di sebuah rumah pangsa di Taman Nirwana, di sini untuk membeli sarapan di kawasan berhampiran.

Menurut sumber, ketika mangsa dan ibunya itu menuruni tangga, seorang remaja lelaki yang tidak dikenali sedang menaiki tangga sebelum berselisih dengan mereka.

“Ketika itu ibu mangsa berada di depan manakala mangsa mengikut ibunya di belakang kerana tangga yang sempit berselisih dengan suspek.

“Remaja itu dikatakan berpura-pura seperti penghuni rumah pangsa berkenaan sebelum tiba-tiba meraba kemaluan mangsa,” katanya...

P/s: Kurang ajar dan lahanat! 


,

Sadis&Tragis: Isteri Diperkosa, Triton Dilarikan

Sekadar hiasan.

Saya petik:
[HM] SUBANG JAYA: Seorang wanita berusia awal 20-an melalui detik hitam lebih lima jam selepas dilarikan bersama kereta milik suaminya oleh sekumpulan tiga lelaki di USJ, di sini, kelmarin.
Lebih malang, wanita terbabit bukan saja dipukul malah difahamkan dirogol bergilir-gilir sebelum ditinggalkan di hadapan sebuah sekolah di Bukit Jalil, di sini.

Kejadian bermula kira-kira jam 12 tengah malam, apabila suami mangsa berusia awal 30-an berhenti di sebuah kedai serbaneka 24 jam di kawasan berkenaan untuk membeli barang sebelum meninggalkan isterinya dan kereta Mitsubishi Triton dalam keadaan enjin dihidupkan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi berkata, seorang lelaki tiba-tiba meluru ke arah kenderaan itu sebelum masuk dan melarikan kereta berkenaan manakala dua lagi suspek mengekori menggunakan kenderaan lain.

“Tersentak dengan kejadian itu, suami mangsa yang melihat isteri dan kenderaannya itu dilarikan cuba mengejar namun gagal. Lelaki terbabit segera menghubungi polis memaklumkan kejadian berkenaan dan pihak berkuasa terus melakukan operasi mengesan kumpulan terbabit...
Berita yang sama:
Wanita kena culik, dibelasah tiga perompak 
[BH] KUALA LUMPUR: Seorang wanita menempuh saat mencemaskan hampir lima jam selepas dibelasah dan disamun oleh sekumpulan penjenayah yang melarikan kenderaannya sebelum mangsa dicampak di tepi jalan, tengah malam kelmarin.

Ketika kejadian jam 12 tengah malam di depan sebuah 7-Eleven di USJ di sini, suri rumah berusia 30-an itu sedang berada dalam Mitsubishi Triton menunggu suaminya membeli barangan di kedai serbaneka terbabit.
Bagaimanapun, secara tiba-tiba, tiga lelaki menyerbu masuk ke dalam kenderaan itu menyebabkan mangsa meronta-ronta dan menjerit meminta tolong, namun penjenayah terbabit bergegas melarikan kenderaan berkenaan.
Mangsa ditemui dalam keadaan lemah dan lebam oleh seorang pengawal keselamatan di tepi jalan berhampiran Sekolah Sukan Bukit Jalil, kira-kira jam 5 pagi. Telefon bimbit dan wang tunai mangsa turut disamun.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa meminta pertolongan pengawal keselamatan terbabit untuk menghubungi suaminya sebelum membuat laporan polis.

Beliau berkata, mangsa yang trauma dengan kejadian itu dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut dan pihaknya juga sedang menunggu keputusan penuh laporan perubatan.

Katanya, polis masih menyiasat motif kejadian dan sudah menjalankan gerakan memburu ketiga-tiga penjenayah terbabit.
 
P/s: Gila lahanat!

,

JAKIM Dakwa Tidak Iktiraf Bir Halal, Pengedar "Barbican" Dakwa Kerugian


Saya petik:
[Kosmo] Kuala Lumpur - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada pengeluar produk minuman 'bir halal' di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, Jakim juga tidak mengiktiraf sijil halal daripada syarikat produk minuman yang diimport dari negara Timur Tengah itu.

"Ini kerana produk minuman berkenaan tidak menepati piawaian dan prosedur makanan halal mengikut Standard Halal Malaysia MS 1500:2009," jelasnya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar mengenai penjualan produk minuman jenis bir yang kononnya halal dan banyak dijual di restoran tumpuan umat Islam termasuk yang menghidangkan sajian nasi Arab.

Berdasarkan kajian, ada produk yang diimport dari negara Arab itu didakwa mempunyai kandungan alkohol 0.05 peratus dan adalah haram diminum oleh pengguna Islam kerana melepasi had 0.01 peratus yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.


‘Kami kerugian’

 
BUKTI...Ahmad menunjukkan sijil halal yang diperoleh daripada IFRC Asia.

[HM] KUALA LUMPUR: “Sebagai seorang Islam tidak mungkin kami menjual minuman tidak halal kepada saudara seagama,” kata Pengarah Suria Wholesaler Sdn Bhd, Ahmad Al Yateem, pengedar minuman malta berjenama Barbican yang dikaitkan dengan bir halal yang kini dipersoalkan kandungan alkohol di dalamnya.

Ahmad berkata, jualan Barbican yang sudah berada dalam pasaran tempatan sejak enam tahun lalu terjejas teruk sejak timbul isu minuman bir halal mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam.

Menurutnya, Barbican tidak pernah dilabelkan sebagai bir halal selama ini sebaliknya hanya minuman malta berperisa buah-buahan.

“Bagaimanapun sejak isu itu timbul banyak media menggunakan gambar Barbican sehingga mengelirukan pengguna.

“Saya ingin tegaskan Barbican tidak mengandungi alkohol malah anda boleh temui minuman ini dijual di Masjidil Haram di Makkah untuk umat Islam di sana,” katanya.

Ahmad berkata, Barbican dikeluarkan syarikat Aujan Industries Co yang berpusat di Dubai dan dipasarkan di seluruh negara Arab selain Asia serta Eropah untuk pengguna Islam.

“Kami mempunyai sijil daripada Kementerian Kesihatan Dubai, sijil untuk eksport dan sijil halal daripada Islamic Food Research Centre Malaysia & Asia Region (IFRC Asia). Kami sama sekali tidak menjual minuman yang mengandungi alkohol kepada umat Islam.

Dia bagaimanapun mendakwa isu itu mungkin timbul disebabkan persaingan berikutan Barbican semakin menjadi pilihan umat Islam di negara ini.

“Saya tidak tahu sama ada minuman yang dikatakan bir halal yang dijual di sini mengandungi alkohol atau tidak tetapi apabila ada pihak mengaitkan dakwaan itu dengan Barbican sudah tentu ia menjejaskan perniagaan kami.

“Isu ini mungkin juga disebabkan persaingan namun saya tidak mahu menuduh sesiapa dan pada masa sama saya juga merancang untuk bertemu pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) bagi menyelesaikan kekeliruan ini,” katanya.

P/s: Sila nyatakan jenama bir yang dikenal pasti mengandungi alkohol berlebihan bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham.

,

Salih Selamat Nikah Isteri No 4, Bulan Madu di China


Saya petik:
[HM] KULAIJAYA: “Debaran yang saya rasakan ketika akad lafaz nikah kali ini amat luar biasa. Tapi, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai suami Emi,” kata pelakon dan penyampai radio, Salih Yaacob, semalam.

Salih diijabkabulkan dengan Samihah Sheikh Ali, 25, atau mesra dengan panggilan Emi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, di sini, pada kira-kira jam 3.40 petang semalam, sekali gus melengkapkan kuota empat isteri yang dibenarkan ajaran Islam.

“Saya akan berkongsi kegembiraan dengan berbulan madu di China tidak lama lagi dan lebih menarik, keempat-empat isteri dan semua anak akan menyertai rombongan, namun saya belum menetapkan tarikhnya,” kata Salih.

Menurutnya, walaupun pernah bernikah tiga kali, debaran dirasainya kali ini berbeza hingga dia melafazkan ikrar nikah dua kali.

Malah, telatah penyampai radio Sinar FM itu yang seolah-olah bergurau, membuatkan kira-kira 100 saudara-mara ketawa seketika sebelum lafaz kedua disahkan jurunikah, Mohd Fahmi Samad....

P/s: Semoga berbahagia.

, ,

Isnin, 30 Mei 2011

[Video-Kemas Kini] Video Klip Lagu Tempatan Papar Aksi BERAHI


Saya tidak mahu komen lebih-lebih kerana sudah banyak blog memperkatakan aksi yang dipaparkan dalam video klip ini. Menurut keterangan beberapa blog, video di bawah ini ialah klip lagu "Marilah" nyanyian Prema Yin. Yang menjadi isu ialah aksi dan jalan cerita video klip ini yang memaparkan aksi berahi antara si penyanyi dengan pelakon undangannya, Shah Jazle. Aksi mereka bukan sahaja bertentangan dengan ajaran agama pelakonnya malah menyalahi tatasusila dan nilai moral masyarakat Asia. Yang mengejutkan, video ini bukan diterbitkan/diarahkan oleh mat salleh tetapi dua individu Islam yang mempunyai kaitan dengan industri hiburan, iaitu Gambit Saifullah & Umair Mohamed.



P/s: Pak Menteri komen sikit! Yang lain, jangan "berangan" lebih-lebih!


Kemas Kini (2/6)
Apa kata pengarahnya, Gambit Saifullah?

Pelakonnya seolah-olah mahu melakukan hubungan intim.
"Saya tidak rasa ia menjadi kontroversi kerana saya hanya menampilkan adegan pasangan suami isteri yang sudah kehilangan cinta dan mempunyai ego masing-masing.

"Saya rasa ia tidaklah terlalu teruk, mungkin ia menjadi kontroversi disebabkan saya dan Shahz Jaszle terlibat dalam klip video ini."

Shahz Jazle dan Prema Yin dilihat melakukan aksi hampir-hampir bercium, berpeluk serta melakukan adegan seperti sedang berada dalam keadaan berahi.

"Memanglah kalau boleh saya ingin ia turut diterima oleh peminat hiburan tanah air. Tapi kalau ia tidak diluluskan, saya tidak ada bantahan kerana hasrat utama menghantarkannya ke Amerika Syarikat."

"Kenapa orang ingin mempertikaikan klip video ini sedangkan filem ...Dalam Botol yang jelas memaparkan hubungan songsang dan terdapat aksi lebih teruk tetapi ia diluluskan.

"Apa salah saya, bagi saya video klip tersebut tiada adegan cium ataupun meraba."

Gambit Saifullah

"Saya tidak kisah apa orang nak cakap tentang klip video tersebut, saya terima teguran mereka dan akan lebih berhati-hati lagi selepas ini."


P/s: Simpan jawapan anda!

, ,

Menteri Letak Jawatan kerana Dakwaan Penderaan Seksual


Berita AFP melaporkan seorang menteri meletak jawatan dalam kerajaan bagi menafikan dakwaan yang membabitkannya dengan kes penderaan seksual. Kes ini didedahkan kepada umum dua minggu selepas bekas Ketua Pengarah Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn ditahan atas tuduhan jenayah seks.

Menteri Perkhidmatan Awam, Georges Tron, didakwa mencabul kehormatan dua wanita yang bekerja ketika beliau memegang jawatan Datuk Bandar.  Namun, beliau menegaskan akan akan membuktikan dirinya tidak bersalah dalam surat peletakan jawatan kepada Presiden Nicolas Sarkozy. 

Beliau meletak jawatan selepas pendakwa raya berkata, mereka sudah menjalankan penyiasatan awal berkaitan dengan tuduhan melakukan serangan seksual dan rogol terhadapnya.
 
 P/s: Di Malaysia, bekas menteri kanan yang didakwa meraba punggung seorang wanita (kes ditutup selepas mangsa menarik laporan polis yang telah dibuat - berkemungkinan dibayar fulus) masih lagi enak memegang jawatan kerajaan. Begitu juga tokoh politik yang didakwa merogol gadis bawah umur, masih lagi enak menerajui agensi kerajaan. Terbaru, menteri yang berada dalam kabinet Najib... anda sambung...
 


,

Wanita Potong Kemaluan Lelaki yang Cuba Merogolnya


AFP menyiarkan berita seorang wanita berusia 40 tahun di Dhaka bertindak memotong kemaluan seorang lelaki yang didakwa cuba merogolnya. Kemaluan itu kemudiannya dibawa ke balai polis sebagai bukti, kata polis dalam satu kenyataan.

Ketua Polis daerah itu, Abul Khaer berkata, wanita itu yang sudah berkahwin, diserang suspek ketika sedang tidur di rumahnya di daerah Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer selatan Dhaka malam Sabtu lalu.

"Ketika suspek cuba merogol mangsa, wanita itu memotong kemaluannya dengan sebilah pisau. Dia kemudiannya membungkus kemaluan itu dalam beg dan membawanya ke balai polis Jhalakathi sebagai bukti jenayah," katanya. 

Kemaluan itu disimpan di balai polis dan suspek kini sedang menjalani rawatan di hospital. 

P/s: Terbaik! Hukuman paling setimpal untuk perogol! Saya salut wanita ini!


,

Cari Lelaki Seiras Anwar Ibrahim, Anda Berpeluang Memiliki Roll Royce. WOW!


Ketua KITA Kedah, Zamil Ibrahim menawarkan kereta Rolls Royce (Silver 111, 6700cc) miliknya kepada sesiapa yang dapat menemukan lelaki yang seiras Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selain kereta itu, Zamil turut menawarkan wang sebanyak RM10 ribu, yang menurutnya disumbangkan oleh individu yang mahu identitinya dirahsiakan,  kepada sesiapa yang berjaya mencari orang yang mungkin menjadi individu yang terlibat dalam video seks Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara. 

"Kami mengambil tindakan ini (menawarkan kereta dan wang) kerana mahu menamatkan segera isu video seks yang menurut dakwaan Anwar walaupun orang yang melakonkan itu seiras dengannya, namun berbeza
dari segi saiz perutnya."

Zami mendakwa tawaran yang dibuatnya dapat membantu menyelesaikan kes ini.

Kenyataan yang jelas menunjukkan "niat" sebenar Zamil terhadap kes video seks konspirasi ini: "Orang awam keliru. Saya percaya Anwar akan dapat membersihkan namanya jika kita bantu beliau mencari lelaki yang seiras dengannya, berjalan sepertinya, dan senyum sepertinya."

Selain itu, Zamil mencadangkan tiga individu yang rapat dengan DSAI untuk menjadi panel yang menentukan lelaki yang menyerupai DSAI itu. Mereka ialah Eskay, Zaib Ibrahim dan Ezam Mohd Noor.

P/s: Tawaran ada udang di balik mi!


UMCO Didakwa 5 Kali Pujuk TG Nik Aziz Sertai Kerajaan Perpaduan

Saya petik:
[MK] Usaha memujuk PAS bekerjasama dengan Umno dilihat berterusan apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa beliau didatangi wakil Umno sebanyak lima kali untuk tujuan itu dalam masa terdekat.

Menurut ahli parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.

"Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat, (ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno," katanya yang hadir dalam majlis di dewan orang ramai di situ.

Menteri besar Kelantan itu bagaimanapun didakwa tidak memperincikan individu itu sebaliknya hanya menyebutnya sebagai "berpangkat datuk" dan "pesara kerajaan".

Muhammad juga berkata, Nik Aziz ada memberitahu, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu.

Bagaimanapun menurut Muhammad, Nik Aziz menolak mentah-mentah pujukan itu kerana PAS sudah membuat perjanjian dengan DAP dan PKR.

Muhamad juga menjelaskan, mursyidul am PAS itu memberitahu, usaha itu berlaku sejak April lalu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali menjaja isu kerjasama kedua-dua parti Melayu itu.

Difahamkan, majlis itu dihadiri kira-kira 500 orang. Turut serta Setiausa Agung PKR Saifuddin Nasution dan dua anggota parlimen, termasuk Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh), Abdullah Sani (Kuala Langat).

Sementara itu, beberapa pihak yang hadir dalam majlis minum petang itu mengesahkan ucapan Nik Aziz itu dan ada daripada mereka yang difahamkan terkejut dengan pendedahan itu.

P/s: KANTOI!!! Kah kah kah!!!


, ,

Pelajar Tahfiz Dakwa Diliwat Senior. Bandingkan dengan Sayfool!

Saya petik:

[SH] KUALA KRAI - Perasaan syak seorang ibu apabila anaknya menga­du sakit ketika membuang air besar terbukti apabila anaknya yang belajar di sebuah maahad tahfiz al-Quran dekat sini, mendakwa dia diliwat oleh seorang pelajar senior di asrama maahad tersebut 10 Mei lalu.

Ibu pelajar yang berusia 13 tahun itu, yang mahu dikenali hanya sebagai Yah, berkata, dia mula curiga apabila anaknya itu bertindak lari dari pengajian asrama pada tengah hari Ahad lalu dan mengadu sakit di punggung setiap kali membuang air besar.

Menurut Yah, 48 tahun, setelah didesak oleh keluarga beberapa kali, anak kelapan daripada sembilan beradik itu akhirnya menceritakan bahawa dia diliwat oleh seorang pelajar berusia 15 tahun ketika tidur di bilik asrama kira-kira jam 12 tengah malam, 10 Mei lalu.

”Pada malam kejadian, anak saya sedang tidur apabila dia ditindih dan mulutnya ditutup. Dia mengenali pelajar yang terlibat itu.

”Selepas kejadian, pelajar terbabit mengugut akan memukul anak saya jika dia cuba memberitahu perkara itu kepada ustaz atau sesiapa. Sekarang anak saya berada dalam keadaan trauma,. Dia juga tidak ceria dan tidak mahu kembali belajar di maahad itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abd Rahman Ja’apar mengesahkan menerima laporan.

Katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

P/s: Pelik, Si Sayfool yang mendakwa diliwat orang tua berusia 60 tahun tidak mengalami simptom yang dialami oleh pelajar tahfiz ini. Kah kah kah! Si Sayfool langsung tidak menunjukkan kesan trauma dan kesakitan yang dialami oleh pelajar tahfiz ini! Biarpun begitu, Hakim Zabidin tetap menegaskan bahawa Sayfool saksi yang berwibawa! Wow!

,

Bilangan Pelajar Perempuan Merokok Semakin Meningkat!


Saya petik:
[HM] PUTRAJAYA: Hanya kerana terpengaruh dengan budaya Barat dan ingin menjadi ‘cool’, lebih ramai remaja perempuan berumur antara 13 hingga 15 tahun di negara ini mula merokok sehingga jumlah perokok di kalangan mereka berada pada tahap membimbangkan.

Ia dibuktikan melalui Kajian Tembakau Remaja Global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menunjukkan jumlah perokok remaja wanita di negara ini meningkat dari 4.2 peratus pada 2003 kepada 5.3 peratus pada 2009, manakala remaja wanita yang pernah merokok juga menunjukkan peningkatan iaitu dari 11.5 peratus pada 2003 kepada 12.4 peratus pada 2009.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kebanyakan mereka terpengaruh dengan budaya Barat, filem, laman web dan Internet.

“Kita lihat trend ini membimbangkan. Jadi, saya ingin menekankan seseorang itu lebih ‘cool’ jika tidak merokok kerana mereka mementingkan kesihatan. “Jangan terpengaruh dengan iklan, filem atau mana-mana media yang menyebarkan maklumat tidak tepat, kami nak tukar trend ini dan mereka boleh menyertai pelbagai program yang disediakan,” katanya.

P/s: Mahiaddin hanya bimbang pelajar menjadi obes!

,

Gadis Maki "Polis Bodoh"


Saya petik:

[Bernama] KUALA TERENGGANU: Gara-gara mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis, seorang pekerja butik di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) berhadapan dengan hukuman denda sehingga RM100.

Nur Syafa Watiha Wahab, 19, dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan melakukan perbuatan itu kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin di hadapan LTSM.

Dia dituduh mengeluarkan perkataan ‘polis bodoh’ terhadap Konstabel Mohd Hafifi Ali dari Cawangan Pencegahan Jenayah, Balai Polis Gong Badak yang ketika itu menahannya kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal. 

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Zainudin Abd Ghani mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1957 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM100.

Mahkamah menetapkan 7 Jun ini sebagai tarikh jatuh hukuman dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.

P/s: Berani tidak bertempat!

Jangan MINUM "Bir Halal"


Saya petik:

JAKIM, Majlis Agama Islam negeri sekat jualan kepada umat Islam

[BH] PADANG SERAI: Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak meminum sejenis bir yang didakwa halal oleh syarikat pengedarnya kerana didapati mengandungi alkohol melebihi had dibenarkan syarak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar kerana selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus.

Katanya Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam.

“Kita akan merujuk kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk mendapatkan maklumat lebih jelas,” katanya selepas menutup program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Padang Serai di Padang Awam Pekan Sungai Karangan, dekat sini, kelmarin.

Akhbar kelmarin melaporkan mengenai penjualan `bir halal' di pasaran yang semakin popular di kalangan umat Islam dan dikesan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) baru-baru ini.

Akhbar memetik satu sumber berkata, JAIJ mengambil contoh minuman itu untuk diuji di makmal dan hasilnya mendapati bir berkenaan dihasilkan dari pelbagai perisa buah-buahan mengandungi 0.5 peratus alkohol.

JAIJ kemudian memaklumkan kepada JAKIM dan KDRM supaya mengambil tindakan sewajarnya termasuk menghentikan penjualannya jika perlu.

Akhbar itu turut memetik Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsuddin sebagai berkata bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.

Katanya ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.

Minuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Timur Tengah itu banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini yang dijual antara RM3 hingga RM5 sebotol.


Jumaat, 27 Mei 2011

Seperti yang Dijangka, Tarif Elektrik NAIKKKKKK!!!!


Seperti yang dijangkakan sebelum ini, kerajaan melalui Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan lapor Malaysia Kini.

NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.

Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter. 

,

Gadis Penan Terus Diperkosa Pembalak. Polis dan Kerajaan Negeri Sarawak Dibidas.


Saya petik:
[MK] Polis dan kerajaan negeri Sarawak hari ini dibidas Wanita PKR kerana kegagalan mereka bertindak bagi menyelesaikan kes-kes gadis dan wanita Penan dirogol oleh pembalak di kawasan sekitar Baram yang berterusan.

Kes terbaru membabitkan seorang gadis berusia 20 tahun yang berulang-kali dirogol oleh pembalak Indonesia sejak awal tahun ini, kata naib pengerusi Wanita PKR Voon Shiak Nie di Kuching.

"Gadis itu mengenali lelaki Indonesia di kampungnya di Ulu Baram, di mana dia bekerja sebagai pembalak. Adalah dilaporkan dia memujuk gadis tu mengikutnya ke Miri dengan alasan mencari kerja.

"Sebalik gadis itu dirogol berulang-kali,” kata Voon sambil menambah nahawa laporan polis telah dibuat di balai Miri pada Isnin lalu.

Voon berkata gadis malang itu juga mendakwa terdapat kes rogol yang hampir sama membabitkan wanita lain di kampungnya itu.

Hanya selepas Ketua Wanita PKR dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mendedahkan kes berkenaan di Parlimen pada sesi yang lalu dan membuat laporan polis, barulah Kementerian wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat bersedia membuat siasatan.

Pasukan penyiasat yang ditubuhkan kementerian yang mendedahkan sisatan mereka tahun lalu berkata hanya ada 14 kes rogol.

Voon berkata Wanita PKR cuba menyerahkan laporan pasukan penyiasat itu kepada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Alfred Jabu, yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Penan tetapi beliau enggan menerimanya.

Skandal Scorpene: Peguam Perancis akan Datang ke Malaysia


Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Peguam Perancis yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dijangka tiba ke Kuala Lumpur lewat Jun atau Julai untuk memberi taklimat mengenai perkembangan terbaru skandal pembelian dua kapal selam Scorpene.

Suaram mewakili rakyat Malaysia memfailkan aduan terhadap DCNS pada Disember 2009, di mahkamah Paris kerana aktiviti rasuah dalam urusan pembelian berkenaan.

Suaram juga mengesyaki wang sogokan berjumlah ratusan juta di sebalik transaksi berkenaan, yang butirannya cuba disembunyikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut laporan Malaysia Chronicles, peguam berkenaan akan memberi taklimat kepada warga Malaysia di beberapa tempat.

Namun tidak dapat dipastikan samada peguam Joseph Brehem yang tiba ke sini April tahun lalu akan turut hadir.

Akhbar Suara Keadilan baru-baru ini mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.

Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan. Abdul Razak merupakan kenalan rapat Najib yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbillion dollar itu dimeterai Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2002.

Pada April tahun lalu, seorang ahli perundangan Perancis, Joseph Breham memfail aduan di mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia.

Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael turut mendedahkan dua tiket penerbangan yang disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya, ke Malta, sebenarnya melibatkan seorang lagi individu ketiga.

“Siasatan mendapati Gifen- sebuah subsyarikat kepada DCNS berpengkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. Mereka jumpa bayaran e-tiket melibatkan Razak baginda, Altantuya dan seorang lagi,” kata Cynthia.

P/s: Najib mula berdebar!


Mengapa Polis Masih Mahu Berteka Teki tentang Pelaku Video Seks?

Saya petik:
Pelaku video seks sudah dipanggil

[UM] KUALA LUMPUR 26 Mei – Polis masih menjalankan siasatan berhubung rakaman video seks didakwa membabitkan pemimpin parti pembangkang yang pertama kali didedahkan pada 21 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar juga mengakui, pihaknya telah memanggil pelaku terbabit untuk membantu siasatan namun enggan mengulas lanjut tentang perkara itu.

Beliau juga enggan mendedahkan siapa pelaku tersebut.

“Seperti yang diberitahu Ketua Polis, Tan Sri Ismail Omar baru-baru-baru ini, kita telah kenal pasti dan sedang menyiasat. Itu termasuklah memanggil dia bagi membantu penyiasatan,” katanya.

Bagaimanapun, Khalid memberitahu, tindakan lanjut tidak dilakukan kerana tiada sebarang maklum balas daripada Jabatan Peguam Negara setakat ini.

“Kita menanti keputusan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan terhadap pelaku dan juga mereka yang mendedahkan video itu,” jelasnya.

P/s: Siapa pelakon video tersebut? Dalam kenyataan polis, mereka tidak mengesahkan bahawa DSAI bukan pelaku yang dimaksudkan. Dalam kenyataan yang diberikan, polis mendakwa sudah memanggil pelaku untuk disoal siasat. Anwar Ibrahim pun turut dipanggil untuk disoal siasat. Kalau benar konspirasi ini mahu ditamatkan, sudah tentu mereka mendedahkan siapa pelakunya. Adakah konspirator masih mencari ruang dan peluang untuk menjayakan konspirasi ini?

Gara-gara Pikat Isteri Orang, Telinga Lelaki Putus Kena Toreh


Saya petik:
[TMI] NIBONG TEBAL, 27 Mei — Seorang lelaki berusia 47 tahun cedera parah apabila kedua belah telinganya dipotong kerana dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang.

Lelaki yang bekerja sebagai peniaga daging khinzir itu dipercayai diserang dengan menggunakan senjata tajam hingga mengakibatkan kedua-dua telinganya terputus.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafien Mamat dipetik Bernama Online berkata mangsa ditemui terbaring oleh anaknya dalam longkang berhampiran rumah mereka di Taman Kasawari, Simpang Ampat pada 8 pagi semalam.

“Hasil siasatan mendapati kejadian itu berpunca akibat perasaan cemburu berikutan mangsa dipercayai telah menjalin hubungan sulit dengan isteri orang,” katanya.

Polis telah menahan seorang lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori kira-kira dua jam kemudian selepas gerakan mencari suspek giat dijalankan setelah identiti lelaki itu dikenal pasti.

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Kanak-Kanak 12 Tahun Cuba Tikam Wanita. Mengapa?

Saya petik:

Suspek dipercayai alami gangguan perasaan akibat jadi mangsa buli

[BH] SHAH ALAM: Akibat sering menjadi mangsa buli, seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun yang dipercayai mengalami tekanan perasaan bertindak di luar jangkaan apabila menikam seorang wanita dalam kejadian di Pangsapuri Sri Era, Desa Latania, di sini, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa, Azlina Ahmad, 24, menerima 14 jahitan di tangan dan dagu ketika cuba menepis pisau lipat disyaki senjata yang digunakan kanak-kanak terbabit. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan.

Difahamkan kanak-kanak terbabit turut membuat laporan polis kononnya diugut seorang lelaki yang mahu membunuh bapanya jika dia tidak membunuh mangsa.

Bagaimanapun, selepas disoal siasat, kanak-kanak itu mengakui mengalami tekanan perasaan kerana sering dibuli di sekolah.

Ibu bapa kanak-kanak terbabit bergegas mengambil anak mereka di sekolah sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 15 di sini.
 
Difahamkan, pisau lipat yang digunakan kanak-kanak itu untuk menikam mangsa turut ditemui bapanya di semak berhampiran lokasi kejadian.

Sementara itu, Azlina berkata, ketika kejadian dia sedang memanaskan enjin kereta untuk ke tempat kerja sebelum didatangi kanak-kanak itu yang dikenali dengan nama ‘adik’ bertanyakan sama ada mengenali sesiapa yang boleh mengurut kaki ibunya yang sakit.

“Semalam (kelmarin) pun dia bertanyakan soalan sama kepada saya. Ketika itu, saya menjawab mungkin kakak saya boleh membantu mencari tukang urut. Ketika berbual, saya melihat dia mengeluarkan sesuatu dari poket belakang.

“Saya terkejut apabila dia mengeluarkan pisau dan cuba menikam saya. Mujur ketika itu saya berada di dalam kereta dengan cermin pintu kereta tertutup separuh,” katanya ketika ditemui, di sini.

Azlina berkata, dia bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius sebelum memecut kereta kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

“Saya kemudian menghubungi abang ipar saya, Amin Olah, 28, untuk memberitahu mengenai kejadian ini sebelum dia menghantar saya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk rawatan,” katanya yang tinggal bersama kakaknya, Zuraina Ahmad, 29, sejak setahun lalu. 



, ,

Pelajar 13 Tahun Cederakan Pelajar Lain


Saya petik:
Telinga pelajar cedera akibat serangan dalam kelas
[BH] KUALA TERENGGANU: "Saya hampir pengsan melihat darah berlumuran pada telinga kiri dan baju sekolah dipakai anak bongsu ketika dia pulang ke rumah," kata Fatimah Ngah, 54, dari Kampung Bukit Kandis, Bukit Tunggal, di sini berhubung kecederaan telinga anaknya dipercayai dipukul seorang pelajar, petang kelmarin.

Fatimah berkata, anaknya, Abdul Rahman Abdul Ghani, 13, pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di kawasan itu, pulang ke rumah kira-kira jam 2.30 petang bersama abangnya, Mohd Khairul, 25, dalam keadaan berlumuran darah di telinga kiri untuk mengambil kad pengenalan bagi mendapat rawatan.

Beliau berkata, Abdul Rahman memaklumkan dia dipukul dan ditendang seorang daripada sekumpulan pelajar yang datang ke kelas sementaranya sebelum waktu persekolahan sesi petang bermula.

“Tendangan itu menyebabkan Abdul Rahman terdorong ke belakang dan ketika hendak terjatuh, bahagian kiri mukanya tersangkut pada bucu cermin tingkap, menyebabkan luka besar pada telinga kirinya,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Mangsa bagaimanapun, tiada di rumah ketika itu kerana ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan susulan selepas difahamkan menerima tujuh jahitan di telinga kirinya.

Difahamkan polis sudah menahan seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun pagi semalam untuk membantu siasatan.
Bapa mangsa, Abdul Ghani Ismail, 64, berkata pengurusan sekolah perlu mengambil tindakan wajar supaya masalah disiplin di sekolah itu dapat diperbaiki.

P/s: Disiplin pelajar semakin kronik!


Mesir Buka Laluan di Sempadan Rafah, Kurangkan Tekanan Penduduk Gaza


Menurut berita AFP, Mesir akan membuka lintasan sempadan Rafah setiap hari mulai esok dalam usaha mengurangkan tekanan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang dikenakan sekatan Israel, kata agensi berita MENA, semalam.

Penduduk Palestin boleh membuat perjalanan pergi balik ke Gaza melalui Rafah, satu-satunya lintasan tidak melalui Israel, mengikut peraturan ditetapkan sebelum sekatan diperketat pada 2007.

“Mesir akan membuka sempadan setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang waktu tempatan, kecuali pada Jumaat dan cuti umum.

“Wanita semua peringkat umur dikecualikan daripada visa, begitu juga lelaki yang berusia kurang 18 tahun atau melebihi 40 tahun,” kata agensi itu. 


Laporan Doktor Dakwa Anjing Cuba Selamatkan Kanak-kanak daripada Lemas

Laporan sebelum ini.

Saya petik:

Mangsa meninggal kerana lemas

[BH] KOTA KINABALU: Kanak-kanak lelaki tiga tahun yang mati 14 jam selepas ditemui dalam parit dengan muka tersembam dan berlumuran darah dengan kesan cakaran di Kampung Matan, Ranau, bukan mati akibat gigitan atau dibaham anjing.

Sebaliknya, polis percaya berdasarkan laporan perubatan Mohd Raqib Mohd Rasili terjatuh ke dalam parit itu cuba diselamatkan anjing bapa saudaranya. 

Laporan bedah siasat juga mengesahkan kanak-kanak itu meninggal akibat lemas selepas terjatuh ke dalam parit sedalam setengah meter dalam kejadian jam 7.30 pagi kelmarin.

Difahamkan, Mohd Raqib yang menghidap asma, mengalami kesukaran bernafas sebaik terperangkap di parit itu, menyebabkan kerosakan di otaknya kerana terputus bekalan oksigen.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Suhaimi Hasim, berkata laporan perubatan dari Hospital Ranau mengesahkan mangsa mati akibat lemas, bukan meninggal kerana digigit anjing.

“Keluarga mangsa belum membuat laporan polis mengenai kejadian itu tetapi kita menerima pengesahan laporan perubatannya.

“Berdasarkan kesan dan corak gigitan di tubuhnya, ada kemungkinan mangsa cuba diselamatkan anjing berkenaan selepas terjatuh ke dalam parit, bukan dibaham,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Dalam kejadian itu, Mohd Raqib yang tinggal bersama bapa saudaranya dikatakan bermain dengan anjing itu sambil menuju ke rumah bapanya yang berjarak kira-kira 20 meter.
 
P/s: Daripada dilabel pesalah kini anjing itu dianggap hero. 

Khamis, 26 Mei 2011

Penyakit Anjing Gila Masih "Mengganas" di Bali


Wabak penyakit anjing gila yang melanda Bali seperti yang pernah disiarkan di DCM Ogos tahun lalu masih belum reda lapor VivaNews. Walaupun pemerintah Bali menyasarkan untuk membasmi wabak tersebut di pulau peranginan itu pada tahun 2012, namun sasaran itu terpaksa diubah kepada tahun 2015 kerana kekurangan dana.

"Terpaksa dimundurkan menjadi 2015. Pengunduran itu lantaran hingga saat ini virus rabies masih menjangkiti anjing-anjing di Bali," kata Ketua Biro Humas dan Provinsi Bali, I Ketut Teneng.

Bagi sesiapa yang mahu ke sana, sila ambil perhatian!

Bayi Meninggal Dunia Selepas Terima Suntikan BCG



Bayi comel bernama Rui Rui akhirnya meninggal dunia beberapa bulan selepas menerima suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG). Menurut Apple Daily, Rui Rui menerima suntikan tersebut pada 26 Oktober lalu di sebuah hospital di wilayah Zhejiang, China. Suntikan vaksin ini bertujuan melindungi bayi daripada tuberculosis. Namun malangnya, beberapa bulan selepas menerima suntikan itu, keadaanya berubah seperti yang dapat anda lihat pada gambar di atas. Menurut jabatan kesihatan, situasi kesihatan yang dihadapi Rui Rui itu berpunca daripada kerosakan sistem imuniti yang ada kaitan dengan suntikan itu.


P/s: Jangan bimbang. Doktor mengesahkan alahan yang dialami oleh Rui Rui jarang-jarang berlaku kepada penerima vaksin.

,

Bank Negara Perkenal Semula Wang Kertas RM20

Sekadar hiasan.

Saya petik:

[Mstar] PETALING JAYA: Selepas 16 tahun wang kertas RM20 diperkenalkan kembali oleh Bank Negara Malaysia.

Wang kertas itu merupakan sebahagian daripada siri wang kertas dan duit syiling terbaru yang bakal memasuki edarannya pada awal tahun depan.

“Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri mata wang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM0 dan RM50. Ini akan memudahkan pengguna membuat bayaran,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Star pada Rabu.

Wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan sejak siri kedua pada tahun 1982 dan telah dihentikan pengeluarannya pada 1995.

Rekaannya menonjolkan hiasan tradisional Malaysia dan gambar ibu pejabat Bank Negara di muka bertentangannya.

,

Bapa Beli Sekolah RM4.98 Juta Demi Anak Tersayang



Seorang bapa, Matt Hill membeli sebuah sekolah swasta di Potterne, Wiltshire pada harga £1 juta (RM4.98 juta) bagi mengelak sekolah itu ditutup kerana anak perempuannya bersekolah di sekolah itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Hill, 38,  dan seorang rakan kongsi perniagaannya membeli Sekolah Mill dan kedua-duanya berasa gembira kerana tawaran pembelian mereka diterima oleh pihak pengurusan sekolah tersebut.

Pemilik sebelumnya, John Rendell mengumumkan pada 9 Mei lalu bahawa sekolah berkenaan akan ditutup pada Julai depan selepas 18 tahun beroperasi.

Sejumlah ibu bapa mula membincangkan usaha untuk memastikan sekolah itu terus beroperasi tetapi usaha untuk membelinya ketika itu dianggap mustahil. Namun, Hill dan rakan kongsi perniagaannya, Dave Stanley menemui Rendell dan membuat tawaran sebanyak £1 juta untuk membelinya.

Sekolah itu menyediakan pembelajaran untuk kanak-kanak berusia dua hingga 11 tahun. Hill memberikan jaminan bahawa semua kakitangan dan 65 pelajar akan terus kekal berada di sekolah itu. 
 
 
 

Mahkamah Tangguh Permohonan Ashraf Tukar Nama kepada Aleesha Farhana


Saya petik:
[BH] KUALA TERENGGANU: Harapan menggunung seorang lelaki untuk menukar nama daripada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, kepada Aleesha Farhana tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan 18 Julai depan untuk keputusan.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkan beliau meneliti hujah dikemukakan peguam Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen, Horley Isaacs dan Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar yang mengendalikan kes berkenaan.

Mohd Ashraf Hafiz, pemegang diploma dalam bidang perubatan daripada sebuah institusi pengajian tinggi tempatan lengkap berpakaian seperti wanita dengan berbaju kurung moden berwarna kuning air, berkerudung merah jambu serta berkasut tumit tinggi menarik perhatian ramai yang menyedari kehadirannya di mahkamah semalam.

Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana, bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian, selain mahu memasuki universiti melanjutkan pengajian dalam bidang sama.

Dalam prosiding akhir di mahkamah semalam, Horley dalam hujahnya berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan daripada Pusat Perubatan Pantai (PMC) dan Hospital Putrajaya layak menjalani pembedahan menukar jantina, menjalani rawatan hormon serta psikologi sebelum melakukan pembedahan di Thailand.

Malah katanya, kedua ibu bapa pempetisyen turut mengesahkan anak mereka memiliki alat sulit lelaki sejak lahir, tetapi ia tidak normal, bersaiz kecil, tidak aktif dan tidak berfungsi sebaiknya seperti rakan sebaya lain. Mohd Ashraf Hafiz juga disahkan ibunya lebih cenderung berperwatakan wanita sejak kecil dan membuat kenyataan bersumpah membenarkan anak lelakinya itu menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, Addha dalam hujahan balasnya berkata, peguam pempetisyen gagal melampirkan laporan lengkap daripada doktor bahawa pembedahan dijalankan berjaya menjadikan Mohd Ashraf Hafiz seperti wanita tulen termasuk mempunyai rahim dan tubuh kewanitaan dan fakta apabila perlakuan seksual berlaku antaranya sama ada dia boleh mengandung. 
“Kita tidak ada perundangan yang membenarkan permohonan pempetisyen ini dan jika mahkamah membenarkan permohonan ini, ia akan memberi kesan jangka panjang kepada institusi masyarakat. Kita tidak tahu mungkin ramai di luar sana yang beratur untuk menukar nama dan jika keputusan mahkamah membenarkan permohonan ini ia boleh menyebabkan huru-hara dalam masyarakat,” katanya

P/s: Dia bukan khunsa!

[Sadis & Tragis] Budak 3 tahun Maut Dibaham Anjing


Saya petik:

[HM] RANAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang girang menyambut hari lahirnya kelmarin, maut selepas hampir 16 jam dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ranau di sini, kerana dibaham anjing milik bapa saudaranya.

Cukup menyayat hati apabila mangsa, Mohd Raqib Mohd Rasli yang sebelum itu dilihat mesra bermain dengan anjing terbabit ditemui kaku di dalam longkang dalam keadaan tubuh dipenuhi darah, selain kesan gigitan haiwan itu dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi di Kampung Matan di sini.

Mangsa yang menerima lebih 50 jahitan di seluruh tubuh, meninggal dunia kira-kira jam 9.40 malam tadi.

Sebelum kejadian, dia dikatakan bermain dengan anjing milik bapa saudaranya sebelum lelaki itu meninggalkan rumah untuk menghantar seorang lagi anak saudaranya ke pekan.

Bapa saudara mangsa yang mahu dikenali Rosman, 26, berkata sebelum meninggalkan rumah, dia melihat Mohd Raqib bermain dengan anjing miliknya.


P/s: Tragis & sadis. Banyak persoalan yang boleh dibangkitkan termasuk kecuaian dan sikap bapa saudara mangsa yang membenarkan anjing peliharaannya bermain dengan mangsa.

, ,

Rabu, 25 Mei 2011

Ubat Atasi Ejakulasi Pramatang HABIS di Pasaran Singapura dalam Masa SEBULAN



 Ubat untuk mengatasi masalah ejakulasi pramatang, PRILIGY, habis di pasaran Singapura dalam masa sebulan. Apabila membaca inti pati berita yang disiarkan di AsiaOne ini, maka terdetik di hati saya, adakah masalah batin yang dihadapi oleh lelaki sekarang seteruk itu? Saya membayangkan hal yang sama mungkin berlaku di Malaysia apabila pil ini mula dipasarkan di negara ini atau kisah "kehebatan" pil ini mula dihebahkan kepada umum.

Sambutan luar biasa terhadap ubat itu ini disokong dengan data yang diperoleh PEPA, sebuah organisasi yang giat mengatasi masalah tenaga batin lelaki, yang menunjukkan bahawa 1 daripada 3 lelaki di Singapura menghidap masalah ejakulasi pramatang. Lelaki di negara lain usahlah mendabik dada kerana masalah ejakulasi pramatang kini menjadi sakit tuan biasa di seluruh dunia. Pelbagai cara diguna pakai untuk mengatasi masalah ini. Oleh itu, tidak hairanlah jika ubat tersebut dijual bagaikan pisang goreng panas di sana.

Apa itu PRILIGY? Priligy ialah tablet biji yang perlu diambil 1 atau 3 jam sebelum melakukan aktiviti seksual. Pengambilannya terhad untuk sekali sehari dan berdasarkan saranan pengamal perubatan. Pil ini sesuai untuk lelaki berusia 18-64 tahun.

Anda BERMINAT? Kepada lelaki yang sudah berkahwin, sila dapatkannya di farmasi bukannya di kaki lima sekitar Chow Kit dan sebagainya.

P/s: Awas, pil tiruan!



,

Ramalan Kiamat Pada 21 Mei Gagal, Paderi Kemuka Tarikh Baharu


Alahai!

Sebelum ini, Presiden Family Radio - sebuah komuniti penyiar keagamaan di California, Harold Camping meramalkan dunia akan kiamat pada 21 Mei 2011. Namun, ramalannya itu tidak menjadi kenyataan. 

Menurut Camping dan sekumpulan paderi yang menyertainya, dunia akan mengalami gempa bumi secara besar-besaran pada tarikh itu dan akan musnah pada tarikh itu.

Kini, Camping mengemukakan tarikh baru, iaitu 21 Oktober 2011. Tinggal lagi lima bulan untuk orang bertaubat, katanya. Tambahnya lagi, kemusnahan itu akan berlaku serentak di seluruh dunia. Seperti kenyataannnya sebelum ini, beliau meramalkan akan berlaku gempa bumi kuat di seluruh dunia pada pukul 6 petang waktu tempatan.

Baca di sini untuk berita lanjut.

[Berita Baik] Premis 7-Eleven Selangor Tidak Jual Arak di Kawasan Majoriti Melayu

 
Saya petik:

[HD] SHAH ALAM, 25 Mei: Januari 2011 lalu kecoh tentang isu penjualan arak di Selangor dan ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim berjanji akan menyelesaikan isu ini dengan cara yang baik.

Kini, penyelesaian yang dikatakan secara baik itu mula memberikan hasil apabila kedai-kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan Melayu tidak lagi menjual minuman keras di kedai mereka.

Tinjauan Harakhdaily di Seksyen 8 Shah Alah, minuman keras tidak lagi dijual di kedai 7-Eleven kawasan itu. Begitu juga di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Kedai 7-Eleven kawasan ini juga tidak lagi menjual minuman keras.

Ketiadaan minuman keras di kedai ini mula dirasai sejak awal tahun ini iaitu tidak beberapa lama selepas kerajaan negeri memaklumkan pihaknya akan berbincang dengan rangkaian kedai serbanika tentang hal ini.

Namun di Jalan Pahang Barat, kedai 7-Eleven yang bersebelahan dengan pejabat Harakah sendiri, minuman keras masih dijual di situ. Ini kerana kawasan ini bukan dikira kawasan penduduk Islam.

Pada tahun 2000, berlaku satu demonstrasi di Bandar Baru Bangi. Demonstrasi itu membantah penjualan arak secara yang berleluasa di kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan penduduk Islam itu.
Pada tahun 2006, Penduduk Taman Melati, Gombak juga membuat bantahan yang sama apabila mereka membantah jualan arak di kedai rangkaian 7-Eleven itu.

Bagi mereka, kedai serbanika yang beroperasi 24 jam itu telah menjadi punca ketagihan arak di kalangan remaja apabila mereka membeli arak di situ selepas tengah malam, ketika tidak ada ramai orang.

"Kita tidak mahu gunakan kekerasan atau undang-undang dalam hal ini," kata Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor selepas mengadakan pertemuan dengan para pengusaha kedai serbanika ekoran isu peraturan jualan arak di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) berbangkit Januari lalu.

Usaha ugar jualan arak dikawal telah dibangkitkan oleh PAS sejak tahun 1990 apabila parti Islam itu mula memenangi Kelantan.

Ketika umat Islam tidak mahu didedahkan dengan minuman keras, hak penduduk bukan Islam dijaga untuk terus mempunyai hak itu.

PAS Pusat sendiri pada 2009 menggesa Kerajaan Selangor menguatkuasakan larangan penjualan arak secara terbuka sepertimana dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu kerana melibatkan sensitiviti orang Islam.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mengikut garis panduan penjualan minuman keras di Kelantan dan Terengganu, ia tidak boleh dibuat secara terbuka di kawasan berpenduduk majoriti Islam.

“Setakat ini, kedua-dua negeri itu melaksanakan enakmen melarang penjualan minuman keras secara terbuka di kawasan yang majoriti penduduk Islam dan kaedah ini berjaya,” katanya pada satu sidang media.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan berpandangan, situasi tiada penjualan arak di kawasan majoriti Islam ini hasil rundingan dan persefahaman kerajaan negeri dengan pengeluar dan penjual minuman keras.

"Setakat yang kita tengok memang di 7-Eleven kawasan majoriti Islam tak jual arak.

"Pemuda melihat ada persefahaman di antara kerajaan negeri dan pihak yang terlibat dengan pengeluaran arak ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, Umno BN di bawah Dr. Khir Toyo dahulu tidak prihatin terhadap sensitiviti umat Islam apabila membiarkan arak dijual secara terbuka di kawasan majoriti Islam.

"Pemuda melihat kerajaan BN dahulu tidak mengambil perhatian soal sensitiviti masyarakat setempat tapi Pakatan sekarang mengambil berat soal itu dan melarang penjualan arak secara terbuka.

"Kerajaan negeri hanya membuat pengawalan kepda orang Islam sahaja, orang bukan Islam tak ada masalah," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut bersetuju dengan langkah  kerajaan negeri yang menitik beratkan soal pencegahan dan kesedaran mengenai bahaya arak.

"Pemuda menyokong segala program kesedaran mengenai keburukan arak dan semua pun tahu dalam keadaaan masyarakat kita, banyak keburukan berpunca daripada minum arak," katanya.

Dalam pada itu kerajaan negeri pada Januari lalu juga mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membantu umat Islam yang terbabit dengan urusan arak mencari pekerjaan alternatif.

“Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan.

“Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain,” kata exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari.

Langkah ini sebagai satu cara membantu orang Islam mengelakkan diri daripada terus bekerja di premis pembuatan arak secara berperingkat-peringkat.

P/s: Alhamdullilah! Bagaimana dengan penjualan arak di negeri BN? Cuba tanya Parpukari!

,

Selepas Masjid, Video Fitnah Tersebar ke Kampung. Pihak Berkuasa Buat Apa? Buat Bodoh?

Saya petik:

[MK] Semakin ramai pemimpin masyarakat mendakwa menerima video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Terbaru, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) DUN Hulu Bernam Mohamad Salleh Ri, seramai sepuluh ketua kampung baru dalam DUN Kuala Kubu Bharu membuat laporan polis berasingan berhubung penyebaran video seks itu.

Katanya, sepuluh ketua kampung berkenaan membuat aduan itu selepas menerima video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diposkan ke rumah mereka.

Laporan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Kuala Kubu Bharu kira-kira jam 4 petang semalam.

Menurutnya, ketua kampung berkenaan terdiri daripada lapan ketua dari perkampungan Cina dan masing-masing satu dari perkampungan Melayu dan India.

Mereka menerima VCD itu di mana kandungannya adalah versi penuh yang telah dimuat naik ke internet sebelum ini, kata Mohamad Salleh.

"Mereka menerima VCD fitnah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diposkan ke rumah mereka. Cop (atas sampul surat) ada dari Shah Alam dan ada dari Melaka.

"Kita minta pihak polis menyiasat siapa (yang bertanggungjawab) menghantar VCD ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Tidak sepatut berlaku

Menurutnya lagi, semua ketua kampung itu terkejut dengan apa perkembangan berkenaan kerana penyebarannya tidak sepatutnya berlaku dan merupakan kesalahan di sisi undang-undang.

"Adalah lebih malang sekiranya ia diterima oleh anak-anak ketua kampung," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Mohamad berkata beliau dimaklumkan sebanyak dua lagi ketua kampung Melayu dalam DUN Hulu Bernam menerima VCD yang sama melalui kiriman pos.

Beliau bagaimanapun setakat ini belum menerima VCD tersebut dan pihaknya akan mengumpul jumlah ketua kampung yang menerimanya sebelum membuat laporan polis.

DUN Hulu Bernam mempunyai 18 kampung yang meliputi 14 kampung Melayu, tiga (Cina) dan satu perkampungan India.

Mohamad Salleh yang juga ketua Kampung Gesir Tengah - yang terletak dalam DUN itu - turut dimaklumkan rakannya, bahawa seorang ketua kampung di Kuala Selangor turut menerima VCD tersebut pagi ini.

Dalam satu kenyataaan, exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah berkata VCD seks turut diedarkan antaranya di Hulu Langat, Rawang, dan Sekinchan.

Beliau yang memegang portfolio jawatankuasa tetap pembangunan kampung baru dan penyelesaian kilang haram menggesa ketua kampung membuat laporan polis sekiranya menerima VCD tersebut.

Dilaporkan VCD itu turut diedarkan di sebuah masjid di Kuala Langat dan di Selayang sewaktu ceramah tokoh ulama Syria, Dr Wahbah Az-Zuhaili.




BAGASI KIRIMAN TERKINI

PR

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH