Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Tambahkan"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Sertai"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Like"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Follow"]

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

BAGASI KIRIMAN TERKINI

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Archives

,

Khamis, 31 Mac 2011

Seks di atas Bumbung Kampus


Berahi terlampau!

Gila!

Gambar dua orang pelajar yang dipercayai pelajar di University of Southern California telah mencetuskan kontroversi di pusat pendidikan itu. Kejadian itu telah mendorong pegawai universiti terbabit menimbang untuk mengambil tindakan disiplin terhadap kedua-dua pelajar tersebut.

Kejadian tersebut berlaku di bumbung bangunan Dewan Waite Philips USC pada suatu hujung minggu.

Gambar ini menjadi hangat apabila disiarkan di internet pada malam minggu menurut Daily Trojan.

Penolong Presiden Hal Ehwal Murid, Denzil Suite menegaskan pihak universiti sedang membincangkan sama ada kejadian itu melanggar polisi universiti yang melarang pihak yang tidak berkenaan berada di atas bumbung bangunan.

Menurut sumber, pelajar lelaki itu dikenal pasti sebagai ahli Frateniti Kappa Sigma . Dia telah digantung serta-merta daripada persatuan itu.

Manakala pelajar wanita itu pula dilaporkan menyertai sororiti yang mengadakan suatu majlis derma di dewan tersebut pada hari kejadian. Namun, wakil persatuan itu menafikan pelajar tersebut merupakan ahli mereka.

P/s: Harap-harap tiada pelajar Malaysia berkelakuan buruk macam ini!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

, ,

Betina Hina Nabi Muhammad. Apa yang Perlu Anda Lakukan?



Banyak yang sudah tahu bahawa betina di atas dan di bawah ini menghina Nabi Muhammad SAW di Facebook. Apa yang perlu anda lakukan sebagai umat Islam? Anda perlu masuk ke Facebook dan cari nama betina ini dan di "profile"nya ada tertera kata "Report/Block This Person" atau "Lapor/Sekat Orang Ini". Perincian seterusnya, ada dinyatakan dalam gambar di bawah.

Sumber Gambar: MiloSuam & Cenangau

P/s: Celaka!

[Kemas Kini] Macam Ini Nak Jadi ASKAR? Hancur!!!

Askar Singapura dengan amahnya.

Saya baca berita fasal askar manja (askar National Service) di blog OpEd malam tadi. Cerita itu disiarkan secara meluas di laman forum, malah turut dibangkitkan oleh akhbar  The Straits Times dan media antarabangsa termasuk AFP. Gambar yang turut disiarkan di laman forum STomp di atas memaparkan seorang pembantu rumah berjalan di belakang seorang askar sambil membawa beg galasnya. 

Askar NS dibantu pembantu rumah? Hancur!!! Hal ini seperti dijangka telah menimbulkan kemarahan rakyat Singapura selain mencetuskan kebimbangan bahawa rekrut dalam angkatan tentera republik itu terlalu dimanjakan.

Pelbagai reaksi diterima daripada gambar itu yang disiarkan buat kali pertama di laman Facebook. Ada pihak menganggapnya sebagai satu hiburan semata-mata tetapi ada pula yang marah dan mendakwa generasi tentera republik itu sekarang ‘terlalu lembut.’

“Di balik kejayaan setiap anggota Angkatan Tentera Singapura (SAF) adalah seorang pembantu rumah,” kata seorang pelayar internet di laman Twitter yang menamakan dirinya sebagai Chinteresting.

“SAF perlu mencari pembantu rumah berkenaan dengan segera dan memasukkannya dalam angkatan tentera. Dia seorang yang gagah,” kata seorang lagi pelayar dikenali Rod-Man14 di laman sama.

“Jika dia tidak mampu membawa begnya sendiri, bagaimana kita akan bergantung harap kepada askar seperti ini untuk mempertahankan Singapura,” kata Heavencry09 dalam ruangan forum portal berita xinmsn.

Timbul pelbagai teori sebab situasi ini berlaku. Salah satu daripadanya mungkin berpunca daripada paparan gambar di bawah ini:
Budak sekolah dimanjakan sejak di bangku sekolah.
Menurut blog OpEd, ada akhbar Singapura yang melaporkan pembantu rumah membasuh uniform dan kasut askar NS di rumah. Wow! Manja habis!


P/s: Agak-agak kalau ke medan perang, apa peranan pembantu rumah di sana? Adakah sebagai orang yang memegang senjata?

Kah Kah Kah!

Kemas Kini:


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


, ,

Wow, Harussani Kecam Video Aibkan Anwar Ibrahim! Utusan Malaysia Berniat Jahat?


Menarik!

TMI melaporkan bahawa Tuan Mufti Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung dengan pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, tuan mufti menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar kerana video itu belum dibuktikan kebenarannya.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya lagi.

Jika tuan mufti berkata demikian, maka jelaslah bahawa Utusan Malaysia berniat jahat dengan sengaja tidak menyiarkan kenyataan penuh tuan mufti tersebut. Adakah Utusan mahu menafikan hal ini dan melabelkan tuan mufti sebagai penipu?

Sambung tuan mufti, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.

Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral

“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.

P/s: Tuan mufti mesra UMCO pun membidas tindakan pihak yang terlibat! Tetapi Utusan tetap "spinner" hebat untuk menyokong UMCO. Kasihan orang kampung kena "kencing" dengan akhbar perdana! 


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

,

Dr Asri: POCO-POCO Tidak Wajar Diharamkan


Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 31 Mac — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tarian poco-poco, yang muncul polemik terbaru, tidak sewajarnya diharamkan melainkan seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah Islam.

Oleh itu kata beliau, jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah atau dicampuri perbuatan salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan. 

“Jika ada unsur yang salah, hendaklah dibuat seperti Nabi s.a.w iaitu membuang unsur yang buruk dan meninggalkan unsur yang baik,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.

Isu itu menjadi polemik sejak dua tahun lalu ekoran poco-poco yang awalnya dilihat sebagai senaman semata-mata bertukar menjadi tarian atau pergerakan badan dan kepercayaan umat Islam yang bertentangan dengan akidah.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Januari lalu telah memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian.

Asri menambah, jika tarian poco-poco diharamkan atas asas asal-usulnya yang tidak Islamik, sekalipun yang mengamalkan tidak meniru atau beriktikad perkara yang salah, maka nanti akan membawa kesan diharamkan aktiviti lain yang mempunyai latar yang tidak Islamik juga seperti “tai-chi, chi-kung, kata taekwondo dan pelbagai lagi.”

Untuk itu, dengan menghormati Mufti Perak dan Jawatankuasa Fatwa Perak, saya ingin menyatakan pandangan yang berbeza iaitu poco-poco yang tidak diamalkan dengan kepercayaan yang salah adalah diharuskan

“Adapun, jika dilakukan dengan kepercayaan yang salah atau diiringi perbuatan yang haram seperti arak dan seks bebas, maka kepercayaan dan amalan yang salah itu wajib dibuang, tarian yang memberikan kebaikan kepada kesihatan itu diizinkan,” kata beliau.

Tegas Asri, pada asasnya semua urusan harian dalam kehidupan manusia yang membabitkan persoalan keperluan atau kepentingan hidup insan adalah harus dilakukan kecuali jika terdapat dalil yang jelas mengharamkan hal tersebut. 

“Maka, segala bentuk senaman, tarian, makanan, perhiasan dan seumpamanya adalah harus atau dibolehkan melainkan ada bukti yang jelas dari nas syarak ia diharamkan atau dimakruhkan. 

“Justeru itu, Nabi s.a.w tidak mengharamkan banyak budaya Arab yang memberikan faedah kepada insan secara langsung atau tidak langsung, antaranya; nyanyian dan gendang semasa perkahwinan,” katanya.

Cuma jelas beliau, jika ada unsur yang tidak baik, Nabi s.a.w menegur atau menapisnya dan sebab itu apabila baginda mendengar wanita menyanyi dengan lirik “di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok.”

“Baginda bersabda 'jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu'. Ungkapan dalam lirik tersebut yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w mengetahui apa yang akan berlaku esok adalah salah. 

“Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Maka, Nabi s.a.w membetulkan lirik itu, tetapi tidaklah pula mengharamkan nyanyian atau lirik lain yang tidak bercanggah dengan akidah atau hakikat yang sebenar,” kata beliau lagi dalam kenyataannya.

Tambah Asri, Muslim hendaklah tahu tentang keluasan Islam dalam hal ini dan Nabi s.a.w apabila mengizinkan hiburan pertunjukan permainan pedang dan lembing dalam masjid pada hari raya, baginda menegaskan, “agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan.”
“Maka, fatwa dalam hal tarian, senaman, permainan dan seumpamanya, hendaklah luas, tidak sempit dan berusaha melihat ruang keizinan yang diberikan oleh Islam. 

“Apatah lagi kita yang hidup dalam masyarakat yang serba rencam dan pelbagai cabaran ini,” tambah beliau.
Semalam, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, yang telah diputuskan Januari lalu.

Zambry berkata, kerajaan negeri akan menghormati keputusan itu memandangkan satu fatwa berkaitan dengannya telah dikeluarkan.

Maklumat diperoleh dari beberapa blog menunjukkan tarian poco-poco yang menjadi tarikan banyak pihak turut dikenali sebagai pocor-pocor atau pocoh-pocoh disebabkan muzik dan sebagai aktiviti ringan.

Bagaimanapun beberapa tulisan lain pula mendakwa tarian yang datangnya dari Indonesia membawa unsur-unsur mengasyikkan dan ada unsur salib ekoran langkah pergerakan ke kanan-kiri-depan-belakang. - G Manimaran

[Video] Dato Johari "Bercerita" Fasal Video Porno Rekayasa




* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Nenek 7 Cucu Dihukum Gantung


Saya petik:
[HM] KUALA TERENGGANU: Seorang wanita yang mempunyai tujuh cucu hanya mampu menangis apabila dia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu selepas didapati bersalah mengedar heroin seberat 92.68 gram di pekarangan Masjid Padang Nenas, Mengabang Telipot, Batu Rakit, dekat sini, kira-kira dua tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menjatuhkan hukuman itu terhadap Mariah Hamad, 49, dari Rantau Panjang, Kelantan selepas pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Zalina Awang@Mamat berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mariah diwakili peguam bela Tara Singh Delip dilihat memandang ke arah ahli keluarga yang berada di galeri awam ketika hukuman dibacakan.

Mohd Yazid pada penghakimannya berkata, pihaknya mendapati keterangan tertuduh ketika membuat pembelaan diri bahawa dia hanya membawa barangan terbabit yang kemudian dikenal pasti sebagai dadah atas permintaan seorang rakan bernama Ida untuk diberikan kepada seorang individu lain yang menunggu di kawasan masjid itu tanpa mengetahui isi kandungannya adalah tidak benar. 

Beliau berkata, tertuduh didapati tidak bercakap benar kerana kelihatan takut dan pucat ketika ditahan polis di lokasi kejadian menunjukkan dia tahu mengenai isi kandungan barangan di dalam plastik dibawanya itu.

Katanya, tertuduh dalam pembelaannya turut memaklumkan dia bersama suami mahu ke Kuala Berang bagi menziarah saudara suami yang tidak dikenali dan berhenti di masjid itu untuk memberikan barang dikirim Ida.

“Malah, adalah tidak munasabah tertuduh sanggup menggunakan jalan pantai dari Rantau Panjang untuk ke Kuala Berang dan singgah di masjid itu semata-mata mahu menyampaikan barang yang dikirim Ida,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Mariah yang juga peniaga kedai makan didakwa mengedar heroin kira-kira jam 3.45 petang pada 3 Ogos 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati. -Zatul Iffah
 
 P/s: Bodohnya!


,

Rabu, 30 Mac 2011

Jabatan Mufti Perak Haramkan POCO-POCO



P/s: DCM tengah menunggu fatwa Zambry dan ancak di Kampung Guar, Manong!



, ,

Selasa, 29 Mac 2011

[18 SX-Wajib Baca] Ranking Saiz ZAKAR Global: Cuba Teka Malaysia di Tangga Berapa?


Siapa sangka ada ranking untuk saiz zakar global. Saya tidak pasti kesahihannya.

Namun menurut laporan ANI, negara yang menduduki tangga teratas ialah Republik Demokratik Congo, dengan saiz purata zakar lelakinya sekitar 7.1 inci atau 18sm (dakwaan sendiri).

Tempat kedua senarai ini ialah Equador dengan saiz purata zakar sekitar 6.9 inci atau 17.5sm (diukur), dan Ghana pula di tangga keempat dengan saiz zakar sekitar 6.8 inci atau 17.3sm (dakwaan sendiri). Tidak dinyatakan pula negara yang menduduki tangga ketiga.

Malaysia di tangga berapa? Sabar!

Di tempat kelima ialah Colombia dengan saiz purata zakar warganegara lelakinya sekitar  6.7 inci atau 17sm (diukur),  tempat keenam ialah Venezuela dengan saiz purata zakar sekitar  6.7 inci atau 17sm (diukur).

Malaysia di tangga berapa? Sabar! 

Ranking diikuti Lebanon (no. 7), Jamaica (no. 12), Brazil (no. 15), Perancis (no. 17), Republik Czech (no. 22), Belanda (no. 27),  dan Itali (no. 31).

Malaysia di tangga berapa? Sabar! 

Seterusnya, Mesir diletakkan di tangga 33, Denmark ditangga 42, Mexico ditangga  49, Morocco ditangga 51, Sweden ditangga 58, Greece ditangga 61, Chile ditangga 64, Jerman di tangga 68, dan Norway ditangga 72.

Malaysia di tangga berapa? Sabar! 

Menurut ranking itu, United Kingdom ditangga 82, Sepanyol di tangga 85, Australia di tangga 94, Amerika Syarikat di tangga 98, Ireland di tangga 99, Romania di tangga 101 dan Indonesia ditangga 104.

Di mana kedudukan Malaysia. Saya tahu anda resah!

Untuk pengetahuan pembaca DCM, Malaysia berada di kedudukan 106.

Manakala India di tangga 116, Jepun di tangga 110, China di tangga  112, Thailand di tangga 117, dan Korea Selatan di tangga 119.

Anda tidak percaya dengan ranking ini? Terpulang. Saya hanya mahu berkongsi.

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

,

"Cili Kasi Taruk": Jurublog Mesra UMCO dengan Gelas Berisi ARAK!

Sumber Gambar: Topeng Perak

 Waktu isu penjualan arak di Selangor, jurublog ini berkokok menghentam Kerajaan Selangor. Sekarang segala-galanya "terburai". 

"Cili kasi taruk" Kah kah kah! Slogan itu sering kelihatan di blog si montel di atas! Kah kah kah!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


, ,

Apa Sudah Jadi dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)?


Apa sudah jadi dengan DBP yang pernah dibangga-banggakan suatu ketika dahulu? Pertanyaan ini selalu kedengaran daripada rakan-rakan/staff yang sedang berkhidmat atau mereka yang pernah berkhidmat di badan berkanun itu termasuklah saya, TM.

Saya petik sedikit berita yang disiarkan oleh Keadilan Daily yang melaporkan berita penyerahan memorandum daripada Gerakan Darurat Bahasa di Parlimen hari ini, Gerakan itu menggesa kerajaan mengembalikan  semula peranan DBP yang semakin menyimpang dalam membina serta mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Gabungan itu terdiri antaranya termasuklah Teras Keupayaan Melayu (Teras), Persatuan Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), mahu agar kedudukan DBP dikaji semula secara kritikal kerana badan berkanun itu adalah institusi tunggak pembangunan, pengembangan, dan pengkayaan bahasa, sastera dan budaya negara.

Pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, gesaan itu yang selaras dengan Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta 213, Akta DBP sudah sekian lama dibuat namun tiada sebarang tindakan diambil oleh kerajaan.

Atas alasan tersebut, mereka mahu menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin-pemimpin parti politik pembangkang untuk menuntut perhatian dalam beberapa perkara, termasuklah:

1. Penswastaan: Sejak diswastakan pada 2001, DBP terus mencatatkan kerugian berterusan di antara RM20juta sehingga RM40 juta setiap tahun. Sebelum diswastakan, DBP memperoleh keuntungan sekitar RM20 juta setahun.

2. Rombakan struktur DBP: Lembaga Pengelola DBP menubuhkan Bahagaian Pengembangan Bahasa pelbagai kaum yang sebelumnya merupakan unit kecil di DBP. Unit ini yang diangkat kepada bahagian menafikan peranan Jabatan Sastera dalam membina dan mengembangkan sastera Melayu, yang merupakan fungsi utama DBP.

3. PPSMI dan Interlok: Gerakan Darurat Bahasa kesal kerana sejak PPSMI diperkenal kerajaan pada 2003, DBP hanya mengambil sikap membisu. Gerakan Darurat Bahasa berpendapat sebagai institusi yang mempertahankan bahasa, DBP wajar memberikan pandangan benar tentang kebaikan dan keburukan PPSMI.

DBP juga membisu dalam isu Interlok malah langsung tidak mempertahankannya kerana tiada sesiapa yang berani membantah atau menyanggah pendapat umum.

Justeru, mereka menuntut beberapa perkara antaranya:

1. Membatalkan penswastaan yang dilaksanakan ke atas lima bahagian dan dikembalikan semula kepada DBP.

2. Kerajaan memulihkan semula peranan DBP dengan memberikan juga peranan kepada Timbalan menteri Pelajaran kerana Menteri Pelajaran sekarang, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga merupakan Timbalan Perdana Menteri.

3. Jabatan Bahasa dan Jabatan sastera DBP diwujudkan semula secara berasingan dengan lengkap seperti dahulu.

P/s: Saya pernah berkhidmat di DBP sekitar awal tahun 2000. Waktu itu, DBP sedang dalam proses menswastakan bahagian prapenerbitannya kepada DAWAMA. Waktu itu DBP sudah berada di ambang "kejatuhannya". Waktu itu DBP sudah hilang taringnya. Waktu itu sudah kedengaran pelbagai suara yang mengkritik DBP. Waktu itu...!

Kini, DBP semakin "hancur". DBP semakin dayus dalam memperjuangkan bahasa dan sastera. Mengapa saya berkata begitu? Bayangkan DBP tanpa JABATAN khusus untuk BAHASA dan SASTERA seperti yang disuarakan oleh gabungan di atas. Apa lagi yang ada pada DBP jika jabatan untuk sastera dan bahasa tidak mampu diangkat dan dipertahankan?

Kata orang Menara DBP yang gah di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur itu umpama "anu" yang mati pucuk!!!!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

PERKASA Berantakan? Ketua Wira & Wirawati PERKASA Letak Jawatan!

Awas, jaga mata anda! Isteri orang!!!

Media melaporkan secara ringkas bahawa Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah mengesahkan beliau meletakkan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta. Bagaimanapun beliau  yang merupakan ahli seumur hidup akan kekal dalam Perkasa.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Ketua Wiranitanya, iaitu Raihan Sulaiman Palestine memutuskan untuk meletakkan jawatan beliau bulan lalu. Walau bagaimanapun keputusan Raihan itu belum diterima oleh Ibrahim sehingga kini.

Aduhai! Tinggallah Ibrahim Ali terkontang-kontang!


, ,

Remaja 16 Tahun Mengaku Ketagih Seks, Tandas Jadi "Port"!

Gambar sekada hiasan.

Saya petik:
[HM] MELAKA: Seorang remaja perempuan mengaku ketagih seks sejak setahun lalu apabila menjadikan tandas awam di pekan Bemban, Jasin sebagai ‘port asmara’ dengan kekasihnya.

Remaja berusia 16 tahun itu yang masih bersekolah juga mengaku dia membeli kondom terlebih dulu sebagai ‘persediaan’ bagi memuaskan nafsu bersama kekasihnya berusia 19 tahun yang dikenalinya ketika lelaki itu masih belajar di sekolah sama.

Malah, dia mengaku berulang kali menjadikan tandas itu sebagai port asmara bagi menghilangkan ketagihan seks bersama teman lelakinya.

Pendedahan itu dibuat remaja terbabit apabila dia diberkas pegawai syarak dan penduduk selepas disyaki berkhalwat di rumah keluarganya di Kesang, Jasin, kira-kira jam 2.30 pagi, semalam.

Remaja itu dikatakan menjadikan rumah keluarganya sebagai port baru melakukan perbuatan terkutuk bersama teman lelaki ketika ahli keluarganya tiada di rumah.

Bagaimanapun, hasrat pasangan terbabit menjadikan rumah keluarga perempuan berkenaan sebagai tempat maksiat tidak tercapai apabila diberkas dan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati pasangan berkenaan mula berkenalan dan menjalinkan hubungan cinta ketika lelaki terbabit masih bersekolah bersamanya.

Katanya, sepanjang perkenalan itu pasangan terbabit mula melakukan perkara terlarang sehingga melakukan seks dengan memilih tandas awam sebagai tempat melakukan perbuatan itu.
“Bermula dengan beberapa kali terlanjur dengan hubungan haram itu, remaja perempuan terbabit terus ketagih mengadakan hubungan seks bersama pasangannya dan melakukannya sekiranya ada kesempatan ketika bertemu.

“Malah, remaja terbabit mengakui dia membeli satu set kondom a RM3.50 di kedai runcit di pekan berkenaan berhampiran sekolahnya sebelum menemui teman lelakinya itu.

Hasil hubungan pertama itu mereka terus terlanjur dengan menjadikan tandas sebagai lokasi pilihan sehinggalah mereka beralih ke rumah remaja perempuan itu,” katanya.

Rahimin berkata, serbuan dilakukan selepas pegawai syarak terbabit menerima aduan menyatakan ada seorang lelaki dipercayai bukan muhrim masuk ke rumah selepas penemuan sebuah motosikal yang diletakkan secara tersorok di belakang kediaman keluarga perempuan berkenaan.

 P/s: Seram sejuk baca berita ini.

, , ,

Menteri "Kalau UMCO-Semua Boleh" Kata Pemberian Bantuan Ketika Pilihan Raya BUKAN Rasuah!


Saya petik:
[Bernama] KUALA LUMPUR, 29 Mac — Pemberian bantuan segera kepada rakyat ketika kempen pilihan raya tidak boleh ditakrif sebagai rasuah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau berkata ini kerana pelbagai bantuan yang disampaikan kepada rakyat menjelang pilihan raya adalah sebagai memenuhi manifesto atau janji yang dibuat kerajaan jika menang pilihan raya.

“Kita dah berjanji kalau menang kita akan tunaikan (manifesto)... sebagai contoh bantuan mesin jahit, kalau kita tak bagi masa nak pilihan raya boleh segera bagi selepas pilihan raya, sama sahaja, adakah ini satu kesalahan?

“Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya),” katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Azizi Ab Kadir (PKR-Ketereh) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Ab Aziz dalam soalannya ingin tahu sama ada pemberian bantuan segera ketika pilihan raya atau pilihan raya kecil merupakan satu bentuk rasuah dan adakah kerajaan bercadang menghentikan bantuan seumpamanya ketika kempen pilihan raya.

Menjawab soalan Ab Aziz mengenai jumlah aduan rasuah yang diterima Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) ketika pilihan raya kecil bagi tempoh 2008 hingga 2010, Nazri berkata sebanyak enam kes diterima dan disiasat dalam tempoh itu.

P/s:  Menteri ini tidak menjawab soalan. Kalau jawab soalan SPM, silap-silap dapat E. Orang bertanya soal projek mi segera, duit tunai yang diberikan sewaktu berkempen, peralatan dan kenderaan (basikal/motosikal) yang diberikan sewaktu pilihan raya, begitu juga kain pelikat, kain batik, biskut, dan segala macam habuan lain. Orang tidak bercakap soal manifesto atau BN memenuhi manifesto pilihan raya.Yang ini, cerita lepas pilihan raya berdasarkan peruntukan yang ditetapkan. Lagipun, mengapa saat tiba pilihan raya mahu penuhi manifesto?

Semasa kempen pilihan raya, cuba tanya Menteri, duit/bantuan yang diberikan itu guna duit siapa? Duit UMCO? Banyak duit UMCO?

Kalau duit rakyat, duit kerajaan bukankah itu penyalahgunaan kuasa yang mempunyai unsur rasuah? Ada beza UMCO sebagai parti politik dan UMCO sebagai parti pemerintah/ kerajaan yang memegang duit rakyat sebagai suatu amanah!

Bingai!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

, ,

Duit PTPTN Modal Niaga Dadah

Gambar sekadar hiasan.

Saya petik:
[HM] KUALA TERENGGANU: Seorang penuntut ijazah sarjana muda sebuah universiti di Kedah dikesan menggunakan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai modal untuk menjadi pengedar syabu bagi mendapatkan duit poket bukan saja untuk membiayai pengajiannya malah menampung keperluannya menagih dadah berkenaan.

Pelajar Pengurusan Teknologi berusia 25 tahun yang bakal menamatkan pengajian Ogos ini, mengaku mula menagih bahan terlarang itu sejak lima tahun lalu.

Pelajar itu ditahan dalam ‘Ops Gempur’ semalam, selepas polis menerima rungutan awam mengenai kegiatannya mengedar dadah secara kecil-kecilan kepada penagih.

Ketika diberkas, dia sedang tidur bersama seorang saudara lelaki berumur 30 tahun di sebuah stor bahagian depan rumah tanpa dinding di Kampung Padang Macang, Manir, di sini, kira-kira jam 4.30 pagi.

Dalam serbuan Unit Risikan Jenayah (D4) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu diketuai Inspektor Husaini Amir Mohd Noor bersama anggota Balai Polis Manir dan Chabang Tiga, polis menemui satu tiub plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki syabu di celah plastik rokok Gudang Garam yang disorok di bawah katil di rumah itu.

Hasil siasatan polis, penuntut berkenaan yang sepatutnya menggunakan wang pinjaman PTPTN untuk membiayai pengajian, mendakwa terpaksa menjual syabu bagi menambah duit poket.

Malah, suspek bersama saudaranya itu pernah ditahan di lokap selama tiga hari tahun lalu atas kesalahan memiliki dua gram syabu tetapi dibebaskan dengan jaminan polis serta dikenakan denda RM1,400.

Penuntut berkenaan dan saudaranya ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 15(1) akta sama kerana memasukkan dadah dalam badan...-  Taufiq Daud

 P/s: Otak bisnes tidak kena dengan tempat!

, ,

[Video] Anwar Ibrahim di Stadium Melawati (Solat Hajat & Pidato Khas Fitnah)


Video:




,

Cuba Teka Gerangan Jurublog Mesra UMCO dengan Gelas Bir TIGER!

Gambar: Topeng Perak
Bagi sesiapa yang biasa dengan dunia blog politik, pasti dapat mengagak gerangan orangnya. Jurublog ini kalau bercakap fasal Islam, kalah orang lain. Kalau bercakap fasal Melayu, lebih Melayu daripada orang lain. Rupa-rupanya ketagih minum air kencing syaitan.


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Larangan Loteri Kekal di Kelantan. Saya Sokong! Di Mana Ahli UMCO?

Larangan tiket loteri ini mendapat bantahan daripada BN, terutamanya MCA. Dalam Pakatan Rakyat pula DAP dilihat menentang usaha ini. Kedua-dua pihak mungkin berbuat demikian kerana kepentingan undi atau sebab-sebab lain. PKR berada di tengah-tengah "jalan".

Di mana pula UMCO? Parti yang dicanang hebat membela Melayu dan Islam, sampai ada yang menganggap jika tiada UMCO, maka tamatlah "riwayat" Melayu dan Islam? Wow! Jika dalam kes penjualan bir dan alkhohol di Selangor suatu ketika dahulu, mereka berarak bagaikan pejuang Islam yang mahu mati syahid di medan peperangan, hari ini, dalam isu ini, mereka hilang entah ke mana. Di mana Pemuda UMCO? Di mana ahli UMCO untuk menyokong larangan ini? Tiada sepanduk, tiada kenyataan dibuat untuk menyokong PAS. Menyorokkah mereka? Atau mereka ini layak digelar...

Munafik? Hipokrit?

Chua Soi Lek mahu membawa hal ini ke mahkamah. Selepas kantoi beraksi dalam video lucah, curang kepada isteri dan mengkhianati kepercayaan keluarga, apa lagi kredibiliti yang ada pada pemimpin ini? Mungkin tidak sesuai bercakap soal moral, dia bercakap soal tidak bermoral seperti judi dan sebagainya. 

Kalau mahu bercerita soal kesan buruk judi, memanglah banyak, sampai tidak tertulis. Cuma, orang Cina, dalam hal ini, perlu bertanya kepada Chua Soi Lek, adakah pemimpin MCA itu mahu orang Cina terus hidup dalam lingkungan judi, menghambakan diri kepada judi, sehingga ada yang hidup menderita kerana judi?


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


,

Isnin, 28 Mac 2011

Selepas "Halalkan" Tayangan Pornografi, Menteri Dakwa Datuk T Boleh Dilindungi


Bernama melaporkan bahawa trio ‘‘Datuk T’’ yang mendedahkan rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes berkaitan dengan pendedahan itu. 

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, akta tersebut boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan.

“Bagaimanapun, kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan ketika ini memandangkan belum ada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pihak sehingga kini dengan perkara itu juga masih dalam siasatan polis,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, ketika diminta mengulas mengenai perlindungan undang-undang yang boleh diberi kepada trio berkenaan.

Walhal  dalam hal ini jelas bahawa trio lahanat itu menayangkan klip porno itu kepada pihak tertentu, sedangkan perbuatan itu bertentangan dengan undang-undang dan hukum agama. Malah mereka membuat ugutan politik yang meminta DSAI dan isterinya meletakkan jawatan semata-mata kerana video yang banyak pihak menganggapnya sebagai hasil rekayasa pihak tertentu.

Nazri sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan trio itu tidak salah menayangkan klip porno di Seri Carcosa Negara jika perbuatan itu tidak mendatangkan keuntungan apabila menjawab pertanyaan  sekumpulan wartawan.

P/s:Kalau untuk kepentingan mereka, semua boleh, semua halal!


, , ,

Isu Fitnah/Manipulasi Twitter/FB: PKR Jawab Tuduhan Susulan Jurublog & Utusan Malaysia

Sila baca jawapan PKR apabila isu ini pertama kali ditimbulkan oleh jurublog UMCO dan Utusan di sini.

Saya petik:
[TVS] SHAH ALAM 28 MAC : Sebaliknya akhbar itu dan blog-blog upahan Umno terus mendakwa kononnya twitter Anwar hanya menunjukkan catatan pada pukul 11.38 malam, kononnya apabila rakaman video lucah itu selesai.

Laporan itu jelas bermotif fitnah semata- mata, kerana, sebagaimana yang diterangkan oleh Rafizi, catatan Twitter di Malaysia adalah sejam lebih awal kerana ia berlandaskan waktu yang dirakam oleh pelayan (server) Twitter di San Francisco, Amerika Syarikat.

Pelayan (server) berkenaan terikat kepada zon waktu Amerika Syarikat yang diubah ketika musim sejak antara November hingga Mac dan memberi kesan kepada waktu catatan twitter di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Maka disinilah ungkapan manusia merancang namun Tuhan menentukan amat bertepatan. Sesungguhnya kebarangkalian Anwar menggunakan Twitter tentunya tidak diambil kira oleh perancang dan dalang yang cuba mengaitkan beliau kepada rakaman video lucah 21 Februari.

Mereka mungkin berjaya mengupah pelakon ala Anwar yang hebat (namun berperut buncit) tetapi Tuhan menentukan Anwar dapat dibela menerusi catatan di Twitter dan Facebooknya
.

Seperti yang diterangkan oleh Rafizi, semua laporan setakat ini oleh mereka yang telah menonton video itu tidak mengesan si pelaku melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan Twitter.

Apa yang jelas ialah fitnah Rahim Thamby Chik dan Shazryl Eskay digunakan secara licik oleh pucuk pimpinan Umno untuk menggerakkan serangan terbaru terhadap Anwar menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak.

Justeru media arus perdana Utusan Malaysia sekali lagi kelihatan diarah untuk memainkan isu Twitter dan Facebook bagi menguatkan fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu.

Namun kedangkalan dan niat jahat Umno, Utusan dan blog-blog upahan parti itu mengenai Twitter dan Facebook tetap terserlah dan memerangkap diri.

Penjelasan Rafizi hari ini bukan maklumat rahsia. Ia boleh diperolehi daripada sesiapa yang arif mengenai Twitter dan Facebook.

Namun maklumat yang benar hanya akan diperolehi oleh orang yang mencari kebenaran, bukan pihak yang mahu menghalalkan fitnah dengan pembohongan demi pembohongan.

Bagaimanapun persoalan yang masih tinggal adalah sama ada Anwar akan “dibebaskan” oleh polis bersabit video lucah ini.

Mereka yang arif mengenai politik Umno tidak akan terkejut jika fitnah video ini dibiarkan berlarutan dan polis “memerlukan lebih masa untuk menjalankan siasatan terperinci."
Pada masa sama, Utusan Malaysia, blog dan media kawalan Umno yang lain akan terus “memerah”  fitnah video seks ini sebaik mungkin dalam perang untuk menghakis sokongan rakyat terhadap Anwar.

Janganlah terkejut, jika pada hari- hari yang menjelang ini, video itu dimuatkan dalam Youtube dan rakyat digesa persetankan bukti Twitter dan Facebook Anwar bahawa rakaman itu adalah fitnah semata- mata.

Siri demostrasi dan tunjuk perasaan oleh Perkasa, Umno dan badan- badan bukan kerajaan akan sekali lagi dianjurkan di seluruh pelosok negara, mendesak Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berundur dari politik.

Malah, jangan tolak kemungkinan Tan Sri Rahim dan Eskay dianugerahkan darjah kebesaran (mungkin oleh Yang di Pertua Melaka) dan diangkat menjadi wira baru Umno sebagai penyelamat bangsa Melayu.  

Umno amat berpengalaman dalam permainan ini. -Edi
P/s: Kedua-dua laporan fasal Twitter/Facebook Anwar Ibrahim ini disiarkan di muka hadapan Utusan. Rupa-rupanya sampah!


, ,

Isu Pluralisme: Yusuf al-Qaradawi dan Dr. Sheikh Taha Jabir al-Alwani Sedia Menjadi Saksi Pihak Anwar Ibrahim

Yusuf al-Qaradawi dan Anwar Ibrahim.

Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Dua ulama terkemuka dunia bersedia menjadi saksi bagi membela Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu pluralisme.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata kerajaan sedang menyiasat ucapan Anwar di London School of Economics tahun lepas kerana didakwa kononnya mempromosi pluralisme.

Menurut Anwar, nampak jelas Jamil tidak memahami maksud pluralisme dan tidak membaca ucapan beliau. “Pluralisme bukan bermakna kita menghina atau merendahkan kekuatan Islam.

Sebaliknya ia adalah fahaman yang mempromosi toleransi dan berbaik-baik antara agama dalam dunia,” kata beliau.

Menjawab satu soalan Anwar berkata sekiranya kerajaan ingin mendakwa beliau ke Mahkamah Syariah, itu hak mereka. “Dua ulama terkemuka dunia Yusuf al-Qaradawi dan Dr. Sheikh Taha Jabir al-Alwani sudah menyatakan kesedian menjadi saksi sekiranya kerajaan mendakwa saya di Mahkamah Syariah,” tambah Anwar.

Tindakan Jamil menyiasat Anwar menyerlahkan hipokrasi kerajaan BN kerana sebelum ini Jamil juga menghalang pelaksanaan qazaf dalam kes melibatkan dakwaan Saiful Bukhari Azlan terhadap Anwar.
.P/s: Apa lagi helah ulama dan pemimpin UMCO?


, ,

Wanita Libya-Mangsa "Rogol Bergilir-gilir" Ditawarkan Wang dan Rumah untuk Tutup Mulut?


Saya ada siarkan berita fasal wanita ini di sini.

Semalam kebanyakan media melaporkan bahawa Iman al-Obeidi menyerbu Hotel Rixos, Tripoli sambil meminta wartawan yang berada di situ merakamkan pengakuannya dirogol secara bergilir-gilir oleh 15 lelaki yang dikatakan konco Gadaffi. Bukan sahaja dirogol, Iman mendakwa dirinya dikurung selama dua hari dan turut didera semasa ditahan.

Pengakuan Iman walau bagaimanapun dinafikan oleh kerajaan Libya dengan mendakwa wanita itu mabuk dan mungkin mengalami masalah mental. Malah ada juga pegawai kerajaan mendakwa Iman seorang pelacur.

Hari ini media Barat, ABC melaporkan saudara mara wanita tersebut mendakwa kerajaan Gadaffi menawarkan sejumlah wang, malahan sebuah rumah untuk menutup mulut wanita itu. 

P/s: Seperti yang saya tegaskan semalam, berita ini mungkin benar, mungkin juga hanya propaganda Barat untuk mewajarkan serangan di Libya dan mempengaruhi pemikiran rakyat Libya untuk menentang Gadaffi. Boleh jadi benar dia diperlakukan begitu! Saya tidak tahu!


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


,

Profesor "Kangkung": Belum Terbukti Bersalah, Sudah Minta Anwar Undur!


Saya petik:
[SH] SHAH ALAM - Sudah sampai masa bagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur daripada kancah politik negara.

Itulah pendapat pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nidzammudin Sulaiman berikutan pendedahan video seks yang didakwa membabitkan pemimpin nombor satu Pakatan Rakyat (PR) itu.

Dr Nidzammudin berkata, meskipun Anwar belum dipastikan terlibat dalam skandal itu, sedikit sebanyak ia akan turut memberi kesan bagi imej dan reputasinya berdasarkan rekod sedia ada termasuk perbicaraan kes liwat yang sedang berlangsung di mahkamah.

"Orang akan jadi muak. Ini tidak kira sama ada beliau bersalah ataupun tidak kerana bagi seorang pemimpin politik, apa yang lebih utama adalah kepentingan rakyat, bukan permainan politik yang berulang-ulang.

"Kerana itu, saya fikir sudah sampai masa bagi Anwar berundur. Jika beliau mahu menjaga namanya sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri, adalah lebih baik bagi beliau memberi tumpuan kepada isu-isu bukan politik melibatkan kepentingan masyarakat termasuk membimbing generasi muda kerana saya percaya, beliau masih diminati dan dikagumi ramai anak muda," katanya.

Menurutnya, setiap individu termasuk pemimpin besar seperti Anwar ada had tertentu dalam berjuang untuk mempertahankan sesuatu.

P/s: Prof madya ini selalu kita lihat kemunculannya dalam program di Astro Awani terutamanya ketika mengulas sesuatu pilihan raya kecil. Saya pun suka hujahnya pada peringkat awal kemunculan di TV. Namun, sejak akhir-akhir ini, nada hujahnya sudah berubah. Bukan saya tidak suka dia mengkritik pemimpin dan Pakatan Rakyat, tetapi hujahnya ada kala berat sebelah dan tidak dapat diterima akal. Kita boleh terima kritikan dan perbezaan, namun jika mahu memberikan hujah, biarlah bernas dan logik! Sebagai contoh, cuba anda baca hujahnya di atas?

Berkaitan dengan desakan "prof kangkung" ini, hukum mana yang diguna pakai? Orang belum tentu bersalah diminta meletakkan jawatan kerana alasan rakyat sudah muak, permainan politik berulang-ulang. Cuba tanya "prof kangkung" ini, siapa yang merencanakan permainan politik kotor yang berulang-ulang ini? Dalam pada itu, beranikah dia mengkritik orang di balik drama dan konspirasi ini? Tidak nampakkah dia permainan politik kotor musuh PR?

Berdasarkan hujah "bodohnya", mengapa dia tidak minta MP yang kantoi meraba bontot meletakkan jawatan, mengapa dia tidak minta Chua Soi Lek meletakkan jawatan sebagai Presiden MCA, mengapa dia tidak minta Rahim Thamby Chik meletakkan jawatan, lagi menarik, mengapa tidak minta pemimpin yang kantoi khalwat di PD meletakkan jawatan? Banyak lagi, kalau nak tulis...

, ,

Bapa Cari Orang yang Sanggup Bunuh Teman Lelaki Anaknya. Mengapa?


Polis menahan seorang lelaki di California, Amerika Syarikay kerana disyaki mencuba mengupah seseorang untuk membunuh teman lelaki anak gadis remajanya.

Fox5SanDiego.com melaporkan Domingos Oliveira, 50, ditahan Jumaat lalu selepas polis mengeluarkan waran untuk menyelongkar rumahnya di Spring Valley, California.

Pihak polis menerima laporan daripada anak gadis Oliveira yang berusia 19 tahun dan teman lelakinya selepas mereka menemukan beberapa poster memerihalkan hasrat Oliveira itu di sekitar kampus Kolej Grossmont dua minggu lalu.

Poster yang didakwa dibuat dan diedarkan sendiri oleh Oliveira itu menawarkan wang tunai $3,000 (RM9,082) untuk tubuh teman lelaki anaknya sama ada "mati atau hidup".

Menurut polis, poster itu turut memaparkan nama dan foto teman lelaki anak gadis Oliveira yang didakwanya bekas pesalah seksual. Hal itu turut disahkan oleh polis selepas menyiasat rekod teman lelaki anak Oliveira.

Oliveira kini ditahan sementara menunggu siasatan lanjut.

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

, ,

Ahad, 27 Mac 2011

[Gambar-18SX] Jurugambar CUN Berbogel di Kawasan Awam, New York. Gila!

Aksi bogel Erica Simone di jalan sekitar New York. Gila!
Berita menarik daripada DM.

Biasanya, jurugambar merakamkan aksi/ragam manusia atau fenomena alam, atau apa-apa sahaja.

Namun jurugambar cun bernama Erica Simone mempunyai pendapat yang berbeza. Dia membuat keputusan untuk berbogel - menangkap gambar sendiri - di jalan/kawasan awam sekitar New York. 

Gadis berusia 25 tahun itu tidak segan untuk berbuat demikian atas alasan seni.

Bercakap kepada pihak DM, "Pada mulanya, hal itu seperti, 'Bolehkah saya melakukannya?' 'Saya menyukai idea itu, namun tidak ada keberanian untuk melakukannya- Saya bukan exhibitionist sepenuhnya."

"Namun, saya berjaya melakukannya pada hari pertama di West Village dan saya tidak ditangkap oleh pihak berkuasa."

Kesemua 20 keping gambar bogel yang dirakamkan di sekitar New York itu merupakan sebahagian daripada material pameran terbaharu Simone, iaitu Nue York: Self-Portraits of a Bare Urban Citizen yang bakal dilancarkan bulan depan di Galeri Dash, Tribeca.

Maaflah, berita fasal kegilaan jurugambar ini terlalu panjang. Saya tidak mahu menterjemah lanjut fasal kegilaannya. Saya yakin akhbar tempatan akan menterjemahkannya nanti. Anda boleh baca butiran lanjutnya kemudian.

Erica Simone di dalam keretapi bawah tanah.

P/s: Dunia akhir zaman tuan-tuan!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


,

Raja Sesumpah Ezam PENAKUT?

"Gebang" sahaja lebih!

Saya dengar berita di Awani tadi. Cerita fasal Raja Sesumpah Ezam yang mengeluarkan kenyataan bahawa dia TIDAK BERMINAT untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Katanya, tiada perancangan untuk bertanding biarpun BN menawarkannya menjadi calon untuk mewakili parti itu. Walaupun tidak mahu bertanding, Ezam menegaskan bahawa dia akan membantu BN merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Saya tidak mahu mengulas panjang fasal Raja Sesumpah ini. Saya cuma pelik kerana tatkala MP Katak sedang hebat membodek Najib untuk dicalonkan dalam pilihan raya akan datang, Si Raja Sesumpah ini pula sebaliknya. Adakah dia hanya hebat berkata-kata tetapi takut untuk berhadapan dengan rakyat? Raja Sesumpah seorang yang penakut? 

Dia melalak di media dan di lapangan ceramah memfitnah dan memburuk-burukkan pemimpin dan Pakatan Rakyat, namun tidak mahu bertanding dalam pilihan raya. Jika dakwaannya benar, dan setiap dakwaannya itu diterima oleh rakyat khususnya di Selangor, tempat yang lazim kelihatan dia dan puak UMCO mengadakan ceramah, mengapa takut untuk bertanding dalam pilihan raya?

P/s: Kalau tidak ada "telor" mengaku sahajalah!
  

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

, ,

[Video] Wanita Dakwa Dirogol Bergilir-gilir 15 Konco Gadaffi

Iman al-Obeidi

Seorang wanita Libya mendakwa dirinya dirogol secara bergilir-gilir, dikencing, didera, dan dihina oleh 15 lelaki yang didakwanya konco Gadaffi, selama dua hari. 

Iman al-Obeidi mendakwa konco Gaddafi itu menahannya di suatu sekatan jalan raya sebelum dia diikat dan kemudiannya didera dan dirogol oleh mereka lapor DM.

Semasa membuat dakwaan itu, mukanya kelihatan calar-balar dan luka. Dia mendakwa ditahan kerana disyaki ada kaitan dengan kumpulan pemberontak dari Bandar Benghazi. Semasa sidang media itu, Iman turut menyelak kainnya untuk menunjukkan kesan cedera pada kakinya.

Dia yang membuat sidang akhbar di Tripoli di depan wartawan media asing menceritakan dakwaannya sebelum sidang media itu dihentikan oleh pegawai kerajaan yang kemudian menahannya.

Kedatangan pegawai kerajaan itu menimbulkan sedikit kekecohan. Dalam kejadian itu, kamera milik CNN dirampas dan dipecahkan oleh kumpulan yang menyokong kerajaan.
Iman al-Obeidi dibawa pergi pegawai kerajaan.

Ketika dibawa pergi, Iman menyatakan "Sebaik sahaja saya dibawa pergi, mereka akan memenjarakan saya."

Jurucakap kerajaan Moussa Ibrahim memberitahu media bahawa penyiasat mendapati wanita itu mabuk dan berkemungkinan mengalami masalah mental.

P/s: Dalam hal ini, kejadian dan dakwaan ini boleh jadi suatu bentuk propaganda Amerika Syarikat dan kumpulan pemberontak, boleh jadi juga dakwaan wanita itu benar!

Video:



* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


, ,

Anak Biri-biri + Anjing


Pakar-pakar veterinar menyatakan bahawa perkara yang terjadi adalah suatu yang mustahil, tetapi seorang petani, Liu Naiying menganggap kelahiran anak anjingnya sebagai suatu keajaiban, lapor sebuah akhbar semalam.

Naiying mendakwa, anak anjing itu dilahirkan oleh seekor biri-biri betina peliharaannya di ladangnya Xian, Wilayah Shaanxi, tengah China.

Menurut petani tersebut, badan anak anjing itu dipenuhi bulu seperti seekor biri-biri tetapi mulut, hidung, mata, tapak kaki, dan ekornya menyerupai anjing, malah mamalia itu juga gemar bermain bersama dengan anjing-anjing lain.

"Saya sedang menggembala biri-biri baru-baru ini apabila melihat seekor biri-biri menjilat anaknya yang baru lahir. Saya terkejut apabila melihat anak biri-biri itu menyerupai seekor anjing," kata Naiying.

Kini, ladangnya dikunjungi oleh penduduk setempat dan luar daerah yang mahu melihat sendiri anak anjing pelik itu.

Mengulas tentang kes itu, seorang saintis di sebuah pusat penyelidikan haiwan tempatan, Yue Guozhang berkata, anjing dan biri-biri merupakan dua spesies berbeza.

"Mustahil biri-biri boleh bunting dengan anak anjing. Namun, anak biri-biri itu ganjil," katanya.

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

, ,

Senat Mexico Sokong Orang Curang


Berita AFP melaporkan bahawa Senat Mexico memansuhkan undang-undang menipu pasangan yang menetapkan perbuatan itu sebagai suatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun.

Sebanyak 69 Senator kecuali seorang yang tidak hadir, mengundi untuk membatalkan hukuman orang yang melakukan hubungan luar nikah mengikut kanun jenayah, menurut dokumen Senat.

Di bawah undang-undang sebelum ini, individu yang bersalah melakukan seks luar nikah akan dihukum penjara dua tahun dan digantung hak sivil mereka sehingga enam tahun. 

Undian terbaharu dikatakan sebagai cara mengutuk penafsiran jenayah lama yang membenarkan lelaki melayan wanita umpama memiliki harta, kata senator dari sayap kiri, Pablo Gomez semasa perbahasan.

Perubahan itu diluluskan di Dewan Rendah Kongres Nasional dan dihantar ke Presiden Felipe Calderon untuk ditandatangani.

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


,

1Malaysia Sudah Kena "Tipu", Taib Mahmud Pertahan Kerusi DUN Balingian


1Malaysia kena tipu...

Saya petik:
[BH] MUKAH: Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud semalam mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Balingian dalam pilihan raya negeri ke-10 akan datang.

Anda tanya saya apakah saya akan bertanding di Balingian, ya. Itulah sebab saya di sini hari ini (semalam) untuk melawat pejabat ini,” katanya ketika ditanya wartawan ketika kunjungan singkatnya ke Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Balingian, di sini. 

Taib berkata, parti itu meletakkan kira-kira 25 peratus muka baru. 

Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) negeri juga sedang dalam proses membereskan senarai calonnya.

“Selepas kami membereskannya, saya akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk pengesahan beliau, mungkin pada 1 atau 2 April ini,” katanya. 

P/s: Taib Mahmud, dua hari sebelum DUN Sarawak dibubarkan, mengumumkan bahawa dia akan mengundurkan diri selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak. Semua dimaklumkan bahawa KM Sarawak paling lama berkuasa itu tidak akan menawarkan diri untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak selepas PRN ini, malah kenyataan itu membayangkan pengundurannya daripada politik.

Sudah tentulah pengumuman itu menggembirakan orang Sarawak.

Semalam Taib Mahmud mengumumkan bahawa dia akan mempertahankan Kerusi DUNnya.

Masalahnya: Jika Taib Mahmud masih ADUN walaupun bukan sebagai KM,  apa bezanya Sarawak semasa dan selepas Taib Mahmud sebagai KM? Tidak terbayangkah anda bahawa KM baharu yang bakal dilantik (jika BN masih berpeluang memerintah) itu hanya BONEKA Taib Mahmud? Pusing macam mana pun. macam itu jugalah!


, , ,

Sabtu, 26 Mac 2011

Isu Fitnah/Manipulasi Twitter/FB: Utusan Malaysia Sebar Fitnah Jurublog UMCO

Apa beza Utusan dan Blog UMCO? 

Saya petik:

Antara bukti catatan dari twitter ke facebook hanya mengambil masa dua minit, bukan sejam seperti fitnah Utusan Malaysia

[KD] KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia yang memetik laporan blog tajaan Umno, kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membuat sebarang twit ke akaun twitternya pada masa rakaman video palsu itu berlangsung, didesak memohon maaf atau berdepan saman dari KEADILAN.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Anwar menghantar sembilan pesanan ke akaun twitternya antara jam 10.38 malam hingga 11.06 malam berbanding waktu rakaman video berkenaan antara jam 10.20 malam hingga 10.41 malam.

“Semua laporan mereka yang menonton rakaman itu tidak menyebut sipelaku melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan twitter,” katanya pada satu kenyataan media, hari ini.

“Pesanan yang dihantar jelas dibuat  Anwar kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut yang diketahui umum. Mustahil sipelaku dalam video adalah Anwar,” katanya yang mengemuka bukti sekali gus mematahkan fitnah yang disiarkan blog yang dibiayai Umno sebelum dipetik Utusan Malaysia.

Paparan skrin facebook Anwar membuktikan dakwaan Utusan Malaysia adalah pembohongan semata-mata
Rafizi juga kesal kerana Utusan Malaysia mendakwa wujud perbezaan masa antara laman facebook dan twitter, kononnya pesanan yang dirakam di facebook sejam lebih lambat dari twitter.

“Ini pembohongan besar yang sengaja direka. Dua petikan skrin dari twitter dan facebook Anwar yang menunjukkan pesanan yang dibuat melalui twitter dihantar ke facebook, dua minit kemudian,” katanya.

Rafizi berkata, pesanan pada jam 12.22 tengah hari pada 26 Mac 2011 di twitter dicatat waktunya sebagai 12.24 tengah hari di facebook.

“Ini membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya Utusan Malaysia yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa. Asal dapat menyebarkan dakyah tuan punya iaitu Umno.

“KEADILAN mendesak Utusan Malaysia memohon maaf. Jika enggan berbuat demikian, KEADILAN akan mempertimbang tindakan lanjut terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog Umno itu,” katanya.

P/s: LAHANAT! Saman sahaja. Kerosakan telah pun berlaku!

, ,

[Video-PANAS] Anwar Ibrahim DISERBU Polis FRU Ketika Ceramah Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara

Kredit: MediaRakyat

Betapa takutnya kerajaan UMCO apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim membuka pekung Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara.

Demokrasi semakin mati di Malaysia! Hidup pronografi!

Video:


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

, ,

[Video-Wajib Tonton] "Drama Kegagalan" Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara

  
Video:

Lawak-lawak. Jangan marah!


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

,

Dr Asri: Video Lucah dan Dosa Politik


Saya petik:
Dalam budaya manusia yang tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh.

Maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing.

Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya. Ia haram.

Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini.

Sama ada PAS, Umno dan PKR; ramai individu dalamparti-parti itu telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini. Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka.

Bahkan kadang-kala mereka menghina rupa ciptaan Allah yang ada pada musuh-musuh politik mereka seperti mengatakan si botak, gagap, hidung besar, mamak dan lain-lain. Mereka melanggar pantang larang agama dalam berpolitik.

Wabak inilah sedang memakan diri mereka sendiri. Mereka yang tiada etika dan akhlak telah dan akan terus terbabit dalam hal ini.

Sedangkan Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat." (Riwayat Muslim).

Aib peribadi
Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain. Aib peribadi seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin.

Jika hendak didakwa, hendaklah di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai. Pun begitu, Islam mengetatkan syarat saksi dan proses penyaksian. Bagi kes zina, jika gagal dipenuhi syarat, penuduh boleh dijatuhkan hukuman qazaf.

Tujuannya, untuk mengelakkan perangai suka menuduh dan mendedahkan aib peribadi orang lain. Sebab itu penzina dihukum 100 sebatan dan yang menuduh tanpa empat orang saksi 80 sebatan. Angka yang hampir bagi menunjukkan kesalahan menuduh tanpa empat orang saksi - sekalipun mungkin benar - adalah berat di sisi agama.

Firman Allah (maksudnya): "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: Ayat 4).

Nabi SAW sendiri mengelakkan agar aib itu didedahkan, bahkan disuruh bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar.

Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata:

"Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu 'Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi SAW menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi SAW: Bahkan untuk manusia keseluruhannya."

Bukan bukti Asas
Rakaman video bagi kes maksiat peribadi tidak boleh dijadikan asas bukti. Bagi kes zina hendaklah dengan empat orang saksi. Tiada keperluan untuk pencarian bukti sampingan. Itu soal dosa insan dengan Allah bukan dengan orang lain.

Jika ia terlepas, mahkamah Allah di mahsyar tetap ada, atau mungkin dia bertaubat. Tiada pihak yang rugi atau untung melainkan dirinya sendiri.
Kata Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai usaha mencegah kemungkaran:

"Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis 'barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya...."

Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya.

Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya.
Bahkan hukuman Ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis sahih (bermaksud):

"Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, hal 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).

Berbeza Dengan Kes Kezaliman
Ia berbeza dengan kes jenayah terhadap lain seperti bunuh, curi, rompak, rogol, diliwat secara paksa, rasuah dan seumpamanya. Kes-kes ini perlu dibongkar dan diambil tindakan demi keadilan terhadap mangsa.

Rakaman dalam kes-kes ini perlu diusahakan. Islam mengizinkan, bahkan menyuruh didedahkan bahaya atau kezaliman yang dilakukan yang boleh memudaratkan orang ramai dan rakyat. Jika ada perasuah, atau perompak, atau perogol maka hendaklah diberi amaran kepada orang yang mungkin menjadi mangsa.

Itu pun hendaklah atas asas bukti yang kukuh, bukan sekadar andaian. Demikian juga boleh mendedahkan kepada pihak yang berkaitan seperti hakim, pengundi dan orang awam tentang kezaliman yang boleh menimpa diri atau orang lain.

Firman Allah (maksudnya): "Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa". (Surah al-Nisa: Ayat 148-149).

Tidak Perlu Suruhajaya
Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat. Al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya 'Ulum al-Din telah menyebut mengenai rukun-rukun perlaksanaan Hisbah.

Hisbah bermaksud perlaksanaan al-Amr bi al-ma'ruf (menyuruh kepada makruf) apabila ia nyata ditinggalkan, dan al-Nahy 'an al-munkar (pencegahan kemunkaran) apabila ia nyata dilakukan.

Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah:

"Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta'ala telah melarang hal ini. Kisah 'Umar dan 'Abd al-Rahman bin 'Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa 'Umar RA telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah 'Umar dan berkata: Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara. 'Umar bertanya: Apa dia? Dia berkata: Allah Ta'ala telah berfirman (maksudnya): Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain. Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya. Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya): Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka 'Umar pun meninggalkannya... Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut." (Al-Ghazali, Ihya 'Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).

Ingatan
Muslim hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dalam kes-kes seperti ini. Ia menjadi pengajaran kepada semua parti politik. Manusia-manusia yang rendah nilai dan maruah sanggup untuk terbabit dalam hal seperti ini sejak lama dahulu.
|
Mereka ini ada dalam Umno, PKR dan PAS. Sedangkan Allah berfirman (maksudnya):

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Surah al-Hujurat: 12).

Bangkit generasi baru
Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini.

Kita tentang semua pelakon politik yang suka mengelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan.

Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini! - Dr Mohd Asri Zainul Abidin

 P/s: Bertaubatlah UMCO!


PR

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH