Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Tambahkan"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Sertai"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Like"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Follow"]

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Archives

Isnin, 28 Februari 2011

Drama Liwat II: Masa Video CCTV Lif dan Pintu Utama Tidak Selari. Skrip Tidak Betul?


Saya petik:
[TVS] KUALA LUMPUR: Masuk minggu ke tiga prosiding kes fitnah 2, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Peguambela meneruskan soal balas terhadap Juru Analisa Audio dan Video Makmal Forensik PDRM, ASP Fauziah Che Mat.

Dalam keterangannya, Fauziah menjelaskan pada 3 Julai 2008, DSP Jude Blacious Periere hadir ke makmal forensik PDRM untuk menyerahkan dua bungkusan mengandungi cakera keras video keselamatan kamera litar tertutup (CCTV) untuk dianalisa.

Peguam Anwar, Sankara Nair seterusnya merujuk catatan rakaman video Khamis lalu yang mengesan kehadiran individu yang dipercayai pengadu, Saiful Bukhari Azlan yang menggunakan kereta Fiat Ulysse bernombor plat WPK 5925 masuk ke kawasan kondo pada 2.47 petang menggunakan pintu utama.

Namun kamera di lif mencatatkan masa individu tersebut naik ke tingkat 5 pada 2.42 petang.

Berdasarkan rakaman video berkenaan, peguambela mendapati masa yang direkodkan pada sistem CCTV di pintu utama dan lif tidak selari.

Justeru Sankara Nair menyoal sekiranya penelitian terperinci mengenai kedudukan CCTV dan sistem komputer di kondo berkenaan dipantau Fauziah sendiri untuk mengesan perbezaan masa.

"Apa yang terdapat dalam cakera keras adalah ketetapan komputer dan tidak boleh diubah.

"Saya tidak dapat jelaskan perbezaan masa dalam sistem kerana saya bukan pakar. Anda boleh rujuk kepada syarikat yang memasang CCTV," jawab Fauziah.

Khamis lalu mahkamah dipertonton video CCTV kondominium Desa Damansara bertarikh 26 Jun 2008.

Dalam video tersebut, mahkamah mengenal pasti kelibat tujuh individu dan kenderaan termasuk Saiful Bukhari Azlan keluar masuk kawasan kondo berkenaan sekitar jam 12 tengahari hingga 4 petang pada tarikh yang sama.

Sankara kemudian mempersoal sikap profesional juru analisa anggota polis berkenaan namun mendapat bantahan pendakwaraya Yusof Zainal Abiden.

"Tidak menjadi kebiasaan saya pergi ke tempat kejadian. Saya cuma membuat analisa berdasarkan rakaman imej sahaja," jelas Fauziah.

Sementara itu, Fauziah menjelaskan analisa yang dilakukan menggunakan rakaman video yang telah diklonkan dan bukan cakera keras asal.

Mahkamah kemudian memanggil Ketua Seksyen Audio Video PDRM, ACP Fazil Ahmad.

Fazli menjelaskan beliau telah dihubungi oleh DSP Jude pada 30 Jun 2008 sekitar jam 1 petang untuk hadir ke Kondominium Desa Damansara bagi membantu siasatan.

Beliau kemudian menjelaskan telah memanggil syarikat Cyber Security untuk membuat pengklonan cakera keras sistem keselamatan CCTV kondo tersebut pada hari yang sama dan selesai pada jam 10 malam sebelum merampasnya.

Ketua Jabatan Forensik Digital Cyber Security, yang hadir memberi penjelasan sebagai saksi ke 10 berkata, masa yang dicatatkan pada komputer yang disambungkan pada CCTV lif kondo berkenaan lewat 19 minit daripada masa sebenar.

Mohd Zabri Aidil Talib menjelaskan waktu tersebut teah dibandingkan dengan masa standard Jabatan Meteorologi Malaysia.

"Saya sudah semak dengan waktu Jabatan Meteorologi dan saya perlu menambah 19 minit untuk daripada waktu yang dicatatkan dalam komputer untuk mengetahui masa sebenar," jelas beliau.
 P/s: Skrip tidak betul atau pengarah tersilap?

*Blog DCM tidak dapat dikemas kini seperti biasa kerana masalah BERUK BAND!

, ,

Chan Kong Choy Hadapi Tuduhan MENIPU PM Berkaitan dengan PKFZ. Menipu Lagi?


Saya petik:
[TMI] PUTRAJAYA, 28 Feb — Bekas menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan menipu bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). 

Chan merupakan bekas menteri pengangkutan yang kedua didakwa berhubung skandal PKFZ selepas Tun Dr Ling Liong Sik.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Difahamkan, Chan yang berada di luar negara pulang beberapa hari laku selepas diminta oleh pihak berkuasa.
Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman membenarkan Chan diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Beliau menetapkan 31 Mac untuk sebutan semula kes.

Kedua-dua pihak pendakwa dan pembela bersetuju dengan wang jamin RM1 juta.

Pada 29 Julai lalu, Dr Ling mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ''Mega Distribution Hub'' di Pelabuhan Klang.

Dr Ling, 67, yang memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama 14 tahun dari Januari 1986 hingga Mei 2000, didakwa atas satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 418 dan Seksyen 417 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua kes ini dikendalikan itu oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Mengikut kertas pertuduhan, Dr Ling didakwa telah menipu Kerajaan Malaysia antara 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu dengan memperdayakan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek mega ''distribution hub'' di Pelabuhan Klang mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd dengan Lembaga Pelabuhan Klang.

Chan merupakan individu keenam dan berkedudukan tinggi yang didakwa berhubung skandal PKFZ.
Akhir 2009, bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O.C. Phang dan tiga lagi didakwa melakukan pecah amanah dan menipu dengan membuat tuntutan palsu.

Projek PKFZ, yang dibina di kawasan seluas 405hektar di Pulau Indah dekat Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, sebagai hab penghantaran kargo bersepadu telah menimbulkan kontroversi apabila kosnya melambung daripada RM2 bilion kepada RM4.6 bilion.

Ia mengandungi 256 hektar kawasan terbuka untuk kilang/gudang, 512 lot perindustrian ringan dan 500,000 kaki persegi ruang pejabat untuk sewaan, 135-bilik hotel dan sebuah pusat pameran.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang menyiasat projek itu telah mencadangkan supata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menyiasat Chan dan Phang kerana pecah amanah.

Menurut laporan PAC itu, kedua-dua mereka harus disiasat berhubung tiga surat sokongan yang dikeluarkan oleh Chan dan tiga surat aku janji yang dikeluarkan oleh Phang tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.
PAC menjalankan siasatan terhadap pelaksanaan projek PKFZ selepas projek itu dilaporkan meningkat daripada RM1.957 bilion kepada RM4.947 bilion.

Berikutan itu, pada 10 Disember 2009, Phang didakwa, sebagai pengurus besar yang diamanahkan atas dana dalam sebuah akaun di RHB Bank Berhad, melakukan pecah amanah membabitkan RM98,700,000 di LPK, Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang antara 1 Okt 2004 dan 5 Sept 2005.
P/s: Kah kah kah! Semua orang dituduh menipu. Habis siapa yang akan dituduh kebas duit rakyat? Wayang atau siasatan yang telus?

*Blog DCM tidak dapat dikemas kini seperti biasa kerana masalah BERUK BAND!



,

Polis Diperintah Bela Diri dalam Kes Bunuh Aminulrasyid


Saya petik:
[MK] Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini memerintahkan anggota polis, Koperal Jenain Subi membela diri atas tuduhan menembak mati Aminulrasyid Amzah, 15, pada April tahun lalu.

Hakim Latifah Mohd Tahar berkata beliau membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Jenain, 48, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April tahun lepas di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di Shah Alam.

Pertuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Seramai 39 saksi pendakwaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 12 Okt tahun lalu.


 * Blog DCM tidak dapat dikemas kini seperti biasa kerana masalah BERUK BAND!

Cikgu Disiplin BERAHI-BODOH???


Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu menjadi ‘doktor’, seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Ampang, di sini, diberkas polis selepas didakwa mencabul 12 pelajar perempuan, Jumaat lalu.

Difahamkan, guru lelaki berusia lewat 30-an itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir ke perhimpunan sekolah.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, semua pelajar terbabit dilaporkan tidak mengikuti perhimpunan sekolah kerana mendakwa mahu menyiapkan kerja sekolah di dalam kelas.

Menurut sumber, ketika guru disiplin itu melakukan rondaan, dia melihat kumpulan 12 pelajar perempuan tingkatan tiga berkenaan berada dalam kelas sebelum memarahi mereka.

“Guru disiplin terbabit mahu mengambil tindakan terhadap semua pelajar berkenaan kerana tidak mengikuti perhimpunan.

“Biarpun semua pelajar cuba menjelaskan keadaan sebenar, guru terbabit tidak mempedulikan alasan itu, sebaliknya memberitahu akan melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap semua mereka sebelum mengambil tindakan,” katanya.

Sumber berkata, guru disiplin itu dengan bersahaja memberitahu akan memeriksa tahap degupan jantung mereka.

“Dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli.

Guru lelaki terbabit memegang payu dara semua pelajar perempuan berkenaan. Difahamkan, dia mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk melakukan pemeriksaan bagi setiap pelajar pada peringkat pertama,” katanya.

Sumber berkata, disebabkan ketakutan, semua pelajar terbabit akur dengan tindakan guru terbabit.

“Guru disiplin terbabit bagaimanapun sekali lagi melakukan tindakan keji apabila dia mendakwa tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali pertama sebelum melakukannya sekali lagi.

Kali ini, dia didakwa memasukkan tangan ke dalam baju semua pelajar perempuan terbabit. Selepas berpuas hati, guru disiplin itu merotan tangan semua pelajar dan meninggalkan kelas berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, sebaik pulang ke rumah, pelajar perempuan berkenaan mengadu perbuatan guru terbabit kepada waris.

“Waris yang mendapatkan khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah,” katanya.

Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis menahan guru disiplin itu berhampiran sekolah menengah berkenaan, kira-kira jam 11 pagi Sabtu lalu .

Difahamkan, dia direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan selain penahanan guru terbabit. -Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim

P/s: Kalau si cikgu ini benar-benar melakukannya, saya kira cikgu ini memang bingai. Pelajar ini mungkin dapat dikenakan tindakan disiplin kerana gagal menghadirkan diri ke perhimpunan, namun kebingaian dan keberahian-bodohnya menyebabkan pelajar-pelajar tersebut dianggap sebagai mangsa dalam kes ini.

* Blog DCM tidak dapat dikemas kini seperti biasa kerana masalah BERUK BAND!

,

Ahad, 27 Februari 2011

Bilionair Ini Mahu Derma Separuh Hartanya


Menurut laporan Bernama, pengasas Berjaya Corporation Bhd, Tan Sri Vincent Tan menyatakan hasratnya untuk mendermakan separuh daripada hartanya untuk tujuan kebajikan.

Vincent Tan memiliki aset berjumlah kira-kira RM2.43 bilion.

Pengumuman itu dibuat oleh Tan semasa berucap di perasmian Berjaya Founder’s Day di Berjaya Times Square Kuala Lumpur pada hari Sabtu yang lalu. Beliau juga menyatakan hasratnya untuk menyertai  “The Giving Pledge” yang diasaskan oleh  Bill Gates, dan isterinya Melinda dan Warren Buffett.

Buat permulaan, Tan akan menghulurkan derma sebanyak RM20 juta tahun ini kepada pelbagai organisasi kebajikan yang akan diumumkan kemudian.

P/s: Wow!

* Blog DCM tidak dapat dikemas kini seperti biasa kerana masalah BERUK BAND!


Kalau saya lahir daripada kalangan masyarakat Orang Asli sekalipun TAK APA, asalkan....


Saya petik:
[Bernama] KOTA BARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak minta untuk dilahirkan sebagai seorang berbangsa Melayu.

Beliau juga berkata adalah secara kebetulan beliau lahir di negara ini.

"Kalau saya (lahir) dari kalangan masyarakat Orang Asli sekalipun tidak apa, asalkan saya Islam dan beriman dengan Allah SWT," katanya.

Nik Aziz mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta beliau bersyukur dilahirkan sebagai bangsa Melayu yang tentunya beragama Islam.

Dr Mahathir berkata Melayu adalah bangsa yang unik di dunia kerana mengikut Perlembagaan, bangsa Melayu mesti bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adab Melayu dan beragama Islam.

Nik Aziz berkata semua bangsa adalah sama dan tidak ada keistimewaan kepada satu-satu bangsa sebagaimana juga bangsa Arab sendiri kecuali seseorang itu Islam dan beriman kepada Allah SWT.

"Kalau pada bangsa, tentu bapa saudara Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Jahal (masuk syurga) tetapi Allah SWT telah menyatakan awal-awal lagi dia (bapa saudara Nabi) adalah ahli Neraka," katanya.

Mengenai Islam yang diperjuangkannya, Nik Aziz berkata ia adalah Islam sederhana yang diletak di tempat yang tinggi dan menentang tindakan melampau yang bertentangan dengan agama.

Bagaimanapun, beliau mengakui agak sukar untuk mengembalikan Islam sebenar sebagaimana air yang mengalir dari hulu sungai tidak sama dengan air di muara.

"Setelah mengalir jauh, pastinya melalui pelbagai rintangan, sampah sarap dan pelbagai kekotoran, untuk minum (air di muara) kena tapis dulu, kita kena rebus (masak) dulu," jelasnya.
 P/s: Jawapan yang bernas dan tepat!


* Blog DCM tidak dapat dikemas kini seperti biasa kerana masalah BERUK BAND!


,

Petanda Pilihan Raya Semakin Hampir



Saya petik:
[Bernama] TEMERLOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mula melawat ke semua negeri bermula bulan depan.

"Ini boleh dikirakan sebagai program lawatan ke negeri-negeri, dan bulan Mac ni sebenarnya saya akan mula di Sarawak," katanya selepas menghadiri majlis mesra bersama penduduk FELDA Jengka 25 di sini, hari ini.
Ditanya lawatannya itu petanda akan berlangsung pilihan raya umum pada tahun depan, Najib berkata, "Semua (nak) berkait dengan pilihan raya sahaja? Pilihan raya boleh adakan bila-bila masa". 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam bahawa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan sesi lawatan ke setiap negeri bermula Selasa ini, 1 Mac bagi mendekati rakyat yang dijangka berakhir September ini.

Najib berkata: "Memang saya dah janji dalam Perhimpunan Agung (UMNO) yang lalu, malah peringkat awal pun saya dah mula dah pergi banyak tempat." 

P/s: Najib mahu berdolak-dalik lagi? Anda ingat senang-senang Najib mahu melawat kawasan anda tanpa sebarang sebab? PRU semakin hampir!

* Blog DCM tidak dapat dikemas kini seperti biasa kerana masalah  BERUK BAND!

,

Jumaat, 25 Februari 2011

Selepas Memberikan Penghormatan kepada Kemal Atatürk, Najib Bayangkan Yusof Qardawi Sokong KEGANASAN!

Mula-mula, sila baca petikan artikel tentang kenyataan Najib yang disiarkan di National Review Online. Semalam, saya ada siarkan berita tentang Najib dan geng melawat dan memberikan penghormatan kepada Mustafa Kemal Atatürk di Makam Anitkabir. Berita tentang hal ini ada disiarkan oleh akhbar Malaysia dan saya ulas secara ringkas di sini.


By Seth Mandel 
[NRO] Since the beginning of the uprising in Egypt and the expected power shift in favor of the Muslim Brotherhood, the Islamic world has rallied around the Brotherhood and demanded that the West engage with them. But a crack in that unity appeared today when Malaysian prime minister Najib Razak said that the Muslim Brotherhood “shouldn’t be part of the process as long as they don’t reject violence and extremism.”

“Anyone who wants to be part of the political process should adopt values that are compatible with democracy,” Najib said in an interview in Istanbul, where he is speaking at a conference on moderation. “It’s not just about having a vote and choosing your leaders; it’s also part of imparting the right values for democracy to work, because there are failed democracies as well.”

Najib said he has “some concerns, deep concerns” about Yusuf al-Qaradawi, the Muslim Brotherhood’s spiritual leader. Those concerns center on Qaradawi’s support and justification for terrorism, which carries a great deal of weight given Qaradawi’s credibility as an Islamic scholar. It is exactly that type of Muslim leader that has led the Middle East astray, according to Najib. “We have lost a lot of ground to the extremists in the Middle East.”

He offered his own country as a model to emerging Islamic governments in the Middle East, saying that Secretary of State Hillary Clinton has described Malaysia as “modern, progressive, and moderate.”

“We shouldn’t want to impose on people, but people are welcome to study our experience and how we’ve done things in Malaysia. Perhaps it could be useful in their country,” he said.

Too many leaders, Najib said, misunderstand moderation. “I think they’re not paying enough attention to the values associated with being a moderate,” he said. “Moderate doesn’t mean that you’re a wimp — far from it. It means that you’ve chosen a path because you believe that’s the only way for global harmony and peace.”

Berdasarkan laporan NRO di atas,  Najib menyelar gerakan Ikhwanul Muslimin kerana terlibat dalam keganasan dan melahirkan kebimbangannya terhadap Sheikh Yusuf Qaradawi. Dia melabelkan Yusuf al-Qaradawi yang juga Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia dan pertubuhan Ikhwanul Muslimin, sebagai penyokong keganasan sewaktu bercakap pada  satu sesi wawancara di Istanbul.

Kata Najib, “Sesiapa saja yang mahu menjadi sebahagian daripada proses politik (Mesir) perlu mengambil nilai yang sesuai dengan demokrasi. Ikhwanul Muslimin sepatutnya tidak menjadi sebahagian daripada proses itu selagi mereka tidak menolak keganasan dan sikap pelampau (mereka).”

Najib juga dilapor berkata bahawa beliau ‘risau, sangat risau’ dengan Yusuf Qaradawi yang kerana menganggap pemimpin seperti itu akan menyesatkan Timur Tengah kerana menghalalkan keganasan.

Kenyataan Najib itu mengejutkan banyak pihak kerana Qaradawi adalah tokoh Islam yang dihormati di seluruh dunia. Malah, Yusuf Qardawi pada 18 Disember 2009, dianugerahi gelaran Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 1431H oleh Timbalan Yang DiPertuan Agung pada masa itu, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Yang menariknya, Najib seolah-olah bangga apabila Amerika melalui Hillary Clinton memuji Malaysia sebagai negara Islam yang moden, progresif, dan sederhana. Sederhana juga adalah kata kunci yang sering dikaitkan oleh pemimpin UMCO dengan Islam yang mereka anuti. Mereka kata Islam yang dipegang oleh PAS ekstrem, dan mereka bangga dengan Islam sederhana yang dipegang oleh mereka selama ini.

Anda tahu apa maksud "sederhana" kepada mereka? Mungkin gambar-gambar ini sudah menjawab persoalan "sederhana" itu!

Adakah pergaulan begini dikatakan Islam "sederhana" versi UMCO?

Adakah membiarkan isteri tidak menutup aurat dan mengamalkan pergaulan/perbuatan "mesra tapi haram" begini yang dimaksudkan Islam "sederhana" bagi Najib?




Tuntasnya, Najib perlu memohon maaf kepada Sheikh Yusuf al-Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin kerana kenyataan kurang ajar yang dilemparkan kepada tokoh Islam dan pergerakan Islam tersebut sewaktu menjawab sesi wawancara dengan wartawan antarabangsa sewaktu berada di Turki.

Kemas Kini (27/2):
Dalih Najib:
* Saya Tak Pernah Label Ikhwan Muslimin Pengganas - Najib


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


, ,

Amerika Dalang Demonstrasi di Libya?


Saya petik:
[OkeZone – Intl] Menteri Luar Negara Venezuela menggaungkan kembali tuduhan Fidel Castro bahwa Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya berada di belakang penunjuk perasaan di Libya untuk menguasai cadangan minyak di negara Afrika Utara tersebut.

Menteri Luar Negeri Venezuela Nicolas Maduro menyatakan, AS dan negara kuat lainnya sedang merencanakan pergerakan di dalam Libya yang bertujuan untuk menumbangkan kekuasaan Moammar Khadafi.

Namun, Maduro tidak mengutuk atau membela kekerasan yang dilakukan Pemerintah Libya terhadap para penunjuk perasaan yang menentang Khadafi.

Maduro meminta solusi damai harus diutamakan atas kerusuhan yang terjadi di Libya dan mempertanyakan kebenaran berita tentang kekecohan di Libya yang diberitakan oleh media yang menyudutkan kubu Khadafi di Tripoli.

"Mereka merekayasa situasi untuk melakukan pencerobohan ke Libya,” ujar Maduro seperti dikutip dari CBS, Jumaat (25/2/2011).

"Libya sedang mengalami saat sulit yang seharusnya tidak di pengaruhi oleh maklumat menyesatkan dari pejabat berita media barat,” Maduro menambahkan.

Khadafi sudah menjadi sekutu dekat Presiden Venezuela Hugo Chavez, dan lawan politik Chavez mengkritik pedas hubungan kedua negara tersebut.

Sebelumnya, pada Selasa (22/2/2011), Fidel Castro yang merupakan mentor Chavez, mengatakan, aksi protes di Libya merupakan dalih AS untuk melakukan pencerobohan oleh North Atlantic Treaty Organization (NATO).

Castro dalam sebuah ruangan di surat kabar nasional Kuba mengatakan, terlalu awal untuk mengkritik pemerintahan Khadafi. Tapi, ia mash keras menyatakan bahawa aksi protes tersebut adalah rencana pencerobohan AS untuk mengambil alih cadangan minyak di Libya.

Venezuela dan Libya merupakan anggota Organization of Petroleum Exporting Countries (OPEC).

Chavez, yang sudah menjalin hubungan dekat dengan Khadafi sejak memangku jabatan presiden sejak 1999, telah berulang kali menuduh Pemerintah AS berkonspirasi menjatuhkan pemerintahannya.

Presiden yang mendakwa dirinya sebagai seorang sosialis itu menyatakan AS ingin menguasai cadangan besar petrolium di Venezuela.

Namun, Pemerintah AS mengejek tuduhan bahwa AS berencana melawan Pemerintahan Venezuela.

, ,

Pelajar Indonesia Dakwa Berita tentang Libya Diseleweng


Saya petik:
Tripoli. 25 Feb 2011: Eramuslim yang berslogankan 'media Islam rujukan' mendapatkan dua email mahasiswa Indonesia yang sedang menuntut di Libya. Pelajar-pelajar itu membantah mengenai berita Libya yang diselewengkan jauh dari kebenaran. Mereka menyesali banyak media khususnya di Indonesia yang telah salah melihat situasi di Libya masaini.

Menurut mereka media Indonesia telah termakan informasi palsu berita asing dari "saksi mata" "koresponden" yang sudah dipersiapkan oleh pihak oposisi pemerintah Libya. Mereka mengkomparasikan sumber media asing, media pemerintah Libya dan situasi sebenar melalui koresponden ataupun kesaksian peribadi kawan-kawan mahasiswa yang ada di sana.

Seorang bernama Gelar Digjaya Muhammad, mahasiswa Islamic Call College Tripoli Libya tingkat 3 dalam jurusan ilmu ekonomi dan kewangan berasal Bandung berdomisili di Tripoli, adalah ketua Departemen kaderisasi KKMI Libya. Seorang lagi Hendi Nugraha Mahasiswa tahun kedua Kuliah Dakwah Islamiyyah, Tripoli Libya jurusan ekonomi asal Tasikmalaya.

Berikut "klarifikasi" mahasiswa Indonesia tersebut.

Klarifikasi pertama dari Gelar Digjaya Muhammad (sengaja kami copy paste langsung dari email beliau, tanpa mengedit dahulu ejaan yang salah):

* banyak pihak berkonspirasi untuk menjatuhkan pemerintahan gaddafi yang selama ini dikenal non-kompromistis thdp asing, jadi pemberitaan ttng libya banyak sekali yang bias. dramatisasi dan sangat berlebihan.

* itu poin pertama sebelum saya jelaskan keadaan di libya, termasuk media-media arab spt aljazeera dan alarabiya, kebanyakan berita mereka hanya mencatut dari "saksi mata" yg tdk jelas.

* saya melihat "saksi mata2" tersebut adlh jaringan konspirasi yang sudah disiapkan musuh2 gaddafi semenjak jatuhnya rezim ben ali tunisia

* rilis pemerintah libya kemarin dini hari tadi dalam jumpa pers, korban tewas: 110 orang aparat keamanan. 222 orang sipil. 120 orang sipil berasal dari benghazi

* benghazi adalah kota yang terletak 1000 km ke arah timur dari tripoli dimana dimulainya demonstrasi tanggal 16-17 februari. dimana para demonstran membakar kantor polisi dan membakar foto2 gaddafi

* benghazi adalah ibukota libya sebelum gaddafi berkuasa, di kota itulah pusat pengikut raja idris yg dulu dikudeta gaddafi tahun 69, sudah sejak lama sebagian penduduk benghazi ingin memisahkan diri dari pemerintahan gaddafi, sehingga ketika ada momen tsunami demo di timteng, dimanfaatkan oleh para oposan ini

* saat ini benghazi masih berada di bawah kendali demonstran oposan. demonstran oposan di benghazi sebagiannya bersenjata setelah banyak unsur tentara pemerintah di benghazi yang belot,gudang senjata dikuasai, bahkan tank2

* mulai kemarin malam sampai hari ini ada demonstrasi pro-pemerintah besar2 an dari pendukung gaddafi di seluruh libya. gaddafi menyerukan para oposisi menyerahkan senjata, untuk bersama mengembalikan kehidupan normal di libya, memulai sejarah baru libya

* jatuhnya korban dari sipil dan aparat keamanan adalah karena massa oposisi di benghazi bersenjata, juga krn banyaknya sniper2 yang entah siapa mereka. entah bayaran pemerintah libya, entah bayaran amerika&israel.

* kita mahasiswa, memiliki koresponden warga2 libya dari berbagai daerah dan distrik di tripoli. pemberitaan dari media barat&semi barat (BBC,CNN,jazeera,arabiya) kita komparasikan dengan pemberitaan dari pemerintah libya dan koresponden lapangan.

* saat ini kota sirte, sabha, zawiyah, sudah FULL dikuasai penuh pemerintah dan tidak ada lagi kerusuhan

* kota Benghazi (1000 km dr Tripoli), baidha (1200 km dr Tripoli) saat ini masih belum bisa dikuasai pemerintah, tapi sudah banyak unsur oposan di dua kota tersebut yang menyerahkan senjata

* kemarin sore diadakan pertemuan antara dubes-dubes uni eropa dengan pemerintah libya ttng perkembangan kondisi terkini dan penjelasan fakta lapangan yang disembunyikan media asing

* kehidupan ekonomi mulai berjalan kembali setelah sempat terhenti selama 2 hari. toko2 mulai buka,pasar2 tradisional kembali beroperasi, lalu lintas mulai ramai termasuk angkutan2 umum.

* pemerintah sudah menghimbau agar warga libya kembali bekerja dan beraktivitas normal kembali

* bandara kota tripoli masih beroperasi normal, namun sangat penuh oleh orang2 yang ingin keluar Libya.

* internet, facebook, dan jaringan ponsel sudah kembali normal

* keadaan sempat mencekam ketika gaddafi belum muncul, tp setelah pidato dua hari kemarin suasana berbalik berangsur normal. sempat ada pembakaran dan perusakan beberapa gedung di tripoli, namun kini sudah mulai direnovasi

* hari ini saiful islam gaddafi menyatakan akan mengundang pers dari berbagai Negara untuk menjelaskan dan membuktikan fakta-fakta palsu yang berkembang

* hari ini syaikh khamis Libya mengecam fatwa qardhawi “darah gaddafi halal” yang didasarkan pada berita2 bohong.

Berita2 bohong / fitnah diantaranya:

* dikabarkan gaddafi sudah terdesak dan terkepung di rumahnya. padahal esok harinya gaddafi berpidato di tripoli

* pengeboman melalui pesawat di distrik tajuro, suqjumah, fasylum. sampai saat ini seluruh responden kami dari berbagai distrik pun sama sekali tidak pernah mendengar bunyi bom satu pun. responden kami dari berbagai distrik dan daerah yang diberitakan terjadi pengeboman mengatakan tidak ada apa2, tidak ada bunyi pesawat apalagi letusan bom

* pembantaian massal di Tripoli,penembakan membabi buta. ada mahasiswa kampus kami yang tiga hari mengelilingi tripoli, tidak menemukan apa2 yang diberitakan. tidak ada mayat-mayat bergelimpangan.

* alun2 tripoli hancur dan dijadikan pusat demo anti-gaddafi (justru kebalikan, alun2 kota masih sangat indah dan sudah dua hari berturut2 dipenuhi ratusan ribu para pendukung gaddafi)

* kota sirte,sabha,zawiyah,misrata,sabrata jatuh ke tangan oposisi (padahal yang dikuasai oposisi hanya kota Benghazi, baidha yang terletak 1000 km dari Tripoli kea rah timur)---pemerintah menengarai berita-berita bohong tersebut disebarkan melalui "saksi2 mata lapangan" yang dipersiapkan secara sistematik oleh jabhah wathoniah li inqadz libya (front nasional untuk penyelamatan libya), sebuah gerakan oposisi libya terbesar yang bermarkas di london dan AS

Kesalahan (atau mungkin kebohongan) media2 spt BBC,CNN, jazeera,Arabiya, juga media nasional :

* mengandalkan kontributor lapangan "saksi mata" yang tidak jelas siapa mereka, dimana mereka. dan dengan redaksi yang dibesar2kan

* memuat berita sepotong2. contoh pidato gaddafi yang dimuat secara sepotong2, di media2 ditulis gaddafi berkata "ini negara saya.aku akan habisi para pemberontak jengkal demi jengkal" padahal gaddafi menyeru "ini negara saya, negara leluhur saya, negara leluhur kalian, saya tidak ingin kekacauan ada di libya". gaddafi menyerukan para demonstran bersenjata meletakkan senjatanya, jika tidak, pemerintah akan mengggunakan kekuatan. SAYA SIAP UNTUK MENERJEMAHKAN SECARA LENGKAP PIDATO GADDAFI dan SAIFUL ISLAM

* melebih2kan dan mendramatisir redaksi bahasa tulisan. -IBNU HASYIM

P/s: Hmmm...Biar apapun dakwaan pelbagai pihak, Gaddafi harus berundur kerana sudah terlalu lama di puncak kuasa. Tempoh 42 tahun adalah satu jangka masa yang terlalu lama. Orang yang terlalu lama memerintah akan terdedah kepada pelbagai salah laku dan penyelewengan.


,

[Video] Dua Wanita Dakwa Gaddafi Berketurunan Yahudi, Layak Berlindung di Israel


Video:

Baiklah, saya pun sepatah haram tidak faham wawancara dalam klip video di atas.

Menurut laman Israelinsider, sumber klip video ini, menyatakan baahwa klip video di atas ialah sebuah wawancara yang disiarkan oleh TV Israel Channel 2. Rancangan wawancara itu telah menemu bual dua orang wanita Israel berketurunan Libya yang mengaku sebagai saudara kepada Muammar Gaddafi.
 
Salah seorang daripada wanita itu, Guita Brown (yang lebih tua) yang mendakwa dirinya sebagai dua pupu  Gaddafi menegaskan bahawa neneknya adalah adik kepada nenek Gaddafi. Wanita yang lebih muda, iaitu Rachel Saada, cucu kepada Brown menjelaskannya secara lebih terperinci. 

"Nenek Gaddafi, seorang Yahudi, berkahwin dengan seorang lelaki Yahudi pada awalnya. Namun, beliau telah dilayan dengan buruk, dan perlakuan suaminya itu menyebabkannya melarikan diri sebelum berkahwin dengan seorang lekaki muslim. Anak mereka adalah ibu kepada Gaddafi," kata Saada.
 
Walaupun nenek Gaddafi memeluk Islam untuk berkahwin dengan lelaki Muslim, namun menurut undang-undang agama Yahudi (serta logik akal), beliau masih lagi seorang Yahudi. Hal ini secara langsung menjadikan ibu Gaddafi seorang Yahudi. Jika ibu Gaddafi seorang Yahudi, apa pula keturunan Gaddafi?

Pengacara wawancara tersebut membuat kesimpulan, "Jadi, Gaddafi bukan sahaja memiliki saudara mara berketurunan Yahudi, malah beliau juga seorang Yahudi!"

Seterusnya Israelinsider menegaskan jika cerita yang didedahkan oleh dua orang wanita ini benar, maka menurut Undang-undang Kembali ke Israel (Law of Return), sesiapa sahaja yang mempunyai datuk nenek berketurunan Yahudi berhak untuk menjadi warganegara Israel tanpa sebarang masalah.


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


, ,

Keluarga & Keganasan Regim Gaddafi Didedahkan


Saya petik:

Gaddafi izin tentera tembak sesuka hati 
[BH] PARIS: Seramai 2,000 orang terbunuh di Libya selepas pemimpinnya, Muammar Gaddafi mengizinkan anggota keselamatan mengganas bagi menghentikan protes antipemerintah, kata seorang menteri kanan Itali dan bekas pegawai kanan Tripoli.

Ini didedahkan oleh duta hak asasi Perancis, Francois Zimeray dalam wawancara dengan agensi berita.
“Kekacauan dan pertumpahan darah itu umpama pengusiran pengikut Nabi Musa oleh Firaun,” kata Menteri Luar Itali, Franco Frattini sambil meramalkan beribu-ribu warga Libya akan lari ke negaranya.
Awalnya, angka korban itu didedahkan oleh ketua protokol Muammar Gaddafi, Nouri

el-Mismari, sambil menambah lebih 600 daripada mangsa terbunuh di Tripoli.
Mismari yang berkunjung ke Perancis lewat tahun lalu atas alasan kesihatan, berkata pemberontakan itu setakat ini menyebabkan ‘lebih 1,000 orang maut di seluruh Libya’ namun tidak menjelaskan sumber anggaran.

Selasa lalu, rejim Libya berkata, 300 orang terkorban dalam bantahan, namun Persekutuan Hak Asasi Antarabangsa (IFHR) pula melaporkan sekurang-kurangnya 640 orang maut.

“Keadaan ini amat serius, rakyat Libya tidak akan berhenti untuk menamatkan pemerintahan 41 tahun. Ini adalah kebangkitan menamatkan pemerintahan Gaddafi. Malah, sokongan kepada Gaddafi tidak sampai lima peratus,” kata Mismari.

Anggota puak yang menyokongnya tidak ‘berjuang untuk Gaddafi tetapi untuk diri mereka,’ tambahnya.

Mismari juga mendakwa, askar upahan yang melakukan pembunuhan terhadap rakyat Libya secara besar-besaran.

“Mereka tembak membabi buta sementara tentera udara tidak akan menembak rakyat,” katanya lagi.

“Gaddafi amat bertuah jika mati. Jika tidak, rakyat mahukan beliau dibicarakan seperti Saddam Hussein.”

Rejim Gaddafi kehilangan kawasan meluas di timur Libya terhadap pemberontakan itu, ia muncul kelmarin ketika Barat bersiap sedia untuk mengeluarkan rakyatnya secara besar-besaran daripada ‘pertumpahan darah’ di negara Afrika Utara itu.

Katanya, Gaddafi memakai baju kalis peluru di sebalik pakaiannya dan alat perlindungan di bawah serbannya ketika berucap di televisyen Selasa lalu apabila beliau mengarahkan pasukan keselamatan menyuraikan pemberontakan. – Agensi

P/s: Timbul juga desas-desus di beberapa laman sesawang bahawa laporan media Barat memutarkan fakta tentang kejadian yang berlaku di Libya untuk memburuk-burukkan secara keterlaluan kerajaan Gaddafi.

Remaja 17 Tahun Diperkosa & Diliwat Abang Rakan


Saya petik:
[HM] HULU SELANGOR: Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun bukan saja dirogol malah diliwat abang rakannya di sebuah tempat pembuangan sampah di Serendah, pada Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa yang kini sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dihubungi rakan sekelasnya meminta untuk tidur di rumahnya di Serendah.

Bagaimanapun, mangsa yang tidak mempunyai kenderaan meminta rakannya itu menjemputnya di rumahnya di pekan Rawang.

Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendy berkata, oleh kerana rakannya itu tidak memiliki lesen memandu, dia meminta suspek yang juga abangnya yang berusia 22 tahun pergi mengambil mangsa.

“Atas dasar hormat sebagai abang kepada rakannya, mangsa setuju mengikut suspek menunggang motosikalnya,” katanya. Bagaimanapun, sebelum tiba di rumah rakannya itu, suspek singgah di sebuah kedai untuk minum minuman keras bersama dua rakannya.

“Suspek yang ketika itu sedang mabuk kemudian mengheret mangsa ke kawasan sunyi berhampiran sebuah ladang kelapa sawit yang juga tempat pembuangan sampah sebelum dirogol dan diliwat,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang ketakutan cuba melawan tetapi dipukul dengan topi keledar sebelum dia pasrah dan hanya menuruti arahan suspek.

Katanya, selepas dirogol dan diliwat, suspek menghantar mangsa pulang semula ke rumahnya di Rawang dan bertindak mengugut supaya mangsa tidak menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarganya jika mahu selamat. Bagaimanapun, mangsa bersama keluarganya kemudian membuat laporan di Balai Polis Serendah, kira-kira jam 11 malam, Isnin lalu.

,

Ngeri! Angkara Gengster

Ditetak dan dilanggar

Saya petik:
[Kosmo] KUANTAN – Penduduk di Taman Tunas Jaya 5 di sini gempar kelmarin apabila menyaksikan seorang lelaki diserang ala mafia oleh dua gengster bersenjatakan sebilah parang panjang hingga mengakibatkan tangannya hampir putus manakala keting kaki kanannya pula parah ditetak.

Kejadian menggemparkan di Lorong Air Putih 106 itu berlaku pada pukul 5 petang apabila pekerja kedai menjual makanan sejuk beku berusia 33 tahun diserang oleh dua lelaki berkulit gelap di depan rumahnya.

Difahamkan, polis percaya serangan ganas itu dilakukan bertujuan hendak membunuh mangsa tetapi pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian sama ada disebabkan dendam.

Seorang saksi yang dikenali sebagai Talib, 35, memberitahu, dia tergamam melihat bagaimana mangsa ditetak menggunakan parang panjang sebelum dilanggar dengan sebuah kereta Proton Gen2 yang dinaiki dua suspek.

Katanya, mangsa yang bekerja di Semambu di sini telah ditetak oleh salah seorang suspek hingga mengakibatkan tangan kanannya hampir putus dari paras siku....

P/s: Susahnya mahu hapuskan kumpulan gengster, sama juga susahnya untuk menghapuskan ah long. Mengapa? Sedangkan dalam kes ah long yang didalangi kumpulan gangster/kongsi gelap, beribu-ribu kertas/iklan bermuat nombor telefon ditampal di merata-rata tempat. Mereka seolah-olah "memanggil-manggil" pihak polis menangkap mereka.  Panggil, jumpa, dan tangkap pihak yang mengiklankan pinjaman haram ini.

Persoalannya, mengapakah mereka tidak ditangkap? Bukankah nombor telefon tersebut telah didaftar sebelum dapat digunakan atau terdapat kelemahan dalam sistem pendaftaran nombor telefon sehingga ada pihak yang mudah mendapatkan talian telefon tanpa perlu mendaftar? Jadi apabila ada desas-desus yang mendakwa kumpulan gengster yang turut menjalankan aktiviti pinjaman wang haram dilindungi orang yang mempunyai pengaruh dan kuasa, maka hal itu tidak wajar digelar "desas-desus" kerana ada asas jika difikirkan logiknya.

 

, ,

Selain BOM Masjid, Media Dakwa Tentera & Militia Gadaffi SERANG Hospital


Hari ini rata-rata akhbar menyiarkan berita Agensi yang memerihalkan askar upahan Gaddafi mengebom masjid  di Zawiya, dekat Tripoli semalam. Menurut beberapa saksi, sebuah menara masjid dibedil dengan menggunakan peluru berpandu antipesawat selain ditembak dengan senjata automatik.Serangan itu ditujukan kepada sekumpulan penunjuk perasaan yang enggan meninggalkan masjid berkenaan.

Untuk mewajarkan tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaannya, Gaddafi menyatakan dalang kebangkitan rakyat di Libya dipengaruhi oleh ketua pengganas yang paling dikehendaki Amerika Syarikat, Osama bin Laden yang memimpin pergerakan Al-Qaeda. Beliau membuat kenyataan itu menerusi telefon kepada sebuah stesen televisyen di negara tersebut.

Namun, Yalibnan.com melaporkan bahawa tentera dan militia upahan Gaddafi turut menyerbu hospital dan menembak mati penunjuk perasaan yang dirawat di hospital tersebut. Pasukan Jawatankuasa Revolusi Libya (LRC), tulang belakang regim Gaddafi, "menyerbu ke hospital-hospital dan membunuh rakyat yang menyertai tunjuk perasaan menentang regim," dakwa Slimane Bouchuiguir, yang mengetuai sebuah kumpulan hak asasi manusia di Libya, lapor agensi berita Itali MISNA.

Jika benar seperti yang didakwa, maka kegilaan Gaddafi yang mahu mempertahankan kuasanya di Libya sejak 42 tahun lalu perlu dikutuk. Blog DCM menyeru pembaca berdoa agar keganasan dan kegilaan ini dapat ditamatkan dengan kadar segera dan semoga Allah SWT melindungi rakyat Libya daripada keganasan regim Muammar Gaddafi.

P/s: Timbul juga desas-desus di beberapa laman sesawang bahawa laporan media Barat memutarkan fakta tentang kejadian yang berlaku di Libya untuk memburuk-burukkan secara keterlaluan kerajaan Gaddafi.

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Khamis, 24 Februari 2011

Drama Liwat II: Anwar Memang Berada di Kondo Itu pada 26 Jun 2008. Untuk Apa?


Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Setiusaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata, kehadiran Anwar Ibrahim di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 bukan bererti beliau bersalah atas tuduhan yang dilemparkan ke atas beliau.

Dalam mahkamah hari ini, pihak pendakwa akan membawa CCTV yang diambil dari kondo tersebut.
Seorang pakar, saksi kerajaan telah mengesahkan bahawa beliau dapat mengecam no plat kereta yang dipercayai milik Anwar dan Saiful dalam CCTV itu.

Memang kita tidak pernah menafikan Anwar hadir di kondo tersebut pada 26 Jun 2008. Kita juga tidak menafikan kehadiran Saiful kerana memang ketika itu beliau bertugas sebagai pembantu Anwar.

Tetapi kehadiran Anwar pada hari itu adalah untuk program taklimat ekonomi oleh sekumpulan pakar-pakar ekonomi,” kata Saifuddin.

Ditanya kenapa kondo tersebut dipilih sebagai lokasi, beliau menegaskan: “Sebahagian dari pakar-pakar tersebut masih berkerja dengan kerajaan ketika itu. Jadi adalah menjadi kelaziman bagi mereka untuk mengadakan pertemuan dengan tokoh pembangkang di tempat yang di kira jauh dari pandangan umum. Kerana itu Kondominium Desa Damansara.

Anwar kini sedang menghadapi fitnah kedua bagi menjatuhkan kareir politik beliau. Pada tahun 1998, Dr Mahathir Mohamad mengetuai sebuah konsprasi bagi merekacipta dan memfitnah bekas timbalannya itu dengan tuduhan liwat.

Konspirasi ini diteruskan lagi di pemerintahan Najib Razak. Ramai berpendapat konspirasi kali ini bertujuan memenjarakan Anwar sebelum pilihanraya Umum ke 13 kerana itu perbicaraan mesti dijalankan dalam keadaan terdesak dan tergopoh-gapah.

, ,

Sah, Artis Cun Ini Peluk Islam!


Saya petik:
Hampir seminggu ura-ura Daphne Iking memeluk Islam sudah menjadi buat mulut orang ramai, terutamanya di kalangan followers kami. Hari ini, kami menerima berita yang mengesahkan status agama & status perkahwinan Daphne Iking, atau nama barunya Dahlia Eleanor Iking.
....
Daphne Iking mengakui bahawa dia sudah memeluk Islam & kini memegang status sebagai seorang isteri. Dalam senyap, sebenarnya Daphne Iking sudah pun melangsungkan pernikahannya bersama seorang jejaka Melayu sekitar awal tahun ini. Kalau diikutkan, ini merupakan perkahwinan kali kedua Daphne Iking.

Sumber kami yang lain ada memaklumkan bahawa suami kepada Daphne Iking bernama Azmi, atau lebih dikenali sebagai Joe. Azmi merupakan bekas Managing Director untuk Redberry Group....-OhBulan
P/s: Mudah-mudahan jadi muslimah yang solehah.


,

"Gaddafi tidak harus gunakan kekerasan". Contohilah Malaysia!

Kata Najib:



Contohilah Malaysia:









* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Najib & Geng MENDOAKAN Kesejahteraan Mustafa Kemal Atatürk?



Semua orang tahu Najib berada di Turki untuk  lawatan rasmi.

Semua orang tahu siapa Mustafa Kemal Atatürk.

Berdasarkan laporan akhbar di atas, Najib diberitakan telah ke Makam Anitkabir untuk memberikan penghormatan kepada Mustafa Kemal Atatürk, bapa sekularisme, orang yang mengkhianati Islam, dan orang yang mengubah Turki menjadi negara sekular.

Berdasarkan sejarah Mustafa Kemal Atatürk, wajarkah Najib melawat dan memberikan penghormatan di kubur Mustafa Kemal Atatürk? Adakah Najib dan geng turut mendoakan kesejahteraan pengkhianat Islam itu?

Aduhai, Najib! Tiadakah tokoh/ulama BN yang menasihati Najib?!!

Makam Anitkabir tempat "bersemadinya" jasad Mustafa Kemal Atatürk yang tidak diterima bumi.
 
 
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

,

Sudahlah Tibai Beras "Haram", Bersikap Kejam Pula!



Sebelum ini, segelintir pengguna lebih raya yang hilang pertimbangan halal dan haram berebut-rebut mengutip syiling berjumlah sekitar RM70 ribu yang bertaburan di jalan raya selepas kenderaan pacuan empat roda yang membawa syiling itu mengalami kemalangan. Selepas kejadian itu, pihak polis telah menyeru pengutip syiling berstatus haram ini agar menyerahkan kembali syiling tersebut di balai polis berhampiran. Cuba teka, berapa kerat yang telah berbuat demikian?

Semalam seperti diberitakan di Kosmo, sebuah lori treler yang membawa muatan beras mengalami kemalangan di  di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim. Kemalangan itu menyebabkan beras bertaburan di jalan raya dan situasi itu mendorong segelintir pengguna lebuh raya yang seolah-olah dirasuk jin kebulur mengaut beras untuk dibawa pulang. Sekali lagi pengguna jalan raya hilang pertimbangan halal dan haram. Malah mereka sudah tidak peduli sama ada beras itu bersih atau tidak.

Yang menyedihkan apabila pemandu treler tersebut kecewa dengan sikap pengguna jalan raya yang ghairah mengaut beras tersebut daripada menyelamatkan dia dan rakannya yang terlibat dalam kemalangan tersebut.


Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22, mendakwa sikap jelik pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan rayuannya supaya menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kelindan lori, Hanafi Mohd. Daud, 19, tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Dalam kejadian itu, Hanafi meninggal dunia di lokasi kejadian sebagai akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Ahmad Rozlin cedera parah di tangan dan di kaki kiri.

Lebih mengharukan apabila Ahmad Rozlin mendakwa dia dibiarkan terlantar selama lebih sejam di atas bahu jalan tanpa dipedulikan oleh orang ramai yang ghairah mengaut 43 tan beras tempatan pelbagai gred yang tumpah selepas kemalangan.

Sudahlah tibai beras "haram", pengguna jalan raya yang muka tebal ini bersikap kejam!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


, ,

Pelakon Lelaki Popular Dicekup JAIS. Bikin Pesta Seks?


Saya petik:
[Kosmo] HULU KLANG - Seorang pelakon terkenal bersama dua rakan serumahnya ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setelah didapati bersekedudukan dengan dua wanita di tingkat 13 sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini semalam.

Pelakon berusia 30-an bersama dua lelaki dan dua wanita itu ditahan selepas didapati dalam keadaan mencurigakan serta tidak mempunyai sebarang ikatan muhrim.

Menurut sumber, tiga anggota penguat kuasa JAIS dan tiga anggota polis telah menyerbu rumah berkenaan pada pukul 6.45 pagi selepas menerima aduan daripada orang awam.

"Serbuan dilakukan setelah polis menerima maklumat terdapat beberapa individu dalam rumah melakukan perkara tidak bermoral dan mencurigakan," katanya di sini semalam...

 P/s: 3 lelaki,2 perempuan. Bikin apa? Lazimnya, apabila penduduk sekitar membuat laporan kepada pihak berkuasa, hal itu menunjukkan bahawa perbuatan itu telah dilakukan dengan kerap.

Mudah-mudahan itu hanya prasangka buruk sahaja. Mudah-mudahan mereka tidak sejahil, sekemaruk, dan seghairah itu.



,

Chua Jui Meng Kini "Insaf" daripada Penipuan MCA


Naib Presiden PKR Datuk Chua Jui Meng seperti yang dilaporkan oleh HD mendedahkan ketika beliau berada dalam MCA telah berkali-kali menakut-nakutkan orang Cina supaya jangan menyokong PAS.

Katanya, antara lain beliau mengatakan jika PAS memerintah orang Cina akan dipotong ‘anu’ dan tidak boleh lagi makan ‘kerbau pendek’.

Walau bagaimanapun, bekas Menteri Kesihatan itu yang berceramah di Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau kelmarin, mengaku kini beliau bertaubat dan tidak mahu lagi mengulangi penipuan yang sama.

“Saya masa dalam MCA berkempen memberitahu orang Cina jangan sokong PAS, sebab PAS nak bina negara Islam. Kalau negara Islam nanti anu orang Cina kena potong, tak boleh makan kerbau pendek.

Itulah penipuan kami kepada orang Cina dan saya percaya ia berlanjutan hingga sekarang. Tapi hari ni saya nak minta maaf... saya taubat,” katanya sambil disambut dengan sorakan lebih 12,000 orang yang hadir.

Tambah bekas Naib Presiden MCA itu, beliau mendapati orang Cina pada masa ini tidak boleh ditipu atau tidak ditakut-takutkan lagi kepada PAS dan ini dibuktikan dengan sokongan majoriti entiti tersebut kepada PAS sejak pilihan raya umum (PRU) 2008 yang lalu.

Chua selanjutnya menceritakan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak jatuh kerana mengaut kekayaan melampau dengan keluarga beliau mempunyai kekayaan lebih RM270 bilion.

Tambahnya, sedangkan sejumlah besar rakyat hidup melarat dan dibelenggu kemiskinan sehinggalah mereka bangun memberontak.

Saya nak beritahu apa bezanya dengan Malaysia, 11 juta penduduk di negara ini berpendapatan di bawah RM1,500 iaitu berstatus miskin jika dibandingkan dengan kos hidup. 8 juta daripada mereka adalah orang Melayu."

“Satu perkara lagi yang mempunyai persamaan Malaysia dengan negara-negara Arab yang menghadapi kebangkitan rakyat itu ialah rasuah. Semasa saya mulai memasuki parlimen tiga dekad yang lalu kedudukan indeks rasuah Malaysia sekitar nombor 20."

“Tetapi ketika Perdana Menteri sekarang mengambil alih pemerintahan sudah berada di kedudukan ke 57.

Jelasnya, beliau percaya jika rakyat dalam keadaan tertekan mereka akan bertindak untuk mendapatkan keadilan.

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


,

Pasangan Cuba Larikan TV di Hotel Mewah!

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Sepasang kekasih yang menginap di sebuah hotel mewah di ibu kota, cuba mendapatkan ‘cenderamata’ dengan mencuri dan menyembunyikan sebuah televisyen besar dalam beg pakaian mereka.

Mereka dipercayai mencabut televisyen LCD bersaiz 32 inci sebelum berpura-pura ke lobi hotel yang terletak di Jalan Bukit Bintang, di sini dalam usaha melarikan diri, kelmarin.

Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, seorang kakitangan hotel yang bertugas di lobi melihat suspek berjalan keluar dari pintu hotel secara tergesa-gesa.

“Berikutan itu, dia segera bertindak menahan pasangan terbabit untuk pemeriksaan lanjut. “Namun suspek enggan membenarkan beg pakaiannya disentuh kakitangan terbabit. Malah pengawal keselamatan yang turut masuk campur ditegah daripada membuka beg pakaian itu,” katanya.

Menurutnya, suspek berjalan masuk semula ke dalam bilik hotel sambil diekori kakitangan hotel berkenaan.

“Bagaimanapun suspek tidak membenarkan kakitangan itu memeriksa atau masuk ke bilik mereka dengan alasan tidak mahu diganggu,” katanya.

Menurutnya, suspek hanya membenarkan dua pengawal keselamatan hotel terbabit memasuki bilik berkenaan 10 minit kemudian.

“Hasil pemeriksaan awal dilakukan, kakitangan hotel mendapati kedudukan televisyen terbabit dalam keadaan senget dan tidak sempurna.
“Namun pengawal keselamatan hotel memeriksa tandas dan mendapati alat pemanas air yang dipasang turut lesap,” katanya.

P/s: Macam-macam "gila" orang!

, ,

1000 Dikhuatiri Maut di Libya

Gadis-gadis cun ini turut berjuang!

Saya petik:

[Kosmo] BENGHAZI - Tindakan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mahu menamatkan tunjuk perasaan yang menuntutnya meletakkan jawatan telah menyebabkan 1,000 orang terbunuh, kata Menteri Luar Itali, Franco Frattini semalam.

"Kami percaya anggaran kematian kira-kira 1,000 orang boleh dipercayai," kata Frattini merujuk kepada tindakan Gaddafi yang mengarahkan pasukan keselamatan membedil dan menembak para penunjuk perasaan.

Sebelum ini, pertubuhan hak asasi, Human Right Watch menganggarkan 233 orang terbunuh dengan 62 penduduk di ibu kota Libya, Tripoli sejak dua hari lalu.

Menurut Frattini, beliau mengetahui bahawa wilayah timur Libya, Cyrenaica yang merupakan lokasi yang menempatkan banyak simpanan minyak tidak lagi berada di bawah kawalan Gaddafi.

Di bandar Benghazi, para penunjuk perasaan meraikan kemenangan dengan bermain bunga api dan membunyikan hon ekoran pertumpahan darah sudah berakhir.

Kawasan timur Libya dikatakan sudah berada dalam penguasaan penduduk yang menentang pemerintahan Gaddafi.

Sebuah penjara turut dibakar di Benghazi dan imej televisyen Sky News menunjukkan sebuah pesawat antipeluru berpandu Libya ditinggalkan di sebuah pangkalan tentera dekat Tobruk.

Menurut akhbar Quryna, di Sabratah, 80 kilometer ke barat Tripoli, tentera Libya menempatkan sejumlah besar askar selepas para penunjuk perasaan memusnahkan hampir kesemua pejabat perkhidmatan keselamatan. - Reuters 

Berkaitan:
Gaddafi semakin tertekan selepas bertindak ganas ke atas rakyat

[BH] TRIPOLI: Pemimpin Libya Muammar Gaddafi semakin tertekan semalam berikutan peletakan jawatan beberapa pegawai kanan, termasuk Menteri Dalam Negeri, Abdel Fattah Younes al-Abidi yang dianggap nombor dua di Libya.

Al-Abidi mengumumkan langkahnya untuk menyokong penunjuk perasaan ketika laporan menyatakan sehingga 1,000 orang terbunuh sejak bantahan tercetus 17 Februari lalu.
Sementara itu, penunjuk perasaan dengan bantuan anggota tentera yang berpaling tadah mendakwa menguasai bahagian timur Libya. 

Malah mereka mendakwa selepas seminggu bantahan tercetus Gaddafi kini hanya menguasai wilayah tertentu termasuk sebahagian ibu negara Tripoli dan bandar selatan Sabha.

Menurut perangkaan kerajaan hampir 300 orang terbunuh ketika pasukan keselamatan dengan ganas menyuraikan penunjuk perasaan. Namun menteri luar Itali Franco Frattini berkata di Rom laporan yang menyatakan kematian mungkin mencecah 1,000 orang boleh dipercayai berikutan serangan udara turut dilancarkan terhadap penunjuk perasaan.

Bekas negara penjajah Libya itu bimbang jika rejim Gaddafi berjaya ditumbangkan, sehingga 300,000 rakyat Libya mungkin akan lari ke Itali.

Selain Al-Abidi, ramai lagi jeneral kanan termasuk Jeneral Mahmud, pegawai pemerintah di Tripoli dan timur Libya berpaling tadah.

Menurut laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC) Gaddafi kini hanya mendapat sokongan daripada kelompok kecil yang rapat dengannya tetapi agak jelas beliau tidak akan menyerah kalah tanpa melawan habis-habisan.

Sementara itu, beberapa negara Eropah dilaporkan sudah mula membawa keluar warga masing-masing dari Libya.

Perancis, Turki dan Russia adalah antara negara yang sudah menghantar pesawat masing-masing bagi membawa keluar rakyat mereka yang terperangkap.

Britain pula menghantar kapal perangnya, HMS Cumberland ke pesisir pantai Libya bagi membantu operasi membawa keluar rakyatnya.

Amerika Syarikat, China dan India juga dilaporkan sedang membuat persiapan membawa pulang rakyat masing-masing keluar dari negara bergolak itu. – AP/Agensi

BAGASI KIRIMAN TERKINI

PR

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH