Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Tambahkan"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Sertai"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Like"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Follow"]

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Archives

Isnin, 31 Januari 2011

Skandal Peterporn: Beraksi dalam 2 Video Seks, Kena 3 Tahun 6 Bulan + RM85 Ribu



Saya petik:

[Bernama]BANDUNG: Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta (kira-kira RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung Isnin, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya sebagai pelaku dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.

Keputusan itu dibaca oleh Ketua Majelis Hakim kes itu Singgih Budi Prakoso pada perbicaraan secara terbuka yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan.

Sebelum ini, perbicaraan diadakan secara tertutup. Mendengar keputusan itu, beberapa wanita peminat Ariel kelihatan menangis.

Hukuman itu adalah lebih ringan daripada tuntutan pihak pendakwaan pada 6 Jan lepas yang meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun ke terhadap penyanyi itu.

Dalam keputusan hari ini, majlis tiga orang hakim sepakat menyatakan bahawa Ariel terbukti melanggar Undang-undang Tentang Pornografi 2008 dan Undang-undang Jenayah.

Sebelum ini, kes pengedaran video porno dirinya dengan kekasihnya Luna Maya dan artis Cut Tari tahun lalu menggemparkan negara dan menghebohkan masyarakat apabila ia tersebar dengan cepat di Internet sehingga dapat diakses termasuk melalui telefon bimbit.

Di laman sosial, kes ini yang dikenali sebagai "Ariel Peterporn" turut menarik perhatian dunia dalam banyak akaun Twitter.

Ariel dan Luna Maya tidak mengakui bahawa mereka adalah pelaku dalam aksi porno itu, namun Cut Tari telah membuat pengakuan dan memohon maaf secara terbuka bahawa video itu benar antara dirinya dan Ariel, dan mempertahankan kenyataan itu sebagai saksi dalam perbicaraan kes Ariel itu.

Ariel, yang kelihatan tersenyum mendengar keputusan hakim seperti telah menduga hukuman yang akan diterima hari ini, tidak memberi apa-apa kenyataan apabila ditanya oleh hakim sama ada akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Penyanyi itu diberi waktu seminggu untuk mengemukakan rayuannya.Ariel dikawal ketat oleh anggota polis semasa dibawa keluar dari ruang persidangan mahkamah melalui pintu belakang bagi mengelak dikerumuni wartawan dan orang ramai.
P/s: Mujur Soi Lek rakyat Malaysia!


, ,

Apa? Ada Pelajar Malaysia Kena ROGOL dan ROMPAK di Kaherah Mesir???!!


"Screen shot" ini saya peroleh di sebuah laman forum yang memaparkan perbualan antara salah seorang pelajar di Mesir dengan rakan-rakannya. Pelajar itu mendakwa ada pelajar Malaysia yang telah dirompak dan malah lebih dashyat ada pelajar Malaysia yang didakwa dirogol. Kesahihan berita itu walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

Sementara itu, seorang lagi pengguna FB menguar-uarkan situasi di Mesir dan merayu kepada PM Najib agar membawa pulang pelajar Malaysia yang berada di sana.


Sebenarnya, berduyun-duyun kapal terbang asing ke Mesir untuk mengangkut rakyat asing keluar dari negara yang sedang bergolak itu. Keadaan seperti yang diberitakan di media amat membimbangkan, tambah-tambah pula dilaporkan ribuan banduan di negara itu berjaya melepaskan diri dari penjara, malah balai polis turut dibakar oleh perusuh.

Justeru, tunggu apa lagi? Mengapa kerajaan Malaysia masih tidak mahu membawa pulang pelajar dan warga Malaysia yang masih berada di sana?

Dalam pada itu, Kedutaan Malaysia melaporkan hal yang sebaliknya. Berita Bernama melaporkan bahawa pihak kedutaan di Kaherah memaklumkan bahawa semua pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir selamat setakat 4.30 petang ini (waktu Malaysia). Wisma Putra dalam satu kenyataan pula menasihati ibu bapa dan anggota keluarga agar tidak terlalu bimbang kerana pihak kedutaan serta Jabatan Penuntut Malaysia sentiasa memantau perkembangan terkini, selain berhubung dengan pelajar dan rakyat Malaysia berkenaan. Persoalannya, betulkah semua pelajar Malaysia selamat, sedangkan pegawai-pegawai ini hanya menerima laporan di pejabat, bukannya di lokasi kejadian.

Umum tahu, pelajar atau warganegara Malaysia daripada golongan VVIP sudah tentu diterbangkan pulang dengan lebih awal jika mereka berhadapan dengan situasi getir begitu. Oleh itu, kita tidak mahu kerajaan bersikap double standard dan mengambil tindakan sambalewa dalam menangani hal ini serta menjadikan faktor kos sebagai penghalang untuk membawa pulang warganegara Malaysia yang kini terancam di bumi Mesir. Jika kerajaan mampu membayar kos bilik Rosmah setinggi RM100 ribu semalam di Dubai, apalah sangat dengan menghantar kapal terbang untuk membawa pulang rakyat kita di sana.


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

, ,

Ada "Jubur" Orang yang Kembang Hari Ini


Ya, ada jubur orang kembang hari ini. Punca juburnya kembang kerana pengumuman permohonan maaf di bawah ini.

Saya petik:

PDO: Permohonan Maaf Terbuka Buat Saiful Bukhari
Selepas lebih dua tahun artikel itu disiarkan, maka pada hari ini 31 Jan 2011 Pahang Daily Online (PDO) secara rasminya ingin mengumumkan penarikan balik enam artikel berkenaan. Sebagai sebuah blog panas dan sensasi, ada kalanya artikel yang dihantar oleh orang awam dan krew-krew kami dari seluruh negara tidak ditapis dengan sebaik mungkin menyebabkan laporannya terkadang terbabas dari etika penyiaran yang sebenarnya. Selepas lebih dua tahun menghantar krew kami untuk menyiasat kesahihan artikel tentang penyakit misteri Saiful berkenaan, ternyata laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Malah, kami cuba menghubungi pihak yang menghantar email artikel berkenaan namun tetap tidak mendapat jawapan yang sepatutnya. Malah, melalui beberapa orang saudara mara dan sahabat terdekat Saiful yang ditemui ternyata laporan tentang penyakit misteri beliau yang disiarkan di laman blog ini dua tahun lepas adalah tidak benar sama sekali. Justeru itu, kami memohon maaf kepada individu terbabit iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan serta keluarganya dan seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan yang berlaku itu...lanjut di PDO. 

P/s: Kembang, jangan tidak kembang!

, ,

Lelaki Mati Selepas Terjatuh dari "Roller Coaster"

Tokyo Dome City Attractions
Menurut sumber berita AFP, seorang lelaki 34 tahun mati selepas terjatuh dari roller coaster di Tokyo Dome City Attractions, insiden ketiga dalam tempoh tiga bulan.

Lelaki itu dipercayai terjatuh dari gerabak empat-kerusi Spinning Coaster Maihime (Dancing Princess) ketika roller coaster itu melalui lengkungan sekitar lapan meter (26 kaki) dari paras tanah.

  Polis memeriksa roller coaster setelah seorang lelaki terjatuh di
Tokyo Dome City Attractions, 30 Januari 2011 lalu.  (Foto: AP)

Pihak polis menduga lelaki yang namanya tidak dinyatakan itu berkemungkinan gagal untuk mematuhi langkah keselamatan atau gagal memasang bar keselamatan yang disediakan ketika menaiki roller coaster tersebut. 

Pada bulan November yang lalu, seorang pekerja wanita telah ada kehilangan tiga jarinya ketika memeriksa gerabak jatuh menegak seperti dijelaskan seorang pegawai di taman tersebut. 

Manakala pada bulan Disember, seorang kanak-kanak perempuan mengalami luka ringan apabila nat sebuah roller coaster tercabut lalu mencederakannya.

P/s: Anda yang gemar menaiki roller coaster, sila ambil pusing dan ambil perhatian!
 
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

,

Faktor Kemenangan BN di Tenang


Saya petik:
[HD] LABIS, 31 Jan: Penyumbang utama kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Tenang adalah kerana kejayaannya membawa keluar seramai mungkin para penyokong utamanya di Felda dan kampung Melayu walaupun kawasan mereka dilanda banjir.

Pada jam 11 pagi ketika para pelancong politik, petugas dan pengundi bersesak di jalan menuju ke kampung dan Felda Tenang kerana banjir, siren petugas kecemasan kerajaan bingit meminta laluan diberikan kepada mereka untuk membawa bot ke sana.

Antaranya bot polis, tentera, Pertahanan Awan dan juga Bomba dan Penyelamat bergegas di bawa ke sana.

Namun usaha ini tidak berlaku di kawasan pengundi Cina. Ini menyebabkan, kenaikan mendadak peratus mengundi di kawasan Felda dan kawasan tradisional Melayu berbanding kawasan Cina.

Hasilnya, BN berjaya menaikkan peratusan pengundi Melayu mereka kepada 83.3 peratus iaitu kenaikan 4 peratus berbanding pilihan raya umum 2008 lalu.

Ia berlaku apabila jumlah pengundi Melayu dinaikkan kepada 81 peratus iaitu kenaikan 2 peratus berbanding sebelum ini sedangkan jumlah pengundi Cina jatuh 18 peratus manakala India jatuh 23 peratus.

Kawasan undi Kampung Redong sahaja berjaya dinaikkan 11 peratus kepada 80 peratus berbanding sebelum ini hanya 69 peratus.

Felda Chemplak naik 6 peratus kepada 88 peratus manakala di Felda Tenang naik 6 peratus kepada 86 peratus.

Peratusan ini adalah berdasarkan analisa peratusan keluar mengundi yang dibuat oleh Tony Pua, anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan.

Undi Cina dan India

Kerana sikap pilih kasih dan bias fokus alat kerajaan untuk kepentingan BN ini, peratusan pengundian di kawasan Cina jatuh teruk. Ia ditambah pula dengan suasana sambutan Tahun Baru Cina yang hampir tiba.
Mereka bimbang untuk meredah banjir dan hujan kerana takut demam atau cedera menjelang sambutan itu.
Hasilnya, peratusan keluar mengundi Cina jatuh 18 peratus iaitu kepada 54 peratus sahaja. Namun begitu, peratus undi untuk PAS kekal iaitu 64 peratus.

Peratusan keluar mengundi untuk Labis hanya 50 peratus, Labis Tengah 72 peratus, Labis Timur 67 peratus manakala Tenang Station hanya 51 peratus.

Kawasan yang paling teruk terjejas akibat diskriminasi ini adalah pengundi India apabila hanya 39 peratus sahaja pengundi mereka turun iaitu turun sebanyak 23 peratus.

Pada jam 3 petang semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta SPR menangguhkan pilihan raya ini kerana ramai yang tidak boleh kelauar akibat banjir ini.

"Saya minta SPR menangguhkan proses pengundian hari ini kerana hujan lebat dan banjir.

"Pengundi kini sudah terputus hubungan kerana jalan sudah ditutup dan ada dikalangan mereka takut meninggalkan rumah untuk keluar mengundi ekoran banjir di kawasan mereka," katanya.

Namun begitu, selepas pengumuman dibuat, seorang lagi  naib presidennya yang juga pengarah pilihan raya ini, Salahuddin Ayub berkata mereka akan menerima keputusannya buat masa ini.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat terjejas teruk oleh banjir yang melanda beberapa pusat pengundian di Tenang hari ini.

Kataya, banjir telah menjejaskan peluang parti itu kerana ia melanda banyak kawasan di bandar itu seperti Ladang Labis Utara, Bandar Labis Tengah, Bandar Labis Timor.

Kejayaan PAS

Namun begitu, dengan kekalahan ini PAS masih berbangga dengan beberapa perkara termasuk menyelesaikan persepsi yang cuba dibina oleh Umno selama ini kononnya PAS berkawan dengan DAP yang anti Islam.

Pilihanraya ini membuktikan, MCA sebenarnya yang anti Islam bahkan tidak cuba langsung mendekati dan memahami Islam.

"What is so great about knowing Muslim values?" (Apa baiknya untuk (saya) mengetahui tatasusila orang Islam?)" kata Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek.
Sebelum itu, beliau menghina calon PAS, Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan bukan muhrimnya dan juga memakai sarung tangan untuk membolehkan beliau bersalama dengan mereka.

Ekoran itu pelbagai pihak telah mempertikaikan Soi Lek sehingga Mufti Perak sendiri meminta beliau memohon maaf kepada orang Islam kerana penghinaannya itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menyeru seluruh jentera parti PAS untuk menghilangkan tanggapan bahawa kawasan Felda dan kampung tradisional merupakan kubu Barisan Nasional.

“Untuk menganggap Felda kubu BN saya kira agak ekstrem kerana PAS pernah menang di kawasan Felda bahkan pada tahun 1999, bilamana PAS menang di kawasan majoriti melayu, ianya termasuk kawasan Felda,” kata Tuan Ibrahim yang diminta mengulas kegagalan PAS menembusi kawasan Felda di pilihanraya kecil Tenang.

Calon PAS, Normala Sudirman tewas kepada calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707 undi. Normala memperolehi 2,992 undi manakalah Azahar memperolehi 6,699 undi dengan peratusan keluar mengundi hanya 66.7 peratus.

Jentera Pakatan Rakyat berjaya mengekang majoriti BN naik kepada melebihi 5000 undi sebagaimana yang disasarkan BN. - Zulkifli Sulong   

,

Memang Betul Melayu di Luar Bandar Kurang Informasi dan Bergantung pada Sumber Maklumat yang Dikawal BN


Saya baca tulisan seorang jurublog tegar UMCO yang memberikan komen tentang isi kandungan Twitter Speaker Selangor di atas. Katanya: 
Saya tidak merasa terkejut sekiranya bait-bait perkataan di atas diucapkan oleh pemimpin-pemimpin "chauvinist" dan anti Melayu Islam DAP. Itu tujuan mereka dilahirkan di Malaysia. Mereka hanya bermuka-muka apabila mahu bekerjasama dengan orang-orang Melayu. Hakikatnya, mereka masih lagi menganggap orang-orang Melayu Islam terutamanya di luar bandar masih kolot, tidak berfikiran terbuka (dalam ertikata lain bodoh) dan senang dipengaruhi dengan penipuan dan ketakutan seolah-olah orang-orang Melayu luar bandar tidak dapat berfikir dengan rasional. Pendapat Dato' Teng juga turut menganggap bahawa Melayu Islam luar bandar lebih terbuka di dalam menerima perkahwinan songsang Pakatan Haram. 
Buat pengundi-pengundi luar bandar di Merlimau, inilah pandangan pemimpin DAP yang mewakili Pakatan Haram. Jangan terkejut apabila mereka turun beramai-ramai ke Merlimau hujung bulan ini, andalah Raja, andalah permata hati sedangkan hakikakatnya mereka memperlekehkan Melayu Islam luar bandar seperti mana mereka lakukan di Tenang. Waspadalah. Undi di tangan anda semua untuk menetukan nasib anak bangsa, Agama dan Tanahair. Bacaan lanjut di sini.

 Inilah mentaliti jurublog UMCO yang gemar menokok tambah dan memutarbelitkan sesuatu kenyataan agar dapat dijadikan "peluru" untuk kepentingan mereka. Cuba baca teks dalam Twitter itu, apa-apa yang ditulis oleh Datuk Teng itu adalah realiti sebenar masyarakat Melayu di luar bandar. Mereka hanya bergantung pada sumber tertentu untuk mendapatkan maklumat. Malangnya, sumber itu begitu condong kepada pemerintah dan berperanan meracuni minda masyarakat desa dengan pelbagai "penipuan" dan berita yang berat sebelah.

Seperti lazimnya, jurublog UMCO yang kekeringan isu dan idea masih lagi melabelkan Cina DAP sebagai  "chauvinist" atau pelampau kaum dan anti Melayu Islam sedangkan apa-apa yang telah dilakukan oleh Lim Guan Eng dan DAP membuktikan kenyataan dan pernyataan mereka hanyalah fitnah yang bertujuan untuk mempengaruhi orang Melayu agar menjauhi DAP. Walhal Islam dan Melayu Pulau Pinang kini lebih terbela melalui pemberian kontrak/tender, penambahan peruntukkan untuk agama Islam, dan perkongsian ekonomi melalui projek awam, dan sebagainya. Biarpun begitu, jurublog UMCO masih lagi mencanangkan ke seluruh negara bahawa DAP yang baru memerintah di Pulau Pinang sekitar 3-4 tahun telah menghalau Melayu dari pulau itu, sedangkan hakikatnya seperti yang diakui oleh pemimpin UMCO sendiri bahawa keadaan itu berlaku kerana kecuaian UMCO dan Gerakan yang memerintah pulau itu lebih daripada 50 tahun.

Kenyataan bahawa "mereka masih lagi menganggap orang-orang Melayu Islam terutamanya di luar bandar masih kolot, tidak berfikiran terbuka (dalam ertikata lain bodoh) dan senang dipengaruhi dengan penipuan dan ketakutan" sangat tidak bertanggungjawab dan jelas menunjukkan mereka memutarbelitkan kenyataan Speaker Selangor itu demi kepentingan politik parti yang terang dan jelas menderhaka kepada raja dan Allah. Sedangkan jelas bahawa kenyataan Twitter itu membawa maksud yang jauh menyimpang daripada pemahaman jurublog tersebut.

Cuba perhatikan poster di bawah ini:





Kita wajar berasa hairan kerana puak yang begitu tegar menyokong UMCO ini langsung tidak bersuara apabila pemimpin mereka menghina Islam, memperlekeh negara Islam. Mereka juga menikus apabila pemimpin parti komponen memperlekeh cara hidup dan hukum Islam. Bayangkan jika Lim Kit Siang yang mengeluarkan kata-kata yang tertulis dalam poster di atas, anda sudah tentu tahu reaksi mereka! Inilah sikap munafik yang merugikan bangsa dan agama.


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

, , ,

Ahad, 30 Januari 2011

Misi GADIS BERAHI Gagal Tawan Hati Penduduk Cina di Tenang

Analisis terperinci tentang pengundian di Tenang masih belum dikeluarkan lagi. Namun berdasarkan laporan TMI dab beberapa jurublog, Cikgu Mala tewas di kawasan Felda, kawasan orang Melayu yang masih kemaruk dan ketagih dengan "kelentong & kepura-puraan" penderhaka kepada raja dan Allah. Namun, Cikgu Mala dikhabarkan berjaya memecahkan ego BN terutamanya Chua Soi Lek, pelakon porno apabila menang di saluran/kawasan yang majoritinya dihuni oleh kaum Cina.

Oleh sebab itu, saya tertanya-tanya, adakah gadis-gadis penari separuh bogel di bawah ini yang dibawa khas ke sana gagal/kurang "memberahikan" masyarakat di sana sehingga kesopanan dan kesantunan Cikgu Mala berjaya menggugat mereka?


[Kemas Kini-RASMI] PRK Tenang: Geng Persenda/Hina Islam Menang


Keputusan rasmi PRK DUN Tenang mengesahkan calon BN Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,707 undi menewaskan calon PAS, Normala Sudirman.

BN mendapat sekitar 6,699 undi manakala PAS mendapat 2,992 undi.

RASMI!

Takziah pengundi yang telah memilih calon yang terlibat melelong tanah orang Melayu! 
Takziah penduduk Melayu Islam di Tenang kerana memilih parti yang menghina dan mempersenda agama sendiri!
Takziah juga kerana mereka mengundi parti yang membenarkan MCA menghina hukum dan negara ISLAM.

Adakah banjir di Labis menunjukkan "kemurkaan" Allah di sana?




,

Umur 97 Tahun. Apa Rahsia Atuk Power Ini?


INI DIA... Alias bersama isteri, Salmah menunjukkan buku risalah yang masih disimpannya berkaitan penentangan Malayan Union.

Saya petik:
[HM] SEGAMAT: Percaya atau tidak, lelaki berusia 97 tahun ini masih terang penglihatannya serta mampu pergi ke kebun serta bercucuk tanam selain memandu kenderaan, termasuk kereta mahupun motosikal, tanpa berteman.
Daya ingatannya juga masih tajam selain mengingati detik bersejarah negara, termasuk perjuangan Melayu dalam menentang Malayan Union sekitar 1948.

Alias Bujal tidak mengamalkan apa-apa senaman istimewa, malah tidak pernah menuntut ilmu pusaka yang berkebolehan tinggi.
Dia hanya mengamalkan pengambilan makanan berasaskan sayuran, termasuk ulam-ulaman seperti pucuk paku, ulam pegaga, ulam raja, petai dan jering.

Beberapa jenis ulaman berkenaan diamalkan warga emas itu setiap hari, malah dia mengakui sayuran kampung itu adalah petua serta kunci utama untuk sentiasa sihat selain lanjut usia.

Lebih menarik lagi, Alias turut menjadikan ulam-ulaman sebagai minuman harian yang diambil bersama madu lebah dan juga telur ayam kampung secara mentah.
Selain itu, dia mengamalkan mengunyah bawang putih mentah setiap hari sebagai petua awet muda.

“Kalau watak kartun Popeye makan bayam untuk jadi kuat, begitu juga yang saya amalkan sejak berusia belasan tahun lagi.
“Tidak lengkap makanan saya setiap hari tanpa ulam-ulaman kampung dimakan bersama nasi, nampaknya petua yang diamalkan itu berbaloi kerana sehingga kini saya masih boleh melihat kemajuan negara,” katanya.

Selain memakan ulam-ulaman, Alias mendedahkan dia tidak pernah meminum air sejuk kerana menyifatkan bahan minuman sebegitu mengakibatkan badan menjadi lesu serta cepat letih.

Air sejuk tidak elok untuk badan kerana boleh mengakibatkan pelbagai penyakit selain semput, lelah, asma dan demam.

“Pak cik boleh demam jika minum air sejuk,” katanya yang masih boleh menghayun cangkul, membajak tanah selain tidak perlu memakai cermin mata untuk membaca mahupun ketika memandu kereta atau menunggang motosikal.

Penulis melihat sendiri bagaimana lelaki berusia emas itu masih mampu memandu kereta selain bercucuk tanam dengan menghayun cangkul di belakang rumahnya.

Warga emas ini mengakui mempunyai empat isteri yang dikahwininya sejak 1930-an sehingga kini dan hasil perkongsian hidup bersama empat wanita berbeza itu dia dikurniakan empat cahaya mata.

Difahamkan, menerusi dua perkahwinan pertama, dia dikurniakan dua anak lelaki, manakala hasil perkahwinan ketiga, dua anak perempuan.

Semua isterinya berasal dari Johor iaitu isteri pertama dari Labis; kedua, Kota Tinggi; ketiga, Segamat dan isteri keempat, juga dari Labis.

Bagaimanapun, Alias dikatakan hanya berkahwin baru selepas isteri terdahulunya meninggal.

Alias bersyukur walaupun usianya mencecah 100 tahun dia masih boleh melihat 30 cucunya lahir ke dunia, malah berkesempatan mengazankan seorang daripada 14 cicitnya.

Katanya, dia kini tinggal berdua bersama isteri keempatnya, Salmah Hussein, 59, di Kampung Tenang, di sini, sejak lima tahun lalu.

Ketika menceritakan pengalamannya melalui beberapa peristiwa yang mengubah sejarah negara mahupun dunia, Alias berkata, dia masih ingat saat pemimpin terdahulu menuntut kemerdekaan Malaysia.

“Saya bersama Datuk Onn Jaafar pergi menjelajah satu Malaya untuk menentang penindasan dilakukan pemerintah Inggeris melalui Malayan Union.

“Saya juga merasa keperitan dijajah tentera Jepun dan komunis selain diseksa, termasuk dipaksa melakukan kerja berat seperti membina landasan kereta api,” katanya.

Menurutnya, penindasan demi penindasan diterima orang Melayu ketika itu akhirnya membangkitkan satu semangat bersatu padu dan melawan demi menuntut kemerdekaan.

Alias juga dianggap antara pejuang kemerdekaan oleh penduduk setempat, malah beliau tidak lokek berkongsi pengalaman bersama generasi muda setempat.

Dia yang dilahirkan pada 1914 berkata, pada usia emasnya dia melihat beberapa perubahan negara, termasuk bersalaman dengan empat mantan Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir Mohamad....Mohd Harzrul

PRK Tenang: Sukar tetapi BUKAN Mustahil!

Maaf. Gambar sedikit memberahikan! Err..ada orang yang berahi tengok gambar ini?




, ,

Wajah PENGKHIANAT PKR



Nama kurang jelas, tetapi wajah pengkhianat ini jelas untuk tatapan umum. Yang saya kurang setuju apabila pengkhianat ini dilabelkan sebagai pemimpin dalam gambar di atas. Rata-ratanya tidak layak digelar pemimpin. Tiada siapa pun yang mengikut mereka.


, , , ,

Sabtu, 29 Januari 2011

[Poster] Kerana kepentingan Politik, UMCO & Sekutu Hina/Persenda Islam!










Kredit: Ada Tertera pada Gambar


Khusus untuk Penduduk di Tenang: 
TOLAK UMCO & GENG,  
UNDI CIKGU MALA! 

  
Pesanan TG Nik Aziz Nik Mat:

“Peluang terletak atas orang sini (Tenang)... atas pengundi. Dia (pengundi) nak kekal dengan jahiliah ke hendak terima Islam. Kalau nak kekal jahiliah apa boleh buat. Sekarang ada dua.... ada jahiliah, ada Islam... tolak jahiliah ambil Islam, itu yang betul dunia akhirat.”


, ,

[PANAS] Pusat Kesihatan Keluarga Nafi "Jual" MC & Sahkan Suami Cikgu Mala Tidak Sihat





SH melaporkan bahawa Pusat Perubatan Keluarga, Jalan Segamat, menafikan pihaknya menjual sijil cuti sakit (MC) kepada suami calon Pas, Normala Sudirman yang dikatakan mengalami masalah kemurungan.

Pakar perubatan, Dr Siti Juriah Kusni mengesahkan kliniknya ada mengeluarkan cuti sakit berkenaan kepada Maarof Abd Mutalib berikutan tahap kesihatannya yang lemah.

"Maarof diberikan cuti sakit selama dua hari memandangkan perlu rehat secukupnya kerana mengalami simptom demam, batuk dan selesema.

"Pemeriksaan mendapati Maarof juga kelihatan begitu lesu dan tidak bermaya serta memaklumkan turut mengalami tekanan," tambah Dr Siti Juriah.

Menurutnya, sebagai doktor, beliau ada bertanyakan punca tekanan itu dan Maarof berkata bahawa tekanan itu berkaitan dengan hal pertukarannya ke Johor Bahru.

Akibat memikirkan hal itu, beliau terlalu tertekan sehingga tidak dapat tidur malam. Oleh yang demikian, saya memberikannya cuti sakit selama dua hari, iaitu pada 6 dan 7 Januari,” jelas Dr Siti Juriah.
Berikutan masalah tekanan yang dialaminya, beliau mencadangkan Maarof mendapat khidmat pakar psikitrik dengan merujuk masalah itu kepada Klinik Kesihatan Bandar Putra Segamat untuk pemeriksaan lanjut.

Walau bagaimanpun, Dr Siti Juriah memaklumkan tidak mengetahui sama ada Maarof mendapatkan khidmat pakar psikitrik seperti mana yang dicadangkannya sehingga mengetahuinya melalui laporan akhbar, semalam.

Status kesihatan Maarof menjadi persoalan apabila beliau dilaporkan mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini. 

Sementara itu, Kosmo pula melaporkan  Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengambil tindakan tatatertib terhadap Maarof Abd. Mutalib yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tenang Stesen itu menipu untuk mendapatkan sijil cuti sakit (MC) selama 21 hari.

Menurut  Muhyiddin Yassin, kementeriannya akan menyiasat dan mendapatkan laporan daripada pelbagai pihak termasuk pengetua SMK Tenang Stesen sendiri.

Kata Muhyiddin, “Kementerian akan siasat sama ada cuti yang diberikan itu berasas atau dia telah memberi kenyataan yang tidak betul untuk mendapatkan cuti.

Dia sebagai seorang guru sepatutnya amanah dan tidak boleh salah guna hak untuk mendapat cuti dan memberi perakuan yang bohong.

“Kami difahamkan jumlah MC yang diambil banyak dan jika benar sakit, dia sepatutnya sudah terlantar tetapi dia dilihat berdiri tegak meredah kawasan Tenang untuk membantu isterinya berkempen.”

Justeru, penjelasan Dr Siti Juriah yang merawat dan mengeluarkan sijil cuti sakit kepada Maarof sudah memadai untuk menjawab persoalan dan pertanyaan Muhyiddin dan tulisan-tulisan di blog pro-UMCO./www,duniacacamarba.blogspot.com


P/s: Apa lagi modal UMCO, Muhyiddin, Hishamuddin? Muhyiddin dan Hishamuddin perlu siasat dalang (di tempat Maarof berkhidmat) yang mendedahkan sijil cuti sakit suami Cikgu Mala kerana perbuatan itu melanggar etika. Hishamuddin dan Muhyiddin perlu menjelaskan kepada rakyat tentang kes mahkamah dan cerita calon BN terlibat dalam kes melelong tanah milik orang Melayu!


,

N Gobalakrishnan Ucap Sayonara & Letak Semua Jawatan dalam PKR

, ,

Angkara Minyak Dagu: Artis "Buang" Anak & Suami


Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Akibat disihir dengan minyak dagu mayat, seorang pelakon wanita drama bersiri popular membuat pengakuan pernah meninggalkan suami dan tiga anaknya semata-mata untuk bersekedudukan dengan seorang lelaki warga Kemboja yang baru dikenali walaupun ketika itu dia hamil tiga bulan.

Mangsa mendakwa ilmu hitam itu menyebabkan dia seolah-olah menjadi hamba seks lelaki terbabit selama lebih dua tahun sekitar 2007 hingga 2009. Sepanjang tempoh itu juga, semua pendapatan bulanannya turut diserahkan kepada lelaki berkenaan.

Lebih tragis lagi, pelakon itu yang berusia 27 tahun dan hanya mahu dikenali sebagai D berkata, dia juga terlantar selama sebulan di wad psikiatrik, Hospital Selayang dekat sini, selepas doktor mengesahkan dia mengalami gangguan mental.

“Segala-galanya bermula selepas saya berkenalan dengan seorang penghantar surat yang kerap datang ke pejabat saya di Damansara atas urusan kerja.

“Entah mengapa saya tiba-tiba seperti hilang pertimbangan diri kerana sentiasa dihantui wajah lelaki berusia 24 tahun itu seolah-olah ada satu daya tarikan istimewa pada dirinya.

“Saya gagal mengawal diri sehingga tidak mampu menolak setiap arahan yang diberikan, malah tidak teragak-agak meninggalkan suami dan anak untuk tinggal serumah dengan lelaki itu di Gombak,” katanya.

D berkata, sepanjang tinggal dengan lelaki itu, dia dilayan seperti pembantu rumah apabila diarah melakukan semua kerja rumah selain terpaksa menyerahkan semua wang pendapatannya.

“Biarpun dimaki-hamun dan dipukul saban hari, saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkannya, malah hati saya tetap menyayanginya. Setiap kali saya berhasrat pulang ke pangkuan anak-anak, seolah-olah ada satu kuasa mematikan niat saya itu,” katanya.

Menurut D, hampir tiga tahun bersama lelaki durjana itu, dia langsung tidak pernah menjenguk orang tuanya di kampung dan suaminya juga gagal menjejaki tempat tinggalnya.

“Saya juga seperti dirasuk kerana setiap kali ada pihak melarang hubungan kami, saya tidak teragak-agak memarahi serta memaki-hamun mereka,” katanya.

Kemuncaknya, keadaan diri D menjadi tidak keruan apabila lelaki itu menghilangkan diri. Dia mula meracau siang dan malam memanggil nama lelaki itu hingga akhirnya terpaksa dimasukkan ke hospital.

Selepas terlantar di hospital, barulah keluarganya dapat bertemu dengan D selepas dihubungi pihak hospital dan sokongan mereka membuka laluan untuk D kembali pulih seperti sedia kala....- Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Asmah Rusman

P/s: Saya pernah dengar cerita yang lebih dashyat angkara minyak pengasih/dagu.


, ,

Jurublog Lahanat Siarkan Sijil SPM yang Didakwa Milik Normala untuk Kelirukan Pembaca

Blog P Gomo yang masih belum disaman oleh ADUN Selising ini mendedahkan pula salinan gambar sijil SPM yang dikatakan milik calon PAS Normala Sudirman.

Persoalannya, kita tidak tahu sama ada sijil di bawah ini milik Cikgu Mala atau tidak, namun yang jelas sijil ini disiarkan oleh lahanat-lahanat UMCO untuk mengelirukan pembaca.

Tidak mustahil juga sijil di bawah ini hasil rekayasa pihak tertentu. Cuba lihat betapa lurusnya nama calon berbanding teks lain yang tidak tegak mengikut lengkungan sijil.



Cuba lihat pencapaian calon yang dikatakan Normala Sudirman di atas. Calon memperoleh BM -3, Kesusasteraan Melayu- 4, Pendidikan Agama Islam - 1, Sejarah - 5, Geografi - 6, BI -8, Rampaian Sains - 5, Perdagangan - 7. Agak-agak pangkat berapa yang diperoleh calon? Kalau tidak salah, calon ini memperoleh pangkat 1.

Memanglah di bawah mata pelajaran itu ditulis S.A.P yang bermaksud Sijil Am Pelajaran termasuk pernyataan bahawa calon lulus dalam ujian lisan. Sijil SPM saya pun tertulis perkara yang sama. Begitu juga di bahagaian atas sijil tersebut. Ini semua ialah ayat standard dalam sijil SPM dahulu, tidak tahulah kandungan sijil SPM sekarang! Kalau mengikut kiraan jurublog UMCO ini, semua rakyat Malaysia yang mengambil SPM hanya memperoleh SAP.

Terang-terang sijil ini disiarkan untuk mengelirukan orang ramai dan bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti Cikgu Mala.

Dasar lahanat!

P/s: Lahanat ini bermaharajalela kerana tidak ada orang yang mahu menyamannya! Jika benar sijil SPM ini milik Cikgu Mala, siapa pula lahanat yang menyerahkannya kepada jurublog ini? Adakah kakitangan tempat Cikgu Mala pernah berkhidmat?

Contoh sijil SPM:





* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

,

Wajah Wanita Myanmar yang Menikam Bayinya Berkali-kali

Dua anggota polis mengiringi Nuraishah Abdullah, 23, yang masih lemah bagi mendengar sebutan kes bunuh bayi di Mahkamah Majistret Shah Alam, Jumaat. Majistret Zilfinaz Abbas menetapkan 28 Februari untuk sebutan semula kes dan membenarkan warga Myanmar itu dihantar ke Hospital Bahagia untuk pemeriksaan. - Mstar/Foto BERNAMA

Berita tentangnya di sini dan di sini.

Jumaat, 28 Januari 2011

Sekolah Jadi Dalang Dedah Sijil Sakit Suami Normala?


HD melaporkan bahawa PAS kesal dengan tindakan sebuah sekolah menengah di Labis yang mendedahkan dokumen peribadi seorang gurunya berhubung laporan cuti sakit yang kini dijadikan bahan kempen UMCO BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang.

Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli berpendapat tindakan tersebut juga boleh menjejaskan imej guru berkenaan dan menghilangkan keyakinan pekerja terhadap majikannya.

Beliau yang juga seorang pengamal perubatan berkata, sijil cuti sakit adalah dokumen rasmi yang sepatutnya hanya diketahui oleh pesakit (guru tersebut) dan majikannya. Hal ini kerana dokumen tersebut mengandungi maklumat sulit antara doktor dengan pesakitnya, termasuk diagnosis pesakit.

Ekoran pendedahan sijil sakit tersebut, beberapa blog pro-UMCO menyiarkan sjil sakit tersebut dan tulisan mereka membayangkan Maarof sedang berdepan dengan masalah kesihatan yang serius. Selain blog, Utusan Malaysia hari ini turut juga memainkan isu sama dengan memaparkan tajuk 'Suami Normala sakit kritikal?'.
Hatta membidas tindakan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin yang mempertikaikan pegawai perubatan yang merawat dan mengeluarkan sijil cuti sakit kepada guru berkenaan. Selain itu, Hatta turut membidas tindakan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr. Puad Zarkashi yang merestui tindakan sekolah berkenaan dan terus membuat kenyataan seolah-olah guru tersebut telah melakukan kesalahan tanpa usul periksa.
Sementara itu, Mstar melaporkan calon PAS, Normala Sudirman mendakwa suaminya, Maarof Abdul Mutalib diberikan cuti sakit sehingga tempoh dua minggu berturut-turut disebabkan oleh masalah kemurungan akibat arahan pertukaran dalam tempoh 24 jam ke sebuah sekolah di Johor Bharu sebelum ini.


Dalam kenyataannya, Normala meminta pihak media menyiasat lebih lanjut tentang kesahihan sijil cuti sakit  suaminya itu dengan bertemu dengan doktor yang berkenaan.

“Lebih baik media berjumpa dengan doktor yang mengeluarkan cuti sakit tersebut kerana sebagai doktor beliau lebih profesional dan tahu kenapa dan mengapa surat itu dikeluarkan kepada pesakitnya.

“Media kalau nak tahu lebih baik tanya pada doktor itu lebih baik dan ada ketelusan.”

Sebelum ini sebuah blog pro-UMCO (kini sudah berjangkit ke blog lain)  mendakwa suami calon PAS itu telah mengambil cuti sakit selama dua hari pada 6 dan 7 Januari dari Pusat Perubatan Keluarga di Jalan Segamat-Labis, Johor. Suami Normala turut mengambil cuti sakit selama dua minggu bermula 10 hingga 23 Januari yang dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat dan tambahan cuti lima hari lagi yang diperoleh daripada pusat kesihatan yang sama.

Dalam salinan surat sakit tersebut, dimaklumkan bahawa Maarof yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen diberikan cuti sakit selama 2 minggu berturut-turut kerana beliau menghadapi masalah kemurungan yang serius.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Normala yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala berkata, suaminya berdepan dengan tekanan yang hebat ketika mendapat tahu tentang pertukaran yang diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Johor sebelum tindakan tersebut ditarik balik dalam tempoh 24 jam selepas itu.
 
P/s: Siasat dalang yang dedahkan cuti sakit itu? Kerani atau pengetua? Hina Dina Jadi Balaci UMCO!

,

Mengapa Perlu Rujuk Polis Sebelum Dedah Kes "Dahsyat"? Saspens dan Suspek!


Ummi Hafilda ketika menjawab soalan/pertanyaan wartawan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang disiarkan di You Tube mendakwa akan mendedahkan satu kes ‘dahsyat’ melibatkan abang kandungnya, Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walau bagaimanapun, si dara ini mendakwa akan berbincang terlebih dahulu perkara itu dengan polis sebelum mendedahkannya. ?????

Katanya, “Saya ada satu kes yang amat "ngeri" melibatkan Azmin dan Anwar untuk didedahkan tetapi saya perlu merujuk terlebih dahulu dengan polis sebelum mendedahkannya."

“Jadi tidak perlu saya sebutkan di sini kerana saya akan berbuat demikian sekiranya mendapat keizinan polis.”

Ummi Hafilda yang datang ke Bukit Aman untuk membuat laporan polis bagi membersihkan namanya serta bercadang mahu memberikan keterangan berkaitan dengan Azmin dan Anwar. Walau bagaimanapun, laporan polis tidak dapat dibuat kerana Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin  mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan dan berkemungkinan pertemuan mereka akan diadakan dalam masa terdekat.

Persoalannya, mengapa laporan polis itu perlu dibuat dengan kehadiran Mohd Bakri? Mengapa si dara ini perlu merujuk kepada polis terlebih dahulu sebelum mendedahkan kes yang dikatakan ngeri dan dashyat itu? Sedangkan si dara ini boleh sahaja membuat laporan polis mengikut prosedur biasa. Apa istimewanya si dara ini, apa istimewanya kes dia???

Saya saspens dan suspek! Anda?

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


, ,

[Kemas Kini] Umat Islam Meningkat 2X Lebih Cepat


Berita AFP melaporkan bahawa populasi umat Islam di dunia akan bertambah dua kali lebih cepat daripada penganut agama lain dalam tempoh 20 tahun akan datang. Hal ini didedahkan dalam satu kajian yang menjangkakan dalam tempoh satu generasi umat Islam akan mencatat lebih satu perempat daripada penduduk dunia.

Berdasarkan kadar kelahiran, kematian dan angka perpindahan, pengkaji di Forum Pew tentang Agama dan Kehidupan Masyarakat mendapati dunia Islam mencatat kira-kira 1.5 peratus pertambahan penduduk dalam setahun berbanding hanya 0.7 peratus pertambahan setiap tahun bagi penganut agama lain.

Kajian yang bertajuk ‘Masa Depan Populasi Umat Islam Sedunia’ menjangkakan pada 2030, umat Islam akan mencatat 26.4 peratus daripada penduduk dunia iaitu kira-kira 8.3 bilion orang. 


* Gambar sekadar hiasan. (Foto: Reuters yang memaparkan keayuan gadis Jordan Dima Abdin di samping kudanya dalam satu pertandingan kuda cantik di Al-Salt, Amman.)


Berkaitan:

* Penduduk Islam di Britain meningkat 5.5 juta pada 2030

Populasi umat Islam di United Kingdom akan meningkat dua kali ganda menjadi 5.5 juta dalam tempoh 20 tahun.


Migrasi dan kadar kelahiran tinggi bermakna seorang daripada 10 warga British adalah penganut Islam menjelang 2030, menurut kajian sedunia mengenai penyebaran Islam. Jangkaan itu bermakna Britain akan mempunyai lebih ramai umat Islam berbanding Kuwait.

Dari 1990 hingga 2010 bilangan penganut Islam di seluruh dunia meningkat pada kadar purata kira-kira 2.2 peratus setahun. Terdapat 1.57 bilion umat Islam di seluruh dunia pada tahun lalu.

Menurut angka disediakan wadah pemikir Washington, jumlah peningkatan populasi umat Islam di Britain daripada 2.8 juta penduduk masa kini sebahagian besarnya didorong oleh faktor migrasi.

Kajian dilakukan Pusat Kajian Pew pula menyatakan dalam tempoh 40 tahun antara 1990 hingga 2030, jumlah peningkatan umat Islam di Britain bakal mencatat lima kali ganda.

,

F-L-O-M: Walaupun Dibubarkan, Laman Ditutup, Namun Rakyat Sudah Tahu!


Saya petik:

Penutupan ‘laman Rosmah’ di JPM bukti kerajaan takut

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin berkata, penutupan laman Pejabat Wanita Pertama (FLOM) di Jabatan Perdana Menteri membuktikan kerajaan takut kewujudan pejabat itu didedah kepada umum.

Zuraida percaya halaman berkenaan dipadamkan kerana Najib mahu menyorok sesuatu dari pengetahuan rakyat berhubung pejabat itu. Namun katanya, tindakan itu sudah terlambat kerana rakyat sudah mengetahuinya.

“Saya yakin beliau ada sesuatu yang mahu disorokkan dengan menurunkan laman berkenaan. Malangnya, rakyat sudah jauh lebih cerdik sekarang ini maka tindakan sedemikian sudah dapat rakyat hidu dari awal lagi,” kata Zuraida.

Menurutnya, sekiranya benar kewujudan pejabat itu sah dari segi peraturan, mengapa Jabatan Perdana Menteri memadam laman berkenaan, yang turut menyenarai nama pegawai yang bertanggungjawab terhadap Rosmah.

Sekiranya benar, mengapa kerajaan takut sehingga terpaksa menutup laman berkenaan? Jika tidak, mengapa Najib masih tidak menjawab,” soalnya.

Rosmah sebelum ini dilapor mempunyai pejabat sendiri dikenali sebagai Bahagian Wanita Pertama Malaysia (F.L.O.M) di Jabatan Perdana Menteri, yang berfungsi khusus untuk menjaga hal-ehwal serta lawatan ke luar negara isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pendedahan KeadilanDaily.com sebelum ini turut memuatkan sekali pautan ke muka surat laman web bahagian berkenaan namun semalam, laman itu dipadamkan dan tidak lagi dapat ditemui pada laman web Jabatan Perdana Menteri.

Dalam perkembangan berkaitan, Zuraida berkata kebangkitan rakyat Tunisia yang menentang Perdana Menteri yang tidak mampu mengawal isterinya sendiri, tidak mustahil akan turut merebak ke Malaysia dalam jangka masa terdekat.

Beliau merujuk kepada kejatuhan bekas Presiden Tunisia, Zine al Abidine Ben Ali yang terpaksa melarikan diri daripada negaranya akibat kemarahan rakyat terhadap isterinya, Laila Trabelsi yang rakus menghabiskan harta negara.

“Jika dilihat di negara kita sendiri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri gagal mengawal isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Sehingga kini beliau hanya menikus apabila diminta memberi penjelasan berhubung pejabat Rosmah di Putrajaya,” kata Zuraida.

Sebelum "dipadamkan"!
Anda bukan FLOM!

Khamis, 27 Januari 2011

[Video] Si Dara Ini Mahu Saman Baginda, Raja Komando, Media Rakyat, Tukar Tiub, Ruang Bicara Pria Malaya, Tranung Kite & Dakwa Azmin Melacurkan Shamsidar


 Video:

Si dara ini mahu menyaman Raja Komando, Baginda, Azmin, dan Anwar. Itu bukan pelik. Yang peliknya, si dara ini turut mahu menyaman beberapa pihak lain termasuk jurublog-jurublog tertentu seperti yang dinyatakan pada tajuk dan berita di bawah ini. Jurublog (kecuali yang menyiarkan skandal si dara dengan bekas MB) yang menyiarkan skandal seks dan beberapa perkara berkaitan dengan si dara ini hanya menyalin tampal berita daripada pihak media. Mengapa si dara ini tidak mahu menyaman sumber berita? Media alternatif yang menjadi sumber berita tersebut pula menulis berita berdasarkan penghakiman dan keterangan mahkamah. Mengapa si dara ini tidak mahu menyaman mahkamah? 

Kesimpulannya, pilihan raya sudah dekat!

 P/s: Dakwaan paling serius yang terkeluar dari mulut si dara ini ialah Azmin melacurkan Shamsidar kepada Anwar Ibrahim untuk memperoleh kekayaan! Dari sini, timbullah gerakan di blog pro-UMCo yang mempersoal dan menuduh bahawa Afifah, anak Azmin itu merupakan anak Anwar. Gila!

Sedangkan ahli kimia mengesahkan Afifah ialah anak Azmin dan Shamsidar.

Sumber: MK

Azmin, takkan anda buat tidak tahu sahaja? Modal ini sudah dijaja di blog pro-UMCO sejak bertahun-tahun lamanya.

Saya petik berita berkaitan:
[FMT] KUALA LUMPUR: Saksi kes Liwat I membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, Ummi Hafilda Ali memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak menganggap dirinya sebagai ‘nyamuk’.

Malah Ummi berkata dirinya mungkin akan menjadi salah satu penyumbang utama kepada kejatuhan karier politik Anwar.

“Kalau kaji sejarah Raja Namrud yang menganggap dirinya Tuhan pada zaman Nabi Ibrahim, nyamuk yang kecik itu boleh membawa kemudaratan.

“Jadi Anwar jangan aggap saya nyamuk kerana dia boleh hilang kuasa, kedudukan, integriti sebagai pemimpin, dan segala-galanya.

“Apabila kembalinya ‘nyamuk’ ini, mungkin ‘nyamuk’ ini mungkin akan membawa kepada ‘kematiannya’ dari segi karier politik,” katanya kepada pemberita ketika mengulas respon Anwar apabila dipelawa berdebat berhubung kebenaran kes salah laku seks.

Ummi Hafilda yang juga adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia Bukit Aman untuk berjumpa dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dan membuat laporan polis tentang beberapa isu fitnah yang dihadapinya.

Fitnah jenayah

Antaranya, menurut Ummi berhubung fitnah jenayah yang dilakukan saksi kes yang sama 13 tahun lalu, Baginda Minda dan Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid yang dikenali sebagai ‘Raja Komando’ terhadap dirinya.

Katanya, Baginda yang tidak pernah dikenalinya secara peribadi telah memfitnah beliau berzina dengannya dilaman blog dan media arus perdana walaupun dirinya telah melakukan sumpah laknat 10 tahun yang lalu.

Begitu juga dengan ‘Raja Komando’ yang mengheret setiausaha politik perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohammad, Datuk Aziz Shamsudin yang beliau kononnya menggelarkan dirinya pelacur namun dinafikan Datuk Aziz, katanya.

“Saya menganggap Baginda dan Raja Komando adalah saksi palsu yang telah dibawa oleh Anwar dalam mahkamah dan kita akan bongkarkan imbuhan yang mereka peroleh setelah mengaibkan dan memfitnah saya.

“Saya ada bukti dimana Raja Komando ini dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang menguruskan semua projek pasir di Selangor. Saya juga mendapat maklumat Baginda diberikan tanah di Selangor,” katanya.

Selain itu, Ummi juga mahu membuat laporan polis bersama bukti yangakan diserahkan supaya siasatan dijalankan terhadap kekayaan yang diperoleh Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin dalam keadaan yang ‘mencurigakan’.

“Saya memohon polis menyiasat segala kekayaan Azmin dan Shamsidar yang melampaui batas luar biasa di mana Azmin dengan rela telah melacurkan isterinya kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu yang merangkap Menteri Kewangan bagu tujuan mendapatkan kekayaan secara haram melalui pemberian peruntukan saham yang bernilai jutaan ringgit.

“Saya menncabar Azmin dan Anwar bahawa saya pernah menerima apa-apa imbuhan daripada mana-mana tokoh politik sedangkan saya mempunyai bukti dia yang sering berkonspirasi dan sering memberi upah kepada mana-mana individu untuk bersubahat dengan mereka,” katanya.

Sumpah laknat

“Saya mencabar Azmin dan Amwar membuat laporan polis fitnah jenayah ke atas saya sekiranya apa yang akan saya laporkan ini hanya fitnah semata-mata. Saya dah buat sumpah laknat, Saiful (Bukhari) dah buat, kenapa mereka tak berani buat?,” katanya.

Ditanya pemberita tujuan membuat laporan polis setelah 13 tahun berlalu, Ummi berkata dirinya selama ini sudah cukup bersabar kerana isu ini membabitkan abangnya sendiri.

“Pada ketika Anwar dipenjara saya fikir cukuplah, sebolehnya saya tak mahu heret abang dan (kakak) ipar saya tetapi mereka melampaui batas malah kesabaran saya itu diambil kesempatan untuk memfitnah dan menghina saya.

“Saya bersabar dan fikir mungkin selepas lima atau enam tahun, Azmin akan datang kepada saya dan berkata “Ummi, I am sorry” sudah cukup.

“Saya tidak akan buka mulut lagi selepas itu tetapi sampai hari ini orang masih memfitnah saya sebagai perempuan jalang, pelacur dan tidak bermaruah. Saya inginkan kebenaran supaya yang benar ditegakkan dan yang bersalah itu didakwa dimahkamah.

Telah sampai masanya saya membersihkan nama saya…cukuplah, ini maruah saya yang akan saya bawa sampai akhir hayat saya,” katanya.

Ummi, penulis surat “Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri” bertarikh 5 Ogos 1997, turut mahu membuat laporan fitnah jenayah terhadap beberapa blogger pembangkang yang memfitnah dirinya.

Blogger itu termasuk ‘Tukar tiub’, ‘Tranungkite’, ‘Ruang bicara pria malaya’, dan akhbar Media Rakyat yang berniat jahat menyiarkan gambarnya dimuka depan akhbar bertajuk ‘Kisah dalam kain diselak’.

“Saya memberi amaran kepada mana-mana blogger supaya lebih bertanggungjawab kerana saya akan heret mereka ke muka pengadilan.

Buktikan saya perempuan sedemikian. Buktikan atau sama ada kamu tarik balik kenyataan atau kamu akan berhadapan dengan saya, atau ke penjara,” katanya.

Sementara itu, Ummi selepas bercakap dengan pemberita bagaimanapun gagal berjumpa mahupun membuat laporan polis dengan Bakri kerana beliau difahamkan Bakri mempunyai urusan penting yang lain.

“Kita sudah buat temu janji hari ini dengan Datuk Seri (Bakri) malangnya beliau ada urusan penting lain dan kita akan buat satu lagi temu janji yang baru pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak,” kata peguam mewakili Ummi Mohd Khairul Azam Abdul Aziz ketika ditemui.

,

Suami "Zaman Jahiliah" Pukul Isteri Selepas Melahirkan Anak Perempuan


Emirates 24/7 melaporkan seorang ekspatriat Arab di Arab Saudi menyerbu ke bahagian ginekologi di sebuah hospital, mengejutkan isterinya sebelum bertindak memukulnya kerana melahirkan seorang bayi perempuan.

Suami yang tidak dinyatakan namanya itu kemudian berjaya dihalang dan dibawa keluar oleh kakitangan dan pengawal keselamatan hospital yang letaknya di tengah-tengah kota Makkah.

Lelaki itu kemudiannya menuduh pihak hospital menukarkan bayi tersebut kerana isterinya sebelum itu memberitahunya bahawa x-ray menunjukkan bahawa dia hamil anak lelaki.

Doktor berusaha menerangkan kepada lelaki itu bahawa gambar x-ray tidak selalunya tepat dalam mengenal pasti jantina bayi.

P/s: Yang membuatkan kita marah bukan kerana lelaki ini mempersoal jantina anaknya, tetapi perbuatan tidak berperikemanuasiaan dan kejamnya yang membelasahj isteri yang baru sahaja bersalin. Memang dasar lelaki zaman jahiliah!  

* Gambar sekadar hiasan.

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

,

Rakan Mangsa Tanah Dilelong Buat Laporan Polis terhadap Calon BN di Tenang


Saya petik:
[HD] LABIS, 27 Jan: Seorang pengundi di Dun Tenang, Mohd Nasir Ahmad membuat laporan polis terhadap calon BN, Mohd Azahar Ibrahim berhubung kes melelong tanah seorang lelaki sewaktu menjawat Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat.

Mohd Nasir merupakan kawan kepada pemilik tanah yang dilelong itu, Mansor Mohamad membuat laporan berkenaan di Balai Polis Labis, di sini, pada jam 11.50 pagi tadi.

Beliau di dalam laporan itu menyatakan tanah rakannya itu yang beralamat di HS(M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Segamat telah dilelong pada 1 Disember 2003 lalu.

Katanya, punca tanah rakannya itu dilelong adalah kerana tunggakan bayaran ansuran kepada CIMB Bank tetapi dia tidak dimaklumkan secara rasmi tanahnya akan dilelong.

Tambahnya, pegawai bertanggungjawab mengendalikan kes itu bagi pihak Pejabat Tanah Daerah Segamat adalah Mohd Azahar Ibrahim, iaitu Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat yang sekarang menjadi calon BN bagi pilihan raya kecil Dun Tenang.

“Beliau telah gagal menyerahkan notis pendengaran kes lelong ini kepada Encik Mansor. Ini menyebabkan Mansor tidak berpeluang menebus tanahnya kembali secara rasmi.

Menurutnya lagi, apabila saat-saat akhir Mansor mengetahui secara tidak rasmi berkenaan lelongan tanah tersebut, maka bayaran sebanyak RM10,000 telah dibuat kepada CIMB Bank bagi tujuan menebus tanahnya kembali.

Mansor juga, katanya memiliki wang tunai sebanyak RM12,000 bagi tujuan tersebut dan telah merayu kepada Mohd Azahar supaya membatalkan lelongan, malangnya rayuan itu tidak dilayan.

Beliau berkata, sebagai pegawai bertanggungjawab yang bertindak di atas kapasiti sebagai ‘majistret’, Mohd Azahar berhak membatalkan proses lelongan tersebut memandangkan Mansor telah bersedia menebusnya tetapi beliau gagal bertindak secara bijaksana.

“Saya mengesyaki terdapat perundingan sulit di antara Mohd Azahar dengan pihak-pihak terbabit. Saya bimbang rakan saya, Mansor telah menjadi mangsa salah guna kuasa seorang penjawat awam,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menggesa polis menyiasat adakah terdapat salah laku Mohd Azahar di samping untuk membersihkan nama calon BN itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil yang turut mengiringnya berkata, pihaknya menyokong laporan polis itu dibuat dan bersedia memberi kerjasama untuk dibawa kepada pihak yang lebih tinggi.

[Gambar-PANAS]Bukti Calon BN Tenang Terlibat dengan Kes Mahkamah


Sumber: HD

Berita/artikel berkaitan dengan penghakiman ini ada disiarkan semalam. Rujuk di sini.

 Sekarang terpulang kepada penduduk di Tenang, sama ada mahu memilih muslimah yang menjaga tatasusila, bersih daripada salah laku, dan taat kepada agama, ATAU memilih bekas ADO yang tercalit, terpalit dengan kes mahkamah kerana dikatakan cuai dan lalai, disaman kerana terlibat dalam kes melelong tanah milik seorang penduduk tempatan, serta mencemar imej penjawat awam.

PAS atau UMCO!??

 




[Gambar] 4 Beradik Didera & Dihalau ke Hutan

EMPAT beradik yang mendakwa menjadi mangsa dera, dari kiri Tengku Siti Nor Asy'adah, Tengku Khatijah, Tengku Siti Noras'syakirren dan Tengku Mohd. Al-Moqarobin di IPD Setiu semalam. Foto: Kosmo



DI SINI...bangsal yang dijadikan tempat tidur empat beradik selepas dihalau bapa mereka.
DI SINI...bangsal yang dijadikan tempat tidur empat beradik selepas dihalau bapa mereka.Foto: HM

Saya petik:
[HM] SETIU: Gara-gara kakak sulung gagal memberikan wang gaji hasil kerja sambilan di kedai makan kepada bapanya, empat beradik iaitu tiga perempuan berusia lapan, 10 dan 14 tahun serta seorang lelaki berusia tujuh tahun terpaksa bermalam dalam hutan ketika hujan lebat berhampiran Kampung Guntung dekat sini, selepas dihalau bapa mereka yang panas baran, awal pagi semalam.

Selain itu, kakak sulung berusia 14 tahun yang sudah tidak bersekolah mendakwa turut diterajang lelaki berusia 59 tahun itu sebelum tiga lagi adiknya dihalau keluar dari rumah mereka di Kampung Saujana di sini, kira-kira jam 1 pagi.

Lebih memeranjatkan, penderitaan empat beradik yang terpaksa berlapar sepanjang malam dalam kesejukan itu membongkar kejadian lebih tragis kerana mereka sebenarnya sering didera lelaki terbabit apabila disepak, diterajang, ditumbuk, dihentak dengan hulu parang serta dicucuh puntung rokok.

Kesan kecederaan semua mangsa terbongkar selepas mereka dibawa ke Hospital Setiu (HS) di sini, untuk rawatan lanjut. 

Sejarah hitam empat beradik itu berakhir apabila diselamatkan orang ramai yang menemui mereka di sebuah wakaf di Kampung Guntung, selepas dihalau lelaki berkenaan yang ‘naik hantu’ gara-gara kakak sulung gagal memberikan wang diminta.  

Lelaki terbabit juga dikatakan berang dengan tindakan seorang daripada anaknya menghantar SMS kepada ibu mereka yang melarikan diri dari rumah sejak September tahun lalu.

Harian Metro difahamkan, walaupun ibu kanak-kanak berkenaan meninggalkan mereka, dia masih berhubung melalui telefon dan sejak ketiadaannya, kehidupan empat beradik itu tidak terurus.

Semua kanak-kanak berkenaan ditemui seorang penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan hutan itu untuk menghantar anaknya ke sekolah yang kemudian memaklumkannya kepada penduduk kampung.

Mereka kemudian menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Setiu yang kemudian memaklumkan jabatan itu tidak mempunyai kuasa sebelum mereka menghubungi Balai Polis Permaisuri.

Berikutan itu, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan menyelamatkan kanak-kanak berkenaan yang kelihatan amat letih dan lesu sebelum menghantar mereka ke HS untuk pemeriksaan kesihatan dan kini dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Ketika dirawat, detik hitam empat beradik terbabit terungkai apabila mereka didapati mempunyai kesan lebam dan luka lama dipercayai akibat didera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu dan berkata, semua kanak-kanak itu kini ditempatkan di HSNZ selepas dirujuk dari HS.

“Laporan polis itu dibuat orang ramai yang terserempak dengan kumpulan kanak-kanak terbabit dalam keadaan tidak bermaya dan letih sebelum menghubungi polis meminta bantuan.

“Sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi dimaklumkan dan membawa semua mangsa ke hospital untuk rawatan sebelum didapati mengalami kecederaan disyaki akibat didera,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Susulan aduan itu, beliau berkata, kira-kira jam 7.15 malam semalam, polis menahan bapa kanak-kanak terbabit dan perintah reman terhadapnya akan dipohon bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31, Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. - Hadzlan Hassan


BAGASI KIRIMAN TERKINI

PR

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH