Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Tambahkan"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Sertai"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Like"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Follow"]

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

BAGASI KIRIMAN TERKINI

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Selasa, 6 Disember 2011

[Video] Ceramah Anwar Ibrahim di Rapat Rakyat, Shah Alam






Berita berkaitan:

[MK] Sehari selepas Umno memalu gendang perang pilihan raya semasa Perhimpunan Agung parti itu, Sabtu lalu dengan ikrar untuk merampas kembali negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, pembangkang bertindak balas dengan perhimpunan tidak kurang 5000 penyokongnya di Shah Alam.

Dengan dibarisi pemimpin kanan Pakatan, ketua pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil gelanggang dengan ikrar bahawa Pakatan tidak akan hanya mempertahankan Selangor, tetapi juga akan menawan negeri-negeri lain.

"(Perdana Menteri) Najib Razak kata beliau mahu tawan semula Selangor. Kita bagi tahunya, teruskan bermimpi mengenai Selangor dan kita akan tawan Putrajaya," kata Anwar.

Beliau turut menyentuh mengenai isu kedudukan orang Melayu yang juga disensasikan semasa perhimpunan agung Umno yang lalu.

"Adakah anda percaya bahawa Umno membela orang Melayu?

"Jika mereka mempertahankan orang Melayu, mereka tidak akan menjual tanah-tanah Melayu, kubu terakhir tanah Melayu di Kuala Lumpur, mereka (kerajaan) mahu serahkan kepada (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri) Raja Nong Chik di bawah Akta Pembangunan Kampung Baru,
" katanya.

Turut hadir dan berucap ialah pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang partinya menjadi sasaran berterusan Umno sepanjang lima hari perhimpunan parti berkenaan.

"Mereka (Umno) menuduh DAP anti-Islam, adakah ini betul?" soal Lim kepada hadirin dan disambut gemuruh dengan jawapan: "Tidak!".

Lim kemudian menyenaraikan tohmahan yang dilemparkan oleh Umno kepada DAP satu persatu. Setiap kali, dakwaan khususnya membabitkan perkauman dan agama ditimbulkan, hadirin bergemuruh dengan penuh semangat dan memberikan jawapan yang sama.
 
Biar diperkuda daripada diperlembu

Umno sejak minggu lalu melabelkan DAP sebagai sebuah parti rasis dan menuduh parti itu cuba mendirikan sebuah republik.

Lim kemudiannya mengulangi pendirian DAP yang menerima Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan sistem raja berperlembagaan.

Apabila giliran, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil pentas, beliau juga mempertahankan serangan yang dibuat Umno terhadap parti itu. Abdul Hadi juga menimbulkan isu dakwaan penyelewengan dalam projek ternakan lembut Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet.
 
"Sudah tiba masanya buat perubahan, jangan peduli dengan tohmahan PAS diperkuda DAP, DAP diperkuda PAS.

"Umno diperlembukan. Lebih baik diperkuda daripada diperlembu kerana kuda diguna untuk perjuangan tetapi lembu untuk disembelih
," katanya disambut sorakan gemuruh hadirin.

Kenyataan sinis itu sebagai membidas tuduhan pimpinan Umno khususnya Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kononnya, PAS diperkuda oleh DAP.

Menurut Abdul Hadi, kerjasama PAS dalam Pakatan bersama PKR dan DAP dibuat atas dasar bersama mahu membawa keadilan dan menentang kezaliman.


Beli cincin untuk isteri
Katanya, kerjasama itu juga atas dasar mahu membina hubungan antara kaum yang lebih kuat yang gagal dilaksanakan oleh Umno BN sepanjang lebih lima dekad merdeka.

"Kegagalan ini kerana Umno mendahulukan Melayu dan membelakangkan Islam.

"Perjuangan mereka pula untuk menyelamatkan diri pemimpin dengan mengapi-apikan perkauman, bukan mahu menyelamatkan negara," katanya lagi.

Selain ucapan yang menangkis serangan bertali arus Umno, Pakatan juga menyenaraikan kejayaan-kejayaan di negeri-negeri yang ditadbirnya.

"Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih negeri Selangor, hasil telah meningkat dengan ketara.

"Adakah anda lihat Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim membeli cincin berlian untuk isterinya? Adakah anda lihat beliau membina sebuah rumah mewah seperti bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo
?" soal Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula.

Turut hadir adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sasterawan negara Datuk A Samad Said dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

PR

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH