Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Tambahkan"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Sertai"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Like"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Follow"]

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

BAGASI KIRIMAN TERKINI

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

, ,

Selasa, 13 September 2011

[Gambar] Karikatur "Kekejaman Komunis" di Utusan, Sejauh Mana KEBENARANNYA?



Saya petik:

[MK] Tok Imam dan bilal surau dipaksa makan daging babi panggang sebelum mereka ditembak... Warga emas dan kanak-kanak dicampak ke dalam api yang sedang marak....

Ia antara enam karikatur kontroversi oleh pelukis Hamzah Mohd Amin yang memaparkan kekejaman komunis ke atas orang ramai.

Karikatur itu disiarkan di akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini. Menurut edisi cetak dan juga online - akhbar itu melaporkan Hamzah, 71, datang ke pejabat Utusan semalam bahi menyerahkan sendiri karikatur yang dilukisnya itu.

NONE"Generasi hari ini tidak mengetahui penderitaan hidup pada zaman komunis, jadi saya berusaha menghasilkan lukisan ini beberapa minggu lalu supaya mereka mendapat gambaran tentang kekejaman komunis dan mengapa kami sangat bencikan mereka.

"Generasi muda hanya mendengar cerita daripada datuk dan nenek mereka tetapi tidak pernah terbayang bagaimana komunis menyeksa tahanan. Menerusi lukisan ini, saya harap mereka akan sedar tentang kekejaman komunis dan menjadikannya pengajaran," katanya kepada akhbar itu.

Sangat geram

Antara lukisan yang dianggap paling kontroversial ialah paparan beberapa lelaki yang bermata sepet dan memakai uniform keperangan mengacukan pistol serta memaksa tok imam dan bilal surau memakan babi panggang.

NONE
Hamzah turut memberi gambaran tindakan komunis mengurung ahli keluarga tahanan di sebuah rumah dan kemudiannya membakar rumah berkenaan.

Dia juga menggambarkan mayat-mayat tahanan itu dijadikan baja di kebun sayuran dan hasilnya pula dijadikan bekalan makanan kumpulan pengganas tersebut.

Utusan juga memetik Hamzah berkata lukisan tersebut dihasilkan beberapa minggu lalu bertujuan memberi gambaran keadaan sebenar kekejaman komunis terhadap rakyat negara ini.

Katanya, walaupun telah menjangkau usia 71 tahun, dia masih tidak dapat melupakan keganasan yang dilakukan oleh pengganas komunis terhadap rakyat dan mahu generasi pada hari ini juga mengetahui perkara itu.

Menurut Hamzah yang berasal dari Batu Pahat, Johor, dia terpanggil untuk menghasilkan karikatur berkenaan kerana geram serta kecewa apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengangkat kumpulan pengganas tersebut sebagai hero.

"Saya sangat geram dan marah apabila komunis diberikan pengiktirafan. Mereka telah melakukan pelbagai kekejaman termasuk mengoyak, memijak, melumur kitab suci al-Quran dengan najis sebelum membakarnya. Para imam serta bilal di masjid dan surau pula dipaksa memakan daging babi sebelum dibunuh.

"Bagaimana kumpulan pengganas tersebut boleh kita iktiraf?" katanya dipetik akhbar milik Umno itu lagi.

Hamzah pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai pelukis dan beliau pernah mencipta logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang digunakan pada 1963 sehingga 1997.


P/s: Yang disebut oleh Mat Sabu dalam ceramahnya ialah Mat Indera. Tidak ada perkataan "komunis" dalam ceramahnya. Yang mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan ialah kerajaan Johor melalui agensinya. Hal ini dibukukan - Pengukir Nama Johor. Hal ini diakui oleh profesor dan sejarawan negara. Bukan Mat Sabu yang saja-saja melabelkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan!

Persoalannya, sejauh mana kebenaran karikatur di atas? Adakah pelukis melihat sendiri kekejaman komunis atau pun dia juga mendengar cakap-cakap orang dan membaca teks sejarah yang ada sekarang? Lukisan ini pun baru dihasilkan beberapa minggu lalu. Bukanlah kita mahu mempertahankan komunis, tetapi bimbang lukisan itu hanya bayangan/imaginasi melampau si pelukis ( misalnya, mayat dijadikan baja - Rejim Pol Pot pun tidak diberitakan berbuat begitu. Walhal rejim ini terbukti sebagai rejim paling kejam di rantau Asia) yang digunakan oleh pihak tertentu untuk menutup tembelang dan temberang UMCO dalam sejarah kemerdekaan negara.

Jangan lupa kekejaman British yang jelas dan nyata terhadap orang Melayu dan raja Melayu. 

Kekejaman British ini bukanlah gambaran/karikatur. Anda boleh lihat dengan jelas bagaimana jenazah Tuk Janggut dihina oleh British dan mata-matanya!

Ingat semula, dalam peristiwa Bukit Kepong, dua pihak yang terlibat: mata-mata British dan pihak penentang termasuk Mat Indera. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1950 ketika bendera Union Jack megah berkibar di Tanah Melayu! Siapa yang mahu kita sokong?




  1. Sebelum cerita pasal kebenaran,
    gua nak nak tanya dulu
    DCM ni macam serupa jer dengan DDC
    dung dung cer, dung dung cer
    Berapa umur pelukis tu?
    Tahun bila dia dilahirkan?
    Sewaktu kekejaman kominis, umur dia berapa tahun?
    gua pun tahu sejarah ni beb!
    jangan totok bongok
    SIAPA SERANG BALAI POLIS BUKIT KEPONG??????
    Mat indera sorang ker serang penjajah?
    Kemenangan mat indera kamu anggap sebagai hero pejuang PAS?
    Mustahilkah mat indera dan ahlul pas menyerang bukit kepong?
    itulah yang kamu dendam kerana ahlul pas ramai yang terkorban di tembak polis macam kat balai polis BP kes guru Yahya?

    Jelas, PAS memang mendewakan komunis, nak marah lah tu bila digambarkan kejamnya kominis.
    Memang betul semua tu berlaku!
    Kominis memang kejam!

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Selasa, September 13, 2011 4:26:00 PTG      
  2. Anom,

    Mat Indera dengan kerjasama pihak lain termasuk komunis menyerang rumah pasong Inggeris di Bukit Kepong...kau sokong sapa? British?

    gravatar Comment by Tayadih Maysia @ Selasa, September 13, 2011 4:37:00 PTG      
  3. Minta maaf tapi memang hakikatnya, tindakan komunis selepas tahun 1957 memang boleh dikatakan kejam dan menakutkan.

    Pernah terjadi dulu di Sarawak, seorang pegawai polis mati dibunuh komunis. Lepas mayat mendiang dikebumikan, kubur mendiang digali dan mayat mendiang dicincang, diletakkan di atas kubur. Jadi saya tak dapat bayangkan kalau generasi sekarang tergamak nak mengiktiraf gerakan komunis ni gerakan yang memperjuangkan kemerdekaan.

    gravatar Comment by karl @ Selasa, September 13, 2011 11:51:00 PTG      
  4. Karl,

    saya setuju komunis yang mengangkat senjata selepas 1957 tidak wajar diangkat sebagai pejuang.

    Tapi tatkala kita menceritakan kekejaman komunis, jangan lupa kekejaman penjajah...

    Kita bicara soal perjuangan menuntut kemerdekaan sebelum merdeka, saya tidak pernah menyentuh soal selepas 1957!

    tk

    gravatar Comment by Tayadih Maysia @ Rabu, September 14, 2011 12:14:00 PG      
  5. Kominis memang kejam!!!
    Ideologi mereka adalah kesamarataan...tampa ada AGAMA!!!
    TIADA AGAMA!!!!

    Seteruk2 British, dia bagi kebebasan agama...Bukan bermakna kita sokong british, tapi .... kita kena tahu menilai...siapa yang kejam!!! apa ideologi kominis...

    Kalaulah kominis berjaya memerdekakan Malaya...nescaya kita semua akan murtad....tampa ada agama...

    Mengapa perlu sokong pada mereka???

    gravatar Comment by Pengikut Nabi Muhamad @ Rabu, September 14, 2011 12:26:00 PG      
  6. Pengikut,


    tuduhan awak itu terlalu meluru...cuba cari bahan bacaan lain selain propaganda UMCO

    gravatar Comment by Tayadih Maysia @ Rabu, September 14, 2011 12:36:00 PG      
  7. SEMEMANGNYA DUA PENGANUT IDEALOGI NI (KAPITALIS DAN SOSIALIS) MEMANG TK BOLEH IDUP BERSAMA..KEMBALI LA KEPADA ISLAM, SEMEMANGNYA ISLAM TIADA CACAT CELANYA

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Khamis, September 15, 2011 9:02:00 PG      
  8. anyway, kita sokong dia serang British, tp x sokong die bunuh rakyat x berdosa. Die serang british nak dptkan support org2 Malaya semata2. Bkannya sifat altruism. Tp yg ko tbe2 nak compare Pol Pot ngn Komunis Msia x patut lah. X kesah la sape lg kejam. Yg penting apesal die buat kejam kat org2 Malaya. Wei, datuk aku sndiri hidup zaman tu. Die sndiri tgk org kampung die kena bunuh sbb disyaki tali barut. Kau apecer nak deny loss diowg?

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Ahad, September 18, 2011 5:48:00 PTG      
  9. anom September 18, 2011 5:48:00 PM,

    aku bercerita soal sebelum merdeka.

    bila cerita fasal merdeka ni terburai, aku dah mula sangsi fasal kekejaman komunis dan sebagainya. Propaganda UMCO untuk alih soal siapa perjuang kemerdekaan. Mereka label golongan yang mengangkat senjata ni golongan kiri, dan membuat propaganda tentang kumpulan ini. Kita ni dgr cerita org saja, betulkah bgitu? Jika kejam pun adakah kejam itu melebihi kekejaman British yang cuba dipertahankan olehn UMCO

    gravatar Comment by Tayadih Maysia @ Ahad, September 18, 2011 7:43:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

PR

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH