Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Tambahkan"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Sertai"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Like"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Follow"]

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

BAGASI KIRIMAN TERKINI

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Archives

Selasa, 30 November 2010

Jamie Oliver, Chef Terkaya di Britain



Bagi sesiapa yang rajin menonton Saluran TLC, AFC di Astro mungkin biasa melihat tukang masak selebriti ini mengacarakan rancangan masakannya. Gayanya bersahaja, masakannya ringkas, dan dia gemar bereksperimen ketika menyediakan resipinya. Namun, siapa menyangka aksi bersahaja itu sebenarnya membuahkan hasil yang begitu lumayan kepada tukang masak ini. Begitu juga resipi yang ringkas dan berekperimen itu dibukukan dan dijual begitu laris di pasaran.

Menurut The Sun, buku Jamie Oliver menduduki tangga kedua selepas buku Harry Potter dalam kedudukan buku terlaris di pasaran Britain. Hasil jualan bagi buku masakannya mencecah £100 juta. Menurut anggaran media, tukang masak selebriti ini memiliki harta melebihi RM500 juta! WOW!

Senarai chef terkaya itu diikuti oleh Gordon Ramsay, Marco Pierre White, Rick Stein, Delia Smith, Nigella Lawson, James Martin, dan Heston Bluementhal.

Takziah, Petrol NAIK Lagi!

Saya petik:

[MK] Harga petrol RON97 akan dinaikkan 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter berkuatkuasa 1 Disember ini, mengikut sumber.

Pengumuman rasmi dijangka akan dibuat lewat hari ini. Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

, , ,

Ingat Si Fatine @ Fazdil? Khabarnya Dia Sudah "Bercerai"???

Ada desas desus yang mengatakan bahawa Mohammed Fazdil Min Bahari aka Fatine Young sudah bercerai dengan "suaminya". Tiada sumber sahih tentang "penceraian" tersebut. Saya pun hanya membaca hal ini di blog DDIO. Setelah diselidik, blogger itu mendapati Fazdil menyatakan statusnya sebagai "single", manakala mendedahkan di "wall" FBnya bahawa dia kini "janda berhias".


Gambar profil FB Fazdil


P/s: Saya sudah menulis panjang tentang Si Fazdil ini sebelum ini. Secara lembut mahupun keras.
Yang mahu saya tonjolkan di sini ialah: Pintu taubat masih lagi terbuka.

Susah Mahu Jumpa Orang Macam Ini...

Saya petik:
[HM] MADINA: Seorang jemaah haji dari Eropah terkejut apabila beg duitnya yang hilang di Masjid Nabawi, dikembalikan lelaki tempatan tanpa kekurangan wang walaupun sedikit.

Beg itu dilaporkan berisi kira-kira RM84,000.

Pegawai Masjid Nabawi berkata, beg itu diserahkan ketika jemaah haji terbabit membuat aduan di pejabat menguruskan barang hilang masjid berkenaan.

Jemaah haji itu berkata, kejujuran lelaki terbabit adalah contoh terbaik bagi menggambarkan kesucian Islam. - Agensi

,

Hantu di dalam Botol

Saya petik:
[Kosmo] SITUBONDO, Indonesia - Hantu yang ditangkap oleh seorang ahli paranormal dan disimpan di dalam sebuah botol kelmarin mungkin penunggu yang menjaga tombak lama di pekarangan rumah seorang penduduk tempatan, Agus, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut Agus, paranormal yang menangkap hantu itu menyatakan jika ia berjaya ditangkap, kemungkinan makhluk tersebut merupakan penunggu yang menjaga sesuatu barang.

Tombak itu tertanam di pekarangan rumahnya dan selepas ia ditemui, hanya mata tombaknya sahaja kelihatan.
Menurut Agus, dia tidak mengetahui sama ada tombak itu peninggalan kerajaan zaman dahulu.

Namun, menurut ahli paranormal itu, tombak tersebut merupakan barang kuno.

"Kini, tombak itu sudah dibawa oleh paranormal (penangkap hantu)," katanya.

Kelmarin, akhbar Detikcom melaporkan bahawa hantu yang kelihatan seperti lembaga separuh badan manusia berwarna putih ditangkap oleh seorang ahli paranormal di rumah Agus. - Agensi

, ,

Tragis&Sadis: Lelaki Berzina Berhampiran dengan Mayat Isteri yang Didakwa Dibunuhnya

Saya petik:
[UM] SHAH ALAM 29 Nov. - Seorang saksi dalam kes pembunuhan eksekutif wanita, Fazlina Ahmad mengaku mengadakan hubungan seks dengan tertuduh, Mohafri Mohamed ketika mayat mangsa masih berada di dalam almari berhampiran, pada hari kejadian.
Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, semasa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini berkata, mereka melakukan hubungan intim di atas katil di bilik tidur utama di rumah kekasihnya itu kira-kira pukul 5.30 petang, 30 Disember 2009.
Kata saksi pendakwaan kelima itu, kejadian tersebut berlaku beberapa jam sebelum mereka berdua menaiki kereta api di KL Sentral menuju ke Perlis untuk berkahwin lari di Thailand.
''Selepas keluar dari bilik air, Mohafri masuk ke bilik air. Dia kemudian mengajak saya melakukan hubungan seks. Mulanya saya tidak mahu tetapi dia kata sekejap sahaja.
''Dia tolak saya ke atas katil dalam keadaan mengadap ke bilik air. Kami ada menggunakan kondom pada masa itu,'' katanya semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah Abu Bakar.
Dalam kes ini, bekas pengurus syarikat katering, Mohafri, 38, didakwa membunuh isterinya, Fazlina, 39, di rumah No. 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay, Ampang antara pukul 5 pagi dan 10.30 pagi, 30 Disember 2009.
Dia dibicara mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Menurut Nazatul Annis, dia berkenalan dengan Mohafri yang mengaku sudah bercerai semasa sama-sama bekerja di Pusat Perubatan Tropicana pada tahun lalu dan merancang untuk berkahwin di Thailand apabila hubungan mereka tidak direstui ibu bapanya.
Pada hari kejadian, wanita itu mendakwa menaiki bas dari Parit Buntar, Perak pada pukul 1 tengah hari dan tiba di Perhentian Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pukul 5 petang sebelum dijemput Mohafri dan dibawa ke rumahnya di Pinggiran Ukay, Ampang.
''Saya tanya kereta Toyota Vios siapa ada di hadapan rumah. Mohafri kata ia kepunyaan sepupunya yang pergi ke Kuantan. Saya juga tanya di mana anak-anak dan pembantu rumah.
Dia kata Fazlina bawa mereka ke Pulau Pinang.
''Semasa saya di ruang tamu, dia kerap berulang-alik naik turun tangga dari tingkat atas rumah.
Ketika di bilik tidur utama, dia sentiasa berada di laluan sebelah kiri saya seolah-olah cuba menghalang saya daripada melihat sesuatu. Saya juga tidak nampak jelas kerana tidak memakai cermin mata,'' jelasnya....

,

[Gambar] Ratu Inggeris Elizabeth II dan Putera Philip Berkunjung ke Masjid Agung Sheikh Zayed


Ratu Inggeris Elizabeth II dan Putera Philip berkunjung ke Masjid Agung Sheikh Zayed diiringi oleh Putera Sheikh Mohamad bin Zayed al-Nahayan.






Foto: BBC

, ,

Isnin, 29 November 2010

Dungu Politik Mengamuk


Presiden PKR tampaknya kurang bijak apabila menghentam slogan "Ketuanan Melayu" walaupun sesetengah orang Melayu faham maksud sebenar di balik kata-kata beliau. Presiden PKR harus sedar bahawa banyak orang Melayu yang berada di ceruk-ceruk kampung, mahupun di bandar-bandar besar masih lagi taksub dengan slogan ini. Tidak kiralah mereka menyokong BN mahupun menyokong PR kerana pemahaman slogan ini berbeza-beza mengikut terjemahan masing-masing. 

Kata-kata Presiden PKR ini sudah menjadi "peluru" politik. Peluru ini bakal digunakan sebaik-baiknya oleh UMCO munafik Melayu untuk mempengaruhi perasaan dan hati orang Melayu atau bahan kempen untuk PRU akan datang. TV3 suku sudah mencanang-canangkan hal ini malam tadi. Zul Kulim salah seorang pengulas isu ini. Sebulan sebelum PRU, akan berkumandanglah klip video berkaitan dengan hal ini di media-media elektronik.

Petang tadi, MK memberitakan bahawa Perkasa melalui mamat bersongkok tinggi yang tersengih di sebelah gadis yang mendedahkan lurah berahi mengamuk tidak tentu fasal sebagai respons kepada ucapan Presiden PKR itu. Mamat ini mungkin memahami kata-kata Presiden PKR itu tetapi berpura-pura tidak memahaminya atau dia benar-benar tidak memahaminya.

Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam Kongres PKR, Sabtu lalu berkata konsep Ketuanan Melayu wajib ditinggalkan kerana slogan itu didakwa hanya untuk memperdaya bangsa Melayu. Katanya, "Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi."

Presiden PKR itu tidak pun menyentuh hak orang Melayu, beliau langsung tidak menyentuh Raja Melayu atau institusi raja-raja, beliau tidak pun menjentik hak keistimewaan orang Melayu. Malah parti itu bersama-sama sekutunya berikrar mahu mempertahankan Perlembagaan negara. Namun seperti yang diberitakan MK, mamat ini mengamuk sambil menyentuh hal-hal di atas? Jadi, dia fahamkah maksud sebenar kata-kata Presiden PKR itu? Jika tidak faham, maka mamat ini layak digelar dungu politik

Baru-baru ini mamat ini membela saudagar gelang. Kita terfikir-fikir, mamat ini sudah selidik habis-habiskah sebelum menyokong saudagar gelang itu? Sepatutnya mamat ini bertanya kepada saudagar gelang itu atau meminta bukti saintifik/klinikal daripada saudagar itu untuk membuktikan gelangnya itu mampu meningkatkan kesihatan pemakainya.

Cuba congak-congak, antara Presiden PKR dengan saudagar gelang, siapa yang merugikan Melayu?

Berkaitan:
* Raja Melayu perlu awasi "Si Kitol"

[MK] Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memberi peringatan kepada Raja-Raja Melayu supaya berhati-hati dengan "Si Kitoll" yang dikhuatiri akan kembali mempergunakan institusi berkenaan demi kepentingan politik.

Beliau berkata demikian dengan melihat kepada perkembangan sejak tahun lalu yang menyaksikan golongan berkenaan kembali "bermuka-muka" untuk mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Khalid memberi alasan, Krisis Perlembagaan 1983 yang berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu "melakukan beberapa tindakan diluar Peruntukan Perlembagaan, dalam lain perkataan membelakangi Raja-Raja."

Insiden itu juga berlarutan pada tahun 1992 dan 1993, kata Khalid lagi.

"Tiba-tiba, sejak awal tahun 2009, setelah 17 tahun berlalu, kini pihak yang berusaha dan berjaya 'menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja-Raja Melayu', kembali bermuka-muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati Raja dan Sultan serta mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu," katanya.

Jelasnya, pada masa krisis perlembagaan berlangsung, "para pemimpin utama" negara pada ketika itu "melakukan beberapa tindakan secara rahsia" dengan membuat pindaan ke atas Perkara 66(5) dalam Perlembagaan.

Tindakan itu dilakukan tanpa mendapat perkenaan Majlis Raja-Raja, kata Khalid lagi.

"Peruntukan asal berbunyi 'Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila yang di-Pertuan Agong menandatangani'.

Pindaan ke atas peruntukan itu kemudiannya, antara lainnya, menyebut bahawa sesebuah Rang Undang-undang itu dianggap telah ditandatangani selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh 15 hari.

Contoh kedua, pindaan ialah pada Perkara 10(1), di mana kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di negara ini maka perdana menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut," kata Khalid lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis perasmian wacana 'Kedaulatan Raja-Raja: Institusi Yang Mesti Dipertahankan' di Shah Alam hari ini yang turut dihadiri Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

P/s: Susah payah YB Mahfuz "cover line" ucapan Presiden PKR: Apa guna Ketuanan Melayu jika pencuri yang pimpin negara?

[Kemas Kini] Jarang-jarang Che Det Flip Flop...


...tetapi "flip flop" kali ini saya sokong. Mengapa perlu menyokong projek yang hanya membazirkan wang, sedangkan wang yang diperuntukkan itu bisa banyak memberikan manfaat kepada rakyat dan negara. Saya petik:
[MK] Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran bahawa rancangan kerajaan bagi membina bangunan 100 tingkat Warisan Merdeka akan menyaksikan lebihan hartanah dan ruang pejabat yang kini sudahpun melanda Lembah Klang.

NONE“Jika anda bertanya saya, kita tak perlukan menara 100 tingkat itu,” kata Mahathir ketika menjawap soalan daripada hadirin pada persidangan 'Mengimbas Semula Wawasan 2020' di Kuala Lumpur.

"Saya lihat banyak papan tanda 'untuk dijual' dan 'untuk disewa' apabila saya bersiar-siar. Ini bermakna kita telah mempunyai bangunan yang mencukupi.

Sebelum ini, Mahathir menggesa kerajaan merujuk dengan rakyat berhubung projek Warisan Merdeka dan secara tidak langsung menyokongnya kerana berpendapat ia akan memberi kesan ekonomi yang positif.

Dalam nada yang sama, Mahathir berkata beliau mungkin mempunyai pandangan yang berat sebelah kerana Menara Berkembar Petronas adalah projek semasa pemerintahnnya dan beliau tidak mahu melihat rekodnya sebagai bangunan tertinggi di negara ini diatasi.

"Mereka boleh bina, tetapi bukan sekarang, mungkin kemudian... apabila saya tiada lagi,” katanya dalam nada bergurau.

Kemas Kini (30/11):
* Warisan Merdeka: Najib sangkal andaian Mahathir


,

Blog UMCO Dakwa Gambar Bogel Baru YB PKR Tersebar


Blog UMCO lazimnya gemar mensensasikan cerita walaupun artikel itu hanya khabar angin atau bersifat pelaris dan fitnah. Kita tunggu dan lihat kesahihannya. Saya petik:
Saya diberitakan satu lagi gambar bogel elizabeth wong telah tersebar.

Dikatakan gambar yang tersebar kali ini dirakam ketika dia sedang mandi dalam kolam jakuzi dan cuba menutup bahagian dadanya apabila menyedari gambarnya dirakam.

Difahamkan MMS gambar tersebut mula tersebar sejak semalam (artikel di blog itu disiarkan pada 27/11).

Artikel ini banyak disiarkan di blog pro-UMCO, namun saya rasa artikel itu berasal dari sini. (Tidak perlu klik pautan itu jika tidak perlu.)

* Gambar sekadar hiasan.

P/s: Pening baca artikel di blog pro-UMCO, fakta entah ke mana, yang banyak maki dan caci!

,

70% Kontrak Kerajaan Pulau Pinang Diamanahkan kepada Orang Melayu


Apa lagi helah UMCO Pulau Pinang untuk memburuk-burukkan Kerajaan PR di sana? Saya petik:

[MK] Sistem tender terbuka yang dijalankan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah teraju Ketua Menterinya, Lim Guan Eng membuktikan bahawa kontraktor Melayu di negeri itu tidak 'lembik', apatah lagi 'dayus'.

Di sebalik dakwaan negatif seumpama itu selama ini, Lim (pertama dari kanan) berkata, sistem berlandaskan prinsip Cekap, Akauntabiliti & Telus (CAT) yang menjadi pegangan pimpinan kerajaan negeri menunjukkan lebih 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu.

“Di Pulau Pinang, mana-mana kontraktor tidak perlu pakai kabel politik untuk dapat kontrak tetapi hanya pakai kabel komputer sebab kerajaan negeri mahu memartabatkan usahawan Bumiputera dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-perolehan dan kontraktor kelas F tidak perlu hanya datang dari Umno sahaja,

“Malah, program Titian Saksama Rakyat (PTSR) sebanyak RM3 juta untuk membiayai program perniagaan ekonomi kecil telah memberi manfaat kepada 356 peminjam dan 81 peratus daripada jumlah itu ialah usahawan kecil Melayu di Pulau Pinang,

second penang bridge 091108 pilling“Biarlah Umno dan BN menerusi lidahnya, Utusan Malaysia hari-hari cuba menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan saya anti-Melayu tetapi kita tahu kita memang memerintah berteraskan rakyat, berjiwa rakyat demi memartabatkan rakyat tanpa mengira kaum,” kata Lim dalam kenyataan baru-baru ini.

Pada masa yang sama, Kementerian Kerja Raya turut diminta untuk menambahkan bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang untuk projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang daripada 24.5 peratus sahaja buat masa ini kepada lebih 50 peratus pada masa depan, jelasnya.

NONETambahan sub-kontraktor daripada Pulau Pinang adalah perlu untuk memberikan peluang kepada sub-kontraktor Pulau Pinang mendapat peluang daripada projek RM4.5 bilion yang bertapak di negeri mereka sendiri, katanya.

Bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang yang kecil ini dinyatakan dalam jawapan Menteri Kerja Raya kepada Lim dalam jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini yang menjelaskan bahawa setakat 30 September 2010, seramai 106 sub-kontraktor telah dilantik oleh kontraktor utama bagi melaksanakan projek ini.

Daripada jumlah itu, seramai 26 sub-kontraktor atau 24.5 peratus sahaja merupakan kontraktor yang berdaftar di Pulau Pinang, katanya lagi.

second penang bridge 091108 artist impressionKerajaan Persekutuan menubuhkan syarikat khas, Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan sebagai pemegang konsesi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Pembinaan jambatan sepanjang 23.5 kilometer ini akan menghubungkan Batu Maung di Pulau Pinang dan Batu Kawan di Seberang Perai Selatan dan telah dimulakan pada tahun 2008 dan dijangka siap pada bulan November 2013.

Kontraktor- kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah Chec Contructions (M) Sdn. Bhd yang berasal dari Republik Rakyat China, UEM Builders Berhad, Cergas Murni Sdn Bhd., IJM Contructions Sdn Bhd., HRA Teguh Sdn Bhd.

, ,

Nenek Berusia 81 Tahun Bersara Berlakon Filem Lucah

Gila! Saya petik:
[Kosmo] LONDON - Pelakon lucah berusia 81 tahun, Sheila Vogel-Coupe berikrar tidak akan berlakon dalam filem porno lagi, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia membuat pengumuman itu selepas perbuatannya menawarkan perkhidmatan teman sosial melalui sebuah agensi teman sosial dalam talian selama dua tahun selain berlakon dalam sebuah filem lucah didedahkan media.

Wanita itu merupakan nenek kepada seorang peserta yang menyertai program mencari bakat nyanyian X-Factor di televisyen, Katie Waissel.

"Saya tidak berhasrat untuk melakukan (berlakon) dalam mana-mana filem seperti itu (filem lucah) lagi," katanya.

Sebelum ini pendedahan nenek tersebut sebagai pelakon lucah telah memberi tekanan ke atas cucunya yang kini bertanding sebagai peserta dalam program nyanyian itu. - Agensi

,

Ahad, 28 November 2010

[Wajib Baca] "Detox Foot Patch" Pun Produk Kelentong? Sila Lihat Eksperimen Ini


Sila lihat ekperimen di bawah ini.


Detox foot patch diletakkan di atas cawan yang berisi air suam.



Selepas 5 minit. Munasabah air suam di dalam cawan tadi ada toksik?



Baca petikan artikel ini:



 Sumber eksperimen dan gambar dipetik dan diubah suai dari Aididmuaddib.


P/s: Sekarang beban untuk membuktikan keberkesanan produk terletak pada bahu pengedar dan penjual produk ini.






Berkaitan:
* Adakah "detox foot" berkesan?
*



, , ,

[Gambar] PERKASA & Blogger UMCO Pertahan dan Sokong Gelang AC Mizal

Bersemangat betul! Tersengih saudagar gelang

Aduh! Aduhai! Alahai!

Menurut seorang blogger UMCO, AC Mizal meminta bantuannya untuk menerangkan kepada orang ramai tentang "fitnah"yang didakwa dilemparkan kepadanya sejak akhir-akhir ini.

Namun malangnya, kiriman pertama untuk mempertahankan saudagar gelang itu tidak pula disertakan bukti saintifik untuk menyokong keberkesanan gelang itu. Tidak dinyatakan juga penafian bahawa gelang itu diimport dari China. Tidak dinyatakan juga kesahihan testimoni yang dipaparkan dalam FB mahupun laman sesawang saudagar itu. Tidak dinafikan juga bahawa gelang itu kini boleh diperoleh dengan harga AS5 dolar.

Jadi, penerangan dan ulasan saudagar dan blogger ini hanyalah retorik untuk memastikan gelang saudagar ini terus laris di pasaran.

Kesungguhan blogger dan Perkasa menyokong saudagar jual seutas gelang untung RM500 ini berikutan pendedahan blogger Aididmuaddib tentang dakwaan bahawa saudagar gelang itu cuba menipu pengguna melalui siri pendedahan yang disiarkan di blognya. Siri pendedahan itu boleh anda baca di sini.

Bagi yang masih mahu menyokong dan membela saudagar ini, silakan. Belilah produk saudagar ini: Harganya RM1000 (RM500 akan diberikan kepada penjual sebagai komisen, bakinya adalah kos kotak dan operasi, baki daripada kos itu ialah harga kos gelang tersebut.)

Artikel retorik blogger UMCO itu boleh anda baca di sini.


Gambar Sesi Teh Tarik Armand Perkasa dan Saudagar Gelang yang diadakan baru-baru ini








Selamat "Menggebang" Melayu!!


P/s: Perkasa sokong UMCO, sokong saudagar gelang kontroversi. Apa persamaan saudagar ini dengan UMCO sehingga membuatkan Perkasa begitu teruja menyokong mereka?


Azab Bersuamikan Lelaki Baran & Cemburu Buta

Saya petik:
[HM] MELAKA: Luluh hati seorang isteri apabila suami yang diharapkan menjadi pelindungnya tergamak memukul dan mengugut membunuhnya akibat cemburu buta, awal bulan ini.

Dalam kejadian jam 11.35 malam pada 4 November lalu, Siti, 29, mendakwa suaminya yang berusia 35 tahun menamparnya sejurus mengejutkannya daripada tidur di ruang tamu rumah mereka di Tanjung Keling, dekat sini.

“Suami menampar pipi kiri dan kanan serta memukul kepala saya bertalu-talu sambil bertanya mengapa saya curang. Saya terpinga-pinga dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana takut. Saya hanya mampu mengalirkan air mata menahan kesakitan.

“Kemudian dia ke dapur sebelum menghampiri saya semula dengan tangan kirinya memegang pisau. Dia mengacukan pisau ke leher saya dan tangan kanannya menarik rambut saya,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.


Difahamkan, kejadian sama pernah berlaku pada Ogos 2009 iaitu selepas enam bulan pasangan terbabit bernikah, namun ketika itu mangsa tidak membuat laporan polis.

Siti yang bertubuh kecil molek berkata, suaminya menekan pisau berkenaan agak kuat hingga lehernya luka.

“Dia mengugut membunuh saya jika meneruskan niat untuk bercerai. Dia juga mengugut mencederakan anak saya iaitu anak tirinya berusia tujuh dan lima tahun. Ini kali kedua suami memukul saya sejak berkahwin dua tahun lalu,” katanya.

Dia membuat laporan di Balai Polis Tanjung Keling pada 18 November lalu dan laporan kedua di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah (IPD) keesokannya....- Meor Riduawan, Shmaran, Mohd Zaidi

Berkaitan:

Antara Kes Dera Isteri 

* 14 Februari 2005, Seremban, Negeri Sembilan — Seorang guru sekolah menengah di Rantau berusia 43 tahun membuat laporan polis kerana sering didera suaminya yang juga pegawai kastam berusia 47 tahun selama dua tahun. Mangsa yang berasal dari Kelantan didera suaminya di rumah mereka di Taman Tuanku Jaafar, Senawang. Lelaki itu menolak isterinya ke lantai beberapa kali hingga mencederakan badan mangsa.

* 6 April 2000, Cheras, Kuala Lumpur — Seorang suami memperlakukan isterinya seperti binatang apabila mengikat leher dan kaki mangsa menggunakan rantai besi sepanjang tiga meter dan dikunci dengan mangga besar. Mangsa turut diikat pada dinding rumah. Kadangkala suaminya mengheret keluar rumah dan mengikatnya pada tiang pagar di depan rumah di depan anak serta jiran.

* 1 Februari 1997, Kuala Terengganu — Seorang wanita hamil terpaksa melarikan diri ke rumah ibunya bersama anak sulung berusia 13 bulan selepas dikatakan tidak tahan sikap panas baran suaminya yang kerap memukul dan menderanya hampir setahun. Hadarulyani Shamsi, 20, dipercayai mengandung anak kedua, berlindung di rumah ibunya di Kampung Rahmat Felda Chalok, Setiu.

* 25 Julai 1997, Petaling Jaya — Akibat terlalu mengikut perasaan, seorang pekerja binaan berusia 33 tahun menerima padah apabila ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan polis selepas mendera isterinya di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara. Lelaki berkenaan enggan memberi wang diminta isteri untuk membeli beras dan keperluan dapur, sebaliknya menyepak serta menumbuk isterinya.

* 9 Ogos 1996, Kampung Baru, Kuala Lumpur — Jamilah Hassan dari Kampung Baru, Kuala Lumpur, membuat pengakuan mengalami tekanan jiwa berikutan sering didera suaminya yang kaki mabuk dan judi selama tujuh tahun. “Dia sering memukul dan mencaci saya selain memaksa saya melakukan hubungan seks,” katanya.

* 21 Februari 1995, Pontian, Johor — Seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan polis kerana disyaki mendera isterinya berusia 61 tahun sehingga mati di Kampung Belokok, Peradin. Siasatan polis mendapati lelaki itu dipercayai mencekik isterinya sebelum menolaknya sehingga jatuh di tangga rumah. Mangsa cedera teruk di kepala dan dada manakala leher dan mukanya lebam.

* 2 Mac 1995, Klang — Polis menahan suami seorang pekerja kilang kerana dipercayai memukul isterinya hingga parah di rumahnya di Jalan Young, Pandamaran, Klang, Selangor. Isteri lelaki itu yang berusia 35 tahun luka pergelangan tangan kanannya dipercayai terkena benda tajam serta bengkak pada mata, belakang badan, pipi dan punggung.

* 27 Disember 1995, Kuantan — Harapan seorang suri rumah untuk hidup bahagia bersama suami hingga ke akhir hayat punah apabila dia didera sehingga memaksanya meninggalkan rumah untuk mendapatkan pertolongan. Sarimah Suan, 17, cedera di dada dan perut dipercayai didera suami, terpaksa menahan sakit untuk pulang ke rumah bapanya di Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang.

* 22 Ogos 1994, Hulu Klang — Wanita berusia 30-an dan isteri kedua seorang imam dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur oleh ibunya selepas tidak sedarkan diri dipercayai menghadapi tekanan jiwa berpunca daripada perbuatan suaminya. Wanita itu kemudian membuat satu laporan bahawa ada beberapa tanda kecederaan pada tubuhnya berpunca daripada penderaan.

,

Bil Hospital RM23 Ribu Walaupun Gagal Sembuhkan Batuk!

Kapitalis Perubatan mengganas. Hati-hati apabila menerima rawatan di hospital swasta, begitu juga di klinik swasta. Bukan sekadar bilnya cekik darah, namun kadang-kadang hasilnya tidak mencapai tahap yang diharapkan. Saya petik:
Kakitangan swasta kecewa tak dimaklum caj melebihi jumlah maksimum ditanggung insurans

[BH] KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan swasta dari Kluang, Johor, hampir pengsan apabila melihat bil perubatannya mencecah RM23,000 selepas 12 hari dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Batu Pahat kerana batuk selama dua minggu.

Roslan Husin, 46, mendakwa pakar di hospital swasta itu bagaimanapun gagal mengesan punca penyakitnya sejak dia ditahan di wad hospital itu 4 Febuari tahun lalu, selain mendakwa caj ubat dikenakan berjumlah RM9,852 mahal dan melampau.

Lebih menyedihkan, dia mendakwa kakitangan pusat perubatan swasta itu hanya memberitahu kos perubatannya melebihi jumlah maksimum perlindungan insuransnya iaitu RM15,000 selepas 11 hari ditahan di wad.

“Saya terkejut, marah dan hampir pengsan apabila diberitahu bil perubatan saya melebihi RM15,000 yang ditanggung syarikat insurans. Saya persoalkan kenapa hanya diberitahu selepas ia lebih daripada jumlah itu, kenapa tak beritahu awal,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu.

Roslan berkata, dia pergi ke hospital swasta setelah dinasihatkan oleh doktor klinik panel syarikatnya kerana mereka gagal mengesan punca batuk dialaminya.

“Mereka periksa saya macam biasa, tidak buat apa-apa kecuali membuat imbasan x-ray dan masukkan wayar dalam hidung. Pakar di situ kata saya menghidap asma tetapi saya tak percaya, saya cuma batuk-batuk. Kemudian mereka datang dan beritahu bil perubatan saya mencecah RM23,000 menyebabkan saya terkejut,” katanya.

Dia tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan namun, pihak hospital yang gagal mengesan punca penyakit tetap memintanya tinggal di wad selama dua hari lagi.

“Saya tolak permintaan mereka menyebabkan doktor pusat perubatan pakar itu menulis surat untuk merujuk saya ke Hospital Kluang, tetapi doktor hospital kerajaan beritahu pada saya, kalau pakar pun tidak dapat kesan apa punca penyakit saya, tak guna untuk saya dimasukkan ke hospital kerajaan,” katanya.

Katanya, selepas keluar dari hospital swasta itu dia mencuba kaedah perubatan tradisional dan penyakitnya kini sembuh.

Isnin lalu, Berita Harian melaporkan 26 peratus daripada individu yang gagal membayar balik pinjaman bank dan kad kredit kerana menanggung beban hutang membiayai kos perubatan tinggi di hospital swasta.- Syed Azwan Syed Ali


Berapa Kos Rawatan "Syaitan" Ini?


Syaitan yang digelar "Ariel Sharon" sudah dipindahkan ke rumahnya di Hashikmim Farm baru-baru ini. Anda tahu berapa kos untuk merawat syaitan ini? Menurut kerajaan Israel, sebanyak NIS1.6 juta setahun (sekitar AS450 ribu dolar) diperuntukkan untuk menanggung kos rawatannya. Manakala sebanyak NIS1.5 juta pula telah diperuntukkan untuk mengubah suai rumah syaitan ini sebelum dia dipindahkan ke rumahnya.

Cerita lanjut sila ke pautan ini.

,

Sabtu, 27 November 2010

Sadis&Tragis: Pak Arab Rogol & Seksa Gadis Sehingga Hilang Ingatan

Saya petik:

[Kosmo] KANDARA, Arab Saudi – Seorang pembantu rumah Indonesia hilang ingatan selepas dia berulang kali diseksa dan dirogol dua majikannya di Arab Saudi, lapor sebuah akhbar semalam. Menurut akhbar Jawa Pos, dia ditemui oleh beberapa amah Indonesia lain dalam keadaan menyedihkan di sebuah jambatan di sini, Jeddah.

Nasib malang yang menimpa pembantu rumah itu dikenali sebagai Nina berumur dalam lingkungan 20-an dan berasal dari Karawang, Jawa Barat, diceritakan oleh sekumpulan amah Indonesia yang tinggal di bawah jambatan Kandara kepada seorang wartawan akhbar Jawa Pos.

Jambatan tersebut menjadi tempat tinggal amah-amah Indonesia yang senasib dengan Nina.

Menurut seorang amah di jambatan itu, Hani Marsiana, Nina ditemui dua minggu lalu dalam keadaan tidak bermaya dengan tubuhnya mempunyai kesan dipukul.

Hani berkata, Nina ditemui oleh beberapa amah Indonesia yang tinggal di bawah jambatan dan mereka merawatnya sehingga dia kembali waras tapi masih trauma dengan kejadian menimpanya.

Menurutnya, selepas badannya mula bergerak dan mampu duduk, amah-amah Indonesia lain mula bertanya mengenai kisah hidupnya.

Dia berkata, Nina menceritakan pada mulanya dia diperkosa oleh seorang majikan Arab menyebabkannya meninggalkan majikannya itu.

Nani kemudiannya diperkosa oleh seorang oleh warga Mesir selepas terpedaya dengan jaminannya untuk membantunya.

Hani berkata, Nani kemudiannya dibuang oleh warga mesir itu di kawasan Kandara.

“Nina ini diturunkan dari mobil (kereta) Camry oleh orang Mesir itu,” katanya.

“Kasihan sekali amah-amah di sini. Mereka tidak (diberi) gaji selama berbulan-bulan, bahkan ada yang diseksa, diperkosa dan dibuang ke jambatan Kandara,” ujar seorang lagi pembantu rumah Indonesia, Rokib. – Agensi

Apa Motif Zaid Mahu Tubuh Parti Baharu?

Semasa pemilihan parti PKR lalu, saya condong menyokong Zaid berbanding dengan Azmin (atas alasan Azmin cuba menyemai budaya UMCO dalam PKR dan dengan andaian Zaid ikhlas mahu bertanding tanpa ada apa-apa agenda tersembunyi), semasa Zaid menimbulkan ketidapuasan hatinya berkaitan dengan penyelewengan pemilihan parti, saya juga condong untuk menyokongnya kerana terbukti sehingga kini masih banyak lagi kontroversi yang bakal didedahkan oleh ahli parti itu. Namun, apabila beliau mengumumkan mahu keluar parti, kenyataannya telah mencetuskan pelbagai persepsi buruk kepada PR.  Saya mulai ragu-ragu tentang tujuannya sebenar beliau bersama PR selama ini, walaupun orang lain terang-terang menggelarkannya 'kuda trojan". 

Pada sidang media, Zaid berkata bahawa beliau mahu menubuhkan parti baharu yang lebih kuat dan besar pada Januari tahun depan. Pilihan raya pula dijangka akan diadakan pada bulan April tahun hadapan (Musykil!). Saya "kagum" kerana cita-citanya begitu tinggi dan hebat. Walaupun nadanya bersifat dendam, namun beliau tampak "yakin". Beliau mungkin berpendapat auranya sama seperti Anwar Ibrahim yang mencetuskan fenomena Reformasi pada tahun 1998. Anwar difitnah teruk sehingga segala macam media menghukumnya dengan cara yang mengaibkan, manakala mahkamah pula melengkapkan agenda pihak tertentu. Kali ini Zaid yang kecewa dengan bekas partinya mahu menubuhkan parti baharu. Adakah alasan tersebut memadai untuk Zaid memperoleh sokongan rakyat sehingga mampu menubuhkan parti yang kuat dan besar?

Apabila Zaid mahu menubuhkan parti baharu, orang akan tertanya-tanya: Adakah parti PAS dan DAP tidak serasi dengan ideologi politiknya? Apa kekurangan DAP mahupun PAS sehingga membuatkan Zaid mahu menubuhkan parti baharu? Agak membingungkan apabila orang ramai cuba mencari sebab Zaid enggan menerima parti-parti tersebut, walhal parti-parti itu sekapal dengan bekas partinya? Adakah kerana peluangnya untuk menjadi Presiden parti-parti tersebut malap atau Zaid sememangnya mempunyai agenda lain?

Jadi, tumpuan kini ialah hala tuju parti yang bakal dipimpin oleh Zaid sama ada condong ke arah BN atau masih lagi setia dengan perjuangan PR. Jika beliau masih memilih untuk sekapal dengan PKR, PAS, dan DAP, yang jelas tindakannya sebelum ini sudah memberikan kerosakan sampingan kepada PR. Namun tidak mustahil Zaid mengambil pendirian neutral dan jangan terkejut jika ahli MP katak yang menganggotai Konsensus Bebas bakal menyertai parti ini. 

Menurut Zaid sebelum ini, beliau mahu bertanding dalam PRU 13, jika begitu, ahli partinya juga nanti akan turut berbuat demikian. Bolehkah PR menerima keadaan ini? Yang dibimbangkan oleh PR ialah Zaid dan ahli partinya bakal menjadi "pengacau" dalam PRU 13 akan datang dan hal itu sudah tentu akan menguntungkan BN yang sehingga kini masih belum yakin untuk menang besar dalam pilihan raya.

Jika begitulah agendanya, maka benarlah Zaid ialah "kuda trojan" yang dihantar untuk menjahanamkan PR dalam PRU 13 nanti. Jika sebaliknya, mampukah Zaid mengembalikan persepsi positif rakyat kepada PR yang kini dicemari dengan pelbagai dakwaan penyelewengan semasa pemilihan PKR baru-baru ini mahupun persepsi buruk yang disebarkan dari semasa ke semasa oleh media berkaitan dengan pelbagai isu terhadap Kerajaan PR di Kedah, Selangor, dan Pulau Pinang?

Kejutan Pertama Ketua AMK PKR. Memang Terkejut Semua Orang

Ulasan yang menarik fasal hal ini boleh dibaca di Tukar Tiub: Hasil Memilih Orang Bangang. Lawak dan sadis sedikit ulasannya!

Saya petik:
[MR] "Apa kena-mengena dengan perjuangan parti?  Tiada kaitan langsung!  Persembahannya tidak mengandungi unsur perjuangan, malah tidak menyuntik semangat untuk perjuangan parti!"

Segelintir anggota terpinga-pinga dengan penampilan Adi Putra  genius matematik berusia 11 tahun di Kongres Angkatan Muda Keadilan, pagi tadi.  Adi Putra tampil selepas Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd. Akin menyampaikan ucapan dasar beliau, diberi sambutan yang meriah sebermulanya.

Setelah memperkenalkan diri, Adi Putra mempersembahkan bakatnya kepada perwakilan AMK, iaitu keupayaannya untuk menghafal sekumpulan angka digit, dan kemudian diulangi mengikut tertib songsang.

Bagaimanapun, penampilan ini menimbulkan keraguan di kalangan anggotanya, yang tidak faham mengapa ia dimasukkan ke dalam aturcara kongres.  "Ia tidak memberi apa-apa makna..." ulas seorang pemimpin AMK ketika berkata kepada MerdekaReview.

Lebih UMNO daripada KeADILan
Mungkin pertimbangan politik di sebaliknya adalah untuk menunjukkan bahawa genius anak Melayu ini turut bersama PKR.  Namun, kemungkinan ini disangkal oleh pemimpin AMK yang ditemuramah MerdekaReview, "Beliau (Adi Putra) bukan datang untuk menyatakan sokongan kepada PKR, beliau datang sekadar untuk membuat pertunjukan (show)."

"Malah, jikalau anda mengikuti sajaknya tadi, masih ada ayat-ayat seperti 'Takkan Melayu hilang di dunia ini', 'Wawasan 2020'... Ini lebih UMNO daripada KeADILan-lah!" katanya secara terus-terang.

Seorang lagi pemimpin peringkat cabang menambah, "Apa yang membingungkan, persembahan power point menunjukkan gambar Adi Putra bersama pemimpin seperti Mahathir Mohamad, malah isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor!  Lebih-lebih lagi, ada orang yang melaungkan 'Reformasi' selepas persembahan Adi Putra!"

"Apa kaitan Adi Putra dengan Reformasi?  Dengan sajaknya yang berbau perkauman...apa kaitan Adi Putra dengan Reformasi?" beliau tertanya-tanya...- Lim Hong Siang

Tidak Sampai 10 Orang Tonton 2 ALAM pada Satu-satu Masa? Turut "Dihina" Penonton

Sebelum ini, filem yang didakwa bakal memecahkan rekod filem Malaysia ini "dibelasah" oleh wartawan, kali ini filem itu "dibelasah" pula oleh penonton. Sebelum ini, banyak blogger turut "membelasah" filem ini.

Sudahlah "dibelasah", filem ini juga turut "dihina" penonton. Sila lihat teks yang diwarnakan merah.

Mengapa jadi begitu? Sedangkan banyak lagi filem yang dipertikaikan kualiti dan jalan ceritanya, namun tidaklah dikritik dengan cara yang "mengaibkan" ini. Rata-rata orang bersetuju bahawa kata-kata pembikin filem tersebut yang bernada "angkuh" dan "tinggi diri" dan iklan pemasarannya yang dipenuhi ungkapan dan frasa bersifat hiperbola menyebabkan orang ramai tertunggu-tunggu untuk menilai dan "membelasah" filem ini!

Setuju?

Saya petik:
[Mstar] PETALING JAYA: Empat remaja lelaki yang ditemui selepas selesai menonton filem 2 Alam malu untuk mengakui telah menonton filem yang dikatakan mampu mengutip kutipan RM40 juta.

Menurut mereka, filem terbitan Dr Rozmey Che Din melalui syarikatnya DR Movie Productions itu juga secara tidak langsung telah memberi persepsi buruk kepada filem Melayu lain.

“Kami menonton filem ini kerana ingin mengetahui apa sebenarnya yang orang perkatakan tentang filem ini.

“Namun setelah menonton selama sepuluh minit sahaja kami sudah mengerti apa yang mereka katakan selama ini tentang filem 2 Alam ini.

“Secara jujurnya ia telah memberi tanggapan buruk kepada filem-filem Melayu yang lain,” ujar Azlan, 23, iaitu salah seorang remaja yang enggan nama sebenar mereka didedahkan media.

Bagi Irwan Noh, 25, pula memberitahu filem ini mempunyai jalan cerita yang tidak bertaraf sebuah filem.

“Apa yang saya dapat tonton sepanjang satu jam setengah ini tidak seperti sebuah filem, malah banyak drama di televisyen lebih baik dari filem ini.

“Saya harap selepas ini pihak yang bertanggungjawab lebih pentingkan kualiti sesebuh filem yang akan ditayangkan bukan sekadar siap dan memenuhi piawaian sahaja,” katanya.

Manakala bagi Aiman Roslin, 28, memberitahu filem ini tidak mungkin mencapai sasaran disebabkan kualiti dan jalan cerita yang terlalu membosankan.

“Saya bukan pengkritik filem tetapi bagi pandangan mata penonton biasa seperti saya filem ini terlalu membosankan.

“Selain terlalu bangak adegan sama yang berulang-ulang, pelakon-pelakon juga kurang memberi lakonan yang baik, saya hairan bagaimana produser filem ini boleh menyasarkan sebanyak RM40 juta,” ujarnya.

Ketika tinjauan dibuat di beberapa pawagam utama sekitar Lembah Kelang iaitu di e-Curve, Mid Valley, One Utama dan Pavillion, tempat duduk di setiap bilik yang menayangkan filem ini hanya dipenuhi kurang dari sepuluh penonton sahaja.

Malah ketika tayangan sedang berlangsung beberapa penonton mengambil keputusan untuk keluar dari pawagam.

Dalam pada itu, maklumat dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) kutipan filem tersebut baru mencecah RM230,000 atau RM0.23 juta dan masih terlalu jauh mencapai sasaran seperti yang dilaungkan oleh produsernya iaitu RM40 juta.

P/s: Pengajaran yang amat berguna bagi orang yang mahu bikin filem, terutamanya mereka yang pertama kali berbuat demikian.

,

Budak 3 dan 5 Tahun Ditunangkan Atas Alasan Mereka Mahu Bertunang. Gila!



Sudah menjadi budaya bagi sesetengah masyarakat di Asia Barat/Tengah menjodohkan anak-anak masing-masing pada usia muda. Budaya ini turut diamalkan dengan agak meluas oleh sesetengah masyarakat Islam di Pakistan dan di Afghanistan. Kanak-kanak yang masih belum dapat membezakan baik atau buruk sesuatu perbuatan atau tindakan itu seolah-olah bersetuju untuk ditunangkan walaupun terbukti persetujuan mereka itu dipengaruhi oleh ibu bapa masing-masing. Kanak-kanak ini mungkin akan menyesal berbuat demikian pada suatu ketika nanti, biarpun mereka mempunyai hak untuk memutuskan pertunangan itu.

Lebih buruk apabila banyak kanak-kanak perempuan yang masih menuntut di sekolah rendah atau lebih muda daripada itu dikahwinkan oleh ibu bapa mereka dengan lelaki yang sudah berusia. Ada segelintir daripada isteri muda ini dilayan seperti hamba seks oleh suami masing-masing  sehingga ada yang menemui ajal atas faktor perlakuan seksual yang memudaratkan diri mereka. Ironinya, dalam hal ini mereka menggunakan alasan sunnah nabi untuk menghalalkan tindakan mereka walapun perkahwinan itu dibuat sebagai galang ganti untuk melangsaikan hutang keluarga, kemiskinan tegar, memenuhi naluri seks songsang, dan sebagainya.

Dalam kes ini, budak semuda tiga tahun dan lima tahun ditunangkan oleh ibu bapa masing-masing atas alasan budak-budak itu sudah "kemaruk" dan bersetuju untuk bertunang. Di mana logik akal apabila ibu bapa ini mendakwa anak-anak mereka bersetuju untuk bertunang sedangkan mereka tahu bahawa kata-kata anak-anak mereka ini tidak boleh dipegang kerana masih belum dapat berfikir dengan matang?

Saya petik:
[HM] DUBAI: Dua kanak-kanak Syria yang berusia tiga dan lima tahun mungkin menjadi pasangan termuda di dunia yang ditunangkan atas persetujuan masing-masing. Ibu bapa Hala, 3, dan tunangnya Khalid, 5, mendakwa kanak-kanak terbabit bersetuju untuk dijodohkan.

Kisah mereka disiarkan laman web tempatan Syria, Akes Alser dan menjadi perbualan rakyat. Kedua-dua keluarga kanak-kanak itu yang menetap di Homs, kira-kira 180 kilometer di utara Damsyik turut menerima ucapan tahniah daripada orang ramai.

Bapa Khalid, Juma memberitahu Gulf News, anaknya itu waris tunggal daripada perkahwinannya sejak lebih 25 tahun lalu.

“Saya dan isteri mendapat Khalid selepas 20 tahun berkahwin melalui kehamilan yang rumit. Sekiranya dia anak lelaki, saya berjanji akan mengikat tali pertunangan untuknya ketika dia berusia lima tahun dan akan mengahwinkannya dengan perempuan pilihannya pada usianya mencecah 15 tahun,” kata Juma.

“Hari berlalu hinggalah Khalid terpikat dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang ditemuinya ketika lawatan keluarga ke bandar pinggir laut di Lattakia,” tambah Juma.

Menurut Juma, perkahwinan kedua-duanya mungkin akan menjejaskan persekolahan mereka.

“Saya akan menanggung perbelanjaan pendidikan mereka hingga ke peringkat universiti,” tutur Juma.

Khalid dikatakan merindui kekasihnya itu selepas pulang semula ke Homs. Dia juga enggan pergi ke kelas bimbingan kanak-kanak sekiranya Hala tidak pergi bersamanya.

“Khalid memberitahu saya dan ibunya dia mahu tinggal bersama Hala atau membawa gadis cilik itu ke rumah mereka di Homs. Bakal pengantin perempuan itu nampaknya memang sangat luhur,” kata Juma.

“Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan hinggalah isteri saya menelefon ibu Hala dan meminta pandangannya. Ibu Hala berkata, anaknya juga mengalami tanda-tanda kesepian dan mereka amat gembira jika anak mereka ditunangkan.”

“Detik itu saya teringat janji yang saya buat sebelum Khalid lahir dan memutuskan untuk membeli cincin untuk mereka. Kami pergi semula ke Lattakia dan meraikan pertunangan anak kami,” kata Juma lagi. - Agensi

Ajaran Sesat Islam Jamaah

Saya petik:
[HM] PUTRAJAYA: Kegiatan ajaran sesat Islam Jamaah (IJ) yang antaranya menghalalkan tulang babi dimakan dikesan bergerak semula di negara ini selepas penahanan 21 pengikutnya selepas mereka melakukan solat Jumaat di surau tanpa tauliah di Sungai Tangkas, dekat Kajang, semalam.

Kegiatan ajaran sesat yang dipercayai didalangi lelaki warga Indonesia itu menjadikan surau berkenaan sebagai markas sejak beberapa bulan lalu sebelum diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kira-kira jam 1.40 tengah hari.

Sebelum serbuan, beberapa penguat kuasa Jais menyelinap ke dalam kumpulan terbabit yang taksub mendengar khutbah dalam bahasa Arab yang disampaikan lelaki itu.

Selepas mereka selesai bersolat, penguat kuasa Jais mengepung surau itu dan menahan 21 pengikut kumpulan itu yang turut membabitkan beberapa wanita.

Mereka yang berusia antara 20-an hingga 50-an, sebahagiannya ditahan di dalam sebuah rumah berhampiran surau itu dan kebanyakan mereka warga Indonesia.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamed Khusrin Munawi, berkata ajaran sesat IJ sudah diwartakan haram sejak 1980-an selepas ia didapati bertentangan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.

Menurutnya, ajaran itu dibawa dari Indonesia dan disebarkan di kalangan penduduk tempatan yang terpedaya kerana ingin menggunakan jalan singkat bagi mendekatkan diri dengan Allah.

“Antara kepercayaan pengikut kumpulan itu ialah tulang babi halal dimakan, yang haram daging babi saja. Jelas pegangan ini bertentangan dengan ajaran Islam sebenar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, serbuan semalam dilakukan pihaknya selepas siasatan dan pemantauan Jais mendapati kumpulan ajaran sesat itu cuba mengembangkan ajaran mereka bukan saja di kalangan pendatang Indonesia, tetapi juga kepada penduduk tempatan.

Menurutnya, tindakan pengikut ajaran itu yang mengadakan solat Jumaat dengan jumlah makmum hanya 20 orang satu lagi bukti kesesatan mereka.

Selain itu, kata Khusrin, satu lagi kesalahan mereka yang jelas ialah melakukan solat Jumaat di surau yang tidak pernah diberikan tauliah oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan menjadikan surau itu sebagai markas menyebarkan ajaran sesat terbabit.

“Jais serius untuk memastikan ajaran sesat terbabit tidak terus berkembang. Sebab itu kami menempatkan ‘orang kita’ dalam kumpulan itu ketika mereka melakukan solat Jumaat tadi (semalam).

“Dengan tindakan itu, Jais berharap dapat memiliki bukti kukuh, malah selepas ditahan semua mereka dibawa ke Mahkamah Syariah Kajang untuk didakwa atas kesalahan menjadi pengikut ajaran yang difatwakan sesat,” katanya.

Sementara itu, portal e-Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan antara penyelewengan pengikut IJ ialah mendakwa kumpulan mereka saja mengamalkan cara Islam sebenar manakala bukan ahli dianggap kafir.

Pengikutnya juga dibenarkan melakukan solat Jumaat di rumah, menganggap lelaki dan perempuan ajnabi tidak batal wuduk jika bersentuhan, selain mengeluarkan hukum binatang yang mati di perkampungan orang Islam tidak perlu disembelih dan halal dimakan. -Ahmad Shahrul Nizam Muhammad

RAMPAS...pegawai penguat kausa Jais merampas dokumen di surau tanpa tauliah di Sungai Tangkas, dekat Kajang, semalam.
RAMPAS...pegawai penguat kausa Jais merampas dokumen di surau tanpa tauliah di Sungai Tangkas, dekat Kajang, semalam.

SIASAT...pegawai Jais menyoal siasat pengikut IJ.
SIASAT...pegawai Jais menyoal siasat pengikut IJ.

, ,

Jumaat, 26 November 2010

"Love Bites", Rogol, Seks Bebas, Pil Kuda


Ambil iktibar. Terutamanya ibu bapa. Jangan sampai jadi begini! Saya petik:
Anak kecil berusia 10 tahun di atas dirogol  lelaki 24 tahun. Setelah diberkas polis, suspek disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 12 sebatan ke atas pesalah.

Kakaknya, beusia 14 tahun tersipu-sipu ketika saya temui di rumah mereka di Kampung Lipat Sanggul, Bonggol, Kota Bharu, Kelantan.


"Siapa buat love bites di leher?," soal saya.

"Boyfriend lah," balasnya selamba sambil tersenyum. 

Teman lelakinya berusia 17 tahun dan sedang menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia.

Manakala di bawah ini gambar perut kakak sulung mereka berusia 16 tahun, masih di bawah umur.


Jam 11.21 pagi tadi dia dibangunkan pasukan polis diketui Ketua Balai Polis Pengkalan Chepa, Cif Inspektor Rostam Ayob bersama 9 anggota beliau.

"Mengandung berapa bulan?," tanya saya.

"Lima," jawabnya ringkas.

Gadis terbabit dilahirkan di Puchong, Selangor dan berpindah ke Kelantan setelah ibu dan ayah didakwa dilanda krisis rumah tangga. Ketika rumah diperiksa, dia sedang tidur manakala ibunya, berusia 34 tahun bekerja di gerai menjual makanan berhampiran Stadium Sultan Mohamad ke IV.

"Saya dah lebih setahun kenal dengan boyfriend sejak saya pindah ke sini mengikut emak," jelasnya.

Kelihatan berserabut, dia tiba-tiba menjadi sebak sejurus saya menjelaskan kepadanya berhubung Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


"Lelaki mengadakan hubungan seks dengan gadis bawah umur samada dia bersetuju atau tidak jika aduan dibuat, lelaki itu boleh dituduh merogol. Perogol adik awak dah kena penjara dan disebat"

Tanpa berlengah dia bangun dan mendapatkan teman lelakinya berusia 17 tahun, sewaktu kami tiba, tidur bersebelahan adik perempuannya di ruang tamu.

"Kenapa selepas ditangkap Jabatan Agama Islam semalam, awak masih tidur di rumah ini?," soal saya kepada teman lelakinya berbaju hijau.


Dia hanya membisu. Lelaki di sebelahnya itu, anak angkat emak mereka dan keduanya mengaku memasukkan dadah jenis metaphetamine atau lebih dikenali sebagai 'pil kuda', kali terakhir 4 hari lalu.


Kedua lelaki terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Kota Bharu untuk menjalani saringan ujian air kencing.


Sebelum teman lelakinya melangkah keluar dari rumah, saya terdengar gadis mengandung terbabit berbisik kepada teman lelakinya sambil air mata bergenang di kelopak mata.

"B! B! Macam mana ni?"

Namun teman lelakinya hanya mampu menundukkan kepala dan melangkah perlahan dengan tangan bergari.

Syahdu nian suasana.

Artikel dan gambar di atas milik blog Mazidul.

PR

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH