Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Tambahkan"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Sertai"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Like"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Follow"]

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

BAGASI KIRIMAN TERKINI

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Archives

, , , ,

Selasa, 31 Ogos 2010

Dajal UMCO Sebar Fitnah dan Gambar "Super Impose"



Fasal gambar "super impose" di atas, memang dah jadi kerja mereka untuk menabur fitnah. Bukan kira bulan Ramadan atau dosa pahala. Janji tiap-tiap bulan masyukkkk! Yang mengujakan saya ialah fasal Dato' Seri Nizar boleh menyembelih lembu. Wow, Datuk Nizar boleh menyembelih lembu! Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukkan Imej PAS dan Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadhan.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, tindakan cybertrooper Umno yang menggunakan nama "PAS Beruk" mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??" adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama.

“DPPWP kesal kesal budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun dalam bulan Ramadhan ini. Begitu jauh mereka tersasar dari hidayah Allah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, demi kepentingan politik mereka, gambar sedemikian dicipta, walhal gambar sebenar adalah menunjukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sedang menyembelih lembu korban untuk rakyat.

Katanya, gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam.

“Hal sebegini sudah berakar umbi dalam Umno sehingga diwarisi oleh anak-anak muda hingusan yang baru bersama Umno,” katanya.

Sebelum ini, media Umno-Utusan Malaysia memutar belitkan fakta dengan menyebarkan kepada rakyat yang ahli parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching beri 'tazkirah' dalam surau di mana ucapan aluan sengaja ditukar kepada 'tazkirah' bagi mencetuskan polemik awam.

Dua hari lepas, Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga mantan Ketua Penerangan Umno pula menyebarkan fitnahnya dengan mengatakan PAS mahu rampas harta Cina semasa peristiwa 13 Mei dan PAS kononnya turut menyokong tindakan Indonesia menyerang Malaysia semasa konfrontasi.

“Semua ini adalah fantasi Umno. Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar Zaid minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor. Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS dan Pakatan rakyat,” katanya lagi.

Sehubungan itu, DPPWP berharap pemimpin dan ahli Umno bertaubat.

Katanya, semakin banyak fitnah disebar, semakin terdedah keburukan Umno, semakin banyak fitnah disebar, semakin meluat rakyat kepada Umno.

“Malulah kepada bukan Islam, malulah kepada umat Islam, malulah kepada Allah kerana perbuatan fitnah ini begitu jijik dan jauh lebih dahsyat dari membunuh. Ianya tidak akan diterima oleh mana-mana kaum dan agama sekalipun,” ujarnya lagi.

[Kemas Kini] Namewee Ditahan Polis?

Saya petik:

[MK] Polis dikatakan telah mengunjungi rumah rapper kontroversi Namewee di Muar, Johor sejurus belum tengah malam tadi, dipercayai untuk membawanya bagi disoalsiasat berhubung klip video yang didakwa berunsur hasutan yang dimuat-naiknya ke YouTube, mengutuk unsur perkauman di negara ini.

namewee pc 160310 01Ketika dihubungi, pengurusnya, Fred Chong mengesahkan kedatangan tiga kereta peronda polis ke rumah Wee hampir tengah malam tadi tetapi Namewee yang nama penunya Wee Meng Chee, tiada di rumah ketika itu.

"Saya tidak tahu di mana dia berada tapi dia mungkin mencari peguam untuk memahami prosedur yang betul (dalam menangani situasinya)," kata Chong.

Sementara itu, laman Facebook Wee, 27, menyiarkan mesej yang menyebut mengenai kedatangan tiga kerea polis berbunyi: "Three police cars have finally come to my Muar home to arrest me' just before midnight." (Tiga kereta polis akhirnya datang ke rumah saya di Muar untuk menangkap saya 'sejurus sebelum tengah malam).

Dalam beberapa minit sahaja, mesej tersebut telah mengumpulkan lebih 800 komen.

Pada sekitar jam 1 tengah malam, Wee mengemaskini mesej dalam bahasa Cina yang bermaksud: "Polis 15 minit menjelang Hari Kebangsaan, datang untuk menangkap saya, tapi saya tidak ada di rumah, saya tahu saya akan ditangkap pada bila-bila masa, ini mungkin mesej terakhir saya. .. Saya ucapkan kepada anda semua Selamat Hari Kebangsaan '.

Sebelum ini, polis mengatakan bahawa Wee disiasat atas dakwaan hasutan, selepas memuat-naik klip videonya di YouTube yang mencetuskan tuduhan yang ia boleh menyebabkan ketegangan kaum.

Wee, lulusan dari Taiwan, menjadi tumpuan laporan media tiga tahun lalu ekoran klip videonya di YouTube yang mempersendakan lagu Negaraku yang menurut pihak berkuasa berunsur hasutan.

Dia memohon maaf atas kejadian itu, tetapi berdepan dengan masalah lagi apabila menyiarkan lagu rap berjudul 'Nah' yang mengkritik seorang pengetua sekolah yang membuat kenyataan berunsur perkauman terhadap pelajarnya baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan jenayah, Datuk Bakri Zinin berkata Wee sedang disiasat di bawah Akta Hasutan. Wee berdepan dengan hukuman sehingga tiga tahun penjara jika didakwa dan sabit kesalahannya.

Wee telah membuang klip video itu dari YouTube pada hari Ahad, selepas dikecam oleh pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang dilaporkan menggesa tindakan diambil terhadap mereka yang mencetus ketegangan perkauman.




Kemas Kini:
Polis: Namewee tidak ditahan atau dikehendaki
[MK] Pihak polis menafikan bahawa penyayi rap dan pengarah muda Wee Meng Chee atau Namewee kini ditahan atau sedang dicari pihak berkuasa.

"Tidak, tidak, tidak. Kami tak akan tangkap dia," kata ketua polis daerah Muar Mohammed Nasir Ramli ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Nasir mengesahkan bahawa polis berkunjung ke rumah pemuda itu di Muar malam tadi. Bagaimanapun menurutnya ia untuk tujuan lain.

"Kami cuma mahu tahu di mana dia," katanya ringkas sebelum menamatkan temubual melalui telefon....

[Video] Pertemuan 7 Beradik dengan Ibu Bapa yang meninggalkan Mereka. SEDIH!

Anda tentu maklum tentang kisah 9 beradik yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka. Bagi yang belum, anda boleh membacanya di sini. Namun, di balik kesediaan untuk melupakan krisis yang melanda antara mereka, pihak keluarga dan ibu bapa budak-budak ini saling menyalahkan antara satu dengan lain.

Saya tidak mahu komen panjang-panjang kerana tidak mengetahui kisah sebenar sehingga menyebabkan ibu bapa budak-budak ini meninggalkan anak-anak mereka dengan keluarga tanpa mengirimkan berita selama lebih setahun.

Sebagai insan yang berperikemanusiaan, sudah tentu kita tidak tergamak meninggalkan anak sekecil 1 tahun semata-mata kerana terlibat dalam perbalahan. Namun, ibu bapa budak-budak ini sanggup berbuat demikian! Gila. Anda sudah tentu akan sayu melihat anak-anak kecil yang dahagakan kasih sayang menangis selepas bertemu semula dengan ibu bapa yang tergamak meninggalkan mereka. Hanya 7 beradik yang ditemukan dengan ibu bapa mereka, manakala 2 lagi kini tinggal dengan ahli keluarga yang lain.

Videonya:

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


SELAMAT MENYAMBUT & MERAIKAN 
HARI KEBANGSAAN KE-53

"merdekakah kita?"

, ,

Isnin, 30 Ogos 2010

Osama Ejen CIA - Castro


Saya petik:

[SH] HAVANA - Pemimpin Cuba, Fidel Castro mendakwa pemimpin kumpulan Al-Qaeda, Osama Laden adalah ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS).

Menurutnya, Osama sering muncul apabila bekas Presiden AS, George W. Bush mahu menakut-nakutkan dunia dan beliau menegaskan dokumen rahsia yang didedahkan di Internet baru-baru ini membuktikan dakwaannya itu.

"Setiap kali Bush mahu mencetuskan ketakutan dan memberi ucapan penting, Osama akan muncul dan mengugut dunia dengan memaklumkan tindakan ganas yang akan dilakukannya.

"Osama adalah pekerja bawahan Bush," katanya kepada media Cuba semasa pertemuan dengan seorang penulis kelahiran Lithuania yang terkenal dengan penulisan buku berbentuk teori konspirasi untuk memerintah dunia.

Castro berkata, dokumen rahsia yang dibocorkan di laman sesawang WikiLeaks.org 'membuktikan dengan jelas bahawa Osama adalah ejen CIA'.

Bagaimanapun, pemimpin revolusi Cuba itu tidak mengulas lanjut kenyataan beliau itu. - ANI

,

UMCO, Lihatlah "Pencemaran" Masjid di Serata Dunia

Saya petik:
[USB] Ketika dunia Islam lain bergerak pantas menggamit umat manusia kepada Islam tetapi pemerintah UMNO masih lagi bagai katak didalam gelas kaca. Mereka melihat perkembangan drastik orang memeluk Islam khususnya di Eropah dan Amerika hatta menjangkau 200% tetapi di Malaysia, Islam di ISAkan oleh UMNO. Terkongkong dalam selaput yang dicipta oleh UMNO sendiri. Sudahlah perkembangan Islam lambat bahkan ramai pula orang melayu yang murtad. Ini disebabkan sikap dan cara berpolitik UMNO yang tidak menguntungkan Islam tetapi hanya sekadar keuntungan sementara yang ingin diraih oleh UMNO-BN. Sentiasa mengapi-apikan perbalahan agama dan kaum demi meraih politik murahan.

Ketika Majlis fatwa telah mengeluarkan hukum berkait keharusan bukan Islam mengunjungi masjid sebagaimana yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.

Dan memang itu pun yang dilakukan oleh umat Islam diluar Malaysia yang merupakan amalan yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah Saw dan para sahabat. Masjid merupakan pusat pemerintahan, pusat pentadbiran, pusat kehakiman, tempat ibadah, tempat pertemuan duta-duta asing yang ingin menemui Rasulullah Saw maupun khalifah selepas baginda.

Kita lihat gambar-gambar dibawah bagaimana menggambarkan perkembangan dakwah yang pesat terhadap mereka yang bukan Islam yang menjadikan masjid sebagai pusat maklumat dan penyebaran Islam dinegara selain Negara kita. Bagi UMNO semua ini adalah pencemaran terhadap kesucian masjid dan penghinaan terhadap Islam.

1. Masjid Lakemba di Sydney yang merupakan antara tertua dan terbesar. Mereka mengundang bukan Islam serta memberi penjelasan berkait kekeliruan tentang Islam. Mereka sentiasa mengadakan hari terbuka yang member banyak manfaat dakwah. Sheikh Yahya Safi, sebagai imam yang merupakan kelahiran lubnan menyebut ianya memberi ruang untuk berdialog serta menolak salah-faham terhadap Islam. Bahkan ramai yang terbuka hati dan mendapat hidayah dan memeluk agama Islam



2. Lebih 2,000 masjid di Jerman telah mengadakan Hari khusus pada hari Rabu dan terbuka kepada umum termasuk bukan Islam untuk mengunjungi masjid, melihat ibadah umat Islam dan bertanyakan tentang Islam.


3. 3 May 2010, pihak Masjid Makkah di United Kingdom telah mengadakan pameran Islam secara tahunan dan dikunjungi oleh rombongan setiausaha kerajaan Alan Johnson. Mereka sempat melawat dan megadakan dialog dan perbincangan didalam masjid tersebut.
4. Sempena Ramadhan The Golden Mosque Lower Sheriff Street, Rochdale telah mengadakan hari terbuka dengan mengundang orang ramai termasuk bukan Islam untuk berbuka puasa dan mendapat taklimat tentang islam didalam masjid yang dikendalikan oleh imam selaku pengerusi masjid iaitu Tahir Mahmood.

5. Pusat Islam London .Terletak di Regent Park yang sibuk dengan orang-ramai khususnya hari jumaat yang menampung 10,000 jamaah. Para pelawat akan diberi penerangan oleh Pegawai Perhubungan Awam pusat Islam tersebut iaitu Omar Saddique. Beliau memberi penjelasan tentang Islam dan setiap persoalan yang diutarakan oleh para pelawat didalam masjid tersebut.

6. Di Durban, Masjid dan selaku Pusat Islam yang pernah diasas dan dikelolakan oleh Syeikh Ahmad Deedat iaitu IPCI, seorang pendakwah tersohor telah menyediakan hari lawatan khusus kepada non muslim sebagai Mosque Tours dan memberi penjelasan tentang ibadah dan penerangan tentang islam dan perbandingan agama. Khususnya amalan para nabi yang ditinggalkan oleh Yahudi dan nasrani tetapi diamalkan oleh umat Islam seperti membuat kasut sebelum masuk ke tempat suci (masjid), berwudhu dengan membersih diri, kiblat, cara iabadah dengan sujud dan ruku’ yang merupakan amalan para nabi semenjak bani Israel lagi. Ramai yang tertarik dan akhirnya memeluk Islam disitu.

7. Lihat bagaimana Obama sendiri yang menziarahi masjid turut membuka kasut beliau untuk masuk ke ruang solat. Bahkan Pope sebagai ketua agama Kristian Khatolik juga masuk ke masjid dalam lawatannya ke negara Arab. Kalau berlaku di Malaysia nescaya berlakulah kiamat.

8. Masjid al-Azhar sendiri membenarkan pelawat bukan Islam memasuki ruang dalaman masjid termasuklah Putera Charles dan Lady Diana dengan ditemani oleh Syeikh Azhar ketika itu iaitu Syeikh Tantawi. Kalau kat Malaysia mungkin Majlis Agama menghambat mereka kot?.
Bahkan banyak masjid-masjid lain diseluruh dunia menganjurkannya. Termasuk di Malaysia sendiri kecuali apabila timbulnya isu YB DAP dari parlimen Serdang Teo Nie Ching dengan kejadian masuk ke Surau Huda di Kajang. Beliau telah mendapat keizinan drp pihak pengurusan surau utk memasuki ruang solat bagi menyampaikan bantuan kpd surau tersebut dan bukannya member tazkirah tetapi sekadar ucapan sempena pemberian bantuan kepada surau tersebut. Beliau juga turut berbuka puasa bersamaah muslimat disitu. Ia telah dipolitikkan oleh UMNO-BN sebagai mencemari tempat suci Islam.

,

Bukan Islam, Masjid, & Mainan Politik - Dr Asri

Saya petik:
Saya amat bimbang apabila isu-isu agama dipolitikkan. Islam cuba ditafsirkan menurut kepentingan politik masing-masing. Hukum-hakam syarak menjadi mangsa. Permainan politik sanggup menggadaikan segalanya. Amat berbeza antara penilaian berteraskan politik kepartian dengan penilaian yang berasaskan metodologi ilmu dalam Islam.


Politik kepartian sering menilai isu atau sesuatu berasaskan kepentingan (political interest), persepsi dan prejudis. Sementara ilmu Islam yang sahih menilai sesuatu berdasarkan dalil dan fakta. Kebenaran dalam Islam itu buta warna parti atau kumpulan. Kebenaran itu kebenaran, tanpa mengira dari mana dan kepada siapa ia berpihak. Firman Allah: (maksudnya):
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Maidah, ayat 8).

Orang politik datang dan pergi. Parti politik juga demikian. Namun, Islam kekal abadi. Ia menjadi cahaya yang menyinari kehidupan manusia. Orang politik boleh musnah, parti juga boleh hancur. Manusia tidak semestinya bergantung kepada seseorang tokoh atau sesebuah parti. Namun, manusia sentiasa perlukan hidayah Islam yang membimbing ke jalan yang benar. Islam mesti kekal bersih, membimbing semua manusia. Malanglah jika orang politik sanggup mempertaruhkan Islam untuk survival mereka!

Tambah Keliru
Bukan muslim bertambah keliru dengan hukam-hakam berkaitan mereka yang dikeluarkan kebelakangan ini. Fatwa-fatwa ‘ala-Taliban’ yang menggambarkan sikap keras Islam terhadap pihak lain dicadang dan didendangkan oleh sesetengah media. ‘Juru-juru fatwa’ yang boleh ditekan suisnya oleh pihak politik bersedia menunggu. Islam dikaburkan oleh permainan yang seperti ini. Dalam Islam, hubungan dengan bukan muslim bermula dengan terang dahulu, setelah diperjelaskan dan masih ada permusuhan barulah tindakan ‘peperangan’ boleh diambil jika ada keperluan. Ini dalam masyarakat kita ‘perang dahulu’ tanpa sebarang penerangan awal yang jelas.

Saya telah ulas dalam banyak media tentang isu doa kebaikan kepada bukan muslim. Kini timbul pula isu bukan muslim masuk masjid. Ya, isu ini bermula dengan orang politik. Namun janganlah dalam keghairahan hendak menghentam musuh politik, fakta Islam pula yang dimangsakan. Jika kita enggan menerima mereka masuk, itu persoalan lain. Tetapi menggambarkan kepada mereka bahawa Islam melarang mereka sama sekali memasuki masjid, itu boleh menimbulkan salah faham. Islam ala melayu atau Islam yang ada dalam sejarahnya yang gemilang? Rasulullah menerima perwakilan dalam masjid, bagaimana tiba-tiba hari ini masjid diharamkan untuk mereka?!

Masuk Masjid
Ya, para fuqaha (ahli fekah) berbeza pendapat tentang hukum bukan muslim masuk ke dalam masjid. Namun, majoriti fuqaha termasuk dalam Mazhab al-Syafi’i berpendapat bahawa bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika ada keperluan untuk itu. Pendapat ini disokong oleh beberapa dalil yang kuat. Di samping, ia juga membantu memahamkan masyarakat bukan Islam mengenai Islam. Dalam negara yang berbilang agama seperti negara kita, pandangan ini bukan sahaja kuat dari segi dalilnya, ia juga memberikan kebaikan kepada dakwah Islam itu sendiri.

Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa:
Nabi s.a.w telah menghantar pasukan (skuad) tentera berkuda dan menawan Thumamah bin Uthal yang merupakan kepimpinan Bani Hanifah dari Yamamah. Beliau dibawa ke Madinah dan diikat di tiang masjid Nabi s.a.w. Apabila Nabi s.a.w datang ke masjid dan melihatnya, baginda bertanya: “Apa yang ada engkau dapati wahai Thumamah?”

Jawabnya: “Bersamaku kebaikan, wahai Muhammad! Jika engkau membunuhku, engkau membunuh orang yang punyai darah (berhak dibunuh atau mungkin beliau meminta simpati), jika engkau memberi kurnia, engkau memberikan kurnia kepada orang yang berterima kasih. Jika engkau mahu harta, engkau boleh minta seberapa banyak yang engkau mahu”.

Lalu Nabi s.a.w meninggalkannya. Keesokannya Nabi s.a.w bertanya lagi: “Apa yang engkau dapati Wahai Thumamah?”.

Jawabnya: “Seperti yang aku katakan, jika engkau memberi kurnia, engkau memberi kurnia kepada orang yang berterima kasih”.

Nabi meninggalkannya. Keesokannya lagi Nabi s.a.w bertanya lagi: “Apa yang engkau dapati wahai Thumamah?”.

Jawabnya: “Seperti yang aku katakan kepadamu”.

Lalu Nabi s.a.w memerintahkan: “Bebaskan Thumamah”.

Lalu Thumamah pun keluar pergi ke mata air berdekatan masjid, beliau mandi, kemudian masuk semula ke masjid dan mengucapkan: “Aku bersaksi bahawa tiada ilah (yang diabdikan diri) melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah”.

Beliau juga berkata: “Wahai Muhammad! Demi Allah, duhulu tiada atas muka bumi yang lebih aku benci daripada engkau, sekarang berubah engkau telah menjadi orang yang paling aku sayangi. Demi Allah, dahulu tiada agama yang lebih aku benci dari agamamu, sekarang berubah agamamu menjadi agama yang paling aku sayangi. Demi Allah, tiada dahulu negara yang lebih aku benci dari negaramu, sekarang berubah negaramu menjadi negara yang paling aku sayangi..”.

Hadis di atas menunjukkan bagaimana Thumamah bin Uthal seorang tawanan perang yang menentang kerajaan Nabi s.a.w dibawa masuk ke dalam masjid. Antara tujuannya, agar dia dapat melihat kehebatan ibadah dalam Islam. Sekalipun dia musuh dan tawanan perang, Nabi s.a.w menggunakan pendekatan yang menarik jiwanya sehingga dia akhirnya menganut Islam. Ini dengan cara menempatkannya dalam masjid dan baginda bertanya soalan selama tiga hari lalu memaafkannya. Kesan berada di masjid dan kemaafan Nabi s.a.w, akhirnya kepimpinan musuh tersebut menganut Islam. Hadis ini menjadi bukti bahawa orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid. Inilah pegangan kebanyakan ulama termasuk dalam Mazhab al-Syafi’i. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H):
“Hadis ini menunjukkan harus membawa orang kafir masuk ke dalam masjid. Mazhab Syafi’i mengharuskannya dengan izin muslim. Ini merangkumi kafir ahli kitab atau selain mereka”. (al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim, 12/435, Beirut: Dar al-Khair).

Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi mengeluarkan hukum tentang bukan muslim masuk ke masjid seperti berikut:
“Pendapat yang tepat bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid untuk sesuatu kemaslahatan syariah atau sesuatu keperluan tertentu seperti mendengar sesuatu yang membawa masuk ke dalam Islam, atau keperluannya untuk minum air yang berada dalam masjid atau selainnya. Ini kerana Nabi s.a.w mengikat Thumamah bin Uthal al-Hanafi dalam masjid sebelum dia menganut Islam, baginda juga menempatkan perwakilan Thaqif dan perwakilan Kristian Najran di masjid sebelum mereka menganut Islam. Ini kerana ada banyak faedah mereka memasuki masjid, antaranya; mendengar ucapan dan nasihat Nabi s.a.w, melihat orang bersolat dan membaca al-Quran dan berbagai faedah besar yang lain bagi sesiapa yang melazimi masjid”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah 6/276. Riyadh: Idarah al-Buhuth)

Luaskan Fungsi Masjid
Kita sepatutnya meluaskan fungsi masjid agar dapat menjadi ‘centre for Islamic Information’ yang mesra pelanggan. Masjid sepatutnya berfungsi menyampaikan Islam kepada setiap pihak; muslim dan bukan muslim. Di negara seperti Malaysia yang berbilang agama dan budaya, kaum muslimin perlulah aktif dan intraktif dalam menyampaikan mesej Islam. Jika masjid dijadikan zon larangan bagi orang bukan muslim sehingga tidak dapat mendekatinya, bilakah Islam akan dapat difahami oleh mereka. Sudahlah dalam negara ini banyak fatwa ala-taliban yang cuba menggambarkan seakan tiada rahmah antara muslim dan non-muslim, ditambah lagi dengan ditutup ruang untuk mereka mendengar ajaran Islam. Masjid digambarkan musuh mereka dan mereka dilarang menghampirinya. Sementara dalam masa yang sama ada pihak bukan Islam yang menjemput muslim dengan hormat ke tempat ibadah mereka serta menghulurkan berbagai bantuan. Akhirnya, kita terus bermusuhan tanpa mencari titik dakwah, atau sekurang-kurang noktah yang mengurangkan sangkaan salah terhadap agama hidayah ini. Ke manakah hala tuju Islam yang hendak kita bawa dalam negara ini?!

Sumber di sini.

Kelantan SAMAN Petronas

Saya petik;
[MK] Kerajaan negeri Kelantan, dengan ketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, telah memfailkan saman terhadap syarikat minyak negara, Petronas, untuk menuntut royalti minyak yang tidak dibayar sejak 2004.

Saman terhadap Petronas itu meliputi dakwaan melanggar perjanjian kontrak dan juga turut membabitkan isu perlembagaan...berita penuh menyusul

[TMI] KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Kerajaan negeri Kelantan memfailkan saman terhadap syarikat petroleum nasional Petronas mendakwa tidak membuat pembayaran tunai terhadap hasil minyak diperoleh dari luar pesisir pantai Kelantan.

Menurut kerajaan negeri Kelantan, tindakan Petronas itu bukan sahaja melanggar undang-undang sedia ada, tetapi juga mendakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kes difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekitar pukul 9.25 pagi tadi.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri memfailkan writ saman di Bahagian Pendaftaran Dagang, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Kemudian beliau dan barisan Exco Kerajaan Negeri menuju ke Masjid Wilayah Persekutuan untuk menunaikan solat hajat.

Kerajaan Kelantan mengambil keputusan muktamad pada 25 Ogos lalu untuk mengemukakan saman terhadap Petronas pada hari ini berhubung tuntutan royalti minyak yang diperoleh dari perairan negeri itu.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan negeri akan mengemukakan writ saman itu di Mahkamah Tinggi Jalan Duta.

Husam berkata, dalam kes saman itu kerajaan negeri tidak menetapkan jumlah tuntutan yang dibuat dan terserah kepada mahkamah yang akan menentukannya.

Writ saman itu dikemukakan atas nama Petronas dan bukannya kerajaan Malaysia.

,

Dua Beradik Mangsa Rogol Abang Kandung Diletakkan Bawah Jagaan JKM

Laporan awal tentang kes ini boleh dibaca di sini.

Saya petik:
[UM] PASIR PUTEH 29 Ogos - Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan dua remaja berumur 14 dan 16 tahun diasingkan daripada jagaan kedua-dua orang tua mereka berkuat kuasa serta-merta.

Majistret Nurul Fitriza Abd. Latif memutuskan, remaja terbabit diletakkan di bawah jagaan ibu saudara mereka untuk sementara waktu dan dipantau oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Nurul Fitriza membuat keputusan berkenaan selepas kedua-dua beradik itu mendakwa mereka telah dirogol oleh abang kandung mereka.

Permohonan perintah berkenaan telah dikemukakan oleh Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Yahya Salleh.

Turut hadir bapa mangsa yang berusia 43 tahun; ibu mangsa berumur 41 tahun dan adik bongsu mangsa (lima tahun); saudara-mara mereka serta beberapa pegawai JKM.

"Mereka akan ditempatkan bersama ibu saudara mereka dan dipantau oleh JKM untuk tempoh sementara waktu sehingga siasatan selesai.

"Tiga lagi adik mereka dijaga oleh kedua-dua ibu bapa mereka namun dengan pemantauan dan pengawasan JKM," katanya ketika ditemui.

Yahya berkata, perintah yang sama tidak dikeluarkan terhadap tiga lagi adik kedua-dua remaja tersebut yang berumur 12, 10 dan lima tahun memandangkan nama mereka tidak dimasukkan dalam laporan polis.

Jelas beliau, laporan polis sebenarnya telah dibuat oleh keluarga mangsa pada 17 Ogos lalu selepas mangsa mengadu dirogol.

Ekoran laporan tersebut, suspek yang berumur 18 tahun telah ditahan pada hari yang sama dan direman selama seminggu.

Bagaimanapun, remaja itu telah diserahkan kepada pihak polis Kota Bharu kerana mempunyai kes lain.
"Berita disiarkan akhbar tidak sama dengan apa yang dilaporkan kepada polis. Daripada apa yang kami terima, hanya dua beradik ini saja mendakwa dirogol," ujar Yahya.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan kisah tiga beradik berumur lima, 14 dan 16 tahun yang terpaksa melarikan diri dari rumah mereka sejauh hampir 20 kilometer sebelum ditemui seorang kariah di Masjid Kedai Lalat dalam keadaan kepenatan dan kelaparan.

Ketika ditanya sebab mereka bertindak demikian, salah seorang mangsa mendakwa mereka nekad melakukannya kerana sudah tidak tahan dirogol oleh abang mereka.

,

Ahad, 29 Ogos 2010

Celah Mana Patriotiknya Pemuda Ini?

Blog ini ada mengulas fasal pemuda ini dahulu. Satu fasal penghinaannya terhadap lagu Negaraku, dan satu lagi fasal makiannya kepada TNB. Hari ini dia "memaki" pula guru besar rasis yang tengah hangat dibicarakan di blog mahupun di media konvensional. Saya tidak mahu komen fasal itu.

Hari ini PM dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menyarankan agar budak ini disiasat kerana menerbitkan video yang mengutuk pengetua rasis kontroversi itu. Hal ini pun saya tidak mahu komen. Utusan Malaysia pun ada menyiarkan fasal Namewee hari ini. Artikel itu boleh anda baca di sini.

Saya mengunjungi blog pemuda ini tadi. Artikel terbaharu di blognya menyiarkan fasal pendiriannya tentang perkauman, mengutarakan cabaran debat terhadap Ketua Puteri UMCO, penerimaannya terhadap konsep 1Malaysia, dan ucapan kemerdekaannya kepada negara. Gambar di atas turut disertakan bersama-sama dengan artikel tersebut. Wah, patriotiknya, Namewee!

Namun, sayang seribu kali sayang, di balik kata-kata sayang akan negara, patriotisme, 1Malaysia, pemuda ini hanya menggunakan bahasa Cina dan bahasa Inggeris sebagai medium di blognya. 100%. Jika tidak kerana gambar di sebelah ini, sudah tentu pembaca tidak mengetahui asal usulnya. Jika patriotik, mengapa tidak menggunakan bahasa kebangsaan?

Saya menggelintar internet, rupa-rupanya Mazidul juga ada menulis fasal budak ini. Kata Mazidul:
Entahlah, pengalaman sewaktu saya menemubual Namewee secara live sebelum ini menunjukkan dia tidak fasih berbahasa Malaysia justeru memohon saya menemubualnya menggunakan bahasa Inggeris. Malangnya, bahasa Inggerisnya juga tidak sehebat tulisan di dalam blog anak kelahiran Muar, Johor itu.

Saya lihat dia juga gabrah sebelum sesi interbiu bermula.

"Awak rakyat Malaysia, tak boleh berbahasa kebangsaan?," soalannya saya kepadanya.

Hairan, di dalam blognya dia mendakwa patriotik.
Rupa-rupanya, pemuda ini tidak fasih berbahasa kebangsaan. Saya setuju dengan tulisan Mazidul. Sebelum ini, saya ada menulis secara ringkas dan mengulas tulisan Datuk Ahmad Rejal Arbee fasal ketidakfasihan orang bukan Melayu bertutur menggunakan bahasa kebangsaan. Dalam tulisan itu saya tanya: Layakkah anda bergelar warganegara jika tidak fasih berbahasa Malaysia? Jika pemuda ini tidak fasih bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan, celah mana patriotiknya pemuda ini? Adakah kerana dia dilahirkan di Muar Johor?

Alahai! Bagi rakyat Malaysia yang gagal menguasai  (fasih- fahami maksud "fasih") bahasa kebangsaan, saya tanya sekali lagi: Layakkah anda bergelar warganegara, apatah lagi sebahagian warga asing yang bekerja di negara ini mampu menguasai bahasa kebangsaan selepas beberapa tahun bekerja di negara ini?!

,

"Saya Bukan Dayus"- Jailani

Alang-alang pernah menyiarkan cerita ini, saya siarkan juga kisah daripada pihak Jailani & Roslin. Saya petik:
Terkilan isteri dituduh 'orang ketiga' kes perceraian Roslin

[BH] KUALA LUMPUR: Gara-gara perceraian Roslin Hashim, 35, dan Nurhayati Othman, 38, nama dan reputasi bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek, turut terjejas apabila beliau dituduh sebagai lelaki dayus kerana wujud dakwaan isterinya, Raja Azmi Raja Sulaiman adalah ‘orang ketiga’ dalam kontroversi itu.

“Nurhayati tak boleh hina saya. Dia dah malu, suaminya tidak bersama Raja Azmi di dalam bilik hotel, lalu dia membuat pelbagai dakwaan. Apabila cerita ini tersebar, mereka akan membuat pelbagai spekulasi termasuk menuduh saya suami dayus. Allah maha mengetahui. Saya bukan dayus. Tetapi kalau orang nak terus melabel saya dayus, terpulanglah. Sebagai lelaki, saya masih waras dan tahu tanggung jawab sebagai suami.

“Nurhayati tak boleh hina saya. Dia dah malu, suaminya tidak bersama Raja Azmi di dalam bilik hotel, lalu dia membuat pelbagai dakwaan. Apabila cerita ini tersebar, mereka akan membuat pelbagai spekulasi termasuk menuduh saya suami dayus. Allah maha mengetahui. Saya bukan dayus. Tetapi kalau orang nak terus melabel saya dayus, terpulanglah. Sebagai lelaki, saya masih waras dan tahu tanggung jawab sebagai suami.

“Alhamdulillah, walau apapun dakwaan yang dilemparkan, hubungan kami sebagai suami isteri masih seperti dulu, saling sayang menyayangi, percaya mempercayai dan tidak pernah wujud sebarang perasaan syak wasangka,” katanya ketika diminta mengimbau kembali kejadian pada 7 Ogos lalu yang berakhir dengan perceraian ‘anak didik’nya itu.

Jalani yang ditemui ketika menemani Raja Azmi untuk mendapat rawatan kerana serangan migran di Ampang Puteri juga berkata, “Saya sedih apabila mereka bercerai, isteri saya dijadikan penyebab, dituduh pula sebagai orang ketiga.

“Bagi saya tuduhan seperti ini tidak seharusnya dilemparkan kepada Raja Azmi kerana Nurhayati tahu bagaimana akrabnya hubungan kami sekeluarga bersama Roslin sebelum mereka berkahwin lagi,” jelasnya lagi yang turut ditemani Roslin.

“Sebenarnya saya yang minta Roslin menemani Raja Azmi ke Hotel Corus. Sebaik selesai majlis pelancaran Kelab Kuda di Kem Isi Rimba, Kemensah, mereka terus menuju ke hotel berkenaan. Isteri saya membuat pendaftaran masuk di atas namanya sendiri. Saya juga meminta Roslin memastikan Raja Azmi mendaftar masuk dulu sementara menunggu kedatangan saya ke hotel itu.

“Saya meminta Raja Azmi membuat tempahan suite di hotel itu kerana seorang kenalan saya dari Johor akan sampai di Kuala Lumpur pada petang atau malam 7 Ogos itu apabila dia akan menetap di hotel sama. Saya, Raja Azmi dan Roslin akan bertemu dengannya di hotel berkenaan atas urusan peribadi.

“Apabila Nurhayati mendakwa Raja Azmi berdua-duaan di dalam bilik bersama Roslin, saya terperanjat kerana memang hanya isteri saya seorang diri di dalam bilik ketika itu, manakala Roslin berada di persekitaran hotel sementara menunggu kedatangan saya.

“Saya sedih dengan apa yang berlaku, sekiranya Nurhayati mempercayai Roslin, dia tidak akan bertindak begitu. Tambahan pula dia mengenali Raja Azmi yang bertanggung jawab memperkenalkannya kepada Roslin,” kata Jalani.- Zubir mohd Yunus

Berkaitan:
* Cerai bukan sebab Raja Azmi

,

Gambar Lim Guan Eng yang Menakutkan UMCO Sempena Ramadan Tahun Ini

KM Lim Guan Eng di majlis berbuka puasa di Masjid Tmn Tun Sardon, Gelugor, Penang, bersama YB Rayer,Ustz. Shobri Arshad,Tn Hj Ali.

Ketua Menteri bersama rakyat di halaman surau di Permatang Tok Jaya dan markas di Penaga dalam program "Bantuan fakir miskin dan majlis berbuka puasa".

Majlis berbuka puasa dan penyampaian hamper Raya kepada penduduk di halaman Surau Kampong Jawa, Butterworth.


Ketua Menteri bersama MP Yusmadi, Datuk Speaker, pegawai penyelaras Halil dan lain-lain pegawai di masjid di Permatang Pasir. KM Lim sempat mengedarkan hamper Hari Raya untuk keluarga fakir miskin.


Majlis buka puasa bersama Ketua Menteri Pulau Pinang di Halaman Masjid Kampung Bahru, Jalan Air Itam.


PR

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH