Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Tambahkan"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Sertai"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Like"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Follow"]

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Archives

,

Sabtu, 31 Julai 2010

Anak TIDAK SAH Taraf di Terengganu Meningkat - Majoriti Muslim


Apa hendak jadi? Terengganu Darul "Runtuh" kini berhadapan dengan masalah seks bebas yang melampau.  Saya petik:

[Bernama] KUALA TERENGGANU, 31 Julai – Kes kelahiran anak luar nikah di Terengganu amat membimbangkan, dengan jumlahnya meningkat dari setahun ke setahun.

Berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2005 hingga Jun 2010, jumlah keseluruhan anak luar nikah di Terengganu ialah 2,314 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri Yahya Khatib Mohamad berkata daripada jumlah itu, seramai 230 anak tidak sah taraf dicatat pada tahun 2005 dan jumlah itu meningkat kepada 251 pada 2006, 325 (2007), 549 (2008), 611 (2009) dan 321 dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

“Hampir keseluruhan kes anak luar nikah di  Terengganu itu membabitkan wanita beragama Islam dan berumur 15 tahun ke atas,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Jendela IKS di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri sedang mengambil langkah-langkah tertentu bagi mengatasi masalah kelahiran anak luar nikah di negeri ini, termasuk menganjurkan kempen ke masjid dan program kesedaran bakti remaja.

Yahya berkata kerajaan negeri juga telah mengadakan program “ingat sebelum kena” yang ditumpukan di 130 sekolah untuk memberi kefahaman dan kesedaran di kalangan pelajar tentang masalah sosial. 

Berkaitan:
* 17 303 anak luar nikah didaftar 2009


Mengapalah mereka begitu BODOH & BANGANG?


Ada remaja perempuan menyerahkan "dara" kerana cinta...
Ada remaja perempuan menyerahkan duit kerana cinta...
Ada remaja perempuan sanggup "digang bang" rakan teman lelaki kerana cinta...
Ada remaja perempuan menjadi pelacur kerana cinta...
Ada remaja perempuan sanggup mnejadi hadiah mat rempit kerana cinta...
Ada remaja perempuan sanggup menerima sepak terajang kerana cinta...
Ada remaja perempuan sanggup berhadapan dengan risiko menggugurkan anak secara haram kerana cinta...
Ada remaja perempuan sanggup menderhaka kepada ibu bapa kerana cinta...
Ada remaja perempuan sanggup melakukan jenayah kerana cinta...
Ada remaja perempuan sanggup menagih dadah kerana cinta...

Mengapalah mereka begitu BODOH & BANGANG?
Adakah kerana CINTA ITU BUTA?
Sehingga menjadikan mereka hilang pertimbangan dan segala-galanya!

FELDA Tidak Perlu Bayar Cukai

Saya petik:

[SK] SHAH ALAM 31 Julai - Pakar Perlembagaan, Dr Samarudin Rejab menganggap tindakan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membayar cukai sebanyak RM1.303 bilion sebagai tidak munasabah kerana Felda adalah agensi milik kerajaan dan tidak perlu membayar cukai pendapatan.

Justeru itu beliau mempersoalkan kesahihan pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan pada 26 Julai lalu yang tidak menjelaskan kepada rakyat kedudukan sebenar isu tersebut.

Menurut Ahmad, pembayaran cukai pendapatan oleh Felda adalah untuk tempoh empat tahun iaitu sebanyak RM314.96 juta untuk, RM205.99 juta bagi 2005, RM151.94 juta bagi 2006 dan pada tahun 2007 sebanyak RM186.55 juta.

"Takkanlah sebuah badan yang sudahpun menjadi sebahagian daripada struktur kerajaan membayar cukai kembali kepada kerajaan? Saya rasakan itu tidak munasabah langsung," kata beliau dalam satu temubual dengan Suara Keadilan.

Tambah beliau, Felda merupakan satu badan kerajaan dan bukannya syarikat swasta ataupun syarikat berhad bagi memerlukannya diiktiraf sebagai entiti  membayar cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Sehubungan itu Dr Samarudin mempertahankan artikel Suara Kesdilan bertjuk 'Felda Bankrap" yang menjadi begitu kontroversi sehingga menggamit tindakan gantirugi sebanyak RM200 juta daripada agensi tersebut.

"Yang menjadi pertikaian dan topik perbahasan ialah Felda itu sendiri, bukan anak syarikat Felda yang telahpun dikorporatkan seperti Felda Global Ventures Holdings dan sebagainya.

"Dalam kes ini syarikat berkait kerajaan seperti anak syarikat Felda yang berjumlah kira-kira 40 buah perlu membayar cukai pendapatan tetapi Felda yang merupakan satu agensi yang berada terus di bawah kerajaan tidak diperlukan untuk membayar cukai.

"Cukai tersebut mungkin daripada anak syarikat yang begitu banyak, maka tidak hairanlah jika dijumlahkan boleh mencapai jumlah mencecah ribuan juta ringgit," tegas beliau lagi. -Frederick Luccas

,

Budak 2 Tahun Maut Dibaham 5 Ekor Anjing

Saya petik:

[HM] CONCORD (California): Seorang budak berusia dua tahun menemui ajal selepas diserang lima anjing Pit Bull Terrier Amerika, semalam.
Kejadian ngeri itu berlaku apabila Jacob Bisbee menyelinap keluar dari rumah keluarganya dan membuka pintu garaj menyebabkan tiga anjing kacukan Britain itu menerpa keluar.
Anjing itu dipelihara datuk tirinya, Steven Hayashi.

Sebaik pintu garaj dibuka, anjing berkenaan menerkam Bisbee sebelum dua anjing jenis sama - juga milik Hayashi - yang ada di kawasan berhampiran turut menyerang budak itu.

Akibat serangan itu, Bisbee mengalami kecederaan parah dan disahkan mati di hospital berhampiran.

Semua lima anjing berkenaan juga dibunuh,.

Hayashi, 52, ditahan polis dan didakwa atas tuduhan membahayakan kanak-kanak serta memiliki haiwan yang menyebabkan kematian.

Ketika ini Hayashi dibebaskan dengan ikat jamin RM400,800.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.45 pagi ketika Bisbee ditemani neneknya, bapa saudara berusia 19 tahun, adiknya yang berusia empat tahun, dan sepupu berusia 13 tahun.

Namun, Hayashi tiada di rumah ketika itu.

Katanya, Hayashi memang memaklumkan kepada polis mengenai pemilikan anjing berkenaan.

“Polis belum mengetahui mengapa anjing berkenaan bertindak ganas,” katanya.

Menurut sumber itu, anjing berkenaan dijadikan haiwan peliharaan keluarga terbabit. - Agensi

,

Makhluk Aneh di Britain

Saya petik:

Seorang wanita Britain, Gill Pearce telah berjaya merakamkan gambar yang menunjukkan imej seekor makhluk misteri mirip dinosaur yang berleher panjang, pada Selasa lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa penduduk tempatan turut melihat makhluk itu yang pada mulanya disangka sebagai seekor penyu gergasi sedang mengejar sekumpulan ikan di Teluk Saltern Cove, di Goodrington dekat Paignton, Devon, England.

Gambar itu kemudian dikaji oleh pasukan pakar hidupan air dan dihebahkan ke seluruh dunia menerusi laman web mereka.

"Dia (Pearce) mengesan makhluk itu kira-kira pukul 3.30 petang waktu tempatan pada 27 Julai lalu dan sempat mengambil kamera untuk merakamkannya semasa ia muncul di permukaan air," kata seorang anggota MCS, Clare Fischer. - Agensi

,

Jumaat, 30 Julai 2010

Kajian: Seks Tingkatkan Pertumbuhan Otak

Perhatikan teks yang saya hitamkan. Saya petik:
Sex apparently can help the brain grow, according to new findings in rats.

Sexually active rodents also seemed less anxious than virgins, Princeton scientists discovered.

Past findings had shown that stressful, unpleasant events could stifle brain cell growth in adults. To see if pleasant albeit stressful experiences could have the opposite effect, researchers studied the effects of sex in rats.

Scientists played matchmaker by giving adult male rats access to sexually receptive females either once daily for two weeks or just once in two weeks.

They also measured blood levels of stress hormones known as glucocorticoids, which researchers suspected might lie behind the detrimental effects that unpleasant experiences have on the brain.

When compared with male virgins, both groups of sexually active rats had cell proliferation, or an increase in the number of neurons, in the hippocampus, a part of the brain linked with memory whose cells are especially sensitive to unpleasant experiences.

The rats that had more sex also had adult brain cells grow, as well as a rise in the number of connections between brain cells.

However, the rodents that only saw females once in two weeks had elevated levels of stress hormones, while the rats that had regular access showed no increase in the hormones.

Sexually experienced rodents also proved less anxious than virgins, in that they were quicker to chomp down on food in unfamiliar environs.

These findings suggest that while stress hormones can be detrimental to the brain, these effects can be overridden if whatever experiences triggered them were pleasant.

The scientists detailed their findings online July 14 in the journal PLoS ONE. - Livescience.com

Mengapa Zul Nordin Tidak Mahu Parti yang Gadai Wilayah Malaysia, Bersekongkol dengan Yahudi....Diharamkan?

MP Katak seperti yang dilaporkan dalam berita di bawah ini mahu DAP diharamkan. Ironinya, MP ini seolah-olah bisu apabila timbul isu judi yang cuba dihalalkan oleh parti/kerajaan yang disokongnya, begitu juga apabila kerajaan yang disokongnya itu bersekongkol dengan syarikat Yahudi, APCO. Bagaimana pula dengan pihak yang menggadaikan tanah Malaysia di Singapura atau telaga minyak kepada Brunei? Tiada pula kedengaran responnya apabila Felda dikatakan hampir bankrap. Tidak juga kedengaran suaranya apabila parti yang disokongnya menghapuskan kouta Melayu yang membabitkan pegangan saham dan pelbagai hal lain yang membabitkan ekuiti Bumiputera. Apa lagi? Banyak sangat jika hendak disenaraikan!

Jika dia mahu mencadangkan ROS membatalkan pendaftaran DAP, mengapa dia tidak mencadangkan kepada ROS agar membatalkan parti yang menggadaikan maruah negara, lalai sehingga negara kehilangan wilayah dan jajahan, parti yang menderhaka kepada raja, parti yang didukung oleh umat Islam yang menghina hukum agama dan sunnah nabi? Namun, dia memilih untuk bersekongkol dengan parti yang berbuat demikian!

Panjang sangat kalau mahu menulis fasal hal ini. Ringkasnya, penduduk Kulim dan seantero Malaysia, sila tolak MP Katak ini dalam PRU ke-13 nanti!

Saya petik:
[MK] Ahli parlimen Kulim-Bandar Bharu berkata Pendaftar Pertubuhan perlu membatalkan pendaftaran DAP kerana didakwa "cauvinis, rasis, ala-komunis, anti-Melayu dan anti-Islam" dalam isu diskaun bumiputera bagi pemilikan hartanah tertentu Selangor.

NONEZulkifli Noordin (kanan) berkata isu pemilikan hartanah komersial dan mewah - seperti disaran ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua - bukan isu diskaun semata-mata tetapi berkait dengan perlembagaan dan keharmonian kaum.

"Hari demi hari mereka mengasak umat Islam dan orang Melayu dengan pelbagai isu," kata wakil rakyat bebas itu yang dipecat daripada PKR sebelum ini.

Tony yang juga penasihat ekonomi kepada setiausaha agung DAP mendakwa penghapusan pemberian diskaun itu mampu memberi kesan ekonomi lebih baik kepada Selangor dari segi persaingan termasuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu.

Bagaimanapun, beliau sebelum dilaporkan berkata, cadangan tersebut hanya melibatkan nilai hartanah melebihi RM500,000 ke atas.

Menulis dalam blognya semalam, Zulkifli berkata, sekiranya tidak dibendung segera, "sikap melampau kepimpinan DAP" akan menjadi barah kepada kestabilan dan keharmonian agama dan kaum.

"Atas alasan itu, saya percaya sudah tiba masanya kita bertindak tegas terhadap kepimpinan DAP ini. Saya mencadangkan supaya Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan untuk membatalkan pendaftaran parti DAP ini.

"Ianya hendaklah diisytiharkan sebuah pertubuhan haram yang membahayakan rakyat dan negara ini," katanya.

"Meminjam (gaya) kata-kata presiden (Iran) Ahmadinejad, kepimpinan DAP ini wajib dihapuskan daripada peta politik negara ini!"

, , ,

Penyatuan UMNO-PAS: Kickdefella Gesa NGO Hantar 50 Buah Bas Rayu Nik Aziz

Aduhai, terdesak sungguh! Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 30 Julai — Sebuah pertubuhan bukan kerajan (NGO) mengadakan forum penyatuan Melayu malam tadi dengan salah seorang panel penceramah meminta agar rombongan rakyat biasa dihantar merayu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima idea kerjasama perpaduan orang Melayu Islam.

“Saya mencadangkan pelan tindakan rakyat, usaha membabitkan rakyat jelata dengan menghantar 50 buah bas ke Pulau Melaka, bertemu dengan Datuk Nik Aziz, bertemu dengan beliau di masjid, merayu kepada beliau supaya terima idea kerjasama penyatuan orang Melayu,” kata blogger Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz kepada The Malaysian Insider.

Kediaman bukan rasmi Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan terletak di Pulau Melaka, kira-kira 10 minit perjalanan dari Kota Baru.

Menurut Syed Azidi, pelan tindakan itu hanya melibatkan pembabitan rakyat biasa atas alasan rakyat jelata sahaja yang boleh menggerakkan usaha sedemikan.

“Rakyat tidak boleh lagi mengharapkan ahli-ahli politik akan membawa perubahan dalam soal ini, sebaliknya rakyat perlu membawa perubahan dengan menentukan masa depan mereka (ahli-ahli politik),” katanya.
Bagaimanapun beliau tidak dapat menyatakan dengan tepat bila rombongan itu, dijangka membabitkan kira-kira 2,000 orang, akan dihantar ke Kelantan.

Kira-kira 100 orang menghadiri sesi bicara “Melayu Berpecah: Apa Tindakan Kita?” yang diadakan secara tertutup di Ampang dengan 10 orang berucap.

Pihak penganjur tidak membenarkan nama NGO menjadi nadi kepada usaha mereka itu didedahkan. Antara yang hadir ialah budayawan, ahli-ahli akademik dan pengamal media.

Syed Azidi berkata, beliau juga ada mencadangkan agar setiap orang yang menghadiri sesi malam tadi mengadakan pertemuan dengan rangkaian 10 orang mulai hari ini bagi menyebarkan idea dan matlamat yang dibincangkan.

“Jika 100 orang yang hadir malam tadi menyebarkan idea ini kepada 10 orang bermakna kita sudah ada 1,000 orang dan kemudian 10,000 sehingga kita mencapai sasaran akhir.

“Kami mahu pendekatan ini digunakan selepas mendapati tidak lagi boleh meletakkan harapan pada ahli-ahli politik dalam usaha menyatukan orang Melayu,” kata beliau dipercayai merujuk kepada idea ini yang berulang kali dibangkitkan selepas prestasi pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

Setakat ini Umno berulang kali membangkitkan idea kerjasama perpaduan dan kerjasama politik dengan PAS tetapi PAS bertegas akan kekal bersama Pakatan Rakyat.

Dua tindakan lain disyorkan Syed Azidi, yang sehingga akhir tahun lalu berkhidmat dengan agensi kerajaan negeri Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), ialah menghantar memorandum minta campur tangan raja-raja Melayu dan kemuncaknya kepada Yang di-Pertuan Agong kelak.

“Kita hendak dan perlu bergerak dengan rakyat, mengadakan pertemuan-pertemuan kecil mulai sekarang... Umno dan PAS tidak terlibat dalam usaha kami ini,” kata beliau ketika ditanya mengenai pembabitan parti-parti politik.

Ketika ditemui malam tadi, Syed Azidi berkata kegagalan kerjasama Umno-PAS berpunca daripada sikap Nik Aziz yang tidak mahukan perpaduan Melayu tercapai.

Syed Azidi berkata, kegagalan dalam mencapai kerjasama dua parti Melayu itu bukan berpunca daripada Umno tetapi PAS.

“Saya tidak lihat ia berpunca daripada Umno kerana parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan PAS,” katanya.

“Punca utama adalah kerana halangan daripada Nik Aziz, padahal beliau sebenarnya tidak ada kuasa eksekutif untuk membuat keputusan,” katanya.

Syed Azidi mendakwa apabila Nik Aziz bersuara tiada pemimpin lain yang berani membantah keputusan itu.
“Sebenarnya dalam PAS majoriti pemimpinnya mahukan kerjasama dengan Umno tetapi dihalang oleh kumpulan menentang cadangan  itu.

“Malah saya percaya kumpulan ini yang menekan Nik Aziz supaya menolak cadangan kerjasama itu kerana beliau mempunyai pengaruh besar dalam PAS,” kata beliau yang dipecat sebagai pegawai perhubungan awam PMBK tahun lalu.

Agensi itu diketuai oleh menantu Nik Aziz.

Sebelum ini Nik Aziz tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

“Bila dah kalah baru cari kawan... selepas 13 Mei, (Allahyarham) Tun Abdul Razak datang jumpa PAS, kami ingat ikhlas, sebab saya orang yang paling kuat menerima jemputan (daripada Tun Abdul Razak).

“Tetapi bila sudah gemuk (selesa kedudukan), gigit (tangan PAS)... dia orang (akhbar menulis) PAS keluar (BN), tetapi bukan keluar, tetapi ditendang, macam mana punya wartawan tulis macam itu,” katanya di Kuala Terengganu Sabtu lalu.

Selain itu, pemimpin-pemimpin kanan PAS termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tidak mahu bercakap mengenai isu berkenaan dengan ada yang menganggap bab perbincangan parti itu dengan Umno “sudah ditutup.”

Syed Azidi yang seringkali menulis isu-isu berkaitan perkembangan politik Kelantan dan penyatuan Melayu menambah, mengikut keadaan politik semasa, sekarang adalah masa terbaik untuk Umno dan PAS bekerjasama demi penyatuan orang Melayu di negara ini.

“Sekarang adalah masa terbaik untuk kedua-dua parti itu bekerjasama demi mempertahankan hak dan perpaduan orang Melayu yang dilihat berpecah.

“Tidak ada perpaduan yang boleh dicapai dengan masing-masing masih memegang kris kerana perpaduan itu boleh berjaya apabila berjabat tangan dan saling menghormati,” katanya.

Oleh itu kata Syed Azidi, Umno dan PAS perlu meletakkan senjata dan bertenang sebelum berunding.
“Ia mungkin boleh berjaya,” katanya. - G. Manimaran dan Syed Mu’az Syed Putra

Low Taek Jho Nafi Terima Kontrak RM500 Juta untuk Projek Komersil di Lapangan Terbang TUDM Sungai Besi

Katanya:


Sebelum ini timbul dakwaan bahawa jutawan muda ini dikatakan terlibat dalam projek kormesil di bekas tapak Lapangan Terbang TUDM Sungai Besi dan turut dikaitkan dengan PM 1Malaysia dan isteri. Cerita lanjut tentang hal tersebut, sila klik pautan ini.

,

7 Perkara yang Diharamkan oleh Majlis Ulama Indonesia


Saya petik:
VIVAnews - Musyawarah Nasional Majelis Ulama Indonesia menghasilkan tujuh fatwa baru atas sejumlah permasalahan. Fatwa ini disampaikan semalam, Selasa 27 Juli 2010 di Jakarta.

Berikut tujuh fatwa itu:
1. Membolehkan asas pembuktian terbalik dalam kasus hukum tertentu misalnya untuk pembuktian kekayaan seseorang yang diduga diperoleh secara tidak sah;

2. Membolehkan pilot yang sedang bertugas tidak berpuasa di bulan Ramadan. Bagi yang terbang terus-menerus dapat mengganti puasa dengan fidyah, sementara yang temporal bisa mengganti dengan puasa di lain hari;

3. Mengharamkan kawin kontrak atau nikah wisata;

4. Operasi ganti kelamin tanpa ada alasan alamiah dalam diri yang bersangkutan sesuai regulasi Kementerian Kesehatan diharamkan. Pengharaman ini juga berlaku bagi tenaga medis yang melakukan. Namun MUI membolehkan penyempurnaan alat kelamin;

5. Mengharamkan donor sperma dan bank sperma. Namun Bank Air Susu Ibu dibolehkan;

6. Mengharamkan donor organ jika pendonor masih hidup. Pendonor harus sudah meninggal, sukarela dan tidak komersial. Sementara donor organ binatang dibolehkan jika tak ada pilihan lain.

7. Mengharamkan pemberitaan, penyiaran dan penayangan aib orang. Pengecualian hanya demi kepentingan umum seperti untuk penegakan hukum. (hs)

Khamis, 29 Julai 2010

Maklumat Rasmi tentang Low Taek Jho

Saya petik:

Nama sebenar: Low Taek Jho
Umur: 28
Asal: Pulau Pinang
Tinggi: 1.7 m
Berat: 88kg
Bahasa: Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin, Hokkien, Teo Chew dan sedikit Arab
Pendidikan:
> Sek Rendah Union, Pulau Pinang> Chung Ling High School, Pulau Pinang> Harrow (A-Level)> Wharton School of Business, Univ of Pennsylvania, Philadelphia (2000-2005)
Kerjaya:
> Pada usia 20 tahun memulakan sebuah syarikat pelaburan yang dinamakan The Wynton Group dengan nilai pelaburan berjumlah AS$25 juta hasil pelaburan ahli keluarga, rakan-rakan dari negara-negara Arab serta Asia Tenggara. Syarikat pelaburan itu kini bernilai melebihi AS$1 bilion.
> Dilantik sebagai penasihat dan pengarah bukan eksekutif UBG Bhd pada tahun 2008.
> Penasihat kepada beberapa buah syarikat korporat antarabangsa.

KUALA LUMPUR: Jutawan misteri dari Pulau Pinang, yang menempa nama di Hollywood, Jho Low memberitahu, beliau membuat keuntungan satu juta dollarnya yang pertama ketika berusia 20 tahun dan kini syarikat pelaburan miliknya bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.19 bilion).

Bercakap dalam satu temuramah eksklusif bersama akhbar The Star, Jho Low yang buat pertama kalinya mendedahkan identitinya kepada media menceritakan, beliau membuat satu juta dollarnya yang pertama ketika mengambil cuti rehat semester ketika sedang belajar di sekolah perniagaan terkenal Amerika, The Wharton School of Business di University of Pennsylvania.

Kata Low, kejayaannya dalam dunia perniagaan banyak ditentukan oleh situasi di mana beliau berada di tempat yang betul dan pada masa yang betul dan juga kerana dia telah dihantar menuntut di sekolah yang betul iaitu Harrow di United Kingdom dan kemudian Wharton di Amerika.

Di sini katanya, dia telah berkawan dan bertemu dengan anak-anak dari kalangan keluarga diraja Arab yang kaya raya dan keakraban serta kepercayaan yang mereka bina selama bertahun-tahun belajar bersama telah membantunya untuk mendaki kerjaya sebagai seorang usahawan yang berjaya.

Low menekankan betapa kepercayaan adalah kunci utama dalam menentukan kejayaan sesebuah urusan dan juga perniagaan.

Jadi apabila dia mewujudkan syarikat pelaburan yang dinamakan Kumpulan Wynton, rakan-rakan sekolahnya dari kalangan keluarga diraja Arab seramai sembilan orang serta ahli keluarganya sendiri telah sudi melabur sejumlah AS$25 juta (RM79.7 juta).

Kini syarikat tersebut bernilai lebih AS$1 bilion.

Low, 28, adalah anak ketiga dan bongsu usahawan dari Pulau Pinang, Datuk Larry Low yang memiliki sebuah syarikat kejuruteraan MWE.

Sumber: Mstar

,

Skandal PKFZ: Ling Liong Sik Didakwa Kerana MENIPU!

Wayang atau realiti? Adakah tokoh MCA ini akan menjadi "Eric Chia" kedua? Tunggu & lihat! Saya petik:

[MK] Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya berhubung pembabitannya dengan skandal Zon Pelabuhan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ling, 67, juga adalah bekas presiden MCA. Beliau adalah antara ahli politik terkemuka pernah didakwa atas tuduhan rasuah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau tiba di mahkamah sebentar tadi dengan ditemani oleh isterinya, Toh Puan Ena Ling serta dua anak lelakinya dengan memakai baju berwarna unggu muda dengan tali leher berwarna unggu gelap.
Ling didakwa menipu dan dituduh mengikut Seksyen 417 dan 418, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dan denda jika sabit kesalahan.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan ikat jamin diletakkan pada RM1 juta.
Hakim, Suzana Hussin kemudiannya menetapkan 3 September ini sebagai tarikh sebutan kes.
Sebelum ini, desas desus seorang personaliti terkenal dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen itu menyaksikan puluhan wartawan, termasuk agensi berita luar negara bekejar ke mahkamah sejak awal pagi ini.

Kebanyakan mereka berhimpun di lobi dan pintu masuk mahkamah manakala ada pula yang menunggu di kawasan sekitarnya. Pada jam 4 petang tadi, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan tiga timbalan pendakwa raya, termasuk ketua pendakwa Tun Abdul Majid Hamzah, tiba di mahkamah tanpa bercakap kepada wartawan.
Dua yang lain itu adalah Manoj Kurup and Dzulkifli Ahmad.
Sebelum kehadiran mereka di mahkamah, sebuah kereta Proton Perdana hitam dilihat memasuki perkarangan mahkamah dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.Adalah dipercayai dakwaan itu mungkin berkaitan dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang kerugian berbilion ringgit.

,

[Kemas Kini] Pemandu Bas Sekolah CULIK & ROGOL Budak 10 Tahun Depan Penumpang!

Berita ini disiarkan dalam DC malam tadi dan pagi ini disiarkan pula dalam The Star hari ini. Menurut laporan akhbar itu, seorang pemandu bas sekolah didakwa telah merogol budak sekolah berusia 10 tahun di hadapan penumpang yang terdiri daripada budak sekolah.

Gila! Celaka! Lahanat!

Kejadian tersebut berlaku di Jalan Othman, Petaling Jaya kira-kira pukul 12.40 tgh Isnin lalu. Menurut sumber berita, pemandu berusia 51 tahun itu memberhentikan basnya di tepi jalan sebelum mendekati mangsa. DIa kemudiannya membuka pakaian mangsa secara paksa. Budak malang itu kemudiannya dirogol sambil diperhatikan oleh penumpang basnya yang ketakutan.

Perbuatan lahanat pemandu bas itu disedari oleh guru tadika yang terdengar jeritan dari bas tersebut sebelum meminta bantuan orang ramai. Menurut laporan DC, pemandu lahanat itu telah dibelasah oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

Saya akan kemas kini kiriman ini jika ada laporan terperinci daripada akhbar lain.

Kemas Kini:

Laporan versi Harian Metro agak berlainan sedikit daripada laporan yang dilaporkan oleh DC dan TS. Saya petik:

Lima murid sekolah dinodai

PETALING JAYA: Seorang pemandu van sekolah dipercayai merogol lebih lima murid perempuan berusia 10 tahun yang dibawanya di sekitar daerah ini sejak minggu lalu.
Suspek yang berusia 51 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terbabit dalam van sekolah dipandunya.
Difahamkan, suspek tidak segan silu merogol mangsa pada siang hari dan di kawasan sesak dengan orang ramai. Menurut sumber, dalam kejadian terbaru Isnin lalu kira-kira jam 12.40 tengah hari, seorang guru tadika yang melalui kawasan luar sebuah sekolah di Jalan Othman di sini, terkejut apabila melihat seorang murid perempuan yang masih berpakaian seragam dirogol dalam sebuah van.

Difahamkan, guru tadika berkenaan membuka pintu van dan menarik murid itu daripada menjadi mangsa rogol lelaki terbabit. Mangsa berjaya diselamatkan guru itu dengan bantuan dua anggota polis peronda yang melalui kawasan kejadian.

“Lelaki terbabit ditahan manakala mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan,” katanya.

Sumber berkata, mangsa mendedahkan perbuatan pemandu van terbabit yang merogol lebih daripada lima murid sekolah yang dibawanya. “Selepas pemandu terbabit mengambil murid yang menggunakan khidmatnya, dia akan menetapkan sasaran mangsanya dengan menghantar murid berkenaan terakhir sekali sebelum merogolnya.

“Pemandu itu turut mengugut mangsa supaya tidak melaporkan kejadian itu kepada sesiapa,” katanya. Jurucakap polis berkata, pihaknya percaya suspek sudah lama aktif dan mungkin lebih daripada lima murid sekolah menjadi mangsanya. Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan itu dan suspek kini direman empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Kes ini masih dalam siasatan dan kami cuba mengesan mangsa lain,” katanya yang enggan mengulas lanjut. Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Kelana Jaya, Arjunaidi berkata, seorang murid tahun enam dicabul seorang pemandu van berusia 37 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, mangsa dipercayai seorang diri di dalam van sekolah sebelum suspek memegang kemaluan mangsa.

Menurutnya, mangsa yang terkejut dengan perbuatan itu menjerit meminta tolong sebelum keluar dari kenderaan itu dan melarikan diri.

“Setakat ini, kami masih mengesan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.- Suraya Roslan

,

Sultan Brunei Ada 7000 Kereta

Saya petik:

[Kosmo] BANDAR SERI BEGAWAN - Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memiliki koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, lapor GTSpirit.com semalam.

Baginda memiliki 7,000 buah kereta berprestasi tinggi dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion).

Antara kereta mewah milik Sultan Hassanal Bolkiah termasuk sebuah kereta Porsche 959, Porsche Carrera GT, Lamborghini Diablo Jota, Lamborghini Murcielago LP640, Bugatti EB110, dua buah Bugatti Veyron (edisi biasa dan Pur Sang) , Maybach 62, Jaguar XJR-15 dan enam Dauer 962s.

Baginda turut memiliki enam buah kereta Ferrari FX, model asal Bentley Continental R, satu-satunya Porsche Carma di dunia, satu-satunya kereta sport Koenigsegg Agera CC GT, dua kereta konsep Ferrari Mythos yang beroperasi sepenuhnya, dua kereta Sedan Ferrari 456 GT, satu-satunya kereta Mercedes-Benz CLK-GTR pemanduan kanan di dunia, lima kereta lumba McLaren F1 termasuk dua model LM hitam dan tiga kereta Cizeta-Moroder V16T.

Sultan Hassanal juga merupakan pemilik 10 daripada 77 model Aston Martin One-77 yang pernah dikeluarkan, satu-satunya Aston Martin Convertible DB4 GT Zagato, dan satu-satunya kereta Cicero BDB Maestro.

Menurut akhbar Daily Mirror, setakat 30 Jun 2010, beliau memiliki 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benze, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC.

Koleksi penuh kereta itu disimpan dan diselenggarakan di lima buah hangar pesawat yang lokasinya dirahsiakan. - Agensi

,

Hairan bin Ajaib: Cerita "FDI" Thailand dan "FDI" Malaysia

Jujurnya, saya kurang arif tentang perihal ekonomi mahupun Foreign Direct Investment (FDI). Namun, apabila data menunjukkan Thailand menerima FDI jauh lebih baik daripada Malaysia, maka sudah tentu orang yang jahil tentang teori/istilah ekonomi seperti saya berasa pelik dan hairan. Walhal, pelabur dari serata dunia maklum keadaan politik dan sosial di negara itu yang sering kecoh dengan gelagat penunjuk perasaan dan kegiatan militan.

Timbul persoalan, apakah yang mempengaruhi pelabur asing sehingga mereka meminggirkan Malaysia yang "aman" lalu memilih Thailand yang huru hara? Apakah ditakuti oleh pelabur asing sehingga mereka memilih Thailand yang keadaan politiknya huru hara?

Menurut kiriman TB di MW:
Sedar atau tidak, Thailand yang huru hara dan melalui rampasan kuasa tentera nampaknya berjaya menarik pelaburan asing JAUH LEBIH TINGGI dari Malaysia. Selama ini UMNO kerap memainkan fitnah kononnya pembangkang suka buat huru hara, rupanya Thailand yang huru hara berjaya mengaut pelaburan asing yang lebih tinggi dari Malaysia.

Ini jelas menunjukkan penipuan UMNO selama ini. UMNO kerap mengatakan pelabur asing tidak akan masuk ke MAlaysia sekiranya ada demonstrasi dan tunjuk perasaan berterusan. Hakikatnya, UMNO takut rakyat berdemo memprotes tindakan UMNO mengkayakan kroni dan UMNOPUTRA.

Bayangkan, sepanjang 4-5 tahun lepas, bukan sahaja berlaku demonstrasi, kerajaan Thailand terpaksa mengisytiharkan undang-undang darurat kerana keadaan begitu tidak terkawal. Malahan, IMF telah menganggarkan pertumbuhan ekonomi Thailand mencecah 7% pada tahun 2010, yang mana dalam tahun yang sama berlaku demonstrasi besar-besaran yang menyebabkan Lapangan Terbang Thailand terpaksa ditutup dan kota Bangkok lumpuh.

Para demonstran bukan sahaja menutup Lapangan Terbang Bangkok, mereka juga menyerbu Parlimen Thailand. Jangan kita lupa, kebangkitan rakyat Pattani di Selatan Thailand yang sudah berjalan lebih 5 tahun. Di Haatyaai, pergi ke mana-mana kampung Melayu, semua orang bersenjata. Pakai kain pelikat pun, mereka bawa pistol. Pergi surau pun bawak pistol. tapi, pelaburan di Thailand kedua tertinggi di ASIA Tenggara. Pada enam bulan pertama 2010, pertumbuhan ekonomi Thailand berada pada tahap 10%.

Apa punca pelabur asing tidak memilih Malaysia sebagai kawasan strategi untuk melabur dan mengembangkan perniagaan? Selain sistem kehakiman yang diragui, dan amalan rasuah dan kronisme seperti yang ditekankan dalam blog MW, sudah tentu kes liwat, skandal yang membabitkan PM dan menteri, isu perkauman dan keagamaan yang dimainkan oleh sesetengah pihak mempengaruhi minat pelabur asing. Semua faktor ini mempernagruhi kemasukan pelabur asing ke Malaysia. 

Ada sesetangah orang mempersenda apabila sesetengah orang mengatakan bahawa pelabur asing memboikot Malaysia kerana tidak berpuas hati dengan Drama Liwat II. Kata mereka: "Apa kena-mengena kes liwat ini dengan pelabur asing?" Namun, apabila puluhan MP dari luar negara menyatakan sokongan kepada DSAI, tidakkah mereka terfikir bahawa protes yang ditunjukkan oleh MP-MP itu mempengaruhi minat tokoh korporat di negara masing-masing untuk melabur di negara ini? Itu tentang perihal Drama Liwat II, bagaimana pula dengan skandal, rasuah, kronisme, isu perkauman yang sering dimainkan oleh sesetengah pihak?

Selebihnya, anda fikirlah sendiri!

* Disiarkan semula dalam Harakah Daily(29/7)
 

,

"Pesara Lombong Pasir Haram" Selangor?



Sila lihat data di bawah ini, bukan kekacakan "pelombong pasir" di atas. Saya petik:
[MK] Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini melabelkan Ketua Pembangkang Negeri, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, sebagai “pesara lombong pasir haram”.

Ditanya pada sidang akhbarnya mengenai dakwaan bekas menteri besar itu yang menuduh syarikat milik kerajaan negeri - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) membayar royalti yang berkurangan berbanding ketika beliau mentadbir Selangor, Khalid menjawap dengan sinis.

“Khir Toyo tahu semua butirannya. Saya fikir dia mesti terbabit dalam perniagaan melombong pasir sebelum ini - kemungkinan besar yang beroperasi secara haram. Saya tidak mahu komen pelombong pasir haram yang sudah bersara itu,” katanya.

Khir mendakwa KSSB hanya membayar royalti RM12,000 kepada kerajaan negeri di sebalik memungut hasil RM734,000 tahun lalu. - Regina Lee

Biarpun "pelombong pasir" ini dikhabarkan telah bersara, namun persoalan bahawa kemungkinan "pelombong" kacak itu masih belum bersara dan masih aktif melombong pasir di serata Selangor jangan sesekali kita pinggirkan? Siapa tahu?

Rabu, 28 Julai 2010

Ini Bukan Ular GERGASI Sungai Siput!


Jabatan Perhilitan menafikan bahawa ular gergasi ini dijumpai di sekitar hutan Malaysia. Sebaliknya, jurucakap Perhilitan menegaskan bahawa gambar ini berkemungkinan berasal dari China dan mula tersebar di internet sejak tahun lalu. Mungkin juga gambar ini diambil di sekitar hutan Amazon.

Yang pasti gambar ini bukan ditangkap di Malaysia atau lebih tepat lagi ditangkap di sekitar Sungai Siput seperti yang disiarkan oleh Utusan Malaysia (UM). Adakah gambar itu menjadi pelaris keluaran UM hari ini? Sudah garahu cendana pula, sudah tahu bertanya pula!


Skandal Peterporn: Ariel dan Luna Dilarang Nikah di Penjara!

Saya petik:

[HM] JAKARTA: Kisah Ariel dan Luna Maya menikah di pusat tahanan Ibu Pejabat Polis di sini tersebar luas.
Namun, sama ada benar atau tidak khabar angin itu, polis berkata, mereka tidak membenarkan pasangan itu melangsungkan pernikanan dalam lokap.
“Laporan itu tidak benar. Jika mereka mahu menikah, di sini bukan tempatnya. “Mereka boleh melakukannya di luar saja,” kata Ketua Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis, Marwoto Soeto ketika dihubungi menerusi telefon bimbitnya semalam.

Menurutnya, tumpuan terhadap bekas penyanyi utama kumpulan Peterpan itu ketika ini ialah kes video lucahnya.

“Fokus Ariel ialah menunggu perbicaraan (*) berhubung video seksnya dengan Luna dan Cut Tari.

“Kami berharap tidak ada khabar angin mengenai pernikahannya dengan Luna,” kata Marwoto.

Mengenai Reza Rizaldi atau RJ yang dituduh menjadi orang bertanggungjawab memuat naikkan video itu dan menyebarkannya di Internet, beliau berkata, dia akan mula disoal siasat.

Menurutnya, RJ sudah dibawa ke ibu pejabat polis setelah ditahan beberapa hari di balai polis Jakarta Selatan. - Agensi

* Dibicara Pertengahan Puasa

Berkaitan:
[HM] JAKARTA: Meskipun Ariel menjadi pelaku seks dalam video lucahnya, namun peranan Reza Rizaldy atau RJ sebagai penyebar menyebabkan dia akan dikenakan hukuman lebih berat.
Ketua Perhubungan Awam Ibu Pejkabat Polis, Marwoto Soeto berkata, Ariel dan RJ akan didakwa dengan tuduhan berbeza, mengikut peranan masing-masing dalam kes itu.
“Tuduhan terhadap RJ akan berbeza dengan Ariel. “RJ akan menghadapi tuduhan menyebarkan bahan lucah mengikut Undang-Undang Transaksi Elektronik dan hukuman terhadap kesalahan itu adalah lebih berat,” kata Marwoto ketika dihubungi wartawan KapanLagi.com semalam.
Beliau mengesahkan polis sudah mengenalpasti RJ sebagai penyebar video berkenaan selepas memperoleh bahan itu daripada Ariel.

RJ, juruteknik muzik yang ditangkap oleh polis 23 Julai lalu berdepan dengan hukuman penjara 12 tahun jika sabit kesalahan. - Agensi

,

[Kemas Kini] Benarkah DPP Farah Tinggalkan Tunang Kerana Saiful? Bakal Berkahwin dengan Saiful?

Tajuk kiriman ini saya salin daripada laman Malaysia Cronicles (MC), begitu juga petikan di bawah ini. Kes liwat yang sedang dibicarakan menjadi lebih sensasi dengan pendedahan hubungan romantis antara Saiful Liwat dengan Timbalan Pendakwa Raya yang mewakili pihak pendakwaan. Berdasarkan dakwaan RPK, hubungan itu turut melibatkan hubungan seksual.

Dakwaan sensasi ini sudah hampir seminggu berlegar-legar di ruang maya. Orang yang dipalit dengan tuduhan ini masih belum bersuara (setahu saya), sama ada untuk mengiyakan atau menafikan tuduhan itu. Walhal tuduhan yang dilemparkan kepada mereka berdua bukanlah tuduhan biasa yang boleh dinyahkan oleh telinga. Tuduhan itu membabitkan maruah diri, maruah keluarga, dan paling penting, tuduhan itu mempunyai implikasi terhadap hukum hakam agama.

Setakat ini (yang saya tahu), yang tampil membuat kenyataan berkaitan dengan hal ini ialah Peguam Negara. Beliau mengumumkan keputusan untuk menggugurkan DPP Farah daripada mengendalikan kes yang melibatkan Saiful Liwat atas alasan untuk menjaga nama baik jabatan dan sebagainya (sila baca kiriman semalam). Namun, tindakan itu gagal membersihkan nama-nama orang yang terlibat, malah tindakan itu seolah-olah mengiyakan tuduhan yang dilemparkan oleh RPK.

Menurut MC, terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa DPP Farah dikatakan meninggalkan tunangnya kerana mahu mendampingi Saiful Liwat. Benarkah begitu? Memandangkan kedua-duanya sudah bertunang, maka timbul pula persoalan: Apa pula reaksi tunang Saiful Liwat? Timbul juga persoalan tentang kesahihan kes liwat yang melibatkan Saiful Liwat: Jika benarlah hubungan itu wujud, adakah orang yang pernah diliwat secara paksa (katanya), secara rela (berdasarkan pertuduhan) boleh berkelakuan sedemikian rupa? Jika benar berlaku, di mana kredibiliti Saiful sebagai mangsa/saksi utama kes ini? Baca reaksi dan respons lanjut peguam yang mewakili DSAI dan tokoh politik dalam pautan di bawah ini.

Antara liwat dengan zina, yang mana lebih teruk? Bagi orang Islam, kedua-dua perlakuan itu dilaknati Allah SWT. Kedua-duanya adalah dosa besar yang bakal menyebabkan pelakunya menerima seksaan yang berat pada hari akhirat kelak. Namun, ironinya, bagi sesetengah orang berpendapat: "Soal Saiful dengan DPP itu kisah peribadi, buat apa nak kecoh! Yang penting kes jenayah liwat yang melibatkan DSAI."

Jadi, seperti yang dipersoalkan semalam, bila agaknya Saiful Liwat mahu bersumpah laknat untuk menafikan tuduhan yang dilemparkan kepadanya? Jika dahulu dia sanggup menerima implikasi dengan bersumpah sedemikian rupa, sudah tentu kali ini dia juga berani untuk berbuat demikian!
   
Saya petik:

[MC] As Malaysians digest the latest sexual scandal in town, a debate has swept in over which is worse – liwat or zina (sodomy or adultery).

"If Saiful's sexual affair with the girl is his personal business, then why not the sodomy trial," wrote one commentator.

"It is the same (in that both are considered sins in some cultures) isn't it - zina and liwat. You can say under civil law there is specific provision to (nail) anwar but under Syariah law there is also punishment for zina."


Unfair advantage

Late on Tuesday, news broke that Farah Azlina Latiff, a deputy public prosecutor, was dropped from the sodomy trial against Opposition Leader Anwar Ibrahim because of an alleged sexual affair with the complainant in the case – Saiful Bukhair Azlan.

The Attorney-General would only say Farah was being dropped to prevent negative public perception of the prosecution, but Anwar’s lawyers are calling a mistrial.

Citing fundamental conflict of interest, they fear Saiful’s closeness to the DPP has armed him with unfair knowledge and advantage over Anwar.

Indeed the latest speculation making the rounds is that Farah even broke off her engagement to her fiancé just to be with Saiful.

“If true, all this indicates that the relationship was very serious. The fundamental issue is that of a serious conflict of interest and this cannot be resolved by removing her,” Sivarasa said.

“We can understand that this must be a terrible time for her and Saiful but imagine how Anwar and his family must have felt each time the government trumps up these charges against him.”

Muslims shocked

Meanwhile, Muslims leaders – shocked at how the scandal has been unfolding – are starting to call for a thorough probe. Under Syariah law, sex outside marriage is a punishable offence.

“With the current liberal outlook, it is hard to be the bad guy to push for punishment because we also have compassion in our hearts,” PAS vice president Mahfuz Omar told Malaysia Chronicle.

“But there is a convention we have subscribed to and we cannot avoid, especially now, when the incident has become so public. We would be failing in our duty to all concerned – including Anwar – if we do not urge the religious authorities to investigate and they would not be doing their duty by the ummat if they did not do so.”

Other pundits also slammed the entire episode which has shamed the country, pinning the blame on Prime Minister Najib Razak and his wife Rosmah Mansor. Anwar had accused the first couple of plotting the charges to derail his political comeback.

"The only one I feel sorry for is the girl for falling for Saiful," wrote the commentator. "It is enough. Najib should stop the farce once and for all and start repairing the country." - Wong Choon Mei

Berkaitan:
* Saiful Akan Berkahwin dengan Farah?
[SK] SHAH ALAM 28 Julai - Setelah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, desas desus timbul Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dikatakan akan berkahwin saksi utama pihak pendakwaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam masa terdekat.
Menurut sumber badan kehakiman yang memberitahu Suara Keadilan, Saiful dan Farah dikatakan bercadang melangsungkan perkahwinan mereka secepat mungkin bagi menggelakkan lebih banyak persepsi buruk masyarakat terhadap mereka.
Hubungan romantik antara mereka terbongkar apabila penulis blog terkenal, Raja Petra Kamarudin mendedahkan dalam portal berita beliau, MalaysiaToday mengenai hubungan sulit Saiful dengan seorang timbalan pendakwaraya wanita.

Bagaimana pun hubungan cinta yang dirahsiakan itu mendapat kritikan hebat daripada pengamal undang-undang yang melihat pegawai Pejabat Peguam Negara itu telah meletakkan perjalanan pendakwaan terhadap Anwar dalam keadaan yang meragukan.

Ini kerana maklumat kertas siasatan pihak pendakwaan berkemungkinan mampu dibocorkan kepada Saiful yang mempuunyai kepentingan dalam kes tersebut sebagai pengadu...-Dzulkarnain Taib

,

Kejam: Belasah & Rodok KEMALUAN Tunang dengan Botol!

Gila! Saya petik:

[HM] KUCHING: Angkara cemburu buta, seorang gadis bukan saja dipukul dengan tukul, malah kemaluannya turut dirodok dengan botol deodoran oleh tunangnya selepas berlaku pertengkaran antara mereka berdua di sebuah rumah di Matang, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa berusia 23 tahun yang bersendirian di rumahnya didatangi tunangnya, berusia lingkungan 20-an.
Difahamkan, pertemuan itu mencetuskan pertengkaran dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu buta lelaki terbabit terhadap mangsa sebelum mengambil tukul dan membelasah mangsa.

Akibat perbuatan ganas itu, mangsa cedera hampir seluruh badannya, namun keganasan lelaki berkenaan tidak berhenti di situ apabila dia mengambil botol deodoran milik mangsa lalu merodok kemaluan wanita itu.

Selepas melihat mangsa dalam kesakitan, suspek melarikan diri. Mangsa menghubungi seorang ahli keluarganya bagi memaklumkan kejadian itu sebelum membuat laporan polis.

Mangsa yang ditemani beberapa anggota keluarganya dibawa mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan keadaannya dilaporkan stabil walaupun masih trauma dengan kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kok Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, polis menerima laporan daripada mangsa pada hari kejadian sebelum gerakan mencari suspek yang juga tunang kepada mangsa dijalankan.

“Sehingga kini belum ada tangkapan dibuat namun polis sudah mengenal pasti identiti suspek,” katanya.- Alias Abd Rani

Selasa, 27 Julai 2010

[Kemas Kini] DPP Farah Digugurkan Ekoran Dakwaan Hubungan Cintanya dengan Saiful Liwat!

Sebelum ini, heboh fasal kisah "hubungan cinta" sehingga didakwa melibatkan hubungan kelamin seperti yang disiarkan dalam Malaysia Today baru-baru ini. Blog ini ada menyiarkan berita berkaitan: Saiful Ada Hubungan Cinta dengan Pendakwa Raya? Hubungan Kelamin? Wow!

Hari ini Peguam Negara mengumumkan bahawa DPP Farah yang dikaitkan dengan Saiful digugurkan daripada pasukan pendakwaan. Lazimnya, bukan mudah pasukan pendakwa menggugurkan anggota pasukan mereka.

Beberapa kali dalam kes yang melibatkan DSAI, pasukan pendakwa tetap mempertahankan anggota pasukan mereka biarpun digesa oleh pihak pembela agar mereka digugurkan atas sebab-sebab tertentu. Malah, permintaan untuk menukarkan hakim ditolak mentah-mentah oleh pihak mahkamah

Namun, kali ini pejabat Peguam Negara membuat keputusan menggugurkan Farah kerana mahu menjaga nama baik jabatan. Jeng...jeng...jeng! Benarkah begitu? Atau sememangnya apa-apa yang ditulis oleh RPK itu ada kebenarannya? Jika benar dakwaan RPK, anda nilaikanlah sendiri perkara yang tersirat di balik kes yang melibatkan "pelakon drama" terhebat abad ini.

Seperkara lagi, Dato Mukriz ada membuat kenyataan. Kata beliau, "Beberapa tahun lepas, saya bertanya kepadanya tentang beberapa laporan yang beliau tulis. Saya tanya 'dari mana anda dapat fakta berkenaan' dan berkata secara selamba bahawa rencana tulisannya hanya mengandungi 40 peratus fakta dan selebihnya beliau tokok tambah." Mungkin cerita sensasi ini termasuk dalam kumpulan 40% fakta!

Agak-agak, bila Si "Drama King" ini mahu bersumpah laknat di masjid untuk membersihkan namanya?

Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 27 Julai — Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk menggugurkan timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif sebagai anggota pasukan pendakwa dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan hubungan romantik dengan saksi utama dan pengadu.


Tan Sri Abdul Gani Patail mengumumkan tindakan itu ekoran dakwaan bahawa Farah Azlina menjalin hubungan romantik dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga pengadu dalam kes itu.

Beliau berkata langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai “hubungan romantis” dengan saksi utama kes tersebut.

Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Sidang akhbar berkenaan diadakan bagi menjelaskan perkembangan terkini sekaligus menjawab persoalan mengenai hubungan Farah Azlina dan Mohd Saiful seperti yang disiarkan oleh laman web Malaysia Today baru-baru ini.

Abdul Gani  berkata, Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa.

“Jabatan Peguam Negara tidak boleh berkompromi dengan sebarang isu yang boleh menjejaskan nama baik atau kredibiliti jabatan dan kami sangat memandang serius perkara seumpama ini.

“Ini boleh menjadi sangat sukar bagi kita, tetapi sebarang perkara peribadi sekiranya boleh memberikan kesan dalam apa juga bentuk terhadap jabatan ini akan ditangani dengan amat serius,” katanya.
Tindakan itu diambil untuk memastikan kelancaran kes tidak terganggu, katanya.

Beliau menjelaskan penglibatan Farah Azlina dalam kes itu sangat terhad iaitu sekadar membantu mencatatkan segala nota mengenai perbicaraan tersebut.
“Beliau tidak mempunyai akses langsung kepada kertas siasatan kes atau mempunyai apa-apa sebab untuk mengakses kertas siasatan atau apa-apa maklumat sulit yang ada pada pihak pendakwaan.

Semalam peguam Anwar mendesak Peguam Negara memberi respons kepada dakwaan Raja Petra Kamarudin dalam blognya minggu lalu.

Raja Petra mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan pendakwa, sedang menjalin “hubungan romantik” dengan Saiful yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar Jun 2008.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider minggu lalu, Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya boleh diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.

“Saya tidak boleh mengatakan kepada anda buat masa sekarang. Saya tidak mendengar tentang dakwaan atau tuduhan ini.

“Bagaimanapun saya akan berbincang dengan pasukan saya dan kita akan melihat pada 2 Ogos ini sama ada dia akan bersama pasukan kami atau tidak,” kata Mohd Yusof.

Pasukan pendakwa terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina sendiri.

Kata Mohd Yusof, anggota itu hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu.

Selain itu menurut beliau, anggota berkenaan juga pendakwa raya yang turut mengendalikan kes-kes lain.

“Jika kami memutuskan untuk tidak menyertakan dia dalam pasukan kami, ia adalah kerana kami boleh mengendalikan kes ini tanpa dia... ini kerana dia juga ada kes lain untuk dikendalikan,” kata Mohd Yusof lagi.
Mohd Yusof sambil berkata beliau tiada maklumat mengenai tuduhan terbaru ini, apa yang dilakukan oleh anggota pasukannya adalah urusan peribadi.

Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes liwat Anwar, Ketua Pembangkang, ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh, memperolehi cuti sakit selama dua minggu.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

,

Perlakuan yang Boleh Mencetuskan Rusuhan Kaum Hanya Dikenakan Denda RM1000

Bayangkan jika pesalah kes ini terdiri daripada ahli PAS, PKR atau DAP. Saya petik:

[MK] Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau dipenjara selama sebulan jika gagal membayar denda itu kepada semua 12 lelaki yang dituduh terlibat dalam perhimpunan haram sambil membawa kepala lembu pada tahun lalu.

Hakim Hasbi Hasan memutuskan perkara itu selepas kesemua 12 tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu menyertai perhimpunan haram di depan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kira-kira jam 2.25 petang, 28 Ogos tahun lalu.

Mereka ialah Ahmad Mahayuddin Abd Manaf, 36, dan timbalannya, Ibrahim Sabri, 42; Eyzva Ezhar Ramly, 31; Mohd Azmir Mohd Zain; 35, Ahmad Suhairi Zakaria, 30; Mohd Hilmi Ni, 40; Jainudin @ Zainudin Md Yusuff, 67; Mohd. Jurit Ramli, 39; Mohammad Nordin Zakaria, 56; Jamil Mohamad Isa, 40; Rahimuddin Md. Harun, 39; dan Azhari Shaari, 39....- Jimadie

Berkaitan:
* Cow-head punishment will not deter others, says Shah Alam MP Khalid Samad


Majoriti Remaja Bukan Melayu Tidak "Fasih" Berbahasa Kebangsaan. Siapa yang Mahu Menafikan Persoalan Ini?

Isu ini bukanlah isu baru. Saya pernah menulis artikel berkaitan, iaitu "Pinggirkan Bahasa Kebangsaan: Layakkah Anda Digelar Warganegara".

Saya bersetuju dengan pandangan Prof Dr Teo Kok Seong, yang saya kenali (nama dan orangnya) sewaktu berkhidmat dengan sebuah badan berkanun. Beliau merupakan antara tokoh pejuang bahasa Melayu bukan Melayu yang saya kagumi. Begitu juga tokoh sastera Dr Lim Swee Tin & isteri, Uthaya Sankar SB, dan beberapa nama lain yang gigih memartabatkan bahasa kebangsaan. Kata Prof Dr Teo Kok Seong, "Remaja dan belia bukan Melayu lebih selesa bertutur dalam Bahasa Inggeris dan lebih menyedihkan, mereka langsung tidak tahu bertutur dalam Bahasa Melayu sebenarnya.

Memang benar, majoriti remaja bukan Melayu semakin tidak fasih (fahami maksud "fasih") berbahasa kebangsaan. Lebih menyedihkan apabila warga asing dari Pakistan, Bangladesh, dan sebagainya dapat menguasai dan bertutur dengan fasih bahasa kebangsaan selepas tinggal di sini antara 5 hingga 6 tahun. Bayangkan, remaja bukan Melayu yang dilahirkan dan menerima pendidikan di negara ini gagal bertutur dengan fasih bahasa negaranya sendiri!  

Siapa yang mahu menafikan hal ini?

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: “Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah perlu diteruskan hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi,” kata Ketua II Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof Datuk Dr Abdul Latif Bakar ketika berhujah di Majlis Pelancaran dan Forum Jati Diri di sini, semalam.

Katanya, rakyat Malaysia perlu yakin dengan kebolehan Bahasa Melayu dan memartabatkannya sehingga peringkat tertinggi bagi memastikan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan terpelihara.
“Keputusan kerajaan menukarkan kembali penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik kepada Bahasa Melayu di sekolah adalah sangat bijak.

“Saya harap semua pihak mengambil inisiatif seumpama ini dalam usaha menjaga identiti Bahasa Melayu dan tidak mencampur adukkannya dengan bahasa asing sewenang-wenangnya,” katanya.

Forum bertajuk 1Malaysia dalam Konteks Perlembagaan itu bertujuan membincangkan secara khusus mengenai konsep 1Malaysia dalam aspek Perlembagaan, agama, bahasa dan sebagainya oleh pakar pelbagai bidang.

Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid bertindak sebagai moderator pada majlis itu.

Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), Prof Dr Teo Kok Seong berkata, remaja dan belia bukan Melayu negara ini kini dilihat kurang fasih bertutur dalam Bahasa Melayu. “Remaja dan belia bukan Melayu lebih selesa bertutur dalam Bahasa Inggeris dan lebih menyedihkan, mereka langsung tidak tahu bertutur dalam Bahasa Melayu sebenarnya,” katanya yang turut berhujah pada forum berkenaan.

Skandal Peterporn: RJ Miliki Video Seks Ariel Sejak Tahun 2007

Saya petik:

[HM] JAKARTA: Dalang utama yang menyebarkan klip video seks Ariel Peterpan dengan dua pasangannya, RJ, memperoleh bahan itu sejak 2007 tetapi hanya baru-baru ini terdedah kepada umum.
Seorang anggota penyiasat menyatakan, RJ kemudian menunjukkan rakaman itu kepada seorang anak saudaranya, Anggit, dan mengingatkan lelaki itu supaya tidak mengambilnya.“Tetapi mungkin Anggit mencuri bahan itu daripada RJ,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Indonesia, semalam.

RJ adalah pengarang muzik yang bekerjasama rapat dengan Ariel serta kumpulannya, Peterpan.

Kedua-dua mereka juga dikatakan berkawan baik.

Selepas kes itu didedahkan, polis menahan Ariel dan kini menunggu masa untuk mendakwanya mengikut undang-undang antipornografi.

Pasangan ranjangnya, Luna Maya dan Cut Tari, juga mungkin berdepan dengan tindakan sama.

Menurut sumber itu, RJ kini berada dalam tahanan polis dan diletakkan di dalam lokap polis Jakarta Selatan.

Katanya, Anggit juga ditahan, tetapi kedua-duanya tidak diletakkan bersama bagi mengelak mereka berkomunikasi.

“Jika RJ dan Anggit bertemu, mungkin mereka boleh mengganggu siasatan polis,” katanya.

RJ juga ditahan berasingan dengan Ariel.
Kata penyiasat itu, RJ akan didakwa kerana bersubahat menyebarkan klip video berkenaan.

“Selain RJ, ada lima individu lain menjadi suspek, termasuk Anggit,” katanya. - Agensi

Kepala di Atas Kubur!

Saya petik:

[HM] KAJANG: Mengerikan apabila mayat seorang lelaki ditemui dibuang di tanah perkuburan dalam keadaan kepalanya dipenggal hingga putus menggunakan pisau pemotong daging.
Malah, ketika ditemui, kepala mangsa yang berlumuran darah ditinggalkan tidak jauh dari kaki mangsa yang dipercayai dibunuh dalam tempoh kurang 24 jam.
Sumber polis berkata, kewujudan mayat mangsa tanpa kepala itu disedari seorang pekerja pembersihan yang memotong rumput di kawasan perkuburan di Taman Delima di sini, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

Menurutnya, lelaki berkenaan bagaimanapun terkejut apabila menemui mayat mangsa dalam keadaan berlumuran darah berhampiran semak di kubur itu.

“Ketika ditemui, kepala mangsa sudah putus dan kepala itu sengaja dicampak tidak jauh dari kaki mangsa.

“Lelaki terbabit menghubungi polis bagi memaklumkan penemuan itu,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood yang dihubungi berkata, hasil siasatan polis mengenal pasti mayat mangsa sebagai seorang pekerja warga Bangladesh.

Menurutnya, lelaki terbabit yang bekerja sebagai operator kilang di Tampin, Negeri Sembilan ditetak pada tubuh, kepala dan tangan.

“Polis hanya menemui kad identiti pada mayat mangsa manakala barang berharga lain didapati hilang. Hasil pemeriksaan di tempat kejadian menemui sebilah pisau pemotong daging.

“Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Setakat ini polis tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan ada kaitan dendam,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.- Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Isnin, 26 Julai 2010

SENI KEPURA-PURAAN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama (dari, kanan) Menteri Besar Perlis Datuk Seri Md Isa Sabu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng selepas majlis pertukaran dokumen perjanjian program-program pembangunan Wialayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini. Foto BERNAMA

Di mulut tersemat senyuman, di hati siapa yang tahu?
Di depan mesra, di belakang belum tahu!

Anda faham maksud saya?

,

Culik, Sembelih, & Minum Darah Budak.

Kerana mahukan kuasa luar biasa, seorang lelaki dan wanita menculik, memenggal, sebelum meminum darah seorang budak yang berusia setahun setengah sebelum menanam mayat mangsa di dua lokasi yang berasingan di Tamil Nadu, India. Ketika disoal siasat, suspek Abdul Gafoor memberitahu polis bahawa dia telah diarahkan untuk berbuat demikian melalui mimpi demi memperoleh kuasa luar biasa.

Menurut polis, Ghafoor dan kawan wanitanya, Ramala Beevi menculik mangsa, Khader Yusuf dari sebuah pusat sufi, iaitu lokasi yang menjadi tempat ibunya, Shireen Fathima tinggal pada 1 Julai yang lalu. Pasangan itu kemudiannya membawa budak malang itu ke Ramanathapuram sebelum menyembelih dan memenggal kepala budak untuk memenuhi tuntutan mimpi lelaki lahanat itu.  

GILA!

Cerita lanjut sila klik pautan ini.





[Video] Janin "Sujud" Ketika Ayat Al Quran Dibacakan

Gambarnya:



Videonya: 

Ahad, 25 Julai 2010

Wow, Malaysia Tewaskan Korea Selatan dalam Perlawanan Bola Sepak Persahabatan!

Saya petik:

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Skuad Bawah 23 (B-23) Malaysia mempamer permainan cemerlang untuk menewaskan skuad B-23 Korea Selatan, 1-0 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Biarpun pasukan hari ini merupakan gandingan antara skuad bawah 21 dan bawah 23 kebangsaan, namun pasukan di bawah bimbingan K.Rajagobal itu menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun menyedari pasukan lawan datang dari negara yang sudah tujuh kali beraksi dalam Piala Dunia sejak tahun 1986.

Pada minit ke-empat perlawanan, hantaran satu-dua di antara Mohd Zaquan Adha Abdul Razak dan Norshahrul Idlan Talaha di dalam kotak penalti menyaksikan peluang terbaik untuk pasukan negara membuka jaringan, bagaimanapun ia gagal dimanfaatkan apabila rembatan kaki kiri Mohd Zaquan tersasar di kiri tiang gol Korea Selatan.

Keadaan padang yang basah akibat hujan sebelum perlawanan menyebabkan pergerakan kedua-dua pasukan yang menurunkan skuad yang akan ke Sukan Asia di Guangzhou, China pada November ini, terbatas.

Skuad Korea Selatan di bawah bimbingan Hong Myung Bo, yang dikenali dengan corak permainan yang pantas dengan larian pemain yang laju, kemudiannya mula menukar rentak dengan melakukan rembatan jarak jauh untuk membolosi gawang Malaysia yang dikawal Mohd Sharbinee Allawee.

Dalam tempoh 30 minit awal perlawanan, gandingan Mohd Zaquan dan Noshahrul Idlan beberapa kali melepasi benteng pertahanan Korea Selatan yang dikendalikan oleh Kim Oh Kyu dan Jang Suk Won, namun gawang di bawah jagaan Lee Bum Soo masih tetap kukuh untuk dibolosi.

Korea Selatan memperolehi peluang terbaik membolosi pintu gol Malaysia apabila sepakan percuma yang diambil Jung Woo Young pada minit ke-40, dua meter di luar kotak penalti terkena palang, tetapi bola yang melantun itu gagal dirembat kemas oleh Kim Dong Hee ke dalam gawang Malaysia.

Terikat tanpa sebarang jaringan pada separuh masa pertama kedua-dua pasukan melajukan permainan, dan akhirnya skuad K.Rajagobal membuka tirai jaringan pada minit ke-50 hasil rembatan deras Safiq Rahim.

Safiq yang sebelum itu mengambil sepakan percuma dua meter di sebelah kanan di luar kotak penalti lawan, merembat terus ke gawang Korea Selatan namun ia ditampan oleh Lee Bum Soo, dan pemain Malaysia itu tanpa teragak-agak merembat bola itu terus ke gawang lawan.

Tersentak dengan gol itu Korea Selatan melakukan serangan bertali arus ke kawasan Malaysia, namun barisan benteng pertahanan negara yang diketuai Mohd Sabre Mat Abu berjaya menyerap asakan lawan.

Kedua-dua pasukan melakukan beberapa pertukaran, dan Rajagobal pada minit ke-60 mengeluarkan Norshahrul Idlan dan digantikan dengan Baddrol Bakhtiar, manakala di minit ke-65 Ahmad Fakri Saarani digantikan pula dengan Mohd Khyril Muhymeen.

Kira-kira 30,000 penonton menyaksikan perlawanan persahabatan itu yang diadili oleh pengadil Malaysia yang bertugas di Piala Dunia di Afrika Selatan, Subkhiddin Mohd Salleh, yang diadakan sempena 50 tahun hubungan diplomatik kedua-dua negara....

,

Indonesia Sekat Laman Lucah Sempena Ramadan. Malaysia?

Menteri Informasi dan Komunikasi Indonesia, Tifatul Sembiring pada hari Khamis lalu menyatakan bahawa kementeriannya akan menyekat semua laman lucah sama ada berpangkalan di negara itu mahupun dari negara luar sebelum bermulanya bulan Ramadan pada bulan hadapan.

Katanya, "Insya-Allah, kami akan menyiapkan tugasan ini sebelum Ramadan agar laman-laman tersebut tidak menjejaskan ibadah umat Islam pada bulan puasa nanti."

Apabila ditanya tentang kemungkinan pengguna internet dapat mengakses laman-laman tersebut walaupun telah disekat, beliau menjawab "Mereka yang mampu berbuat demikian agak kecil bilangannya."

Alhamdullilah, sekurang-kurangnya pemimpin di negara itu berusaha untuk menjaga dan memuliakan bulan Ramadan dengan menyekat akses ke laman lucah. Di sesetengah tempat di Indonesia, pusat hiburan juga ditutup demi menjaga kebesaran bulan Ramadan.

Berita lanjut tentang hal ini boleh dibaca di sini.

Malaysia bagaimana? Hal ini kena tanya Dr Rais Yatim, menteri yang dipertanggungjawabkan menjaga hal ehwal internet di negara ini. Dalam pada itu, khabarnya Kerajaan BN di Perlis akan menutup premis hiburan pada bulan Ramadan ini. Tidak tahu sejauh mana kebenaran laporan akhbar itu, sama ada berita itu hanya sekadar omong kosong atau tindakan itu akan dilaksanakan pada bulan Ramadan nanti. Bagaimana pula dengan negeri di bawah jajahan Kerajaan Pakatan Rakyat?

,

Yassin (Bekas Senario) Ditahan Kerana Positif Dadah Lagi!

Bukan kali pertama, mungkin juga bukan kali terakhir. Mudah-mudahan pelawak ini dapat membebaskan diri daripada najis yang merosakkan diri dan masa depan penagihnya. Saya petik:

[Mstar] SUBANG JAYA: Bekas anggota kumpulan pelawak Senario, Yassin Yahya (gambar), ditahan polis kerana dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah, awal pagi Ahad.

Yassin,32, ditahan di sebuah pusat hiburan di Sunway Piramid sekitar pukul 1 pagi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya juga menjalankan ujian air kencing kepada 30 orang awam lain yang berada di pusat hiburan itu.

"Tiga lelaki termasuk Yassin didapati positif dadah selepas ujian tersebut dilakukan.

"Ujian tersebut juga mendapati Yassin mengambil dadah jenis ganja, manakala dua orang lagi iaitu pengurusnya dan seorang ahli perniagaan dikesan mengambil dadah jenis ketamin," kata Khalid seperti dipetik portal The Star Online, Ahad.

Tambahnya, kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya.

,

Percaya atau tidak, kereta hebat ini dibina di garaj...



...tetapi modal untuk membinanya sekitar £70,000 atau nilainya hampir mencecah RM500 ribu. Oliver Ashley, seorang mekanik, mengambil masa selama 3 tahun setengah untuk membina kereta yang dipanggilnya K1 Attack. Kereta ini yang menggunakan  enjin Honda 250bhp Jenis R 2 liter, empat silinder pernah ditawarkan harga £90,000 oleh seorang pembeli, namun tawaran itu ditolak oleh Oliver.

Cerita lanjut sila klik pautan ini.


Kes Remaja Hamil Semakin Kronik!

Susulan kiriman yang disiarkan dalam blog ini semalam. Saya petik:


Pergaulan bebas punca utama

[BH] KUALA LUMPUR: Seramai 768 remaja seawal usia 13 tahun, melahirkan anak yang sebahagian besarnya luar nikah sejak 2008 hingga bulan lalu, akibat pergaulan bebas.

Berdasarkan rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini saja, JKM mencatat 111 kes remaja bawah umur hamil berbanding 113 kes sepanjang 2009 dan 107 kes pada 2008.
Jumlah itu dipercayai lebih tinggi kerana ia berdasarkan kes dirujuk kepada JKM untuk mendapatkan perlindungan di Taman Seri Puteri, selain statistik tiga hospital kerajaan – Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Ada 135 hospital kerajaan di seluruh negara, tetapi usaha Berita Minggu mendapatkan perangkaan di kebanyakan hospital tidak berjaya, kerana antara lain alasan ialah isu sensitif dan bimbang dikenakan tindakan Kementerian Kesihatan.

Sebahagian remaja berkenaan membuat pengakuan sudah berkahwin kepada pihak hospital, ada mendakwa tidak tahu hubungan seks dengan rakan boleh menyebabkan kehamilan, malah ada kes mengaku dirogol.

Bagaimanapun, remaja diklasifikasi kepada dua kategori, bawah 18 tahun dan bawah 16 tahun. Remaja bawah 16 tahun yang hamil dianggap sebagai kes rogol, walaupun atas dasar suka sama suka.
Justeru, pasangannya boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada, manakala remaja di bawah usia 18 tahun akan dirujuk kepada JKM sebagai pelindung yang diwartakan.

Pengarah Bahagian Kanak-Kanak JKM, Noramni Mohd Yusoff, berkata pihaknya tidak hairan jika angka sebenar remaja bawah umur yang hamil lebih tinggi.
“JKM hanya rekodkan kes dilapor atau memohon perlindungan. Statistik sebenar hanya boleh diperoleh dari hospital seluruh negara,” katanya kepada Berita Minggu.

Tinjauan di HKL dan HTAR, mendapati pada 2008 seramai 106 remaja bawah umur hamil luar nikah, manakala di HKL, 50 kes pada 2008, 67 kes (2009) dan sehingga Jun tahun ini, 38 kes.

Kajian Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL mendapati, kebanyakan remaja bawah umur ini tidak tahu hubungan kelamin boleh menyebabkan kehamilan.

Mereka melakukannya atas dasar ingin mencuba dan berseronok dengan rakan sekelas, kekasih yang lebih berusia selain ada juga kes mengaku dirogol.

Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, HTAR, Dr Mohamad Farouk Abdullah berkata, kajian 2008 mendedahkan kebanyakan remaja berkenaan berusia antara 14 hingga 18 tahun dengan majoritinya, berbangsa Melayu.

“Mungkin jumlahnya lebih lagi, tetapi tidak mustahil ada sebahagian yang menggugurkan kandungan. Memang jika kita lihat dari aspek sosialnya, keadaan ini teruk, tetapi dari sudut perubatan, jika mereka datang awal mendapatkan bantuan perubatan kita boleh membantu dari segi penjagaan sepanjang hamil,” katanya.

Beliau berkata, mendapat penjagaan kesihatan yang sempurna ketika hamil membolehkan remaja ini menginsafi kesilapan mereka, pada masa sama, memberi peluang mereka kembali ke sekolah.

Katanya, sepanjang 2008, 13,189 kelahiran dicatatkan di HTAR dengan 256 membabitkan kelahiran di kalangan remaja bawah umur. Daripada jumlah itu 75.8 peratus mengaku sudah berkahwin, 21.9 peratus tidak berkahwin sementara tiga peratus mendakwa dirogol. Kebanyakan mereka berpendidikan sehingga Penilaian Menengah Rendah (49.6 peratus), Sijil Pelajaran Malaysia (27.7 peratus), manakala bakinya hanya belajar setakat sekolah rendah.

Dalam konteks inilah Dr Farouk berkata, mungkin sudah tiba masanya untuk masyarakat berfikiran lebih terbuka dalam isu pendidikan seks di sekolah.

“Kebanyakan remaja yang hamil luar nikah ini tidak tahu hubungan intim boleh menyebabkan mereka hamil. Buat sekali tidak hamil, jadi mereka rasa tidak mungkin hamil dan lebih kerap melakukannya dan akhirnya hamil,” katanya.

Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL, Hasnah Sulaiman, berkata memang amat menyedihkan kebanyakan remaja bawah umur ini berbangsa Melayu beragama Islam. Malah latar belakang mereka terbabit ialah daripada keluarga berpendapatan rendah selain kurang ilmu mengenai sistem reproduktif manusia.

“Apabila ditanya, majoriti menjawab mereka buat atas dasar suka sama suka, berseronok-seronok dan tidak sangka boleh mengandung. Jika dulu kita mungkin kata remaja ini adalah bohsia atau minah rempit, tetapi rata-rata hari ini mereka adalah remaja biasa yang lazim kita temui di sekolah dan ada yang bertudung labuh,”

“Jika di HKL, dalam puluhan kes pasti ada lebih daripada satu kes remaja ini datang daripada keluarga yang porak peranda atau jika tidak bermasalah tetapi susah. Malah, kajian kami pada 2004 mendedahkan banyak kes membabitkan remaja yang tinggal bersama keluarga di rumah flat satu bilik,” katanya.

Sabtu, 24 Julai 2010

Tubuh SEKOLAH PELAJAR HAMIL, Bukti Betapa Teruknya Moral Remaja Malaysia!

Saya sudah banyak kali mengulas perkara yang berkaitan dengan moral remaja dan isu-isu yang berkaitan dengannya. Seperti lazimnya, saya tidak mahu menulis panjang tentang hal itu.

Namun, langkah kerajaan negeri yang mahu menubuhkan SEKOLAH PELAJAR HAMIL jelas menunjukkan betapa kroniknya masalah moral dalam kalangan remaja. Walhal situasi kronik ini sering dinafikan oleh  sesetengah pemimpin, agensi kerajaan, NGO, ibu bapa, dan anggota masyarakat. Sindrom penafian ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan yang lebih teruk terhadap moral remaja malah impaknya dapat kita lihat dalam usaha melahirkan masyarakat berminda kelas pertama dan masyarakat yang bermoral tinggi untuk membangunkan negara pada masa akan datang.

Blog ini pernah menyiarkan berita tentang budak semuda 9 tahun merogol rakan sekelasnya beramai-ramai, blog ini juga pernah menyiarkan budak berusia 11 tahun merogol sepupu sendiri. Bagaimana pula dengan jumlah hampir ratusan ribu anak yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan? Semuanya berlaku di MALAYSIA bukannya di Amerika Syarikat atau di negara Barat yang lain. Berdasarkan beberapa kiriman yang tidak pernah terfikir oleh akal kita akan berlaku dalam masyarakat Malaysia, maka jelaslah bahawa tindakan bersifat preventif perlu dilaksanakan segera agar tindakan "nasi sudah menjadi bubur" seperti menubuhkan sekolah untuk pelajar hamil diambil yang akhirnya akan memalukan dan merendahkan martabat masyarakat di negara ini yang majoritinya beragama Islam.

Apa tindakan preventif yang perlu dilaksanakan? Islam telah menunjukkan caranya, baik dari segi tatacara dalam kehidupan, mahupun hukuman untuk menyedarkan penganutnya; sekolah dan guru perlu diberi hak untuk menghukum berdasarkan peraturan yang ditetapkan; ibu bapa perlu dipertanggungjawabkan atas salah laku anak-anak; undang-undang tegas perlu diperuntukkan untuk menangani hal ini, dan seribu macam solusi untuk memastikan perkara ini tidak berlarutan.

Semoga kita sentiasa mengingati BALA Allah SWT.

Saya petik:

[UM] MELAKA 23 Julai - Kerajaan negeri bercadang menubuhkan sebuah sekolah khas bagi pelajar yang mengandung akibat terlanjur atau mereka berkahwin pada usia muda.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, beliau serius mewujudkan sekolah tersebut kerana ia bertujuan menangani gejala pembuangan bayi yang kini semakin berleluasa.

Menurut beliau, adalah lebih baik remaja-remaja yang bermasalah itu terus bersekolah daripada terbiar dan mungkin bertindak membuang bayi.

"Cadangan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran kerana undang-undang di negara ini tidak sebut pun bahawa murid yang bersekolah tidak boleh mengandung.

"Saya akan kemukakan cadangan ini dalam tempoh terdekat dan jika kementerian tak setuju, kerajaan negeri sendiri akan tubuhkan sekolah murid mengandung ini," katanya.

Mohd. Ali berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Rendah Arab (SRA) Jabatan Agama Islam (JAIM) Batang Tiga Timur di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Yaakub Md. Amin; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Ghazale Mohamad; dan Pengarah Pelajaran negeri, Isa Abu.

SRA JAIM Batang Tiga Timur dibina dengan kos RM1.2 juta dan mula beroperasi pada awal Januari lalu dengan 378 murid.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berkata, selain dibuka kepada remaja di negeri ini, kerajaan negeri juga sedia menerima pelajar mengandung dari negeri lain.

"Kalau ada pelajar dari negeri lain yang mengandung dan nak belajar di sekolah itu pun boleh, kita terima asalkan ia dapat membanteras gejala pembuangan bayi," katanya.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan mengelakkan maksiat daripada terus berlaku dan bukan menggalakkan pelajar berkahwin dan mungkin bercerai pada usia muda.

"Apa yang penting kita nak selesaikan masalah remaja berzina dan selepas itu pada masalah buang bayi.

"Soal cerai itu nombor dua. Sekarang orang yang kahwin tua pun ramai juga yang dah bercerai," katanya.

Sehubungan itu, katanya, sebagai galakan kepada remaja yang masih bersekolah untuk berkahwin pada usia muda, kerajaan negeri juga telah mempunyai dasar memberi saguhati kepada pasangan remaja terbabit sebanyak RM500 untuk urusan perkahwinan.

Tambahnya, dasar tersebut telah dibincangkan bersama MAIM dan diluluskan pada mesyuarat Exco dua bulan lalu.

"Kalau ada remaja yang masih bersekolah dan bercadang berkahwin, kerajaan negeri akan beri mereka RM500 untuk mengadakan kenduri secara ringkas dan kecil-kecilan.

"Bila sudah ramai berkahwin, kita akan tempatkan mereka di sekolah murid mengandung dan untuk teruskan pembelajaran," katanya. -Rizanizam Abdul Hamid

BAGASI KIRIMAN TERKINI

PR

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH