Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Tambahkan"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Sertai"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Like"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Follow"]

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

BAGASI KIRIMAN TERKINI

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Archives

Isnin, 31 Mei 2010

LIWAT II: Anwar Kemuka Alibi, Apa Lagi Helah Saiful & Pasukan Pendakwa?


Episod Drama Liwat II bersambung semula hari ini. Dalam laporan Malaysia Kini, Karpal Singh dilaporkan meminta pihak pendakwaan membekalkan senarai saksi, mahkamah juga mendengar kisah silam Saiful, Karpal juga menyoal Saiful tentang program sumpah Saiful di masjid tatkala negara sedang hangat dengan PRU di Permatang Pauh, penafian Saiful tentang objek plastik disumbat ke dalam duburnya, dan sebagainya. Anda boleh baca laporan Malaysia Kini itu di sini.


Dalam The Malaysian Insider, Karpal selaku peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan alibi bahawa anak guamnya berada di bangunan bertentangan dengan lokasi yang dikatakan berlakunya Drama Liwat II. Karpal mengatakan bahawa pada masa kejadian (seperti yang didakwa) anak guamnya bersama-sama dengan lima orang lain.Karpal juga mengatakan bahawa kelima-lima orang itu bersedia untuk dipanggil sebagai saksi. Anda boleh baca laporan penuh tentang hal ini di sini.

Apa lagi helah pasukan pendakwaan? Apa lagi helah Saiful Liwat?

Kita tunggu. Drama semakin menarik.

Rahsia Kejayaan Tokoh Nilam - Seks & Buku

Ah, satu kombinasi yang baik! SEKS dan BUKU. Lazimnya, kombinasi SEKS dan TIDUR merupakan formula untuk kembali bertenaga pada keesokkan harinya. Namun, Tokoh Nilam ini mempunyai kombinasi yang berlainan daripada orang lain.

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang rahsia guru ini. Jadi, saya salin dan tampal keseluruhan cerita untuk panduan anda yang mahu berjaya seperti Cikgu Alias Ismail.

Saya petik:

[TS] KUALA TERENGGANU: Reading and having sex nightly. That, says Tokoh Nilam award winner Alias Ismail, is the secret to his seemingly boundless energy during the day.



Even his colleagues have been left wondering how the teacher manages to remain energetic enough to conduct additional co-curriculum activities until the late evening.


“They always ask me whether I consume jamu (traditional herbs) to keep me going,” said the 41-year-old yesterday.


“Often, they are astonished when I tell them that it’s actually an active sex life and reading that makes one healthy, wealthy and wise.”


Alias is the inaugural recipient of the state-initiated award to honour a teacher who has managed outstanding achievements in education.


He received the award from Mentri Besar Datuk Ahmad Said at Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Darul Iman Malaysia here.


Alias also received a sponsored package to perform the haj.


The father of four said he made it a point to have sex daily before he and his wife retired for the night and felt it made him more agile and active.


“A good and legitimate sexual relationship is a kind of energy booster for me and my wife that has not only kept our marriage ties cordial but also made our bodies and brains functioning remarkably,” he added.


Alias, who teaches Bahasa Malaysia at SMK Menerong in Hulu Terengganu, said he was able to concentrate on his work after a “blissful” night with his wife.


He added that it was also a nightly ritual for both him and his wife, Rosmahwati Abdullah, 41, to read a few pages of a book and have an intellectual conversation before moving on to other “activities”.


The couple have been doing this since their marriage 25 years ago and they have a collection of 1,000 books, including romance novels.


He has also shared his secret with his eldest son, now 23.

[Video] Kanak-kanak Menari Tarian LUCAH

Nasib baiklah video yang menayangkan sekumpulan budak semuda  5-6 tahun melakukan tarian yang berunsur lucah di bawah ini dirakamkan di negara Barat. Namun begitu, apa-apa yang anda tonton dalam video tersebut tetap sesuatu yang malang dan menyedihkan kerana kanak-kanak semuda itu  diajarkan/dibiarkan melakukan tarian kotor itu dalam pengawasan orang dewasa. Bayangkanlah perilaku kanak-kanak tersebut dalam beberapa tahun akan datang!




Anda boleh juga menyaksikan video yang lain di sini.

,

Ahad, 30 Mei 2010

Malaysian Maverick (Muat Turun)

(Klik sini untuk muat turun (kredit Milo Suam))

Sabtu, 29 Mei 2010

Adakah Ini Kemahuan Penduduk Kampung Baru?

Menang sorak kampung tergadai? Selepas Singapura, Pulau Batu Putih, 2 blok minyak, Tanjong Pagar, UMNO ingin "menggadaikan" pula Kampung Baru. Selepas ini, Kampung Baru yang dihuni oleh majoritinya orang Melayu akan menjadi petempatan orang Singapura, Hong Kong, dan sebagainya kerana pemilikan kawasan ini akan dibuka kepada orang luar jika pelan pembangunan yang dicadangkan oleh Menteri UMNO seperti yang diberitakan di bawah ini dilaksanakan.

Saya cuba tidak menjadi rasis, tetapi cuba fikirkan pemilikan hartanah di Kuala Lumpur. Berapa peratuskah hartanah di Kuala Lumpur dimiliki oleh orang Melayu?

PERKASA, Zul Nordin? Di manakah anda semua?

Untuk maklumat lanjut sila baca ulasan Dr Lo Lo di sini.

Saya petik berita tentang hal ini:

[BERNAMA] Hak pemilikan tanah orang Melayu di kawasan Kampung Baru tidak akan terjejas walaupun masyarakat bukan Melayu bakal diberikan kuota 40 peratus untuk memiliki hartanah di kawasan berkenaan apabila projek Pembangunan Kampung Baru dilaksanakan kelak.


Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chick Raja Zainal Abidin berkata ini kerana Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang akan ditubuhkan di bawah Akta Parlimen akan bertindak sebagai badan mekanisme penyeliaan kawalan pemilikan Melayu di kawasan itu.


“Cadangan itu bertujuan memaksimumkan potensi pembangunan di kawasan tersebut...apabila kita katakan bukan Melayu, maksudnya ia tidak terhad kepada kaum bukan Melayu di negara ini tetapi mungkin juga pelabur-pelabur luar yang berminat.


“Kalau kita teruskan sekatan kepentingan tanah ini kepada orang Melayu sahaja, saya tidak yakin kita akan dapat nilai tanah, RM4,000 atau RM1,000 sekalipun seperti yang pemilik tanah dan pewaris tanah di Kampung Baru mahukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan pemilik dan pewaris tanah mengenai pembangunan Kampung Baru di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.


Berdasarkan cadangan untuk membatalkan sekatan kepentingan tanah-tanah di Kampung Baru, kaum bukan Melayu akan berpeluang untuk memiliki ruang perniagaan dan unit-unit kediaman yang akan dibangunkan di kawasan itu berdasarkan nisbah 60:40.

Lanjut di sini.

,

Wanita Pijak Bayi Kerana Berang Dituduh Mencuri







 Seorang wanita yang dituduh mencuri telefon bimbit mengambil tindakan yang mengejutkan apabila dia memcampakkan bayinya ke jalan raya sebelum bertindak memijak bayi itu.

Kejadian yang berlaku di China itu bermula apabila wanita tersebut dan rakannya (kedua-dua memegang bayi) didatangi seorang pelajar sekolah bertanyakan tentang telefonnya yang dikatakan telah dicuri oleh wanita tersebut.

Pertengkaran tercetus antara kedua-dua belah pihak dan wanita itu bertindak mencampak dan memijak bayinya selepas salah seorang saudara kepada pelajar terbabit menolaknya.

Alhamdullilah, bayi malang itu tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Gila!

Lanjut, sila baca beritanya di sini.

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
 

Jumaat, 28 Mei 2010

[Kemas Kini] Siapa TAEK? Apa Kaitannya dengan PM 1Malaysia?

Saya petik:

[TVS] Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar hari ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansur menafi kaitan mereka dengan individu bernama Taek Jho Low.

Beliau berkata, Najib dan Rosmah perlu memberi penjelasan berikutan lelaki berusia 28 tahun itu memiliki kekayaan melimpah ruah hingga berita kekayaannya mengenai Jho Low berikutan mereka didakwa ada hubungan dengannya.


Berucap pada kongres AMK di Pantai Cahaya Bulan di sini, hari ini, Shamsul berkata, lelaki itu mengikut akhbar New York Times dan Malay Mail sebagai seorang yang boros berbelanja dan gemar berparti.


Mengikut New York Times, Jho Low didakwa membelanjakan AS$50,000 semalaman untuk berhibur dan menghadiahkan 200 botol arak berjenama bernilai AS$1,000 sebotol kepada pelakon Hollywood, Megan Fox.


Sehubungan itu, Shamsul meminta penjelasan sama ada Jho Low adalah individu yang terlibat dalam pembangunan komersil tanah lapangan terbang Sungai Besi milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).


(Sumber Gambar: www.nypost.com)

Saya cari lagi artikel berkaitan dengan "jutawan muda" ini di internet. Rupa-rupanya, kehidupan pemuda ini memang dashyat. Gaya hidupnya mewah dan dikelilingi selebriti dan model. Selebriti yang berparti dengannya pula bertaraf lima bintang. Misalnya, berdasarkan gambar di atas, dia dilihat sedang berparti dengan Usher.

Menurut laman sesawang Gawker, pemuda ini ketika menyambut hari jadinya yang ke-28 telah menerima kereta sport warna merah daripada Jamie Foxx. Parti harijadinya turut dihadiri Usher, Paris Hilton, dan Megan Fox. Fuh!

AMK PKR hari ini mengaitkan pemuda ini dengan projek komersil Lapangan Terbang TUDM Sungai Besi serta PM 1Malaysia dan isterinya Rosmah.

Siapa pemuda ini?

Saya petik lagi:

Name: Take Jho Low
Age
: 28
Occupation
: Officially he is an adviser to some international corporations, but no one knows what that means or seems to believe that is the truth. People say he's involved in oil, gas, and construction. He and was appointed to the board of Malaysian bank UBG Berhad last year. It's rumored that he's an arms dealer.
Residence
: Rents several apartments in the Park Imperial on West 57th St in midtown that house him and his staff—including several body guards. Famous neighbors include Daniel Craig and Sean Combs.
Motorcade
: Travels about town with his entourage in a fleet of Escalades.
Nightclub Spending
:

Birthday Party:

Supposed Benefactor: Kuwaiti
Hamad Alwazzan
Champagne of Choice: Cristal, which he'll buy for anyone who asks.
Quote: "A Jho Low comes around once in a lifetime," one nightlife insider
told Page Six about the man's big-spending ways.

Khamis, 27 Mei 2010

Implikasi Persetujuan Najib-Lee (Tanah KTMB)

DARIPADA laporan media massa mengenai persetujuan antara Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Shien Loong, fakta berikut boleh dikesan.

1. Singapura tidak berhasrat menyambung Perjanjian Air 1961 dan akan menyerahkan loji pembersihan di Johor kepada negeri itu apabila perjanjian tamat;

2. Tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura, bermula dengan stesen Tanjong Pasar, akan dimajukan;

3. Pemajunya adalah M&S Private Ltd. Khazanah Nasional Berhad pegang 60 peratus saham dan Temasek 40 peratus;

4. Stesen KTM Tanjong Pagar akan ditutup dan stesen Woodlands jadi stesen terakhir. Menjelang 2018, stesen Woodlands mungkin ditutup. Johor Baru jadi stesen terakhir KTM di sebelah selatan;

5. Persetujuan Mohd Najib-Shien Loong selaras dengan perjanjian “Malaysia-Singapore Points of Agreement (POA), 1990;

6. POA ditandatangani oleh PM Singapura ketika itu, Lee Kuan Yew dan Menteri Kewangan Malaysia waktu itu, Daim Zainuddin, pada 27 November 1990;

7. Di bawah perjanjian itu, KTM akan kosongkan stesen Tanjong Pagar dan berpindah ke Bukit Timah. Tanah KTM antara Bukit Timah dan Tanjong Pagar akan kembali kepada Singapura;

8. Tanah Tanjong Pagar akan diserahkan kepada sebuah syarikat sendirian berhad untuk dimajukan dengan pembahagian saham 60 peratus untuk Malaysia dan 40 peratus untuk Singapura;

9. Fakta sejarah – tanah KTM seluas 217 hektar dan merentasi 20 hingga 30 kilometer ke dalam wilayah Singapura diperoleh di bawah ordinan penjajah Inggeris pada tahun 1918 yang secara khusus menyebut bahawa tanah itu adalah untuk kegunaan KTM) bagi tempoh masa 999 tahun;

10. POA tidak dilaksanakan dengan serta-merta kerana Malaysia bimbang ia terpaksa (atau dipaksa) menyerahkan kawalan ke atas sebahagian atau semua tanah KTM itu kepada Singapura;

11. Soalnya adakah Pentadbiran Mohd Najib tidak merasi kebimbangan yang sama apabila bersetuju melaksanakan pembangunan semula stesen Tanjong Pagar atas dasar 60 peratus Malaysia dan 60 peratus Singapura itu?

12. Adakah tanah KTM itu akan berpindah hak milik kepada Singapura dan kemudiannya diserahkan kepada syarikat usaha sama Khazanah-Temasek untuk dimajukan?

13. Perlu juga ditanya dan dijawab sama ada pembangunan semula stesen Tanjong Pagar itu akan memperbaiki atau memburukkan daya tarikan serta daya saing Iskandar Malaysia yang juga ditujukan kepada pelabur dan pembeli Singapura?;

14. Apakah pembabitan Khazanah dalam projek raksasa Tanjong Pagar itu tidak akan menyebabkan pengaliran keluar pelaburan terus (FDI) dari Malaysia ke Singapura? dan

15. Apakah Khazanah akan meminjam daripada pasaran kewangan Singapura untuk membiayai penyertaannya dalam projek itu?

Perlu disebutkan iaitu sejak 2006, lebih banyak pelaburan langsung Malaysia mengalir ke Singapura daripada FDI Singapura masuk ke Malaysia.

Kita harap pihak berkuasa akan memberi jawapan kepada kemusykilan kita ini kerana kita tidak mahu sejarah lama berulang kembali di mana kepentingan kita tidak dilindungi sepenuhnya.

Berita buruk Pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan dua blok padang minyak kepada Brunei tahun lalu dan pembatalan Projek Jambatan Bengkok pada tahun 2004 masih menghantui kita.

Memandangkan sensitiviti perhubungan dua negara, adalah keterlaluan kalau kita mengharapkan kemajuan yang lebih besar. Namun kita tidak boleh mengenepikan begitu sahaja isu-isu tertangguh yang lain seperti simpanan rakyat Malaysia dalam Tabung Simpanan Pusat (CPF) dan hak Malaysia membina semula Tambak Johor di wilayahnya.- A Kadir Jasin

,

Minyak MUNGKIN Naik: Bersedialah Mendengar Kata-kata Manis

Minyak mungkin akan dinaikkan sebanyak RM0.15. Saya cakap mungkin kerana itulah nada berita yang dipautkan di bawah ini. Sebelum pengumuman "gembira" ini dikhabarkan ke seluruh negara, ingat-ingatlah kata-kata manis yang selalu digunakan oleh kerajaan selepas mengumumkan kenaikan harga minyak. Antaranya, "kerajaan terpaksa berbuat demikian untuk mengurangkan beban yang ditanggung..., kenaikan harga minyak sama sekali tidak akan menaikkan harga barangan dan makanan..., harga minyak di negara kita adalah antara yang terendah di rantau ini..., dan kerajaan akan memantau harga barangan di seluruh negara...." Sekurang-kurang dapat mengurangkan sakit hati anda.


Cerita lanjut baca berita ini:
* Petrol prices could rise initial 15 sen per litre

,

Muslimat Acheh Barat Dilarang Pakai Jeans Ketat dan Skirt Mini: Muslimat Malaysia?

Malaysia? Gila apa? Hendak melenting NGO yang memperjuangkan hak asasi wanita di Malaysia. Mahkamah jatuhkan hukuman sebat pun heboh 1Malaysia.


Seperkara lagi, gambar isteri pemimpin 1Malaysia ini sudah menjelaskan betapa tipisnya harapan untuk melaksanakan hukum tersebut.

Jadi kalau bercadang ke Acheh, sila pakai pakaian yang longgar-longgar dan menutup aurat mengikut yang disyariatkan kepada orang Islam.


Saya petik:

Jika anda seorang wanita Islam yang gemar memakai seluar jeans yang ketat atau skirt mini, maka daerah Acheh Barat, Indonesia bukan tempat sesuai untuk anda.

Bermula semalam, pihak berkuasa syariah daerah atau Wilayatul Hisbah, mula menahan wanita yang mengenakan seluar jeans yang ketat.

“Bermula Rabu (semalam) kami memulakan langkah ini dan wanita yang memakai seluar ketat atau jeans akan diberikan skirt panjang untuk dipakai manakala jeans mereka akan disita,” kata ketua daerah Acheh Barat Ramli Mansur.

Kira-kira 20,000 skirt panjang telah didermakan oleh kumpulan-kumpulan yang turut menyokong undang-undang kecil itu melarang pemakaian seluar pendek oleh kaum lelaki.

Namun, keberkesanan langkah ini hanya akan dapat dilihat apabila ketua daerah mengumumkan lokasi sesuai penguatkuasaan untuk undang-undang tersebut.

“Selepas perasmian, kita akan mulakan operasi ini di tiga lokasi di ibu kota Meulaboh. Operasi ini akan dijalankan di Kaway XVI, Arongan Lambalek dan Nagan Raya,” kata beliau dipetik The Jakarta Globe.

Tapi jika terdapat wanita Acheh Barat yang berharap undang-undang tersebut tidak akan berkesan, mereka perlu menunggu tempoh yang lama.

“Saya harap orang luar yang datang ke Acheh Barat akan menghormati undang-undang kita di sini,” kata Ramli.

“Saya buat begini kerana itu adalah perintah Islam untuk menegakkan prinsip-prinsip Islam dalam keseluruhan Acheh terutamanya Acheh Barat,” kata beliau lagi.

Baca berita penuh di sini.

[Kemas Kini] Budak 2 Tahun Hisap 40 Batang Rokok Sehari

Hal ini berlaku di Musi Banyuasin, Indonesia. Budak ini bernama Ardi Rizal. Dia menghisap 40 batang rokok sehari.

Menurut ibunya, Ardi mengalami ketagihan yang teruk sehingga menyebabkanya menjerit dan menghentakkan kepala pada dinding jika tidak dibenarkan menghisap rokok. Menurut laporan akhbar, kepala Ardi dikatakan pening dan dia rasa sakit jika tidak merokok.

Ardi hanya menghisap satu jenama rokok sahaja, dan untuk sehari keluarganya terpaksa menanggung kos sebanyak 3.78 pound (lebih RM20).

Oleh sebab jahil soal kesihatan, bapanya seorang nelayan memberitahu wartawan bahawa anaknya tampak sihat dan dia tidak melihat sebarang masalah terhadap kelakuan anak kecilnya itu.

Aduhai, anda boleh menjangkakan usia budak ini, jika dia masih merokok untuk beberapa tahun akan datang! Cerita lanjut di sini.


Blog ini pernah menyiarkan cerita:
* Lelaki ajar budak 3 tahun hisap rokok dan minum beer - budak 3 tahun
* Menggemari kemaluan wanita, cita-cita hendak jadi pencuri, dapat duit hendak langgan pelacur - budak 4 tahun

Kemas Kini:
* Indonesia probes smoking toddlers parents

Rabu, 26 Mei 2010

SEKS GILA: Lelaki Lakukan Seks dengan LUBANG KERUSI TAMAN Nyaris Kehilangan "Burungnya"

Gelak dahulu: Hahahahahaha. Gelak lagi: Haahahhahahahah. Macam-macam kelakuan manusia pada zaman sekarang. Memang cacamarba! Kisah ini berlaku di Hong Kong, bukan di Malaysia!

Seorang lelaki bernama Xing, dilabelkan sebagai lelaki kesepian, mungkin beranggapan bahawa melakukan seks dengan lubang kerusi di taman akan memberikan tahap keinzalan yang tinggi dan menyeronokkan dirinya.

Dengan gelora nafsu songsang, pelik, bodohnya, lelaki itu cuba memuaskan nafsunya dengan melakukan seks dengan lubang bangku taman yang tidak bernyawa itu. Namun, apabila dia mula terangsang, kemaluan yang dimasukkan ke dalam lubang kerusi tadi gagal dikeluarkan.

Lelaki berusia 41 tahun itu menjadi panik lalu menelefon polis untuk meminta bantuan. Apabila polis tiba di tempat kejadian, mereka mendapati lelaki itu dalam keadaan bertiarap. Doktor yang turut berada di tempat kejadian mengeluarkan sedikit darah dari kemaluan lelaki itu dengan harapan untuk mengurangkan tekanan agar kemaluan lelaki bernafsu pelik itu dapat dikeluarkan. Malangnya, kemaluan lelaki itu sudah menjadi terlalu bengkak sehingga memaksa penyelemat memotong kerusi itu sebelum membawanya bersama-sama lelaki itu ke hospital.

Di hospital, doktor mengambil masa selama empat jam untuk mengeluarkan kemaluan lelaki itu dari lubang kerusi taman yang “dinodainya”. Kata doktor yang merawatnya, jika kemaluan lelaki itu masih gagal dikeluarkan, mereka mungkin terpaksa memotong kemaluan lelaki itu.

Gila! Laporan lanjut boleh anda baca di sini.

, ,

Misi Blogger UMNO Melondeh Anak Presiden MIC

Di akhbar Utusan, terpampang kenyataan TPM berkaitan dengan anak S Samy Vellu ini: Anak Presiden MIC biadap-TPM.

Di alam maya (internet), misi melondeh anak Presiden MIC ini diteruskan oleh blogger tegar UMNO.

Semalam heboh mereka menghentam tindakan PM yang menggadaikan harta negara. Alhamdullilah, ada juga blogger UMNO yang tidak buta hati sepenuhnya.

Hari ini ada beberapa blogger mengirimkan kiriman untuk melondeh anak Presiden MIC.

Contoh 1:

...Beliau yang berusia 47 tahun ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maika Holdings Berhad yang pernah mengakui bahawa beliau amat rapat dengan pembantu peribadinya, K Sujatha tetapi tidak pernah melakukan hubungan seks. Saya kurang bersetuju apabila orang mengatakan beliau seorang yang biadap apabila membuat kenyataan UMNO adalah dalang di sebalik pembabitan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS), yang telah mendesak Presiden MIC terlama di dalam sejarah itu untuk mengundur diri.

S Vell Paari yang saya tahu merupakan seorang yang amat pemurah yang pernah saya dengar. Kenapakah saya berkata demikian? Lihatlah fakta-fakta betapa pemurahnya beliau dengan pekerja beliau (K Sujatha yang merupakan pembantu peribadi beliau):

1. Mendiang Sujatha sering kali melawat rumah Vell Paari dan mereka telah dilihat sentiasa keluar makan malam bersama.
2. Vell Paari telah menemani mendiang Sujatha sebanyak dua kali ke India untuk membolehkan beliau mendapatkan rawatan.
3. Vell Pari telah membiayai pembelajaran mendiang Sujatha di peringkat Diploma dan juga Sarjana di dalam perniagaan.
4. Vell Paari juga membiayai pembelajaran adik-adik mendiang Sujatha di Australia.
5. Vell Paari telah membayar RM220,000 tunai ke atas pembelian satu unit kondominium di mana mendiang Sujatha telah tinggal.
6. Vell Paari telah menjadi penjamin ke atas pinjaman bank yang dipohon oleh mendiang Sujatha sebanyak RM200,000.
7. Vell Paari juga telah menjadi penjamin kemudahan kredit pembelian Mazda RX8 oleh mendiang Sujatha.

Bukankah Vell Paari merupakan seorang warga Malaysia yang pemurah? Mana ada majikan yang sanggup memberikan segala bentuk perhatian dan kemudahan kepada pembantu peribadinya? ...sumber di sini.

Contoh 2:

1. Vell Paari merupakan high school drop-out memegang jawatan CEO Maika Holdings Berhad, sayap pelaburan MIC yang dikatakan telah gagal dan merugikan jutaan ringgit wang pelabur-pelabur. Penulis dapati kes Maika Holdings masih menjadi buah mulut kaum India di negara ini dan mendatangkan rasa marah dan kecewa kepada kaum itu.

Hampir 66,400 pelabur kaum India yang melabur di dalam Maika Holdings tetapi mereka tidak mendapat pulangan seperti yang dijanjikan.

2. Vell Paari juga dikatakan mempunyai skandal dengan artis K. Sujatha yang membunuh diri dengan meminum racun rumput pada 25hb Jun 2007.
 
Ironinya, Vell Paari mengaku telah membiayai pelajaran Diploma dan Master K.Sujatha. Vell Paari juga dengan 'murah hatinya' telah membayar separuh daripada pinjaman kodominium milik K. Sujatha yang bernilai RM420,000 dan juga menjadi penjamin pinjaman kereta RX8 milik K.Sujatha.
 
Pokoknya, Vell Paari sangat 'bermurah hati' dan 'sangat prihatin' kepada seorang artis yang akhirnya membunuh diri. Yang menimbulkan isu ialah terdapat foto perkahwinan Vell Paari dan isterinya yang dijumpai dikoyak di kondominium K. Sujatha!

Vell Paari, lain macam aja murah hati dan keprihatinan anda itu. Dan apakah kematian K. Sujatha ada kena mengena dengan rasa kecewa yang amat sangat terhadap anak Samy Vellu itu?

3. Dan sekarang apabila Vell Paari mendapat sedikit kuasa di dalam CWC MIC, beliau sudah mula berlagak dan angkuh dengan menuding jari kepada parti UMNO, parti majoriti di dalam Barisan Nasional yang masih simpati dan toleransi dengan ketidakmampuan parti tersebut membantu BN semasa PRU-12 yang lepas...sumber di sini.

Raja Petra Tidak Boleh Dibicarakan di Britain

Saya petik:

[TS] PETALING JAYA: The Government cannot bring fugitive blogger Raja Petra Raja Kamarudin to trial in Britain even if it wanted to.

Bar Council vice-president Lim Chee Wee said Malaysia would have to bring Raja Petra back to prosecute him.

“Essentially, it can’t be done,” he said when asked about Raja Petra’s challenge to the Malaysian Government to try him in Britain.

“You have to bring him back to prosecute him. To do that, you have to check if there is an extradition treaty with Britain.

“And if there is, it depends whether UK gives consent. One factor is whether he can get a fair trial in Malaysia,” said Lim.

It was reported on Monday that an online news portal had written that Raja Petra said he would seek a level playing field in his fight against charges of defamation and sedition as well as his appeal against his detention under the Internal Security Act.... - Teh Eng Hock

Ringkasnya, RPK tidak boleh dibicarakan di Britain. Kerajaan perlu membawanya pulang untuk dibicarakan di mahkamah Malaysia. Persoalannya, adakah Malaysia mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Britain? Jika ada perjanjian seumpama itu, penghantaran pulang RPK bergantung pada budi bicara kerajaan Britain. Persoalan lain, jika dibawa pulang, adakah RPK akan mendapat perbicaraan yang adil?

, ,

Selasa, 25 Mei 2010

LAHANAT: Mereka Masukkan Pensil, Botol Minyak Angin, & Ais ke dalam Kemaluan Mangsa - Tolong Ambil Tindakan Segera!

Tragis! Berita ini pernah disiarkan dalam akhbar baru-baru ini. Namun laporan oleh Mstar ini menggambarkan hal yang cukup mengejutkan. Budak sekolah  14 -16 tahun bertindak wewenang dan ganas sehingga menyebabkan ibu bapa, guru, dan penduduk sekitar ketakutan.

Remaja perempuan yang menjadi mangsa lahanat-lahanat ini diseksa dan dirogol tanpa belas kasihan. Yang peliknya kejadian ini berlaku di kawasan sekolah, antara kawasan yang paling selamat. Lagi pelik, lahanat-lahanat itu ditangkap dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.


Apa cerita polis, Hishamuddin, Muhyiddin Yasin? Budak perempuan ini tinggal dan bersekolah di Malaysia, bukan di Mexico atau di Rusia!

RAWANG: Mereka bukan lagi pembuli biasa di sekolah - pada umur antara 14 dan 16 tahun, mereka kini samseng tegar dan seronok merogol.

Mereka bukan sahaja melakukan keganasan terhadap pelajar sekolah malah kepada guru, penduduk yang menetap di dua kawasan kejiranan berdekatan sekolah - dan kesemua mereka hidup dalam ketakutan.

Kerana takut diapa-apakan oleh remaja yang sanggup melakukan apa sahaja terhadap mereka, guru, ibu bapa dan penduduk memilih untuk berdiam diri dengan aktiviti tidak bermoral mereka.

Lebih menyedihkan kes pencabulan terhadap remaja perempuan dikatakan berleluasa di kawasan itu, namun hampir kesemua kes tidak dilaporkan berikutan mangsa takut akan menerima akibat yang lebih teruk daripada samseng tersebut.

Bagaimanapun, perkara itu akhirnya diketahui setelah satu laporan polis dibuat mengenai kes rogol terhadap seorang gadis berumur 14 tahun oleh rakan sekolahnya dan dipercayai kejadian berlaku di sekolah mereka.

Berita yang telah menggemparkan negara itu menghairankan semua pihak kerana masyarakat tertanya-tanya bagaimana seorang pelajar boleh diserang di dalam sekolahnya sedangkan keselamatan pelajar di dalam kawasan sekolah sepatutnya terjamin.

Difahamkan beberapa pelajar sekolah terbabit telah mengadu kepada seorang penjaga rumah anak yatim mengenai kejadian itu sebelum ia bertambah buruk.

Gadis berkenaan didakwa telah berulang kali dirogol oleh beberapa rakan sekelasnya di beberapa lokasi di sekolah itu dalam tempoh tiga minggu.

Satu pemeriksaan perubatan telah dijalankan terhadap gadis tingkatan dua itu dan telah mendedahkan sebatang pensel berukuran empat sentimeter ditemui di dalam kemaluannya.

Hampir empat minggu pasukan Starprobe cuba mencari kebenaran mengenai masalah itu dan ternyata ketakutan mencengkam penduduk di kawasan itu.

Lebih daripada 20 penduduk yang ditemuramah termasuk pelajar, penduduk, ibu bapa dan guru turut melahirkan rasa sama.

Pasukan penyiasat diberitahu gadis tersebut bukan sahaja dirogol malah telah diseksa oleh kumpulan pelajar lelaki yang sama.

Kumpulan pelajar lelaki terbabit bagaimanapun telah ditahan oleh polis tetapi dibebaskan dengan jaminan polis.

Seorang kenalan mangsa turut mendakwa sebotol minyak angin cap kapak telah dimasukkan ke dalam bahagian kemaluan mangsa.

"Mereka turut memasukkan ketulan ais ke dalam kemaluan mangsa," katanya lagi.

Ternyata usaha pasukan Starprobe untuk menemubual mangsa gagal dan hanya bercakap melalui kelakuannya - menutup kesemua pintu dan tingkap, menutup langsir dan menguatkan suara televisyen.

Mereka gelisah dengan soalan-soalan yang ditanya, tetapi akhirnya mendedahkan terdapat 'tiga serangkai' mendalangi aktiviti samseng disekolah – dikenali sebagai 08, 21 dan 36 yang menjalankan aktiviti di dalam dan di luar kawasan sekolah.

Randy (bukan nama sebenar), bekas ahli kongsi gelap itu mendedahkan, memeras ugut rakan-rakan sekolah menjadi aktiviti harian mereka.

Dedahnya, jumlah wang yang diperas ugut daripada mangsa adalah mengikut nombor ahli kongsi gelap itu.

"Jika nombor kongsi gelap ialah 08, jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM8,” katanya yang menambah mereka yang enggan membayar wang tersebut akan dipukul di luar sekolah.

Dia juga mendakwa beberapa ahli-ahli kumpulan itu turut mengedar dadah seperti ganja, ketamin dan Eramin 5 di sekolah.

“Sumber dadah mereka perolehi daripada samseng-samseng di luar," katanya.

Dalam pada itu, seorang pelajar tingkatan empat di sekolah itu memberitahu dia pernah ternampak seorang pelajar tingkatan tiga diserang dalam dua kejadian di tandas perempuan dan di dalam sebuah kelas yang kosong pada Mac lalu.

“Saya hairan bagaimana mereka begitu berani melakukan perbuatan itu tanpa sebarang rasa takut dan sesal dengan tindakan mereka itu," tambahnya.

Sementara itu, seorang penduduk di kawasan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Sarimah berkata, keluarganya sentiasa menghadapi masalah dengan pembuli tersebut yang menggunakan satu jalan pintas berhampiran rumahnya untuk ke sekolah.

“Anak-anak perempuan saya takut untuk keluar bermain di kawasan sekitar jika pembuli itu berada di situ," kata ibu kepada tiga anak ini.

Lebih mengecewakan apabila dia melaporkan perkara itu kepada pihak sekolah, mereka menyuruhnya berpindah ke tempat lain jika tidak tahan dengan perlakuan samseng itu.

Dalam pada itu, seorang penjaga tanah perkuburan Islam di sebelah sekolah tersebut berkata, pembuli itu akan mabuk dan menghisap dadah di kawasan tanah perkuburan itu bertujuan mempersenda-sendakannya.

“Semasa mereka sibuk minum minuman keras itu mereka akan membaling saya dengan batu dan apabila saya bertanya sebab mereka membaling batu ke arah saya mereka akan memaki saya kembali dan mengugut untuk memukul saya," katanya yang turut memberitahu telah memgambil gambar aktiviti pelajar tersebut dan menyerahkan gambar tersebut kepada pihak sekolah namun tiada tindakan yang diambil.

Pemeriksaan menunjukkan grafiti yang diconteng pada dinding sekolah menggambarkan nombor yang mewakili ahli kumpulan kongsi gelap tersebut.

Mereka juga turut merosakkan kereta yang diletakkan di dalam kawasan sekolah, memecahkan cermin dan merosakkan kenderaan kepunyaan guru sekolah itu.

Happy hour kumpulan samseng itu bermula pada setiap Jumaat petang dekat tanah perkuburan yang terletak bersebelahan sekolah. - Andrew Sagayam dan Wong Pek Mei

* Gambar sekadar hiasan

,

JUDI PIALA DUNIA: Surat Terbuka Tamrin kepada Jamil Khir (Menteri di Jabatan PM)

Assalamualaikum w.b.t.

Segala puji bagi Allah swt, Tuhan Yang Maha Mengasihani dan Menyayangi hamba-hamba-Nya. Dialah Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia berbanding manusia itu sendiri.

Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang sangat kasih kepada umatnya. Baginda sentiasa merasa begitu berat melihat penanggungan umatnya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Jamil Khir Baharom

Terlebih dahulu saya berdoa agar Allah s.w.t agar memberi keterbukaan di hati Dato’ sewaktu membaca surat ini seperti mana saya cuba membuka hati saya sewaktu menulisnya. Saya penuh sedar bahawa saya bukanlah insan yang tidak berdosa, tetapi saya yakin Dato’ sedia maklum bahawa dosa-dosa kita sama ada yang terdahulu, kini dan masa akan datang tidaklah wajar menjadi penghalang untuk kita mengingatkan sesama muslim.

Maka atas dasar itulah saya memberanikan menulis surat ini. Rasulullah saw bersabda:

“Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman.” [HRMuslim]. Dalam riwayat lain disebut, “dan di luar itu, sudah tidak ada lagi sebutir keimanan pun”.

Surat ini ditulis dengan tujuan menyatakan pendirian terhadap isu kelulusan lesen perjudian bola sepak sempena kejohanan Bola Sepak Piala Dunia akan datang yang telah diluluskan oleh Kerajaan baru-baru ini. Mudah-mudahan dengan misi surat ini Dato’ sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal agama, akan memikirkan dengan wajar, bijaksana dan penuh berhati-hati terhadap hak Allah dan hak sesama manusia.

Saya memilih menulis surat ini secara terbuka kerana media cetak dan elektronik aliran perdana lebih berminat membesar besarkan isu seperti pernikahan yang menyalahi undang-undang syarak walaupun ianya telah menepati hukum ALLAH. Mereka seolah-olah mendapat arahan untuk melenyapkan pandangan dan teguran-teguran yang tidak menyokong tindakan Kerajaan meluluskan lesen perjudian tersebut.

Ini terbukti apabila saya selaku Naib Presiden Pertubuhan Mantan Wakil Wakil Rakyat UMNO (PAKKU) mengeluarkan kenyataan akhbar pada 18hb Mei 2010 meminta Kerajaan membatalkan serta merta lesen judi tersebut tidak ada satu pun media cetak dan elektronik aliran perdana mengeluarkan kenyataan tersebut.

Yang Berhomat Dato’,

Sesunguhnya, pertimbangan pengeluaran lesen judi atas alasan untuk mengawal dan mengetahui jumlah wang pertaruhan (seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien) adalah tertolak di sisi Islam. Dalil pengharaman judi adalah qatie’ dan tidak boleh dipertimbangkan lagi. Kawalan seharusnya tertumpu pada usaha kerajaan menyekat judi yang gelap mahupun terang dengan melipatgandakan modus operandi agensi-agensi penguatkuasaan dan mengenakan hukuman yang lebih berat, bukan ‘menghalalkan’nya. Saya ingin bertanya di manakah letaknya kesahihan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bahawa polis sudah mengenal pasti suspek dan lokasi sindiket judi bola itu? Jika demikian, mengapa tidak dihapuskan kegiatan itu sama sekali? Apakah polis tidak berupaya menghapuskan sindiket-sindiket tersebut? Apakah meluluskan lesen judi tersebut merupakan pendekatan terbaik untuk mengatasi ketidakupayaan polis?

Jika itu alasannya maka mengapa tidak Kerajaan menghalalkan sahaja perkara-perkara haram yang lain seperi pelacuran, pengedaran dadah dan lain-lain kemungkaran atas alasan untuk ‘mengawalnya’ pada masa akan datang?

Padahal, kerajaan seharusnya mesti lebih serius, kreatif dan komited untuk membanteras semua perkara haram itu sama ada melalui kaedah dakwah dan tarbiah (pendidikan) mahupun dengan penguatkuasaan undang-undang. Kita seharusnya berfikir ke arah bagaimana hendak mengikut hukum yang telah ditetapkan Allah, bukan mencari jalan untuk menyimpang daripada hukum-Nya.

Saya dimaklumkan bahawa kedua-dua mantan Perdana Menteri sebelum ini telah menolak permohonan syarikat tersebut untuk mendapatkan lesen judi ini. Kelulusan lesen judi yang terbaru ini juga menimbulkan persoalan apakah keuntungan RM500 juta yang dikaut oleh individu tertentu dalam sekelip mata itu tidak mengalir kepada beberapa lagi orang tertentu?

Saya ingin bertanya apakah Yang Berhormat Dato’ selaku Menteri yang bertanggung jawab tentang hal-hal Agama telah turut sama merestui meluluskan lesen judi ini apabila Menteri Kewangan mengemukakan cadangan tersebut. Walaupun jika sekiranya atas sebab-sebab tertentu cadangan tersebut tidak dibincangkan dalam msuarata kabinet apakah Dato’ sebagai orang yang jauh lebih arif dari saya tentang hukum ALLAH tidak menyatakan pendirian dan menentangnya habis-habisan?

Marilah sama-sama kita merenung kembali firman Allah yang telah kita dengar sejak dahulu lagi tentang pengharaman judi ini.

Ertinya : Mereka bertanya kepada mu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-Baqarah : 219)

Dan juga larangan selanjutnya:

Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

Yang Berhormat Dato’

Saya amat terpegun apabila ada teriakan dari organisasi-organisasi bukan Islam termasuk parti DAP yang telah beberapa kali meminta segala bentuk perjudian dihapuskan sama sekali di negara di mana Islam adalah agama rasminya. Amatlah memalukan sekali, apabila pada masa yang sama kerajaan yang mana UMNO menjadi tulang belakangnya terus menghalalkan aktiviti yang jelas haram di sisi Islam ini. Bukankah ini nanti akan membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO telah melanggar perlembagaan UMNO itu sendiri?

Sehubungan itu, saya menjemput ahli-ahli UMNO menyemak buku perlembagaan parti. Di manakah letaknya perjuangan UMNO dalam hal menegakkan Agama Suci ini? Hati kecil setiap manusia yang cintakan kebenaran dan kedamaian sama ada Islam atau pun bukan Islam sudah mengakui akan keburukan judi menerusi pengalaman hidup dan juga pemikiran yang waras (oleh orang Islam dan bukan Islam). Bukankah Islam itu sesuai dengan fitrah manusia? Sepatutnya kita ‘ berhijrah’ dari yang buruk kepada yang baik, bukan sebaliknya.

Saya ingin mengingatkan bahawa satu kemungkaran boleh menjadi ‘mata rantai’ kepada kemungkaran yang lain. Justeru, judi atas apa jua jenis dan bentuknya akan menyebabkan berlakunya beberapa keburukan yang berikut:

i) KUCAR – KACIRNYA INSTITUSI RUMAH TANGGA
Akan berlaku krisis antara suami isteri akibat habisnya wang belanja keperluan rumah untuk berjudi. Anak-anak akan menderita akibat krisis rumah tangga.

ii) BELUNGGU HUTANG
Orang yang berjudi tidak pernah senang. Ramai yang terpaksa berhutang kerana memburu kemenangan yang tidak pernah datang. Tidak mustahil ada yang akan kembali mencari Along untuk berhutang.

iii) PERJUDIAN SECARA ONLINE OLEH KANAK-KANAK
Ia sudah pasti akan mendorong kanak-kanak di bawah umur turut terlibat tanpa dapat diawasi oleh ibu-bapa mereka, apatah lagi kalau ibu-bapa mereka sendiri terlibat. Duit ibu bapa akan di curi jika mereka tidak mencuri di luar. Dalam erti kata yang lain ianya akhirnya akan mendorong kanak-kanak menjadi pencuri dan lain-lain kegiatan tidak bermoral.

iv) KUALITI DAN PRODUKTIVITI MENURUN
Budaya berjudi akan menyebabkan kelembapan dalam kerja dan usaha kita dalam usaha menjadi negara maju dengan acuan tersendiri. Kalau dulu ada yang leka menonton bola sepak secara keterlaluan, kini keadaan bertambah buruk apabila ketagihan judi bola sepak pula menular. Dan ada yang mula terbiasa dengan cara mencari keuntungan secara singkat dan cepat tanpa usaha dan mempertingkatkan kemahiran diri.

Yang untung dalam hal perjudian ini amat kecil dan oleh segelintir individu yang kecil pula. Yang rugi dan menderita akhirnya kelak terlalu ramai di samping kita mendapat kemurkaan Allah.

Itulah beberapa hikmah mengapa judi diharamkan Allah swt. Ia adalah hukum yang telah disepakati secara Ijmak' oleh para ulama. Malangnya tidak ramai tokoh agama seperti Mufti Perak yang berani menegur secara terbuka tindakan Kerajaan ini. Umat Islam tertanya tanya mengapakah Majlis Fatwa Kebangsaan membisu seribu bahasa dalam perkara yang amat penting ini sepertimana mereka membisu dalam isu Kerajaan membayar RM77 juta kepada Apco, sebuah syarikat Zionis Yahudi yang mana seluruh dunia tahu mereka membunuh dan berlaku kejam terhadap umat Islam di bumi Palestin dan merampas Tanah Suci Baitul Muqaddis.

Lihat saja pasport antarabangsa kita hanya sebuah negara saja yang kita rakyat Malaysia tidak boleh lawati ia itu Israel. Apakah mereka juga berfungsi seperti media cetak dan elektronik aliran perdana yang seolah-olah telah mendapat arahan tidak resmi untuk menenggelamkan isu ini?

Justeru, dengan rendah hati saya merayu agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama memainkan peranan agar lesen perjudian ini dibatalkan serta merta. Saya sering mengingatkan diri saya sendiri pangkat, kedudukan dan kemewahan di dunia ini adalah sementara sahaja. Kita semua akan menghadapi-Nya jua suatu masa nanti. Semua pihak akan dipertanggungjawabkan di mahkamah Allah Khadi Rabbul Jalill.

Saya yakin kita sama-sama akan berpegang kepada peringatan Allah melalui firman-Nya:

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidah mu secara dusta ‘ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung” an-Nahl 16:116.

Akhir sekali, saya memohon agar Yang Berhormat Dato’ memikirkan juga apakah akibat yang akan berlaku jika kemungkaran judi ini diteruskan oleh pihak yang berkuasa. Saya, Dato’ dan kita semua tidak mahu azab Allah turut terkena ke atas Malaysia yang tercinta ini kerana kealpaan dan kederhakaan kita. Sabda Nabi SAW,

“Allah tidak menghukum suatu bangsa kerana kesalahan beberapa orang di antara mereka, sampai mereka melihat kemungkaran (dilakukan) di antara mereka, sedangkan mereka mampu menghentikannya, tetapi mereka tidak menghentikannya. Apabila mereka berbuat seperti itu (tidak menghentikan kemungkaran), maka Allah akan mengazab (orang yang melakukan kemungkaran) secara khusus dan (bangsa itu) secara keseluruhan” [HR Ahmad].

Saya akan menyokong siapa sahaja sama ada individu mahu pun mana- mana organisasi yang menentang segala bentuk perjudian di negara tercinta ini. Saya berdoa agar seluruh rakyat Islam bangkit bersama menentang sekeras-kerasnya perjudian ini kerana cintakan bangsa, negara dan agama adalah teras kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.

Untuk yang Berhormat Dato’ saya ucapkan terima kasih atas kesudian membaca seterusnya meneliti isi surat ini. Semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayah buat kita untuk menjalankan amanah-Nya sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Amin.

Sekian. Wassalam.

Yang benar,

TAMRIN TUN GHAFAR

Sk :
Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong
Kebawah DYMM Raja Raja Melayu
YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO
YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO
Ahli Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Ahli Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan
Mufti Mufti
Media Cetak dan Elektronik

,

[Kemas Kini] Ingat Bahasa, Ingat Pak Samad, Ingat Singapura, Ingat Pak Samad

Hari ini surat khabar Utusan Malaysia menyiarkan berita fasal perpindahan stesen KTM dari Tangjong Pagar Ke Woodland mulai 2011, fasal Malaysia-Singapura mencapai kata sepakat, fasal perjanjian air, dan sebagainya.

Tiada sedikit pun rasa kesal diluahkan oleh akhbar ini.

Berita Harian pula menyiarkan berita yang menggambarkan titik permulaan pemulihan hubungan antara Malaysia dengan Singapura terutamanya berkaitan dengan isu tanah KTM yang menjadi pertikaian sejak puluhan tahun lalu. Surat khabar itu menggunakan tajuk "Sudah ada cahaya di hujung terowong".

Ya, sudah ada cahaya selepas tergadainya Pulau Batu Putih! Kini, Tanjong Pagar pula tergadai.  Selepas marah kerana negara hilang 2 blok minyak kepada Brunei, orang ramai/pemimpin mempersoalkan pula langkah negara menukarkan enam bidang tanah di Tanjong Pagar dengan dua kawasan di Singapura (Marina Bay). Anda boleh bacanya di sini.

Lepas satu-satu harta negara dilelong/digadai oleh pemimpin UMNO!

Saya bukan bekas warga Singapura, tiada juga sanak saudara yang kini menjadi komuniti minoriti di pulau itu. Namun apabila teringat akan pulau itu (sebagai jajahan Malaysia), selain filem P Ramlee, saya teringat akan puisi di bawah ini. Ketika Pak Samad menyampaikan puisi ini, saya berada dalam majlis yang sama. Begitu juga jika saya teringat akan nasib bahasa kebangsaan, puisi ini juga berlegar-legar dalam kepala.

Tragis dan nostalgik.


Suara dari dinding dewan (2003)

Setelah isyakmu, selepas kudus berdoa,
dan dalam kusyuk batin paling syahdu,
Gementar kudampingimu, bersuara di sisi.
Paling kuharap tidak disalah mengerti.
Dan bertekad seazammu, tak disengaja,
setiap isytihar memeranjatkan murba.
Tapi, pemimpin negara tetap kukasihi
dan bisikku ku ini pun setulen hati nurani,
mendoakan agar pemimpin selalu berada
dalam kafilah waras dilimpahi barakah.

Aku seorang tua uzur dari Geylang Serai,
Singapura, telah hilang pulau sebuah,
gusar, terlalu memburu ilmu tertentu
mungkin berdarah lagi bahasa pusakaku
Aku asal petani dari Belimbing Dalam,
Melaka, terlalu berkira ingin bertanya
tentang "kecapaian" pembangunan negara-
bukan-tentang pencapaian daulat bahasa
Dan di sisimu, kini, dalam doa syahdu,
saat damai, kurasa, untuk cuba mengadu.

Semakin sukar, percayalah untuk dibaca
hasrat jati pemimpin yang terlalu sasa-
sepeti gunung tersayup cekal dirinya
seindah pelangi sentiasa ketampanannya.
Diriku musafir tua pernah ke Pokok Sena,
Kedah baka tulen warga Malaysia, yakin
cetek ilmu masih boleh menyelamatkan
Kesetiaan rakyat, tapi ketinggiannya
belum pasti sepadunya dapat mengubati
ketaksetiaan yang mula merayau sendiri.

Benar, memang diriku yang terus tergamam
bersama jutaan Melayu, terpaksa berlari
gugup diatas ranjau teka-teki bahasa
yang dalam serba dosa aku mempercayainya.
Jurang tindakmu sering sulit difahami-
percayalah, ia darurat yang mendesak,
kegamaman yang sering cepat memuncak, dan
lihat, bahasa ibunda mula ulang dicemuhi,
sedar atau alpa arahmu menyalakan api.
begitulah kurasa batik Melayu dilukai.

Pemimpin awalku menyelamatkan bangsanya
dengan melepaskan pulau paling pusaka
Kini, terlalu kukuathiri jika terjadi:
Kerana puncak ghairah pintarkan bahasa
tertakik pula usia lema dekad bahasa
yang sesantun dan sesetianya dipelihara.
Aku orang tua dari sejarah sengsara,
kadang gamam, kadang nyanyuk membaca
teka-teki yang makin payah dimengerti-
kegementaran yang tersangat menguji.

Aku bekas pesilat tua Geylang Serai.
singapura, tidak setangkas dulu diriku,
hilang pulau kini tercabar pula bahasa,
siapa tahu, peribadi bakal tercantas sama.
Aku kira dayus untuk terlalu membisu
tidak dinyata seikhlasnya resah bangsa,
walau dikata dangkal keraguan mereka.
Sekali ini keberjujur kepada pemimpin-
berkawan atau berlawan- demi kebangsaan.
Tapi, tetap kudoa mereka damai berkafilah.

Aku pendekar nyata gagal berkeris bahasa
dan barangkali terlalu tua untuk membaca
tamsil kilat betuk dalam telaga Melaka.
Usah diradak bahasa dengan sains-matematika.
Kini doa kudus saja harta terakhirku di maya.
Aku ingin pandai tanpa kehilangan bahasa.

A Samad Said
14-19 Julai 2002

 
Berkaitan:
* Malaysia-Singapura capai kesepakatan
* "Sudah ada cahaya di hujung terowong"
* Stesen KTMB di Tanjong Pagar pindah ke Woodlands Julai 2011
* Syarikat M-S Pte. Ltd. majukan tanah KTMB
* Stesen keretapi Tg Pagar - satu perspektif (pandangan dari sudut positif)

Kemas Kini:

Blog ini setuju dengan TT:

Tanah KTM di Tanjung Pagar dilaporkan akan bertukar tangan.
Tanah ini adalah hartanah yang nilainya cukup mahal. Tanah ini dilaporkan
akan diganti.


Kenapa ini berlaku?

Justeru PKR, PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat wajib mempersoalkan hal ini. Ini bukan jual beli ubi dengan keledek.


Pakatan Rakyat wajib:
- menuntut pekara ini dibincang di parlimen
- menuntut agar semua perjanjian dibuka dengan telus
- memastikan orang ramai tahu hal ini


Jika ada perjanjian beli ini berat sebelah:
Maka Pakatan Rakyat wajib mengeluarkan kenyataan yang ianya akan
menolak perjanjian ini jika Pakatan Rakyat mentabir Malaysia.

,

Ahad, 23 Mei 2010

PAS kini PAS For All

Saya petik:
[HD] Keterbukaan PAS menerima orang bukan Islam menyertai parti Islam itu melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) membuktikan bahawa PAS sedang menyatupadukan semua kaum di negara ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jika semua kaum dan etnik di negara digabungkan dengan baik, ianya akan menghasilkan natijah yang baik untuk manfaat negara.

"PAS cuba menyatupadukan seluruh kaum di negara ini dengan membuka pintu kepada orang bukan Islam menyertai PAS.

"Ini terbukti apabila Kelab Penyokong PAS dinaiktaraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan pelancaran DHPP di Klang hari ini.

Sebagai gimik pelancaran, beliau menyentuh sebuah glob bertulis DHPP.

Terdahulu dalam ucapannya beliau juga berkata, apa yang boleh menyatukan kaum ialah keadilan dan saling menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain, dan ianya sedang dibuktikan oleh PAS.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, PAS mengambil langkah proaktif sewaktu memerintah Terengganu apabila mencadangkan supaya orang bukan Islam dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
"Ini membuktikan bahawa PAS tidak mengenepikan orang bukan Islam," katanya lagi.

Turut hadir Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari, Dr. Hatta Ramli, Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad.

Manakala pimpinan lain termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali, Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum, Dr. Mujahid Yusof, Timbalannya, Dr.Halimah Ali yang juga pengarah program serta pengerusi dan timbalan pengerusi DHPP Hu Pang Chaw dan N.Balasubramaniam.

,

RPK lwn Najib, Malaysia: Gelanggang sudah dibuka, bila mahu bertarung?

RPK cabar Najib, Malaysia:

“I will take on the government and I will fight them but I will do what Sun Tzu said, ‘Fight him in your territory.’ “So my territory is here in the UK,” he declared to applause from a largely partisan crowd of over 300, who had their bags searched before entering the hall at the BPP Law School. Many had to stand for the two-hour talk by the blogger, who repeated what he had written over the years, in his first formal appearance after over a year in self-imposed exile. Raja Petra wore his now signature beret and immediately refuted the notion that he should return home to prove his innocence of the charges levelled against him. “A first year law student can tell you that it is not the job of the accused to prove his innocence. It is the job of the prosecution to prove guilt.

Apabila RPK mencabar kerajaan Najib melawannya di UK, maka cabaran itu memberikan implikasi yang sangat buruk kepada badan dan proses perundangan negara. Tambah memburukkan keadaan jika cabaran terbuka yang dibuat oleh RPK itu tidak diendahkan oleh kerajaan Najib.

Tidak perlu ulas panjang-panjang. Gelanggang sudah dibuka, bila mahu bertarung?   


Berkaitan:
* Scotland Yards says RPK not wanted 

,

Wayang Baru: "You help me, I help you"

Wayang baru. Lihat penghujungnya. Tidak perlu ulas panjang-panjang. Saya petik: 

[MK] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung "You help me, I help you" semasa kempen pilihan raya Sibu.
Pelbagai pihak, khusus parti-parti pembangkang mendakwa kenyataan Perdana Menteri itu menlanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Ketua SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed (kiri) memberitahu wartawan semasa sidang media di Petaling Jaya bahawa pihaknya telah menerima aduan berkenaan dan sedang menyiasatnya.

Pengarah siasatan SPRM, Mustafar Ali juga mengesahkan perkara itu kepada wartawan sambil berkata, suruhanjaya itu akan memanggil beberapa orang saksi dirakamkan kenyataan mereka.

Kedua-dua pegawai kanan SPRM itu menghadiri sebuah forum Transparency International berhubung pembaharuan politik kewangan di Malaysia.

Pada 17 Mei lalu, Pengerusi DAP Karpal Singh mendakwa Najib terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya keci parlimen Sibu.
Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, pada 15 Mei seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan itu yang dibuatnya dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,”
kata Najib.

Pada majlis ini, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.

Menurut Karpal tindakan itu jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya dan secara berseloroh berkata sekiranya tidak berhati-hati, Perdana Menteri boleh dihumban ke penjara dan negara terpaksa mengadakan pilihan raya kecil di Pekan pula.

,

Mengungkap Misteri YAKJUJ & MAKJUJ

Saya petik dan edit sedikit bahasa dan ejaan artikel yang bersumberkan ibnuyusof megasutera. Selanjutnya:

Kaum Yakjuj dan Makjuj ialah kaum ganas yang menjadi misteri kepada umat manusia di atas muka bumi ini hinggalah sampai waktu hampir kiamat. Manusia tidak tahu secara tepat tarikh kiamat akan berlaku tetapi tanda-tanda kecil berkaitan dengannya dikatakan sudah banyak berlaku. Kemunculan semula Yakjuj dan Makjuj pada akhir zaman adalah salah satu daripada 10 tanda besar hampirnya kiamat. Sebenarnya, Zulkarnain pun
merupakan satu misteri, siapakah beliau sebenarnya? Lokasi tembok Yakjuj & Makjuj yang dibina oleh baginda pun masih tiada jawapan yang jelas.

Kitab suci al-Qur’an memerihalkan semua hal ini agar umat Islam kajian lanjut. Itu kehendak Allah. Keadaan ini lebih baik berbanding dengan “spoon-feeding” kerana hal itu akan menghidupkan minda dan
memajukan pemikiran. Kejadian-kejadian terserempaknya manusia di atas muka bumi ini dengan UFO dan "alien" menyebabkan kita ingin tahu dengan lebih lanjut: Adakah kejadian itu ada kaitan secara langsung dengan kaum Yakjuj dan Makjuj? Adakah sebahagian kecil dari kaum ini telah terlepas atas muka bumi?

Siapakah sebenarnya kaum Yakjuj dan Makjuj? Berdasarkan sumber al-Qur’an dan hadis, ternyata bahawa mereka adalah dari bangsa manusia. Jelasnya, mereka adalah anak-anak Adam juga. Mereka adalah dari keturunan Yafits bin Nuh a.s. Umur mereka panjang dan berkembang biak mengatasi bilangan
manusia di atas muka bumi. Saya berpendapat bahawa mereka ini terkepung atau terpenjara di bawah bumi, yang terdapat tempat-tempat kediaman selesa yang amat besar (bukan semata-mata bersaiz gua).

Bagaimanakah rupa kaum Yakjuj dan Makjuj menurut sumber hadis? Dalam Fathul-Bari terdapat berbagai-bagai riwayat yang menyebut mengenai rupa kaum ini, dan boleh dibahagikan kepada 3 jenis, iaitu (1) Sebahagiannya punya ketinggian seperti pokok Arz, iaitu sekitar 120 kaki (2) Sebahagiannya setinggi empat hasta dan selebar empat hasta (3) Sebahagiannya akan menjadikan sebelah daripada telinganya sebagai hamparan untuk tidur sementara sebelah lagi sebagai selimut. Ada juga riwayat menyatakan bahawa tinggi mereka 2 hasta dan yang paling tinggi ialah tiga hasta. Tetapi kesemua riwayat itu dianggap lemah dan
tidak layak dijadikan hujah. Sebuah hadis sahih diriwayatkan oleh Nawwas bin Saman dalam Hadis Muslim menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj adalah amat kuat dan gagah dan tidak mampu dikalahkan oleh
manusia di muka bumi. Diriwayatkan juga bahawa mereka ini mempunyai muka yang lebar, mata kecil, rambutnya kelabu keputihan, dan muka mereka adalah seperti perisai yang ditutupi oleh kulit. (Musnad Ahmad).


Berapa ramaikah bilangan kaum Yakjuj dan Makjuj ? Daripada sumber hadis, ternyata bahawa bilangan mereka amat banyak dan jauh lebih banyak berbanding dengan manusia yang berada di atas muka bumi. Menurut riwayat Abdullah bin Umar r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda “Allah telah membahagikan manusia kepada 10 bahagian. Sembilan bahagian ialah Yakjuj dan Makjuj sementara bakinya (iaitu bahagian kesepuluh) ialah manusia biasa (yang di atas muka bumi)”. Ini bermakna jika seluruh umat manusia di atas muka bumi berjumlah 6 bilion orang, jumlah mereka ialah sekitar 54 bilion orang. Dengan bilangan sebegitu banyak, logikkah bagi mereka mendiami bawah bumi yang “sempit”? Saya berpendapat bahawa sebenarnya manusia di atas muka bumi tidak tahu keadaan sebenar di
bawah bumi. Teori magma (bahawa di bawah bumi suhunya amat panas) mungkin ada kebenarannya tetapi teori planet bumi berlubang tidak boleh ditolak begitu saja apabila kita mengambil kira faktor kaum Yakjuj Makjuj dan juga berita mengenai “dabbatul ‘ard”. Sekadar menambah pengetahuan, mungkin anda tahu bahawa California di Amerika itu berlubang di bawahnya, dan seluruh bumi California itu mendap sekitar 3 inci setiap tahun. California mungkin akan runtuh dan tenggelam ke dalam laut pada satu hari nanti.

Mengapakah Yakjuj dan Makjuj tidak mampu memecahkan tembok Zulkarnain sejak zaman-berzaman sedangkan Zulkarnain hanya membina tembok itu dalam jangka masa yang singkat? Kalaulah kaum Yakjuj dan Makjuj ini berteknologi tinggi, tentulah mereka dapat memecahkan tembok itu dengan mudah. Sebenarnya Allah belum menghendaki Yakjuj dan Makjuj keluar semula ke permukaan bumi kerana masanya belum sampai. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa pada setiap hari Yakjuj dan Makjuj cuba menggali atau memecahkan tembok Zulkarnain hinggalah mereka sampai ke peringkat mereka sudah nampak cahaya di luar. Kemudian mereka pulang dengan berkata “Esok kita akan dapat membolosinya”. Tetapi Allah telah menjadikan tembok itu kembali kepada bentuk asalnya menyebabkan mereka terpaksa menggalinya semula. Proses ini berterusan hari demi hari selama Allah menghendaki mereka ini terkepung. Apabila Allah menghendaki mereka keluar, di hujung hari mereka menggali itu mereka berkata “InsyaAllah, esok kita akan dapat membolosinya”. Pada esoknya mereka akan dapati tembok itu berkeadaan seperti yang
telah ditinggalkan pada hari semalam, dan setelah memecahkan bakinya, mereka akan keluar (Ahmad, Tirmidhi, Ibn Majah). Mengenai hadis di atas Ibn Arabi berpendapat bahawa sebenarnya Allah masih tidak mengizinkan mereka keluar. Dijangka mereka bekerja memecah tembok pada waktu malam dengan bergilir-gilir kerana bilangan mereka yang banyak. Menurut riwayat Wahab bin Munabbih, kaum Yakjuj dan Makjuj mempunyai teknologi (mempunyai pelbagai jenis peralatan), dan mereka dengan mudah menggunakan peralatan mereka untuk keluar. Ibn Arabi menyatakan bahawa perkataan “InsyaAllah” tidak pernah mereka ucapkan  hinggalah sampai pada saat Allah menghendaki mereka keluar, maka mereka akan mengucapkannya.

Untuk rujukan, berikut petikan hadis dalam bahasa Inggeris: Abu Hurayrah (may Allah be pleased with him) reports that the Prophet (peace and blessings be upon him) said: "Everyday, Gog and Magog try to dig a way out through the barrier. When they begin to see sunlight through it, the one who is in charge of them says, "Go back; you can carry on digging tomorrow," and when they come back, the barrier becomes stronger than it was before. This will continue until their time comes and Allah wishes to send them forth. They will dig until they begin to see sunlight, then the one who is in charge of them will say, "Go back; you can carry on digging tomorrow, InshaâAllah." In this case, he will make an exception by saying InshaâAllah, thus relating the matter to the Will of Allah. They will return on the following day, and find the hole exactly as they left it. They will carry on digging and come out against the people. They will drink all the water, and find the hole exactly as they left it, and the people will entrench themselves in their fortresses. Gog and Magog will fire their arrows into the sky, and they will fall back to earth with something like blood on them. Gog and Magog will say, "We have defeated the people of earth, and overcome the people of Heaven." Then Allah will send a kind of worm in the napes of their necks, and they will be killed by it…"By Him in Whose Hand the soul of Muhammad is, the beasts of the earth will become fat." (Reported by At-Tirmidhi, Ibn Majah, and Ahmad)

Dr. Fauzi Deraman, Pensyarah Jabatan al-Qur’an dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pernah menyatakan mengenai kaum Yakjuj dan Makjuj. Menurut beliau, Yakjuj dan Makjuj bukanlah haiwan atau spesis lain tetapi berasal daripada keturunan Adam a.s. Yakjuj dan Makjuj adalah daripada keturunan Yafits, iaitu salah seorang daripada tiga orang anak lelaki Nuh a.s. Keturunan Yafits ini berkembang biak melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok yang menghalang mereka keluar dari lokasi mereka.


“Selain daripada berita Yakjuj dan Makjuj dalam al-Qur’an, terdapat banyak hadis yang membicarakan mengenai kaum ini. Namun ulama berbeza pendapat mengenai ciri-ciri kaum ini. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad,
ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj ialah bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah. Ada pendapat lain menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada bangsa Tartar dan Monggol, dan lokasi tahanan mereka adalah di kawasan pergunungan Caucasus yang luas. Kebanyakan ulama menyatakan bahawa kaum Yakjuj danMakjuj terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah dengan tembok yang dibina oleh Zulkarnain.

“Tugas kaum Yakjuj dan Makjuj ini ialah mengorek tembok tersebut untuk tembus ke muka bumi tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali meneguhkan tembok tersebut sehinggalah hampirnya hari kiamat. Apabila hampir kiamat, Allah mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke permukaan bumi. Peristiwa ini menjadi salah satu daripada 10 tanda besar kiamat. Yakjuj dan Makjuj akan muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh oleh Nabi Isa a.s. Kaum Yakjuj dan Makjuj akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa pun yang mampu menewaskan mereka.

“Nabi Isa a.s. memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj. Kemudian baginda berdoa ke hadrat Allah lalu Allah membinasakan kaum Yakjuj dan Makjuj dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan mereka hingga mati. Selepas kaum Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat-mayat itu daripada muka bumi.

“Ulama juga cenderung berpendapat bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran Ayat 90 Surah Al-Kahfi yang menyebut bahawa Zulkarnain sampai “di tempat terbit matahari” iaitu timur dunia.

“Ketika kemunculan semula, kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu sehingga kering. Kaum ini juga dikatakan memiliki zuriat yang banyak dan mereka ini tidak akan mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat (umur mereka panjang sebagaimana umur anak Adam sebelum taufan Nuh a.s.). Kaum Yakjuj dan Makjuj ini hebat, tiada siapa yang mampu menewaskan mereka,
dan mereka hanya binasa dengan kekuasaan Allah.

“Dalam sebuah hadis, Rasulullah ada menyatakan kebimbangan baginda kerana pada zaman baginda, kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain sebesar bulatan ibu jari dan jari telunjuk. (Saya salinkan di sini petikan hadis dalam bahasa Inggeris: Zainab-b-Zahash says: “Once the Prophet Peace and blessings be upon him awoke from such a sleep that his face was red and these words were on his tongue, “There is none worthy of worship but Allah. Destruction is upon the Arabs on account of that evil which has come close to them. Today a hole as big as this has opened in the wall of Yajuj and Ma’juj. (The Prophet Peace and blessings be upon him indicated the size of the hole with his finger and thumb)”(Bukhari/Muslim)

In the lengthy Hadith of Nawwas-b-Saman it has been mentioned, “And Allah will send Yajuj and Ma’juj and they will come from every lofty place.” (Muslim)

Begitulah hasil temu bual seorang pemberita, Nasron Sira Rahim dengan Dr. Fauzi Deraman. Saya pula telah mencatat semula isi kenyataan beliau menggunakan gaya bahasa saya sendiri, di mana perlu, tanpa menjejaskan fakta-faktanya yang asal. Saya harap petikan kenyataan daripada Dr. Fauzi ini dapat anda renungkan dan kaitkanlah dengan artikel-artikel yang telah saya catat sebelum ini.

Kewujudan kaum Yakjuj dan Makjuj ini bukan hanya diperihalkan dalam al-Qur’an, tetapi juga dalam kitab-kitab terdahulu, iaitu Taurat dan Injil. Orang Yahudi menyebut sebagai Gog dan Magog. Mereka
percaya bahawa Gog (Yakjuj) adalah nama satu kaum yang berasal daripada anak-cucu Yafits bin Nuh a.s. tetapi mereka berpendapat bahawa Magog adalah nama bagi sebuah tempat atau kawasan. Kaum Nasrani pula berpendapat bahawa Gog dan Magog adalah nama bagi kaum. Kedua-dua agama ini juga percaya bahawa kaum Gog dan Magog ini adalah ganas lagi jahat serta membuat kerosakan di muka bumi. Al-Qur’an telah memerihalkan secara jelas mengenai hal ini, pertamanya, mereka adalah kaum dan bukannya tempat, kedua ialah kisah pembinaan tembok pemisah oleh Zulkarnain, dan ketiganya ialah hakikat mereka ini akan muncul semula ke muka bumi apabila kiamat sudah hampir.

Di manakah letaknya tembok yang dibina oleh Zulkarnain? Ada pendapat yang menyatakan bahawa tembok itu terletak di Derbent di Asia Tengah, iaitu di Daerah Hissar, kira-kira 120 batu di tenggara Bukhara. Kawasan itu amat sempit, dengan batu-batu seperti dinding, dan tembok itu berada di laluan utama di antara Turkestan dan India. (latitude 38 degrees N; longitude 67 degrees E). Pada masa sekarang lokasi itu dikenal dengan nama Turkish-Buzghol Khana (rumah kambing), tetapi pada masa silam lokasi itu dikenal sebagai Tembok Besi (Babul Hadid dalam bahasa Arab, Dar-i-ahani dalam bahasa Parsi dan Tie-men-kuan dalam bahasa China).

Pada masa kini tembok besi itu sudah tiada lagi. Namun, pada kurun ke-17, seorang pengembara China bernama Hiouen Tsiang ternampak akan tembok itu ketika dalam pengembaraannya ke India. Beliau terlihat pintu gerbang yang dibuat daripada besi dan padanya ada tergantung loceng. Berhampirannya ada sebuah tasik yang digelar Iskandar Kul, yang mungkin ada kaitan dengan Iskandar Zulkarnain. Al-Maqdis, seorang pengembara bangsa Arab dan pakar geografi, telah menulis sekitar 375 Hijrah (985-986 Masehi) bahawa Khalifah Abbasiyah bernama Al-Wathiq (842-846 Masehi) telah menghantar satu misi ke Asia Tengah untuk melaporkan mengenai Tembok Besi ini. Mereka telah menemukan puing (defile) selebar 150 ela, di atas dua tiang pintu (jambs) yang dibuat daripada kepingan-kepingan besi yang telah dipateri menggunakan timah cair, dan di sana terdapat dua pintu gerbang besar yang tertutup rapat. (Saya sendiri berpendapat bahawa tembok Zulkarnain bukan di Bukhara).

Ada pendapat yang meneliti dengan lebih terperinci. Sheikh
Hifzur-Rahman dalam “Stories of the Qur’an” telah menulis bahawa “Yakjuj Makjuj melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di kawasan yang luas, dan kerana gangguan mereka ini, banyak tembok dan dinding
telah dibina pada zaman dan tempat yang berlainan oleh raja-raja zaman silam. Ada empat tembok yang paling terkenal:
1) Tembok Besar China, dibina oleh Raja China 3,460 tahun selepas Nabi Adam a.s.
2) Tembok di Asia Tengah berhampiran Bukhara dan Tirmidh, di tempat bernama Derbent.
3) Tembok di Degistan Rusia, juga dikenal sebagai Derbent berhampiran dengan Laut Caspia.
4) Tembok yang berada di bahagian barat Derbent di Degistan Rusia itu, iaitu di kawasan Caucasus.

Beliau berpendapat tujuan tembok-tembok di atas dibina adalah sama (melindungi rakyat daripada gangguan kaum yang ganas) maka amatlah sukar untuk menentukan secara tepat di manakah sebenarnya
tembok yang dibina oleh Zulkarnain. Tiada siapa yang berpendapat bahawa Tembok Besar China dibina oleh Zulkarnain kerana tembok itu berada di bahagian timur sedangkan al-Qur’an memberitakan bahawa tembok Zulkarnain berada di arah utara. Pakar-pakar sejarah seperti Masoodi, Istakhri dan Hamawi berpendapat bahawa tembok Zulkarnain ialah sama ada di Degistan atau di Caucasus. Seorang pakar ilmu hadis, iaitu Allama Anwar Shah Kashmiri dalam bukunya Aqeeda-tul-Islam berpendapat bahawa tembok Zulkarnain berada di kawasan Caucasus. Allama Aloosi pula berpendapat bahawa kedudukan tembok Zulkarnain tidak dapat diketahui secara tepat, dan besar kemungkinan tembok itu sebenarnya berada jauh di balik gunung-ganang yang dipisahkan oleh laut yang luas.

Kesimpulannya, setelah membaca berbagai-bagai sumber hadis dan pendapat ulama di atas tadi, semakin jelaslah kepada kita semua bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj adalah anak Adam juga, iaitu daripada keturunan Yafits bin Nuh a.s. Mereka ini dikatakan berjumlah begitu banyak, iaitu 9 kali lebih banyak berbanding dengan bilangan manusia di atas muka bumi. Umur mereka pun panjang, membolehkan mereka beranak-pinak dengan banyak sebelum mereka mati. Mereka juga dikatakan begitu kuat dan hebat, hinggakan seluruh manusia di bumi tidak terdaya untuk mengalahkan mereka. Namun mereka akhirnya akan mati bergelimpangan akibat serangan “ulat”. Walaupun mereka ini hebat dan kuat (hampir pasti juga mereka ini berteknologi canggih), mereka tidak dapat memecahkan tembok Zulkarnain menggunakan segala kepakaran dan teknologi yang ada selagi Allah tidak mengizinkan.

Saya telah catat dalam artikel sebelum ini mengenai kemajuan teknologi kaum-kaum sebelum terjadinya taufan Nuh a.s., dan hakikat bahawa mereka itu, termasuk Nuh a.s. sendiri berumur panjang, sekitar 1,000 tahun.
Ada sarjana berpendapat bahawa jumlah mereka pada ketika itu ialah 10 bilion orang, tetapi kesemua mereka telah pupus ditenggelami banjir besar. Manusia yang terselamat hanyalah yang beriman, yang menaiki
bahtera bersama Nuh a.s. Ada kemungkinan bahawa antara yang terselamat ini telah mewarisi beberapa teknologi maju kaum yang telah pupus tersebut, dan sempat mengajarkan teknologi tersebut kepada anak-cucu mereka. Termasuklah juga kepada Yafits, iaitu bapa kepada Yakjuj (Gog) iaitu datuk-nenek kaum Yakjuj dan Makjuj ini. Artifak-artifak pesawat terbang silam yang telah ditemukan oleh para pengkaji di serata dunia, ditambah pula catatan-catatan dalam kitab-kitab kuno India dan China membuatkan kita dapat menerima hakikat bahawa pada zaman silam sudah wujud teknologi yang amat maju, dan sebahagiannya, kalau tidak kesemuanya, tentu telah diwarisi oleh kaum Yakjuj dan Makjuj.


Saya berpendapat bahawa kekuatan dan kehebatan kaum Yakjuj dan Makjuj ini adalah berpunca daripada teknologi canggih yang ada pada mereka. Mereka mungkin mempunyai senjata pemusnah yang hebat (sebagaimana kesan-kesan kemusnahan di Mohenjo-Daro dan Harappa - baca artikel sebelum ini) dan mungkin lebih hebat daripada senjata nuklear yang ada pada manusia di bumi pada masa sekarang, kerana pada ketika mereka keluar nanti, mereka tidak mampu dikalahkan oleh manusia. Maksudnya pada ketika itu kemusnahan yang hebat akan berlaku, dan banyak manusia di muka bumi akan mati. Manusia boleh terselamat jika mereka melarikan diri ke gunung-ganang untuk menjauhi kaum ini.

Maka setelah membaca sumber-sumber hadis dan pendapat ulama di atas tadi, adakah anda masih menganggap bahawa UFO dan "alien" berasal dari angkasa lepas? Atau, adakah anda menganggap UFO itu adalah kenderaan kaum
Yakjuj dan Makjuj dan "alien" itu adalah kaum Yakjuj dan Makjuj? Saya sendiri berpendapat bahawa UFO dan "alien" bukan datang dari angkasa lepas. Ia berasal dari planet bumi ini sendiri. Sama ada UFO itu kenderaan Yakjuj dan Makjuj dan "alien" itu adalah Yakjuj dan Makjuj belumlah dapat disahkan oleh mana-mana manusia di atas muka bumi ini.

Hal ini menyedarkan kita bahawa ada banyak lagi misteri yang masih tidak dapat dibongkarkan oleh manusia, walaupun manusia kini menganggap bahawa mereka sudah serba canggih. Maka kalau "alien" itu tidak ada kaitan langsung dengan Yakjuj dan Makjuj, apakah sebenarnya alien itu? Siapakah sebenarnya yang mencipta UFO yang berbagai bentuk itu?

Saya berpendapat bahawa sepatutnya umat Islam mengkaji dan menemukan fakta-fakta berkaitan ini mendahului apa yang terdaya dicapai oleh Barat dan agama-agama lain. Hal ini demikian kerana pada kita ada al-Qur’an, kitab terakhir dan teragung (The Final Revelation) ayat-ayat mukjizatnya telah memecahkan persoalan kitab-kitab terdahulu daripadanya (terutamanya Taurat dan Injil) dan memberikan penjelasan. Kita patut bangkit semula menjadi umat yang menggunakan akal fikiran, bukan hanya mempunyai akal fikiran. Mengenai persoalan Yakjuj dan Makjuj, masa akan menentukan jawapannya, jawapannya mungkin diperoleh tidak lama lagi, mungkin juga kita tidak sempat menyaksikannya. Tetapi yang pastinya ialah  janji Allah itu benar dan pasti akan terjadi.

, ,

Sabtu, 22 Mei 2010

Jika 62.7% Remaja Berzina di Indonesia, Berapakah Peratusannya di Malaysia?

Saya petik:

Menteri Komunikasi dan Informasi Tifatul Sembiring merasa prihatin dengan semakin maraknya peredaran pornografi di kalangan remaja dan anak-anak. Bahkan, Komisi Perlindungan Anak (KPA) mengungkapkan 97 persen remaja pernah menonton atau mengakses pornografi. Pula didapatkan, sebanyak 62,7 persen remaja pernah melakukan hubungan badan atau dalam istilah remaja ML (making love).


"Survei KPA yang dilakukan terhadap 4.500 remaja di 12 kota besar seluruh Indonesia juga menemukan 93 persen remaja pernah berciuman, dan 62,7 persen pernah berhubungan badan, dan 21 persen remaja telah melakukan oborsi," ujar Tifatul dalam siaran persnya di Jakarta, Minggu (9/5/2010).

"Ini sangat memprihatinkan, saya minta semua pihak ikut mendukung upaya pembatasan distribusi konten negatif, baik melalui internet, maupun dunia perfilman. Semuanya harus terlibat menjaga generasi muda kita," ujar Tifatul.

Menkominfo juga menyatakan, pertarungan antar nilai-nilai budaya, pengaruh asing, setiap hari terus berlangsung, sehingga bangsa ini harus menjaga kekokohan nilai-nilai karakter bangsa. Jika tidak, maka Indonesia akan kehilangan identitas sebagai bangsa besar.

"Penyebaran konten negatif tersebut banyak disalurkan melalui sarana IT, terutama konten asing yang dijual kepada kita, bahkan konten tersebut banyak yang merusak nilai-nilai budaya bangsa," ujarnya.

Sumber: Kompas.com


Memang benar maklumat di atas berdasarkan soal selidik/kajian lapangan yang melibatkan sejumlah kecil responden. Mana-mana kajian yang dilakukan sudah tentulah melibatkan responden yang kecil. Hal inilah yang sering dipertikaikan oleh orang/pemimpin yang mahu menutup kelemahan diri. Kata mereka,  responden dalam jumlah yang kecil itu tidak menggambarkan keadaan sebenar dan pelbagai lagilah alasan untuk menidakkan hasil kajian. Hal yang sama berlaku apabila sebuah pusat pengajian tinggi membuat kajian lapangan terhadap sejumlah responden berkaitan dengan gejala seks bebas di negara ini suatu ketika dahulu. Pihak-pihak yang terlibat dan berkepentingan menolak kajian lapangan itu dengan pelbagai alasan termasuklah alasan yang dinyatakan di atas. Bagaimana pula soal selidik yang mengatakan 1juta gadis, 1juta anak haram (ada disiarkan dalam blog ini) di Malaysia?

Saya hendak tanya, jika sebanyak 62.7 remaja yang ditemu bual mengaku telah melakukan hubungan seks/berzina di Indonesia, bagaimana pula jumlahnya di Malaysia? Jika kanak-kanak semuda 9 tahun (sila rujuk kiriman di dalam blog ini) sudah pandai "gang bang" rakan di dalam kelas serta fenomena buang bayi yang saban hari mengisi slot-slot berita di tv dan di akhbar, saya fikir anda pasti dapat mengagak keseriusan hal ini di Malaysia.

Tepuk dada tanya minda, bukan tepuk dada, "cover line"!

,

Apa Lagi Hendak Kata Tun M?

Saya petik:

[MK] Barry Wain yakin 100 peratus dengan ketepatan fakta dalam bukunya Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times yang merekodkan kepincangan pentadbiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Wain berkata, semua maklumat tersebut, termasuk dakwaan penyelewengan berjumlah RM100 bilion oleh Dr Mahathir itu disokong oleh bukti.

Beliau juga mengarang buku itu dengan memasukkan pandangan Dr Mahathir bagi menyeimbangkan dakwaan yang dikemukakan.

Antaranya adalah kerugian melalui Perwaja Steel, yang didakwa Dr Mahathir "hanya RM1 hingga RM2 bilion," bukannya antara RM15 hingga RM20 bilion seperti ditulis oleh Wain.

"Dr Mahathir mempunyai memori singkat. Menteri kewangannya sendiri mengemukakan satu laporan audit oleh Pricewaterhouse (Cooper) di Parlimen pada pertengahan 1990-an. Kerugian pada masa itu, saya rasa berjumlah RM9.5 bilion dan ianya makin bertambah selepas itu.

"Dia tidak akan senang hati apabila diingatkan tentang perkara ini, tapi itulah kehidupan... Selagi saya (menulis dengan) seimbang kepada dia, dan saya telah terbitkan pandangan dia," kata Wain dalam satu wawancara khas dengan Malaysiakini semalam.

Dr Mahathir juga sebelum ini menafikan dakwaan Wain bahawa bangunan ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibina dengan dana awam.

"Saya ada satu salinan akaun Umno yang diaudit, termasuk dana politik rahsia dan ia menunjukkan dengan jelas, mereka ada berpuluh juta di dalam akaun ketika (Daim Zainuddin) mengambil alih," katanya lagi...

Berkaitan:
* Mengapa Najib takut siasat dakwaan Barry Wain

PR

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH