Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Tambahkan"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Sertai"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Like"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Follow"]

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

BAGASI KIRIMAN TERKINI

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Archives

, ,

Jumaat, 30 April 2010

JIHAD Ahli UMCO: Hendak Bunuh Nik Aziz & Sanggup ke Tali Gantung!



(Teks & ulasan lanjut di Perisik Rakyat)

,

Alahai Pak Lah!

Khabarnya, Malaysia ketika berperdanamenterikan Pak Lah telah "menghadiahkan" Brunei dua buah telaga minyak yang bernilai AS100 bilion dolar. Alahai Melayu Malaysia! Dahulu bermurah hati kepada Singapura, kini bermurah hati kepada Brunei pula. Akhirnya, orang Malaysia tinggal seluar dalam, yang lain habis bagi kepada orang lain!

Takziah, rakyat Malaysia kerana terpaksa membaca berita dan tulisan Che Det di bawah ini:

1. The Edge Financial Daily, an article by Joseph Chin (The Edge, April 22nd) as well as Brunei Times reported a substantial oil producing offshore area in the South China Sea, namely Block L and Block M, were no longer a part of Malaysia.

2. Malaysians and the Malaysian media did not ask how this came about. It would seem that the loss of a huge oil producing area that had apparently belonged to Malaysia is okay.

3. Block L and Block M had been claimed by Malaysia based on historical facts. Accordingly, Petronas entered into a production sharing contract with Murphy Oil to start drilling to produce oil. It is estimated that the reserves amounted to almost 1 billion barrels.

4. Abdullah Badawi negotiated with the Sultan to get back Limbang in Sarawak. In return he agreed to surrender the two blocks to Brunei. No Petronas representatives were present, only foreign office staff and the foreign affairs adviser to the PM.

5. As we all know Abdullah triumphantly announced that he had settled the Limbang claim with Brunei (here). No mention was made of the two blocks.

6. Brunei disclaimed (here) that they had agreed to give up Limbang. The foreign office and Abdullah did not rebut Brunei's statement.

7. Now it is made clear that the two blocks are no longer a part of Malaysia.

8. Abdullah has caused Malaysia to lose at least US100 billion dollars (about RM320 billion) of Malaysia's oil in this agreement.

9. Can Wisma Putra please explain why it did not stop Abdullah.

Tidak perlu ulas lebih-lebih kerana blogger hebat-hebat baik dari sebelah BN, PR, dan berkecuali sudah "memanaskan" isu ini sejak beberapa hari lalu: Rocky Bru, Oped, Pak Bakaq, AnilNetto, dll. Saya tumpang marah dan malu sekali! 

,

Khamis, 29 April 2010

Fuh, Ayat! Idea Siapa, APCO?



Fuh, ayat! Kalau tidak tinggi "iman", boleh cair hati. Betulkah sudah terbukti?

Bagaimana dengan kes ini? :

Mengemis Urus Jenazah

[HM] MUAR: Siapa sangka, tragedi mengorbankan dua beradik Muhammad Fadzly, 15 dan Muhamad Syafiq Razak, 11, pada Isnin lalu akhirnya membongkar episod duka kehidupan sebuah keluarga yang hidup daif sejak 20 tahun lalu serta terpinggir daripada bantuan kerajaan. (Muar letaknya di negeri mana?)

Malah, pasangan suami isteri, Razak Manap, 52 dan Zuliha Yahya, 42, terpaksa mengemis dan mengharap belas ihsan adik-beradik mereka bagi menguruskan pengebumian dua jenazah anaknya di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, di sini, semalam. Kehadiran wartawan Harian Metro, semalam antara saat dinantikan keluarga terbabit kerana selain sedih kehilangan dua anak, mereka mempunyai kisah duka yang ingin dikongsi bersama.

Ketika mula-mula ditanyakan perasaannya, Zuliha hanya menjawab ringkas: “Ibu mana yang tidak sedih kehilangan anak?” Kemudian bermulalah episod pembongkaran kisah hidup menyayat hati sembilan sekeluarga yang sebenarnya jauh lebih menyedihkan daripada tragedi terbaru kehilangan dua beradik itu.


Zuliha berkata, kedua-dua Allahyarham pelajar cemerlang dan pintar di dalam kelas, namun Muhammad Fadzly berhenti sekolah bermula tahun ini kerana keluarganya tidak mampu membayar yuran persekolahan. (Perlu wujudkah kes pelajar berhenti sekolah kerana tidak mampu bayar yuran sekolah atau yuran peperiksaan sedangkan slogan pemerintah memerihalkan sebaliknya?)

Menurutnya, sejak berhenti bersekolah, Allahyarham Muhammd Fadzly membantu menguruskan hal dua adik lain yang masih bersekolah dan dia tidak pernah merungut walaupun sedar masa depannya mungkin lebih suram apabila tiada pendidikan formal.

“Arwah dua beradik itu rapat dan juga pelajar pintar dalam pelajaran masing-masing. Sebenarnya mereka harapan keluarga kami, namun saya reda Allah lebih sayangkan mereka. “Jika diikutkan hati, mahu saya meraung sekuat hati menangis dan meratap pemergian mereka. Malangnya, kami sudah lali dengan kehidupan daif dan pelbagai dugaan selama ini mengajar apa itu erti kesabaran,” kata ibu kepada tujuh anak itu. (Siapa ADUN & MP kawasan ini? Buta ke?)

Menurutnya, disebabkan tidak mendapat sebarang bantuan, tiga daripada tujuh anaknya berhenti sekolah dan bekerja bagi membantu meringankan beban keluarga. (Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan?)

Katanya, disebabkan suaminya, Razak bekas penagih dadah, mereka seperti dihukum seumur hidup pemimpin masyarakat serta dinafikan pelbagai bantuan termasuk rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Malah, ketika tinjauan dilakukan di rumah pasangan itu di Tanjong Agas, tiada kenduri tahlil diadakan berikutan keluarga allahyarham tiada duit membeli kuih bagi menjamu tetamu.

Lebih menyedihkan majlis bacaan surah Yasin yang diadakan antara keluarga tidak dilawati masyarakat setempat termasuk ketua kampung mahupun pemimpin politik kawasan. (Pemimpin parti mana?)

Sementara itu, Razak mengaku dia pernah melakukan kesilapan, namun tetap dipinggirkan masyarakat.

Baling Botol Arak & Telur ke Surau Flora Damansara: Provokasi @ Kurang Ajar?

Provokasi atau kurang ajar?  Saya petik:

Baling Botol Arak

[HM] DAMANSARA: Sikap tidak bertanggungjawab segelintir penduduk di sebuah blok Pangsapuri Kos Sederhana Flora Damansara di sini amat dikesali apabila sanggup melontarkan botol arak ke arah surau di bawah, dipercayai kerana tidak tahan laungan azan.

Bukan itu saja, penduduk yang pulang setelah solat Maghrib juga tiga kali dibaling telur oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Botol arak serta telur dipercayai dibaling penduduk yang terganggu laungan azan serta tasbih selawat yang dilaung melalui pembesar suara 10 minit sebelum setiap azan Ahli Jawatankuasa surau itu, Mahdi Adenan, 48, mendakwa, ketika kejadian baling botol itu tiada jemaah cedera kerana pada waktu itu tiada orang di surau berkenaan.

“Ia disedari seorang jemaah kira-kira jam 1.15 tengah hari 21 April lalu ketika dia datang bagi menunaikan solat Zuhur, dia terkejut melihat serpihan kaca bersepah di lantai surau berkenaan sebelum melihat bumbung surau berkenaan berlubang.

“Botol dibaling itu agak besar setelah melihat kaca bertaburan terlalu banyak dan dipercayai penduduk berkenaan hanya membaling satu botol.

Mahdi berkata, kesan dari balingan botol arak itu, bumbung surau berkenaan bocor dan menyebabkan lantai surau basah selepas hujan.

Katanya, dalam kejadian 27 Februari lalu, jemaah di sini terkejut setelah dilontar telur dari tingkat atas pangsapuri berkenaan.

“Selepas solat Maghrib, jemaah meninggalkan surau dan seorang jemaah dikenali dengan panggilan Din terkejut kepalanya terkena telur dilontar dari tingkat atas pangsapuri berkenaan.

“Semua jemaah cuba mengelak dua lagi telur dilontar tetapi tidak dapat melihat dari tingkat mana telur itu dilontar, ia kejadian ketiga berlaku di surau ini dan kami bimbang nyawa kami terancam,” katanya.

Sehubungan dengan kejadian itu, pihak jawatankuasa surau mengadakan satu mesyuarat dan bersetuju menyerahkan kes berkenaan kepada polis.

Kata Mahdi, dia tahu siapa dalang di sebalik kejadian berkenaan tetapi tidak mahu bertindak melulu kerana masih banyak bukti diperlukan bagi menangkap dalang berkenaan.

Sebanyak dua laporan dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara bagi membolehkan polis menyiasat lebih lanjut perkara berkenaan kerana ia berkaitan keselamatan jemaah dan penduduk di kawasan sekitar.


Siasat segera. Perkara sensitif seperti ini lazimnya akan mencetuskan implikasi yang buruk jika tidak ditangani segera oleh pihak berkuasa. Pastikan sama ada tingkah laku musnah itu bersifat provokasi pihak tertentu atau sememangnya perbuatan kurang ajar segelintir penduduk si situ.

Lelaki Ajar Budak Bawah 3 Tahun Minum Beer & Hisap Rokok

Sebelum ini, satu rantau kecoh fasal budak lelaki berusia 4 tahun merokok dan bercakap lucah di Indonesia. Kali ini di Taiwan kecoh fasal seorang lelaki mengajar budak yang dipercayai berusia bawah tiga tahun merokok dan minum beer. Perbuatan lelaki itu didedahkan melalui 2 klip video yang disiarkan dalam sebuah laman sesawang. Lelaki itu dipercayai bukan ayah kandung kepada budak itu kerana dia menyuruh budak itu memanggilnya ah pek (pak cik). Dasar KEPARAT!

Cerita lanjut, sila klik pautan:
* Man who made 3yr old child smoke and drink
* Man who made toddler smoke and drink nabbed

Rabu, 28 April 2010

Sayang Betul Mereka kepada APCO!

Kerana sayang sangat UMNO-APCO (UMCO), bermacam-macam cara  "diputar" untuk menjustifikasikan tindakan kerajaan 1Malaysia membayar RM77 juta wang rakyat kepada APCO. Hendak dikatakan bodoh, ada yang belajar tinggi-tinggi. Hendak dikatakan cerdik mudah sangat dipermainkan oleh penyokong tegar Zionis dan APCO. Cuba baca sebahagian artikel ini. Saya salin dan tampal dari blog ini. Hasil tulisan Rohani Ibrahim boleh dibaca di Utusan Malaysia 22/4/2010. Antaranya dia menulis:



…Apco yang membuka pejabatnya di Malaysia pada tahun lalu mempunyai pengalaman 25 tahun dalam memberikan khidmat komunikasi strategik kepada 29 buah negara dan organisasi seperti Bank Dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah (EU) dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).


Apco mempunyai seramai 50 anggota Majlis Penasihat Antarabagsa (IAC) dari pelbagai latar belakang dan pengalaman termasuklah bekas duta, pemimpin negara dan penasihat pelbagai badan dan organisasi dunia.


Daripada 50 anggota berkenaan, tiga penasihat mempunyai pengalaman bekerja dengan Israel iaitu Doron Bergerbest-Eilon yang pernah menjadi pegawai kanan di Agensi Keselamatan Israel, Itamar Rabinovich yang pernah berkhidmat sebagai duta Israel ke AS dan menjadi presiden Tel Aviv University dan Shimon Stein iaitu bekas Duta Israel ke Jerman.


Tiga penasihat ini menjadi sasaran pembangkang untuk mengaitkan Apco dengan Israel. Bagaimanapun, majoriti daripada mereka iaitu lebih 40 penasihat Apco yang lain mempunyai latar belakang yang pelbagai.


Antara penasihat Apco yang lain ialah bekas Menteri Rusia, Igor V.Kostikov; bekas presiden Poland, Aleksander Kwasniewski; bekas Duta India ke AS, Lalit Mansingh dan bekas Duta Mexico ke United Kingdom (UK), Andres Rozental.


Penasihat lain ialah bekas Pengerusi China Ocean Shipping Company America, Gao Weijie; bekas Duta Mexico ke United Kingdom, Andres Rozental dan bekas Duta Sri Lanka ke AS, Devinda R.Subasinghe.


Turut menjadi penasihat Apco ialah pensyarah felo di London School of Economics and Political Science, Maurice Fraser; bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Kellogg, Carlos Gutierrez dan bekas pengerusi majlis Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Sergio Marchi.


Apco juga pernah menafikan kaitannya dengan Israel dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web www.apcoworldwide.com bertarikh 18 Mac 2010.

Apco menjelaskan bahawa syarikat berkenaan tidak pernah mewakili kerajaan Israel mahupun Perdana Menteri, Ehud Barak.

Kata kenyataan yang sama, 1Malaysia dilahirkan oleh Perdana Menteri sebelum menggunakan khidmat Apco.


''Apco tidak memainkan sebarang peranan dalam mewujudkan konsep 1Malaysia, konsep berkenaan digubal dan diumumkan sebelum khidmat Apco diambil," jelasnya.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari laman web Apco, khidmat syarikat berkenaan di Tel Aviv, Israel ialah membantu syarikat-syarikat Israel dalam menstrukturkan pelaburan, menjalankan tanggungjawab korporat dan pemantauan media melalui penyelidikan serta khidmat analisis.


Tidak ada maklumat yang menyatakan mengenai One Israel.


''Apco menjalankan peranan mewujudkan jaringan di antara masyarakat Yahudi di seluruh dunia. Kami menawarkan khidmat memberikan kefahaman mengenai perhubungan awam masyarakat Yahudi, membantu pelanggan berhubung dengan rakan yang sesuai dan menyatakan mesej mereka secara kreatif dan efisien," jelas kenyataan tersebut.


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata, beliau tidak hairan dengan langkah pembangkang yang terus memainkan isu Apco dalam kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang bakal diadakan.


"Apco adalah sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang dilantik oleh kerajaan bagi membolehkan Malaysia lebih dikenali dunia. Syarikat itu bukan syarikat zionis atau Israel. Untuk melakukan tugas memperkenalkan Malaysia, ia bukanlah satu tugas yang mudah, oleh itu kita memerlukan syarikat yang profesional melakukannya


"Kita hendak memberikan gambaran yang betul kepada dunia, apa itu Malaysia sebenarnya. Pembangkang sengaja memutar-belitkan fakta jadi mereka sebarkan dakyah kononnya 1Malaysia sama dengan One Israel dengan mengaitkan Apco," katanya.


Sebagai sebuah organisasi berteraskan komunikasi dan perhubungan awam Apco semestinya mengutamakan profesional tanpa dipengaruhi sebarang ideologi.


Tidak dinafikan terdapat penasihat yang mempunyai kaitan dengan Israel dalam Apco. Bagaimanapun, ia tidak bermaksud Apco merupakan satu organisasi yang berorientasikan Israel.


Sebahagian besar daripada penasihat Apco ialah profesional AS yang berjaya dalam pelbagai pengkhususan. Namun masih belum pasti sama ada mereka penyokong kuat rejim Zionis atau sebaliknya.


Ini kerana di kalangan masyarakat AS sendiri ada yang menyokong kebebasan warga Palestin melalui gerakan Americans United for Palestinian Human Rights.


Justeru, tindakan melabelkan Apco sebagai syarikat berkaitan Israel hanya kerana tiga penasihatnya berkenaan tidak lebih dari bertujuan menghasut rakyat...


Sejuk sikit hati orang kampung yang membaca rencana akhbar ini.

Hendak tanya: Adakah ejen Zionis akan memberitahu perihal dirinya sebelum bertapak di sesebuah negara? Apa, ingat Zionis itu bodoh? Kalau bodoh, takkan dengan jumlah yang kecil, 1Amerika di bawah pengaruhnya, Presiden Amerika itu menjadi bonekanya (kalau melawan, sudah tentu akan menerima nasib seperti JFK- cuba menghalang program nuklear Israel) dengan hanya berjumlah jutaan orang, Yahudi-Zionist kini menguasai dunia melalui pelbagai bidang termasuklah perbankan, ketenteraan, pendidikan, dan termasuklah syarikat konsultan seperti APCO. Ejennya bertebaran di serata dunia dengan bertopengkan pelbagai wajah.


Apalah mentaliti penyokong tegar UMCO apabila cuba mencari alasan yang “bukan hala” untuk mewajarkan tindakan kerajaan. Dia kata tidak ada maklumat yang mengaitkan Apco dengan One Israel. Takkanlah syarikat itu akan menyatakan strateginya secara jelas dalam laman sesawang. Sudah tentulah hal itu dilakukan di balik tabir, dan PM 1Malaysia menjadi sapi yang mendapat nama hasil titik peluh lembu. Jika Apco berkhidmat di Indonesia, siapa pula yang mencipta slogan ini?: 1Indonesia: Masyarakat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, adakah orang Indonesia meniru idea PM 1Malaysia? Adakah slogan itu dicipta oleh Presidennya? Kah kah kah!

Yang dipetik dalam artikel itu hanyalah kata-kata dari menteri kerajaan dan APCO. Sudah tentulah mereka mencari alasan untuk menafikan dakwaan Ketua Pembangkang tentang peranan APCO dalam pentadbiran kerajaan 1Malaysia. Cuba tanya TPM, pernahkah dia menggadaikan tanah kepada kerajaan Singapura? Sudah tentu dia jawab tidak!


Ada orang berhujah, apa masalahnya kalau slogan sama? Biarlah 1Israel, 1Indonesia asalkan tujuannya untuk mengajak rakyat bersatu padu. Yang menjadi kebimbangan kita ialah: "Perjanjian Apco dengan kerajaan Malaysia (dalam) pasal 8, membolehkan Apco memiliki dokumen rahsia sulit negara. Maknanya pimpinan najib sudah jual Malaysia kepada israel/amerika" Ujar Dato' Mahfuz Omar dalam Facebook beliau. 



Cerita fasal APCO sudah hampir 10 kali disentuh dalam blog ini. Jadi, tidak payahlah saya tulis panjang-panjang!

Berkaitan:

JJC Lahirkan Piagam 1 Indonesia

YOGYA (KRjogja.com) - Di saat 25 Kelompok seni menyedot perhatian ribuan penonton yang memadati bahu jalan Malioboro ke suasana Yogyakarta tempo doeloe, ribuan warga DIY dan sekitarnya yang tumpleg bleg (memadati) di Alun-alun Utara Kraton Ngayogakarta Hadiningrat terhempas dalam keagungan masa kerajaan dulu. Dentaman gamelan dalam gending Raja Manggala yang begitu heroik mengiringi langkah-langkah kaki Sri Sultan HB X diikuti para tamu VIP memasuki tribun Panggung Utama JJC, sekitar pukul 19.30.
Walikota Yogyakarta Herry Zudianto mengenakan Busana Kejawen terlihat anggun saat menyampaikan sambutan. "JJC mengemas tontonan (hiburan -red) menjadi tuntunan (pendidikan -red). Jika acara semacam ini berlangsung setiap tahun, akan berdampak bagi kehidupan masyarakat Yogyakarta, antara lain di bidang seni, edukasi, eknomi, pariwisata, dan budaya," ujarnya.
Gubernur DIY Sri Sultan Hamengku Buwono X menyatakan JJC dapat menjadi hiburan spektakuler bagi masyarakat Yogyakarta. Menurutnya, event yang menampilkan ribuan seniman semacam ini akan mewadahi berkembangnya multikultur di Jogja. "Seniman harus menjadi penjaga nurani masyarakat kota Jogja, supaya tidak tenggelam di dalam kehidupan yang fana," kata Ngarso Dalem.
Di kesempatan ini, Walikota Yogyakarta menyerahkan Piagam Satu untuk Indonesia Kota Yogyakarta, yang berbunyi " 1Indonesia, Masyarakat Dahulukan, Pencapaian Utamakan, Untuk Indonesia".


Setelah ditandatangani Gubernur, piagam komitmen tersebut lalu diarak mengelilingi panggung utama.

Acara di panggung utama ini dimeriahkan oleh Tari Garapan Baru "Multiculture in Unity", yang bertema Past-Present-Future (Dahulu-Sekarang-Yang Akan Datang), yang ditarikan secara kolosal oleh kurang lebih 100 penari, dengan berbagai ciri dan tradisi. Puncak acara JJC tahun ini ditutup dengan pesta kembang api yang spektakuler, sembari diiringi oleh iringan gamelan Jawa. - (pautan - kredit untuk Milo Suam)

, ,

Laporan Polis Kawan AMINULRASHID: Apa yang "Sebenarnya" Berlaku?

Apa yang "sebenarnya" berlaku? Kisah ini daripada kawan mangsa. Sebelum ini kita mendengar kisah yang dicanangkan oleh pihak polis dan disiarkan dalam media. Saya petik:

Pengadu menyatakan:-



Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.
Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang...- Sumber: Perisik Rakyat

Sila bandingkan dengan laporan awal yang dikeluarkan oleh pihak polis kepada media, terutamanya tentang "merempuh", "mengundur kereta", "samun berkumpulan", dan sebagainya!


Laporan awal yang disiarkan dalam Utusan Malaysia:

Remaja maut ditembak ketika cuba rempuh polis


SHAH ALAM 26 April - Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah (gambar) berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, remaja terbabit yang memandu kereta Proton Iswara, mati akibat terkena tembakan sementara rakannya berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebelum kejadian, dua anggota polis peronda terserempak dengan kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, kedua- duanya kemudian diarahkan anggota polis supaya memberhentikan kereta namun mereka enggan, sebaliknya memecut laju.

Katanya, ekoran itu, dua anggota polis terbabit bertindak mengejar mereka dengan bantuan sebuah lagi kereta peronda yang dinaiki dua anggota.

"Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota polis itu telah melepaskan tembakan ke arah tayar kereta remaja tersebut bagi memaksa mereka berhenti. Kereta itu kemudian terbabas ke bahu jalan.

"Selepas terbabas, rakan remaja itu membuka pintu kereta lalu melarikan diri dan dikejar dua anggota polis peronda," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khalid berkata, dua lagi anggota polis peronda kemudian memeriksa keadaan remaja itu tetapi terkejut apabila suspek tiba- tiba mengundurkan kereta dan cuba merempuh anggota polis berkenaan.

"Terkejut dengan tindakan suspek untuk mempertahankan diri, anggota polis berkenaan melepaskan tembakan ke arah suspek di dalam kereta," katanya.



SIAPA YANG MENIPU?

Khabar yang "MENDEBARKAN" PM 1MALAYSIA: Peguam Perancis Siasat SCORPENE

Saya petik:

[MK] Joseph Breham, seorang daripada anggota perundangan Perancis yang memfailkan aduan di mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam kepada kerajaan Malaysia dijangka mendarat di Kuala Lumpur hari ini.

Misi Breham adalah untuk mencari maklumat lanjut bagi menyediakan kes berkenaan serta berjumpa dengan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram, yang juga adalah anak guamnya dalam kes berkenaan.

Perjanjian pembelian kapal selam yang menelan belanja berbilion dolar itu dimeterai oleh menteri pertahanan ketika itu (2002), Datuk Seri Najib Razak yang kini adalah perdana menteri Malaysia.

Perjanjian itu dikatakan memberi komisyen RM3.7 billion kepada seorang sekutu rapat Najib, Abdul Razak Baginda.

Nilai pembelian itu adalah untuk memperolehi dua kapal selam kelas diesel - yang dibina oleh Armaris, sebuah anak syarikat firma pertahanan gergasi Perancis, DCN (yang dulunya dikenali sebagai Direction des Constructions Navales) dan pemajakan kapal selam ketiga yang sudah bersara yang diusahakan oleh sebuah syarikat usahasama antara DCN dan firma, Sepanyol, Agosta.

Breham, seorang daripada tiga peguam yang memfailkan kes berkenaan dengan pihak pendakwaan Perancis bagi pihak Suaram memberitahu Asia Sentinel bahawa mahkamah Perancis telah membuka siasatan awal dan akan menasihatkan anak guamnya berhubung langkah seterus mereka.

Breham, Renaud Semerdjian dan peguam utama, William Bourdon, memfailkan permohonan bagi menyiasat rasuah dan wang umpanan ke atas DCN pertama kali pada Disember dan memfailkan dokumen tambahan pada Februari lalu.

Kes berkenaan menjadi tajuk utama media di Malaysia berikutan pembunuhan ngeri seorang penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada Oktober 2006 yang juga adalah kekasih Razak Baginda yang mengiringinya ke Perancis berhubung beberapa urusniaga pembelian kapal selam berkenaan.

Altantuya yang juga seorang model dijumpai dalam keadaan berkecai diletupkan dengan bahan peledak milik pihak keselamatan di sebuah hutan di luar Kuala Lumpur.

Dua daripada polis pengawal peribadi Perdana Menteri yang diarahkan menghalang Altantuya oleh ketua staff Najib, Musa Safri telah didapati bersalah oleh makamah dan dijatuhkan hukuman mati.

Namun, Najib, mahupun Musa belum disoal-siasat oleh pihak berkuasa berhubung kes berkenaan.

Walaupun rekod menunjukkan bahawa Najib berada di Perancis pada masa yang sama ketika Altantuya dan Razak Baginda, beliau berulang-kali telah bersumpah kepada Allah bahawa dia tidak mengenali model Mongolia itu.

Sebuah laporan yang difailkan oleh seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Razak Baginda mendakwa Altantuya adalah kekasih pertama Najib.

Selepas Altantuya dibunuh, pihak berkuasa menjumpai sepucuk surat yang mengatakan bahawa wanita itu akan memeras ugut Razak Baginda untuk sejumlah US$500,000, walaupun tujuan wang itu tidak disebut.

Selain kos kapal selam dan juga komisyen yang tinggi, lebih menggemparkan kontrak asal menyebut kapal selam berkenaan tidak mempunyai kelengkapan senjata dan peralatan mengesan. Pihak ketenteraan Malaysia perlu membuat bayaran tambahan €130 juta (RM550 juta) untuk melengkapkan kapal selam itu.
"Adakah ini bermakna, kita membeli besi kosong?" soal seorang pegawai tentera yang tidak mahu dikenali, menerusi email kepada Asia Sentinel. - John Berthelsen

JENG...JENG...JENG!


[VIDEO] CERITA gigolo DI BALI

Ya, cerita fasal GIGOLO di Bali. Cerita fasal ini tengah panas di Indonesia. Khabarnya, cerita ini menjadi kecoh berikutan penerbitan sebuah dokumentari yang bertajuk "Cowboys in Paradise" oleh seorang pengarah filem, Amit Virmani berasal dari Singapura. Dokumentari ini telah ditayangkan di sebuah festival filem di Korea Selatan minggu lalu.

Sedutan dokumentari tersebut:


Oleh sebab mahu menjaga imej Bali, pemerintah Indonesia telah menjalankan operasi menangkap puluhan budak pantai atau digelar "koboi" kerana disyaki menjadi GIGOLO kepada pelancong wanita asing. Dokumentari itu juga menjadikan pengarah filem tersebut seolah-olah "musuh utama" di Bali sekarang. Orang Indonesia marah kerana dokumentari itu dikatakan telah mencemarkan imej Bali sebagai salah sebuah pusat pelancongan terulung di rantau ini.

Lanjut, sila baca pautan ini:


VIVAnews -- Beredarnya film dokumenter 'Cowboys In Paradise' yang menggambarkan kehidupan gigolo di Pantai Kuta dikhawatirkan akan menjatuhkan citra Bali di dunia internasional.

Ketua Komunitas Masyarakat Adat Kuta Gusti Ketut Sudira menegaskan, kasus tersebut dikhawatirkan akan memperburuk citra pantai Kuta, Bali yang selama ini sudah sohor dimata dunia.

"Kita bisa saja menganggap seperti itu (ada yang ingin menghancurkan), kita bisa saja mengira-ngira ada yang mengarah ke sana, karena nama Kuta yang sudah tinggi. Bila memang benar, saya tidak menyangka sejauh itu (merusak citra)," kata dia, Selasa 26 April 2010....



The director of the documentary “Cowboys in Paradise,” an already hugely controversial look at the gigolo lifestyles of Bali’s “Kuta Cowboys,” has already begun to receive hate mail and death threats, despite few Indonesians having seen the film.

Singapore-based writer and director Amit Virmani told the thejakartaglobe.com that he never expected the documentary — which he describes as a compassionate look at the lives of the beach boys and their families — to create so much controversy and hatred.

He said the negative feelings were plain to see from the comments posted on the trailers to the film on Youtube.

“It’s unfortunate that people are making this out to be anti-Indonesian film by an Indian filmmaker,” Amit said. “That’s ridiculous and dangerous in today’s climate where harmony is so fragile. Besides, hatred is not what the film is about. And it’s not what Bali is about,” he said.

One of the emails sent to Amit describes his as an “irresponsible idiot” and he has “become the biggest enemy in Bali.”

Another calls him a “rubbish man,” mistaking him for an Indian man Amit interviewed as part of the documentary. In the film the man, who speaks positively about the Cowboys and says they have many positive economic impacts on the resort island, said the beach boys were part of the “national gross product,” which is misunderstood.

“Hi f***ing amit virmani... wtf do you mean by national gross product? you are the gross director.. I even don’t acquiesce to write your f***ing indian name in capital..because I dont f***ing respect rubish man like YOU !!!,” the email said.

Amit said the man was wrongly attacked for being “anti-Bali” and “jealous” of the Cowboys.

, ,

Selasa, 27 April 2010

Kes Tembak AMINULRASHID: Mudahnya Tindakan yang Diambil...Pang, Pang, Pang?

(Jenazah dibawa keluar - Gambar HM)


Malam tadi, saya mengikuti berita di televisyen tentang arwah adik Aminulrasyid (15 tahun) yang ditembak mati oleh pasukan polis. Ketika ditemu ramah, pegawai polis ada menyatakan bahawa arwah disyaki suspek PENJENAYAH. Ketika diperiksa, polis menemukan sebilah PARANG! Sehingga pagi tadi masih terngiang-ngiang lagi perkataan PARANG dan PENJENAYAH.

Sampai ke pejabat, saya membaca laporan kes yang sama di Utusan Malaysia: (Sila perhatikan ayat yang dimerahkan ketika membaca beberapa siri laporan berita tentang kes ini.)


Remaja maut ditembak ketika cuba rempuh polis
SHAH ALAM 26 April - Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah (gambar) berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, remaja terbabit yang memandu kereta Proton Iswara, mati akibat terkena tembakan sementara rakannya berjaya melarikan diri.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebelum kejadian, dua anggota polis peronda terserempak dengan kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata, kedua- duanya kemudian diarahkan anggota polis supaya memberhentikan kereta namun mereka enggan, sebaliknya memecut laju.
Katanya, ekoran itu, dua anggota polis terbabit bertindak mengejar mereka dengan bantuan sebuah lagi kereta peronda yang dinaiki dua anggota.
"Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota polis itu telah melepaskan tembakan ke arah tayar kereta remaja tersebut bagi memaksa mereka berhenti. Kereta itu kemudian terbabas ke bahu jalan.
"Selepas terbabas, rakan remaja itu membuka pintu kereta lalu melarikan diri dan dikejar dua anggota polis peronda," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Khalid berkata, dua lagi anggota polis peronda kemudian memeriksa keadaan remaja itu tetapi terkejut apabila suspek tiba- tiba mengundurkan kereta dan cuba merempuh anggota polis berkenaan.
"Terkejut dengan tindakan suspek untuk mempertahankan diri, anggota polis berkenaan melepaskan tembakan ke arah suspek di dalam kereta," katanya.

Bandingkan pula dengan laporan Harian Metro:


'Adik Bukan Penjenayah'
KLANG: “Saya tak tahu bila adik tahu bawa (memandu) kereta. Walau apa pun saya tak puas hati dengan apa yang berlaku,” kata Nor Azura Amzah, 39, kakak sulung kepada Aminulrasyid, 15, yang mati terkena tembakan ketika cuba melarikan diri daripada polis di Seksyen 11 di sini, awal pagi semalam.
Nor Azura berkata, adik bongsu daripada lapan beradik itu bukan seorang penjenayah sehingga perlu ditembak mati.
Adik saya bukan penjenayah. Mungkin dia panik dan tak tahu apa nak buat selepas lihat rakannya lari menyebabkan dia bertindak sedemikian.
“Walaupun sukar menerima kejadian ini, ia sudah berlaku dan saya pasrah,” katanya ketika ditemui di perkarangan rumah mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, semalam.
Aminulrasyid mati di tempat kejadian selepas terkena sedas tembakan di belakang kepalanya...

Harakah Daily:
Bunuh juvana: Khalid minta polis lindungi saksi
SHAH ALAM, 27 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta polis supaya melindungi dua saksi utama kes bunuh juvana, Aminul Rashid Hamzah, 15,  yang membabitkan empat pegawai polis, pagi semalam.
"Salah seorang saksi utama adalah anak polis sendiri, saya harap pihak polis beri jaminan dia ini dilindungi," jelas beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen Shah Alam, di sini pagi tadi.
Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan samun bersenjata.
"Jangan ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau mereka-reka cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil memberitahu media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi utama terbabit pergi membuat laporan polis.
"Dengan laporan yang dibuat (oleh saksi utama) semalam, memadai dan jauh lebih benar berbanding kenyataan pihak polis di beberapa media."
Dalam pada itu, beliau mempertikai tindakan polis menembak Aminul Rashid di kepala dari belakang sedangkan kereta yang mereka naiki tersebut tidak dapat dipandu dengan laju akibat tayar bocor.
Disebabkan itu, beliau mempersoal tindakan polis memukul salah seorang juvana terbabit, sebelum juvana tersebut melepaskan diri.
Beliau turut mempersoal pertimbangan polis menembak juvana yang terbabit sedangkan mereka masing-masing tidak bersenjata.
"Polis hanya boleh menembak apabila nyawa mereka sendiri terancam atau apabila nyawa orang awam terancam (sedangkan) di dalam kereta tidak ada walau sebilah senjata seperti yang didakwa polis sebelum ini," ujarnya.
Bercakap pada sidang media yang sama, Yaakub Sapari, Exco Kerajaan Selangor yang juga Adun Kota Anggerik turut menyuarakan rasa kecewa dengan insiden yang membabitkan rakyat di Dun beliau.
Dengan berlakunya peristiwa tersebut, seakan mengulangi insiden tembak rambang yang membabitkan seorang ibu tunggal, Norizan Salleh, Oktober tahun lalu.
Manakala, Monaliza Mokhtar Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7 pula menganggap beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai suatu fitnah.
Beliau turut menjelaskan bahawa keluarga mangsa serta dua saksi utama sedang membuat pertimbangan akhir untuk mengambil tindakan kepada pihak berwajib yang terbabit memutar belit bukti sebenar berhubung juvana terbabit.
Beberapa media arus perdana sejak semalam melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan, dilaporkan tidak menolak kemungkinan bahawa mereka yang terbabit terlibat dalam kegiatan menyamun.
Tuntas dari tembakan di kepala yang membabitkan juvana dari Sekolah Menengah Seksyen 7, di sini tersebut, implisitnya mencalar kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memelihara keselamatan rakyat dan negara.

Jika dibandingkan laporan awal yang dikeluarkan oleh Utusan dengan laporan susulan oleh media lain memang anda akan dapat mengesan pelbagai pencanggahan yang begitu jelas sekali. Kenyataan awal polis kepada pihak media amat-amat meragukan.  Kata mereka, ada PARANG di dalam kereta itu, sedangkan hal itu disanggah oleh Khalid Samad yang turut membawa rakan arwah yang berada di dalam kereta itu membuat laporan polis. Malah, budak itu mendakwa turut dibelasah oleh pihak polis sebelum berjaya melarikan diri ke rumah.

Banyak sangat perkara yang meragukan berdasarkan kenyataan awal yang dikeluarkan oleh pihak polis. Hal itu mencetuskan persoalan: Adakah perbuatan "cover up" seperti yang kita tonton dalam filem Barat dipraktikkan di sini? Sebelum ini  kita sering membaca  berita tentang suspek jenayah yang ditembak mati oleh polis, benarkah begitu realitinya? Bukan mahu menuduh, adakah tindakan pang..pang...pang begitu mudah diambil sedangkan banyak prosedur yang perlu diambil sebelum sebarang tembakan dilepaskan?

Saya berkongsi pendapat dengan orang lain bahawa arwah mungkin panik kerana tidak memiliki lesen memandu. Oleh sebab takut, dia memecut kereta dengan laju untuk pulang ke rumahnya. Itu hanyalah andaian. Biar apa-apapun, 1Malaysia mengharapkan siasatan telus dibuat untuk menyelesaikan kes ini.


Kemas Kini:


'Jangan lapor yang bukan-bukan', rayu ibu Aminulrasyid

[MK] Ibu kepada pelajar berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, yang mati ditembak polis awal pagi semalam, meminta polis menyiasat kes kematian anaknya dengan telus bagi "mencari keadilan".


Norsiah Mohamad, 60, seorang ibu tunggal, juga mendakwa anaknya itu tidak terlibat dalam aktiviti jenayah, seperti dilaporkan media.

"Saya tau anak saya, dia bukan seperti yang disebarkan dalam akhbar. Saya tau siapa anak saya," katanya dalam sidang media di rumahnya di Shah Alam hari ini.

Dalam sidang media itu, Norsiah ditemani oleh anak perempuannya, Norazura Amzah dan menantunya, Kamarudin Hassan.
Aminulrasyid merupakan anak bungsu daripada lapan adik beradik.

Beliau berharap media tidak melaporkan "yang bukan-bukan" kerana "saya sebagai ibu tak sanggup nak baca."

Ditanya sama ada pihaknya akan menyaman polis, Norsiah berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama anggota keluarganya yang lain.

Ibunya kelihatan sedih dan bergenang air mata ketika mengulas perkara itu.

Ezam "Raja Sesumpah" Bakal Dilantik Sebagai SENATOR?

Biar betul? Raja Sesumpah bakal dilantik menjadi Senator? Namun, pelantikan itu merupakan khabar angin yang dilaporkan oleh blogger Anjing Besar. Tetapi, logiknya, jika tiada angin masakan pokok bergoyang.  Katanya:
Rumours are spreading that defected former-AMK-Chief and Anwarista Ezam Md. Nor would be appointed as a Senator in the Dewan Negara soon. If the rumour is true, then the reason for the appointment is unclear. However, it was thought to be an ‘incentive’ for the fight against former-abuse-of-power-convict Anwar “Mat King Leather” Ibrahim.
Habuan kerana menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim? Inikah harga sebuah pengkhianatan?

,

Isnin, 26 April 2010

IKRAR GADIS: Lakukan Seks dengan 100 Lelaki

Saya petik:
Schoolgirl, 19, vows to have sex with 100 people 

[AO] A 19-year-old woman recently gained a reputation in the virtual world after posting a series of blogs describing her sex life with numerous men.

"Chien Chien," as the woman called herself, wrote about her sexual escapades with different men, aged anywhere between 19 and 49.

She also wrote that her goal was to have sex with 100 men, adding she would "reach that goal pretty soon."

Describing herself as "a bitch who just wants to have sex," she recounted different sex scenarios she had had with men, including role plays, "menage a trois" and having multiple partners at the same time.

As if text was not enough, she also posted nude pictures of herself, seemingly trying to prove the validity of the time-test adage: "A picture is worth a thousand words."

Since the postings came to light, her blog site attracted numerous page views, and her ID number, cc1031cc, became the most popular search term on the Internet.

All entries were locked, yet she provided a password to unlock them.

Due to the obscene and almost pornographic nature of her blog site, many people have reported it to law enforcement authorities. The site has already been shut down.

"Chien Chien" has also received much criticism from the cyber community who suspected “her” to be a man.

However, CC reiterated that she was only a student who merely wished to share her feelings.

Opss, hentikanlah hasrat untuk mencari  gambar atau bahan berkaitan dengan gadis itu! Cukuplah dengan paparan berita dalam blog ini sebagai pengajaran kepada semua.

Di Malaysia, gadis "sejenis" dengan budak perempuan di atas sudah tentu tidak mempromosikan perlakuan keji itu di blog, namun saya yakin banyak yang sudah mencapai angka 100 itu. Cuba bersangka baik, namun gerak hati berkata demikian berdasarkan fenomena seks bebas yang berlaku di negara ini. Ada gadis yang dilaporkan pernah diratah oleh 10 orang lelaki semalam. Bayangkanlah jika hal seumpama itu berlaku dalam tempoh sebulan atau setahun?

Pernah suatu ketika dahulu (sekitar hujung tahun 1990-an) negara digemparkan dengan laman sesawang yang memaparkan gambar lucah gadis yang digelar "Babyrina". Nama yang cukup  popular dalam kalangan remaja pada waktu itu. Tidak tahulah pada masa hadapan, jika ada gadis yang sanggup melakukan perbuatan yang dilaknati Allah dan mempromosikannya di internet. 

Bagi kita (tidak tahulah anda?), hal sebegini merupakan perkara yang perlu segera dibanteras dan orang yang melakukannya perlu dihukum mengikut hukuman yang ditetapkan oleh syariah, namun jangan pelik jika ada yang menganggap perkara terkutuk ini sebagai suatu perkara yang menjadi hak asasi manusia.

PRK Hulu Selangor: "SAD but TRUE" 2

Saya malas untuk bercerita panjang fasal “kekalahan” (tetapi dengan pertambahan jumlah undi berbanding dengan jumlah undi yang diperoleh pada PRU yang lalu, penambahan undi ini membuktikan bahawa PR masih memperoleh sokongan masyarakat di situ) PR kepada BN dalam PRK Parlimen di Hulu Selangor.  Semua kemusykilan, persoalan, kebimbangan, pandangan telah saya catatkan pada kiriman di blog ini bermula 14 April yang lalu. Klik dan bacalah kalau berminat.

Khabarnya undi kaum Cina masih berpihak kepada PR. Bagaimana dengan masyarakat India? Jadi, sudah tentu penduduk Melayu yang menjadi pihak yang paling berjasa terhadap “kemenangan” (banyak sangat kontroversi: ada dakwaan berkaitan dengan pengundi hantu, rasuah pilihan raya, daftar pengundi yang diragui, pengundi dihalang mengundi, dll) calon MIC.

Hendak “marahkan” sebahagian penduduk Melayu di Hulu Selangor kerana menyokong UMCO  pun tidak berguna kerana berapa kerat daripada mereka membaca blog atau media baru yang lain? Kita hanya bergegar di blog tetapi hakikatnya penduduk di kampung-kampung hanya menonton berita di tv dan membaca berita dan maklumat semasa di akhbar arus perdana. Jadi, apabila timbul isu memburuk-burukkan calon PR dan persepsi bahawa pemimpin PR mengingkari titah Sultan Selangor, dll maka hal itu sudah cukup membantu untuk membuatkan orang Melayu untuk memangkah calon BN. Auta bahawa “jika pembangkang memerintah, kuasa Melayu akan hilang” sememangnya sudah sebati dalam diri masyarakat Melayu di kampung-kampung.

Sayang orang kampung majoritinya tidak membaca dan menilai bagaimana UMCO bersengkongkol merencana pelbagai perkara, sayang juga orang kampung tidak dapat melihat bagaimana dengan tanpa rasa bersalah pemimpin UMCO memegang gelas yang berisi arak, sayang juga orang kampung masih mudah dimanipulasi/dipermainkan dengan nilai semurah sehelai kain batik hinggalah sejumlah wang ringgit serta lakonan pemimpin yang selama ini “merompak” hasil negara ini.

Tahniah MIC, kemenangan berganda: memperoleh kerusi Parlimen, jika betul, memperoleh jawatan senator dan timbalan menteri untuk pemimpinnya. Takziah UMCO, walaupun BN “menang”, namun khabarnya sebanyak RM64 juta terpaksa “dilaburkan”, di samping terpaksa menjatuhkan maruah diri (Ketuanan UMCO) demi memenuhi "ugutan" MIC. Janganlah suka sangat! Dengan majoriti sebanyak seribu lebih (kontroversi juga) di kawasan kubu kuat sendiri, pencapaian itu bukanlah sesuatu harus dibangga-banggakan.

Bacalah pautan berita yang mengiringi kemenangan calon MIC semalam (kompilasi Pak Bakaq):


Ahad, 25 April 2010

PRK Hulu Selangor: "SAD but TRUE"

PR kalah lagi. Kedua di Semenanjung dan ditambah satu kekalahan di Sarawak selepas PRU yang lalu. Kekalahan kedua berturut-turut selepas PRK di Negeri Sembilan yang dimenangi oleh Isa Samad,

Banyak yang ingin dipersoalkan & diperkatakan, sambung semula esok.

Mengubat lara sambil mendengar lagu Metallica "Sad But True".

Pangkah Calon PAKATAN RAKYAT!


Wahai penduduk di Kawasan PARLIMEN HULU SELANGOR, mengapakah anda: Melayu, Cina, India, Orang Asli perlu menolak calon BN?


Perlukan alasan lain?  Terlalu banyak untuk disenaraikan.

SOKONG & PANGKAHLAH CALON PAKATAN RAKYAT!

Sabtu, 24 April 2010

PRK Hulu Selangor: Gambar Tidak MENIPU 6


(Kredit kepada jurugambar. Sumber gambar ada tertera pada gambar.)

Suasana di Kuala Kubu Baru.

PRK Hulu Selangor: Gambar Tidak MENIPU 5


(Kredit kepada jurugambar. Sumber di sini.)

Lokasi: Felda Sungai Buaya

Apabila Mengajak Si "Aww" Berdebat!


Cerita debat antara pemimpin PR dan BN (aww!) ini sudah jemu diperkatakan sejak beberapa tahun ini. Macam-macam debat pernah dicadangkan untuk diadakan bagi menjelaskan sesuatu isu. Antara  debat yang pernah dirancang termasuklah debat isu harga minyak, debat isu Kampung Buah Pala antara Lim Guan Eng-Koh Tsu Kun, debat isu rasuah antara Husam-Zahid, debat isu kemelut politik Perak antara Zambry-Nizar Jamaludin, debat pemuda PR-pemuda BN, dan sebagainya termasuklah debat yang sepatutnya berlaku pada malam ini berkaitan dengan isu APCO-Israel antara Anwar dengan Najib.

Kesemua debat itu tidak pernah disahut kecuali, debat isu harga minyak yang berani disahut oleh Shabery. Biarpun berbuih-buih mulut menangkis hujah dan merapu dengan menyerang peribadi Anwar semasa berdebat, namun pujian harus diberikan atas keberaniannya berdebat dengan tokoh pembangkang. Yang lain? Tidak berani berdebat dan sanggup digelar orang "aww".

Di ruangan maya, bermacam-macam alasan diberikan oleh blogger pro-UMNO untuk mempertahankan pemimpin mereka. Kata mereka, ajakan debat ini hanya sandiwara, politik murahan, melariskan ceramah, taktik kotor pembangkang, dan sebagainya. Logikkah mereka memberikan alasan sedemikian demi melindungi kebaculan dan kedayusan pemimpin pujaan mereka? Kalau beginilah mentaliti dan hujah yang diberikan, malang sekali BN mempunyai barisan tentera siber yang bodoh dan kering akal yang hanya "pandai" bermain dengan tajuk pada kiriman walhal isi kiriman tersebut "kosong" demi menarik pengunjung ke blog mereka.

Walhal inilah pentas untuk pemimpin BN menegakkan hujah masing-masing jika mereka benar-benar yakin bahawa mereka berada di pihak yang benar. Biarkan rakyat menilai siapa yang bersalah dan siapa yang benar. Namun, pelbagai alasan bodoh yang diberikan untuk mempertahankan kebetinaan diri masing-masing dengan sokongan blogger yang pendek akal.

Persoalan hari ini: Adakah PM 1Malaysia akan menyahut dan seterusnya naik ke pentas untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang di  Stadium Kuala Kubu Baru pada malam ini? Berdasarkan laporan akhbar di bawah ini, berkemungkinan besar harapan rakyat untuk menilai hujah kedua-dua tokoh politik negara ini tidak kesampaian. Inilah yang berlaku apabila mengajak si "aww" berdebat!


Berkaitan:

Pilihan raya kecil Hulu Selangor: Tak perlu debat


[HM] HULU SELANGOR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Barisan Nasional (BN) tiada keperluan untuk berdebat dengan sesiapapun khususnya pembangkang.



Beliau berkata, debat adalah taktik pembangkang, sekali gus menunjukkan petanda bahawa mereka tertekan.


“Kalau kita kata tak payah, dia kata kita penakut...kita sudah debat secara terbuka. Mereka di sebelah sana walaupun tiada platform yang sama dengan kita di sebelah sini, mereka kata A kita sudah jawab B, mereka kata C kita sudah jawab D,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan logo 1Rela iaitu 1Platun, 1Kampung, 1Taman Perumahan di Kuala Kubu Baharu di sini, semalam.


Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor Datuk Zaid Ibrahim hari ini menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan calon BN P Kamalanathan termasuk Perdana Menteri Datuk Najib Razak dan Muhyiddin sendiri.


Debat yang dianjurkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menjemput Kamalanathan supaya berdebat dengan Zaid mengenai Isu Keselamatan Negara yang akan diadakan di Hulu Bernam malam ini.


Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN berkata, kerajaan BN sudah berbahas dengan pembangkang dan memberi penjelasan yang tepat kepada pengundi.


“Bagi saya debat sudahpun berlaku dan penjelasan sudah kita buat, apa isu yang kerajaan tak bahas, dalam pilihan raya kecil, di Parlimen dan di mana-mana sesi pertemuan, yang penting adalah pengundi yang menentukan bukan saya, bukan Zaid,” katanya.


Mengenai kenyataan tokoh DAP Lim Kit Siang yang mengakui calon PKR Zaid menghadapi laluan yang sukar berbanding lawannya Kamalanathan, Muhyiddin berharap doa Lim itu menjadi kenyataan.


“Saya doakan kenyataan beliau jadi realiti,” katanya. — Bernama

Hasil Kerja "ANAK HARAM, ANAK IBLIS"


-Sumber gambar ada tertera pada gambar, tetapi saya temukan gambar "kurang ajar" ini di sini  (pemilik blog ini seorang wanita, penyokong tegar, tuli UMNO-APCO)-

,

Jumaat, 23 April 2010

Beza Peranan Masjid pada Zaman Sekarang, Masjid pada Zaman Rasullulah!

Jangan menyampaikan ceramah politik di masjid dan di surau! Saya petik:



[MK] Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilarang menyampaikan ceramah atau kuliah Maghrib di mana-mana masjid dan surau di Hulu Selangor.
Pengarah JAIS, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, arahan itu bukan ditujukan kepada menteri besar Kelantan sahaja tetapi mencakupi semua pihak.

Katanya, larangan itu sebagai menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang pengunaan masjid oleh individu-individu berkepentingan politik menggunakan institusi umat Islam itu untuk tujuan berkenaan.

Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini memetik Sultan Sharafuddin (kanan, bertali leher belang) menitahkan polis supaya bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor yang sedang berlangsung sekarang.

Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, larangan itu termasuk ceramah politik, penganjuran sebarang perhimpunan atau demonstrasi.

Katanya, pihak polis akan meningkatkan kawalan di semua masjid bagi membendung perkara tersebut daripada berlaku.

Sehubungan dengan larangan itu juga beberapa jadual Mursidul Am PAS hari ini di beberapa masjid di Hulu Selangor terpaksa disusun semula.

Antaranya, Nik Aziz akan berkempen di Assam Kumbang sebelum ke Rasa (9.30pm) dan Batang Kali (10.30pm).

Saya siarkan satu petikan akhbar:


 
- Utusan Malaysia (5/1/10)


....Masjid adalah di antara tempat pertama Rasulullah SAW menyatukan orang mukmin di bawah satu kesatuan pemikiran berlandaskan Islam. Maka masjid adalah tempat perkumpulan umum dan permesyuaratan. Masjid bukan sahaja bertindak sebagai tempat peribadatan khusus bahkan aktiviti kemasjidan adalah merupakan aktiviti Islam sendiri yang melengkapi segenap bidang agama, politik, sosial, pembangunan komuniti, perdagangan dan kemasyarakatan.
.............


Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri), serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: "Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata. Pada hal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta. (al-Taubah: 107) ....

Orang yang malas berfikir akan berkata: Takkan hendak benarkan orang politik yang gemar menabur fitnah berceramah di dalam masjid?
 
Takkan memperkatakan jangan bersekutu dengan parti yang berkawan dengan APCO itu fitnah? Adakah memperkatakan bahawa orang ramai perlu menyokong parti yang mengakkan Islam itu fitnah? Adakah memperkatakan bahawa rasuah itu haram dan bersekutu dengan orang yang mengamalkan rasuah itu haram merupakan suatu fitnah? Adakah.....terlalu banyak untuk disenaraikan!

PR

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH