Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Tambahkan"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Sertai"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Like"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Follow"]

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

BAGASI KIRIMAN TERKINI

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Archives

Rabu, 31 Mac 2010

Kenali Pemimpin PERKASA



Menarik! Saya petik:

Separuh Kepimpinan Perkasa Ahli dan Bekas Ahli Umno
[MSO] MEMERHATI kepada barisan kepimpinan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) 2010/13 yang dilantik pada mesyurat agung pertama dua tiga hari lepas jelas NGO itu tidak dapat lari daripada dibelenggui oleh parti Umno. Hampir separuh mereka yang menerajuinya bekas ahli Umno ataupun mereka yang sudah terpinggir dari arus perdana parti itu. Ada juga mereka yang frustasi dengan Umno dan menjadikan Perkasa sebagai gundik singgahan.

Presidenya, Ibrahim Ali seperti mana dimaklumi orang yang dibuang oleh Umno pada tahun 2004. Beliau politikus yang keluar masuk parti macam keluar masuk jamban saja. Kedudukan beliau itu tidak menghairankan. Begitu juga dengan jawatan Timbalan Presiden, Ab Rahman Bakar juga ahli Umno yang tidak mendapat tempat di dalam parti berkenaan.

Manakala dua dari naib presidennya terdiri daripada ahli Umno yang tewas dalam pilihan raya lalu dan juga ahli Umno yang digantung kerana terlibat dengan politik wang. Ashraf Wajidi Dusuki merupakan calon UBN di kerusi parlimen Tumpat pada pilihan raya umum lalu tewas kepada Kamaruddin Jaaffar. Beliau juga merupakan anak tokoh Umno yang kini sudah bersara dan tidak aktif dalam Umno, iaitu Dusuki Ahmad.

Seorang lagi Naik Presiden, Mokhtar Samad adalah bekas ketua Umno Bandar Tun Razak. Keahliannya digantung kerana terlibat dengan politik wang. Disebabkan itu jawatan ketua bahagian yang dimenanginya ditarik balik.

Shuaib Lazim yang memegang jawatan Bendahari agung adalah bekas Adun Pantai Merdeka, Kedah. Kini sudah tidak lagi diperlukan oleh Umno negeri berkenaan. Begitu juga dengan Ketua Penerangan, Ruslan Kassim bekas pemimpin Umno dan juga bekas ahli parti PKR. Anak didik Anwar Ibrahim yang telah meninggalkan gelanggang reformasi. Berbeza dengan Ezam Mohd Nor, Ruslan tidak bertidak memburukkan Anwar.

Manakala ketua Wiranitanya, Raihan Sulaiman Palestin juga merupakan ahli Umno dan bekas pimpinan Puteri Umno. Pernah mencuba nasib untuk merebut jawatan ketua Puteri Umno tetapi tewas disebabkan masalah teknikal.

Begitu juga dengan ahli jawatankuasanya terdiri daripada ahli-ahli Umno yang pernah menjadi pemimpin peringkat bahagian. Antara mereka , Ahmad Saad, Yusuf merah, Nasiruddin Rais bekas ahli pemuda Umno sebuah bahagian di Perak yang sudah tidak laku dan bermusuh dengan Zahid Hamidi.

Begitu juga beberapa nama dalam jawatankuasa dilantik merupakan bekas ahli Umno kemudian menyertai Umno semula.

Keseluruhannya kepimpinan Perkasa adalah ahli atau bekas ahli Umno. Adalah tidak benar kalau ada orang mendakwa Perkasa adalah NGO bebas dan bukan bias kepada Umno. Berdasarkan kepada latar belakang kepimpinan itu Perkasa jelas adalah perkakas kepada Umno.

Sementara itu beberapa nama yang menjadi ahli jawatankuasa penaja tidak tersenarai dalam barisan kepimpinan Perkasa itu. Apakah mereka telah memufarakah dari NGO berkenaan ataupun memang disingkir.

Antara mereka ialah Fuad Hassan yang memegang jawatan Timbalan Presiden, Rohanie Ahmad, Ketua Penerangan, Md Radzi Mustapa selaku penasihat undang-undang Perkasa dan Yahya Lampong yang mewakili Sabah. Begitu juga dengan aktvis dan tokoh belia Perak Yammy Samad juga tidak tersenarai dalam kepimpinan baru itu. Kamal Amir Kamal Hijaz yang turut dijemput menganggotai pertubuhan itu juga tidak kedapatan dalam mana-mana senarai penjawatan.

PANAS: Dokumen Perjanjian APCO-UMNO?

Khabarnya, ada 3 perjanjian yang ditandatangani oleh UMNO dengan syarikat Yahudi (dikatakan bersekongkol dengan Zionis Israel). Disalin dan ditampal salah satu halaman berkaitan dengan salah satu perjanjian yang didakwa ditandatangani oleh APCO dan kerajaan 1Malaysia (UMNO):





Untuk membaca keseluruhan dokumen tersebut sila ke Malaysia Wave.

Menarik 1:

..."The allegations repeated against APCO Worldwide Tuesday morning in the Malaysian Parliament are false. APCO Worldwide is not working for the government of Israel. We did not devise the 1Malaysia concept," it said in a statement issued to Bernama here....

Menarik 2:
.......

APCO IN TEL AVIV

APCO Worldwide in Tel Aviv helps clients navigate the complex international business and regulation arena in Israel. We also assist multinational companies in understanding Israel’s unique political and business climate, which operates in a dynamic setting facing constant changes and challenges.

Our team offers clients a comprehensive range of services. Our understanding of the local market as well as our global expertise gives clients an essential advantage in achieving their business objectives.

Key services include:

market entry:

With offices in the world’s business and political hubs, APCO in Tel Aviv helps Israel’s fast-growing companies ensure a smooth launch into new markets. This includes a thorough assessment of the regulatory framework, potential market and partnership opportunities, as well as advising on an appropriate investment structure.

corporate responsibility:

The Tel Aviv office is recognized as one of Israel’s leading corporate responsibility firms and assists clients in developing environmental, social and governance programs.

issues management:

Leveraging Israel’s time zone and multi-language capabilities, we provide APCO’s clients across the globe with media monitoring, back-desk market research and issue analysis services.

Jewish community networking:

APCO’s Tel Aviv office helps clients navigate the Jewish world. Our staff has extensive experience and close ties to major Jewish and Israeli organizations with a global presence. We offer a comprehensive understanding of Jewish public affairs and help clients make the right contacts and convey their messages creatively and efficiently to Jewish audiences and communities worldwide.


Menarik 3:

,

Perhatian SEMUA Lelaki: Elak Miliki KKU!

Saya perlu kirimkan makalah di bawah ini sebagai panduan untuk semua lelaki. Penting! Jangan terjadi seperti lelaki yang diperihalkan dalam makalah tersebut. Nasi sudah menjadi bubur. Merana seumur hidup!

OK, jika anda mengalami ereksi melampau (berterusan), iaitu melebihi empat atau enam jam, jangan perasan anda bagus, jangan perasan anda hebat. Anda mungkin terkena penyakit Priapism - ereksi yang berlaku berterusan, yang selalunya diikuti rasa sakit dan terjadi tanpa sebarang stimulasi seksual.

Bagaimana penyakit ini terjadi? Penyakit ini terjadi apabila darah terperangkap di kemaluan dan menyebabkan ereksi yang berpanjangan. Walaupun biasanya penyakit ini menyerang lelaki yang berumur antara 20-50 tahun, namun penyakit ini boleh dihidap oleh sesiapa sahaja termasuklah bayi lelaki yang baru lahir.

Apakah yang akan terjadi jika anda lewat untuk mendapatkan rawatan? Selain menanggung rasa sakit, kemaluan anda berkemungkinan besar akan kehilangan upaya untuk "bertarung" pada masa akan datang. Jadi, KKU (kemaluan kurang upaya). Buktinya, sila baca petikan di bawah ini:

21-day erection renders man impotent

A 55-year-old man in Kolkata, India, had to be rushed to the emergency room after having an erection for 21 days!
According to the doctors who attended to him, the father of two – who was not on Viagra, was suffering from Priapism – a persistent, usually painful erection that lasts for more than four hours and occurs without any sexual stimulation.

It happens when blood in the penis becomes trapped and is unable to be drained off.

Yes, it’s a medical condition that can affect males of all age groups, including newborns.

However, Priapism usually affects men in between the ages of 20 to 50.

“It took him three weeks to seek medical help. That’s way too late,” Dr Avishek Mukherjee, the head surgeon in charge, was quoted bywebmd.com.

“He should have seen a doctor after he had a non-stop erection for six hours, because it could kill him or damage his penis.”

The doctors performed emergency surgery on their patient. But it was too late.

It is confirmed that the man is now suffering from permanent erectile dysfunction.

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
 
 

, ,

Selasa, 30 Mac 2010

Berita Paling "Hot" Hari Ini!


Saya sengaja lewat mengirimkan pautan/kiriman berkaitan dengan APCO dan MEB kerana berita/kiriman tentang hal tersebut bagaikan pisang panas di media cetak, di media elektronik dan di media baru. Pembetulan, fasal MEB memang "hot" di semua saluran media, tetapi fasal APCO hanya "hot" di media baru, "sejuk bedi" di media elektronik dan di media cetak arus perdana. Silap-silap langsung tidak diperihalkan dalam media-media tersebut.

Blog ini pernah beberapa kali menyiarkan tentang APCO dan kerajaan PM 1Malaysia. Jadi, tidak perlulah saya menulis panjang. Cuma setelah membaca penjelasan Saudara Tian Chua di bawah ini serta berita-berita yang berkaitan dengannya, frasa yang secara spontan keluar dari mulut saya ialah: "Rapuhnya rahsia dan maruah negara"

Penjelasan tentang APCO:

Hari ini Selasa, 30 Mac 2010, ahli-ahli parlimen Barisan Nasional sedang bersedia untuk menyembelih Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung ulasannya terhadap APCO. Ahli-ahli parlimen ini mungkin berfikir mereka melakukan hal yang betul dengan mempertahankan Najib dan syarikat perundingnya yang hebat itu.

Dalam fikiran kebanyakan ahli parlimen BN, mempertahankan kerajaan sama dengan mempertahankan tanahair. Dengan logika songsang yang sama, orang yang mengkritik kerajaan semudahnya digelar pengkhianat Malaysia.

Saya dengan berlapang dada, mengajak kawan-kawan di sebelah sana untuk berfikir dengan lebih jauh lagi, melihat dengan lebih dalam lagi. Sebetulnya, ianya tidaklah terlalu sukar untuk mencari kaitan hubungan APCO dan Israel.

Namun sebelum saya pergi lebih jauh lagi, saya perlu menerangkan bahawa perbincangan ini tidak ada kena mengena dengan “persoalan tentang Yahudi.” Ada perbezaan yang cukup luas di antara menjadi Yahudi dan menganut ideologi Zionisme.

Rakyat Malaysia selalu berbangga dengan mengisytiharkan kebersamaan terhadap rakyat Palestin yang tertindas. Kita juga mengekalkan dasar luar negara yang bebas dan memiliki rekod panjang melatakkan komitmen pada prinsip dan perjuangan Gerakan Negara-negara Berkecuali.

Dalam konteks ini, apakah teramat sukar untuk memahami bagaimana Perdana Menteri membayar khidmat firma yang terkenal dengan hubungan gelapnya dengan gerakan Zionisme antarabangsa? Kenapa perlu kita percaya sebuah syarikat dengan agenda Zionis mengendalikan hubungan komunikasi strategi Malaysia?

Ia bukan hanya sekadar sebuah syarikat Yahudi

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menimbulkan beberapa kritikan di parlimen berkenaan persamaan di antara slogan 1 Malaysia dan 1Israel. Beliau juga mencabar kerajaan untuk menjelaskan perbelanjaan berjumlah RM23 juta wang pembayar cukai kepada APCO.

Terdapat juga persoalan tentang kenapa Najib dan kerajaannya tidak melibatkan firma perhubungan awam tempatan bagi menjalankan kerja hubungan komunikasi tersebut?

Menurut kenyataan APCO sendiri, tanggungjawabnya meliputi ruang lingkup yang cukup lebar melangkaui komunikasi “tugas APCO termasuklah dokongan komunikasi terhadap usaha-usaha reformasi yang luas yang sedang diambil kerajaan Malaysia, terutamanya dalam bidang mencipta peluang pekerjaan, mempromosikan pendidikan serta memperkasa penyampaian khidmat kepada rakyat.”

Malahan, ianya cukup aneh bahawa penjelasan ini tidak datang dari Najib ataupun Pejabat Perdana Menteri.

Asas utama Pakatan Rakyat menimbulkan perkara ini bukanlah untuk meraih sokongan politik tetapi kerana keprihatinan yang jujur berhubung soal keselamatan negara.

APCO Worldwide berpusat di kota Washington DC dan memiliki 23 buah pejabat di seluruh dunia termasuklah di Tel Aviv, Israel. Menjadi pengetahuan umum orang-orang penting dan penasihat APCO berhubung kait dengan Zionis Israel, seperti Shimon Shein (bekas Duta Israel ke Jerman), Itamar Rabinovich (bekas duta Israel ke Amerika Syarikat),

Kita mungkin berkata habis itu apa?

Namun APCO tidak boleh menafikan operatornya di Tel Aviv memiliki hubungan rapat dengan bekas Perdana Menteri Israel Yishak Rabin. APCO di Israel mengendalikan kerja-kerja pembangunan strategik dan berbagai bentuk komunikasi untuk syarikat korporat ataupun organisasi kerajaan.

Selanjutnya, perhubungan di antara Israel dan APCO lebih dari sekadar memiliki pejabat di Tel Aviv. Kegiatan APCO di negara Zionis melampaui sektor orang awam. Perlu diingatkan anggota Majlis Penasihat Antarabangsa APCO Doron Bergerbest-Eilon,merupakan bekas ketua keselamatan untuk kerajaan Israel

APCO dan ASERO

Hubungan APCO dengan pelbagai projek risikan dan berkait keselamatan dilakukan menerusi hubungan strategik dengan syarikat saudaranyaASERO Worldwide. Kepakaran APCO adalah dalam bidang komunikasi, manakala ASERO pula pakar dalam keselamatan dalam negeri dan perunding pengurusan risiko.

APCO dan ASERO mempunyai anggota perunding dan pengurusan yang bertingkah keahliannya. Misalnya Doron Bergerbest-Eilon yang duduk sebagai anggota Majlis Penasihat Antarabangsa APCO merupakan orang yang terlibat menubuhkan dan menjadi presiden ASERO Wordlwide.

Doron Bergerbest-Eilon, seorang bekas pegawai kanan keselamatan dalam Israeli Security Agency (ISA). Dia merupakan bekas ketua bahagian perlindungan dan keselamatan dan menjawat pangkat yang lebih kurang sama dengan mejar jenderal. Dedikasinya terhadap agensi perisikan Israel membawa dirinya dianugerahkan Pingat Penghargaan Pengarah oleh Agen Perisikan Amerika Syarikat.

Mara Hedgecoth, anak perempuan Ceo APCO dan Presiden Margery Kraus turut menjawat jawatan dalam ASERO sebagai Naip Presiden. Dalam masa yang sama Mara Hedgecoth turut berkhidmat sebagai Naib Presiden dan Pengarah APCO Worldwide.

Naib Presiden Kanan ASERO, Carl Truscott merupakan sosok tubuh yang tercalar imejnya sewaktu di bawah pentadbiran Bush. Carl Truscott merupakan bekas Pengarah Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan Amerika Syarikat.

Tetapi dia melatakkan jawatan pada Ogos 2006 setelah terbit laporan dari Jabatan Keadilan Amerika Syarikat yang mendapati dia telah membazirkan ribuan dollar dengan berbelanja mewah, membazirkan jutaan dolar dengan keputusan-keputusan sesuka hati serta melanggar piawaian dengan mengarahkan pekerjanya membantu anak saudaranya dalam projek video di sekolah tingginya.

Hubungan dengan Israel

ASERO Worldwide menasihati agensi awam dan tentera Israel dalam hal cabaran strategi dan taktik keselamatan serta menyediakan bantuan terhadap kerajaan dan pihak korporat bagi menyediakan, meringankan dan memulihkan daripada ancaman keganasan dan risiko bahaya lainnya, juga melindungi penghidupan dan aset penting serta memastikan penerusan operasi.

Kakitangan ASERO dipenuhi dengan rekrut daripada Agensi Keselamatan Israel (juga dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet) dan juga Mossad yang cukup terkenal itu. Seperti yang kita tahu prosedur piawaian operasi agensi ini dalam menghalang keganasan (counter terrorism) termasuklah dengan menyiksa orang yang dituduh, pembunuhan dan lain-lain lagi.

Pada tahun 2006, APCO dan ASERO memperkenalkan – Pentadbiran Pengangkutan Keselamatan – Transportation Security Administration (TSA) kepada kerajaan Israel, dan membantu membangunkan sistem keselamatan lapangan terbang Israel – Sistem Pengesan Orang Yang Disyaki – Suspect Detection Systems. TSA direka oleh John Magaw, salah orang perunding kanan yang pernah menjadi pengarah Agensi Perisikan Amerika Syarikat.

Hubungan dengan Singapura

Bukan lagi rahsia bahawa Israel dan Singapura menjalin hubungan tersembunyi dalam kerjasama luar biasa di bidang pertahanan dan perisikan. Kerjasama antara dua buah negara ini dapat dijejak sejak tahun 1960 an lagi.

Di kalangan pengarah kanan dan pegawai pengurusan ASERO, satu-satunya orang yang bukan warga Amerika Syarikat dan warga Israel merupakan warga Singapura.

ASERO dan APCO menyediakan khidmat rundingan terhadap keselamatan dalam negeri Singapura, membantu Singapura dengan khidmat teknikal dan risikan dalam hal ehwal keselamatan ruang udara dan angkasa. Khidmat dan kepakaran mereka talah memudah cara perpindahan pantas teknologi keselamatan dan ketenteraan Israel e Singapura.

Kedua-dua syarikat ini juga terlibat dalam mempromosikan penglibatan Israel dalam kerjasama dan penyelidikan berjangka panjang dalam bidang strategik yang mempunyai implikasi keselamatan dan ketenteraan. Antara institusinya adalah Yayasan Kajian dan Penyelidikan Industri Singapura-Israel (Singapore-Israel Industrial R&D Foundation - SIIRD) yang ditubuhkan pada tahun1997.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ASERO aktif terlibat dalam banyak kegiatan pencegahan keganasan (counter terrorism). Di atas nama pertukaran akdemik, ASERO telah ikut terlibat dengan Pusat Sains Tingkah Laku (Centre of Behavioral Science - CBS). Matlamat CBS adalah untuk berkhidmat sebagai “platfom untuk perpindahan dan pertukaran idea-idea dan pengetahuan terkini yang akan menyumbang kepada perubahan hidup individu, organisasi dan juga masyarakat.”

1-Malaysia dan slogan Satu Bangsa

Dalam latar belakang ini, terdapat banyak sebab mengapa rakyat Malaysia yang patriotik perlu mempersoalkan kebijaksanaan mengambil khidmat APCO itu. Cukup terang, APCO tidak berkongsi wawasan yang sama tentang pembinaan bangsa(nation). Tidak juga menghairankan untuk APCO tidak berkongsi hasrat, wawasan dan matlamat pembinaan negara kami. Sebab itulah slogan 1Malaysia tidak bersambut dalam konteks rakyat tempatan.

Fakta sejarah menunjukkan 1-Malaysia berbunyi seperti berbagai “gerakan Satu Bangsa” di seluruh dunia. Malangnya slogan Satu Bangsa tidak dapat dielakkan dikaitkan dengan kecenderungan konservatif.

Seperti yang kita ketahui, slogan Satu Israel merupakan cubaan yang gagal untuk menyatukan suatu lanskap politik yang terpisah-pisah. Kemudian ada pula “One Britain” yang menjadi tema kempen ahli-ahli politik pelampau puak kanan parti Konservatif UK dan kumpulan-kumpulan anti penghijrahan orang luar ke dalam negara.

Di Australia, bekas perdana menteri John Howardmerangka dasar One-Australia pada tahun1980an. Maksudnya One-Australia membawa makna anti keragaman budaya dan mendesak Australia mengekalkan penguasaan orang kulit putih Anglo-Saxons.

Slogan One-Australia perdana menteri Howard kemudiannya diangkat oleh ahli politik rasisPauline Hanson yang menubuhkan One-Nation Party. Satu-satunya platfom parti ini berpandukan retorik dan dasar anti orang luar dan anti penghijrah.

Menyerahkan Kedaulatan Malaysia

Setahun selepas dilancarkan, konsep 1-Malaysia masih lagi terlalu kabur buat kebanyakan rakyat Malaysia. Meskipun slogan tersebut telah menghasilkan caka-cakap dan kegiatan tetapi ia langsung kosong isi pemikirannya.

Malah, rakyat Malaysia tanpa mengira etnik sama-sama kehilangan arah dalam mentera retorika ini. Kesan rasa selamat tidak cukup untuk menutup kekecewaan terhadap tiadanya tindakan dalam menangani isu sebenar yang memberi kesan terhadap bangsa dan negara seperti rasuah, menurunnya proruktiviti, kemiskinan, perpaduan nasional dan lainlain.

Keprihatinan kami bukan sahaja soal pembaziran wang pembayar cukai dalam perbelanjaan pengiklanan yang menakjubkan, papan tanda, lagu, konsert, pertandingan menulis esi dan lain-lain lagi. Kita mesti melihat kepada paling asasi sejauhmana selamatnya negara apabila kita dengan secara sukarelanya mendedahkan struktur kakitangan pegawai kerajaan terhadap firma swasta dengan kepentingan asing yang cukup kuat?

Dalam menjalankan tugasnya, APCO telah diberikan hak untuk mendapatkan bahan-bahan sensitif milik kerajaan yang saya percaya kebanyakan rakyat Malaysia.dinafikan hak untuk mendapatkan bahan-bahan sensitif tersebut.Maka sungguh cetek dan lurus bendul lah kita untuk percaya APCO akan mengendalikan rahsia negara secara profesional, khusunya apabila kita sedang berkonflik dengan kuasa global.

Saya berharap ahli-ahli parlimen dan para pemimpin BN memberi perhatian dalam isu yang amat serius ini. Jika kamu benar-benar patriotik, bangun sekarang. Tolonglah jangan serahkan nasib Malaysia ke tangan kuasa asing.
Berkaitan:
* Teks Ucapan Ketua Pembangkang tentang APCO Worldwide
* Apco: Anwar gesa tubuh s'jaya siasatan diraja
* Apco Ada Wakil Di Pejabat Perdana Menteri

DSAI di Parlimen menerangkan hujahnya berkaitan dengan APCO, 1Malaysia, 1Israel, persoalan maruah, dan persoalan keselamatan negara. Apa respons MP BN? Masih lagi mahu mempertahankan PM 1Malaysia? Walhal APCO dikatakan mempunyai wakil di Pejabat Perdana Menteri, APCO juga diberikan akses untuk melihat bahan-bahan sensitif milik kerajaan. Bayangkan jika wakil tersebut ejen Israel, sudah tentu apa-apa sahaja rahsia negara akan diketahui oleh musuh Islam dan manusia yang mementingkan keadilan dan keamanan sejagat.

Apa cerita MP Katak yang begitu kuat semangat kemelayuan dan nasionalisme mereka? Zul Nordin & Zahrain, tidak mahu komen? Presiden PERKASA yang beria-ria mahu DSAI menjawab tentang perkaitan 1Malaysia dengan 1Israel, apa komen anda? Di mana semangat cinta akan bangsa dan negara melampau anda? Bilakah keris PERKASA itu akan digunakan untuk merobek perjanjian antara PM 1Malaysia dengan APCO?

Kita tunggu respons mereka!

Dari segi kebijakan berpolitik, berniaga, berdiplomasi dan segala macam "ber", cuba bandingkan antara Malaysia dengan Singapura. Walaupun negara itu hanya sebuah pulau kecil, namun pengaruhnya amat besar sehingga negara ini amat mudah dipermainkan & diperlekehkan oleh negara tersebut. Walhal negara itu dahulunya jajahan Malaysia. Jual air, Singapura untung, berebut pulau, Singapura menang, hendak bina jambatan, minta izin negara itu, dll. Opss cukuplah! Hati pun sudah panas!

Sebalik pendedahan yang amat-amat memalukan dan mendukacitakan itu, PM 1Malaysia hari ini berada di Persidangan Invest Malaysia 2010 untuk mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) di hadapan pelabur dan pemimpin dalam dan luar negara. Biarpun hakikatnya MEB ini umumnya untuk rakyat Malaysia, namun PM 1Malaysia memilih untuk mengumumkan perkara sepenting itu di depan pelabur dan pemimpin dalam dan luar negara. Antara inti pati MEB:

* Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan dibenar melabur lebih bahyak lagi di dalam aset di seberang laut;
*Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) akan dikorporatkan dan akan dinamakan semula sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk membolehkannya lebih efektif sebagai satu agensi promosi pelaburan;
*Kerajaan dan KWSP akan membentuk usahasama bagi menggalakkan pembangunan tanah seluas 1,200 hektar (3,000 ekar) di Sungai Buloh untuk menjadi satu hab baharu bagi Lembah Klang;
*Beberapa bidang tanah di Jalan Stonor, Jln Ampang, Jln Lidcol di Kuala Lumpur akan ditender dan dimajukan oleh sektor swasta, yang jika gagal akan merupakan satu pembaziran kerana kerajaan membelanjakan kos Penyelenggaraannya;
*Pembangunan tanah di Sungai Buloh dan pembangunan beberapa bidang tanah di bandaraya ini dijangka menjana pelaburan baharu bernilai lebih RM5 bilion;
*Syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan seperti Percetakan Nasional Malaysia, CTRM Aero Composites Sdn Bhd, Nine Bio Sdn Bhd dan Innobio kemungkinan diswastakan;
*Petronas telah mengenal pasti dua subsidiari yang agak besar dengan rekod prestasi yang baik untuk disenaraikan pada tahun ini di Bursa Malaysia, yang akan mengurangkan kehadiran kerajaan di dalam perniagaan dan meningkatkan peranan sektor swasta;
*Khazanah Nasional Bhd akan melupuskan kawalan kepentingan 32 peratusnya di dalam Pos Malaysia Bhd melalui proses pelupusan strategik dua peringkat;....
Bagi yang rajin membaca, sila klik pautan ini untuk membaca teks penuh ucapan versi bahasa kebangsaan PM 1Malaysia sewaktu mengumumkan MEB pagi tadi.

Jangan Cuba JOLOK Sarang Tebuan!

(Sumber gambar: http://alfanso-rightstoon.blogspot.com/)

Berderau jiwa MELAYU saya apabila melihat gambar (di atas) yang dipaparkan dalam blog ini. Wajarkah hal itu dipersoalkan? Pautan ke blog ini saya temukan di sebuah blog.

Nasihat saya: Jangan bersikap kurang ajar/jangan cuba menjolok sarang tebuan! Jika tidak suka akan pemimpin BN atau agensi tertentu, nyatakan ketidakpuasan hati itu terhadap mereka. Jangan mempersendakan hal-hal yang sensitif.


Debat HINDRAF lwn PERKASA



Saat yang ditunggu-tunggu, saat yang dinanti-nanti: Debat: PERKASA vs HINDRAF. Saya yakin Presiden PERKASA yang baru sahaja mencium keris di AGM pertama pertubuhannya tidak akan gentar untuk berdebat. Saya juga yakin Waythamoorthy Ponnusamy yang mencadangkan debat ini juga tidak gentar berhadapan dengan Ibrahim Ali. Setkan masa dan tempat, siarkan di kaca televisyen.

Lanjut seperti yang diberitakan:

Hindraf's Waytha seeks debate with Perkasa

[FMT]: Hindraf Makkal Sakthi will invite Perkasa chief Ibrahim Ali and his most prominent supporter, Dr Mahathir Mohamad, to a conference on Article 153 of the Federal Constitution, which it plans to hold in the British Parliament.

“This will be a chance for the duo to flog their racist cause before the world once and for all,” said Kelantan-born Hindraf chief Waythamoorthy Ponnusamy, who is in exile in Britain.

Speaking to FMT by telephone from Singapore, he said the proposed conference would also prove de facto Law Minister Mohd Nazri Abdul Aziz wrong about Article 153.

Nazri recently said the article could not be questioned and that it was because Waythamoorthy had broken this taboo that he could not be allowed back in the country.

“I did not merely question Article 153,” said Waythamoorthy. “I have repeatedly called for it to be scrapped.”

He said the proposed conference will see “a distinguished gathering of Queen’s counsel” debating Article 153 within the full scope of the Federal Constitution and declassified documents pertaining to the Merdeka talks.

“Hindraf will be holding talks with two QCs from the Doughty Street Chamber on April 6 in London in preparation for the conference,” he said.

“We have not finalised whether the conference will be in the House of Commons or the House of Lords, but most probably the latter.”...- Joe Fernandez

Darul Beer?

(Apa beza anjing mabuk dengan manusia mabuk?)

Khabarnya:
Malaysia Antara 10 Tertinggi Ambil Arak di Dunia

Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.
"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.
Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.
Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.
Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.
Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.
"Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak.
"Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi.
Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India.
Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.
"Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islama adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati.
"Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali," soalnya lagi.
Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif.
Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.
"Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah.
"Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3.
Berkaitan:
* ARAK? JANJI DUIT...(Mudah-mudahan kita tidak begitu)

,

Isnin, 29 Mac 2010

PERKASA, NGO Melayu Tolong Tanya PM...

...bagaimana RM52 BILION saham orang Melayu lesap entah ke mana? Yang tinggal hanya RM2 BILION. Jangan tanya pada "cauvanis"/komunis Cina yang mempersoalkan hal ini. Bukan dia & geng yang "songlap" saham sebanyak itu. Tanya orang yang berkenaan. Tanya orang yang berkepentingan. Tanya orang yang berkuasa untuk berbuat demikian. Tanya kroni orang yang terlibat. Mereka ini telah bertahun-tahun mengenyangkan anak cucu dengan wang yang bersumberkan harta haram.

Hendak salahkan siapa? Jangan salahkan DAP atau PAS. Ahli parti ini tiada kuasa untuk melesapkan nilai saham sebesar itu. Jadi mahu salahkan siapa? Takkan masih tidak tahu/tidak faham lagi? 1Malaysia hendak tahu: siapa PENYANGAK yang meratah harta rakyat? Adakah perut mereka sebesar perut dalam gambar di sebelah. 1Malaysia wajar berdoa, semoga Allah mengembungkan perut mereka seperti perut yang dipaparkan pada gambar di sebelah. Senang rakyat 1Malaysia mengenal pasti orang yang songlap saham berjumlah RM52 BILION itu.

[MK] Saham sebanyak RM54 bilion yang diagihkan untuk orang Melayu di bursa saham telah 'hilang' dan kini hanya berbaki sebanyak RM2 bilion, kata ahli parlimen Bagan Lim Guan Eng.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sekiranya saham berkenaan masih kekal dalam pegangan bumiputera, golongan itu pasti dapat mencapai sasaran pegangan ekuiti 30 peratus pada masa sekarang.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Lim berkata permohonan penjelasan kepada kerajaan itu dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan oleh Bernama yang bertarikh 30 Jun 2009. Menurut laporan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui terdapat perbezaan ketara antara RM54 billion saham bumiputera yang diperuntukan berbanding dengan jumlah sebenarnya yang masih dimiliki mereka.
Dalam laporan itu Najib dipetik sebagai berkata, “daripada RM54 billion saham yang diperuntukkan, hanya tinggal RM2 billion yang masih dipegang oleh bumiputera.
Mengulas lanjut, Lim berkata pendedahan itu tidak menghairankannya memandangkan ekuiti bumiputera sekarang masih gagal mencapai sasaran 30%, seperti yang digariskan Dasar Ekonomi Baru.
"Siapa sebenarnya yang dapat. Di sini saya rasa (golongan) yang tidak dapat ialah rakyat Malaysia, termasuk masyarakat Melayu.
"Bermakna ada ketirisan, ada kebocoran sebanyak RM52 bilion saham yang sepatutnya masih di tangan Bumiputera tapi tidak ada di kalangan Bumiputera.
"Saya rasa ini satu skandal. Saya harap satu siasatan dapat diadakan, macam mana saham-saham ini boleh hilang kerana ini adalah satu pengkhianatan.
"Kerajaan mesti tangkap penyangak ini yang merampas saham-saham ini."
Menjawab soalan wartawan kemudiannya, Lim berkata Pakatan Rakyat telah menjalankan siasatan dan mengenal pasti golongan melakukan tindakan seperti itu sebagai 'kroni BN.'
Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu yang didakwa melakukan perbuatan seperti itu.
"Saya harap bila kita bincang mengenai ekonomi janganlah salahkan mana-mana pihak, salahkan mereka yang telah terima saham tetapi tidak tahu ke mana saham itu pergi," katanya lagi.

Berkaitan:
* Pagar Makan Padi

, ,

TG Nik Aziz Kekal Sandang Jawatan Mursyidul Am PAS

Sebelum ini timbul persoalan tentang sama ada TG Nik Aziz akan terus memegang jawatan Mursyidul Am PAS ataupun tidak. Pelbagai spekulasi timbul, pelbagai blog menulis berdasarkan "andaian" pemiliknya. Banyak yang menulis dengan membayangkan TG tidak akan dilantik semula memegang jawatan itu.

Namun, hari ini tulisan-tulisan itu hanya kekal sebagai "andaian" apabila Majlis Syura yang bermesyuarat buat kali kedua memutuskan untuk mengekalkan TG Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS untuk sesi 2010-2015.

Tahniah!

Semoga Allah SWT memanjangkan usia beliau agar beliau dapat meneruskan usaha untuk menegakkan/menyebarkan syiar/hukum/cara hidup Islam yang sebenar-benarnya di negara ini. Pengekalan beliau juga sebenarnya merupakan kelebihan politik untuk PAS mendekati orang bukan Islam di negara ini.

Sebelum membaca berita di bawah ini, sila baca "Tindakan Mustafa Ali Perlu Disiasat". Persoalan yang dikemukakan berkaitan dengan tindakan Cikgu Pa itu seolah-olah "dijawab" melalui kiriman "Perlantikan Ahli Majlis Syura Ulama PAS- Kalau Tidak Tahu-menahu Lebih Baik Diam".


Berkaitan:


[HD] ...Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk sessi 2010-2015.
 
Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sessi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

Selain mereka berdua, turut dilantik ke dalam Majlis Syura dalam mesyuarat mereka yang pertama adalah Datuk Seri Azizan Razak, Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Hassan Syukri. Kelima-lima mereka dilantik sebagai ahli Majlis Syura dalam mesyuarat pertama mereka minggu lepas. Mesyuarat hari ini membuat perlantikan untuk dua jawatan utama iaitu Mursyidul Am dan timbalannya.

Selain mereka ahli Majlis Syura adalah Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (mewakili Jawatankuasa PAS Pusat).

Mewakili Dewan Ulamak adalah Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaakub, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh, mewakili Dewan Pemuda Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Zaharudin Mohamad dan dua wakil Dewan Muslimat yang nama mereka belum diperolehi.

,

Analisis Pemilihan MCA

Saya petik:

[MR] Chua Soi Lek yang tercalit dengan skandal seks pada akhir tahun 2007, kini dinobatkan sebagai Presiden MCA yang baru, setelah menewaskan dua orang calon presiden yang lain, iaitu Ong Ka Ting dan Ong Tee Keat dengan majoriti 68 undi. Chua Soi Lek meraih 901 undi, sementara Ong Ka Ting memperolehi 833 undi, dan Ong Tee Keat mendapat 578 undi.

Dengan kata lain, Chua Soi Lek sekadar memperolehi 38.9% sokongan daripada 2,318 orang perwakilan yang hadir untuk mengundi pada hari ini, mencatat kadar kehadiran 97.52%.

Dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden pula, Kong Cho Ha yang berganding dengan Chua Soi Lek telah ditewaskan oleh Liow Tiong Lai, dengan majoriti 65 undi. Kong Cho Ha adalah Naib Presiden yang meraih undi tertinggi dalam pemilihan parti pada tahun 2008, namun kini memperolehi 1,106 undi; sementara Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan juga Naib Presiden sebelum ini telah memenangi 1,171 undi.


Naib Presiden
Dalam pertandingan Naib Presiden pula, Ng Yen Yen (1,158 undi), Donald Lim Siang Chai (1,469 undi), Gan Ping Sieu (1,202 undi), dan Chor Chee Heung (1,202) berjaya tampil sebagai pemenang.
Barisan ini memperlihatkan ketiga-tiga puak menempah satu tempat masing-masing, di mana Gan Ping Sieu adalah orang rapat Ong Tee Keat, Ng Yen Yen dari kem Chua Soi Lek dan Chor Chee Heung daripada puak Ong Ka Ting. Donald Lim merupakan calon yang paling tidak "kontroversial", kerana boleh diterima oleh hampir semua pihak.

Secara ringkasnya, tiada pihak yang memiliki kelebihan mutlak daripada pemilihan semula ini. Chua Soi Lek walaupun menang sebagai Presiden, tetapi hanya meraih sokongan yang tidak mencecah 40%, malah gandingannya Kong Cho Ha pula tewas kepada Liow Tiong Lai.

Mencerminkan sokongan masing-masing
Lebih-lebih lagi, pemilihan semula MCA ini sekadar mencerminkan nisbah sokongan yang dimiliki oleh ketiga-tiga puak, iaitu Chua Soi Lek, Ong Ka Ting dan Ong Tee Keat. Ong Tee Keat walaupun diramalkan akan kalah teruk dalam pemilihan ini, namun tetap meraih 578 undi, bersamaan kira-kira 1/4 sokongan dalam parti.

Seandainya dilihat kepada barisan AJK pusat, orang-orang kepercayaan Ong Tee Keat seperti Heng Seai Kie, Tan Cheng Liang dan Ti Lian Ker masih berjaya merampas beberapa kerusi dalam persaingan 86 orang untuk 25 kerusi. Puak Ong Ka Ting-Liow Tiong Lai juga menempah beberapa kerusi dalam AJK pusat, misalnya Hou Kok Chung (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi), Wee Jeck Seng (Timbalan Menteri Belia dan Sukan), Ong Ka Chuan dan sebagainya.

Rombakan kabinet
Lantaran daripada keputusan pemilihan semula hari ini, apa yang menjadi tumpuan seterusnya adalah rombakan kabinet yang kemungkinan akan dijalankan tidak lama lagi.

Sama ada Kong Cho Ha akan mengekalkan jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan Ong Tee Keat dengan Menteri Pengangkutannya, sudah menjadi tekaan yang bermain di otak orang ramai. Ong Tee Keat yang berkempen dengan slogan untuk meneruskan "pembaharuan parti", kini ditolak oleh perwakilan. Apakah Menteri yang bertekad untuk menyiasat skandal PKFZ ini bakal meneruskan "perjuangan"-nya di platform lain, juga menjadi fokus ramai.

Pembahagian kuasa dan sumber bakal menguji gandingan Chua Soi Lek dengan Liow Tiong Lai. Mereka terpaksa memilih antara kekalkan status quo mahupun membuat rombakan secara kecil-kecilan atau besar-besaran. Seandainya pembahagian ini gagal memuaskan semua pihak, maka kita boleh jangkakan pergelutan yang berlanjutan sehingga pemilihan pada tahun 2011.

Cabaran seterusnya...
Bagaimanapun, pimpinan baru perlu melalui cabaran pertamanya dalam tempoh yang amat singkat, iaitu PRK Hulu Selangor yang mempunyai kira-kira 1/4 pengundi kaum Cina. Sememangnya ini bukan tugas yang mudah buat siapa-siapa yang menyandang jawatan Presiden MCA. Persoalannya, jikalau Chua Soi Lek gagal mengembalikan sokongan pengundi Cina kepada BN dalam PRK ini, apakah musuhnya dalam parti akan menyerangnya?

Pimpinan MCA sudah jauh ketinggalan selepas "tsunami politik" berikutan pergelutan kuasa dalaman parti. Pemilihan semula ini tidak memenangkan sesiapa, sekadar mencerminkan nisbah sokongan masing-masing dalam MCA. Cabaran terbesar MCA bukannya sokongan dalam parti, tetapi sejauh manakah sokongan yang diraih di luar parti?

*Laporan dan analisa oleh pasukan MerdekaReview, dari ibu pejabat MCA.

,

Ahad, 28 Mac 2010

NAHDLATUL ULAMA: Jangan Potong Lebih-lebih!

Berita di bawah ini tentang tatacara sunat bagi kaum wanita.

Kata ulama NU perbuatan menyunat wanita tidak sepatutnya menghilangkan/memudarkan seksualiti (keinginan) wanita.

Justeru, kata ulama pertubuhan tersebut, Mohamad Masyuri, "Jangan potong banyak sangat. Potong kulit di hujung klitoris. Jika sebaliknya, wanita berkemungkinan kehilangan seksualiti (keinginan), dan saya pasti orang lelaki tidak mahu keadaan itu berlaku, benar?"

Tambahnya lagi, sunat yang dilakukan dengan betul tidak akan merosakkan alat sulit wanita. Katanya, "Tidak akan berdarah jika hal itu (sunat) dilakukan dengan betul."


Lanjutan:

Cleric: Don’t cut too much female genital to avoid sexuality loss

Nahdlatul Ulama (NU) cleric said on Friday that circumcision on women was not supposed to cause the loss of their sexuality.

Don’t cut too much. Just cut the small skin on the tip of the clitoris. Otherwise, a woman would lose her sexuality, and you males don’t like that to happen, do you?” prominent cleric Mohammad Masyhuri told a press conference.

Masyhuri, also a member of NU Suriah (lawmaking body), said that a proper female circumcision should not cause any damage to woman genitals. “No bleeding, if you do it properly.”

He suggested that circumcision was conducted on a female baby at the age of 7 days.

One of the topics during commission meetings at NU’s 32nd national congress in Makassar, South Sulawesi on Friday was the Islamic legal perspective on female circumcision.

Masyhuri said the meeting concluded that female circumcision “could be sunnah (recommended) but also could be mandatory.” “The main point is that it is not haram [forbidden],” he said.

Masyhuri took an example of mass female circumcision in Bandung in the past which had triggered opposition from many Islam communities, some of which then considered female circumcision haram.

“That was not a good example of the way to conduct a female circumcision. The bad thing was that the media had blown the issue out of proportion,” he said.

Although the meeting concluded female circumcision was recommended, Masyhuri said NU would not force all female followers to undergo circumcision.

,

Sabtu, 27 Mac 2010

Siapa yang bertanggungjawab?

(Sumber gambar di sini.)

Cuba baca "sajak" yang dikatakan ditulis oleh Tun M di atas. Saya hendak tanya, adakah orang Melayu pada hari ini sudah terkeluar daripada situasi yang dipersoalkan dalam "sajak" di atas? Jika belum, siapakah yang bertanggungjawab menyebabkan orang Melayu masih begitu? Siapakah yang mencorakkan kehidupan/ekonomi/hak milik/pendidikan/dll orang Melayu sejak negara ini mencapai kemerdekaan? Jika sudah, benarkah orang Melayu hari ini sudah bebas daripada persoalan yang dikemukakan? Jika belum, siapa yang harus bertanggungjawab? Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional?


,

3 MP "Katak" Sertai PERKASA Hari Ini?

( 4 Sekawan. 3 Masuk PERKASA, seorang lagi masuk apa?)


Blogger GOMO menulis bahawa 3 MP "Katak" akan menyertai PERKASA hari ini. Lanjut seperti yang dipetik di bawah ini.

...Di Jangkakan Yb Zulkifli Nordin, Yb Zahrin, Yb Mohsin akan turut sama dengan pejuang pejuang melayu yang lain menyokong PERKASA pertubuhan NGO yang lantang dalam mempertahankan hak Islam, Raja Raja dan Bangsa Pribumi yang ada dalam Malaysia ini.

Ketiga tiga Yb ini di jangkakan akan menyertai PERKASA dan akan hadir pada Esok 27hb Mac bertempat di PWTC Kuala Lumpur.

Dengan kehadiran mereka yang sememangnya lantang dalam mempertahankan Islam dan Melayu ini telah membuktikan bahawa PERKASA sememangnya relevan dalam mewakili umat Islam dan Melayu dalam menyuarakan Hak dan Pendapat kepada pihak yang berkenaan....

Alahai Melayu! Tidak sedar-sedar lagi tentang pihak yang "menjahanamkan" Melayu dari dahulu hingga sekarang. Siapa yang mengkhianati Melayu? Siapa yang menderhaka kepda raja-raja Melayu? Siapa yang menjual hak/tanah/ orang Melayu? Letihlah nak tulis satu per satu.

Patutlah sebelum melompat heboh 1Malaysia fasal cauvanis Cina, komunis, dll. Rupa-rupanya mereka mencari jalan untuk menyertai PERKASA. Mereka mahu menjadi panglima kepada "Raja Katak".

,

Dulu, Kini, dan Mungkin Selamanya Begitu...


(Tolong klik pada gambar untuk paparan imej yang lebih besar dan jelas. Kemudian, sila baca. Keterangan lanjut dan sumber gambar di sini.)

, ,

Jumaat, 26 Mac 2010

Ketuanan UMNO vs Ketuanan MIC. Siapa yang Menang?

Saya tidak berhasrat hendak menulis/mengulas panjang-panjang. Sekadar memautkan beberapa berita dan menimbulkan persoalan.

Tidak lama dahulu Ketuanan UMNO mencabar Ketuanan Gerakan di Pulau Pinang. Waktu itu Ketuanan UMNO cuba merampas kerusi Pengerusi BN di sana. Keputusannya, Ketuanan UMNO kecundang aka tewas.

Hari ini Ketuanan UMNO cuba merampas kerusi yang diperuntukkan untuk Ketuanan MIC di Parlimen Hulu Selangor. Untuk makluman, kawasan Parlimen ini majoritinya orang Melayu. Siapa yang akan menang? Ketuanan UMNO atau Ketuanan MIC? Adakah Ketuanan UMNO akan gigit jari sekali lagi? Tunggu dan lihat!

Sesetengah blogger seberang sana gemar sangat mengatakan PAS itu boneka DAP, PKR dan sebaliknya. Saya hendak tanya UMNO ini dari dahulu sampai sekarang boneka siapa?

Harap-harap PKR dan PAS tidak mengikut jejak langkah MIC dan UMNO!

Berkaitan:
*
Umno, MIC square off for Hulu Selangor
* Umno: Kami mampu rampas kerusi Hulu S'gor
* Sah: MIC akan calonkan Palanivel


Al-fatihah untuk Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad

,

Hanya 22% Cina Anggap MCA Relevan


(Gambar di atas ialah "ScreenShot" laman sesawang MCA. Saya nak tanya: mengapa keterangan di logo parti ini tidak menggunakan bahasa kebangsaan? Mengapa bahasa yang digunakan di laman sesawang ini hanya bahasa Mandarin dan Inggeris? Mengapa hanya mengutamakan bahasa Inggeris dan meminggirkan/tidak menggunakan/tidak mengutamakan bahasa kebangsaan? Parti ini bukan bertapak di Britan. Wajarkah hanya kerana parti itu untuk orang Cina, maka hanya bahasa Mandarin sahaja yang digunakan? Di mana identiti mereka sebagai bangsa Malaysia? Sekilas pandang pada "screenshot" itu, hanya perkataan "Malaysian" sahaja yang mengaitkannya dengan Malaysia. Alahai...cuba lihat laman sesawang MIC pula...)

[MR] Hanya 22% orang Cina di Malaysia yang menganggap bahawa MCA relevan, berbanding 28% yang berkata "tidak" dan "agak tidak relevan", sementara 45% memilih jawapan "agak" (somewhat) relevan. Demikianlah hasilnya menurut satu soal selidik yang dikendalikan oleh Merdeka Center, yang mengutip pandangan daripada orang awam.

Walaupun laporan soal selidik tersebut berjudul "Kebanyakan Cina menganggap MCA masih relevan, cuma mempunyai perasaan berbaur terhadap pemilihan semula", tetapi pada hakikatnya, responden keturunan Cina yang menganggap MCA masih relevan hanyalah 22%.

Ketika menjawab soalan "Adakah MCA masih relevan kepada masyarakat Cina hari ini?" dalam soal selidik tersebut, hanya 22% responden Cina bersetuju, dan 45% menjawab "agak relevan"; di samping 9% berkata "tidak relevan" dan 20% berkata "agak tidak relevan". 4% yang selebihnya menjawab tidak tahu atau tiada maklum balas.

Penilaian kaum bukan-Cina terhadap MCA lebih rendah, iaitu 14% Melayu yang menganggap MCA masih relevan terhadap masyarakat Cina, sebanyak 33% menganggap MCA tidak relevan dan agak tidak relevan, sementara 46% memilih "agak relevan" (somewhat) terhadap masyarakat Cina.

Ong Ka Ting menduduki kedudukan ke-4
Antara pemimpin MCA, Menteri Pengangkatan yang menjalankan siasatan terhadap skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Ong Tee Keat berada pada kedudukan teratas. Seramai 34% orang responden (30% Cina, 36% Melayu, 36% India) menganggap Ong Tee Keat berkemampuan untuk memimpin MCA, disusuli Liow Tiong Lai (Menteri Kesihatan) dengan 16% (10% Cina, 18% Melayu, 18% India).

Chua Soi Lek berada pada tempat ketiga dengan 12% responden (12%Cina, 12% Melayu, 12% India) yang menyetujui kemampuannya, sementara bekas Presiden MCA Ong Ka Ting yang kembali bertanding berada pada kedudukan keempat, dengan hanya 10% responden (15% Cina, 8% Melayu, 8% India) menyetujui kemampuannya untuk memimpin MCA.

Soal selidik turut mengumpul pandangan samada Ong Tee Keat, Chua Soi Lek dan Ong Ka Ting harus menarik diri dari pemilihan semula, lebih daripada 60% responden menganggap Ong Tee Keat (65%) dan Ong Ka Ting (63%) harus bertanding, tetapi hanya 50% responden yang bersetuju bahawa Chua Soi Lek harus bertanding.

Ketika ditanya pandangan terhadap pemimpin perseorangan, 60% responden Cina menganggap Ong Tee Keat (gambar kiri) harus bertanding, 24% menganggap beliau harus berundur, 13% memberi jawapan tidak tahu dan 3% tidak menjawab. Apa yang menarik, peratusan Melayu dan India yang menyetujui agar Ong Tee Keat tampil bertanding lebih tinggi daripada Cina, dengan Melayu 68% dan India 70%. Sebaliknya, 16% Melayu dan 14% India menganggap Ong Tee Keat harus berundur.

Untuk Chua Soi Lek pula, terdapat 47% Cina, 47% Melayu dan 63% India menganggap beliau harus bertanding, di samping 38% Cina, 35% Melayu dan 20% India menganggap beliau harus berundur.

Lebih daripada 69% Melayu menganggap Ong Ka Ting (gambar kanan) harus bertanding, Cina dan India yang berkongsi pandangan ini hanya 57% dan 64% masing-masing. Sementara itu, 28% Cina, 13% Melayu dan 18% India menganggap Ong Ka Ting harus berundur.

Kebanyakan orang masih mengikuti perkembangan MCA
Berbeza dengan pemerhatian sesetengah penganalisa politik yang menganggap masyarakat sudah mual dengan berita MCA, kebanyakan Cina, Melayu dan India masih mengikuti perkembangan MCA. Media disarat dengan berita MCA, menjurus kepada 75% responden yang berkata mereka mengikuti perkembangan parti komponen BN kedua terbesar itu. 73% Melayu, 82% Cina dan 62% India mengakui bahawa mereka mengikuti perkembangan MCA.

Ketika ditanya sejauh manakah mereka mengikuti perkembangan MCA, 23% daripada 202 orang responden Cina berkata "tidak kerap", 31% berkata "kadang-kala", 28% berkata "selalu", dan 18% menjawab "tidak tahu". Daripada 352 orang responden Melayu, hanya 21% mengikuti perkembangan MCA, 27% menjawab tidak tahu. Apa yang menarik, daripada 47 orang responden India, 38% berkata "tidak tahu".

Kebanyakan responden menganggap bahawa kekalahan dalam PRU ke-12 merupakan punca kemelut parti, dengan 25% Cina, 41% Melayu dan 45% India berkongsi pandangan bahawa kedudukan MCA menjadi lemah selepas dilanda "tsunami politik". 22% Cina, 12% Melayu dan 9% India menganggap pendedahan skandal PKFZ adalah punca utama pergelutan MCA, di samping 17% Cina, 17% Melayu dan 18% India melihat pemecatan Chua Soi Lek (gambar kiri) berikutan skandal seksnya sebagai punca utama kemelut MCA.

Apabila diajukan soalan apakah ciri-ciri pimpinan MCA yang diharapkan, 13% responden mahu pemimpin tampil untuk menyuarakan pandangan ketika berdepan dengan isu penting; diikuti kejujuran 9%, adil dan demokratik 8%, pimpinan yang baik 8%, bekerjasama dan bersatu padu 6%, berdaya saing 6%, bersih, beretika dan bermoral 5%.

805 orang responden
Sampel responden soal selidik ini dipilih secara rambang oleh Merdeka Center. Seramai 805 orang yang berusia 21 tahun ke atas dipilih dari semenanjung Malaysia dan soal selidik dijalankan melalui panggilan telefon.

Soal selidik dijalankan antara 17 hingga 23 Mac 2010, dengan ralat kira-kira 3.50%. Isu yang berlaku ketika soal selidik ini dijalankan termasuklah pencalonan pemilihan semula MCA, persidangan parlimen ke-12 penggal ketiga, perhimpunan orang asli di Putrajaya, dan pertikaian antara TNB dengan penduduk Rawang.

Menurut hasil kajian Merdeka Center, responden terdiri daripada Melayu (60%), Cina (30%), India (9%) dan lain-lain (1%). Pada masa yang sama, responden terdiri daripada 61% muslim, 21% Buddist, 8% Hindu dan 5% kristian.

Sampel responden yang berusia antara 21 hingga 60 tahun ini kebanyakannya dari golongan muda, dengan 47% yang taraf pendidikannya tamat pengajian sekolah menengah. 58% terdiri daripada penduduk bandar dan 42% terdiri daripada penduduk kampung.

Selain itu, lebih daripada 50% responden tidak berpengalaman akses kepada internet, hampir 50% responden tidak bekerja dan 36% responden yang mempunyai pendapatan keluarga kurang daripada RM1,500.

*Laporan daripada MerdekaReview.

Khamis, 25 Mac 2010

40 Dalil Tuduhan Liwat Sesuatu yang "Ridiculous" untuk Dipercayai


Menarik! Saya tidak sempat hendak menterjemahkan kiriman di bawah ini ke dalam bahasa kebangsaan. Kredit untuk Malaysian Spring. Sila baca dahulu. Saya tidak minta anda mempercayainya, tetapi menilainya. Saya petik:

It seems a simple enough plan. Get a willing pro-Umno young man. Stick him in Anwar’s office and let him get close to Anwar. Then have him accuse Anwar of sodomy. The police, the judiciary and the government machinery will do the rest. This will put Anwar out of the political scene for good and he will never threaten Umno’s power again.
But something happened on the way to the courthouse. The public is not buying this story. Too many holes have appeared until the whole rickety structure of deceit has all but collapsed. No doubt there are a few clueless souls in Umno trying to maintain this ridiculous charade but they are flogging a dead horse. They only succeed in earning the contempt of the people.
Saiful made many mistakes before and after the alleged act by failing to conceal his movements and being an incredibly lousy actor. Perhaps he thought playing the victim isn’t important as the powerful players behind him will take care of everything. But there’s a limit to how much idiocy the public can take. A real victim of forced sodomy or male rape does not appear smiling and waving to the press in public as if he’s damn proud of it.
It all looks like a hastily conceived, bumbling, incompetent and ill-thought out plot. So here are 40 reasons why the sodomy charge against Anwar is too ridiculous to believe.
The Charge
  1. The charge of consensual sodomy is structurally flawed as it does not a tally with Saiful’s public stance of forced sodomy for which he has already sworn on the Koran.
  2. The government has absolutely no interest in prosecuting consenting gays so why the sudden interest in prosecuting Anwar for alleged consensual sodomy? How about all the gay activities going on under the nose of the authorities in the seedy streets of KL? Nobody has been prosecuted for consensual sodomy since independence except Anwar and his alleged partners in Sodomy I.
  3. Why isn’t Saiful prosecuted as a consensual partner? Shouldn’t he be at least prosecuted for indecent behaviour against the order of nature for allegedly bending over out of his own free will?
Saiful’s behaviour
  1. Claimed to be have been sodomized a total of eight (8) times. Why did he tolerate it for so long? To keep his RM1000 a month job? What can he possibly fear from an opposition leader who holds no influence in government?
  2. Despite being a 24 year old big strapping youth, this lowlife claimed he was sodomized against his will by a 62 year old man with bad back. How ridiculous can you get?
  3. Made a police report 2 days after the alleged incident. Was he waiting to see if he was pregnant?
  4. Went to work as usual next day and was seen walking straight.
  5. Attended a function at Anwar’s house in the evening with Anwar present and served coffee to the guests. Would a rape victim do that?
  6. Sent a friendly quit e-mail to Anwar that he was resigning because he was lazy and incompetent. No mention that he couldn’t take the sodomy.
  7. Show no sign of being victimized and traumatized. Smile and wave to press after he made his police report. Looks proud to be a victim of male rape.
  8. Met and photographed with senior officers in DPM dept a few months before the alleged incident. Claimed to have gone there to apply scholarship but the DPM Dept is the wrong place to go for scholarship. Why all the lies?
  9. Met Najib who was Deputy PM at his official residence 2 days before the alleged incident. Najib at first denied the meeting, later claimed Saiful wanted a scholarship? Is the Deputy PM so easy to access? Why would college dropout need scholarship?
  10. In a final twist Najib said he advised Saiful who was traumatized to lodge a police report. But this was before the alleged act !
  11. Met police office SAC Rodwan in Room 619 of Concorde Hotel Shah Alam 1 day before the alleged incident. Were they discussing scholarship?
  12. Saiful’s god mother Mumtaz Jaafar is a close friend and ‘bag lady’ of Rosmah Mansor, Najib’s wife. It is widely believed that the plot was hatched by Rosmah and Najib.
  13. Known to be a rabidly pro-BN while in college.
  14. Went to Pusrawi hospital to get a medical examination and told the doctor that he had been sodomized by a plastic object. The doctor said he looked and behaved normally. Why didn’t he go straight to the police?
  15. Went to mosque to swear that Anwar sodomized him against his will during the Permatang Pauh by-election so that BN can make political capital out of it.
  16. Must be the most publicity hungry rape victim in the world, male or female, bar none!

Police & prosecution
  1. Why are huge resources and manpower devoted to this case as if consensual sodomy is the most heinous crime in the country, worse than the murder of a Mongolian woman? How does an alleged consensual partner in sodomy suddenly become a victim for whom the whole apparatus of government must be marshalled to seek “justice?” Tie this with no. 2 and see if you can make any sense.
  2. A copy of the police report was given to Anwar only after he had been questioned by police and after much pestering by his lawyers. Usually a suspect should be given a copy of the police report before taking his cautioned statement to prevent him unwittingly incriminating himself. Why was this procedure not followed? Did the police upset the procedure to design the charge and fabricate the police report to fit in with Anwar’s movements?
  3. Why was Anwar unnecessarily held overnight in jail cell when he could have been released on the same day? The next morning he was asked a few perfuntionary questions and released. But it was revealed that his jail cell was carefully swept by forensic after his release. Were they looking for traces of his DNA?
  4. Anwar was asked to give a blood sample during the medical examination but he refused. After that Umno leaders made public calls for him to give a sample. Why such a tussle to get Anwar’s blood sample with no safeguards whatsoever? In view of the fact that his blood sample had been planted on a mattress in sodomy I, why should Anwar make it so easy for them?
  5. After Anwar refused to give his blood sample a new DNA Identification Bill was proposed in which the police are allowed to forcibly take blood sample from any suspect, custody of DNA samples will be managed by the police, the accuracy of DNA evidence cannot be challenged and the judge must consider DNA evidence to be conclusive. The Home Ministry wanted to rush this bill through parliament. Do you smell a rat here? Thankfully this DNA Identification Bill has not been passed into law yet after much opposition.
  6. The prosecution fought tooth and nail to transfer the case from the Sessions Court to High Court without giving any creditable reason. If they have real evidence they could have convicted Anwar in any court under any judge so why the lengthy fight to transfer the case as if their whole case depends on who hears it?
  7. The prosecution also fought all the way to the Federal Court to deny giving Anwar document necessary for his defence according to the Criminal Procedure Code, not even most basic list of witnesses. Why such unbecoming and sordid loser behaviour if they have a real case with real evidence?
  8. In any sexual offence where penetration is a crucial factor no prosecutor will proceed without favourable medical evidence. In this case the prosecution decided to proceed with unfavourable medical evidence (see no.28 & 29). Were they depending on a compliant judge? (see no. 25)
Medical
  1. A medical report by Dr. Mohamed Osman of Pusrawi Medical Centre, a Burmese expatriate doctor with 30 years experience certified that Saiful asshole had never been penetrated.
  2. A separate medical report by 3 specialists at Hospital KL also confirmed that Saiful is an anal virgin.
  3. The prosecution claimed that they have DNA sample extracted from Saiful’s rectum which incriminate Anwar but experts say that this environment is very hostile to semen and prone to contamination. It is unlikely that any usable DNA can be found after 2 days.
  4. The prosecution refused to give Anwar a DNA sample for independent verification so any claim of positive identification is just the word of the government chemist against his.
  5. The prosecution cannot prove that the DNA sample in question was actually extracted from Saiful’s rectum although they claim it.
  6. The possibility exists that any DNA sample may have been spiked with Anwar’s DNA collected covertly. (see no. 22 and 23)
Anwar’s Personal Life
  1. Anwar is 63 year old grandfather with 6 children and a loving wife. Would a homosexual person father 6 children and have a close relationship with his wife?
  2. If Anwar’s sexual inclination is true then where are the other partners? Why has nobody come out of the woodwork to claim a relationship with him? Anwar’s associates who were convicted of sodomy with him all repudiated their confessions as extracted under torture the moment they were released.
  3. Anwar had just led the opposition to stunning gains at the Mach 2008 polls and was plotting to take over the Federal government by engineering defections. Why would Anwar risk everything for this college dropout? If indeed his lust is so great, ther must be many others so where are the other partners?
Testimony during trial
  1. Claimed Anwar was his idol but his college mates say he hated Anwar’s guts.
  2. Claimed he was shocked and disgusted by Anwar’s indecent proposal by still took a shower and prepared himself. So was it consensual or was it against his will as he has sworn in a mosque?
  3. The prosecution produced a tube of KY jelly. Did Saiful come prepared with KY jelly? If it belonged to Anwar wouldn’t it be taken back by Anwar?
  4. Claimed did not pass motion for 2 days in order to hold the vital evidence in his rectum. How heroic. Wouldn’t it be easier to just go to the police immediately? Didn’t he wash the KY jelly from his asshole?
More is coming. We haven’t come to the cross-examination of Saiful yet!

Sumber: Malaysian Spring


,

Jika Kenyataan ini Dibuat oleh Ketua Pemuda Pas


Andailah kenyataan ketua pemuda yang disiarkan ini milik Ketua Pemuda PAS:

KJ: Pemuda Umno tidak lagi hunus keris

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, beliau berubah daripada seorang yang dilihat 'radikal' kepada 'liberal' disebabkan oleh tuntutan zaman dan kedudukannya sebagai ketua Pemuda BN.

“(Saya berubah) sebab sekarang saya ketua. Dulu saya ada kebebasan sedikit, jadi saya main ikut rentak rakan yang ada. Datuk Seri Hishammuddin (Hussein) sebagai menteri lebih kepada pandangan nasionalis, demi negara.

“Saya lebih kepada orang muda yang datang daripada masyarakat Melayu. Tetapi sebagai ketua dan nakhoda saya kena jaga kapal Pemuda Umno dan BN,” kata Khairy ketika ditanya sebab 'perubahannya'.

“Dulu saya naib ketua Pemuda Umno, sekarang ini saya pengerusi Pemuda BN. Jadi mestilah saya jaga (beri) pandangan yang boleh diterima semua.”...

Politik...politik...kalaulah kenyataan ini disuarakan oleh Pemuda Pas sudah tentu berkumandang "PAS ikut telunjuk DAP, PAS pengejut, PAS jual bangsa, PAS memalukan bangsa Melayu, Di mana semangat Melayu PAS, PAS gadai maruah orang Islam" Mungkin itu antara slogan dan frasa yang akan berkumandang di akhbar perdana, di blog, di laman forum, dan sebagainya.

Maaflah bukan mahu mengapi-api atau memprovokasi sesiapa, tetapi itu realiti politik di negara ini. "Kau buat tidak boleh, aku buat boleh". Dalam segala hal, itulah prinsip yang dipegang oleh politikus di negara ini. Sama juga halnya, "kau runtuh gerai Melayu tidak boleh, aku runtuh boleh", "kau runtuh rumah orang Melayu tidak boleh, kalau aku runtuhkan boleh". Salah satu situasi untuk membuktikan hal ini ialah kes perobohan gerai tidak berlesen di Pulau Pinang, dan kes meruntuhkan rumah dan kedai di Kampung Denai Pinggiran Kempas. Kempas itu di negeri mana? Siapa yang berkuasa di negeri tersebut?


,

KPN Berbohong 2?

Saya petik:

[MK] Satu laporan polis dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memberikan pengakuan palsu berhubung kelayakannya pada perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh peguam Anwar, R Sivarasa, Musa, pegawai penyiasat dalam kes itu memberitahu mahkamah ketika itu bahawa dia mempunyai ijazah sarjana muda dalam undang-undang.

Bagaimanapun, dalam satu lagi perbicaraan yang membabitkan kes rasuah bekas Pengarah Sisatan Jenayah Perdagangan, Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff pada tahun 2009, Musa memberitahu mahkamah dia memiliki “diploma dalam undang-undang dan pengajian pengurusan”.

“KPN telah memberikan kenyataan palsu dengan mengatakan dia memiliki ijazah undang-undang ketika disoal balas dalam kes Anwar, sedangkan hakikatnya dia hanya mempunyai diploma dalam undang-undang,” kata Sivarasa ketika dihubungi....

Rabu, 24 Mac 2010

PANAS: Selepas BAYAN BARU, Giliran MP KULIM Pula "Menyerang"...

"Panas"!!! Saya dengan sengaja menggunakan perkataan itu kerana banyak blog pro-BN menggunakan perkataan itu. Apa yang "panas"? Kata MP Kulim di Dewan Rakyat seperti yang disiarkan oleh Agenda Daily:

Zulkifli terus memanaskan suasana dewan bila mendedahkan beliau pernah diminta membuat akuan bersumpah kaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya.

Dakwanya beliau menerima tawaran yang boleh goyahkan iman untuk tujuan itu.
Menurut Zulkfili,semua fitnah ini gara-gara akuan bersumpah penyiasat persendirian K.Balasubramanian yang ambil kesempatan dengan syaitan bertopengkan manusia.
"Saya adalah antara peguam yang kendali kes Altantuya. Apa ditohmah Bala tidak pernah dibangkit di makhamah. Kenyataan Bala pada polis juga tidak bangkitkan soal ini," katanya sambil menyelar segelintir pemimpin Islam yang boleh terima pengakuan Bala hanya kerana syak wasangka dan akuan yang dicop pesuruhjaya sumpah.
"Tak kan orang seperti Bala boleh diterima fitnahnya tanpa usul periksa," katanya.
Zulkifli kemudian mendedahkan, beliau pernah diminta untuk babitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya.
"Saya diminta dapatkan pengakuan bersumpah dan diminta buat surat akuan bersumpah kaitkan PM dan isteri dengan ganjaran yang boleh goyahkan iman," katanya.

Lagi panas bila beliau jelaskan sebab tarik diri dari kes itu kerana tidak mahu terus terbabit dalam mainan fitnah.

Katanya beliau akan berjumpa dengan pihak terbabit untuk memohon maaf.

Beliau bersyukur Allah melindunginya dari terbabit dalam fitnah ini.

"Sebab itu saya menarik diri dari kes itu kerana adanya ganggguan dari pihak ketiga yang menyebabkan mustahil saya bertindak secara profesional sebagai peguam membela kes tersebut."katanya.

Beliau berkata lagi tidak mungkin orang yang dituduh (dua anggota polis) dalam kes Altantuya mahu ke tali gantung jika Perdana Menteri dan isteri terlibat.

"Saya cukup yakin pasti mereka akan dedahkan kalau ia benar,"katanya

MP Kulim mungkin terlupa "keluhan" OKT (kini pesalah) kes ini seperti yang disiarkan dalam Malaysia Kini:
"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam," kata Koperal Sirul Azhar Umar dengan nada suara yang sebak ketika memberi keterangan membela diri.
....
"Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya," katanya sambil dilihat mengesat linangan air mata.
....
"Sebelum saya mengakhiri kenyataan ini, saya ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah mengenali mangsa dalam kes ini dan tidak pernah mempunyai sebarang urusan peribadi mahupun sebaliknya dengan beliau.

"Saya juga tidak mengenali Abdul Razak dan tidak mempunyai sebarang urusan dengan beliau sebelum kes ini. Saya merayu kepada mahkamah ini untuk mengambil kira bahawa sepanjang perbicaraan ini, saya telah mengikuti prosiding ini dan menyaksikan bagaimana beberapa saksi penting pendakwaan terutamanya saksi dari D9 IPK (siasatan jenayah berat) yang mereka-reka cerita, tidak bercakap benar dan sentiasa berubah-ubah cerita mereka bila disoal balas.

"Saya melihat keadaan ini dengan keperihatinan kerana bagi saya tindakan mereka ini semata-mata bertujuan untuk mendapatkan sabitan terhadap saya," katanya.
....
Ape ke he nye yop? Itu saje kejutan mike? Ada kejutan yang lebih besor ke? Tak sabor teman nak dengor! Kejutan...kejutan juge, cabaran debat YB Khalid Samad bile mike nak sahut?

Berkaitan:


PR

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH