Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Tambahkan"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Sertai"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Like"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Follow"]

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

BAGASI KIRIMAN TERKINI

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Archives

, , ,

Ahad, 28 Februari 2010

Sedarlah Melayu...


 

Isu Tengku Razaleigh mempertahankan pendiriannya berkaitan dengan tuntutan royalti minyak oleh Kerajaan Kelantan belum lagi reda. Dari semuda-muda hinggalah setua-tua ahli UMNO mempertikaikan tindakan warga emas ini untuk berbakti kepada rakyat di negerinya. Beliau dicap pengkhianat. Semuanya menjadi buta hati & buta mata kerana mahu "menjaga hati" barisan kepemimpinan Kerajaan 1Malaysia. Semalam sebuah akhbar arus perdana melaporkan:

Bincang sebelum hukum Tengku Razaleigh

KUALA LUMPUR: Pucuk pimpinan Umno disaran mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah terlebih dulu sebelum memutuskan sebarang tindakan terhadapnya berhubung isu royalti minyak Kelantan.

Veteran Umno, Tan Sri Abd Aziz Tapa, berkata perbincangan antara Majlis Tertinggi Umno dengan Tengku Razaleigh adalah cara terbaik bagi meredakan keadaan itu daripada memikirkan untuk mengambil tindakan.

“Majlis Tertinggi perlu berbincang dengan beliau (Ku Li) terlebih dulu, kalau tergesa-gesa (buat keputusan) tidak elok juga, jadi cara terbaik adalah berjumpa dulu.

“Dulu beliau (Ku Li) yang membuat undang-undang (sewaktu menjadi Pengerusi Petronas), sekarang ini beliau menyebelahi Kelantan pula,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden Umno berkata, parti akan mendengar pandangan ahlinya terlebih dulu berhubung tindakan perlu diambil terhadap Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Ditanya apakah tindakan Tengku Razaleigh yang menyokong Kerajaan Pas Kelantan berhubung royalti minyak memberi kesan kepada parti, beliau berpendapat ia tidak akan menjejaskan Umno.
Seorang lagi veteran Umno, Tan Sri Zaleha Ismail, berkata ia terpulang kepada jawatankuasa disiplin parti untuk mengambil tindakan ataupun tidak terhadap bekas Pengerusi Petronas itu.

“Terpulang kepada jawatankuasa disiplin parti, kerana mereka mendapat laporan daripada peringkat akar umbi dan jawatankuasa berhak untuk mengkaji perkara ini.

“Jikalau beliau menentang parti ataupun tindakannya membahayakan negara dan sekiranya bersalah maka perlu ambil tindakan,” katanya.

Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian menggesa Perdana Menteri supaya mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh bagi mengetahui motif sebenarnya.
“Kalau selepas perbincangan, Ku Li tetap dengan pendirian sama, maka Majlis Tertinggi perlu ambil tindakan dan ini adalah pandangan Pemuda Umno Kelantan,” katanya.


Apakah salah warga emas yang begitu kaya dengan pengalaman politik tanah air ini? Salahkah beliau bercakap dan mempertahankan hak rakyat Kelantan untuk menerima royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan? Perlukah "mereka" menghukumnya hanya kerana mempertahankan sifat hasad dengki, busuk hati, tamak, kerakusan, ketidakadilan kerajaan yang sepatutnya melindungi dan membantu setiap rakyat di negara ini tanpa mengira fahaman politik dan kaum? Inikah perjuangan alif, ba, dan ta mereka?

Siapakah rakyat yang dipertahankan haknya oleh warga emas ini? Sudah tentu bukannya orang Indonesia, Myanmar, Pakistan, India, China! Orang yang dibelanya ialah orang Melayu yang seagama dan sebangsa dengan warga emas itu dan sudah tentu juga dengan ahli parti yang disertai oleh warga emas itu.

Bayangkan setelah didesak beberapa kali, mereka hanya mahu "memberikan" (diuruskan oleh orang mereka) wang ihsan sebanyak 20 juta, walhal wang royalti yang dituntut berjumlah 2 bilion. Berapa banyak perbezaan angka kosong antara 20 juta dengan 2 bilion? Berapa banyak hak rakyat Kelantan dinafikan oleh kerajaan yang gah dengan slogan Juara Rakyat". Untuk mempertahankan penipuan ini, maka bersuaralah suara-suara pengkhianat dengan pelbagai alasan untuk mewajarkan apa yang tidak wajar!

Biarpun begitu, masih banyak lagi Melayu yang tidak sedar kerana sengaja menjahilkan diri, malas mencari maklumat alternatif, bersekongkol kerana sedikit imbuhan, dan masih takut dengan propanganda Ketuanan Melayu yang kunun-kununnya akan terhapus jika negara ini diperintah oleh orang selain BN. Walhal Ketuanan Melayu itu sudah lama tergadai. Tidak percaya? Lihatlah apa yang ada pada Melayu selepas lebih 50 tahun negara ini merdeka. Lihat sahaja nasib orang Melayu di Pulau Pinang selama lebih 50 tahun diperintah oleh BN.

Belum mempersoalkan perihal rasuah, salah guna wang rakyat, penjualan tanah rizab Melayu, penderhakaan kepada raja, kronisme dan nepotisme, penganiayaian kepada Melayu, dll. Sedarlah Melayu...

Berkaitan:
* 17 PENGKHIANATAN TERHADAP ORANG MELAYU
* SIAPA PENGKHIANAT MELAYU?
* 20 Pengkhianatan UMNO terhadap Orang Melayu
* Fakta UMNO Khianat Tanah Orang Melayu
* ISU DERHAKA: HARI INI DALAM SEJARAH

 

Sabtu, 27 Februari 2010

AMARAN, "Kita" Paling Lembab di Rantau Ini!

Ekonomi Malaysia pulih - Najib
EKONOMI Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 4.5% (S3 09:-1.2%) pada suku keempat 2009, hasil daripada permintaan dalam dan luar negeri yang lebih kukuh. Bagi tahun 2009, ekonomi negara mencatat penguncupan sebanyak 1.7%, iaitu lebih rendah daripada penguncupan 3% yang diunjurkan sebelum ini (2008: +4.6%).

Pertumbuhan penggunaan swasta yang berterusan dan peningkatan dalam perbelanjaan sektor awam telah menyumbang kepada permintaan dalam negeri yang lebih tinggi, yang mencatat kenaikan sebanyak 3% pada suku keempat (S3 09: 0.4%). Peningkatan penggunaan swasta disokong oleh pasaran pekerja yang lebih baik, kadar inflasi yang rendah, serta perbelanjaan yang lebih tinggi semasa musim cuti persekolahan dan perayaan pada akhir tahun....


HAKIKATNYA:
'Malaysia paling lembap di rantau ini'

Namun, menurut Anwar, pengumuman itu tidak menggambarkan keadaan sebenar kerana Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan paling lembap di kalangan negara-negara serantau pada tahun ini.


"Apa yang tidak diuar-uarkan oleh Perdana Menteri di sebalik anggaran pertumbuhan 5 peratus itu adalah hakikat bahawa pada kadar tersebut, Malaysia ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand, Filipina, malahan juga Vietnam dalam tahun 2010 kelak," katanya.
Tambahnya lagi, ini merupakan perbezaan ketara berbanding pencapaian sebelum ini yang meletakkan Malaysia setanding dengan negara-negara seperti Korea Selatan dan Singapura.

"Anggaran terbaru yang dikeluarkan oleh IMF pada Oktober 2009 menunjukkan bagi tahun 2010, Malaysia dijangkakan akan tumbuh pada kadar yang paling lembap berbanding kumpulan negara-negara tadi.

"Walaupun ekonomi dunia dijangka akan mula pulih. Vietnam dijangka akan tumbuh pada kadar 2 kali ganda lebih baik dari Malaysia dan negara-negara lain akan berkembang pada kadar yang secara puratanya 50 peratus lebih pesat dari Malaysia," katanya.

Tambahnya, keadaan ini timbul hasil daripada dasar ekonomi BN dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan bagi menutup kegagalan menarik pelaburan individu dan swasta.


"Kalau sebelumnya di antara tahun 1991 hingga 1997 pelaburan individu dan swasta meningkat setiap tahun pada kadar 16.2 peratus, selepas 1998 hinggalah kini kadar ini hanya menokok 1 peratus secara purata sejak 11 tahun lepas.

"Mengambil kira kesan inflasi, maknanya di antara tahun 2005 sehingga 2008, pelaburan individu dan swasta kekal tidak berkembang pada tahap RM20.3 billion setiap tahun.

"Jumlah ini adalah lebih rendah dari jumlah pelaburan individu dan swasta semasa saya mula-mula menjadi Menteri Kewangan dalam tahun 1991, iaitu hampir 20 tahun lalu," katanya lagi.
...baca lanjut di Malaysia Kini...

,

PERGILAH BERDEMO, KERAJAAN LIM GUAN ENG BUAT HAL LAGI


UMNO, PERKASA, dan NGO yang sewaktu dengannya, tunggu apa lagi, pergilah berdemo...kali ini, Kerajaan Lim Guan Eng mencampuri urusan perkahwinan orang Islam pula... Cuba baca berita di bawah ini:

Pulau Pinang perkenal sistem daftar kahwin online

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang memperkenalkan sistem pendaftaran perkahwinan umat Islam di negeri ini secara online yang dikenali sebagai e-munakahat.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Agama Islam negeri, Abdul Malik
Abul Kassim, berkata e-munakahat mengandungi lima modul utama iaitu kebenaran kahwin, pendaftaran perkahwinan, cerai, rujuk dan akad nikah.

“Selain memudahkan urusan perkahwinan, orang ramai juga dapat mencari maklumat dengan
lebih mudah berkaitan urusan perkahwinan melalui e-munakahat yang dikendalikan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp),” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul di sini, semalam.

Sambutan Maulidur Rasul dan pelancaran e-munakahat itu yang diadakan di Dewan Sri Pinang di sini, dirasmikan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas. Turut hadir, Timbalan Ketua
Menteri I, Mansor Othman.

Mengulas lanjut, Abdul Malik berkata, sistem itu boleh dilayari menerusi laman web e munakahat.penang.gov.my dan orang ramai hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan jika mahu mendapatkan maklumat berkaitan perkahwinan.

Abdul Malik berkata, fasa kedua e-munakahat yang bakal dibangunkan pada Jun 2010 pula, membolehkan pengguna membuat kad nikah cip bergambar yang dilengkapi maklumat lengkap mengenai perkahwinan mereka.

Oppsss....fasal ini pun hendak demo juga kah?

Malanglah ada juga orang yang mudah terpedaya oleh dakyah yang mengatakan bahawa DAP itu anti-Islam dan anti-Melayu. Itulah politik murahan yang diamalkan bagi memastikan kuasa dan pengaruh orang yang terlibat tidak hilang, biarpun hakikatnya pengaruh mereka semakin luntur. Bayangkan apakah yang telah/akan terjadi kepada golongan ini jika jentera dan agensi kerajaan tidak digunakan untuk "melindungi" pengaruh mereka?

Khabarnya, semalam telah berlangsung dengan jayanya perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang dan di Selangor. Apa cerita di negeri yang dikuasai oleh BN? Di Pulau Pinang, upacara sambutan Maulidur Rasul itu turut dihadiri oleh LGE selaku Ketua Menteri. Di Selangor pula, dikhabarkan sebanyak 5000 umat Islam menyertai perarakan Maulidur Rasul yang bermula di Stadium Shah Alam dan berakhir di Stadium Malawati.



Jumaat, 26 Februari 2010

MAULIDUR RASUL




Marilah berselawat kepada Nabi Muhammad SAW:


,

Khamis, 25 Februari 2010

Bangun UMNO, PERKASA, NGO, MEDIA BN, BLOGGER BN!


Saya tulis tajuk begitu kerana media, pertubuhan, dan parti politik yang dinyatakan pada tajuk kiriman ini gemar sangat menjadi hero apabila timbul polemik, isu sensitif yang bersangkut paut dengan Melayu & Islam. Kunun-kununnya merekalah sang pembela bangsa dan agama. Bagi yang celik akal dapatlah melihat sandiwara politik yang memperkudakan agama dan bangsa demi kepentingan politik.

Pada 20/2 yang lalu, akhbar Sin Chew menyiarkan kenyataan/surat MCA tentang hukuman rotan terhadap wanita Muslim yang telah melanggar undang-undang berkaitan dengan kesalahan syariah. Tiba-tiba sahaja orang bukan Islam yang merupakan sekutu UMNO mengeluarkan kenyataan mencampuri dan mempertikai hukuman syariah di negara ini. Campur tangan orang bukan Islam berhubung dengan agama Islam bukanlah kali pertama dan melibatkan isu ini sahaja, malah sudah beberapa kali perkara yang sama berlaku membabitkan beberapa perkara lain, misalnya masalah murtad, perkahwinan, dan sebagainya.

Yang peliknya, setelah beberapa hari kenyataan itu dikeluarkan, apakah reaksi dan tindakan pembela agama celup yang berselindung di balik nama bangsa dan agama?

Bayangkan jika DAP atau pertubuhan bukan Melayu atau bukan Islam lain yang mengeluarkan kenyataan ini, apakah tindakan drastik yang akan dibuat oleh UMNO, PERKASA, media dan blogger pro-BN, dan NGO yang sewaktu dengan mereka? Sudah tentu kecoh di jalan raya dan di media massa dengan kenyataan/laungan provokatif mempertahankan Islam dan Melayu. Contoh terkini, bandingkan kes pembatalan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang dengan pembatalan perarakan yang sama di Perlis, Johor, dan Pahang. 1Malaysia dapat menilai sandiwara mereka dan keluarga mereka!

Berbalik kepada kenyataan yang dibuat, antara alasan MCA mempertikaikan hukuman itu termasuklah hukuman itu pada fikiran mereka bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, tidak berperikemanusiaan, dan bersifat diskriminasi. Jadi, hendak salahkan 100% kepada MCA pun tidak boleh kerana mereka ini jahil tentang Islam dan hukuman Islam. Walaupun mereka tidak berhak mencampurinya, namun wajarlah perihal bersangkutan dengan hal ini diperjelaskan agar mereka tahu akan hal yang sebenarnya.

Justeru, dalam hal ini, alangkah moleknya pihak-pihak tertentu terutamanya pemerintah atau agensi yang berkaitan menerangkan pelaksanaan hukuman tersebut, hikmah di baliknya, dan perbezaan antara sebat sivil dengan sebat Islam seperti yang pernah disiarkan dalam blog ini. Sila baca: Beza Sebat Sivil dengan Sebat Islam dan Saintis: Rotan Dapat "Ubati" Depresi dan Ketagihan Arak. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, salah faham dan kejahilan bukan Islam di negara ini bukan sahaja berkaitan dengan hukuman syariah malah turut berlaku dalam pelbagai perkara yang berkaitan dengan Islam. Ironinya, setelah ratusan tahun orang bukan Melayu tinggal di negara ini, mereka masih jahil tentang Islam. Salah siapa?

Jika MCA itu jahil dan tidak tahu akan beza antara sebat sivil dengan sebat Islam dan hikmah di balik pelaksanaan hukuman syariah, bagaimana pula pertubuhan yang dianggotai oleh orang Islam seperti Sister in Islam yang menghentam hukuman yang telah diperintah oleh Tuhan mereka sendiri?

Berkaitan:


, , ,

"Quran is a drug, Islam is a drug"- Mossab Hassan


Kata-kata durjana itu dapat anda dengar dalam klip video daripada Youtube di bawah artikel ini. Klip tersebut ialah sebahagian daripada dokumentari bertajuk "Escape from Hamas" yang diterbitkan oleh Fox News Channel. Dokumentari ini "dibintangi" oleh Mossab Hassan.

Siapa Mossab Hassan? Mengapa dia berkata demikian? Sila baca dan tonton video yang saya paut dari blog ibnuyaacob di bawah ini.

Tiadalah perkara yang lebih menyakitkan hati apabila umat Islam sendiri menjadi pembelot kepada agama dan bangsanya dalam usaha membantu musuh menghancurkan harakah Islamiyah.

Begitulah halnya yang berlaku kepada organisasi yang membela umat Palestin sekarang ini iaitu Hamas. Tidak cukup dengan hentaman dan terkaman Israel sepanjang hari, kini muncul pula pendedahan akhbar-akhbar Israel bahawa anak kepada Sheikh Hassan Yousef iaitu Mosab Hassan bekerja untuk Israel melalui organisasi Shin Bet.

Sheikh Hassan Yousef merupakan antara pemimpin kanan Hamas yang kini berada di penjara Israel kerana dituduh menyertai organisasi pengganas. Beliau ditangkap pada September 2005 dan sebelum itu pernah beberapa kali ditangkap sebelum dilepaskan pada September 2004.

Mossab Hassan Yousef
Kita tidak pasti apa yang menyebabkan Mossab menjadi tali barut kepada Israel dan yang lebih menyedihkan adalah beliau sendiri telah murtad dan menukar kepada agama Kristian.

Keputusan beliau untuk menjadi kafir amat menghairankan banyak pihak kerana Mossab dilahirkan dalam keluarga Islam malah ibu bapanya juga berketurunan arab Islam sejati.

hamas_son2

Menurut laporan berita Fox News, ‘anjing’ ini telah bertukar ke agama Kristian pada sekitar Ogos 2008 ketika berada di penjara Israel. Semenjak itu, Mossab dilihat seringkali dilihat berulang-alik memasuki sebuah gereja di Jalan Barabas, San Diego, California.

Semenjak menjadi agen Israel pada 1996, Mossab dikatakan bertanggungjawab dalam urusan penangkapan beberapa orang pemimpin Hamas, pembocoran maklumat rahsia dan beberapa nombor telefon peribadi pemimpin-pemimpin Hamas.

masab

(Kiri) Mossab Hassan (kanan) ayahnya, Sheikh Hassan Youssef

Antara orang-orang kanan Hamas yang dibelot oleh Mossab sehingga berlaku penangkapan ialah Komander Ibrahim Hamid, Marwan Bargouti, Abdullah Bargoutti dan bapanya sendiri iaitu Syeikh Hassan Yousef.

Selain itu, Mossab juga dikatakan menggunakan gelaran The Green Prince bagi dirinya dalam organisasi Shin Bet. Menurutnya, Green (hijau) dipilih merujuk kepada warna bendera Hamas manakala Prince (Putera) bermaksud anak kepada salah seorang pemimpin hamas.

Pembelotan Mossab ini boleh dikatakan bakal menjadi punca kepada berulangnya perang Israel-Palestin dan Mossab sendiri mungkin salah seorang agen yang sangat mahal di hati Israel selain daripada Dr. Ashraf Marwan.

Berikut ialah temuduga wartawan Jonathan Hunt bersama Mossab Hassan Yousef yang dikeluarkan oleh Fox News.

“I believe that all those walls that Islam built for the last 1,400 years are not existing (sic) anymore. They don’t recognize this. They built those walls and made people ignorant because they’re afraid.”


“When I was 18 years old, and I was arrested by the Israelis and was in an Israeli jail under the Israeli administration, Hamas had control of its members inside the jail and I saw their torture; (they were) torturing people in a very, very bad way.”

“When I studied the Bible carefully verse by verse, I made sure that that was the book of God, the word of God for sure, so I started to see things in a different way, which was difficult for me, to say Islam is wrong.”

“…I started to figure out the problem is Islam, not the Muslims and those people - I can’t hate them because God loved them from the beginning. And God doesn’t create junk. God created good people that he loved, but they’re sick, they have the wrong idea. I don’t hate those people anymore but I feel very sorry for them and the only way for them to be changed (is) by knowing the word of God and the real way to him.”

Persoalan-persoalan dalam kaedah Teori Konspirasi
Kemarahan tentang pembelotan Mossab terhadap umat Islam sememangnya sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun demikian, sebagai blog konspirasi, beberapa persoalan harus dipandang lebih jauh dalam isu Mossab ini kerana ia mungkin membawa kepada beberapa petunjuk yang mencerminkan kepada kebenaran teori-teori penyiasat konspirasi antarabangsa yang diutarakan selama ini.

Antara persoalan-persoalan yang boleh ditimbulkan dalam isu ini ialah
  • Mengapa Mossab Hassan memeluk agama Kristian dan bukannya Judais sedangkan dia ditahan di Israel.
  • Adakah teknologi nano-robot keluaran Illuminati sudah mencapai tahap mampu menukar aqidah?
  • Adakah Mossab Hassan merupakan sampel kajian Illuminati yang sangat berjaya yang bakal mencerminkan satu kaedah perang masa depan yang diluar jangka?
  • Mengapa Mossab Hassan mendedahkan rahsia peribadinya dikhalayak umum sedangkan dia sendiri mengetahui tindakannya itu akan menyebabkan dia bakal dibunuh. Persoalannya adakah dia dengan rela mendedahkan identitinya atau dia diarah untuk berbuat demikian.

Wallahu’alam …


Rabu, 24 Februari 2010

Why the prosecution of Malaysia's Anwar Ibrahim matters to the West?

berita lama...

[Washington Post] IN THE PAST two years, Malaysia, which has been a one-party state since it gained independence in 1957, has made remarkable strides toward becoming a democracy. That it has done so is mostly due to the efforts and political talent of one man -- Anwar Ibrahim. So the fact that Mr. Anwar went on criminal trial last week should deeply concern the democratic world. The outcome could determine whether one of Asia's most economically successful countries preserves its stability and embraces long-overdue reforms.


A former deputy prime minister in the ruling party, Mr. Anwar was deposed and jailed in 1998 by former Malaysian strongman Mahathir Mohamad. A manifestly unfair trial followed in which Mr. Anwar was convicted of homosexual sodomy, which shamefully remains a crime in Malaysia. Six years later, the conviction was overturned by a court, and Mr. Anwar resumed his political career -- this time as an open champion of democracy in Malaysia and other Muslim countries.

Mr. Anwar succeeded in forging a coalition of opposition parties, including his own multiracial People's Justice Party, an Islamic party, and a secular party. He has campaigned against the government's toxic policy of racial discrimination, which funnels economic favors to well-connected members of the ethnic Malay majority. In the past two years, his coalition has pulled off a string of stunning victories in state and parliamentary by-elections; it now controls four of 13 state governments. If led by Mr. Anwar, it would have a fair chance of winning the next national election in 2013.

That's one reason it's suspicious that, three months after the state election victories in 2008, Mr. Anwar was once again accused of sodomy. Another is that his young male accuser was seen with aides of Najib Razak, who is now prime minister; Mr. Anwar says he has evidence that the accuser met with the prime minister and his wife shortly before making his charge. A third is that the case has been transferred from criminal court to a higher court whose judges are closely linked to the ruling party.

If Mr. Anwar is convicted, he could be sentenced to up to 20 years in prison and would be banned from politics for five years. He is 62. The ruling party no doubt hopes a conviction will cause the opposition coalition to crumble. But it could just as easily provoke a backlash against Mr. Najib or street demonstrations that could destabilize the country. That's why the Obama administration and other Western governments interested in stability in Asia should make clear that the imprisonment of Mr. Anwar would be a blatant human rights violation -- and not in Malaysia's interest.

Berkaitan:
* Trial of Opposition Leader Could Reshape Malaysian Politics

,

Selasa, 23 Februari 2010

Isu MB Perak: Kesilapan Para Hakim Mahkamah Persekutuan 2

Bahagian Akhir

Oleh N H Chan

[FMT] Selepas Sultan melantik seorang Menteri Besar di bawah Artikel 16(2)(a), kemudian, adakah baginda mempunyai kuasa eksekutif untuk memecat beliau?

Jawapannya sekali-kali tidak, kerana kuasa eksekutif yang tinggal pada Sultan di mana baginda "boleh bertindak mengikut budi bicara baginda"

- selepas Menteri Besar dilantik di bawah Artikel 16(2)

(a) – mengenai Menteri Besar hanya boleh diperolehi dalam Artikel 18(2) (a) dan (b) .

Selain dari Artikel 18(2)(a) dan (b), tidak ada kuasa eksekutif diberi kepada Sultan mengenai kedudukan dan status Menteri Besar. Maka dengan itu Sultan, tidak mempunyai kuasa eksekutif di bawah Perlembagaan Perak untuk memecat seorang Menteri Besar.

Sultan Perak juga tidak mempunyai kuasa untuk memecat atau menyingkir Menteri Besar di bawah Artikel 16(6) dan (7).

Artikel 16 (6) dan (7) menyebut:

(6) Jika Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan,… maka beliau hendaklah meletak jawatan dari Majlis Eksekutif.

(7) Tertakluk kepada Klausa (6), selain daripada Menteri Besar, seseorang ahli Majlis Eksekutif boleh memegang jawatan atas perkenan Sultan, tetapi mana-mana ahli Majlis boleh pada bila-bila masa meletak jawatan.

Mengikut Klausa (6), seorang Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan "seharusnya meletak jawatan dari Majlis Eksekutif".

Tetapi bagaimana sekiranya mana-mana ahli Majlis Eksekutif atau kesemua mereka termasuk Menteri Besar – kerana Menteri Besar juga merupakan ahli Majlis Eksekutif – enggan meletak jawatan?

Klausa (7) memperuntukkan jawapan kepada soalan ini. Ia menyebut, "tertakluk kepada Klausa (6), selain daripada Menteri Besar, seorang ahli Majlis Eksekutif boleh memegang jawatan atas perkenan Sultan.

Tetapi mana-mana ahli Majlis boleh pada bila-bila masa meletak jawatan.

Klausa (7) menyebut dengan jelas bahawa ahli-ahli Majlis Eksekutif boleh memegang jawatan atas perkenan Sultan.

Sultan boleh menyingkir mereka dari pejabat kaunselor eksekutif jika mereka enggan meletak jawatan. Tetapi Menteri Besar, selepas dilantik oleh Sultan, tidak lagi memegang jawatan itu atas perkenan Sultan.

Oleh yang demikian, setelah dilantik sebagai Menteri Besar dengan mengaplikasikan perenggan (a) Klausa 2 Artikel 16, Nizar tidak boleh dipecat oleh Sultan dari jawatannya. Ini kerana Klausa (7) menyebut Menteri Besar tidak memegang jawatan berdasarkan perkenan Sultan.

Walaupun sekiranya Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan, Sultan tidak ada kuasa eksekutif untuk menyingkirkan beliau dari jawatan Menteri Besar.

Berdasarkan situasi ini, satu-satunya cara untuk menyingkir seorang Menteri Besar ialah dengan mendapatkan undi tidak percaya terhadapnya dalam DUN.



Alternatif lain, Sultan boleh membubarkan DUN jika dimohon oleh Menteri Besar yang dilantik – iaitu Nizar kerana beliau tidak boleh disingkir oleh Sultan – di bawah Artikel 16(6).


Oleh itu, Menteri Besar Perak yang sah masih lagi Nizar dan bukan Zambry. Jadi, kenapa Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang putar belit dan terpesong ini dengan memihak kepada perampas kuasa iaitu Zambry apabila Perlembagaan Perak tidak memberi sebarang kuasa eksekutif kepada Sultan untuk berbuat demikian?

Lebih-lebih lagi ketika Nizar masih menjadi Menteri Besar – satu jawatan di mana beliau masih memegangnya mengikut undang-undang.

Adakah ini kerana hakim-hakim menjadi singa-singa yang dicucuk hidung oleh pemerintah yang mempunyai obligasi terhadap Sultan?

Dalam "What Next in the Law" muka surat 335, Lord Denning memberitahu kita:

Francis Baconlah yang menyebut dalam karangannya, "Of Judicature" yang menyebut:

"Biar para hakim ingat bahawa takhta Solomon disokong oleh singa-singa di kedua-dua belah pihak. Biar mereka menjadi singa. Tetapi singa-singa yang mengikut telunjuk pihak pemerintah.

Secara umum, mereka tidak memeriksa atau menentang apa jua tindakan pihak berkuasa. Menurut Francis Bacon (Canselor ketika pemerintahan King James I), secara umum (bermaksud berhati-hati, bijak dan halus) hakim-hakim adalah singa di bawah takhta, kerana takut dan jinak, mereka tidak memeriksa atau menentang apa jua perkara yang menyentuh kekuasaan para raja.

Sekarang anda dapat melihat kenapa singa-singa yang taat kepada kekuasaan raja, merasakan adalah lebih baik tidak memeriksa atau menentang sebarang bentuk kekuasaan para raja. "Ya, Ya, Ya". Bisik singa-singa yang pengecut itu.

Tetapi kenapa mereka boleh kehilangan hujah atau bukti apabila Sultan Azlan Shah sendiri menyatakan para hakim tidak tertakluk kepada kuasa raja, presiden atau perdana menteri?

Lihat "Sultan Azlan Shah’s Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance, Professional Law Books and Sweet & Maxwell Asia, 2004, p 59, yang menyebut:

Hakim-hakim tidak tertakluk secara politik kepada mana-mana Kerajaan. Mereka tidak perlu taat kepada Menteri-Menteri. Mereka adalah "singa-singa di bawah takhta" tetapi takhta ini diduduki oleh mereka sendiri bukan oleh raja, presiden atau perdana menteri.

Mereka perlu taat kepada undang-undang dan tanggapan mereka sendiri mengenai apa
itu kepentingan orang ramai.

Kepada undang-undang dan tanggapan mereka tentang kepentingan orang ramai inilah mereka perlu taat. Disinilah terletaknya kekuatan mereka.

Ungkapan ini datangnya dari mulut tuannya, Sultan Perak yang menyebut sendiri kepada undang-undanglah hakim-hakim perlu taat.

Maka disinilah terletaknya kekuatan mereka. Mereka adalah singa-singa di bawah takhta yang mereka sendiri duduki dan bukannya di bawah telunjuk raja, presiden atau perdana menteri. -

Terjemahan oleh Zainal Abidin Nor

* N H Chan menyertai badan guaman pada tahun 1961 dan bertugas sebagai peguam hampir dua dekad sebelum dilantik menjadi hakim Mahkamah Tinggi. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat di Mahkamah Rayuan sebelum bersara pada tahun 2000. Beliau mengarang dua buah buku, ‘Judging the Judges’ (2007) dan ‘How to Judge the Judges’.

Tuduhan terhadap DAP & Penghinaan terhadap Bayi TBH

Saya salin & tampal dari blog ini. Kata penulis blog:

Letak Saja Nama Teoh Yong Hian Wah

Balu Teoh Lahir anak lelaki - Malaysiakini

Balu setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock yang dijumpai mati selepas ditolak oleh samseng DAP tahun lalu telah melahirkan anak mereka hari ini. Bayi lelaki berkenaan dilahirkan dengan berat 2.9 kilogram di Hospital Pantai, Batu Pahat pada jam 8 pagi tadi. Balu Teoh memohon untuk meletakkan nama Teoh dalam permohonan surat beranak anaknya.

TG - Suggest letak saja nama Teoh Yong Hian Wah yang bermaksud "Siapa sebenarnya bapa saya" dalam bahasa hokkien pendalaman kebun getah.


Persoalannya:
* Bagaimana dia tahu TBH mati kerana ditolak oleh samseng DAP?
* Wajarkah blogger ini mencadangkan nama itu untuk bayi mendiang TBH?

,

[video] KANTOI! KANTOI! KANTOI!


-tonton&nilai mentaliti&hujah tetamu-tetamu program ini-









Habis menonton klip ini, cuba fikirkan siapa yang meminggirkan orang Melayu, DAP yang memerintah Pulau Pinang selama 2 tahun ATAU BN yang memerintah lebih 50 tahun?

Isnin, 22 Februari 2010

TAHNIAH, Minyak Naik Lagi!

TAHNIAH kepada penyokong dan pengundi kerajaan yang bertanggungjawab menaikkan harga minyak di negara ini.


Kata Si Juara Rakyat: Jangan bimbang kadar ini adalah antara yang terendah di rantau ini, jangan takut tiada sebab harga barang akan dinaikkan. Jangan bimbang!

Selamat Mengundi PRU ke-13. Undilah UMNO, Si Juara Rakyat!


Petrol price expected to increase by 10sen

KUALA LUMPUR (Feb 21, 2010) : The government is expected to announce a price increase of 10sen a litre for RON95 petrol and diesel when the new fuel price mechanism is revealed in mid-March, Sin Chew Daily reported today.

The price of RON97 will also be increased but there is no decision yet on the quantum.

RON95 is currently retailed at RM1.80 a litre, RON97 and diesel at RM2.05 and RM1.70 a litre respectively.

Finance Ministry sources said the government has decided to raise fuel prices as it cannot provide more subsidy needed to maintain fuel prices at current levels following a spike in global crude oil prices.

The government believes an increase of 10sen a litre is acceptable to the public.

The sources also told the daily the government has yet to come up with a fuel price mechanism that is acceptable to all quarters, and as a result it may put off or may even be forced to abandon some new measures that are already in the pipeline.

“Plans were afoot for the registration of vehicle owners and their MyKad through Maybank and petrol kiosks to begin in April under the proposed ‘one vehicle owner, one subsidy’ fuel subsidy mechanism. It looks like the plan may not take off.”

The sources said the cap on selling 20 litres of petrol to foreign cars near Malaysian borders will continue to be implemented.

Meanwhile, Petrol Dealers Association of Malaysia president Datuk Hashim Othman believes that foreign car owners will pay the market price when the new fuel price mechanism is introduced next month.

He said the government’s main intention is to provide subsidy to those who qualify for it, to protect the interest of the lower and middle-income groups as well as save on expenditures.

Berkaitan:

,

Kerjasama Blogger & Mangsa Liwat


(klik untuk besarkan imej)


"Screen shot" di atas memaparkan suatu "usaha sama" antara blogger dengan "mangsa" liwat untuk memburuk-burukkan warga emas yang dituduh "meliwat" secara paksa mangsa tersebut, di bawah ini pula, anda nilailah sendiri coretan manusia yang mengaku juburnya diliwat secara paksa oleh seorang warga emas berusia 60 tahun. Inikah reaksi normal manusia yang pernah menjadi mangsa liwat secara paksa?



Sumber gambar di sini & di sini.

Pagi tadi kecoh pula fasal si blogger tadi menguar-uarkan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim penagih ARAK.




Sumber gambar dan maklumat lanjut di sini.

,

Isu MB Perak: Kesilapan Para Hakim Mahkamah Persekutuan 1

Bahagian Pertama

Oleh N H Chan

[FMT] Pada 9 Februari 2010, Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara membuat keputusan siapa Menteri Besar Perak; Mohamad Nizar Jamaluddin atau Zambry Abdul Kadir.

Penghakiman itu dibaca oleh Ketua Hakim Malaya, Arifin Zakaria. Empat lagi hakim yang terbabit ialah Alauddin Mohd Sheriff, Zulkefli Makinudin, Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Abdul Hamid Embong.

Penghakiman bertulis yang dibacakan oleh Arifin itu setebal 40 muka surat. Sesiapa yang mempunyai masa untuk membaca penghakiman itu sehingga tamat akan sedar bahawa para hakim ini, yang menduduki mahkamah yang tertinggi di negara ini, telah membuat tafsiran mereka sendiri.

Mereka memutuskan bahawa Sultan Perak mempunyai bidang kuasa untuk memecat Nizar, menteri besar Perak pada ketika itu sedangkan Perlembagaan Perak tidak memberi sebarang kuasa eksekutif kepada Sultan Perak untuk berbuat demikian.

Jika Sultan Perak tiada kuasa untuk memecat Nizar, kita perlu bertanya, bagaimana boleh terjadi Mahkamah Persekutuan melakukan kesilapan yang maha dahsyat hingga menyebabkan reputasi mereka sebagai hakim-hakim di negara ini begitu tercemar?

Dalam kes ini atau kes-kes yang lain, kemampuan para hakim mengenalpasti isu yang paling penting dalam sesuatu kes perbicaraan dengan sekilas pandang adalah sangat penting.

Sebab itu juga para peguam bela yang muda belajar bagaimana hendak mengenalpasti sesuatu isu yang terpenting sejak dari awal karier mereka. Jika tidak mereka akan membuat hakim menjadi bosan apabila mereka berhujah di depan hakim.

Itulah sebabnya Sir Patrick Hastings – seorang peguam bela ternama pada zamannya sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua – menyebut mengenai kemampuan para peguam untuk mengenalpasti satu fakta terulung yang terdapat dalam mana-mana kes.

Lihat bukunya Kes-kes di Mahkamah, muka surat 333:

“Kemampuan untuk memungut satu fakta yang benar-benar penting dalam sesuatu kes masih tidak mencukupi. Tetapi keberanian untuk memungut fakta itu dan mengasingkannya dari fakta-fakta lain, inilah yang penting.”

Dalam artikelnya bertajuk “Some Thoughts on the Traditions of the English Bar”, mendiang Hakim Salmon mengemukakan pandangan yang sama.

Dalam apa jua kes, bagaimana kompleks sekali pun, pada kebiasaannya terdapat lebih dari satu fakta yang penting. Jarang berlaku terdapat lebih dari dua atau tidak pernah berlaku, atau jarang sekali berlaku, lebih dari tiga. Kenalpasti fakta-fakta yang betul-betul mustahak. Tumpu kepada fakta-fakta itu dan buang yang lain.

Adalah sesuatu yang menyakitkan hati apabila ada tribunal dan kemudian para peguam bela yang mengambil kira semua fakta yang mungkin boleh dan tidak mungkin boleh.

Peguam bela yang tidak kompeten sahaja yang melakukan perkara ini kerana fakta-fakta yang baik akan dihanyutkan oleh fakta-fakta yang tidak baik. Tumpu dan berpegang kepada fakta-fakta yang penting dan betul, mengikut lunas-lunas perundangan.

Dalam kes Nizar melawan Zambry, satu-satunya fakta yang penting dalam kes rayuan ini ialah sama ada Sultan Perak mempunyai kuasa eksekutif untuk menyingkir seorang Menteri Besar, yang telah dilantik oleh baginda di bawah Artikel 16(2)(a).

Mana-mana peguam atau hakim yang cekap boleh dengan cepat menangkap fakta itu dalam kes rayuan ini. Fakta itu ialah sama ada Sultan Perak mempunyai sebarang kuasa eksekutif untuk memecat Menteri Besar dan melantik seorang menteri besar yang lain untuk menggantikan tempat menteri besar yang pertama tadi.

Namun begitu, kelima-lima hakim Mahkamah Persekutuan yang singkat pemikirannya tidak dapat melihat perkara ini sebagai satu- satunya fakta yang penting dalam kes rayuan ini sedangkan setiap peguam muda melalui bisikan hatinya dengan serta merta dapat memahami perkara ini.

Pemikiran kelima-lima hakim menjadi berserabut dan keliru disebabkan oleh ketidakcekapan mereka sendiri. Mereka mendapati diri mereka berada dalam hutan yang tebal dan tidak dapat membezakan di antara kayu dan pokok.

Adakah ini bermakna kita mempunyai sekumpulan hakim yang tidak kompeten, bertugas di mahkamah yang tertinggi di Malaysia?

Artikel IV Undang-Undang Perlembagaan Negeri Perak menyebut, “Menteri Besar” bermaksud pegawai yang dilantik mengikut Artikel XII. Artikel XII menyebut:

(1) Sultan boleh melantik, dengan menggunakan instrumen di bawah cop mohor dan peraturan negeri, seorang Menteri Besar mengikut perenggan Klausa (2) dari Artikel XVI.

Dan perenggan (a) Klausa (2) dari Artikel XVI menyebut:

(1) Sultan boleh melantik Majlis Eksekutif.

(2) Majlis Eksekutif boleh melantik seperti berikut, iaitu boleh disebut:

(a) Sultan boleh melantik seorang Menteri Besar terlebih dahulu untuk mempengerusikan Majlis Eksekutif, ahli dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), menurut pertimbangannya yang boleh mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli DUN; dan Baginda boleh melantik tidak lebih dari 10 atau tidak kurang dari empat ahli lagi daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri atas nasihat Menteri Besar;



Beginilah caranya Nizar dilantik sebagai Menteri Besar. Beliau dilantik oleh Sultan Perak untuk jawatan Menteri Besar dengan mengaplikasikan peruntukan dalam Artikel 16(2)(a) Perlembagaan Perak sejurus selepas Pilihan Raya Umum tahun 2008.

Peruntukan dalam Artikel 16(2)(a) memberi kuasa eksekutif kepada Sultan Perak untuk melantik seorang Menteri Besar “yang menurut pertimbangan baginda boleh mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan”.

Artikel XVIII (2) merupakan satu-satunya peruntukan dalam Perlembagaan negeri itu di mana Sultan “boleh bertindak mengikut budi bicaranya dalam melaksanakan” fungsi-fungsi seperti mana disebut dalam Klausa 2 Artikel 18. Perenggan (a) dan (b) Klausa 2 menyebut:

(2) Baginda boleh bertindak mengikut budi bicara baginda dalam melaksanakan fungsi-fungsi berikut (di samping melaksanakan fungsi-fungsi mengikut budi bicara baginda di bawah Perlembagaan Persekutuan) yang menyebut -

(a) pelantikan seorang Menteri Besar,

(b) penangguhan perkenan baginda berhubung permohonan untuk membubarkan DUN

- Terjemahan oleh Zainal Abidin Nor

bersambung esok...

[Kemas Kini] Iklan yang Keliru & Mengelirukan

Iklan Penjelasan Isu Royalti Yang Tidak Jelas!

HARI ini dua buah akhbar utama milik Umno telah menyiarkan semuka penuh iklan penjelasan mengenai tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan. Saya kurang pasti apakah akhbar berbahasa Cina, India, Arab dan Orang Asli turut sama menyiarkan iklan berkenaan. Semuka penuh berwarna di mana nilainya tidak kurang RM5,000.

Andaian saya sikit tersasar. Iklan berkenaan dikeluarkan oleh kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di mana Rais Jantan@Yatim adalah menterinya. Ada lapan (8) persoalan atau penjelasan dalam iklan berkenaan. Saya cukup yakin penjelasan berkenaan yang kononnya bersadarkan kepada perlembagaan dan undang-undang digarap dan disediakan oleh Rais Yatim.

Rais Yatim adalah seorang yang berkelulusan undang-undang ada memiliki Phd.

Seperti mana saya agakkan iklan berkenaan tidak akan menyelesaikan masalah. Kerajaan negeri Kelantan dan rakyat Kelantan tidak dapat menerima penjelasan berkenaan. Penjelasan berkenaan juga boleh dipertikaikan dari berbagai sudut. Saya rasa kalaupun bukan atas emosi yang membuak dan simpati kepada kerajaan Kelantan, penjelasan itu boleh ditolak. Tegasnya iklan berkenaan tidak memberikan markah tinggi kepada kerajaan dan Umno Kelantan khususnya.

Sebaliknya iklan itu akan dilihat sebagai cuba menegakkan benang basah saja. Benar seperti kata penjenguk blog saya, isu royalti minyak dan kedegilan Umno untuk terus menghukum kerajaan Pas Kelantan merupakan senjata yang akan membunuh Umno sendiri dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang.
Persoalan pertama dalam iklan berkenaan ialah mengenai perkataan "royalti". Menurut iklan berkenaan perkataan itu tidak diguna sebaliknya ia menggunakan perkataan "bayaran tunai". Ini bermakna hak 5% itu sepatutnya dibayar tunai oleh Petronas kepada kerajaan Kelantan.

Kedua, mengenai kelayakan mendapat 5%. Menurut iklan itu bayaran tunai sebanyak 5% itu akan dibuat kepada telaga atau hasil dalam lingkungan 3 batu nautika yang diukur dari paras air surut mengikut (Ordinal Kuasa-Kuasa Perlu) No 7 tahun 1969).

Penjelasan ini boleh diakui tetapi di dalam iklan itu tidak menjelaskan jarak kedudukan tiga plantar minyak di perairan Kelantan yang dituntut itu. Jika menerima pakai jarak seperti mana dijelaskan oleh Pengerusi Petroleum Kelantan, Husam Musa, jarak ketiga plantar berkenaan kurang daripada 3 batu nautika, malahan jarak sebuah plantar itu lebih dekat dari plantar di Terengganu. Kenyataan Husam itu bukan omong kosong sebaliknya berdasarkan kepada ukuran yang dibuat oleh firma yang bertauliah.

Kenapa iklan berkenaan tidak menjelaskan jarak dan kedudukan plantar-plantar berkenaan? Penyembunyian jarak ini menunjukkan ada yang cuba disembunyikan oleh iklan berkenaan tetapi sudah pun diketahui umum akan hakikatnya.

Ketiga, iklan itu menjelaskan hasil di luar 3 batu nautika menjadi milik kerajaan Persekutuan dan mana-mana kerajaan negeri tidak berhak menuntut. Ini diakui, dan kerajaan Kelantan hari ini pun tidak menuntut hasil minyak jauh dari 3 batu nautika dari perairan mereka. Rasanya kerajaan Kelantan pandai dan arif membaca undang-undang dan akta ini.

Keempat, iklan berkenaan menjelaskan bahawa Sarawak dan Sabah ada kuasa dan status tersendiri terhadap royalti minyak. Apa nak dijelaskan status yang diguna pakai Sarawak dan Sabah tidak valid untuk dipraktikan oleh Kelantan dan negeri-negeri lain.

Kelima, menjelaskan mengenai maksud wang ehsan. Iklan itu menjelaskan pemberian wang ehsan itu atas budibicara kerajaan Persekutuan. Menurut iklan itu pemberian ini diluar skop Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang ditandatangani dengan kerajaan negeri pada 1975/1976. Pemberian itu atas kesedaran dan tanggungjawab berasas keprihatinan kerajaan Persekutuan.

Persoalannya dalam kes Kelantan ini kenapa kerajaan tidak menggunakan budibicara dengan memberikan keadilan kepada kerajaan Kelantan sekurang-kurangnya menyalurkan separuh peruntukan daripada 5% itu bukannya diberikan 100% wang itu kepada Umno atau JPP untuk diagihkan kepada rakyat! Di manakah keadilan dan apakah ini tidak boleh dikatakan satu kezaliman.

Keenam, iklan itu menjelaskan Kelantan hanya diberikan RM20 juta saja, itu pun atas ehsan kerajaan Kelantan kerana kononnya penghasilan gas di luar 3 batu nautika negeri Kelantan. Logiknya kalau penghasilan itu di luar kawasan 3 batu nautika untuk apa wang ehsan itu diberikan. Bukankah dengan pemberian itu ia menimbul keraguan, kekeliruan dan dipolimekkan. Lebih baik kalau wang ehsan itu tidak diberikan langsung. Di sinilah menunjukkan pemberian wang ehsan atas prihatin Umno itu memakan diri sendiri.

Ketujuh, menjelaskan kenyataan dan pandangan Tengku Razaleigh Hamzah berhubung hak Kelantan itu. Dalam penjelasan itu iklan tersebut cuba menjelaskan pandangan itu adalah pandangan peribadi Tengku Razaleigh yang tidak bersadarkan undang-undang. Penjelasan itu cuba menempelak Tengku Razaleigh yang sebelum ini pernah mengatakan negeri Terengganu tidak pun layak menerima wang ehsan. Dalam erti kata lain sebelum ini Tengku Razaleigh bersetuju dengan tindakan kerajaan hari ini.

Iklan itu cuba merendahkan Tengku Razaleigh yang mengubah pendiriannya. Kalau itu maksud orang yang mengeluarkan iklan berkenaan, beliau tidak berhak untuk menghuduhkan (memburukkan) Tengku Razaleigh kerana beliau sendiri telah berubah pandangan dan pendirian politiknya lebih 360 darjah.

Kelapan, iklan itu cuba menunjukkan Ketua Pembangkang mengetahui akan kedudukan royalti 5% itu. Iklan ini cuba menimbulkan bahawa Anwar Ibrahim juga tahu kedudukan berhubung dengan pemberian wang ehsan dan royalti minyak. Dalam erti kata lain Anwar juga pernah bersetuju dengan keputusan kerajaan hari ini.

Apakah tujuan mengaitkan pengetahuan Anwar itu? Kalau pun benar begitu dalam kedudukan hari ini, baik Anwar atau Tengku Razaleigh mereka bukan saja sedia mengubah pandangan dan pendirian hatta undang-udang berhubung pemberian itu juga akan turut diubah kerana demi untuk keadilan dan kesejahtraan rakyat. Dan apa yang Tengku Razaleigh lakukan itu adalah jihadnya untuk memberi kesejahtraan ke atas rakyat negeri kelahirannya.

Kesimpulannya iklan penjelasan itu tidak akan merubah persepsi terhadap isu yang kini sudah dipolitikkan oleh kedua pihak. Rakyat Kelantan dalam soal ini hanya membaca iklan berkenaan tetapi mereka tidak akan percaya dan merasai adil dengan apa yang diperjelaskan. Dan saya rasa ada rakyat Kelantan yang tidak dapat menerima penjelasan itu akan berak atas iklan berkenaan. - MSO

Kemas Kini 23/2:

* Ku Li: Iklan isu royalti kelirukan, cetuskan implikasi baru

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Iklan penjelasan tuntutan wang royalti yang disiarkan kerajaan pusat menerusi akhbar-akhbar Bahasa Malaysia semalam menimbulkan lebih banyak implikasi negatif dan kekeliruan berbanding penjelasan, kata Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) hari ini.

Justeru tegas beliau, iklan satu halaman itu sekali gus menunjukkan tiada negeri yang mempunyai hak untuk mendapatkan bayaran tunai ataupun royalti termasuk Sabah dan Sarawak.

Kata beliau, iklan muka penuh yang diambil oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhujah Kelantan juga tiada hak kepada bayaran minyak di bawah Akta Kemajuan Petroleum kerana sumber minyak yang menjadi persoalan terletak di kawasan tiga batu nautika, yang menafikan hak kesemua negeri.

“Iklan itu gagal untuk menyatakan bahawa kesemua minyak yang diperoleh di Malaysia ditemui di kawasan pesisir lebih dari tiga batu nautika, dan bagaimanapun Petronas (terus) membuat pembayaran kepada negeri-negeri ini.

“Dengan hujah yang diturunkan dalam iklan (semalam), Terengganu, Sabah dan Sarawak juga tidak layak menerima bayaran tunai lima peratus (biasanya dan dengan kurang tepat dirujuk sebagai royalti minyak).

“Kesemua terletak pada budi bicara kerajaan persekutuan,” kata beliau dalam pandangannya dikeluarkan hari ini.

Pada 28 Jan lalu beliau menegaskan pada satu ceramah perdana bahawa Kelantan layak menerima wang royalti lima peratus.

Pun begitu kata beliau, pada tahun lalu Petronas telah membayar RM6.2 bilion dalam bentuk bayaran tunai dengan RM3 bilion kepada Terengganu, RM2.3 bilion kepada Sarawak dan RM0.9 bilion kepada Sabah.

Ahli Parlimen dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang ini menambah, oleh itu ada pihak tertanya-tanya atas dasar apa bayaran itu dibuat memandangkan petroleum hanya ditemui di kawasan luar pesisir tiga batu nautika.

Oleh itu tegas beliau, hujah untuk menafikan hak Kelantan daripada memperoleh bayaran tunai lima peratus atas dasar minyak berada di kawasan tiga batu nautika sebenarnya “satu penghinaan kepada kebijaksanaan” seseorang.

Semalam kerajaan pusat mengiklankan penjelasan isu tersebut dalam akhbar-akhbar Bahasa Malaysia dengan menyasarkan pendirian Tengku Razaleigh dan juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam iklan satu halaman yang disiarkan di Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan Sinar Harian kerajaan pusat mendakwa kenyataan Tengku Razaleigh berhubung isu bayaran royalti kepada Kelantan hanya perlu dilihat sebagai pendapat peribadi beliau semata-mata.

Oleh itu, kerajaan pusat berkata sebarang keputusan yang diambil berkenaan hak pembayaran royalti perlu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.

Tengku Razaleigh, bekas pengerusi dan pengasas Petronas, menambah bahawa pembayaran wang tunai lima peratus adalah manfaat dinikmati rakyat tetapi telah dinafikan oleh Umno Kelantan selepas 34 tahun bekas perdana menteri Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia.

Katanya, tiada pihak dengan fikiran waras akan melakukan ini sebagai satu tindakan, yang kononnya akan memanfaatkan kedudukan jangka panjang Umno di Kelantan, malah di mana-mana sahaja orang memerhatikan perbuatan seperti ini.

“Saya dituduh meletakkan kepentingan negeri berbanding kepentingan parti. Bagaimanapun isu ini melangkaui (kepentingan) Kelantan.

“Hujah yang diletakkan dalam iklan semalan mengetepikan hak semua negeri dalam soal sumber alam semula jadi, yang merupakan hak kedaulatan mereka,” katanya.

Ia juga menafikan perjanjian antara Petronas dan negeri-negeri terbabit dan mengetepikan tujuan asal penubuhan syarikat tersebut, kata beliau.

“Salah satu implikasi segera diturunkan dalam iklan penjelasan rasmi oleh Kementerian Penerangan semalam ialah Terengganu juga tidak layak untuk mendapatkan bayaran minyak (tunai).

“Ini bermakna selepas memotong kesemua bayaran apabila Terengganu jatuh ke tangan pembangkang (pada 1999) dan digantikan dengan wang ihsan, tiada asas sama sekali bagi janji kerajaan untuk kembali kepada bayaran tunai.

“Kesemua minyak Terengganu ditemui jauh di kawasan pesisir pantai,” katanya.

Disebabkan itu menurut beliau, apa yang terpakai kepada Kelantan juga diguna pakai ke atas Terengganu.

“Pada akhirnya, ia bukan persoalan politik ataupun personaliti.

“Ia bukannya pasal saya atau sesiapa berkata, ataupun di mana PAS dan Umno berdiri,” kata Tengku Razaleigh sambil menambah, ia sebenarnya berkaitan dengan pematuhan kerajaan dengan perjanjian bertulis yang diluluskan oleh Parlimen dan sama ada menghormati prinsip demokrasi berparlimen.

Tegas beliau, sama ada hak orang ramai dipenuhi ataupun tidak ia bergantung kepada siapa mereka mengundi.
“Melayan Terengganu dan Kelantan dengan cara ini, kita menafikan hak mereka kepada wang yang mereka berhak untuk memiliki, menafikan hak kedaulatan negeri mereka dan mengikis demokrasi berparlimen,” katanya.- The Malaysian Insider.

* Oil royalty explanation is insult to intelligence, says Ku Li

,

Jumaat, 19 Februari 2010

Kerana HAIWAN, Mereka BERBOGEL!

Kerana sayangkan haiwan, membantah penderaan & pembunuhan terhadap haiwan (walaupun sebagai bahan makanan), serta membantah penggunaan organ & anggota haiwan, sebuah NGO antarabangsa, iaitu PETA menjalankan pelbagai kempen kesedaran termasuklah dalam bentuk yang dapat anda lihat di bawah ini:
BERBOGEL!
Sanggup?
Jangan buat kerja gila...
peta protest



peta protest
(Ada juga yang sanggup baring beramai-ramai sambil berbogel tanpa seutas benang di badan, bercampur lelaki dan perempuan demi cinta akan haiwan. Cinta Gila! Sila google untuk melihatnya! Tidak "sampai hati" menyiarkan gambar tersebut di sini.)

Bayangkan jika ada NGO yang turut menghalang dan melarang penggunaan tumbuh-tumbuhan (walaupun sebagai makanan) muncul menjalankan kegiatan protes mereka di serata dunia. Haiwan tidak boleh makan, tumbuh-tumbuhan tidak boleh makan, habis nak makan apa yob?

Bacaan lanjut tentang PETA, sila klik di sini.

Berita Ini Mungkin Tiada di UTUSAN

Apa reaksi PM 1Malaysia, apa reaksi TPM 1Malaysia dan ahli parti gerombolan yang lain? Politik...politik...macam....


Maulidur Rasul: Tiada perarakan di Johor, Pahang, Perlis

[MK] Johor, Pahang dan Perlis tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, umumnya kerana ia tidak dituntut oleh Islam.

Di Pahang, negeri itu hanya akan mengadakan satu ceramah di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan besar seperti yang diadakan beberapa tahun lalu, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman.

"Kita tidak buat perarakan, tapi sambutan dalam bentuk ceramah sahaja. Seingat saya kita cuma pernah adakan perarakan sekali saja pada tahun 2008, yang lain lebih banyak kita adakan ceramah," kata Abdul Manan ketika dihubungi.

Jelasnya, keputusan untuk tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini diambil setelah mengambil kira keselesaan orang ramai yang akan hadir dan tidak melibatkan hukum ke atas penganjuran perarakan.

"Kita tidak anjurkan perarakan tahun ini bukan sebab hukum tetapi kerana mengutamakan keselesaan orang ramai yang akan hadir kerana ia dibuat waktu malam.

"Kita takut nanti akan hujan, dan perlu juga ambil kira masalah kesesakan," katanya dan menjelaskan belum ada lagi fatwa yang dikeluarkan berhubung penganjuran perarakan seperti itu.

"(Pahang) belum ada lagi fatwa yang katakan tidak boleh (buat perarakan), pandangan ini juga belum diutarakan lagi. Kalau ada (ulama) yang kata tidak boleh, ia perlu dibawa ke dalam Majlis Fatwa Kebangsaan," tambahnya.

Di Johor pula, sambutan tahun ini dijangka tetap meriah walau diadakan tanpa perarakan, kata pengarah Jabatan Agama Islam Johor A Rahman Jaffar.

Katanya, sambutan kali ini akan berlangsung sepanjang bulan dengan aktiviti yang dijadualkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan juga di masjid-masjid jamek di setiap daerah.

Program di masjid negeri yang akan dihadiri Sultan Johor itu antaranya akan meliputi titah sultan, ceramah dan majlis berzanji.

"Dahulu kita pernah buat perarakan tapi sekarang tidak ada lagi, lagipun acara perarakan ini tidak dituntut oleh Islam" katanya.

Tambahnya, beberapa kumpulan tetap memohon supaya diadakan perarakan tahun ini, namun cadangan itu ditolak oleh Majlis Agama Islam Johor.

Juga difahamkan, negeri itu tidak pernah mengeluarkan apa-apa fatwa berkaitan penganjuran perarakan bagi menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

"Kita fokuskan kepada aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan masjid dan juga kawasan kubur. Kalau tidak, kita bersihkan kubur waktu hari raya sahaja.

"Kalau perarakan pun cuma sekali saja, lepas itu habis. Kalau kita buat aktiviti kemasyarakatan kita boleh buat secara berterusan," katanya lagi.

Sementara itu, Perlis juga tidak akan mengadakan perarakan bagi sambutan kali ini, seperti juga tahun-tahun sebelumnya.

Ini disahkan oleh exco agama Islam negeri Jefri Othman yang berkata, Perlis sememangnya tidak pernah menyambut Maulidur Rasul secara besar-besaran

"Kita memang dari dulu lagi tidak sambut Maulidur Rasul secara besar-besaran seperti negeri lain," katanya.

Berkaitan:
* Fasal itu pun nak kecoh! Fasal ini tidak kecoh pula?

,

Khamis, 18 Februari 2010

SIS: Rotan Cabul Hak Asasi, Kejam, Tidak Berperikemanusiaan, & Memalukan

Semua orang tahu melakukan seks di luar perkahwinan itu haram dalam Islam. Semua orang tahu perlakuan seks di luar nikah mendorong gejala membunuh dan membuang bayi yang berlaku pada masa sekarang. Semua orang tahu perlakuan seks di luar nikah menyebabkan penyakit AIDS dan seangkatannya merebak. Semua orang tahu perlakuan seks di luar perkahwinan menyebabkan kelahiran anak di luar nikah yang begitu besar jumlahnya di Malaysia. Semua orang tahu perlakuan seks di luar nikah menyebabkan rumah tangga dan kehidupan berkeluarga di Malaysia ini menjadi kucar kacir.


Untuk mengelakkan hal-hal di atas daripada berlaku, maka Islam telah menetapkan hukuman yang keras untuk menghalang perlakuan jijik & tidak bermoral itu. Hukuman sebat sebanyak 100 kali bagi pesalah yang belum berkahwin, dan hukuman rejam sampai mati bagi pesalah yang telah berkahwin.


SIS mengeluarkan kenyataan bahawa hukuman rotan @ sebat itu mencabuli hak asasi manusia, kejam, tidak berperikemanusiaan, dan memalukan!


Saya tidak mahu komen lebih-lebih. Umpama mencurahkan air ke daun keladi. Sia-sia! Saya sudah banyak kali menyentuh hal ini dalam kiriman lalu. Sila klik pautan di bawah laporan berita ini. Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan yang mempersendakan hukum Allah!

[MK] Tindakan Jabatan Penjara merotan tiga perempuan Islam atas kesalahan mengadakan persetubuhan haram dianggap satu diskriminasi terhadap wanita.

Sisters in Islam (SIS) mendakwa tindakan merotan itu mencabuli
hak sama rata dan tiada diskriminasi yang dijamin oleh perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah.

Dalam kenyataan akhbarnya hari ini, Pengarah Eksekutif SIS Hamidah Marican (kiri) berkata memandangkan beberapa isu syariah berhubung perlaksanaan hukuman seperti kes Kartika Sari Dewi Shukarnor yang masih belum selesai, tindakan kerajaan itu dipertikaikan.

Dengan melaksanakan hukuman itu, secara tidak langsung, ia menggambarkan kerajaan cuba
menyembunyikan layanan tidak adil dan memalukan ini daripada pengetahuan
umum
, katanya

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram).

Hukuman berkenaan dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari tahun ini..

SIS menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluaraga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk segera bertindak bagi mengatasi masalah yang timbul akibat hukuman merotan
itu dan juga kes Kartika.

Kerajaan juga, menurut beliau perlu mengkaji semula sebatan sebagai satu bentuk hukuman kerana ia mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang menganggap merotan sebagai
hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan memalukan.


Kajian juga menunjukkan merotan bukan hukuman yang efektif bagi menjamin kesalahan jenayah seksual atau keganasan tidak akan berulang,” katanya.


Blog ini pernah menyiarkan:
* Saintis: Rotan Dapat "UBATI" Depresi dan Ketagihan Arak.
* Beza SEBAT ISLAM dengan SEBAT SIVIL
* HUKUMAN SEBAT: Stupido In Islam

Untuk lebih terperinci, sila baca pandangan Dr. Jamnul Azhar:
* Hikmah Pelaksanaan Hukum Hudud Menurut Al Quran & Sains

Atau "google"lah laman-laman sesawang yang memerihalkan hukuman tersebut.

,

Zul Nordin Penipu?

Opsss...bukan saya yang kata. Sila baca lanjut penjelasan Setiausaha Agong Parti KeAdilan Rakyat di bawah ini.

Semalam saya terbaca kenyataan YB kontroversi ini berkaitan dengan usaha "firaun kecil" yang didakwanya mahu menghapuskan dasar agama Islam, Raja, dan bahasa Melayu. Betulkah dakwaan ini? Sedangkan berkali-kali pakatan pembangkang mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan apa-apa yang sudah tertulis dalam Perlembagaan. Lagipun hal ini bersangkutan dengan Perlembagaan, dia sendiri tahu prosedur yang perlu dilalui untuk meminda sebarang perkara yang tercatat di dalamnya.

Minta maaf, bertanya: Adakah ini usaha untuk terus mengekalkan pengaruh saudara untuk pilihan raya umum ke-13 nanti? Persoalan ini berdasarkan tanggapan berkaitan dengan pasukan 3 Adun "bebas" yang melompat di Perak kini dianggap sebagai "penderhaka" oleh pengundi di sana dan mungkin kehilangan peluang untuk terus bertanding di DUN masing-masing pada pilihan raya umum akan datang.

Teruskan bacaan anda:

[FMT] PKR secretary-general Saifuddin Nasution has turned the tables on controversial fellow MP Zulkifli Noordin and accused him of ‘lying’ about the selection of the date for the latter’s disciplinary hearing.
Speaking to FMT, Saifuddin said Zulkifli was given notice on Feb 8 to attend the disciplinary hearing which was fixed for today (Feb 18).

He had ample time to revert to us but chose to inform the party that he could attend the hearing just hours before his flight to South Korea yesterday for a leadership conference,” said Saifuddin.
Saifuddin also dismissed Zulkifli’s allegation that the party was well aware of his trip and that it had deliberately fixed it such that the date clashed with his trip.
Saifuddin said: “The invitation was sent out by a Korean body to all parliamentarians. The invitation was optional. Those who had spare time on their hands were free to go.
“We could not know which MP would want to go and when they would leave. Zulkifli is not telling the truth. But for (direct) language, I would say he was lying.
Zulkifli yesterday questioned the motive of the PKR disciplinary board in fixing the date of his hearing for today despite the fact he would be in Korea attending the leadership conference until Feb 25.
The Kulim-Bandar Baru parliamentarian claimed the selection of the date was maliciously done and several of his party colleagues were out to topple him.
However, Saifuddin said the party was keeping its options open when asked if the disciplinary board would proceed without Zulkifli’s presence.
“They have a standard procedure and clear guidelines and I believe board members would be judicious when arriving at a decision on this matter,” he said.
“It is possible for the board not to go on without Zulkifli’s presence but at the same time it is also possible for them to proceed with the hearing based on the evidence gathered thus far.
“As secretary-general, I can say that the board is professional when it comes to tackling these types of cases as it is not the first time they have handled such matters,” he said.
Saifuddin was also asked to comment on Zulkifli’s allegation that the party is not taking any action against PKR Wangsa Maju MP Wee Choo Keong and Zaid Ibrahim for their public criticisms against other Pakatan colleagues.
“How would he know that we are not taking any action against these two?” he retorted.

Berkaitan:

* Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu dakwa pembangkang mahu hapus dasar agama Islam, Raja dan bahasa Melayu
* PKR disciplinary panel will meet on Zulkilfi today

,

Rabu, 17 Februari 2010

Antara 3 SODOM

SODOM 1:
Perkataan Sodom bukanlah satu kata yang berbaur lucah. Sodom ialah nama salah satu bandar yang dimusnahkan oleh Allah SWT berikutan keengganan kaum Nabi Luth bertaubat dan meninggalkan tabiat songsang mereka, iaitu mengamalkan kehidupan homoseksual. Lanjut anda boleh baca di sini.








SODOM 2:
Sodom I & Sodom II ialah kes liwat yang melibatkan tokoh politik Malaysia. Selepas episod Sodom I, kini warga emas berusia 60 tahun itu berhadapan dengan episod Sodom II yang sedang hangat dibicarakan. Berdasarkan fakta kes, seorang pemuda berusia lingkungan 20-an mengadu diliwat (secara paksa) oleh warga emas tersebut. Biarpun diselubungi pelbagai kontroversi dan misteri, namun kes ini masih lagi dibicarakan di mahkamah Malaysia.




SODOM 3:
Sodom juga merupakan nama kumpulan thrash metal yang ditubuhkan pada tahun 1982 di Jerman. Kumpulan ini ditubuhkan oleh Tom Angelripper bersama-sama dengan Bernd "Bernemann" Kost , dan Bobby Schottkowski. Selepas 27 tahun, hanya Tom Angelripper yang masih kekal sebagai anggota asal. Tema kumpulan yang dianggap sebagai salah satu kumpulan paling berpengaruh dalam rentak muzik thrash metal di seluruh dunia ini ialah peperangan. Kebanyakan liriknya berkisar tentang bom, senjata, dan apa-apa sahaja berkaitan dengan peperangan. Sejarah lanjut tentang kumpulan ini boleh anda baca di sini.



Ahad, 14 Februari 2010

14 FEBRUARI: Selamat "Menyesatkan" & "Memurtadkan" Diri II


Saya sudah sentuh hal ini pada 1hb Februari yang lalu. Bagi yang belum membacanya, sila klik di sini. Kepada orang Islam yang masih berdegil dan sengaja menjahilkan diri, saya ucapkan sekali lagi:


SELAMAT "MENYESATKAN" & "MEMURTADKAN" DIRI!

,

Sabtu, 13 Februari 2010

Antara Pertahankan Gambar Adik dengan Pertahankan Punggung Sendiri

Saya salin dan tampal dari blog Blog-List Malaysia. Kepada pengirim asal kiriman di bawah ini, saya ucapkan terima kasih atas kiriman yang sangat bernas tentang mangsa liwat paling cool di Malaysia. Sila baca:


(Klik imej utk lebih jelas)

Ini adalah mesej 'UGUTAN BUNUH' kepada Saiful Bukhari yang serius menurut si Saiful. Mungkin Saiful juga terlupa bahawa dia pernah mengugut seorang blogger kerana telah meletakkan gambar adik beliau di akaun Friendsternya.

Oh ya! masa ini facebook belum popular..
Kepada Saiful Bukhari...ingatkah lagi mesej ini..
Ia bertarikh 7/12/2008..

(Klik imej utk lebih jelas)

Kepada yang ingin tahu kisah sebenar mengapa Saiful Bukhari mengUGUT BUNUH dengan MEMECAHKAN KEPALA blogger ini..
Baca kronologi di bawah:

I just shocked, when i opened my message in friendster account, today, "a killing note" appear in my message from my friendster's friends, saiful bukhari (perhaps, u know him?? , he accused anwar sodomized his butt), in the killing note, he warned me that he will "broke" my head if i'm not remove his sister pic... oh my god!! are u serious saiful??

this is the message he sent to me :

actually, i just put her sister pic at my friendster default ..well, i have no intention to do anything, i just admire his sister, thats all, she's really pretty on my eyes..

same like i put maya karin picture, all, my girl..friends.picture. in my friendster's album... so you should not worry saiful, believe me, i've no intention at all to disturb you and ur sister.... just my hobby to be different than others.. :-)... i'm sorry ok..

this is the chronology of my dialogue with him.
I reply that message:


He reply my message to print his message, i dont know is it dia faham, beza print screen and print..


so, i pun decide untuk print screen his message and spread into internet, blog and forum..bukannya untuk memalukannya, tetapi supaya, saiful, yang mungkin mempunyai "bayang belakang tabir", tidak meneruskan niatnya to broke my head.. let people know, if something happen to me, saiful is the only one, who should involve in that...


then, i think dia tahu, message ugutannya telah disiarkan di beberapa laman web seperti tranungkite , cari forum, ainisazreen n bermacam2 lagi, he sent this message to me..




well i consider, everything just silap faham sahaja.. and this is my fault :-), who start first..i really want to said sorry to saiful..n this is my last message.




I just shock, someone who should be "slow" and "lembik", are very garang dan kasar tutur bahasa di message pertamanya.. I just think again, isk, kalau garang dan kasar macam ni, boleh ke DSAI liwat..??


LIHAT SINI

Jadi bagaimana??
Perlukah Saiful Bukhari dibuat laporan Polis untuk mendakwanya atas tuduhan ugutan bunuh?!


Selesai membaca kiriman di atas, saya membuat kesimpulan yang sama dengan pengirim asal kiriman di atas: "Ganas & garang" juga mangsa liwat warga emas berusia 60 tahun ini, sampai nak pecahkan kepala orang. Ini suatu ugutan untuk mencederakan orang (boleh juga jadi ugutan bunuh - pecah kepala). Jika benarlah apa-apa yang dipautkan di atas, keganasan & kegarangan yang ditunjukkan oleh mangsa liwat itu merupakan responsnya terhadap orang yang menampalkan gambar adiknya di laman friendster.

Logiknya, bagaimana pemuda yang "garang dan ganas" ini boleh menjadi mangsa liwat warga emas berusia 60 tahun? Sedangkan pemuda yang berusia lebih kurang dengan umurnya pun dia boleh "ugut" sedemikian rupa, masakan mudah dia menyerahkan punggungnya/juburnya kepada warga emas berusia 60 tahun? Buat kali yang entah ke berapa, mulut saya mengeluarkan kata-kata...pelik...pelik..pelik...! Woi, saya tidak tuduh apa-apa, saya hanya membuat persoalan!

Saya petik semula kiriman dari blog Niamah yang turut dipautkan dalam blog ini, iaitu tentang komennya berkaitan dengan pengakuan mangsa liwat tersebut ketika memberikan keterangan di mahkamah. Jelas, mangsa liwat yang "ganas dan garang" seperti yang ditonjolkan dalam kiriman di atas berubah sifat menjadi penakut dan lembik. Pertahankan gambar adik sampai hendak pecahkan kepala orang, pertahankan punggung/jubur sendiri...anda boleh baca di bawah ini. Buat kali yang entah ke berapa, mulut saya mengeluarkan kata-kata pelik...pelik...pelik...! Woi, sekali lagi, saya tidak tuduh apa-apa, saya hanya menimbulkan persoalan!
[Niamah] Mohd Saiful Bukhari Azlan, who took the stand at the High Court as the prosecution’s first witness, testified that when he first met Anwar at a condominium in Damansara Heights in 2008, the PKR de facto leader had asked him: “Can I **** you today?”
Wah! Anwar must have really been horny that day. Meeting a stranger and right away, "Can I FUCK you today?"
Saiful’s use of the profanity was greeted by sniggers and murmurs from those in the public gallery.
Well at least some people in the courtroom have a sense of humour or more likely they were tickled at hearing the word FUCK which is so often misused and misunderstood. And banned.

When asked by the prosecution about his immediate reaction to the request by Anwar, Saiful replied that at that point of time he felt “angry and scared.”
Okay, quite natural to feel that way. Of course, if somebody you met for the first time asked to fuck your ass wouldn't you get angry?

“I was angry and scared.. I refused to do so, to which Anwar became angry,” said Saiful.
Very good.
The complainant also alleged that the former deputy prime minister had offered him money in exchange for the sexual act, to which he also “refused”.
Good. Any God-fearing man would have done the same. Well done!
“I repeated what I had said and told him that I cannot bear to do it.”

Okay, okay we get the point. Thank you.

Anwar had then “ordered” him to proceed to the guest room where Saiful then stripped and donned a towel before the opposition leader hugged him.
Huh? Hahahahaha...you got to be kidding me. Right? After being angry and scared and refusing payment from the man you then proceed to the bedroom and strip down to a towel? Man! How scared were you? Not enough to protect your ass I guess.


Fuh! Cerita ini betul-betul "insulting my intelingence". Apa macam? Ada komen?


PR

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH