Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Tambahkan"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Sertai"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Like"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Follow"]

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

,

Isnin, 13 Disember 2010

Kemaruk Mahu Beli Mesin Terapi Elektrostatik? Fikir Dahulu Pak Cik, Mak Cik, Abang, Kakak!



Saya memang tidak tahu menahu fasal mesin elektrostatik yang lazim anda lihat dalam akhbar tabloid popular. Advertorial tentang mesin ini disiarkan setiap hari di akhbar itu. Jika artikel tentang mesin itu disiarkan setiap hari, maka sudah tentu mesin itu laris dijual di pasaran. Harganya pun sangat mahal sehingga mencecah belasan ribu.

Seperti biasa, blog Aidid yang kini bikin panas dengan AC Mizal dan beberapa perniagaan MLM yang lain mengupas secara ringkas fasal mesin ini. Saya salin dan tampal beberapa keping gambar dan petikan komen daripada artikel yang berkaitan.

Soalan yang lazim ditanyakan oleh pengguna yang bijak, adakah mesin tersebut benar-benar memberikan kesan positif kepada kesihatan pengguna? Seorang pelawat blog tersebut yang mendakwa dirinya doktor menngirimkan e-mel dengan mendakwa:


Jika benarlah dakwaan pengunjung itu, maka hal ini seharusnya diuar-uarkan agar kesihatan masyarakat yang menggunakan mesin ini tidak menjadi lebih kronik. Seorang lagi pengunjung blog itu menulis di ruangan komen menyatakan:
Salam bro.
You know what, this post really hit me. It's the MAIN reason why I really despise these ridiculous bullshit products that uses the name of Islam (Islam kah?) for the sake of business!

My dad pernah experience the SAME thing as mentioned in the email, he used to be fine and dandy walaupun ada diabetes, tiba tiba some God forsaken mala'un promote this Al-Jabbar (trust me I would have punched the person and made him/her suffer as much, but me and my family wasn't around my dad at that time; May Allah reward him as JUSTLY for the things that he had done to my dad) and made my dad's diabetec level increased terribly, terus kena admit masuk ward.

Now, alhamdulillah he's maintaining his sugar level, makan ubat yang doktor advised him to, dah tak percaya benda2 bangang mcm ni dah. It was such a bitter experience, kalau yang tak terkena dan yang mempromote produk2 ni memang takkan tahu dan faham betapa sakitnya hati kami sekeluarga.

Again bro Aidid, I thank you for this post.  

Seorang lagi pengunjung menulis:
saya duduk di kawasan kampung di melaka.. saya perhatikan makcik pakcik kat sini dan hampir semua kampung2 kat melaka ni percaya dgn menatang ni... kat melaka ni ada beberapa pusat yang buat treatment benda ni.. free.. modus operan dia, dia akan bukak utk a few months dan free.. so berduyun2 lah org kampung ni pegi.. termasuklah makcik saya.. siap promote dgn my parents.. bagus lah ape lah.. tapi my parents tak percaya..

sampaikan ada makcik kat belakang rumah ni paksa anak dia beli dgn cost 12/13k.. terpaksalah sang anak membeli... dan ada pulak yang menumpang... sekali cuba, terus tak boleh jalan.. ntah kebetulan ntah apa, kurang pasti pulak..

so pihak yang berwajib.. turun2 lah kat area kampung2 ni.. sian makcik pakcik yang kene bohong dgn dema..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

sy pun ada kisah yg lbh kurang sama dgn awak. kat tmpt saya di tg krg, mereka (bukan aljabar la) akan sewa kedai. pastu sediakan rawatan. kena byr sehengget utk satu sesi. berduyun2 la makcik pakcik buat rawatan. yg muda2 xde plak sy tgk. sy x galakkan mak sy pi tp dia terpengaruh dgn rakan sebaya dia..so sy x nak bertekak dgn mak, sy htr la dia. bukan main bersemangat mak sy dgn rwtn tu. tiap2 hr dia akan bw sebotol air. air tu kena pegang masa wat rwtn kononnya air tu pun akan ter 'rawat' sama dan bagus sekali bila diminum.

rwtn ni berlangsung selama dua bulan x silap sy. sblm berakhir rwtn tu sy sering tertanya. apa motif diorg bg rawatan rm1 bg sesi? diorg ni mcm buat kebajikan plak utk org2 tua. sy mula terpikir ni mesti ada sesuatu di hujung rwtn nanti. dan akhirnya sangkaan sy tepat. sblm diorg blah ke tmpt lain, mereka menawarkan mesin tersebut pada hrga rm12k tp konon2nya ada twrn hebat so hrga dpt kurang ke rm9k sj!!! wah, padan la bukan main sblm ni buat rwtn mcm nak buat kebajikan. rupa2nya nak jual mesin tu. makcik2/pakcik2 yg menyara hidup dgn bertani dan bersawah, mula la mengumpul duit utk membelinya. mgkn diorg rasa mesin ni berkesan. sy dgr, pekerja bukan main manis mulutnya. mak sy puji pandai dia bercakap. mujur la mak sy ni jenis kedekut nak kuar duit. duit dia byk. ada 80k kat akaun. tp kalau bab nak kuarkan tu mmg kedekut tahap cipan. syukur gak kalau x, tentu dia dah beli benda tu. so, bila dia tau dia kena beli, cpt2 dia stop rwtn. sy pun ckp kat mak. tu la mak, sy tau taktik diorg tu. mesti ada udang di sebalik batu. skrg ni x tau daerah mana plak diorg pi. tp yg sy tgk, ada satu company lain buat benda yg sama tp kat tmpt(kedai lain). dan sy tgk berduyun2 warga tua buat rwtn kat situ..sy hnya blh berkata dlm hati..kesian makcik/pakcik tu...mak sy pun dah x percaya. mak sy ada diabetis dan drh tggi. xde plak ok penyakit dia melainkan kena amik ubat secara berterusan. sy ucapkan syabas kpd encik aidid kerana mmbongkarkan isu mesin "power" ni, selain isu MLM. jgn biarkan org melayu sentiasa ditipu dan diperdaya..

Seorang lagi pengunjung menangkis dakwaan bahawa mesin elektrostatik begitu laris jualan dan penggunaannya di Jepun. Katanya:
Aku la ni study kat Jepun. Mak aku ada gak cerita pasal Dr. Jism ni tengah hot kat area Bandar Tun Razak. Dia ada minta tengok2kan kalau ada jual murah kat Jepun ni, boleh tolong belikan.
Mula2 aku x tau la macam mana bentuk Dr. Jism ni. Mak aku kata duduk je, x payah urut2 la hapa la..lepas aku tengok website AlJabbar ni baru aku search kat market Jepun ni. Aku pun sebenarnya skeptical jugak dengan mesin ni. Nak gak tau kalu betul2 popular kat Jepun dan ada explanation yang valid kat mana2 site Jepun. Cari punya cari, x jumpa2. Tu yg menambahkan skeptikal aku ni. Dorang ni suka2 je kata digunakan meluas di Jepun. Aku tanya kawan2 Jepun aku. Dorang pon x tau pasal mesin nih.

Pasal detox patch tu, mmg kat Jepun ni meluas gak jualannya. Cuma dorang xde lah claim patch tu boleh rawat semua penyakit. Biasanya company2 yg jual akan clain utk melegakan lenguh badan dan kaki setelah seharian berkerja. Bila pakai malam, peredaran lancar dan esoknya segar. Tu je, xdelah over sampai semua penyakit boleh sembuh.

Komen-komen di atas ada kemungkinan direkayasa, namun saya fikir tiada faedahnya mereka mereka-reka komen semata-mata mahu mengikuti perbincangan di blog. Terpulang kepada anda untuk menilainya.

Lebih menarik, empunya blog turut menampal "screenshot" penjual mesin yang mendakwa menjual mesin yang sama dengan mesin yang diiklankan saban hari di akhbar.


Rupa-rupanya banyak orang yang menjual mesin ini. Di sebuah blog, di ruangan komennya, beberapa pengunjung mengiklankan mesin elektrostatik masing-masing. Lihat di sini.

Saya setuju dengan pemilik blog bahawa:
Di bawah akta Ubatan (Iklan dan Jualan) 1956 (Pindaan 1983) dan Lembaga Pengiklanan Perubatan 1976: Sebarang iklan mengenai sesuatu produk tidak boleh mengandungi dakwaan yang mengatakan produk itu boleh menyembuhkan penyakit-penyakit seperti: penyakit buah-pinggang, penyakit atau kecacatan jantung, kencing manis, epilepsi, paralysis, tuberkulosis, asthma, kusta, pekak, ketagihan dadah, hernia, darah tinggi, penyakit mental, ketaksuburan, penyakit kelamin dan beberapa penyakit lagi.

Malangnya, pihak berkuasa yang dipertanggungjawab untuk memantau produk-produk kesihatan hanya melihat kegiatan pihak-pihak tertentu menjual produk kesihatan yang tidak disertakan bukti klinikal mahupun pengesahan melalui kajian dan ujian makmal tanpa mengambil apa-apa tindakan. Itulah sifat tipikal pihak berkuasa/agensi kerajaan di Malaysia. Mereka gemar sangat berpegang pada peribahasa: "sudah terantuk, baru tengadah".

Tuntasnya, jika mahu menjual produk kesihatan, sertakanlah bukti klinikal, bukannya hanya bersandarkan pada testimoni dan sebagainya. Jika anda masih mahu membeli mesin-mesin tersebut, silakan!

Tepuk dada tanya selera.

Artikel penuh tentang hal ini boleh dibaca di sini.

* Gambar mesin di atas hanya sekadar hiasan.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

PR

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH