Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Tambahkan"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Sertai"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Like"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Follow"]

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

BAGASI KIRIMAN TERKINI

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

, ,

Sabtu, 10 April 2010

Budak 11 Tahun Cabul/Cuba Rogol Rakan & Budak 12 Tahun Kena Rogol


Saya petik laporan HM hari ini:

Budak Cabul Kawan

AMPANG: Mungkin kerana terpengaruh dengan filem lucah, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun bertindak berani serta melampau apabila mencabul dan hampir merogol rakan sebayanya dalam kejadian di Taman Keramat Permai, di sini.
Difahamkan, mangsa kanak-kanak perempuan ketika itu baru pulang dari sekolah dan tinggal di rumah pengasuhnya sebelum diajak rakan lelaki itu ke rumahnya.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang Rabu lalu itu, mereka mulanya dikatakan bermain seperti biasa, namun ketika dalam bilik kanak-kanak lelaki itu cuba memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa.

Kanak-kanak lelaki itu juga cuba merogolnya, namun mangsa dikatakan menjerit kerana tidak dapat menahan kesakitan sebelum melarikan diri.

Menurut sumber, selepas kejadian itu mangsa pulang dan menceritakan segala yang berlaku kepada ibunya sebelum wanita terbabit membuat laporan polis.

“Mangsa mendakwa ketika kejadian rakannya itu menyelak kain dan memasukkan jari ke dalam kemaluannya membuatkan dia terpaksa menahan sakit. “Dia juga mendakwa rakannya itu cuba merogolnya membuatkan mangsa terpaksa melarikan diri,” katanya.


Sumber itu berkata, mendengar cerita mangsa, ibunya berlengah membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

“Kanak-kanak terbabit sudah dibawa menjalani pemeriksaan di hospital dan setakat ini laporan menunjukkan terdapat kesan luka di bibir kemaluannya namun siasatan masih diteruskan.


“Kami juga sudah mengambil keterangan mangsa serta suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya. - Hadzlihady Hassan dan Mohd Firdaus Ibrahim

Hari ini HM juga melaporkan:

Murid dinoda dalam restoran
GEMENCHEH: Demi cinta sejati dan terpedaya dengan pujuk rayu menyebabkan seorang murid tahun enam dinodai teman lelakinya di sebuah restoran di pekan ini, awal pagi kelmarin.
Mangsa dikatakan mengikut teman lelakinya yang juga pekerja restoran di situ sebelum dirogol suspek selepas premis itu menutup operasinya.

Sumber berkata, murid berkenaan keluar rumah untuk ke sekolah kira-kira jam 6.30 pagi Rabu lalu, namun tidak pulang sehingga lewat petang.

Katanya, ibu mangsa membuat laporan kehilangan anaknya di Balai Polis Gemencheh tetapi dinasihatkan mencarinya dalam tempoh 24 jam.
“Mangsa datang membuat laporan mendakwa dirogol teman lelakinya di dalam restoran,” katanya di sini, semalam.


Katanya, mangsa mendakwa dirogol pada awal pagi selepas restoran menutup operasinya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Wooi Hooi Cheang, mengesahkan menerima laporan kejadian dan seorang lelaki berusia 24 tahun direman membantu siasatan....
Tidak ada idea hendak memberikan sebarang komen. Nasi sudah menjadi bubur. Umur 11 tahun sudah berani melakukan jenayah seperti itu. Umur 12 tahun sudah ada "teman lelaki". Jadi, hendak kata apa lagi? Suspek, mangsa, ibu bapa, saudara mara hendak menangis air mata berdarah pun tidak berguna lagi.  Damage has been done!

Lepas ini banyaklah pemimpin yang meluahkan rasa simpati dan mengutuk hal ini, banyaklah rumah-rumah perlindungan dibuka. Itulah yang mampu mereka buat. Pendekatan "nasi sudah menjadi bubur". Di sekolah, hendak rotan murid/pelajar pun susah. Patutlah semakin banyak cikgu jadi "sasau" dan lebih sedih ada yang kena pukul dengan murid sendiri. Kalau tidak ditangan oleh pelajar sendiri, ibu bapa pelajar pula yang datang mebawa parang dan buku lima ke sekolah. Akhirnya, pelajar sekarang bermaharajalela dengan pelbagai masalah disiplin dan jenayah!

Berbalik kepada cerita kiriman tadi, perlu diingat kes yang dilaporkan di akhbar hanya segelintir sahaja daripada lambakan kes perilaku songsang budak di bawah umur 12 tahun. Banyak lagi kes seumpama ini yang tidak dihebahkan kepada umum.

Apa hendak jadi dengan Malaysia?


Sebelum Ini:
* GILA!: Budak 11 Tahun Menonton Video Lucah & Merogol

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

PR

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH