Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Tambahkan"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Sertai"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Like"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Follow"]

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

BAGASI KIRIMAN TERKINI

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Archives

,

Selasa, 30 Jun 2009

POLISI EKONOMI BARU NAJIB


"Umno MPs in full support of Najib’s new economic policy

(The Malaysian Insider), June 30 — Umno members of parliament (MPs) are in full support of Datuk Seri Najib Razak’s new economic policy and hope it will help the country deal with the current economic downturn it is experiencing.

The prime minister announced this morning that the government will drop the 30 per cent Bumiputera equity requirement for Malaysian firms seeking public listing, the cornerstone of the New Economic Policy (NEP), but they will now have to offer 50 per cent of the public shareholding spread to Bumiputera investors.

Najib also plans to cut the powers of the Foreign Investments Committee (FIC), immediately repealing its guidelines covering the acquisition of equity stakes, mergers and takeovers.

The FIC will no longer process any share transactions nor impose equity conditions on such transactions.

Jerlun MP Datuk Mukhriz Mohammad believes that the announcement is a fresh approach in tackling the issue of economic growth.

“We’ve had this problem of trying to raise Bumiputera equity since we first started the NEP. The highest we have ever attained was 24 per cent I think in 1990. We also now understand that we are stuck in this middle income trap and for us to break the ceiling, we need strategies like these to help us.

“So I think the announcement is very interesting and I hope it will be implemented well. We will see how it goes but I am quite optimistic about it,” he said.

Pasir Salak MP Datuk Tajuddin Abdul Rahman believes that the new model will help open the economy and encourage greater investment and help kickstart the economy.

“He (Najib) will also make sure that it is genuine Bumiputera participation... so this quota of 30 per cent which has been practised before is no longer practical,” he said.

Rompin MP Datuk Seri Jamaludin Jarjis also hopes that the new policy will improve the stagnation of Bumiputera participation in the economy.

“It is great to encourage more growth and the participation of Bumiputeras has been stagnant so what our government is trying to do is improve it. A new strategy is not to do it at micro level but a global one and to encourage more Bumiputera companies to be listed and by having more foreign participants coming in to spur economic growth and activity,” he added.
"

MENCARI-CARI FRASA "KETUANAN MELAYU" ("MALAY SUPREMACY"/"MALAY DOMINANCE") DALAM BERITA INI, NAMUN TIDAK DITEMUKAN. MUNGKIN FRASA "KETUANAN MELAYU" ITU AKAN BERJAYA DITEMUKAN JIKA ORANG YANG MEMBUAT POLISI INI ANWAR IBRAHIM @ LIM KIT SIANG @ NIK AZIZ @ YANG SEWAKTU DENGAN MEREKA.

Berita Berkaitan:
* Penyertaan Bermakna Yang Lebih Penting Daripada Peraturan Ekuiti Bumiputera 30 Peratus

, ,

CHE DET: RAJA TIDAK BOLEH PECAT PERDANA MENTERI

"1) A lawyer sent me a long article on the above subject. He seems to be upset about some decisions made by the courts.

2) I cannot reproduce his long article but some extracts relevant to Malaysia merit attention by the Malaysian public who may be worried that the people's right to be governed by leaders of their own choice has been eroded.

3) Can the King dismiss the Prime Minister? The answer is;

4) No, if the political framework is that of Constitutional Monarchy and there are no express provisions in the Constitution. Additionally, Constitutional Conventions provides no precedent for the exercise of such a power.

5) The Malaysian Constitution;

Article 40 expressly provides that the Yang di-Pertuan Agong shall act on advice, and by Article 40(2), may act in his discretion in the performance of the following functions, that is to say;

a) the appointment of a Prime Minister;

b) the withholding of consent to a request for the dissolution of Parliament;

c) the requisition of a meeting of the Conference of Rulers concerned solely with the privileges, position, honours and dignities of Their Royal Highnesses, and any action at such meeting;

and in any other cases mentioned in this Constituion.

6) But the relevant article that will close the debate on whether the Agong can dismiss the Prime Minister is contained in Article 43(5) of the Constitution.

7) It provides as follows;

Subject to clause (4), Ministers other than the Prime Minister shall hold office during the pleasure of the Yang di-Pertuan Agong, unless the appointment of any Minister shall be revoked by the Yang di-Pertuan Agong on the advice of the Prime Minister but any Minister may resign his office.

8) But, since the Prime Minister does not hold office at the pleasure of the Yang di-Pertuan Agong, it must follow that he cannot be dismissed by the King, but he has to resign from office if he fails to command the majority of the members in the House of Representatives.
" - Tun Dr Mahathir Mohamad

VERSI TERJEMAHAN
1. Seorang peguam menghantar suatu artikel panjang tentang perkara di atas. Peguam itu tampaknya berasa kurang senang tentang beberapa keputusan yang dibuat oleh mahkamah.

2. Saya tidak dapat menyiarkan semula artikel panjang tersebut tetapi akan menyentuh tentang isu relevan yang menggamit perhatian rakyat Malaysia yang kian gusar tentang hak mereka untuk dipimpin oleh pemimpin pilihan mereka kian terhakis.

3. Bolehkah Raja memecat Perdana Menteri? Jawapannya ialah…

4. Tidak boleh, jika kerangka politik itu ialah Raja Berperlembagaan dan tiada provisi yang dinyatakan dalam Perlembagaan. Tambahan pula, Konvensyen Perlembagaan tiada menyatakan kes duluan untuk pelaksanaan kuasa tersebut.

5) Perlembagaan Malaysia:
Fasal 40 menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak atas nasihat, dan dalam Fasal 40(2), boleh bertindak atas budi bicaranya dalam melaksanakan beberapa fungsi, iaitu:
(a) pelantikan Perdana Menteri;
(b) keengganan memberikan persetujuan atas permintaan untuk membubarkan Parlimen;
(c) menuntut untuk mengadakan mesyuarat Majlis Raja-raja berkaitan dengan hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, maruah Raja-raja, dan tindakan lain dalam mesyuarat tersebut;

dan kes-kes lain yang dinyatakan dalam Perlembagaan.

6. Tetapi fasal relevan yang akan menutup ruang perdebatan tentang sama ada Agong boleh memecat Perdana Menteri terdapat dalam Fasal 43(5) Perlembagaan.

7. Fasal itu menyatakan seperti yang berikut:
Subject to clause (4), Ministers other than the Prime Minister shall hold office during the pleasure of the Yang di-Pertuan Agong, unless the appointment of any Minister shall be revoked by the Yang di-Pertuan Agong on the advice of the Prime Minister but any Minister may resign his office.

8. Namun, jika Perdana Menteri memegang jawatan tersebut tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong, hakikatnya beliau tidak boleh dipecat oleh Raja, namun beliau perlulah meletakkan jawatan jika beliau gagal mendapat sokongan majoriti daripada ahli Parlimen (House of Representative).

-terjemahan oleh Tayadih Maysia (sila komen jika ada yang tersalah terjemah)

,

Isnin, 29 Jun 2009

BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH!

Seperti yang dijangka, PM akhirnya mengelak untuk berdebat dengan TG Nik Aziz. Memang mencari nahas jika beliau bersetuju untuk berdebat. Kerana memang jelas UMNO yang pada asal penubuhannya untuk mempertahankan dan memartabatkan Islam dalam semua segi gagal berbuat demikian sehingga ke hari ini. Itulah tanggapan awal sesetengah pihak tentang debat tersebut. Buktinya, undang-undang Islam diperlekeh dan dipersenda begitu sahaja. Malah ada NGO-NGO yang beranggapan bahawa Hudud undang-undang kejam dan ketinggalan zaman. Sekolah agama rakyat juga dipinggirkan dan hanya dibela semula apabila Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa pemerintahan di beberapa buah negeri. Isu murtad masih lagi tiada jalan penyelesaian dan bilangan yang murtad juga kian bertambah.

Namun saya tidak menjangka Datuk Onn Tee Keat juga akan mengelak untuk berdebat dengan Lim Kit Siang kerana menurut Penasihat DAP ini Ong Tee Keat “Ong had often boasted that he is not afraid of any public debate with any person on any subject”. Jika benar begitu sifat Ong Tee Keat mengapakah lain benar langkah yang diambil apabila berhadapan dengan skandal besar ini. Jika beginilah langkah yang diambil oleh kedua-dua pemimpin ini maka hasrat rakyat untuk menilai kebenaran tentang sesuatu isu itu akan terbantut dan isu tersebut akan terus diperkatakan tanpa ada sebarang penyelesaian.

Bagi PM, beliau memberikan alasan kunun-kununnya banyak pihak yang tidak bersetuju dengan debat tersebut. Jika diperhatikan memang ada beberapa tokoh penting UMNO memberikan reaksi supaya PM tidak berdebat dengan TG Nik Aziz. Pelbagai alasan yang “janggal didengar” diberikan bagi menghalang hasrat tersebut. Antara yang memberikan kenyataan termasuklah Tun Mahathir, Tun Abdullah, Tengku Adnan, Datuk Rais Yatim, dan Ezam Mohd Noor. Walhal jika mereka di pihak yang benar, maka melalui debat inilah sekurang-kurangnya masyarakat dapat menilai kebenaran yang cuba dicanangkan oleh mereka. Inilah masanya UMNO mahu membidas PAS tentang isu-isu yang bersangkutan dengan Melayu dan Islam. Namun, bagi yang pandai menilai dan berfikir (banyak juga yang gagal berbuat demikian), tanpa debat ini pun sudah jelas siapa yang benar terutamanya apabila menyentuh tentang usaha memartabatkan Islam di negara ini. Memanglah debat tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah secara total, namun melalui debat, kita dapat sekurang-kurangnya menunjukkan siapa yang benar, siapa yang salah.

Bagi Onn Tee Keat pula, jawapan yang diberikan oleh beliau berbelit-belit daripada dakwaannya yang menganggap Lim Kit Siang cuba membelitkan fakta sedia ada. Jika benar Lim Kit Siang memutarbelitkan fakta, maka gunakanlah saluran debat ini untuk menjelaskan kepada rakyat tentang hal sebenar. Bukannya mengambil langkah untuk mengelakkan diri daripada berhadapan dengan tokoh DAP itu. Langkah mengelakkan diri ini sebenarnya mencetuskan lebih banyak tanda tanya tentang skandal tersebut. Hal ini seterusnya memberikan persepsi kepada rakyat bahawa skandal itu benar-benar berlaku dan mengiyakan tuduhan bahawa berbilion-bilion wang rakyat disalahgunakan dalam PKFZ. Yang peliknya perlukah Ong Tee Keat mengeluarkan kata-kata putar belit, berdebat secara waras dan sopan santun, perihal tok dalang, dan sebagainya bagi menyembunyikan rasa gentar yang bersarang di dada? Namun perlulkah beliau berasa gentar apabila Lim Kit Siang membenarkan “where he could be assisted by former Transport Ministers Tun Dr. Ling Liong Sik and Datuk Seri Chan Kong Choy as well as former Port Klang Authority (PKA) Chairmen Tan Sri Ting Chew Peh, Datuk Yap Pian Hon and Datuk Seri Chor Chee Heung” dalam debat tersebut?

Debat jika di negara luar merupakan satu saluran penting bagi membincangkan sesuatu isu. Melalui debatlah rakyat dapat menilai kepimpinan dan kebenaran sesuatu isu jika tidak masakan, dalam pemilihan presiden di Amerika Syarikat, malah di negara jiran tertangga seperti di Indonesia, debat dijadikan salah satu acara penting dalam berkempen. Namun lain pula tanggapan tentang debat di Malaysia. Di sini, debat dianggap sebagai suatu yang membuang masa, suatu yang memecah-belahkan, suatu yang tidak dapat berfaedah, dan suatu yang tidak masuk akal untuk dilakukan. Jika debat ini suatu yang sia-sia, apakah rakyat di Amerika Syarikat dan Indonesia itu bodoh dan bangang kerana melakukan sesuatu yang tidak berfaedah? Walhal inilah alasan yang amat-amat tidak masuk akal diberikan semata-mata untuk "menutup pekung di dada", alasan yang menggambarkan kebenaran peribahasa "berani kerana benar, takut kerana salah". Cuba bayangkan jika mereka berada di pihak yang benar, sudah tentulah bergegar satu Malaysia dengan seruan debat tersebut. Akan keluarlah kenyataan yang menggelar orang yang tidak mahu berdebat itu seolah-olah "lelaki dayus" yang gentar mempertahankan maruah diri dan kejantanannya. Jika mereka "lelaki dayus" tersebut, maka inilah jawapan yang diberikan:

Berita 1:

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata soal masa depan umat Islam dan negara tidak boleh diselesaikan melalui forum perdebatan seperti yang dicadangkan oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang tidak nampak faedah yang akan diperolehi melalui debat itu berkata jalan terbaik ialah melalui musyawarah dan perbincangan secara ikhlas dan bukan melalui perdebatan.

Tambahan pula, katanya, beliau mendapati terdapat banyak pihak yang tidak bersetuju agar debat itu diadakan.

"Itulah cara dan kaedah yang terbaik. Tapi sebelum kita boleh berbincang, janganlah kita mengutuk pihak lain.

"Jika kita dah hina dan kutuk pihak lain bererti orang kita ini tak nak cari kata sepakat. Kesepakatan ini sangat penting untuk masa depan umat Islam dan negara," katanya kepada pemberita di sini Isnin." Lanjut di sini.


Berita 2:


"Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau tidak akan melayani cabaran Lim Kit Siang untuk menyertai siri debat di lima negeri mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), kerana berpendapat penasihat DAP itu akan memutarbelitkan fakta berhubung isu berkenaan.

Kalau hendak berdebat pun, saya harap beliau boleh berdebat dengan kewarasan dan sopan santun. Tindakan memutarbelitkan fakta tidak dapat menyelesaikan isu PKFZ," kata Ong kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, lapor Bernama.

"Kalau orang politik macam dia (Lim) yang nak buka gelanggang (debat), dia sendiri jadi tok dalang, mendalangi sendiri apa yang dia cakap, sendiri yang mendakwa, sendiri yang buat kesimpulan, saya rasa, akhirnya itu sesuatu yang hanya memalukan dirinya sendiri saja," kata Ong yang juga Presiden MCA.

Katanya, sejak tiga tahun lalu, Lim telah mengungkit soalan yang sama mengenai PKFZ.

"Jawapan telah dibuat, fakta yang dia nak pun dah didedahkan, dia masih lagi dalam keadaan celaru. Saya rasa sama ada dia kurang faham ke atau buat-buat tak faham." Lanjut di sini.

,

Ahad, 28 Jun 2009

DEBAT: NIK AZIZ lwn NAJIB & LIM KIT SIANG lwn ONG TEE KEAT

Belum pun cabaran debat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat disahut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, hari ini tokoh DAP, Lim Kit Siang dalam blognya mencabar Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat yang juga Presiden MCA untuk berdebat tentang Skandal PKFZ. Lim dalam blognya menegaskan:

I challenge Ong to a series of five public debates in Kuala Lumpur, Ipoh, Penang, Malacca and Johore Baru on the RM12.5 billion PKFZ scandal where he could be assisted by former Transport Ministers Tun Dr. Ling Liong Sik and Datuk Seri Chan Kong Choy as well as former Port Klang Authority (PKA) Chairmen Tan Sri Ting Chew Peh, Datuk Yap Pian Hon and Datuk Seri Chor Chee Heung.

Ong had often boasted that he is not afraid of any public debate with any person on any subject. My first question to him today is whether he dare to accept this challenge to five public debates on the PKFZ scandal in Kuala Lumpur, Ipoh, Penang, Malacca and Johore Baru. Once he dare to say yes, I will appoint my representative who can finalise with his representative on the date, time and venue for the series of five public debates on the RM12.5 billion PKFZ scandal. Lanjut di sini


Sebelum itu, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa beliau bertekad untuk berdepan secara terbuka dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menerusi "mujadalah"(debat) tentang beberapa persoalan yang menyentuh Islam serta kenyataan beliau yang menyamakan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat Ayah Pin. Respons TG juga berkaitan dengan beberapa kritikan yang dilemparkan terhadapnya termasuklah daripada ulama pro-UMNO selepas beliau menentang secara terbuka terhadap usaha sekerat dua pemimpin PAS untuk berbincang dengan UMNO tentang idea Kerajaan Perpaduan dan laporan polis yang dibuat terhadapnya oleh Pemuda UMNO. Beliau menegaskan:

"Hari ini saya nak beritahu bahawa saya sudah siapkan draf surat khusus untuk Presiden Umno.

"Saya nak minta Presiden Umno berdepan dengan saya bulat-bulat, secara terbuka, tidak secara sulit kerana perkara ini telah terbuka secara umum sejak 1951, tak habis-habis.

"Saya mahu penjelasan kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS sedangkan PAS ini guna Islam (dalam dasar parti, perjuangan dan pemerintahannya).

"Saya nak tahu, tak kena di mana (ajaran) Islam menyebabkan Umno menolak Islam, sebaliknya guna (mengambil sistem) sekular dan kebangsaan.

"Saya berhasrat benar-benar ingin tahu kenapa Umno yang sudah Islam 500 tahun, Melayu pun sudah Islam 500 tahun, menolak Islam, sedangkan Islam menyebut, 'rahmatan lil-'aalamin', rahmat bagi seluruh dunia, bukan laknatan." Lanjut di sini.


BERANIKAH MEREKA MENYAHUT CABARAN DEBAT ITU?
SAMA-SAMALAH KITA TUNGGU&LIHAT DAN SETERUSNYA MENILAI "KEJANTANAN" DUA ORANG TOKOH KERAJAAN BN ITU NANTI.

KEMAS KINI:
Mungkinkah kenyataan di bawah ini akan dijadikan alasan terbaik oleh PM untuk tidak menyahut cabaran TG Nik Aziz?
* Cabaran debat Nik Aziz, Najib tidak perlu - Tengku Adnan
* Tun Abdullah: Lebih baik berbincang daripada berdebat
* Jangan layan Nik Aziz
* Buang masa debat dengan Nik Aziz - Dr. M

, ,

BIASISWA NASIONAL, TIADA LAGI KOUTA BUMIPUTERA?

Dalam laporan berita di bawah ini, PM Datuk Seri Najib berkata bahawa kerajaan akan memperkenalkan biasiswa awam berdasarkan merit sepenuhnya. Hal ini secara tidak langsung cuba memperlihatkan keinginan pentadbirannya menghapuskan kouta berasaskan kaum dalam lebih banyak sektor. Terdahulu, PM telah meliberalisasikan sektor perbankan dan beberapa sektor yang berkaitan.

Beliau berkata demikian semasa memberikan ucapan di majlis makan malam anjuran masyarakat Cina, MCA dan ACCCIM. Menurutnya lagi, "Biasiswa Nasional" itu akan ditubuhkan pada tahun depan dan penerima biasiswa itu nanti ialah yang terbaik dalam kalangan terbaik.

Dalam hal ini, saya kurang bersetuju jika biasiswa diliberalisasikan sepenuhnya berdasarkan merit. Kita perlu merit namun ruang tertentu perlu diberi kepada pelajar luar bandar. Hal ini berdasarkan kemampuan dan pencapaian pelajar-pelajar di kawasan luar bandar yang jauh tersisih daripada gajet, kemudahan, pendedahan terkini dalam dunia pendidikan. Janganlah hanya menilai kejayaan seorang dua pelajar luar bandar yang cemerlang lalu kita beranggapan bahawa status pencapaian pelajar bandar dan luar bandar tidak jauh bezanya. Bagaimanakah nasib anak penoreh getah atau petani yang pencapaiannya agak cemerlang tetapi tidak layak diberi biasiswa? Bukahkah sepatutnya golongan ini wajar diberi sedikit ruang dan peluang dalam memperbaik diri dan keluarga mereka? Tidak wajar kita membandingkan secara kasar pencapaian pelajar di bandar yang terdedah dengan pelbagai kemudahan dan kesempatan dengan pelajar kampung yang serba kedaifan.

Dalam hal ini juga, saya menunggu respons atau bantahan daripada individu atau NGO-NGO yang sebelum ini cukup peka dengan hal yang menyentuh kepentingan Bumiputera! Teringin benar melihat respons pihak-pihak tersebut yang sering memanupulasi sesuatu isu demi kepentingan politik parti politik tertentu. Dengan kata mudahnya, "jika kerajaan buat boleh, tetapi jika pembangkang buat semua tidak boleh. Kalau kerajaan buat demi kepentingan bersama, jika pembangkang buat kerana mementingkan kaum lain, dan merampas hak Bumiputera". Itulah mentaliti yang ada pada sesetengah pihak yang hakikatnya hanya bertindak demi kepentingan diri dan masa depan parti politik tertentu.

Sebelum ini, saya juga pernah menunggu respons pihak-pihak yang sama selepas PM mengumumkan dasar liberalisasi kewangan baru-baru ini. Namun, seperti yang dijangka, tunggu punya tunggu...habuk pun tiada. Kali ini saya menunggu respons yang sama. Perkara berkaitan dengan biasiswa ini pernah dikemukakan oleh DAP, namun ditentang malah ada laporan polis dibuat berkaitan dengan isu ini. MB Selangor juga pernah menyentuh tentang kouta pelajar di Uitm dan hal ini turut menerima respons yang sama daripada NGO-NGO yang lantang tidak bertempat ini malah sekelompok pelajar Uitm sempat berdemo membantah kenyataan tersebut. Dalam kiriman yang lalu, saya ada memberikan respons ringkas tentang kelantangan tidak bertempat sesetengah pihak ini apabila berhadapan dengan sesuatu isu (klik pautan). Persoalannya, apakah pendirian mereka dalam hal ini? Akan adakah demonstrasi jalanan membantah hal ini?

Laporan Berkaitan:
"(Malaysian Insider)June 27 — Datuk Seri Najib Razak said tonight the government would introduce purely merit-based public scholarships by next year, and also indicated his administration’s intent to completely do away with race-based quotas in more sectors.

The prime minister’s remarks at a dinner organised by the Chinese community appear to be designed to win back the support of non-Malay voters for Barisan Nasional (BN).

While his announcement was short on details, it also indicates his administration’s efforts at hijacking Pakatan Rakyat’s (PR) more multi-racial platform.

The prime minister said tonight that he believed quotas were bad and that he wanted to create a win-win situation for all Malaysians.

Najib’s remarks seem to also suggest that he believes he can control the potential backlash from Malays while wanting to convince the non-Malays that, even if they have misgivings about Umno and BN, they should have faith in him.

Speaking at a dinner organised by the MCA and Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry (ACCCIM), he said a new “National Scholarship” would be formed next year. The National Scholarship will be a new category of aid offered by the Public Service Department (PSD).

These scholarships will be based 100 per cent on merit and those who receive them will be the best of the best,” said the prime minister.

Najib added that he would also soon be announcing a major shift in policy and hinted at doing away with some forms of quotas soon. “I will not let the cat of the bag now but will announce it later,” he said.
"

,

Sabtu, 27 Jun 2009

PROF DIRAJA UNGKU AZIZ: LAKSANA PPSMI SUATU "TINDAKAN GILA"


Prof Diraja Ungku Aziz dalam ucapannya dalam kolokium mengenai PPSMI di Shah Alam pagi tadi menyifatkan masalah dalam sistem pendidikan berlaku disebabkan terlalu banyak kompromi pemimpin politik.

"Banyak pemimpin politik luar dan dalam kabinet tentu hendak mencari kompromi. Orang politik suka berkompromi. Bila banyak komporomi, dia tidak boleh berpikir dengan rasional.

"Tambahan lagi, orang politik hendak cepat. Bagi saya, jalan singkat tidak ada," katanya yang kerap bercerita dan berjenaka dalam ucapannya.

Ungku Aziz menegaskan, tindakan kerajaan memperkenalkan PPSMI enam tahun lalu sebagai "tindakan gila" kerana Matematik menggunakan "bahasa simbol" – melalui angka, nombor dan penggunaan rumus tertentu.

"Apa bahasa matematik? Bahasa simbolik, angka, semua simbol. Matematik ini bahasa simbolik. Kalau guna bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, pilih bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, (itu tindakan) gila.

"Kalau hendak belajar bahasa Inggeris dengan bahasa matematik, bagaimana boleh belajar?" katanya di hadapan 150 pendidik sekitar Selangor.

Selain menyokong saranan Pembina supaya PPSMI dimansuhkan di semua peringkat, Ungku Aziz mencadangkan masa pengajaran bahasa diajar secara tetap tiga hingga empat jam seminggu, selain menggunakan kaedah pembelajaran terkini.

"Masa untuk belajar bahasa tidak cukup. Itu kunci kepada semua sekali, perkara pokok sekali. Dalam sistem pembelajaran di sekolah rendah, menengah dan universiti, masa untuk belajar bahasa itu diberi sedikit sahaja.

"Pendekatannya pun salah. Banyak orang (pemegang) PhD bawa teori lapuk sepuluh tahun lalu. Dia lupa, apa dia belajar dulu orang lain sudah tukar (hari ini)," katanya...lanjut di sini.

CALON PAS DI MANEK URAI


Bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah dipilih sebagai calon parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini.

Pencalonan Fauzi itu diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu ceramah di Kampung Manek Urai Lama pada kira-kira jam 11 malam tadi.

Fauzi yang berusia dalam lingkungan 50-an adalah peniaga ikan dan anak tempatan.

Selain jawatan bendahari, beliau juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil

Blog yang dikendalikan oleh Fauzi boleh dilawati di pautan ini.

Berita Berkaitan:
* Tuan Aziz calon BN di Manek Urai

Jumaat, 26 Jun 2009

MENDIANG @ ALLAHYARHAM MICHAEL JACKSON?

Berdasarkan beberapa sumber maklumat di internet serta beberapa klip video mengesahkan bahawa Michael Jackson menganut Islam dan menggunakan nama "Mikaeel". Menurut Telegraph UK, upacara pengislaman Mikaeel telah dilakukan di rumah pemuzik Steve Porcaro yang juga terlibat dalam pembikinan album "Thriller" sekitar tahun 2008. Hal ini turut diakui oleh abangnya, Jermaine Jackson yang turut menganut agama Islam pada tahun tahun 1989. Mikaeel sebelum itu menganut agama Jehovah's Witness. Semoga pada saat kematiannya Allahyarham Mikaeel Jackson meninggal dunia masih sebagai seorang Muslim. Al fatihah!

Laporan Akhbar:
Michael Jackson converts to Islam and changes name to Mikaeel

(telegraph.co.uk)The singer, who was raised as a Jehovah's Witness, converted to Islam in a ceremony at a friend's house in Los Angeles.

He is said to have sat on the floor and worn a small hat while an imam officiated.

According to The Sun, the ceremony took place while Jackson, 50, was recording an album at the home of Steve Porcaro, a keyboard player who composed music on his Thriller album.

The former Jackson 5 star was counselled by David Wharnsby, a Canadian songwriter, and Phillip Bubal, a producer, who have both converted.

A source said Jackson had appeared a "bit down" and added: "They began talking to him about their beliefs, and how they thought they had become better people after they converted. Michael soon began warming to the idea.

"An imam was summoned from the mosque and Michael went through the shahada, which is the Muslim declaration of belief."

Last year his brother, Jermaine Friday, suggested Jackson would convert having taken an interest in Islam since Friday's conversion in 1989.

"When I came back from Mecca I got him a lot of books and he asked me lots of things about my religion and I told him that it's peaceful and beautiful," said Friday.

"He read everything and he was proud of me that I found something that would give me inner strength and peace.

"I think it is most probable that Michael will convert to Islam.

"He could do so much, just like I am trying to do. Michael and I and the word of God, we could do so much."



Video Berkaitan:

* Pengakuan Jermaine Jackson tentang Islam, Muslim, dan Michael Jackson
* Michael Jackson Menganut Islam dan Menggunakan Nama "Mikaeel"

RAJA POP MICHAEL JACKSON MENINGGAL DUNIA


"abcNEWS:Michael Jackson, the self-anointed "King of Pop" who revolutionized music but whose legacy was marred by allegations of child molestation and bizarre behavior, died after suffering cardiac arrest Thursday. He was 50 years old.

The Los Angeles Fire Department was called to Jackson's residence at 12:26 p.m. P.T., according to the Los Angeles Times. The paper reported that paramedics performed CPR on Jackson, who was not breathing when they arrived at his home. He was rushed to LA Medical Center, just six miles from his home.

Jackson's death comes less than a month before the start of a scheduled series of so-called comeback concerts. From July 13 to March 6, 2010, Jackson was scheduled to perform 50 sold-out concerts at London's O2 Arena.

Jackson is survived by his three children Prince Michael I, Paris and Prince Michael II.

Groomed for Stardom
Born Michael Joseph Jackson in Gary, Ind., in 1958, "The King of Pop" was the fifth of nine children of Joe and Katherine Jackson. Both parents instilled a love of music early in their children's lives: Katherine taught them folk music while Joe, a budding guitarist, managed them and molded their musical work ethic.

Michael was only 4-years-old when he started singing with his older brothers Jackie, Tito, Jermaine and Marlon and formed the original Jackson 5.

The brothers were discovered by Motown singers Diana Ross and Gladys Knight and pianist Billy Taylor after a performance at the Apollo Theater in Harlem, N.Y. Motown Records founder Berry Gordy would soon sign them to a contract. Gordy's investment paid off: The Jackson 5 broke through to national stardom in 1969-70 with four consecutive hit songs. Energetic, dancing prepubescent Michael was the standout of the group.

"I saw so much of myself as a child in Michael," Diana Ross told a reporter in 1970. "He was performing all the time. That's the way I was. He could be my son."

KERANA BEBERAPA EKOR "BINATANG", IMEJ NEGARA TERCALAR

"KOMPAS.com - Pemerintah memutuskan menghentikan sementara penempatan tenaga kerja Indonesia informal ke Malaysia.

Keputusan ini berlaku sampai kedua negara memperbaiki nota kesepahaman (MoU) perlindungan TKI. Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Erman Suparno menegaskan hal itu di Jakarta, Kamis (25/6).

Ia didampingi Wakil Menteri Luar Negeri Triyono Wibowo, Duta Besar RI untuk Malaysia Da’i Bachtiar, dan Atase Ketenagakerjaan RI di Malaysia Teguh Hendro Cahyono.

”Saat ini tercatat sekitar 3.000 TKI informal per bulan yang berangkat ke Malaysia. Penghentian sementara ini dilakukan sampai MoU selesai,” kata Erman.

RI bertekad, TKI harus memegang paspor serta mendapat kenaikan gaji, hak libur, dan hak cuti. Warga negara Malaysia yang memakai TKI ilegal harus dihukum. Pemerintah juga memperketat pintu embarkasi untuk mencegah TKI ilegal.

Secara terpisah, Kepala Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia Mohammad Jumhur Hidayat menyambut baik hal itu.

Selanjutnya, Jumhur meminta agar tim negosiasi revisi MoU pada 15 Juli nanti bisa mendesak Malaysia untuk tidak menerbitkan izin kerja bagi TKI informal yang datang tanpa perusahaan jasa TKI (PJTKI).

Wakil Ketua Umum Asosiasi Perusahaan Jasa TKI Rusdi Basalamah mengatakan, pemerintah harus berhati-hati agar penghentian sementara pengiriman TKI informal tak memicu TKI ilegal.

Namun, Rusdi meminta pemerintah memberikan solusi bagi calon TKI yang telah memiliki visa kerja dan sedang dilatih.

Dari Medan, Direktur Utama PT Rahmat Mandiri Muhammad Nasir dalam rilisnya membantah berita Kompas, 16 Juni 2009, yang menyatakan TKI atas nama Elpida diberangkatkan PT Rahmat Mandiri secara ilegal.

Nasir menegaskan, pihaknya memberangkatkan Elpida secara legal dengan dokumen lengkap sesuai dengan persyaratan Balai Pelaksana Pelayanan Penempatan dan Perlindungan TKI Medan, di antaranya surat permintaan, surat izin pengerahan, surat persetujuan rekrut calon TKI, visa panggilan, dan asuransi.

”TKI tersebut kami berangkatkan naik feri dari Tanjung Balai tujuan Port Klang, bukan menaiki tongkang seperti yang diberitakan,” kata Nasir.
"



Berkaitan:

* Haiwan Bertopengkan Manusia Busukkan Nama Kita
* Temporary ban for Indon maids
* Indonesian stops sending maids to Malaysia

Rabu, 24 Jun 2009

PERLUKAH MENDUKUNG DEMOKRASI JIKA TAKUT UNDI MELAYU BERPECAH?

Walaupun isu Kerajaan Perpaduan sudah dimuktamadkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat tempoh hari, namun sehingga ke hari ini cakap-cakap tentang isu itu masih kedengaran. Ada yang marah, ada yang kecewa selepas pimpinan Pakatan Rakyat menolak sebulat suara idea tersebut. Cuma kemarahan dan kekecewaan itu tidaklah digambarkan secara terus terang, tetapi berlapik demi mempertahankan ego dan maruah masing-masing.

Walaubagaimanapun, saya bersetuju juga dengan beberapa pandangan pemimpin UMNO. Dalam isu Kerajaan Perpaduan ini yang melontarkan idea secara terbuka bukanlah mereka,tetapi beberapa kerat pemimpin PAS sendiri. Oleh itu, bagaimana pula timbul kenyataan “Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat MENOLAK idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO/Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat” sedangkan isu ini mula ditimbulkan oleh PAS secara terbuka. Lainlah jika idea tersebut dicetuskan oleh orang UMNO (kita pun tidak tahu kerana sejak awal lagi isu ini dibincangkan secara sembunyi-sembunyi),namun yang pasti, pihak yang menghebah-hebahkannya secara terbuka dibuat oleh orang PAS sendiri.

Namun, yang menarik perhatian saya hari ini ialah laporan di Mstar yang mengemukakan pendapat/analisis tiga orang tokoh akademik tentang kegagalan Kerajaan Perpaduan. Ketiga-tiga tokoh itu ialah Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Univerisiti Sains Malaysia, Dr. Ahmad Atory Hussain, Prof. Madya Dr. Ahmad Nidzammuddin Sulaiman, dan bekas Timbalan Presiden Keadilan yang kini merupakan Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr, Chandra Muzaffar. Daripada ketiga-tiga “analisis/pendapat” tersebut, saya hanya mahu menyalin&menampal “analisis/pendapat” yang dibuat oleh Dr. Ahmad Atory Hussain:

“Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Univerisiti Sains Malaysia, Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, keputusan tersebut jelas menunjukkan perpaduan di kalangan orang Melayu tidak akan kukuh lagi.

"PAS sebuah parti politik yang bongkak. Mereka fikir dengan 23 kerusi (Parlimen) yang mereka miliki mereka boleh kalahkan Umno.

"PAS terlalu memandang rendah keupayaan mereka (Umno). PAS salah jika buat andaian sedemikian. Umno ada 78 kerusi di Parlimen jika dibandingkan dengan PAS.

"Mereka perlu ingat hakikat itu."

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, ada pemimpin PAS yang lantang menentang idea kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Hadi kerana masing-masing bimbang akan kehilangan kuasa politik mereka.

"Kalau idea kerajaan perpaduan diteruskan sudah pasti ada pemimpin yang akan hilang kerusi yang mereka miliki sekarang.

"Adakah mereka sanggup menghadapi keadaan itu satu persoalan yang sukar dijawab?

"Mereka (PAS) hanya mahu jatuhkan kerajaan Barisan Nasional dan menguasai negara... itu hasrat PAS. Cuma mereka perlu ingat bukan mudah untuk kalahkan Umno kerana pemimpin-pemimpin Umno tak 'bodoh' semuanya."

Menurut Ahmad, jika PAS dan Umno tidak mahu meneruskan idea penubuhan kerajaan perpaduan menjelang pilihan raya umum ke-13, undi orang Melayu akan berpecah.

"Menjelang PRU ke-13 jika idea kerajaan perpaduan ini tidak diteruskan, saya fikir akan jadi satu keadaan di mana semua parti, tidak kira sama ada PAS, Umno, DAP mahupun PKR tidak akan dapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang kukuh.

"Ketika itu akan timbul masalah yang sama seperti yang terjadi di Perak,” katanya.

"Jika PAS atau Umno tidak mahu bersatu, masing-masing perlu menang dengan mendapat majoriti lebih dua pertiga kerusi Parlimen untuk meneruskan survival politik orang Melayu. Jika tidak kuasa politik Melayu akan terhakis," katanya.


Selepas yang membaca “analisis/pendapat” itu, saya tertanya-tanya: Siapakah yang bongkak? Penganalisis ini atau PAS? Adakah ini suatu “analisis” atau hanya luahan rasa kecewa? Nilaikan!

Kenyataan yang berbunyi “undi Melayu akan berpecah” sebenarnya amat-amat tidak wajar dibicarakan. Apa gunanya demokrasi jika mahu berbicara tentang perpecahan undi? Jika undi Melayu berpecah, bagaimana pula dengan undi Cina dan India. Wajarkah kaum india juga berbicara tentang perpaduan dalam kalangan mereka? Bagaimana pula dengan kaum Cina? Wajarkah mereka juga berbicara tentang perpaduan dalam kalangan mereka? Begitu juga suku-suku kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Jika begitu tidak perlulah wujud DAP, MCA, PKR, GERAKAN, MIC, UMNO, PAS, dan sebagainya. Wujudkan sahaja parti berasaskan perkauman. Bukankah kita sewajarnya berbicara tentang "Perpaduan Nasional" seperti yang diuar-uarkan oleh PM melalui konsep 1Malaysianya?

Akhirnya, situasi dalam negara ini akan terus diselubungi api-api perkauman dan bertentangan dengan hasrat rakyat yang mahu bersatu padu membangunkan negara. Perbezaan idealogi politik bukanlah asas yang menjadikan sesuatu kaum itu berpecah. Kita berbeza dari segi fahaman politik, namun realitinya kita berusaha untuk memajukan negara ini. Jika dilihat di lobi Parlimen, ahli politik pelbagai parti masih boleh duduk bersama menikmati jajan sambil bersenda gurau. Mereka masih boleh berbual tentang pelbagai perkara waima tentang kepentingan negara. Yang membezakannya ialah bagaimana cara mereka (ahli politik) mentadbirkan, memajukan, dan membangunkan negara, sama ada proses yang dilalui itu telus dan bebas daripada penyelewengan atau sebaliknya.Orang Melayu di bandar dan luar bandar masih bertegur sapa walaupun berlainan ideologi. Cuma ada segelintir ahli msyarakat yang sanggup bermasam muka kerana berlainan ideologi politik. Itu salah. Perbezaan idelogi politik tidak sewajarnya memberikan impak dalam hidup bermasyarakat.

Idea ini timbul sebenarnya bertolak daripada kebimbangan sesetengah pemimpin yang khuatir hak dan keistimewaan Bumiputera/kepentingan/kuasa politik Melayu akan terhakis jika ditakdirkan pembangkang mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Selain kebimbangan tersebut, idea ini turut dicetuskan untuk mengembalikan sokongan masyarakat Melayu terhadap UMNO yang kian dijauhi terutamanya golongan muda yang kini lebih terdedah dengan pelbagai sumber maklumat. Malah tidak salah saya katakan bahawa idea ini disensasikan untuk menjauhkan penyokong bukan Melayu terhadap PAS yang mula mendapat tempat dalam hati dalam kalangan masyarakat bukan Islam.

Untuk merealisasikan idea ini, pelbagai isu telah ditimbulkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk mencetuskan keraguan dan kebimbangan masyarakat Melayu seperti isu hak milik tanah di Perak, isu azan di Selangor, dan sebagainya. Isu hak milik tanah dan ketuanan Melayu ini jugalah salah satu sebab kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin di Perak. Dalam isu hak milik tanah ini, Nizar ada menjelaskan dengan lanjut tentang hal tersebut (klik pautan ini). Walhal bukan sahaja Cina, malah Melayu yang menetap di Kampung Baru juga menerimanya. Jika orang Cina sekalipun, sebagai rakyat Perak dan warganegara Malaysia, mereka berhak menerimanya. Wajarkah golongan taukeh yang kaya raya sahaja berhak menerima tanah?

Hakikatnya ketakutan/kebimbangan kepentingan Bumiputera terhakis seperti yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Negara tidak wajar dijadikan alasan untuk menolak sepenuhnya gagasan Pakatan Rakyat. Pemimpin pembangkang pun pernah membuat kenyataan bahawa kerajaan yang bakal ditubuhkan itu akan mengikut peruntukan Perlembagaan Negara. Hak dan keistimewaan Bumiputera akan terus dipelihara. Begitu juga jumlah kuota wakil rakyat Melayu/Islam di Parlimen seperti yang pernah ditegaskan oleh DSAI.

Dalam hal ini sesetengah pihak gemar membuat kesimpulan tanpa memberikan peluang sesuatu perkara itu berlaku. Memang benar, "ingat sebelum kena, jima sebelum habis", benar juga "mencegah lebih baik daripada mengubati", begitu juga "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna", namun perlukah kita berpegang pada peribahasa tersebut secara membuta tuli pada saat bahasa kebangsaan kian diperlekehkan oleh pelbagai pihak, pada saat agama Islam itu tidak dijadikan panduan dalam pentadbiran dan mendasari amalan kehidupan kebanyakan masyarakat Islam di negara ini, pada ketika amalan rasuah bermaharajalela dalam pelbagai bidang, dan bla...bla..bla... Belumpun Pakatan Rakyat memerintah, pelbagai tohmahan dan buruk sangka dilemparkan. Saya pun ada sedikit prejudis terhadap Pakatan Rakyat, namun dalam hal ini, saya lebih suka mencuba dahulu daripada terus menghentam tanpa usul periksa. Beri peluang mereka memerintah dan kemudian nilaikanlah kemampuan mereka. Jika kemampuan mereka diragui, maka gunakanlah undi kita untuk menukar kerajaan tersebut.

Kesimpulannya, perlukah berbicara tentang perpecahan undi Melayu jika dalam masa yang sama kita menekankan peri pentingnya mendukung amalan demokrasi?

,

Selasa, 23 Jun 2009

PERPADUAN TG NIK AZIZ DENGAN NASHARUDIN MAT ISA

Foto-BERNAMA

Mursyidul Am PAS, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik kenyataan yang dilemparkannya terhadap Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berhubung dengan idea Kerajaan Perpaduan.

Nik Aziz:
"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di Pejabat Agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan perihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi.


Nasharudin:
"Hubungan kami baik dan segalanya sudah selesai...itu sahaja, tiada lagi komen."

Walaupun pada zahirnya, isu ini dianggap selesai, namun hakikatnya PAS perlu bertindak segera untuk merapatkan semula hubungan pimpinan dan ahli yang terjejas sebagai akibat isu Kerajaan Perpaduan yang ditimbulkan baru-baru ini. Biarpun di muka terserlah senyuman, namun di dalam hati siapa yang tahu. Semoga isu ini menjadi pengajaran kepada pemimpin PAS agar tidak mudah terpengaruh oleh "gula-gula sintetik" politik tanah air.

Berita Berkaitan:
* Nasha bersemuka Nik Aziz petang ini

,

Isnin, 22 Jun 2009

BERKUBURKAH SELAMA-LAMANYA KERAJAAN PERPADUAN?

KENYATAAN AKHBAR MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

22 Jun 2009- Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
YB Lim Kit Siang

Menurut laporan Harakah Daily, selain Datuk Seri Haji Hadi Awang "Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guang Eng; Dato' Ngeh Ko Ham."

TANDA TANYA:
* Dimanakah Timbalan Presiden PAS? Orang yang bersungguh-sungguh menyahut perpaduan UMNO.
* Berkuburkah selama-lamanya isu Kerajaan Perpaduan ini? Walhal isu ini pernah dikuburkan seketika sebelum bangkit semula pada Muktamar PAS yang lalu.

SYABAS KEPADA SEMUA YANG MENENTANG "KERAJAAN PERPADUAN"!

, , ,

BEZA DEGIL - ISTIQOMAH & PUTAR BELIT MEDIA ARUS PERDANA

Kini sudah terbukti Umno terlalu mengharapkan polemik kerajaan perpaduan benar-benar menjadi kenyataan.

Media harian yang menjadi alat kepada Umno mengharapkan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dengan idea tersebut.

Maka tidak hairanlah apabila ada media membuat tafsiran sendiri Mursyidul Am PAS itu sudah berlembut dengan isu kerajaan perpaduan.

Rencana pengarang akhbar terbabit juga menganggap Menteri Besar Kelantan sudah hilang arah kerana menolak cadangan tersebut.

Sedangkan apa yang berlaku semalam Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjelaskan beliau terus istiqomah membantah cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Menteri Besar menafikan tuduhan yang menganggapnya sebagai degil kerana menolak cadangan terbabit, sebaliknya beliau tetap istiqomah dalam perjuangan.

"Ini kerana istilah degil dimaksudkan mempertahankan sesuatu yang salah di sisi agama, namun sekiranya mempertahankan sesuatu yang benar dan hak, ia bererti istiqomah.

"Orang istiqomah dipuji Allah dan mana-mana mereka yang mempertahankan yang hak itu akan mendapat sokongan daripada malaikat secara berterusan."

"Apa yang saya lakukan hanya sekadar mempertahankan keputusan yang dibuat pada muktamar PAS di Ipoh tahun lalu iaitu PAS tetap akan bersama Pakatan Rakyat," katanya ketika ditemui pemberita di JKR 10 petang semalam.

Menurut beliau sekiranya ada pihak dalam PAS yang ingin mengadakan hubungan dengan Umno dan pada masa yang sama meneruskan hubungan dengan Pakatan Rakyat, ia adalah sesuatu yang kacau.

Bagaimanapun katanya sekiranya hasrat itu ingin diteruskan juga, ia harus dibawa dalam Muktamar PAS terlebih dahulu sebelum dibincangkan di peringkat negeri bersama Pakatan Rakyat.

"Ini tidak, rakan-rakan dalam Pakatan pun marah kepada kita, di mana Lim Guan Eng pernah mengeluarkan kenyataan PAS mesti menjelaskan isu tersebut," katanya.

Beliau juga turut mempertikaikan kenapa pemimpin PAS yang beriya-iya hendak menjalinkan hubungan dengan pemimpin Umno tidak mendesak pemimpin Umno menukar dasar pentadbiran negara kepada Islam.

Katanya PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tidak boleh membicarakan soal bangsa semata-mata kerana Rasulullah saw tidak pernah mengutamakan bangsa Arab.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, PAS sebenarnya telah berjaya meredakan fobia kaum bukan Islam terhadap agama suci itu.

Ditanya impian Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak yang mengharapkan kerajaan perpaduan dilaksanakan segera, beliau enggan mengulas lanjut.

"Saya tak mahu cakap apa-apa lagi, saya tidak mahu langsung terlibat dengan Umno, biar dia bercakap dengan orang lainlah, tetapi saya nak jaga parti saya mengikut peraturan."

"Jika silap langkah PAS sama PAS berpecah, PAS dengan Pakatan juga berpecah akhirnya Umno akan berpesta di atas apa yang berlaku itu," ujarnya.

Katanya, PAS selamanya tidak akan mempercayai Umno kerana banyak sejarah yang berlaku tidak memperlihatkan kejujuran pemimpin Umno.

Kata beliau sampai bila-bila pun Umno tidak akan berubah tambahan pula parti itu juga menyingkirkan dengan aib bekas Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Sekiranya Pak Lah boleh mereka tendang, apa lagi PAS yang berada di luar kelompok mereka. Mana ada parti yang sanggup menendang keluar presiden mereka sendiri kecuali Umno," katanya.

Beliau juga mempertikaikan hasrat Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu PAS melupakan sejarah silam yang pernah dilalui ketika bersama Perikatan.

"Ia tidak mudah untuk dilakukan. Oh suruh lupa... oh senang aja suruh lupa, adakah manusia boleh lupa. Ingat ni barang automatik. Kalau lupa tak ada sejarahlah dan tak perlu buat sejarah. Lupa lupa begitu saja."

"Untuk bermaafan biar pemimpin parti itu itu mengaku terlebih dahulu kesalahan mereka lakukan sebelum ini," katanya.

Katanya, beliau boleh memaafkan sekiranya pemimpin Umno sanggup berbuat demikian. Bagaimanapun beliau yakin Umno tidak akan berbuat demikian.
” – Harakah Daily

Berita Media Arus Perdana:
* Nik Aziz terima bersyarat kerajaan perpaduan - KOSMO
* Nik Aziz nafi enggan bincang cadangan kerajaan perpaduan - SINAR HARIAN
* Nik Aziz mahu kerajaan perpaduan ikut saluran - BERITA HARIAN
* Nik Aziz sudah berlembut... - UTUSAN MALAYSIA
* Nik Aziz Terima Bersyarat Kerajaan Perpaduan - BERNAMA
* Pas spiritual leader finally accepts unity talk with Umno - NSTP

,

TIADA POSTER GENG PERPADUAN DI MANEK URAI?

Seorang ahli strategi PAS Datuk Wan Rahim Wan Abdullah berkata poster Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat "bernilai komersil yang tinggi" bagi menarik pengundi DUN Manek Urai.

Ahli Parlimen Kota Bharu, yang juga penasihat jentera operasi pilihan raya kecil tersebut, dilaporkan berkata "hanya poster Tok Guru Nik Aziz sahaja mempunyai nilai untuk menarik pengundi".

"Jadi dalam hal ini kita hanya menilai dari sudut komersil sebagai cara menarik pengundi di Manek Urai. Kita betul-betul eksploit gambar Tok Guru untuk pancing undi," katanya kepada Harakahdaily, Sabtu lalu.

Malaysiakini minggu lepas melaporkan PAS Kelantan mengambil keputusan mengejut tidak menaikkan poster Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan alasan untuk "melokalisasi" kempennya.

Seperti kenyataan timbalan pengarah pilihan raya PAS negeri, Nasir Daud pada Khamis lepas, Wan Rahim juga menafikan ketiadaan poster Abdul Hadi itu berkaitan dengan isu kerajaan perpaduan.

Dua tokoh besar PAS itu sering bergeser secara terbuka di media berhubung wajar atau tidak diadakan perbincangan PAS-Umno dalam isu muzakarah dan kerajaan perpaduan.

Laman rasmi kempen PAS di Manek Urai (prkn41.pas.org.my) bagaimanapun memuatkan imej kedua-dua pemimpin ulama itu yang sedang tersenyum.

Menurut akhbar web PAS itu lagi, Wan Rahim dilaporkan mengakui Menteri Besar Kelantan memang mempunyai tarikan tersendiri di kawasan DUN tersebut sehingga "seorang imam di masjid mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Nik Aziz".

"Inilah bukti gambar Tok Guru (Nik Aziz) mempunyai nilai yang tinggi di kalangan rakyat beliau," katanya.

Wan Rahim juga menjelaskan kesemua jentera PAS Kelantan mula bergerak aktif di Manek Urai sejak 13 Jun lalu, manakala jentera parti dari negeri-negeri lain tiba peringkat demi peringkat.

"Kita tidak menggesa jentera negeri untuk datang awal sampai akhir ia terlalu lama. Jadi mungkin jentera negeri akan hadir kemudian sikitlah memandangkan jentera parti Kelantan sudah berkampung," katanya lagi.
” – Malaysia Kini

,

100 DALIL MENGAPA NAJIB TIDAK BOLEH JADI PM?

Jika dahulu Anwar Ibrahim dijatuhkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno selepas tersebarnya buku 100 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.

Kini, timbul pula buku 100 Dalil Mengapa Najib Tidak Boleh Jadi PM. Sebahagian daripada kandungan buku itu kini disiarkan dalam sebuah blog. Menurut blog tersebut, buku ini mendokumentasikan pelbagai cerita tentang PM dan isterinya Rosmah Mansur. Lebih mengejutkan blog yang menyiarkan kandungan buku ini merupakan blog pro-UMNO.

Oleh itu kenyataan CheguBard,“nampaknya serangan terhadap Najib bertambah serius... dengan cara kempen taktik dan wang yang dibelanjakan nampaknya 'geng dalam Umno' yang menyerangnya amat serius” ada benarnya dan serangan itu tampaknya akan berterusan.

Tambahnya lagi, “setelah diselidiki ia adalah buku yang pernah diterbitkan beberapa tahun lalu, tetapi menurut email yang dihantar menyatakan buku ini sedang peringkat akhir akan dicetak sebanyak puluhan ribu naskah untuk edaran percuma.”


Sila klik pautan ini untuk membaca sendiri sebahagian daripada buku 100 Dalil Mengapa Najib Tidak Boleh Jadi PM.

,

Sabtu, 20 Jun 2009

ORANG BACHOK MULA BERSUARA!










LOKASI DAN MAKLUMAT LANJUT DI SINI.

APABILA SAIFUL BUKHARI MENYEBUT "PADANG MAHSYAR" DAN "MAHKAMAH ALLAH"

"Jika ditakdirkan tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan, Mohd Saiful Bukhari Azlan reda menerimanya.

Bagaimanapun, bekas pembantunya mengingatkan penasihat PKR bahawa beliau mungkin boleh lepas di mahkamah dunia, tetapi "di Mahsyar (mahkamah Allah) pasti akan dibicarakan juga".

Mohd Saiful menegaskan demikian dalam blognya sebagai mengulas permohonan Anwar untuk mengetepikan tuduhan tersebut.

Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful di sebuah kondominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun lepas.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Beliau kini bebas dengan bon peribadi RM20,000.

Perbicaraan kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.

Mohd Saiful menulis dalam blognya lagi: "Tidak terkata.. Jika ditakdirkan kes ini digugurkan di mahkamah dunia, tidak mengapa, saya reda.

"Kerana kelak semasa di Mahsyar (mahkamah Allah) pasti akan dibicarakan juga.

"Sebagai hamba Allah yang kerdil, saya hanya mampu berusaha, berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah SWT sahaja, kerana Dialah yang Maha Adil lagi Maha Berkuasa," tulisnya.

Mohd Saiful mengakhiri catatannya dengan menulis "yang hak pasti berdiri, yang batil pasti jatuh.
" - Malaysia Kini

Pautan blog "mangsa" liwat ini.

MUNGKIN SEWAKTU MENULIS DI BLOGNYA, "MANGSA" LIWAT INI SENGAJA TERLUPA TENTANG:

* LAPORAN PERUBATAN DI PUSRAWI



* PENGAKUAN DR OSMAN ABDUL HAMID

,

Jumaat, 19 Jun 2009

10 AHLI PARLIMEN PAS TOLAK KERAJAAN PERPADUAN

10 daripada 22 Ahli Parlimen PAS bersama-sama bersetuju menandatangani kenyataan bersama yang menegaskan pendirian mereka menolak sebarang kerjasama dengan UMNO dan idea Kerajaan Perpaduan serta berdiri teguh di belakang Mursyidul Am PAS, TG Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Mereka ialah Dr. Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam),Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Kamarudin Jaafar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo’lo’ Mohamad Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Lanjut di sini.

LAPORAN HKL: Tidak Ada Bukti Saiful Diliwat

"(TV Antara) - Laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang diperakukan oleh 3 pakar mengesahkan tidak ada bukti Saiful Bukhari Azlan diliwat sebagaimana yang didakwa oleh beliau, kata peguamabela Datuk Sri Anwar Ibrahim, Sivarasa Rasiah.

Justeru pihak pembelaan yakin laporan itu bersama bukti- bukti lain akan menunjukkan tuduhan liwat terhadap anwar adalah tidak benar dan rekaan semata- mata.

Bercakap kepada media di satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, peguam Sivarasa dan seorang lagi peguam Anwar, Amir Hamzah Arshad berkata pendakwaraya perlu membuktikan wujudnya penetrasi untuk menyabit kesalahan Anwar Ibrahim.

“Bukti terpenting dalam mana-mana dakwaan rogol atau liwat adalah bukti mengesahkan berlakunya penetrasi. Namun, tidak ada penemuan klinial yang mencadangkan adanya liwat dan tidak ada kesan luka mempertahankan diri pada tubuh pesakit,” kata Amir Hamzah.

Kes ini ditetapkan di dengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Julai nanti.

Sehubungan itu, salinan laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur ini dilampirkan bersama afidavit yang difailkan mantan Timbalan Perdana Menteri itu semalam.

Anwar mengemukakan laporan berserta affidavit itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan dakwaan sodomi itu.

Laporan perubatan ini bertarikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan.

Laporan HKL ini seraya menguatkan lagi laporan awal dari Hospital Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) yang turut mengesahkan tidak ada penetrasi keatas tubuh Saiful Bukhari Azlan.

Pada 10 Mac lalu, Anwar mengaku tidak bersalah diatas dakwaan meliwat pembantu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun, tahun lalu.

Dakwaan sodomi ini terbit dikala mantan Timbalan Perdana Menteri itu menghadapi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Amir Hamzah juga berkata pembelaan telah diperincikan dan dirapi dan apa yang perlu sekarang ini hanyalah dokumen-dokumen yang belum diserahkan pihak kerajaan.

Dokumen ini termasuk laporan dari pegawai penyiasat kanan termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV), carta ujian Asid Deoxyribonucleic (DNA), laporan pakar kimia, serta kenyataan dari penuduh.

“Kami mendesak kerajaan untuk segera menyerahkan dokumen-dokumen ini khususnya laporan ujian DNA supaya kita boleh melakukan ujian bebas serta mendapatkan khidmat-nasihat bebas,” kata Amir.

Peguambela memohon kepada mahkamah untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari sebarang dakwaan sodomi atau menangguhkan prosiding sekiranya pihak pendakwaan gagal menyerahkan dokumen- dokumen tersebut.
"

Berita Berkaitan:
* Anwar Namakan Najib, Gani Patail dan Musa Hassan Sebagai Pereka Cipta Tuduhan Liwat

Khamis, 18 Jun 2009

GAMBAR BUKTI MANOHARA DIDERA?






BENAR atau TIDAK, REALITI atau FANTASI, NYATA atau KHAYALAN, MENYIMPANG atau LURUS, BERSALAH atau TIDAK ...TUNGGU dan LIHAT!

, ,

Rabu, 17 Jun 2009

TABIK "SPRING" UNTUK NIZAR!

video

Tindakan Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin melilitkan songkoknya dengan kain yang bertulis "Bubarkan DUN" dan melaungkan frasa "Bubarkan DUN" selepas selesai upacara mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang menjadi modal cemuhan oleh blogger pro-BN. Ada yang mencemuhnya dengan mengatakannya sebagai "beruk", ada yang mengiaskan tindakannya itu sebagai "Sarkas Parlimen" dan bermacam-macam lagi kata-kata untuk merendah-rendahkan martabatnya. Biarpun disorak dan dikutuk, namun beliau tegas dengan pendiriannya. Suatu ciri yang agak sukar ditemukan dalam jiwa pemimpin sekarang.

Menurut laporan akhbar, tindakan itu telah menyebabkan beliau dan enam lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, iaitu Datuk Ngeh Kor Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli (PAS-Kuala Krai) diarah keluar Dewan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Persoalannya, biarpun tindakan tersebut tidak dirancang, mengapakah hanya Mahfuz, Dzulkefly, dan Hatta saja yang bersama-sama dengan Nizar dalam memperjuangkan hal ini. Bagaimana pula reaksi/pendirian Geng Pro-Kerajaan Perpaduan dalam hal ini?

Biarpun tidak dilantik untuk menerajui PAS Perak, namun tokoh yang dikagumi ramai ini tetap bersemangat menentang kerakusan BN yang merampas kerajaan negeri pimpinannya Februari lalu. Inilah yang ciri-ciri yang membezakan beliau dengan "boneka UMNO" dalam PAS. Mungkin atas sebab ini jugalah yang menyebabkan beliau tidak dilantik untuk menerajui PAS Perak biarpun beliau merupakan "bekas" MB Perak, pemimpin yang lebih dikenali dalam kalangan rakyat serta lebih mesra dengan masyarakat bukan Melayu di Perak. 

Dari sudut kepandaian berpolitik, maka sudah tentulah tokoh ini merupakan aset penting bagi PAS untuk meraih/meningkatkan sokongan rakyat pelbagai kaum di Perak. Namun, dalam melantik pimpinan parti, PAS tidak memandang waima menggunakan kelebihan tersebut untuk kepentingan parti. Yang lebih diutamakan, adakah seseorang itu ulama atau profesional seperti yang diseru oleh segelintir ahli PAS dalam muktamar yang lalu. Isu ulama & profesional ini turut mencetuskan polemik dalam kalangan ahli PAS.

Namun, sebagai anak jati Perak, saya kagum akan kesungguhan dan kecekalan beliau dalam menuntut haknya sebagai MB Perak dan hasrat majoriti rakyat yang mahukan DUN dibubarkan agar rakyat diberi peluang untuk memilih kerajaan pilihan mereka. Bukan kerana Nizar ahli PAS, namun kerana sikapnya yang tidak mengenal erti putus asa dalam menuntut agar DUN Perak dibubarkan. Krisis politik ini masih belum berakhir seperti juga tindakan berterusan pihak Nizar dalam menuntut keadilan dalam kes tersebut. Biarlah dikatakan "beruk" atau "ahli sarkas", namun "beruk" dan "ahli sarkas" inilah yang menjadi pilihan majoriti rakyat di Perak. Jika tidak masakan DUN terlalu sukar dibubarkan dek kerana ketakutan/fobia segelintir manusia yang bimbang "kuasa" mereka akan kembali kepada "beruk" dan "ahli sarkas" ini.

Respons Nizar tentang tindakannya di Parlimen:

"Ia merupakan satu situasi spontan yang membawa kesan luar biasa."


"Sebagai seorang yang mengangkat sumpah untuk mempertahankan perlembagaan, tidak boleh kalau dalam hati rasa lain."


"Apa sahaja yang saya kata dan percaya dalam hati, ia perlu seiring."


"Ia adalah peluang keemasan. Ketua yang merampas Perak tidak ada hari ini, jadi bila lagi masa yang terbaik."


 "Saya percaya apa yang saya buat adalah apa yang saya patut buat."- MSTAR 




, , , ,

KELUAR PAS!


Hari ini Mursyidul Am PAS yang juga penentang tegar Kerajaan Perpaduan, TG Datuk Nik Aziz Nik Mat menggesa Timbalan Presiden PAS, iaitu Nasharudin Mat Isa supaya keluar dari PAS jika beliau mahu meneruskan perbincangan tentang Kerajaan Perpaduan dengan UMNO/BN. Kenyataan keras ini juga secara tidak langsung turut ditujukan kepada pemimpin-pemimpin PAS lain yang senada dengan Timbalan Presiden PAS dalam usaha menyokong idea yang masih samar-samar bentuknya itu.

Perpaduan yang dicari, namun akhirnya memecah-belahkan. Itulah kesimpulan yang dapat dilihat pada kenyataan yang dibuat oleh Tok Guru. Biarlah pemimpin-pemimpin PAS memberikan alasan bahawa perbezaan pendapat itu adalah perkara biasa dalam parti, namun hakikatnya perbezaan itu merupakan titik kepada perpecahan dalam PAS. Berilah apa-apa pun alasan, namun realitinya tetap begitu. Jika sudah keluar kenyataan keras sebegitu, adakah itu masih dikatakan perbezaan "pendapat" dalam parti? Yang mendapat untung daripada situasi ini sudah tentulah UMNO/BN, biarpun Kerajaan Perpaduan yang diidamkan itu tidak ditubuhkan, namun sebenarnya mereka sudah berjaya memecah-belahkan PAS kepada dua kelompok. Biarpun cuba pulihkan, namun perpecahan itu mengambil masa yang lama untuk bertaut kembali.

Propaganda Kerajaan Perpaduan ini juga sebenarnya telah menimbulkan kemarahan dan syak-wasangka dalam kalangan pengundi terutamanya masyarakat bukan Melayu yang mula mendekati parti yang berteraskan Islam ini. Oleh itu, tidak mustahil kemarahan pengundi ini nanti akan dimanifestasikan dalam pilihan raya akan datang, tidak kiralah pilihan raya umum ataupun pilihan raya kecil. Mereka mungkin memboikot calon daripada parti ini yang dilihat tidak konsisten dalam perjuangan dan persahabatan. Justeru, sebelum melangkah, lihatlah di bawah agar kaki tidak tersadung lalu tersungkur menyembah bumi.

Hari ini juga Setiausaha Agung PAS yang baru, Datuk Mustafa Ali seolah-olah mahu meredakan tekanan yang dihadapi oleh parti itu apabila menjadikan penyertaan PKR dan DAP sebagai syarat perbincangan tentang Kerajaan Perpaduan dengan UMNO/BN. Beliau juga menegaskan bahawa PAS tidak akan sesekali mengkhianati kawan, iaitu PKR dan DAP. Jika dahulu nada Kerajaan Perpaduan berlainan nadanya, namun hari ini nadanya juga sudah berbeza bunyinya. Lanjut di sini.


Berita Berkaitan:
* Kerajaan perpaduan: Nik Aziz mahu Timbalan Presiden keluar PAS
* Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS
* Join Umno

, , , ,

APABILA NAJIB-NASHARUDIN SEIA SEKATA & SALING IKHLAS

NAJIB:

"Datuk Seri Najib berkata beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang telah disuarakan oleh Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang....

"Umno sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mendengar dan menimbang apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh Pas."

"Kita kena risik-risik dulu. Macam kita nak kahwinlah, kena risik-risik dulu. Jadi tak jadi, kita tengoklah. Takdir menentukan, apa bentuk kita tak tahu lagilah."

"Kita tengok pada bentuk kerjasama yang sesuai. Selepas itu, kita boleh bincang. Tak ada masalah.
" Lanjut di sini.

NASHARUDIN:
"Pendirian kita sepertimana tuan-tuan sedia maklum, PAS sentiasa membuka ruang untuk berbincang dengan sesiapa sahaja. Ini adalah keputusan yang dibuat di Muktamar Ipoh pada tahun lepas dan perkara itu disebut sekali oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar beliau dan saya rasa isu PAS masuk Umno, masuk Barisan Nasional (BN) tidak berbangkit sama sekali."

"Ini pendirian yang kita ambil, sedia berbincang dengan sesiapa pun dan itu pun keputusan muktamar, sudah tentulah kalau kita tutup ruang untuk adakan perbincangan ini, sedangkan kita rasa kita ada peranan yang boleh mainkan untuk bantu bangunkan negara ini."

"Respon (kali ini) yang saya rasa pertama kali agak serius daripada Perdana Menteri, dan saya sendiri bawa balik ke Presiden parti sendiri. Saya tidak boleh cakap bagi konteks parti."

"Kita tidak boleh buat keputusan secara individu. Muktamar merupakan pihak berkuasa tertinggi.
" Lanjut di sini.

AGAK-AGAKNYA, BAGAIMANA PAS DAN UMNO HENDAK BERTANDING DI MANEK URAI NANTI JIKA KEDUA-DUA PARTI INI SUDAH MAHUKAN "PERPADUAN"? BUKANNYA SAYA BENCI AKAN PERPADUAN, CUMA AGAK KELIRU DENGAN PERPADUAN YANG DIMAKSUDKAN. SATU PARTI DI PIHAK SINI, SATU LAGI PARTI DI PIHAK SANA. SEKEJAP BERSENDA GURAU, SEKEJAP TUDUH-MENUDUH DALAM CERAMAH DAN KENYATAAN AKHBAR. BUKANKAH PELIK? KALAU MAHUKAN PERPADUAN MAKA KEDUA-DUA PARTI INI MESTILAH DI BAWAH SATU PAYUNG, BUKANNYA DI BAWAH PAYUNG YANG BERLAINAN.

TERFIKIR-FIKIR JUGA MUNGKIN DI MANEK URAI NANTI, CALON KEDUA-DUA PARTI INI SALING MENOLONG KETIKA BERKEMPEN. CERAMAH KEMPEN SUDAH TENTULAH TIADA MENYENTUH@MEMBURUKKAN PARTI "LAWAN". SUDAH TENTULAH KANDUNGAN CERAMAH PULA MENYENTUH TENTANG AGENDA PERPADUAN YANG DICANANG-CANANGKAN. MUNGKIN JUGA CALON PAS AKAN BERUCAP DI PENTAS UMNO, MANAKALA CALON UMNO PULA AKAN BERUCAP DI PENTAS PAS. TIDAK MUSTAHIL KEDUA-DUA CALON INI SALING BERPIMPIN TANGAN MENUJU KE PUSAT MENGUNDI. JIKA TIDAK, APA GUNA BERCAKAP TENTANG PERPADUAN JIKA KEDUA-DUA BELAH PIHAK SALING MENUDUH ATAU MENYELONGKAR KEBURUKAN/PENYELEWANGAN PARTI "LAWAN" MASING-MASING?

JIKA PAS MAHU BERPADU, LEBIH BAIKLAH PKR @ DAP SAHAJA YANG BERTEMPUR DENGAN UMNO, KERANA DALAM SESUATU PERTEMPURAN AGAK JANGGAL DAN PELIK DUA ORANG KAWAN YANG SALING BERPADU MAHU MENUMPASKAN ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN.

, , ,

Selasa, 16 Jun 2009

PERPADUAN YANG MEMECAH-BELAHKAN

"

Mereka ini umpama telur-telur tinggalan penjajah Inggeris dahulu yang menetas satu persatu


Itu perumpamaan yang diluahkan oleh Nik Aziz terhadap Umno. Begitulah jeleknya Nik Aziz terhadap Umno kerana dia dapat merasakan macam mana peritnya hidup di bawah pemerintahan Umno.

Begitu juga di Perak, macam mana sakitnya hati, bila Perak dirampas oleh Umno secara tidak bertamadun. Masih lagi bersimpati dengan Umno? Kalau ada sekupang dua rasa simpati pada Umno…buang la.

MIO berjaya memerangkap Jamal dan Osman dengan kes rasuah. Dan apabila mereka melompat menyokong Umno, Umno berharap Pakatan Rakyat akan berpecah. Umno berharap Pas dan PKR akan berbalah. Tetapi Umno gagal. Orang-orang PKR semuanya mengutuk Jamal dan Osman dan berdiri teguh dibelakang Nizar dan Pas. Nizar menjadi hero rakyat Perak dan sokongan kepada Pas bukan sahaja meningkat malah Pas dilihat sebagai penyelamat Pakatan Rakyat Perak. Malah Anwar sendiri berkata di Bukit Gantang,dia bersedia menyerahkan Malaysia kepada Nizar. Begitu tinggi harapan diamanahkan kepada Pas.

Mengapa Anwar berkata begitu? Sebab ada diantara pemimpin Pas yang tidak percaya kepada Anwar. Dan bagi Anwar, tidak mengapa kalau dia tidak menjadi Perdana Menteri, malah kalau diberikan kepada Pas juga tidak mengapa…tapi ada orang yang cemburu.

Muktamar Pas di Ipoh pada Ogos 2008 telah membuat keputusan untuk kekal kukuh didalam Pakatan Rakyat. Malah Presiden Pas sendiri membuat kenyataan tersebut. Tetapi malang, Perak dijatuhkan oleh barua-barua Umno pada 4 Februari 2009.

Imej Umno jatuh begitu teruk. Seluruh dunia mengutuk tindakan Umno yang tidak bertamadun itu, tetapi tiga minggu kemudian…Hj. Hadi menghulurkan talian hayat kepada Umno dengan mengeluarkan kembali idea Kerajaan Perpaduan.

Ketika rakyat mengutuk Umno, Hj. Hadi mahu berpeluk. Ketika Pakatan Rakyat bersatu, Hj. Hadi cuba memecahbelahkannya. Lantaran itu, satu pertemuan lapan mata diadakan di JKR 10,Kota Bharu pada 26/3/09. Dan dalam pertemuan tersebut, Nik Aziz telah menentang sekeras-kerasnya idea untuk menyelamatkan Umno. Isu tersebut terhenti buat sementara.

Tetapi menjelang Muktamar Pas 2009, idea tersebut ditimbulkan kembali. Masalahnya bukan hanya terletak kepada Hj. Hadi, tetapi punca utama adalah mereka yang disekeliling Hj. Hadi. Inilah yang dikatakan oleh Nik Aziz sebagai BONEKA UMNO. Secara teorinya, perpaduan. Realitinya, perpecahan. Dan apakah perpecahan di dalam Pas hari ini disebabkan oleh ejen-ejen PKR …atau tingkah laku Presiden dan Timbalan Presiden Pas?

Semuanya sudah dirancang. Puak-puak yang menyokong Kerajaan Perpaduan perlu diberikan tempat di dalam kepimpinan Pas. By hook or by crook.

Dan jikalau Hj. Hadi ikhlas untuk memperkukuhkan Pas, sepatutnya dia mengambil sikap menyatupadukan kepimpinan selepas Muktamar. Tetapi apabila dia melantik Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung dan mengenepikan Nizar yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Pas…sebaliknya melantik Abu Bakar Husin yang langsung tidak dikenali oleh orang-orang di luar Pas sebagai Pesuruhjaya Pas Perak, Hj. Hadi hanya mahu mengukuhkan kepimpinan yang bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan.

Bulan Julai ini, Anwar akan menghadapi perbicaraan kes liwat Saiful. Kalau Speaker boleh diheret, kalau kerajaan Perak boleh dirampas, kalau hakim mahkamah rayuan boleh membuat keputusan dalam masa lima minit, tetapi masih gagal membuat penghakiman bertulis walaupun sudah dua minggu, apa lagi yang boleh diharapkan?

Isu Kerajaan Perpaduan dalam muktamar ini hanyalah mukaddimah kepada perancangan yang lebih besar. Bulan Julai ini, Anwar akan didapati bersalah dan Presiden Pas akan mempunyai alasan yang yang cukup bagus untuk menyertai Umno ataupun Barisan Nasional.

Anwar tidak bermoral dan DAP menentang Islam. Maka tidak salah untuk Pas menyertai Umno kerana Umno itu lebih baik dari Pakatan Rakyat. ADUN PKR yang tidak berpuashati di Selangor akan menyertai Pas dan akhirnya menyertai Umno membentuk kerajaan negeri.

Pas tidak rugi apa-apa, walaupun kehilangan Perak tetapi Pas akan mendapat Menteri Besar baru di Selangor. Hj. Hadi akan menjadi Timbalan Perdana Menteri 2 yang bertanggungjawab tentang hal-hal agama.

Selain daripada itu, Pas juga akan mendapat empat lagi jawatan Menteri. Semua portfolio ini sudah dipersetujui oleh dan perjanjian ini telah pun ditandatangani dengan diselaraskan oleh seorang kerabat diraja Negeri Sembilan.

Sebahagian daripada ahli-ahli MCA dan Gerakan akan bertindak keluar dari Barisan Nasional dan menyertai Pakatan Rakyat. Umno dan Pas membentuk Barisan Perpaduan dan mengembalikan Ketuanan Melayu.

Hanya orang seperti Nik Aziz yang tidak sanggup melacurkan maruah demi mengejar kuasa. Bagi Nik Aziz, sifat-sifat terpuji didalam Islam itu lebih bermakna dari mengembalikan Ketuanan Melayu…tetapi dihina.

Manusia merancang…Tuhan menentukan.
"- PerakExpress

,

Khamis, 11 Jun 2009

SUARA SUMBANG & BONEKA UMNO DALAM PAS

TEPAT, PADAT, DAN JELAS!

"Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas lagi pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".

Beliau juga dilaporkan tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Mustafa Ali, hari ini dilantik setiausaha agung PAS, supaya semua pemimpin parti itu dan Pakatan Rakyat berhenti membuat kenyataan umum berhubung isu tersebut bagi mengelak kekeliruan.

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno," Nik Aziz dipetik berkata selepas meraikan rombongan guru fardu ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, lapor agensi berita itu lagi, "ia sebenarnya adalah ilham Umno", lapor Bernama.

Menjawab soalan bahawa isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, menteri besar itu berkata kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak PAS.

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya.

Mengenai saranan Mustafa itu, Nik Aziz berkata tidak ada sebab ahli parti tidak boleh mempersoalkan isu itu.

"Soalnya tutup kerana apa? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari PAS, tapi orang tertentu dalam PAS, dia sudah berasa bahaya bagi dia, maka dia minta tutup," katanya.

"Mana boleh tutup mulut manusia
." - Malaysia Kini/BERNAMA

, , ,

NASHARUDIN = NASRUDDIN

Seorang lagi Panglima Kerajaan Perpaduan bersuara menyahut dan cuba menghalalkan idea yang ditentang habis-habisan oleh sebilangan pimpinan PAS termasuk Mursyidul Am PAS, TG Datuk Nik Aziz Nik Mat. Tidak mahu menulis panjang menyatakan sebab mengapa itu, mengapa ini, kerana saya berkongsi pendapat dengan wakil Pemuda Pas Melaka yang turut saya siarkan luahan ketidakpuasan hatinya dalam kiriman yang lalu. Dalam kiriman tersebut sudah dinyatakan dengan jelas mengapa itu, mengapa ini tentang Kerajaan Perpaduan.



"Hormati idea Abdul Hadi

KUALA LUMPUR 10 Jun – Pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli pakatan pembangkang diminta menghormati idea gagasan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dewan Pemuda Pas berpendirian peluang perlu diberikan sepenuhnya kepada Abdul Hadi untuk memberi penjelasan lanjut dan bukan membahaskannya berdasarkan sentimen dan emosi.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, sebagai seorang yang berilmu dalam bidang agama, mustahil Abdul Hadi akan mengemukakan sesuatu yang bertentangan dengan nas, justeru mereka harus lebih bertenang, bersabar serta tidak mudah melatah apabila membicarakan idea berkenaan.

‘‘Datuk Seri (Abdul Hadi) adalah seorang yang berilmu, berpengalaman dan bukan seorang yang jahil. Beliau merupakan ketua kami dan juga seorang ulama. Beliau berkelayakan untuk melontarkan apa jua idea yang mampu memberi manfaat kepada agama, rakyat dan negara.

‘‘Cetusan idea kerajaan perpaduan ini dibuat secara ilmiah iaitu dengan bersandarkan nas serta dalil di dalam Islam. Mustahil Datuk Seri akan mengemukakan satu idea yang boleh mendatangkan keburukan.

‘‘Sehubungan itu jika hendak dibahas sekalipun ia perlu dilakukan dalam konteks disiplin ilmu yang tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas bantahan beberapa pemimpin dalam pakatan pembangkang berhubung idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Abdul Hadi.

Idea itu pernah dikemukakan sebelum ini tetapi senyap seketika apabila mendapat bantahan pihak-pihak tertentu termasuk daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapi ia timbul semula dalam Muktamar Pas Ke-55 yang berakhir Ahad lalu.

Dalam muktamar tersebut Abdul Hadi serta barisan kepimpinan kanan parti komited untuk meneruskan gagasan kerajaan perpaduan kerana ia mampu menyelesaikan banyak masalah dalam negara.

Nasrudin berkata, pemimpin pakatan pembangkang juga harus sedar selama ini Pas sentiasa menyokong setiap idea yang dikemukakan atas semangat setia kawan walaupun ada masanya parti itu tidak bersetuju dengan idea tersebut.

Menjawab satu soalan, Nasrudin mengakui, perbahasan secara emosi dan sentimen peribadi boleh menyebabkan ia dilihat mengikut perspektif yang sempit dan negatif.

‘‘Ini ditambahkan lagi dengan kenyataan yang menyebut, idea kerajaan perpaduan itu sama dengan usaha untuk membawa Pas menyertai UMNO.

“Saya ingin tegaskan di sini, perkara ini tidak akan berlaku dan mustahil berlaku. Tidak akan ada pemimpin dalam Pas akan berbuat demikian.

‘‘Ideologi Pas tidak sama dengan UMNO. Dasar perjuangan parti pun tidak sama tetapi bukan bermaksud kita harus menjauhi diri daripada mereka.

‘‘Kita harus mendekati mereka bagi tujuan dakwah kita selain berusaha untuk menyelesaikan banyak masalah rakyat dan negara,” katanya.

Beliau berkata, al-Quran ada menyatakan dengan maksudnya ‘hendaklah kamu bekerjasama dalam perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bekerjasama dalam perkara jahat dan dosa’, merupakan arahan Allah kepada setiap hamba-Nya supaya menjalinkan kerjasama di dalam perkara yang berasaskan ketaqwaan.

‘‘Arahan ini jelas yang mana Allah menyuruh kita bekerjasama dalam perkara yang mendatangkan kebaikan iaitu dengan meletakkan taqwa sebagai asas dan dalam masa sama Allah melarang kita bekerjasama dalam perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa,” ujarnya.
" - Utusan Melayu

PR

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH