Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Tambahkan"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Sertai"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Like"]

Rakan DUNIACACAMARBA [Klik "Follow"]

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Archives

,

Sabtu, 25 April 2009

PENANGAN PILIHAN RAYA DI INDONESIA


"16 Apr 2009 1:46AM CALON-calon wakil rakyat yang gagal dalam Pemilu (Pemilihan Umum) 2009 Indonesia baru-baru ini, tiba-tiba mengalami sakit jiwa; ada mati terkejut dan ada yang bunuh diri; malahan ada yang bertindak aneh mengambil balik sumbangan yang telah diberi kepada pengundi.

Kejadian-kejadian selepas pilihan raya umum legislatif 2009 Indonesia ini mungkin aneh bagi rakyat Malaysia tetapi hakikatnya ia memang terjadi.

Media massa tempatan Rabu melaporkan calon wakil rakyat Sri Hayati, yang kalah untuk merebut kerusi Dewan Perwakilan Rakyat Daerah - seperti Dewan Undangan Negeri di Malaysia - Kota Banjar ditemui mati dipercayai akibat menggantung diri di sebuah bangsal di Ciamis, Jawa Barat pada pagi Selasa.

Sri Hayati, 23, dan bertudung, adalah calon Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) bertindak nekad dipercayai kerana tidak tahan menanggung malu mendapat jumlah undi yang kecil.

Suaminya, yang enggan disebutkan namanya, menafikan tindakan isterinya itu kerana kalah dalam pilihan raya tetapi berkata Sri Hayati yang sedang hamil empat bulan itu tiba-tiba jadi seorang pendiam dan sering meminta maaf kepadanya walaupun antara mereka tidak ada sebarang masalah.

Ketua pusat rehabilitasi itu Supono Mustajab berkata mereka berasal dari Jawa Barat, Jawa Timur dan Jawa Tengah, termasuk juga anggota 'pasukan sukse' (anggota pasukan kempen) calon-calon itu yang terkejut berat dan tidak dapat menerima hakikat kekalahan walaupun telah banyak mengeluarkan wang kempen.

Wisma Rehabilitasi yang didirikan Supono mempunyai 25 bilik khusus bagi caleg yang terganggu jiwa mereka dan siap dengan 11 orang doktor termasuk pakar sakit jiwa, yang merawat mereka secara kerohanian juga bersama dengan lebih 100 pesakit jiwa dari kalangan orang biasa.

Laman web Kompas pula melaporkan hospital sakit jiwa di Palangkaraya kini turut merawat lima pesakit selepas pengundian 9 April iaitu dua orang calon yang gagal dan tiga yang lain merupakan penyokong parti.

"Kesan kekalahan dalam pemilu tidak hanya menimpa caleg secara peribadi, malah juga terjadi pada penyokong dan keluarga terdekat, kata Ketua hospital itu Wineini Marhaeni Rubay.

Menurutnya, seorang daripada caleg itu masuk ke situ 'dalam kondisi gila' pada 10 April dan diberikan rawatan darurat sebelum dihantar ke Yayasan Joint Adulam Ministry, Palangkaraya, tempat penampungan orang "gila".

Seorang lagi calon wakil rakyat Parti Keadilan dan Persatuan Indonesia (PKPI), Lazuardi, yang bertanding di Kota Pontianak, Kalimantan Barat, meninggal malam Isnin selepas beberapa jam mengikuti pengiraan undi, disyaki kerana terlalu keletihan dan "stress" akibat berkempen serta tidak menang.

Sehari sebelum itu, Sri Sumini, calon Parti Demokrat di Solo, Jawa Tengah, meninggal akibat serangan jantung dan menurut keluarganya, sejak masa kempen hingga selesai pengundian dia menjadi lebih pendiam dan terlihat seperti memendam beban fikiran berat.

Selain kes-kes itu, banyak juga calon yang menghadapi tekanan jiwa yang berat dipercaya kerana hasrat besar untuk menjadi wakil rakyat gagal dicapai dan tidak tahan menanggung malu kerana 'orang kampung semua sudah tahu' apatah lagi banyak juga yang bergolok bergadai untuk menampung biaya kempen."
SUMBER: Internet

BAYANGKANLAH JIKA SITUASI YANG BERLAKU DALAM PILIHAN RAYA DI INDONESIA INI BERLAKU DI MALAYSIA? KESAN KEKALAHAN POLITIK DI SANA UMPAMA KALAH DI MEDAN PERANG, UMPAMA KEHILANGAN WANG DAN MARUAH, UMPAMA KEHILANGAN ORANG TERSAYANG, UMPAMA PUTUS CINTA.

KEWARASAN BERFIKIR BUKAN LAGI DIPENGARUHI OLEH APA-APA YANG KITA MAKAN/MINUM...TETAPI JUGA APA-APA YANG KITA BUAT!

, ,

Khamis, 9 April 2009

NAJIB BALAS BUDI MUKHRIZ?

Senarai Penuh Kabinet Baru

PERDANA MENTERI

Datuk Seri Najib Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN
Datuk Seri Najib Razak

MENTERI KEWANGAN II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan

Datuk Chor Chee Heung
Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan
Datuk Dr Wee Ka Siong
Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN

Datuk Ong Tee Keat

Timbalan
Datuk Abdul Rahim Bakri
Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI

Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan
Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI
Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Timbalan
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan
Datuk Joseph Salang Gandum
Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR

Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan
Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan
Datuk Hassan Malek
Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan
Datuk Dr Hou Kok Chung
Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan
Datuk Mukhriz Mahathir
Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI
Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN
Datuk Ng Yen Yen

Timbalan
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Datuk Noh Omar

Timbalan
Datuk Johari Baharum
Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan

Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN

Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan

Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan
Datuk Razali Ibrahim
Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA

Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan

Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan
Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Datuk Kong Cho Ha

Timbalan

Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan
Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR

Datuk Anifah Aman

Timbalan

A.Kohilan Pillay
Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan
Datuk M.Saravanan


Teka teki kabinet baru PM Datuk Seri Najib akhirnya terjawab. Ada yang menganggap kabinet baru ini "kabinet rakyat", "kabinet bersih", "kabinet kontroversi", dan bermacam-macam lagi istilah. Yang pasti kabinet ini sudah tentu disusun mengikut selera dan kehendak PM kerana kabinet inilah yang akan membantu beliau berkhidmat untuk rakyat dan seterusnya membantu beliau meyakinkan rakyat bahawa BN masih relevan untuk mentadbirkan negara dan seterusnya membaik pulih imej BN pada PRU ke-13 nanti. Walau apa-apapun sebanyak 28 jawatan menteri dan 40 jawatan timbalan menteri telah diisi oleh muka lama dan baru untuk mengepalai dan membantu mengurus 25 kementerian. Ada kalangan muka baru tersebut tidak begitu dikenali oleh masyarakat umum dan nama mereka jarang-jarang diperkatakan dalam arena politik tanah air.

Dalam senarai kabinet baru ini, ada menteri (kini mantan) digugurkan. Mereka ialah Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Tan Sri Amirsham A. Aziz, Datuk Azalina Othman, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Datuk Ong Ka Chuan, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, Datuk Shahrir Samad, dan Datuk Seri Zulhasnan Rafique. Antara kelapan-lapan nama ini, hanya Datuk Shahrir Samad yang berhenti secara terhormat selepas beliau memutuskan untuk berhenti sebelum rombakan kabinet dilakukan. Yang lain menunggu keputusan PM dengan sejuta harapan, namun akhirnya disingkirkan. Antara sebabnya, mungkin kerana masing-masing gagal dalam pemilihan pucuk pimpinan parti ataupun terpalit oleh pelbagai kontroversi, malah mungkin juga dianggap sebagai orang bukan pilihan PM.

Ada juga menteri yang bertukar potfolio. Antaranya termasuklah Datuk Ismail Sabri yang sebelum ini Menteri Belia dan Sukan bertukar potfolio sebagai Menteri Perdagangan dan Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Datuk Ahmad Shabery Cheek pula sebagai Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shaziman Abu Mansor sebagai Menteri Kerja Raya, dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Begitu juga dengan Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Shafie Apdal, dan Datuk Hishamuddin Tun Hussein yang masing-masing memegang potfolio yang lebih kanan.

Ada juga menteri dan timbalan menteri yang perlu dilantik menjadi senator untuk melayakkan diri memegang jawatan kabinet. Mereka ialah ialah Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menjaga Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi. Bekas Pengarah Agama di Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mej-Jen (B), Datuk Jamil Khir Baharom memegang potfolio Hal Ehwal Agama Islam. Datuk Seri Sharizat Jalil yang menang Ketua Wanita Umno pula dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ahli perniagaan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pula sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Dua timbalan menteri bertaraf senator pula ialah Datuk Dr Awang Adek Hussin sebagai Timbalan Menteri Kewangan II dan Datuk Paduka Chew Mei Fun sebagai timbalan Shahrizat.

Antara muka baru yang membarisi kabinet kali ini termasuklah Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Razali Ibrahim, Fadillah Yusof, Wee Jeck Seng, Jelaing anak Mersat, Datuk Joseph Salang Gandum, Senator Heng Seai Kie, dan Senator Heng Seai Kie. Barisan kabinet kali turut juga membariskan lebih banyak etnik bukan Melayu terutamanya etnik Cina baik dari Semenanjung mahupun dari Sabah dan Sarawak.

Sebenarnya, dalam perlantikan barisan kabinet ini, yang ditunggu-tunggu oleh semua orang ialah sama ada Khairy Jamaluddin tersenarai atau tidak dalam kabinet Najib. Begitu juga dengan nasib Mukhriz Mahathir. Akhirnya, seperti yang diramalkan oleh sesetengah orang, Khairy Jamaluddin yang terpalit oleh dakwaan politik wang semasa pemilihan UMNO baru-baru ini tidak tersenarai dalam kabinet Najib. Keputusan Najib ini tentulah menggembirakan Tun Dr Mahathir yang secara terang-terang tidak senang dengan pemilihan Khairy sebagai Ketua Pemuda Umno baru-baru ini. Bukan sahaja Tun, kekecewaan para blogger yang pro-Najib-Mahathir yang sebelum ini berkempen untuk meletakkan Mukriz sebagai Ketua Pemuda juga akhirnya terubat, selepas Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di bawah kendalian Ahli MT UMNO yang mendapat undi paling banyak dalam pemilihan UMNO baru-baru ini, Datuk Mustapa Mohamed.

Selain keupayaan dan kredibilitinya, perlantikan Mukhriz ini sedikit banyak dapat dianggap sebagai membalas budi Mukhriz yang sebelum ini secara terang-terangan meminta mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatannya. Hal ini dapat dilihat berdasarkan beberapa siri sidang akhbar yang dibuat oleh Mukhriz untuk meminta Abdullah meletakkan jawatan dan seterusnya bertanggungjawab atas kekalahan BN dalam PRU ke-12 yang lalu. Peletakan jawatan itu juga membolehkan Najib mengambil alih tampuk pentadbiran dan memulihkan BN dalam menghadapi PRU ke-13 nanti.

Yang menjadi tanda tanya ialah: apakah reaksi Khairy Jamaluddin atas perlantikan Mukhriz dan timbalannya Razali Ibrahim dalam kabinet? Baginya, wajarkah Mukhriz yang tewas dalam pemilihan UMNO yang lalu dilantik sebagai timbalan menteri? Benarkah perlantikan Mukhriz tiada kena-mengena dengan sokongan dan kemasukan semula Tun Dr. Mahathir ke dalam UMNO? Sejauh manakah janji Tun Abdullah yang tidak mahu mengkritik pentadbiran Najib selepas meletakkan jawatan sebagai PM terutamanya selepas menantunya tidak tersenarai dalam barisan kabinet Najib? Berkuburkah karier politik Khairy dalam parti dan arena politik tanah air selepas ini? Sejauh manakah bersihnya kabinet baru ini seperti yang diuar-uarkan oleh oleh PM?

Kita tunggu dan lihat!

Rabu, 8 April 2009

PERMINTAAN PM dan MB BN di PERAK

(foto: BloggerNetwork@Perak)

Akhirnya, sebanyak 21,860 rakyat marhaen di Bukit Gantang menolak permintaan PM dan MB BN di Perak. Hanya 19,071 rakyat yang merestui BN di Bukit Gantang dan amnya di Perak. Semoga kerajaan BN sekarang tidak mudah berputus asa. Simpanlah kain pemidang keramat itu untuk Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Mudah-mudahan pada masa itu rakyat akan merestui permintaan YAB-YAB berdua.

Selasa, 7 April 2009

TOHMAHAN lwn HAKIKAT

Pamplet di bawah ini merupakan bahan kempen pilihan raya Parlimen Bukit Gantang milik calon PAS, YAB Datuk Seri Nizar. Tujuan penyiaran pamplet ini bukanlah bermotif untuk berkempen untuk beliau (pusat mengundi pun dah nak tutup), tetapi sekadar menjawab pelbagai tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepada beliau oleh masyarakat blogger fahaman Dahulu, Kini, dan Selamanya. Jadi tidak adillah jika tuduhan yang dilemparkan tidak dijawab oleh tuan empunya diri. Tuduhan-tuduhan itu juga telah mencetuskan pelbagai spekulasi. Oleh itu, diharapkan pamplet di bawah ini dapat menjawab kebanyakan tohmahan yang tidak berasas terhadap beliau dan memerihalkan kejayaan yang dicapainya selama 10 bulan (BUKAN 10 TAHUN @ 50 TAHUN) di negeri Perak.

Sila klik untuk paparan yang lebih besar.







Rabu, 1 April 2009

"APRIL FOOLS": MEMBODOHKAN & DIPERBODOHKAN

Sedang kita melakukan sesuatu, tiba-tiba rakan-rakan di pejabat menjerit “April Fools”. Terkedu dan tiba-tiba tidak semena-mena kita dijadikan bahan jenaka dan gelak ketawa rakan di pejabat. Begitulah suasana di kebanyakan tempat di seluruh negara. Ada yang ditipu untuk berbuat sesuatu, ada yang menerima perkhabaran palsu, ada yang termasuk perangkap sehingga diaibkan secara jenaka, dan bermacam-macam lagi senda dan gurauan demi menyambut “April Fools”.

Asal usul "April Fools" tidak jelas. Ada beberapa teori yang dapat dikaitkan dengan asal usul hari yang kini seolah-olah menjadi suatu perayaan di seluruh dunia. Yang pertama, "April Fools" dikatakan mula-mula diraikan selepas pertukaran Kalendar Julian kepada Kalendar Gregorian. Ungkapan “April Fools” telah secara jenaka dirujuk kepada sesiapa yang masih menggunakan Kalendar Julian yang sepatutnya telah digantikan dengan Kalendar Gregorian. Ada juga teori yang menyatakan bahawa “April Fools” bermula pada zaman pra-Kristian. May Day (May 1) pada masa itu diraikan sebagai hari pertama musim panas yang menandakan permulaan musim penanaman. Kaitannya dengan “April Fools” apabila ada orang yang menyambut hari tersebut lebih awal, iaitu ketika masih dalam bulan April. Ada juga yang mengaitkan “April Fools” dengan tragedi berdarah lagi ngeri yang melibatkan pembunuhan orang Islam ketika Granada jatuh ke tangan orang Kristian suatu ketika dahulu. Yang berikut adalah antara sumber yang dikaitkan dengan asal usul April Fools:

Menurut Encyclopedia Britanica Online:

“April Fools' Day

Also called ALL FOOLS' Day, first day of April, named from the custom of playing practical jokes or sending friends on fools' errands on that date. Although it has been observed for centuries
in several countries, the origin of the custom is unknown. It resembles other festivals, such as the Hilaria of ancient Rome (March 25) and the Holi festival of India (ending March 31). Its timing seems related to the vernal equinox (March 21), when nature "fools" mankind with sudden changes in the weather.

On April Fools' Day all people are given an excuse to play the fool. In France the fooled person is called poisson d'avril ("April fish"), but the origin of the name is unknown. In April the cuckoo, emblem of simpletons, comes, so in Scotland the victim is called gowk (cuckoo). The custom of playing April Fools' jokes was taken to America by the British. It has continued to be observed by children and adults and sometimes involves rather elaborate hoaxes as well as merely simple jokes.”


Menurut Wikipedia:

“The origin of April Fools' Day is obscure. One likely theory is that the modern holiday was first celebrated soon after the adoption of the Gregorian Calendar; the term referred to someone still adhering to the Julian Calendar, which it replaced.[2] In many pre-Christian cultures May Day (May 1) was celebrated as the first day of summer, and signalled the start of the spring planting season. An April Fool was someone who did this prematurely. Another origin is that April 1 was counted the first day of the year in France. When King Charles IX changed that to January 1, some people stayed with April 1. Those who did were called "April Fools" and were taunted by their neighbors.[citation needed] In the eighteenth century the festival was often posited as going back to the times of Noah. An English newspaper article published on April 13th, 1789 said that the day had its origins when he sent the raven off too early, before the waters had receded. He did this on the first day of the Hebrew month that corresponds with April.[3] A possible reference to April Fools' Day can be seen in the Canterbury Tales (ca 1400) in the Nun's Priest's tale, a tale of two fools: Chanticleer and the fox, which took place on March 32nd.[4]”

Di bawah ini pula merupakan kisah yang dikaitkan dengan "April Fools" ketika kejatuhan kerajaan Islam di Granada Sepanyol. Kisah ini masih lagi berlegar-legar dalam ruangan siber di serata dunia. Biarpun tidak diketahui kebenarannya, namun kisah ini diharapkan tidak dijadikan pencetus api kemarahan dan kebencian antara umat manusia berbilang bangsa dan agama di seluruh dunia. Jika tragedi ini benar-benar berlaku, jadikanlah peristiwa tersebut sebagai pengajaran agar umat Islam pada hari ini tidak menerima nasib yang sama pada masa akan datang:

“The Fall of Granada, Spain and 1st April - APRIL FOOL

In Spain, after centuries of Muslim rules, the Moors were overwhelmed by the Christian Army. However, the Moors were fortified in their homes. The Christian armies wanted to get rid
of the Muslims somehow. They told the Muslims that they could leave their homes safely and could take only the necessary things from their homes. They were told they could sail away in the ships anchored on the quay side. The Muslims did wonder if this ploy was a trick. The Muslims were requested to go to the quay side to check the ships. They did so and were convinced. They then made preparations to leave. The next day, 1st April, they took their essential belongings and walked towards the quay side.

The Christians looted their homes and then set fire to them. Before the Muslims got to the ships, the Christians had set fire to the ships as well. The Christians then attacked the Muslims
and killed them all: men, women and children. They then celebrated this carnage. This then became a ritual that was celebrated every year and that has been carried on until this day not only in Spain but in other countries, too. The Muslims celebrate 1st April as well as playing jokes on others on this day through sheer ignorance of the story. We should bring out the facts of the story to all in order to put a stop to the practice of celebrating this bloody
and shameful episode.”


Tanpa mengira asal usulnya, “April Fools” kini disambut oleh manusia merentasi benua dan sempadan. Bukan sahaja di Barat, kedatangan “April Fools” kini ditunggu-tunggu oleh masyarakat Islam di serata dunia. Hakikatnya, tiada “April Fools” dalam Islam. Yang wujud hanyalah propaganda untuk melalaikan kita yang adakalanya menyebabkan kita menzalimi rakan-rakan dengan pelbagai tipu muslihat. Seperti juga Valentine’s Day, tiada apa-apa manfaatpun yang dapat diperoleh daripada amalan menyambut “April Fools”. Yang ada hanyalah gelak ketawa yang sebenarnya menggores hati sahabat baik kita. Oleh itu, janganlah membodohkan orang lain untuk diperbodohkan oleh “April Fools”.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

PR

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH